program kraf eksotika (crafts exotica) 2013...pertunjukkan permainan tradisional, antaranya...
TRANSCRIPT
-
1
PROGRAM KRAF EKSOTIKA (CRAFTS EXOTICA) 2013
Program ini adalah salah aktiviti Muzium Sabah merakyatkan warisan budaya Sabah, khususnya
pembuatan kraftangan etnik negeri Sabah dan permainan tradisional. Program ini dilaksanakan
menerusi aktiviti-aktiviti berikut:
Pertunjukkan dan klinik pembuatan kraftangan oleh etnik
Pertunjukkan permainan tradisional
Pertandingan permainan tradisional
Pertandingan melukis suasana pembuatan kraftangan oleh murid sekolah tahap II
Pertandingan mewarna kraftangan oleh murid sekolah tahap I
Pertandingan membuat biulun (orang-orang) oleh pelajar sekolah.
Program diadakan mulai 2 sehingga 27 Mei. Pada tahun ini program ini diadakan pada 4 premis
Muzium Sabah, iaitu:
1. Kg. Warisan, Kompleks Muzium Sabah berlangsung pada 2 – 27 Mei 2013.
2. Rumah Agnes Keith, Sandakan berlangsung pada 2 – 27 Mei 2013.
3. Muzium Agop Batu Tulug, Kinabatangan berlangsung pada 2 – 27 Mei 2013.
4. Muzium Warisan Keningau berlangsung pada 15 – 18 Mei 2013.
Aktiviti program Kraf Eksotika di premis berikut:
Kg. Warisan, Kompleks Muzium Sabah
Tarikh Aktiviti
2 – 27 Mei 9am – 12 petang 2.00 – 5.00 pm
Pertunjukkan pembuatan kraftangan seperti bakul, tekstil, perkakasan rumah dan perangkap oleh Etnik Makiang, Kolobuan, Dusun Ranau, Kadazan Penampang, Gana, Kuijau, Lundayeh, Tatana, tombonuo, Kimaragang, Dusun Tabilong dan Dusun Tindal. Pelawat boleh belajar cara membuat kraftangan dan juga membeli kraftangan yang dihasilkan.
Pertunjukkan permainan tradisional, antaranya melastik, rampanau, menyumpit, sepak manggis, memancing dan , batu seremban Pelawat boleh belajar sambil berhibur.
Merasai pengalaman aktiviti menanam padi bukit. Para pelawat yang ingin turut serta dalam aktiviti harus memaklumkan pihak Muzium Sabah sekurang-kurang 3 hari bekerja.
Setiap Hujung minggu 9am – 5 pm
Pertandingan permainan tradisional, antaranya melastik, menyumpit dan memancing Terbuka kepada orang ramai.
18 Mei 8.00 am – 1pm
Aktiviti bersama murid dan pelajar sekolah Pertandingan mewarna untuk murid sekolah tahap I Pertandingan melukis untuk murid sekolah tahap II Pertandingan membuat ‘Biulun” (Orang-Orang) untuk pelajar sekolah.
-
2
Kerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Jabatan Pelajaran Daerah Kota Kinabalu, Jabatan Pelajaran Daerah Penampang.
2- 27 Mei 9am – 5pm
Pemilihan pelawat bertuah yang berkunjung ke kompleks Muzium Sabah. Pelbagai hadiah menarik seperti telefon, barangan eletrik dan hamper menanti pelawat bertuah.
Rumah Agnes Keith, Sandakan
Tarikh Aktiviti
2 – 27 Mei 9am – 12 petang 2.00 – 5.00 pm
Pertunjukkan pembuatan kraftangan seperti bakul, perkakasan rumah dan perangkap oleh Etnik Orang Sungai, Sukang, Mangkaak dan Dusun Liwan. Pelawat boleh belajar cara membuat kraftangan dan juga membeli kraftangan yang dihasilkan.
Pertunjukkan permainan tradisional, antaranya melastik, terumpak tempurung, rampanau, gasing dan menyumpit. Pelawat boleh belajar sambil berhibur.
2- 27 Mei 9am – 5pm
Pemilihan pelawat bertuah yang berkunjung ke kompleks Muzium Sabah. Pelbagai hadiah menarik seperti telefon, barangan elektrik dan hamper menanti pelawat bertuah.
Muzium Agop Batu Tulug, Kinabatangan
Tarikh Aktiviti
2 – 27 Mei 9am – 12 petang 2.00 – 5.00 pm
Pertunjukkan pembuatan kraftangan seperti bakul, tekstil, perkakasan rumah dan perangkap oleh Etnik Mangkaak, Orang Sungei dan Sukang. Pelawat boleh belajar cara membuat kraftangan dan juga membeli kraftangan yang dihasilkan.
Pertunjukkan permainan tradisional, antaranya melastik, ingki-ingki, batu simpan, baling kelapa tua, gasing, terumpak tempurung dan gasing. Pelawat boleh belajar sambil berhibur.
10 Mei 8.00 am – 1pm
Aktiviti bersama murid dan pelajar sekolah Pertandingan mewarna untuk murid sekolah tahap I Pertandingan melukis untuk murid sekolah tahap II Kerjasama dengan Jabatan Pelajaran Daerah Kota Kinabatangan.
2- 27 Mei 9am – 5pm
Pemilihan pelawat bertuah yang berkunjung ke kompleks Muzium Sabah. Pelbagai hadiah menarik seperti telefon, barangan elektrik dan hamper menanti pelawat bertuah.
-
3
Muzium Warisan Keningau
Tarikh Aktiviti
15 – 18 Mei 9am – 12 petang 2.00 – 5.00 pm
Pertunjukkan pembuatan kraftangan seperti bakul, perkakasan rumah dan perangkap oleh Etnik Dusun Bundu dan Dusun Liwan. Pelawat boleh belajar cara membuat kraftangan dan juga membeli kraftangan yang dihasilkan.
Pertunjukkan permainan tradisional, antaranya melastik, rampanau, menyumpit, terumpak tempurung dan gasing. Pelawat boleh belajar sambil berhibur.
15 Mei 8.00 am – 1pm
Pertandingan permainan tradisional seperti memancing, menyumpit...(sila semak)
Aktiviti bersama murid dan pelajar sekolah Pertandingan mewarna untuk murid sekolah tahap I Pertandingan melukis untuk murid sekolah tahap II Kerjasama dengan Jabatan Pelajaran Daerah Keningau.
15 - 18 Mei 9am – 5pm
Pemilihan pelawat bertuah yang berkunjung ke kompleks Muzium Sabah. Pelbagai hadiah menarik seperti telefon, barangan elektrik dan hamper menanti pelawat bertuah.
Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada:
En. Baslee Nurajim
Pegawai Perhubungan Awam
Kompleks Muzium Sabah, Kota Kinabalu
Tel: 088 – 253199 sambungan 287
Tel Bimbit: 016 812 6081
Emel: [email protected]
En. Juanis Ogak
Kurator
Muzium Wilayah Sandakan
Tel: 089 –
Emel: [email protected]
En. John Samuel
Pegawai Penguasa
Muzium Agop Batu Tulug, Kinabatangan
Tel: 089 –
Tel. Bimbit: 010 530 6723
-
4
En. Stephen Lomongko
Pegawai Penguasa
Muzium Warisan Keningau, Keningau
Tel: 087 –
Tel.Bimbit: 013 544 4679