profil syarikat sua - julai 2009
DESCRIPTION
Profile of goat breeding companyTRANSCRIPT
Jalan RTP 3, Kg. Padang Besar Mukim Jeneri, 08320 Sik,
Kedah Darul Aman (AS0301451-D)
Sinar Utara Agrofarm
ii
Isi Kandungan
1. Latar Belakang Syarikat ...................................................................... 1
1.1 Pengenalan .....................................................................................................1
1.2 Objektif SUA..................................................................................................2
1.3 Misi dan Visi ..................................................................................................2
2. Aktiviti Teras Ladang.......................................................................... 3
2.1 Penternakan baka kambing Jamnapari, Boer, Pharrel dan Katjang ...............3
2.2 Penjualan ternakan hidup dan produk asas ternakan......................................3
2.3 Khidmat nasihat penjagaan kambing dan rawatan ternakan ..........................4
2.4 Penternakan cacing dan pemprosesan baja organik .......................................4
2.5 Status Ternakan SUA – Aktiviti Teras (01/07/2009).....................................4
3. Aktiviti Sampingan Ladang ................................................................ 5
3.1 Penternakan ayam kampung dan ayam piru...................................................5
3.2 Penanaman cili secara fertigasi ......................................................................5
3.3 Penanaman nenas dan tebu.............................................................................5
3.4 Penyemaian pokok dan herba berkaitan penternakan ....................................6
3.5 Status Ternakan & Tanaman SUA – Aktiviti Sampingan (01/07/2009)........6
* sumber dari internet4. Maklumat Syarikat – Sinar Utara Agrofarm.... 7
4. Maklumat Syarikat – Sinar Utara Agrofarm....................................... 8
4.1 Pusat Penternakan: .........................................................................................8
4.2 Hubungi:.........................................................................................................8
4.3 E-mail: ............................................................................................................8
4.4 Kad Perniagaan: .............................................................................................8
4.5 Lokasi Ladang Ternakan................................................................................9
5. Lampiran 1 – Aktiviti Teras Ladang................................................. 10
6. Lampiran 2 – Aktiviti Sampingan Ladang........................................ 13
Sinar Utara Agrofarm
1
1. Latar Belakang Syarikat
1.1 Pengenalan
SINAR UTARA AGROFARM (SUA) merupakan sebuah syarikat
penternakan kambing secara komersial yang berdaftar dan mempunyai ladang
penternakannya sendiri. Ia ditubuhkan pada awal bulan Mac tahun 2008. Idea
penubuhan syarikat ini telah diolah daripada pengasasnya sendiri yang begitu
berminat untuk menceburi bidang penternakan. Ia juga sebagai langkah untuk
menyahut dan menyokong cadangan kerajaan untuk meningkatkan
pengeluaran asas pertanian dan penternakan sebagai sumber makanan negara.
Modal penubuhan syarikat ini datang sepenuhnya dari tabung kewangan
persendirian dan tidak melibatkan bantuan sumber kewangan dari mana-mana
institusi kewangan yang lain.
Kandang Utama SUA (70’ x 25’)
Induk Jamnapari dalam kandang Induk Jamnapari sedang meragut
Sinar Utara Agrofarm
2
1.2 Objektif SUA
• Untuk menjadi pengeluar produk daging kambing halal, berkualiti dan
dipercayai sepenuhnya oleh para pengguna
• Sebagai langkah menyokong seruan kerajaan Malaysia untuk menjayakan
Pelan Imbangan Dagangan Makanan
• Untuk menjadi pengeluar produk cacing dan baja organik
• Untuk mendedahkan pengetahuan dan melatih para penternak baru
• Membantu meningkatkan produktiviti asas perladangan negara
1.3 Misi dan Visi
SINAR UTARA AGROFARM ingin merealisasikan hasrat kerajaan
untuk menjadikan industri penternakan dan asas tani sebagai salah satu sumber
utama yang boleh menjana pendapatan negara di samping ingin menyediakan
sumber produk ternakan kambing yang dijamin halal dan berkualiti untuk
memenuhi keperluan para pengguna.
Sinar Utara Agrofarm
3
2. Aktiviti Teras Ladang
• Penternakan baka kambing Jamnapari, Boer, Ferral dan Katjang
• Penjualan ternakan hidup dan produk asas ternakan
• Khidmat nasihat penjagaan kambing dan rawatan ternakan
• Penternakan cacing dan pemprosesan baja organik (vermikompos)
2.1 Penternakan baka kambing Jamnapari, Boer, Pharrel dan Katjang
Aktiviti penternakan kambing di ladang SUA adalah berdasarkan
kepada sistem penjagaan ‘confinement’ di mana sekitar kawasan penjagaan
kambing adalah di dalam kawasan kandang yang telah dibina sesuai untuk
kitar hidupan seharian ternakan. Semua makanan, air minuman, garam galian
dan vitamin, dan juga rawatan akan diberikan di dalam kandang tersebut.
Haiwan ternakan yang sakit pula akan diasingkan ke petak yang lain.
2.2 Penjualan ternakan hidup dan produk asas ternakan
Aktiviti penternakan di SUA lebih memfokuskan kepada penghasilan
kambing pedaging untuk tujuan Aqiqah dan Qurban selain daripada menjual
daging kambing segar kepada pasaran tempatan. SUA juga turut menjalankan
penternakan pembiak-bakaan bagi menghasilkan baka kambing yang bermutu
untuk dijual kepada para pembeli. Di samping itu SUA juga turut menjual
pelbagai produk asas ternakan yang lain di antaranya susu kambing segar dan
baja organik.
Sinar Utara Agrofarm
4
2.3 Khidmat nasihat penjagaan kambing dan rawatan ternakan
Dalam pakej khidmat nasihat yang disediakan, pihak SUA berusaha
untuk memberikan bantuan nasihat berkaitan dengan aspek penjagaan
ternakan, rawatan ternakan yang sakit dan juga dari segi aspek pemakanan
haiwan ternakan. Selain dari itu, SUA juga membantu memberikan
pandangan, cadangan dan idea kepada para penternak baru yang ingin
menceburi bidang ternakan kambing.
2.4 Penternakan cacing dan pemprosesan baja organik
Aktiviti penternakan cacing ini adalah berdasarkan kepada prinsip
proses penguraian ‘organic matter’ yang lebih menguntungkan dan memakan
masa yang singkat untuk menghasilkan baja organik. Baja organik tersebut
adalah untuk kegunaan aktiviti asas tani di kawasan ladang SUA dan juga
terbuka untuk jualan kepada para pembeli.
2.5 Status Ternakan SUA – Aktiviti Teras (01/07/2009)
Bilangan Jenis
Pejantan Induk Anak
Jamnapari 1 13 6
Pharrel 12 0 0
Boer 2 24 0
Katjang 0 5 1
JUMLAH 64
Sinar Utara Agrofarm
5
3. Aktiviti Sampingan Ladang
• Penternakan ayam kampung dan ayam piru
• Penanaman cili secara fertigasi
• Penanaman nenas dan tebu
• Penyemaian pokok dan herba berkaitan penternakan
3.1 Penternakan ayam kampung dan ayam piru
Aktiviti penternakan ayam di ladang SUA adalah berdasarkan kepada
sistem penjagaan berkurung iaitu sekitar kawasan penjagaan ayam adalah di
dalam reban dan kawasan berpagar yang telah dibina sesuai untuk kitar
hidupan seharian ternakan. Haiwan ternakan tersebut tidak akan dibiarkan
lepas dari luar kawasan kurungan. Makanan yang diberikan pula adalah dari
sisa makanan dan buah-buahan seperti pisang, betik serta ubi kayu yang
ditanam di sekitar ladang.
3.2 Penanaman cili secara fertigasi
Penanaman cili secara fertigasi adalah untuk menyahut seruan kempen
Bumi Hijau kerajaan. Teknik fertigasi dipilih kerana ia dapat meningkatkan
hasil pertanian melalui jadual penyiraman dan pembajan yang sistematik serta
kurangnya jangkitan penyakit. Cili yang ditanam adalah dari jenis Kulai. (cili
besar).
3.3 Penanaman nenas dan tebu
Tanaman kontan yang boleh menghasilkan pendapatan lumayan juga
diusahakan di SUA. Selain dari memanafaatkan kawasan tanah lapang, hasil
jualan juga boleh digunakan untuk membantu pengaliran wang tunai jangka
pendek bagi SUA. Nenas yang ditanam adalah dari jenis morris manakala tebu
juga ialah tebu morris. Pembajaan dilakukan dengan menggunakan baja
organik yang dihasilkan sendiri di ladang.
Sinar Utara Agrofarm
6
3.4 Penyemaian pokok dan herba berkaitan penternakan
Penggunaan ubatan kimia secara berlebihan sebenarnya bukan sahaja
memudaratkan haiwan ternakan tetapi juga kepada manusia sebagai pengguna.
Oleh itu SUA telah mengambil langkah untuk menanam tumbuhan herba yang
berpotensi dijadikan ubatan alternatif/tradisional pada haiwan ternakan.
Tumbuhan seperti Mulberry, halia etc disemai dan ditanam di kawasan sekitar
untuk memastikan bekalan ubatan alternatif ini berterusan. Pihak SUA juga
bersedia untuk menjual benih pokok kepada mana-mana pihak yang berminat.
3.5 Status Ternakan & Tanaman SUA – Aktiviti Sampingan (01/07/2009)
Bilangan Ternakan
Jantan Induk Anak
Ayam Kampung 3 25 22
Ayam Piru 2 1 0
Angsa 1 3 0
Tanaman Kontan Bilangan Jangkaan Hasil
Cili (Fertigasi) 1000 pokok (polibeg) Sept 2009
Tebu 1000 perdu Nov 2009
Nenas 300 pokok Mac 2010
Sinar Utara Agrofarm
7
Tanaman & Herba Khasiat & Kegunaan*
Mulberry (Daun Sutera) Diabetis, hipertensi, kolestrol, kurang berat badan,lelah,
tenaga, mata, minda, cegah barah, kesihatan rambut,
penyubur darah, kesihatan kulit, gout
Geti (Turi) Jus dan bunganya boleh mengurangkan inflamasi dan
gatal hidung serta mengubati batuk. Air rebusan akar
dikatakan dapat mengurangkan batuk dan mengeluarkan
kahak.
Petai Belalang Mengubati penyakit kencing manis dan berkesan untuk
merawat batuk dan demam campak.
Halia Membantu menghadamkan makanan dan membuang
angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.
mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk,
migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada.
Sawa/ciku Penawar buang air berdarah
Kaduk Mengubati sembelit, sakit gigi, demam malaria, cacing,
lemah badan dan lenguh tulang, batuk dan juga panau.
Memperkuatkan tulang
Ubi kayu (Pucuk) Mengubati masalah kecacingan dan cirit-birit
Serai wangi Bahan pada minyak urut untuk mengatasi masalah
kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan
kembung perut.
Sirih Mempunyai sifat unik iaitu stypic (menahan
pendarahan), vulnerary (menyembuhkan luka),
stomachic (ubat saluran pencernaan) dan menguatkan
gigi
* sumber dari internet
Sinar Utara Agrofarm
8
4. Maklumat Syarikat – Sinar Utara Agrofarm
4.1 Pusat Penternakan:
Jalan RTP 3, Kg. Padang Besar
Mukim Jeneri,
08320 Sik,
Kedah Darul Aman
(AS0301451-D)
4.2 Hubungi:
Mohd Zaim Kamarudin: 019-5167911
Nor Khairah Jamaludin: 019-4054911
Mohammad Azri Jamaludin: 017-4415453
4.3 E-mail:
4.4 Kad Perniagaan:
Sinar Utara Agrofarm
9
4.5 Lokasi Ladang Ternakan
Jarak kandang dari: i) Sungai Petani – 60 km
ii) Gurun – 40 km
iii) Alor Setar – 80 km
Sinar Utara Agrofarm
10
5. Lampiran 1 – Aktiviti Teras Ladang
Kandang Utama – 70’ x 25’ Bahagian dalam Kandang Utama
Petak kosong Petak bersalin
Kaw. rumput Napier Taiwan – 1 relung (0.7 ekar) Silaj rumput Napier
Sinar Utara Agrofarm
11
Palung makanan Mesin pemotong rumput
Kenderaan Kaw. rumput Napier India – 1.5 relung (1 ekar)
Kambing Induk Boer Pembinaan Kandang Transit – 40’ x 14’
Sinar Utara Agrofarm
12
Kemudahan elektrik – Kandang Utama Lantai simen – Kandang Utama
Garam mineral Nipple Drinker
Sinar Utara Agrofarm
13
6. Lampiran 2 – Aktiviti Sampingan Ladang
Bangsal dan kelengkapan fertigasi
Tanaman fertigasi cili kulai – 1080 pokok
Reban dan kawasan ayam kampung
Ayam piru
Tapak semaian sementara
Kawasan dusun
Sinar Utara Agrofarm
14
Tanaman nenas
Tanaman tebu
Kelengkapan fertigasi – Tangki dan motor
Saliran air dan baja dari tangki ke polibeg
Angsa
Ayam kampung