program jom membaca 10 minit m/s : 4 pernilaian tapak (aisas
TRANSCRIPT
1
Program JOM Membaca 10 Minit m/s : 4
Pernilaian Tapak (AISAS) 2014 m/s : 19
Taklimat 5S JPS Sabak Bernam m/s : 21
ANTARA YANG MENARIK :
2
3
4
'TASK FORCED' PERAKUAN MUKTAMAD PROJEK DAERAH
KUALA SELANGOR
Pada 17 dan 18 April 2014, BUBK telah mengadakan ‘Task Forced’ Perakuan Akaun
Muktamad di bilik Melati, ibu pejabat Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Negeri Selangor, Shah
Alam. ‘Task Forced’ ini diadakan bertujuan untuk menyelesaikan Perakuan Muktamad bagi projek
Membina Dan Menyiapkan Bangunan Pejabat Satu Tingkat Mengandungi Pencawang Elektrik,
Pondok Pengawal, Kebuk Sampah, Setor Baja, Tempat Letak Kereta Di Jalan Stadium, Daerah
Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan yang telah siap sepenuhnya. Turut hadir pada hari tersebut
adalah pegawai-pegawai daripada JPS daerah Kuala Selangor dan wakil kontraktor daripada DSJ
Builders Sdn Bhd. Tahniah kepada mereka yang terlibat .
Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal telah diadakan
oleh Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak (BUBK) JPS
Selangor sempena meraikan perpisahan pelajar praktikal
iaitu Mohammad Azizi Bin Mohd Jemain dan Nor Faseha
bt Jamal di Restoran Orchid Thai bertempat di Shah
Alam pada 17hb April 2014. Mereka telah menjalani
latihan praktikal pada 2hb Disember 2013 sehingga 17hb
April 2014. Semoga ilmu yang dicurahkan dapat
memberikan manafaat serta dapat digunakan sebagai
panduan apabila menempuh alam pekerjaan kelak.
Semoga maju jaya diucapkan.
MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL BUBK JPS
NEGERI SELANGOR
5
SAMBUTAN HARI KELAHIRAN STAF BAHAGIAN
PENGURUSAN ASET
Pada 17 April 2014 Bahagian Pengurusan Aset telah mengadakan satu jamuan
sambutan Hari Jadi untuk meraikan staf Bahagian Pengurusan Aset iaitu Azhar Bin
Tajudin dan juga Mohd Ozly bin Abd Hamid dengan meriahnya.Tahniah diucapkan
kepada semua staf bahagian pengurusan aset yang terlibat.
PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT
Pada 22 April 2014 JPS Selangor telah mengadakan Program Jom Baca Bersama 10
Minit anjuran bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor yang telah dimulakan
pada 10.10 Pagi di Bilik Mesyuarat Cempaka. Program ini melibatkan seluruh warga
kerja JPS Selangor yang bertujuan untuk memupuk dan menarik minat di kalangan
Penjawat Awam ke arah membudayakan tabiat membaca.
6
KELAHIRAN ANAK
Tahniah kepada Pn. Nor Ashikin Binti
Karim dari Bahagian Ukur Bahan dan
Kontrak yang telah selamat melahirkan
Bayi perempuan pada 18 Mei 2014 yang
di beri nama Nur Allya llyana Binti Mohd
Yusri. Semoga menjadi anak yang
sohehah
KURSUS PEGAWAI REKOD JABATAN JPS NEGERI SELANGOR
Pada 14-16 Mei 2014 JPS Selangor telah mengadakan Kursus Pegawai Rekod Jabatan bertempat di Sime Darby Plantation Academy, Pulau Carey. Kursus ini bertujuan untuk memantapkan pemahaman dan kemahiran Pegawai Rekod Jabatan yang dilantik selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2007-Panduan Pengurusan Pejabat.
7
MESYUARAT PENYEDIAAN KERJA BAGI PENOLONG JURUTERA JA 29
Pada 19 Mei 2014 JPS Selangor telah
mengadakan Mesyuarat Penyediaan
Kerja bagi Penolong Jurutera Gred JA
29 bertempat di Hotel De Palma, Kuala
Selangor. Mesyuarat ini bertujuan untuk
membincangkan dan mencari jalan
penyelesaian urusan tukar lantik yang
mengakibatkan masalah penyeliaan ker-
ja di Bahagian dan Daerah-daerah JPS
Negeri Selangor.
PERSIDANGAN PENYEDIAAN KERJA BAGI PENOLONG JURUTERA JA 29
Pada 20 Mei 2014 JPS Selangor telah mengadakan Persidangan Penyediaan Kerja bagi
Penolong Jurutera Gred JA 29 bertempat di Dewan Sri Siantan, Majlis Daerah Kuala
Selangor. Persidangan ini bertujuan untuk memberi penerangan berkenaan dengan
Skop Tugas Penolong Jurutera JA29 yang baru ditukar lantik. Ribuan terima kasih
diucapkan kepada Pengarah JPS Negeri Selangor di atas penerangan beliau kepada
semua Penolong Jurutera JA2
8
KELAHIRAN ANAK
Tahniah kepada Pn. Noor Nabila Huda
Binti Zaini dari Bahagian Ukur Bahan dan
Kontrak yang telah selamat melahirkan
Bayi perempuan pada 01 Jun 2014 yang
di beri nama Nur Qaira Awfiya Bt Shah
Qushari Semoga menjadi anak yang
sohehah.
Tahniah kepada En. Farhan Hakim Bin
Jaafar dari Bahagian Ukur Bahan dan
Kontrak kerana isteri beliau telah selamat
melahirkan bayi perempuan pada 05 Jun
2014 yang di beri nama Sfieya Binti
Farhan Hakim Semoga menjadi anak
yang sohehah.
9
PERSIDANGAN PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN
Bahagian Pengurusan Aset JPS Selangor ( BPA ) telah menganjurkan satu persidangan
Pengurusan Aset Alih Kerajaan bertarikh 22 hingga 24.06.2014 ( Ahad – Selasa )
bertempat di Cold Coast Morib .Kehadiran peserta termasuk urusetia seramai 61 orang
daripada Pegawai Atasan, Bahagian Kewangan dan juga Bahagian Sokongan, Ceramah
telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Cik. Norian Binti Shamsudin
Pegawai N44 ( Penolong Pegawai Kewangan) dari jabatan PWN SUK Selangor.
MAJLIS INOVASI DAN KECEMERLANGAN 2014
Pada 11 Jun 2014 JPS Selangor telah mengadakan Majlis Inovasi dan Kecemerlangan bertempat di Dewan Jubli Perak, SUK Selangor. Seramai 67 orang telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan seramai 286 orang mendapat Anugerah Khas Pengarah.
10
PERSEMBAHAN BKP DI MAJLIS MALAM JASAMU DIKENANG 2014
Pada 11 Jun 2014 JPS Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Inovasi dan Kecemerlangan bagi tahun 2014 dan pada sebelah malam pula diadakan Majlis Malam Jasamu Dikenang dan Pesara 2014. sebanyak 9 daerah dan 3 bahagian telah menyertai pertandingan persembahan dan diantaranya ialah BKP. BKP telah mempersembahkan sebanyak tiga jenis tarian dan telah berjaya mendapat tempat keempat. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat secara sukarela,
KURSUS TEAM BUILDING BKP 2014
Pada 13-15 Jun 2014 BKP telah menganjurkan Kursus Team Building Tahun 2014. Kursus ini di-adakan di Gambang Resort City, Gambang, Pahang. Kursus ini ber-tujuan untuk meningkatkan motivasi semangat kerja berpasukan, mewujudkan jaringan perhubungan yang harmoni diantara warga kerja dan membentuk jati diri warga kerja yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental.
11
KAKITANGAN BARU MELAPOR DIRI
Pada 16 Jun 2014 JPS Negeri Selangor telah menerima pegawai baru yang
berkhidmat sebagai Pemandu Gred H11. Pihak JPS berharap pegawai baru ini
dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaan baru dan dapat bekerja dengan tekun
dan dedikasi. Selamat Datang ke JPS Negeri Selangor
MAJLIS BACAAN TAHLIL, YASIN DAN DOA SELAMAT JPS SELANGOR
Pada 20 Jun 2014 JPS Selangor
telah mengadakan Majlis Bacaan
Tahlil, Yasin dan Doa Selamat hajat
daripada Hj Ismail Bin Markom,
dari BSMA bertempat di Bilik
Mesyuarat Cempaka. Majlis ini
diketuai oleh Tuan Hj Ibrahim Bin
Yasis. Alhamdulillah, seramai 40
kakitangan telah hadir untuk me-
meriahkan Majlis Tahlil ini.
12
13
22 April 2014 - Majlis Perasmian Pejabat Baru JPS Hulu Langat bertempat di
Seksyen 16, Bandar Baru Bangi telah disempurnakan oleh Ir. Hj. Ab.Qahar bin
Osman AMK. PPT. selaku Pengarah JPS Negeri Selangor. Bangunan pejabat baru
JPS Hulu Langat, Seksyen 16 Bangi siap dibina pada tahun 2006. Sebelum ini
bangunan ini digunakan untuk Stor JPS. Untuk keselesaan kakitangan, stor ini
dinaiktaraf untuk dijadikan pejabat rasmi JPS. Pengubahsuaian mengambil masa 2
tahun iaitu dari tahun 2011 hingga 2013. Pada awal 2014, dengan kerjasama dari
semua kakitangan, JPS Hulu Langat dengan rasminya memulakan operasi di
tempat baru.
Majlis Perasmian Pejabat Baru diadakan
sempena Majlis Perhimpunan Pagi JPS
Hulu Langat dan JPS Sepang. Majlis
dimulakan dengan bacaan doa dari Hj.
Zainal Azim b. Mohd. Sari (JPS Hulu Lan-
gat). Diteruskan dengan persembahan koir
dari gabungan JPS Hulu Langat dan JPS
Sepang serta bacaan ikrar perkhidmatan
dari En. Md. Saddiq bi Kasmani (JPS
Sepang). Ucapan ringkas daripada En.
Roslan bin Shamsuddin BPC.PPT selaku
Jurutera Daerah Hulu Langat dan kata-kata
amanat dari Pengarah JPS Selangor.
MAJLIS PERASMIAN PEJABAT BARU JPS HULU LANGAT
14
PROGRAM “JOM MEMBACA 10 MINIT /LET’S READ TOGETHER’
Pada 22 April 2014 JPS Hulu Langat telah menjayakan Program “Jom Membaca 10 minit /Let’s Read Together’. Program ini adalah pengisian program gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun. Ianya adalah bertujuan untuk memerta-batkan buku sebagai sumber pengatahuan. Dalam era teknologi yang semakin maju, buku perlu diletakkan ditempat yang sewajarnya supaya terus bersesuaian dengan era ini. Usaha berterusan ini adalah bagi membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca.
MAJLIS JASAMU DIKENANG JPS HULU LANGAT
30 Mei 2014 – Majlis Jasamu Dikenang meraikan persaraan kakitangan JPS Hulu Langat berlang-
sung dengan lancar dan meriah bertempat di Bangi Golf Resort. Seramai 3 kakitangan yang diraikan
iaitu En. Mohd. Din bin Abd. Aziz (Penolong Jurutera JA29), En. Abdul Manan Hafiz bin Hashim
(Penolong Jurutera JA29) dan Pn. Norhasam binti Jaafar (Pembantu Tadbir N22). Setiap pertemuan
pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan dan menyakit-
kan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan
paling manis yang tidak dapat dilupakan. Selamat Maju Jaya buat En.Md.Din, En. Hafiz dan Pn.
Norsham
15
SSPN-i BERSAMA JPS HULU LANGAT
Pada 30 Mei 2014 Taklimat turun padang SSPN-i bersama kakitangan JPS Hulu
Langat telah diadakan di Bilik Mesyuarat JPS Hulu Langat. Taklimat disampaikan
oleh pegawai SSPN. Objektif taklimat tersebut untuk memberi pendedahan kepada
kakitangan tentang penyimpanan dan pelaburan bagi anak-anak untuk melanjut-
kan pelajaran.
MESYUARAT AGONG KELAB SUKAN, KEBAJIKAN DAN SOSIAL JPS HULU LANGAT
Pada 27 Jun 2014 telah berlang-
sungnya Mesyuarat Agung Kelab
Sukan, Kebajikan dan Sosial JPS Hu-
lu Langat kali ke-23 bertempat di Bilik
Mesyuarat JPS HUlu Langat. Seramai
37 kakitangan juga ahli-ahli kelab
hadir. Acara telah dimulakan dengan
bacaan doa selamat oleh En. Adib b.
Idrus (Penyelenggara Stor) dan se-
terusnya membentangkan beberapa
agenda.
16
17
MAJLIS PERHIMPUAN BULANAN. JPS KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM BERSAMA PENGARAH JPS NEGERI SELANGOR.
Majlis Perhimpunan bulanan bersama Tuan Pengarah JPS Negeri Selangor, Ir. Haji Ab. Qahar bin Osman AMK, PPT bersama wargakerja JPS Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam yang diadakan pada 6hb. Mei, 2014, telah menghimpunkan seramai 300 orang kakitangan. Dalam ucapan Tuan Jurutera Daerah, JPS Kuala Selangor En Zurraidy bin Jalal , mengalu-alukan kehadiran Tuan Pengarah, Pegawai-Pegwai Kanan dari Ibu Pejabat, Jurutera Daerah JPS Sabak Bernam dan semua kakitangan yang hadir. Perhim-punan kali ini amat bermakna kerana inilah program yang julung kali menghimpunkan wargakerja dari dua daerah dalam jumlah yang ramai dan dapat bersama-sama Tuan Pengarah.
MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN KALI KE 25. KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN.
Mesyuarat Agong Kelab Sukan Dan Kebajikan JPS Kuala Selan-gor/Tg Karang Kali yang ke 25 te-lah diadakan pada 17hb. Jun 2014 bertempat di Dewan Dato’ Hormat Tg Karang. Dengan kehadiran seramai 172 orang dari 222 orang ahli, telah melepasi kuota 2/3 dan layak untuk menjalankan mesyuarat agong. Tuan Jurutera Daerah yang juga YDP Kelab Sukan dan Kebajikan telah mempengerusikan mesyuarat ter-sebut.
18
19
Pada 25hb. Mei. 2014 bertempat di perkarangan JPS Daerah Kuala Langat telah
berlansung Majlis Perhimpunan pagi bersama pengarah JPS Negeri Selangor,
Majlis tersebut disertai dari kakitangan JPS Kuala Langat, Klang dan Petaling .
Majlis di mulakan dengan Ceramah Motivasi olih Uztaz Salehudin dan juga
nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Jayakan Perkhidmatan
Sempurna menjadi pembuka majlis. Bacaan Doa dipimpin olih En. Sharil b. Ib-
rahim dari JPS Daerah Kuala Langat.Ucapan Jurutera Daerah telah disampaikan
oleh tiga daerah masing- masing. Di mulakan dengan Jurutera Daerah Kuala
Langat Tuan. Hj. Badaruddin b. Tahiruddin, Jurutera Daerah Klang Tuan Hj. Safii
b. Ramli dan Jurutera Daerah Petaling Tuan Haji Saari b.Abdullah
MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI BERSAMA PENGARAH
20
Pada 27hb.-29hb. Mei. 2014
bertempat di Hotel Sri Malaysia
Bagan Lalang Bengkel Intensif KIK Negeri Selangor telah diadakan. Bengkil terse-
but disertai kakitangan JPS Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Ber-
nam .Penyertaan terdiri dari semua lapisan jawatan dan Benkel tersebut telah
dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Operasi JPS Selangor yang diwakili oleh Cik
Nurul Sabihah bt. Sarimin.
BENGKEL INTENSIF KUMPULAN INOVASI DAN KRE-
ATIF (KIK) NEGERI SELANGOR
PENILAIAN TAPAK ANUGERAH INOVASI SEKTOR AWAM
NEGERI SELANGOR (AISAS)
Pada 5hb. Jun 2014 JPS Daerah Kuala
Langat telah dikunjungi panel penilai
AISAS Negeri Selangor untuk menilai
projek bancuhan kontrik dengan slag
dan meninjau sekali projek inovasi di
tapak pembinaan dan Penilaian Akhir
Anugerah Inovasi Sektor Awam
(AISAS) Negeri Selangor 2014
21
22
TAKLIMAT PROGRAM 5S DI PEJABAT CAWANGAN MEKANIKAL/STOR JPS SABAK BERNAM
Pada 4hb April 2014 telah diadakan satu Taklimat Program 5'S di Pe-jabat Mekanikal/Stor yang baru. Taklimat telah disampaikan oleh Pe-nolong Jurutera Encik Mohd Sukri Bin Ahmad.Sebelum taklimat diberi-kan, satu bacaan Yassin beramai-ramai telah diadakan sempena per-pindahan Pejabat Mekanikal/Stor ke pejabat baru.
KEJOHANAN BOWLING JEMPUTAN BANK RAKYAT 5 PENJURU
Pada 4hb April 2014 satu Kejohanan Bowling Jemputan Bank Rakyat 5 Penjuru telah diadakan. Seramai 60 orang peserta dari Pejabat Daerah Sabak Bernam, Majlis Daerah Sabak Bernam, Jabatan Pengairan Dan Sali-ran, Jabatan Kerja Raya dan Bank Rakyat telah menyertai kejohanan ini. Setiap jabatan menghantar 4 kum-pulan.Puan Norita Binti Abdul Rahim telah menjadi juara kategori wanita dengan jatuhan pin 490. JPS B telah mendapat tempat keempat dalam kat-egori kumpulan.
23
KEJOHANAN BADMINTON ANTARA JPS NEGERI SELANGOR ANJURAN JPS DAERAH PETALING
Pada 12 April 2014 bertempat di Dewan SUK, Shah Alam berlangsung satu Ke-johanan Badminton Antara JPS Negeri Selangor yang di anjurkan oleh JPS Daerah Petaling. Tujuan diadakan kejohanan ini adalah untuk pemilihan wakil acara ini dalam sukan MAKSAK untuk tahun 2014.Sebanyak 3 pasukan dari JPS Daerah Sabak Bernam. 1 beregu wanita dan 2 beregu lelaki. Pasukan wanita yang diwakili oleh Pn. Sharizan Binti Sakdom dan Pn. Norhafizah Binti Hussin telah memenangi tempat kedua.Regu lelaki yang diwakili En. Mohd Shahrin Bin Shahlan dan En. Mohd Zamri Bin Miswan telah mendapat tempat ketiga. Sementara regu lelaki yang diwakili oleh En. Rahim Bin Hassan dan En. Hezal Bin Kamarudzaman telah memenangi tempat kedua.
KEJOHANAN KAROM PERINGKAT NEGERI SELANGOR ANJURAN JPS DAERAH HULU SELANGOR
Pada 22 hb April 2014, satu Kejohanan Karom Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Dewan Serbaguna Daerah Hulu Selangor anjuran JPS Daerah Hu-lu Selangor.JPS Daerah Sabak Bernam telah diwakili 4 orang pemain wanita dan 2 orang pemain lelaki. Untuk kate-gori wanita Pn. Siti Inshah Binti Musa telah mendapat tempat kedua setelah dikalahkan oleh pemain dari JPS Barat Laut Kuala Selangor. Pn. Sharizan Binti Sakdom dan En Mohd Mujri Bin Manun telah mendapat tempat keempat dalam kategori acara masing-masing.
24
PERJUMPAAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN JPS DAERAH SABAK BERNAM DAN JPS DAERAH KUALA SELANGOR BERSAMA PENGARAH JPS NEGERI SELANGOR
Pada 6hb Mei 2014 satu majlis Perjumpaan Kakitangan JPS Daerah Sabak Bernam dan JPS Kuala Selangor bersama Pengarah Negeri Se-langor telah diadakan di Perkarangan Pejabat JPS Daerah Kuala Se-langor. Seramai 110 orang pegawai dan kakitangan JPS Daerah Sabak Bernam yang telah hadir ke perjumpaan tersebut.Majlis dimulai nyany-ian koir dari pasukan Koir JPS Kuala Selangor. Bacaan ikrar turut dil-afazkan yang telah diketuai oleh En. Jamalullail Bin Mokhtar. Majlis disusuli dengan ucapan alu-aluan dari Jurutera Daerah JPS Kuala Se-langor iaitu En. Zurraidy Bin Jalal dan Jurutera Daerah JPS Sabak Ber-nam iaitu En. Herman Bin Tawil.Pengarah JPS Negeri Selangor iaitu Ir. Haji Ab. Qahar Bin Osman AMK.PPT telah menyampaikan ucapan dan amanat. Sebelum majlis berakhir Tuan Pengarah telah bersalam -salaman dengan kakitangan JPS Kuala Selangor dan JPS Sabak Ber-nam. Majlis diakhir dengan jamuan makan.
25
SESI FOTOGRAFI UNTUK BUKU LAPORAN TAHUNAN JPS NEGERI SELANGOR
Satu sesi fotografi telah dijalankan di hadapan Pejabat Pentadbiran JPS Daerah Sabak Bernam pada 15 Mei 2014. Tujuan diadakan sesi fotografi ini adalah untuk dimasukkan dalam Buku Laporan Tahunan JPS Negeri Selangor untuk tahun 2013. Hanya pegawai dan ka-kitangan di dalam pejabat sahaja yang telah dijemput hadir
PERSIDANGAN PENYELARASAN SKOP TUGAS PENOLONG JURUTERA GRED JA29 BAGI JPS NEGERI SELANGOR. Satu Persidangan Penyelarasan Skop Tu-
gas Penolong Jurutera Gred JA 289 bagi JPS Negeri Selangor telah diadakan di De-wan Sri Siantan, Majlis Daerah Kuala Se-langor pada 22hb Mei 2014. Persidangan ini melibatkan semua Juruteknik J17 yang telah dinaikkan gred kepada Penolong Ju-rutera JA29. Persidangan ini dimulakan denga penerangan tentang skop tugas Pe-nolong Jurutera JA29 oleh Puan Ma-renawati Binti Abdul Malik. Majlis kemudi-an diteruskan dengan sesi dialog antara Pengarah JPS Negeri Selangor, Ir. Haji Ab. Qahar Bin Osman AMK.PPT dengan Peno-long Jurutera JA29.
26
AUDIT NAZIRAN KE ATAS PROSES PEMBAYARAN DAN DOKUMEN KEWANGAN SPEKS JPS DAERAH
SABAK BERNAM
Pada 27 Mei 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya satu Audit Naziran Ke Atas Proses Pembayaran Dan Dokumen Kewangan SPEKS telah dijalankan. Seramai 5 orang pegawai dari Bendahari Negeri telah hadir untuk menjalankan kerja-kerja audit tersebut.Tujuan audit naziran ini dijalankan adalah untuk membuat pemantauan pelaksanaan sistem SPEKS secara online serta memastikan setiap dokumen disediakan me-matuhi tatacara kewangan.
CERAMAH MOTIVASI BIL. 2/2014 SEMPENA SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ 1435H ANJURAN
JPS DAERAH SABAK BERNAM
Pada 30 Mei 2014 bertempat di Perkarangan Rumah Encik Abdul Kadir Bin Zakaria telah diadakan Ceramah Motivasi sempena Isra' Mikraj tahun 1435H anjuran JPS Sabak Bernam.Majlis dimulakan pada pukul 9.00 pagi. Pen-ceramah yang dijemput ialah Ustaz Samsul Muhaimin Bin Ab-dullah Saleh.
27
MAJLIS HARI INOVASI DAN KECEMERLANGAN & MAJLIS MALAM JASAMU DIKENANG JPS NEGERI SELANGOR
TA-
Pada 11 Jun 2014 telah diadakan satu Majlis Hari Inovasi Dan Kecemerlangan & Majlis Malam Jasamu Dikenang JPS Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah.Seramai 13 orang ka-kitangan dari JPS Sabak Bernam telah menerima Anugerah Perkhid-matan Cemerlang dan seramai 42 orang menerima Anugerah Khas Pengarah. Ahli EMS ISO 14001:2004 Skim Pengairan Rumah Pam Bagan Terap juga turut dirai keran telah berjaya mengekalkan persijilan selama 10 tahun. Kunci Air Batu Sepintas hanya mendapat hadiah saguhati dalam kategori Kunci Air Terbaik.
CERAMAH MOTIVASI BIL. 3/2014: KESERONOKKAN BEKERJA
Pada 27 Jun 2014 bertempat di Perkarangan Bangunan Mekanikal Dan Setor telah diadakan Ceramah Motivasi dengan tajuk Keseronokkan Bekerja. Ceramah motivasi ini telah disampaikan oleh Puan Hajah Rahimah Binti Abdul Jalil daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Is-lam Malaysia (YaPEIM).
28