profil tret personaliti pensyarah yang … · neo-pi-r oleh mccrae & costa (1992) dan...
TRANSCRIPT
PROFIL TRET PERSONALITI PENSYARAH YANG CEMERLANG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENILAIAN
PENGAJARAN PENSYARAH (PPP)
ZUHAILI BINTI MOHD ARSHAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PROFIL TRET PERSONALITI PENSYARAH YANG CEMERLANG
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN SISTEM PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH (PPP)
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya ZUHAILI BINTI MOHD ARSHAD .
(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
__________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: DR. FAIZAH BT ABD. GHANI No.50 Jln Sri Nirwana, (NAMA PENYELIA) Taman Bukit Pilah Perdana, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tarikh: Tarikh:
PROFIL TRET PERSONALITI PENSYARAH YANG CEMERLANG DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN SISTEM PENILAIAN
PENGAJARAN PENSYARAH (PPP)
ZUHAILI BINTI MOHD ARSHAD
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”
Tandatangan : ………………………………… Nama penuh : Zuhaili binti Mohd Arshad Tarikh : …………………………………
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)”
Tandatangan : ………………………………… Nama penuh : Dr. Faizah bt Abd. Ghani Tarikh : …………………………………
DEDIKASI
Istimewa buat ibuku, Saodah bt Mohd Yunos
Dan ayahku,
Mohd Arshad bin Othman
Serta kedua kakakku, Norharyanti dan Khairunnisa
Kasih selembut sutera seharum kasturi, Menjadi melodi indah penyubur sanubari,
Doa dan pengorbanan kalian menjadi penguat diri, Takkan kulupakan selagi hayat dikandung badan ini,
Moga kalian dikurniakan ketenteraman, keselamatan, dan kebahagiaan di dunia dan akhirat yang kekal abadi.
Amin, ya Rabbal ’Alamin..
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia, inayah, dan kasih sayang-Nya, dapat saya menghimpunkan segenap kekuatan dan kesabaran untuk menyiapkan tesis ini dengan jayanya. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Dr. Faizah bt Abd. Ghani selaku penyelia saya, yang telah banyak memberikan bimbingan, tunjuk ajar, keprihatinan dan idea dalam menyempurnakan penulisan tesis ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak CTL atas kerjasama dan maklumat yang telah diberikan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini. Tidak dilupakan juga buat staf-staf pengurusan di pejabat-pejabat fakulti yang telah banyak membantu saya dalam memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan. Sekalung penghargaan ditujukan buat semua pensyarah-pensyarah cemerlang yang terlibat sebagai responden kajian atas kesudian meluangkan sedikit waktu dan tenaga dalam menjawab soal selidik yang diberikan. Segala kerjasama yang disumbangkan amat-amat saya hargai. Tidak dilupakan buat teman-teman seperjuangan yang telah memberikan bantuan, dorongan dan semangat yang menguatkan diri saya untuk menyiapkan tesis ini. Jasa kalian akan tetap diingati. Jazakumullahu khaira!
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau profil tret personaliti pensyarah UTM yang
cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Penilaian Pengajaran
Pensyarah (PPP) bagi semester 2 sesi 2007/2008. Kajian ini adalah berdasarkan kepada
Teori Tret Personaliti Big Five. Seramai 40 orang pensyarah cemerlang terlibat sebagai
responden, dan kaedah persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini. Soal selidik
NEO-PI-R oleh McCrae & Costa (1992) dan diterjemahkan oleh Khairul Anwar (2000)
digunakan sebagai instrumen kajian, dan ia mempunyai nilai kebolehpercayaan yang
baik berdasarkan nilai alpha Cronbach .870 bagi domain Neuroticism (N), .804 bagi
domain Extraversion (E), .790 bagi domain Openness to Experience (O), .682 bagi
domain Agreeableness (A), dan .904 bagi domain Conscientiousness (C). Nilai alpha
Cronbach bagi keseluruhan item adalah .813. Data yang telah dikumpul dianalisis
menggunakan ‘Statistical Packages for Social Sciences’ (SPSS) versi 12.0 for windows.
Analisis deskriptif menunjukkan bahawa pensyarah yang cemerlang memiliki skor yang
rendah bagi domain Neuroticism (N-), dan skor yang tinggi bagi domain Agreeableness
(A+) dan Conscientiousness (C+). Ujian korelasi Pearson ‘r’ dijalankan bagi menjawab
sepuluh hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara domain Neuroticism dengan Extraversion, Neuroticism dengan
Openness to Experience, Neuroticism dengan Agreeableness, Neuroticism dengan
Conscientiousness, Extraversion dengan Openness to Experience, Extraversion dengan
Conscientiousness, Openness to Experience dengan Conscientiousness, dan
Agreeableness dengan Conscientiousness. Satu hubungan signifikan yang kuat wujud
antara domain Neuroticism dengan Conscientiousness pada skala r = -.742 dengan arah
hubungan yang negatif. Implikasi kajian ini menunjukkan betapa pentingnya
kecemerlangan personaliti pensyarah dalam menyampaikan pengajarannya dengan
berkesan. Cadangan tindakan dan kajian lanjutan turut dibincangkan dalam kajian ini.
ABSTRACT
This study aims to identify the personality traits among UTM lecturers who were
excellent in teaching and learning based on the lecturers’ teaching evaluation system
(PPP) for semester 2 session 2007/2008. This study uses the design based on the Big
Five Personality Traits. A total of 40 lecturers had been selected using purposive
sampling method. NEO-PI-R inventory set by McCrae & Costa (1992) and translated
by Khairul Anwar (2000) had been used in this study. It shows a high level of reliability
which demonstrated the alpha Cronbach value of .870 for Neuroticism, .804 for
Extraversion, .790 for Openness to Experience, .682 for Agreeableness, and .904 for
Conscientiousness. Overall, the value of alpha Cronbach is .813. The data collected
were analyzed using ‘Statistical Packages for Social Sciences’ (SPSS v12 for windows).
The result of the descriptive analysis shows that the excellent lecturers owned low scores
in Neuroticism (N-), high scores in Agreeableness (A+) and Conscientiousness (C+).
Pearson ‘r’ test had been conducted in the inferential analysis to answer ten research
hypotheses. The result shows that there are significance relationships between
Neuroticism and Extraversion, Neuroticism and Openness to Experience, Neuroticism
and Agreeableness, Neuroticism and Conscientiousness, Extraversion and Openness to
Experience, Extraversion and Conscientiousness, Openness to Experience and
Conscientiousness, and Agreeableness and Conscientiousness. A strong significance
relationship exists between Neuroticism and Conscientiousness with the r scale = -.742
(negative directed relation). The finding of this research implicated that the lecturer’s
personality is very important to make sure that his/her teaching can be delivered
effectively. A few recommendations and future study suggestions were also discussed
in this study.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGAKUAN ii
PENGESAHAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
xv
xvii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan
1.2 Latar belakang masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Hipotesis Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Batasan Kajian
1.9 Definisi Konsep dan Operasional
1.10 Kesimpulan
1
6
8
9
10
11
13
15
16
18
2 SOROTAN PENULISAN 19
2.1 Pengenalan
2.2 Kerangka Teori
2.2.1 Teori Holland
2.2.2 Teori Tret Personaliti Hans Eysenck
2.2.3 Teori Tret Personaliti Big Five
2.3 Hubungan Antara Personaliti dan Prestasi
2.4 Komponen Bagi Domain Personaliti Big Five
2.5 Sorotan Kajian-Kajian Lepas
2.5.1 Kajian Dalam Negeri
2.5.2 Kajian Luar Negeri
2.6 Kesimpulan
19
19
21
24
25
31
32
33
34
37
39
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Tempat Kajian
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian
3.7 Pengumpulan Data
3.8 Penganalisisan data
3.9 Kesimpulan
40
40
41
42
42
43
48
49
49
53
4 DAPATAN KAJIAN 54
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Deskriptif Peratus Pencapaian P5 di
Kalangan Pensyarah Mengikut Fakulti
4.3 Analisis Soal Selidik
4.4 Analisis Deskriptif Maklumat Peribadi responden
4.5 Analisis Deskriptif Profil Personaliti Pensyarah
Cemerlang
4.5.1 Analisis Domain
4.5.2 Analisis Faset
4.5.3 Analisis Item
4.6 Analisis Inferensi
4.6.1 Ho 1
4.6.2 Ho 2
4.6.3 Ho 3
4.6.4 Ho 4
4.6.5 Ho 5
4.6.6 Ho 6
4.6.7 Ho 7
4.6.8 Ho 8
4.6.9 Ho 9
4.6.10 Ho10
4.7 Kesimpulan
54
55
59
60
65
66
67
71
85
88
88
89
89
90
90
91
91
92
92
93
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN 94
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Peratus Pencapaian P5 Di Kalangan
Pensyarah Mengikut Fakulti di UTM
5.2.2 Profil Personaliti Pensyarah Mengikut
Domain Personaliti Big Five
5.2.3 Keputusan Analisis Korelasi Pearson’s r
5.3 Cadangan
5.3.1 Cadangan Tindakan
5.3.2 Cadangan Kajian Lanjutan
5.4 Kesimpulan
94
95
95
97
112
113
114
117
118
RUJUKAN 119
Lampiran 128
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 3.1 Kod bagi faktor demografi 44
Jadual 3.2 JPU bagi inventori personaliti NEO-PI-R 46
Jadual 3.3 Pembahagian skor Skala Likert lima mata 48
Jadual 3.4 Klasifikasi Nilai Skor Min 50
Jadual 3.5 Kaedah penentuan statistik untuk menganalisis data
kajian
51
Jadual 3.6 Klasifikasi Kekuatan Korelasi (Rowntree, 1981) 52
Jadual 4.1 Peratus pencapaian prestasi pengajaran di UTM 55
Jadual 4.2 Taburan responden mengikut jantina 60
Jadual 4.3 Taburan responden mengikut julat umur 61
Jadual 4.4 Taburan responden mengikut bangsa 61
Jadual 4.5 Taraf perkahwinan responden 62
Jadual 4.6 Taburan responden mengikut fakulti 63
Jadual 4.7 Taburan responden mengikut kelulusan akademik
tertinggi
64
Jadual 4.8 Taburan responden mengikut tempoh pengalaman
berkhidmat di UTM
64
Jadual 4.9 Nilai min bagi setiap domain personaliti 66
Jadual 4.10 Analisis kekerapan dan peratusan bagi setiap
domain
66
Jadual 4.11 Nilai min bagi setiap faset domain Neuroticism 67
Jadual 4.12 Nilai min bagi setiap faset domain Extraversion 68
Jadual 4.13 Nilai min bagi setiap faset domain Openness to
Experience
69
Jadual 4.14 Nilai min bagi setiap faset domain Agreeableness 69
Jadual 4.15 Nilai min bagi setiap faset domain
Conscientiousness
70
Jadual 4.16 Nilai min setiap item bagi domain Neuroticism 71
Jadual 4.17 Nilai min setiap item bagi domain Extraversion 74
Jadual 4.18 Nilai min setiap item bagi domain Openness to
Experience
77
Jadual 4.19 Nilai min setiap item bagi domain Agreeableness 80
Jadual 4.20 Nilai min setiap item bagi domain
Conscientiousness
83
Jadual 4.21 Analisis inferensi : hubungan korelasi antara
domain-domain personaliti Big Five
87
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
TAJUK
MUKASURAT
Rajah 2.1 Dimensi dua personaliti Eysenck 24
Rajah 2.2 Five Factor Model, Mount & Barrick (1991) 31
Rajah 4.1 Peratus Pencapaian P5 Mengikut Fakulti 58
SENARAI SINGKATAN
Ho 1 - Hipotesis nol 1
Ho 2 - Hipotesis nol 2
Ho 3 - Hipotesis nol 3
Ho 4 - Hipotesis nol 4
Ho 5 - Hipotesis nol 5
Ho 6 - Hipotesis nol 6
Ho 7 - Hipotesis nol 7
Ho 8 - Hipotesis nol 8
Ho 9 - Hipotesis nol 9
Ho 10 - Hipotesis nol 10
Bil. - Bilangan
No. - Nombor
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
PPP - Penilaian Pengajaran Pensyarah
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
CTL - Center for Teaching and Learning
FAB - Fakulti Alam Bina
FKA - Fakulti Kejuruteraan Awam
FKE - Fakulti Kejuruteraan Elektrik
FKM - Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
FKKKSA -
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan
Kejuruteraan Sumber Asli
FS - Fakulti Sains
FKSG -
Fakulti Kejuruteraan dan Sains
Geoinformasi
FSKSM -
Fakulti Sistem Komputer dan Sumber
Maklumat
FPPSM -
Fakulti Pengurusan dan Pembangunan
Sumber Manusia
FP - Fakulti Pendidikan
PPIPS -
Pusat Pembangunan Islam dan
Pembangunan Sosial
FBB - Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Soal selidik 128
B Surat pengesahan Fakulti Pendidikan 141
C
Surat pengesahan mendapat maklumat daripada
CTL
142
D Peratusan taburan mengikut ranking fakulti 143
E Polisi dan Kod Amalan Pengajaran dan
Pembelajaran Universiti Teknologi Malaysia
144
F Contoh borang penilaian pengajaran pensyarah 153
G Keputusan peperiksaan pelajar 154
H Pengkelasan domain personaliti Big Five 160
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam mengharungi era globalisasi dan kecanggihan teknologi zaman kini,
Malaysia perlu membentuk masyarakat berketerampilan agar dapat bersaing pada
peringkat global dalam semua bidang. Untuk merealisasikan aspirasi negara bagi
mencapai taraf negara maju, ilmu pengetahuan menjadi agenda utama dalam
memperkasakan masyarakat untuk berjaya dalam segenap aspek.
Menyedari hakikat pentingnya pendidikan tertiari di negara kita, usaha
melahirkan modal insan kelas pertama menjadi teras kedua dalam RMK 9 (Misi
nasional) dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 sebagai menyahut seruan kerajaan untuk
melahirkan masyarakat berpengetahuan dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek, berpandukan pada Falsafah Pendidikan Negara (Berita Harian, 2001).
Seiring dengan peningkatan kesedaran pentingnya pendidikan pada masyarakat,
terdapat banyak institusi pengajian tinggi ditubuhkan di negara kita. Sumber terkini
yang diperolehi menunjukkan bahawa bilangan IPTA di seluruh negara mencecah 20
buah pada tahun 2009 (Utusan Malaysia, 2009). Setiap institusi pendidikan tinggi
mempunyai strategi dan standard tersendiri bagi mencorakkan sistem akademik yang
akan disampaikan kepada pelajar.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan sebuah institusi pengajian
tinggi yang tidak asing lagi di negara kita dan dengan rasminya diisytiharkan sebagai
universiti yang mempunyai sejarah 100 tahun pada 26 Januari 2005 (Tan Sri Prof. Dr.
Mohd Zulkifli Mohd Ghazali, 2007). Dalam usaha menjadi sebuah institusi pengajian
yang unggul kepada masyarakat Malaysia dan juga masyarakat global, pihak universiti
mestilah mempunyai objektif khusus serta mampu merangka dasar pendidikan yang
jelas untuk mencapai kecemerlangan. Ini kerana, tanpa dasar yang jelas sistem dan
perlaksanaan pendidikan di universiti akan menjadi kucar kacir dan terumbang ambing
(Datuk Dr. Syed Othman Alhabsyi, 2001). Menurut Nurhayati Ishak (2006), bagi
mewujudkan sebuah institusi pendidikan yang efisyen dan efektif serta mencapai
piawaian yang ditetapkan, pendekatan kualiti dalam segenap aspek pendidikan harus
diberikan tumpuan yang serius. Inilah asas untuk melahirkan graduan yang berdaya
saing dalam menempuhi alam perkerjaan seterusnya menjadi aset negara yang berharga.
Sebagai usaha membekalkan pendidikan berkualiti kepada pelajar, pemilihan
tenaga pengajar di UTM haruslah diberikan perhatian yang serius kerana staf akademik
merupakan nadi kepada sesebuah universiti dan kewibawaan universiti amat bergantung
kepada kewibawaan pensyarahnya (Tan Sri Prof. Dr. Mohd Zulkifli Mohd Ghazali,
2007).
Kecemerlangan yang tinggi dalam akademik dan pengetahuan yang luas dalam
bidang bukanlah faktor penentu kecemerlangan pengajaran seseorang pensyarah.
Sehubungan itu, banyak kursus-kursus dan latihan berbentuk pedagogi dibekalkan
kepada golongan pensyarah. Kenyataan ini adalah sejajar dengan pandangan Baharin
Abu (2000) yang menegaskan tentang pentingnya untuk menyediakan kursus dan latihan
berbentuk kemahiran pengajaran di kalangan pensyarah, lebih-lebih lagi kepada
pensyarah-pensyarah baru.
Walau bagaimanapun, pengajaran yang baik bukanlah berdasarkan teknik
pengajaran pengajar semata-mata, tetapi terhasil daripada identiti dan personaliti yang
dicerminkan oleh pengajar terhadap pelajarnya (Hativa, 2001). Hal ini dikukuhkan lagi
dengan pendapat Angelo (2002) bahawa pendidik bertanggungjawab sebagai pendorong,
pembimbing, penilai, serta pembentuk sahsiah kepada pelajarnya. Golongan pensyarah
perlulah terlebih dahulu berkeupayaan tinggi menjalankan tugas-tugas tersebut dengan
sebaik mungkin bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah.
(Salimah, 2002).
Menurut Korthagen (2001), seseorang pensyarah bukan sahaja bergantung
kepada ilmu pengetahuan yang diperolehinya tetapi personalitinya juga memainkan
peranan penting dalam menjadikan seseorang itu pendidik seorang yang cemerlang dan
efektif. Ini adalah kerana emosi seseorang bergantung kepada personaliti individu yang
berhadapan dengannya. Sekiranya seseorang pensyarah tidak menunjukkan personaliti
yang baik, ia akan menyebabkan para pelajar kurang berkeyakinan terhadap
penyampaiannya, dan seterusnya menjejaskan tahap pencapaian pelajarnya.
Berdasarkan pendapat-pendapat yang dikemukakan, jelaslah betapa pentingnya
kecemerlangan personaliti pensyarah dalam menyampaikan pengajarannya dengan
berkesan kepada pelajar-pelajarnya.
Untuk menilai tahap keberkesanan pengajaran pensyarah terhadap pembelajaran
pelajar, adalah penting untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap pensyarah yang
mengajarnya. Ini adalah kerana persepsi akan mempengaruhi reaksi dalam mencipta
hubungan pensyarah-pelajar di dalam kelas, seterusnya menyumbang kepada prestasi
akademik samada secara positif atau negatif.
Menurut Norhasni (2007), pelajar merupakan penilai yang terbaik dalam
memberikan komen dan pandangan terhadap kualiti dan mutu pengajaran yang
disampaikan oleh pensyarah, kerana pelajar universiti merupakan pelajar yang matang
dari segi pemikirannya. Menyedari betapa pentingnya penilaian pelajar terhadap tahap
keberkesanan pengajaran pensyarah, satu bentuk penilaian diwujudkan dalam sistem
pendidikan tertiari, iaitu Penilaian Pengajaran Pensyarah (PPP).
Berdasarkan maklumat daripada Polisi dan Kod Amalan Pengajaran dan
Pembelajaran UTM (2007), aktiviti PPP dijalankan secara menyeluruh di kalangan staf
akademiknya melalui sistem E-PPP setiap kali penghujung semester. Instrumen
penilaian PPP dibangunkan oleh pihak Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL) yang
juga bertanggungjawab menganalisis keputusan dan menyimpan rekod PPP. Keputusan
PPP adalah berdasarkan lima set kumpulan skor di mana P1 mewakili kumpulan skor 20
dan ke bawah, sementara P5 mewakili kumpulan skor 20 dan ke atas. Ini bermakna,
pensyarah yang mendapat P5 akan mendapat min individu 4 dan ke atas.
Menurut Tan Sri Prof. Dr. Mohd Zulkifli Mohd Ghazali (2007), terdapat 1,739
orang staf akademik di UTM. Daripada jumlah tersebut, 116 orang merupakan profesor,
349 orang profesor madya, 1,132 orang pensyarah, dan 142 orang tutor.
Sekiranya pensyarah mengajar lebih daripada satu seksyen, setiap seksyen yang
diajar akan dianggap sebagai satu kes. Bagi Semester 2 Sesi 2007/2008, terdapat 1877
kes pengajaran yang melibatkan kesemua staf akademik di UTM. Pihak CTL telah
menetapkan standard min individu 4.81 sebagai keputusan pencapaian pengajaran 5%
tertinggi, iaitu kategori pensyarah di dalam kumpulan P5 yang paling cemerlang. Pihak
universiti sentiasa komited dengan usaha penambahbaikan kualiti pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan di dalam universiti. Oleh yang demikian, kualiti tenaga
pengajar di UTM perlulah dipertingkatkan supaya dapat menambahkan bilangan
pensyarah yang cemerlang, sekaligus meningkatkan taraf pendidikan di UTM.
Keputusan PPP yang dilaksanakan di UTM secara kaedah elektronik (E-PPP)
jelas menggambarkan persepsi pelajar terhadap keberkesanan pengajaran pensyarah
yang mengajar mereka dalam sesuatu semester (Polisi & Kod Amalan Penilaian
Pengajaran UTM 2007). Instrumen penilaian yang berkisar tentang empat aspek utama
iaitu pengajaran, penyampaian, penilaian, dan hubungan pensyarah-pelajar (Lampiran F)
membolehkan pelajar menilai tahap kecemerlangan pengajaran pensyarah dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P).
1.2 Latarbelakang masalah
Kecemerlangan akademik merupakan alat pengukur yang menentukan tahap
kejayaan seseorang pelajar di mana-mana universiti, di dalam mahupun di luar negara.
Ia seharusnya menjadi matlamat utama seorang siswa atau siswazah kerana ia
menunjukkan sejauh mana penguasaannya terhadap ilmu yang dipelajari di universiti
(Arham Abdullah, Baharin Mesir, dan Mohd Muhaimin Mohamed, 2006).
Antara masalah yang sering dihadapi oleh pensyarah dan pihak pengurusan
akademik di sesebuah universiti ialah kegagalan sebahagian mahasiswa menunjukkan
prestasi yang cemerlang dalam akademik (Utusan Melayu, 2001). Dalam mengejar
status kecemerlangan akademik di Universiti Teknologi Malaysia, masih ada di
kalangan pelajar universiti yang tercicir atau dengan kata yang lebih mudah, mendapat
keputusan yang tidak begitu memberangsangkan dalam peperiksaan. Jadi, tidak
menghairankan apabila terdapat sebilangan pelajar yang terpaksa mengulang kembali
mata pelajaran yang telah diambil sebagai memenuhi syarat pengijazahan.
Menurut Arham Abdullah et. al (2006), prestasi akademik graduan di UTM
secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Buktinya, peratusan graduan yang
berjaya memperoleh Ijazah Kelas Pertama pada setiap tahun adalah sangat rendah
berbanding dengan jumlah pelajar yang mendapat Ijazah Kelas Kedua (Tinggi) dan
Ijazah Kelas Kedua (Rendah), iaitu tidak melebihi 10% daripada jumlah keseluruhan
graduan.
Statistik keputusan peperiksaan Semester 2 Sesi 2007/2008 bagi beberapa fakulti
di UTM menunjukkan pencapaian akademik pelajar berada pada tahap yang sederhana
(Lampiran G). Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan pelajar yang berada pada
prestasi kurang memuaskan iaitu mendapat keputusan kurang daripada 2.5. Contohnya,
daripada keseluruhan 1111 orang pelajar Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber
Manusia, 36 pelajar (3.25%) mendapat keputusan kurang daripada 2.5. Bagi Fakulti
Sains yang mempunyai 1868 orang pelajar pula, 130 (6.96%) daripadanya mendapat
kurang daripada 2.5. Sementara itu, bagi 6 kursus di Fakulti Pendidikan seramai 509
pelajar, 29 daripadanya (6%) mendapat pencapaian kurang daripada 2.5. Hal ini sangat
membimbangkan kerana tanpa keputusan yang baik, mereka akan sukar mendapat
tempat yang baik dalam bidang pekerjaan kelak dan berdaya saing di dalam masyarakat
(Katzenmeyer, 2001).
Masalah pencapaian akademik yang disebutkan ini mempunyai kaitan secara
langsung dengan kaedah pengajaran dan komitmen pensyarah di mana jika pensyarah
mampu menyampaikan pengajarannya dengan berkesan, kesannya akan dapat dilihat
pada peningkatan prestasi akademik pelajar-pelajanya (Salimah, 2002).
Justeru, CTL diwujudkan di UTM bagi memantau serta membangunkan
program-program untuk memastikan pensyarah sentiasa dibekalkan dengan kemahiran
dan teknik pengajaran yang mantap, untuk menyumbangkan pengajaran yang cemerlang
dan berkesan di dalam kuliah.
1.3 Pernyataan masalah
Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik di kalangan pelajar, tahap
profesionalisme pensyarah memainkan peranan penting dalam mencurahkan ilmu dan
kemahiran yang dimiliki kepada pelajar. Profesionalisme pensyarah merangkumi
beberapa aspek, dan antara yang paling penting adalah personaliti, keperihatinan,
motivasi dan iltizam serta lain-lain (Salimah, 2002).
Terdapat beberapa kajian lepas yang bertekalan dengan pendapat yang
dikemukakan. Berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan oleh Mohd Shakirurahman
(2005) yang mengkaji hubungan gaya kepimpinan pensyarah dengan prestasi akademik
pelajar mendapati terdapat hubungan yang signifikan secara statistik yang positif antara
gaya kepimpinan pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar. Toh (2003)
mempunyai pandangan bahawa seorang pensyarah yang cemerlang mampu
menghasilkan lebih ramai pelajar yang cemerlang dalam peperiksaaan. Beliau bersetuju
bahawa kaedah pengajaran seorang pengajar akan memberi kesan kepada pencapaian
akademik pelajar, samada secara positif atau negatif.
Sementara itu, hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh Norliza Abu @ Awang
(2004) mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ciri-ciri personaliti
pensyarah dan proses pengajaran. Dalam kajian tersebut, majoriti pensyarah memiliki
jenis personaliti eskstrovert-sensing-thinking-judging (ESTJ) dan pencapaian akademik
pelajar berada pada tahap sederhana. Dengan menjadikan kajian-kajian tersebut sebagai
rujukan, jelas menunjukkan faktor pensyarah memberi kesan kepada pencapaian
akademik pelajar-pelajarnya.
Statistik keputusan PPP yang diperolehi daripada CTL menunjukkan prestasi
pensyarah di UTM pada Semester 2 Sesi 2007/2008 berada pada tahap yang
memuaskan. Daripada jumlah keseluruhan kes pengajaran di UTM iaitu 1877 kes,
hanya 373 kes (19.91%) berjaya mendapat pencapaian P5, dan daripada jumlah ini, 84
kes berjaya mendapat keputusan pencapaian pengajaran 5% tertinggi. Jumlah tersebut
melibatkan 48 orang pensyarah daripada kesemua fakulti di UTM Skudai.
Apakah ciri-ciri personaliti istimewa yang diperolehi sehingga menyebabkan
mereka mampu mencapai keputusan yang sangat cemerlang di dalam PPP berbanding
pensyarah-pensyarah lain di UTM? Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk
mengenalpasti apakah tret personaliti yang menyumbang kepada kecemerlangan
seseorang pensyarah di UTM.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti sejauh mana
pencapaian pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia dalam PPP. Secara khususnya
objektif kajian penyelidikan ini adalah seperti berikut:
1. Mengenalpasti peratus pencapaian P5 di kalangan pensyarah mengikut fakulti di
UTM berdasarkan sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah (PPP).
2. Mengenalpasti profil tret personaliti pensyarah yang cemerlang berdasarkan
sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah (PPP).
3. Mengenalpasti hubungan antara domain-domain personaliti Big Five
berpandukan kepada profil personaliti pensyarah cemerlang.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian yang pertama dan kedua di atas, dua persoalan kajian
akan dijawab secara deskriptif seperti berikut :
1. Apakah peratus pencapaian P5 di kalangan pensyarah mengikut fakulti di UTM
berdasarkan sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah (PPP)?
2. Apakah profil personaliti pensyarah yang berjaya mendapat keputusan 5%
tertinggi dalam sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah (PPP)?
Berdasarkan objektif kajian yang ketiga, satu persoalan kajian akan dijawab
secara inferensi seperti berikut :
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan diantara domain-domain personaliti
Big Five berpandukan kepada profil personaliti pensyarah cemerlang?