profil permasalahan dan cadangan mengatasi dalam … · 2009-05-05 · item yang menyenaraikan...
TRANSCRIPT
PROFIL PERMASALAHAN DAN CADANGAN MENGATASI DALAM
KALANGAN PELAJAR 4 SPH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
NUR AZILAWATY BINTI ROOSLI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL, 2009
iii
DEDIKASI
ALLAHU YA RABBI
Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan kehadrat-Mu
Sesungguhnya kejayaan ini bukanlah milikku
Bahkan hanya suatu ujian dari-Mu
Buat penyeliaku,
Prof. Madya Dr. Mohamed Sharif Bin Mustaffa
Jasamu dikenang
Hanya Allah saja yang membalasnya
Untukmu ayahbonda tercinta,
Ayahanda Roosli Bin Mokhtar dan Bonda Ainih Binti Mamuzaman
Segala pengorbanan dan kasih sayang kalian berdua
Menjadikanku lebih bersemangat untuk terus Berjaya
Buat ayah dan ibu saudaraku,
Ishak Habeb Bin Abu Bakar dan Aminah Binti Mamuzaman
Segala pengorbanan dan jasa kalian amat dihargai
Istimewa buat insan tersayang,
Mohd. Habib Bin Daman Huri
Segala sokongan dan kasih sayang yang diberikan
Amat bermakna buatku
Buat rakan-rakan seperjuanganku,
Conelia Stephen, Colista Jonius, Loura Lind, Hazira & Zaidah
Terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh kalian
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur saya kepada Tuhan Yang Maha Esa atas segala kurniaan dan inayat-
Nya dapatlah saya menyempurnakan projek sarjana muda ini bagi memenuhi syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
Kajian ini tidak akan terhasil tanpa bantuan, sokongan serta galakan daripada banyak
pihak. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Mohamed
Sharif bin Mustaffa selaku penyelia yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar
yang berterusan sehingga kajian ilmiah ini dapat disiapkan.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Fakulti
Pendidikan dan rakan-rakan sekuliah serta individu yang banyak memberi kerjasama dan
sokongan sepanjang menyiapkan tesis saya.
Akhir sekali saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada kedua ibu bapa dan sahabat yang sentiasa memberikan sokongan dan
galakan kepada saya. Jasa baik kalian hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenalpasti trend dan profil kategori masalah di kalangan
pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di
Fakulti pendidikan, UTM, Johor. Kajian ini juga menganalisa pendapat pelajar mengenai
cadangan yang dikemukakan bagi mengatasi empat kategori masalah yang dikaji.
Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Borang ini dibahagikan kepada
tiga bahagian, iaitu bahagian A, mengandungi soalan berkenaan latar belakang pelajar,
bahagian B, merupakan Senarai Semak Masalah Mooney (MPCL), (mengandungi 80
item yang menyenaraikan masalah-masalah yang sering dihadapi pelajar), dan seterusnya
bahagian C, mengandungi 20 item cadangan-cadangan mengatasi masalah. Responden
kajian terdiri daripada 120 orang pelajar 4 SPH (Perdana). Data dianalisis dengan
menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS v15.0). Selain itu, analisis
secara manual juga dilakukan untuk MPCL bagi mengetahui kategori masalah yang
dihadapi oleh setiap responden. Dapatan hasil kajian menunjukkan masalah psikologikal
merupakan masalah paling tinggi yang dihadapi oleh pelajar-pelajar 4 SPH dan diikuti
dengan masalah akademik dan kerjaya. Manakala masalah kewangan dan kehidupan
adalah pada tahap sederhana rendah dengan masalah sosial dan hiburan adalah pada tahap
paling rendah. Dapatan bagi bahagian C menunjukkan hampir semua pelajar bersetuju
(95.8%) bahawa pendekatan secara kaunseling sesuai untuk mengatasi masalah psikologi
dan diikuti dengan cadangan-cadangan lain untuk mengatasi masalah akademik dan
kerjaya, sosial dan hiburan serta kewangan dan kehidupan. Akhirnya, rumusan dan
cadangan kajian lanjutan dikemukakan kepada pengkaji-pengkaji di masa akan datang.
vi
ABSTRACT
This study was conducted in order to identify the trend and profile category of
problems among the fourth year students, Bachelor of Technology and Education (Living
Skills) at Faculty of Education, UTM, Johor. This study also conducted to analyze
students’ opinion through several suggestions given in order to overcome the four
categories of problems that has been studied. Questionnaire has been used as an
instrument of study. These questionnaires were divided into three parts, that is, part A
contains the question about students’ background, part B, are Mooney Problem Check
List (MPCL), (contains 80 items that list down several problems that always being faced
by students) and part C contains 20 items of suggestions to overcome the problems. The
subjects of this study include 120 students of 4 SPH (Perdana). Statistical Packages for
Social Sciences (SPSS v15.0) has been use to analyze data. Besides that, manual analyze
also has been done for MPCL to identify category of problem by each subject. The result
of this study had showed that psychological was the highest problem faced by 4 SPH
students and it followed by academic and career problem. Whereas, financial and life
problem at moderate level with social and entertainment problem at the low level. The
result for part C showed that most of the students agree (95.8%) that counseling approach
was suitable to overcome psychology problem and followed by other suggestions to
overcome the academic and career problem, social and entertainment problem and the
financial and life problem. Lastly, summary and several suggestions for further study
have been proposed to other researchers in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xi
xiii
xiv
xv
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.2.1 Pengenalan
1.2.2 Masalah Psikologikal
1.2.3 Masalah Akademik dan Kerjaya
1.2.3.1 Masalah Akademik
1.2.3.2 Pemilihan Kerjaya
1.2.4 Masalah Sosial dan Hiburan
1.2.5 Masalah Kewangan dan Kehidupan
1.2.6 Rumusan
1
3
3
4
5
5
6
7
8
9
viii
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.6.1 Pelajar
1.6.2 Ibu Bapa
1.6.3 Institusi
1.6.4 Masyarakat
1.7 Skop Kajian
1.8 Batasan Kajian
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Profil
1.9.2 Masalah
1.9.3 Pelajar
1.9.4 Cadangan
1.10 Penutup
10
10
11
12
12
12
12
13
13
14
15
15
16
16
16
17
2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Permasalahan Pelajar
2.3 Masalah Psikologikal dan Kaedah
Mengatasi
2.4 Masalah Akademik dan Kerjaya serta
Kaedah Mengatasi
2.5 Masalah Sosial dan Hiburan serta Kaedah
Mengatasi
2.6 Masalah Kewangan dan Kehidupan serta
Kaedah Mengatasi
2.7 Kesimpulan
18
18
21
24
28
30
32
ix
3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Sampel Kajian
3.4 Instrumen Kajian
3.5 Lokasi Kajian
3.6 Pengumpulan Data
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan
3.7.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan
Bahagian B
3.7.2 Kesahan dan Kebolehpercayaan
Bahagian C
3.8 Penganalisaan Data
3.8.1 Penganalisaan Data Bahagian B
3.8.2 Penganalisaan Data Bahagian C
3.9 Kajian Rintis
3.10 Kesimpulan
34
35
35
37
38
38
40
40
41
42
42
43
44
46
4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan
4.2 Laporan Analisis Diskriptif Kategori Masalah
4.3 Laporan Analisis Diskriptif Kategori Masalah
Psikologikal
4.4 Laporan Analisis Diskriptif Kategori Masalah
Akademik dan Kerjaya
4.5 Laporan Analisis Diskriptif Kategori Masalah
Sosial dan Hiburan
4.6 Laporan Analisis Diskriptif Kategori Masalah
Kewangan dan Kehidupan
4.7 Laporan Analisis Diskriptif Cadangan
Mengatasi Masalah Psikologikal
4.8 Laporan Analisis Diskriptif Cadangan
Mengatasi Masalah Akademik dan Kerjaya
47
48
51
53
56
58
60
62
x
4.9 Laporan Analisis Diskriptif Cadangan
Mengatasi Masalah Sosial dan Hiburan
4.10 Laporan Analisis Diskriptif Cadangan
Mengatasi Masalah Kewangan dan Kehidupan
4.11 Kesimpulan
63
65
67
5
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Kategori Masalah Psikologikal dan Cara
Mengatasi
5.3 Kategori Masalah Akademik dan Kerjaya serta
Cara Mengatasi
5.4 Kategori Masalah Sosial dan Hiburan serta
Cara Mengatasi
5.5 Kategori Masalah Kewangan dan Kehidupan
serta Cara Mengatasi
5.6 Rumusan
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan
5.8 Penutup
68
69
72
75
77
79
81
83
RUJUKAN
LAMPIRAN
84
89
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
3.8
4.1
4.2
4.3
4.4
Pengkelasan Jumlah Item Berdasarkan
Empat Kategori Masalah
Pengkelasan Jumlah Item Cadangan
Mengatasi Masalah Berdasarkan Empat
Kategori Masalah
Borang Pemarkahan Senarai Semak
Masalah Mooney (MPCL)
Nilai Skor Berdasarkan Skala Likert
Taburan Peratus Responden Mengikut
Kategori Masalah.
Pengkelasan Jawapan kepada Dua
Kategori.
Nilai Alpha bagi Item-item Bahagian B
(Senarai Semak Masalah Mooney).
Nilai Alpha bagi Item-item Bahagian C
(cadangan mengatasi masalah).
Taburan Peratus Responden Terhadap
Empat Kategori Masalah.
Perkaitan Latar Belakang Responden
dengan Kategori Masalah.
Taburan Respon Pelajar 4 SPH Terhadap
Profil Masalah Psikologikal.
Taburan Respon Pelajar 4 SPH Terhadap
39
39
40
41
43
44
45
45
48
49
51
xii
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
Profil Masalah Akademik dan Kerjaya.
Taburan Respon Pelajar 4 SPH Terhadap
Profil Masalah Sosial dan Hiburan.
Taburan Respon Pelajar 4 SPH Terhadap
Profil Masalah Kewangan dan Kehidupan.
Taburan Respon Pelajar 4 SPH Terhadap
Cadangan Mengatasi Masalah Psikologi.
Taburan Respon Pelajar 4 SPH Terhadap
Cadangan Mengatasi Masalah Akademik
dan Kerjaya.
Taburan Respon Pelajar 4 SPH Terhadap
Cadangan Mengatasi Masalah Sosial dan
Hiburan.
Taburan Respon Pelajar 4 SPH Terhadap
Cadangan Mengatasi Masalah Kewangan
dan Kehidupan.
53
56
58
60
62
63
65
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT
3.1
3.2
Contoh Borang Senarai Semak Masalah
Mooney (MPCL) yang ditanda oleh
responden
Contoh Borang Pemarkahan MPCL yang
diisi oleh penyelidik
42
42
xiv
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN
Simbol
% - Peratus
& - dan
ƒ - Frekuensi (kekerapan)
Singkatan
Bil. - Bilangan
GPA - Grade Point Average (Purata Nilai Gred)
MPCL - Mooney Problem Check List (Senarai Semak Masalah Mooney)
No. - Nombor
PKK - Pusat Kaunseling dan Kerjaya
SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPSS - Statistical Packages for Social Sciences
STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT
A
B
C
D
Set Borang Soal Selidik
Nilai Kebolehpercayaan Alpha Bagi Kajian
Rintis
Borang Pengesahan Item Soal Selidik
Surat Permohonan Kebenaran Mendapatkan
Maklumat
90
101
102
104
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Permasalahan didefinisikan sebagai kesukaran yang perlu diselesaikan
(Kamus Dewan, 2007) atau suatu persoalan yang perlu dijawab. Selain itu, masalah
juga diertikan sebagai suatu keadaan di mana kita perlu mencari jalan
penyelesaiannya (Reimy Suriani, 2001). Permasalahan berlaku di dalam diri
seseorang apabila mereka menghadapi tekanan di dalam kehidupan seharian. Sebagai
pelajar, sebarang masalah yang berlaku perlu ditempuhi dan antara masalah yang
sering dihadapi oleh pelajar-pelajar universiti adalah masalah keluarga, pembelajaran
atau tugasan, kewangan, rakan-rakan dan lain-lain. Menurut Dr. Syed Hassan Al-
Mashoor, pakar perubatan (psikiatri), punca utama gangguan psikomatik yang akan
menyebabkan timbulnya masalah adalah berkaitan dengan tekanan perasaan atau
‘stress’ (Reimy Suriani, 2001).
Setiap pelajar yang datang ke institusi pengajian tinggi awam atau swasta
mempunyai identiti, latar belakang, status sosial, agama, budaya dan kepercayaan
yang berbeza. Pelajar perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran di institusi
pengajian tinggi untuk diterima dalam sesebuah kumpulan sosial, iaitu sebagai
kumpulan pelajar universiti. Penyesuaian diri ini memerlukan masa, pengurusan
2
emosi, keyakinan diri dan usaha yang berterusan. Tekanan dihadapi oleh pelajar
yang sukar atau tidak dapat menyesuaikan diri; seringkali pelajar menghadapi
masalah seperti kewangan, pembelajaran, tugasan, dan pengaruh rakan.
Falk (1975 dalam Bloom, 1975), menjelaskan bahawa pelajar berhadapan
dengan tekanan dan kekecewaan yang tinggi terhadap interaksi mereka dengan
persekitaran universiti. Oleh itu, mereka akan mula mengurangkan pengalaman
negatif ini, bagi mengurangkan pengalaman negatif tersebut, sesetengah pelajar akan
memilih beberapa strategi perubahan am, mengubah aspek negatif dalam
persekitaran, atau meninggalkan persekitaran tersebut (Falk, 1975).
Berdasarkan penjelasan di atas, pelajar yang memilih strategi perubahan am
atau mengubah aspek negatif persekitaran adalah pelajar yang cuba untuk
menghadapi tekanan secara positif, iaitu dengan menganggap segala masalah yang
dihadapi adalah sebagai cabaran. Bagi pelajar ini masalah berperanan merentang
dan meluaskan daya imaginasi (Ainon Mohd., 2006). Menurut Ainon Mohd. (2006)
lagi bagi sesiapa yang berjaya mencipta penyelesaian kepada masalah, dia adalah
individu yang akan menerima ganjaran daripada kejayaan tersebut. Manakala bagi
pelajar yang menganggap negatif tekanan yang dihadapi, mereka akan cuba lari
daripada masalah tersebut. Hal ini disebut sebagai ‘escapism’ (Muhd. Mansur,
1993) iaitu pelarian daripada masalah. Pelajar tidak mahu berusaha mencari jalan
penyelesaian dalam masalah yang dihadapi, maka jalan paling mudah menyelesaikan
masalah adalah dengan menjauhkan diri daripada masalah tersebut.
‘Dropout students’, adalah gelaran yang diberikan kepada pelajar yang tidak
berjaya semasa berada di universiti. Bukan bermakna pelajar tersebut tidak pandai
belajar tetapi mereka tidak mampu berinteraksi dengan persekitaran. Malah cuba
menjarakkan diri mereka daripada sumber tekanan, ini dijelaskan oleh Falk (1975
dalam Bloom, 1975) melalui kajian yang dilakukan oleh Hirsch dan Keniston (1970).
3
Secara keseluruhannya, kajian ini bertujuan mengenalpasti masalah-masalah
yang dihadapi oleh pelajar-pelajar selama mereka berada di institusi pengajian tinggi.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti cadangan penyelesaian yang
dianggap oleh pelajar sesuai bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
1.2 Latar Belakang Masalah
1.2.1 Pengenalan
Pelajar yang dirinya sering mengalami kebimbangan (anxiety) adalah salah
satu simptom yang menunjukkan pelajar itu sedang mengalami stres atau lebih
kritikal lagi apabila mengalami kemurungan (depression). Bagi sesetengah pelajar
begitu mudah bagi dirinya mengelakkan diri daripada merasa tertekan hanya dengan
keluar beraktiviti misalnya. Tetapi ada juga pelajar yang perkara kecil sahaja sudah
cukup membuatkan dirinya sangat tertekan berbanding orang lain. Faktor ini adalah
disebabkan oleh faktor personaliti yang berbeza yang ada pada setiap orang (Julie
Ezwin, 2007).
Menurut Julie Ezwin (2007), tekanan yang biasa dihadapi oleh pelajar kolej
termasuklah:
• ‘Homesickness’
• Cabaran bagi mengukuhkan rangkaian social yang baru
• Masalah akademik dan/atau penyelarasan terhadap harapan akademik yang
tinggi
• Masalah kewangan
• Konflik dengan ibu bapa
4
• Ketidakpastian terhadap masa depan (contohnya, mencari pekerjaan selepas
tamat pengajian)
Profil membawa maksud suatu set koleksi maklumat (Kamus Dewan, 2007).
Kajian ini dilakukan bagi mendapatkan seberapa banyak senarai masalah yang
dihadapi oleh pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi. Bagi memperolehi
maklumat berkenaan masalah pelajar, kajian ini meletakkan empat kategori masalah
paling dominan yang dihadapi kebanyakan pelajar atau belia yang berada di institusi
pengajian tinggi awam atau swasta, iaitu;
• Masalah psikologikal
• Masalah akademik dan kerjaya
• Masalah sosial dan hiburan
• Masalah kewangan dan kehidupan
1.2.2 Masalah Psikologikal
Psikologi didefinisikan sebagai akademik dan disiplin gunaan yang
melibatkan kajian saintifik berkenaan proses mental dan tingkah laku. Kajian
psikologi meliputi kajian berkenaan persepsi, kognitif, emosi, personaliti dan
perhubungan interpersonal (wiktionary, 2008). Masalah psikologikal berlaku
terhadap remaja yang memasuki era dewasa. Bagi pelajar, institusi pendidikan tinggi
adalah permulaan dalam membantu perkembangan diri (Katz, 1968 dalam Bloom,
1975).
Golongan muda yang menuntut di universiti lazimnya berjauhan dengan
keluarga dan berusaha untuk berdikari. Berdasarkan kajian yang diusahakan oleh
Katz (1968 dalam Bloom, 1975) mendapati pelajar tidak menjadikan ibu bapa atau
keluarga sebagai ‘role model’ semasa berada di institusi pendidikan tinggi kerana
5
mereka menganggap ia tidak lagi sesuai. Mereka akan mencari model baru bagi
mencipta pengalaman baru (Katz, 1968).
Masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah penyesuaian mereka dengan
persekitaran universiti, iaitu sumber kewangan yang terhad, pertindihan jadual
waktu, bebanan tugasan, kemudahan yang diperolehi dan sebagainya. Pelajar perlu
menyesuaikan diri dengan persekitaran tersebut bagi mendapatkan apa yang diigini.
Menurut Katz (1968 dalam Bloom, 1975), ‘Role model’ di universiti yang hampir
dengan pelajar adalah rakan sebaya dan pelajar senior. Di mana kedua-dua ini
merupakan subjek dominan yang membentuk personaliti dan identiti pelajar baru
sehingga mewujudkan sesuatu budaya dalam persekitaran universiti (Katz, 1968
dalam Bloom, 1975).
1.2.3 Masalah Akademik dan Kerjaya
1.2.3.1 Masalah Akademik
Pembelajaran di universiti lebih kompleks dan berpusatkan pelajar, iaitu
pelajar lebih bersifat tidak terlalu bergantung kepada pengajar. Menurut Ee Ah Meng
(1997), pelajar mungkin kekurangan masa untuk menyiapkan kerja kursus yang
diberi oleh pensyarah-pensyarah dan di samping itu, pelajar terpaksa mencari masa
untuk membuat ulangkaji pelajaran kerana ujian-ujian kecil yang diadakan dari
semasa ke semasa.
Berdasarkan kajilidikan yang dijalankan oleh Unit Pengajaran Pembelajaran
(UNIPEN) terhadap pola pembelajaran pelajar Universiti Teknologi Malaysia
(UTM), (1995), didapati pelajar mempunyai tahap keupayaan dan pencapaian
akademik yang berbeza mengikut kaum; pelajar bumiputra didapati berada pada
tahap ‘disadvantage’ atau kekurangan berbanding dengan pelajar bukan bumiputra.
6
Selain itu, masalah pembelajaran wujud disebabkan beberapa faktor iaitu kelemahan
pelajar menguasai ilmu di bidang tertentu seperti Sains, Matematik dan Bahasa
Inggeris, di samping faktor luaran seperti prasarana pembelajaran (UNIPEN, 1995).
Menurut UNIPEN (1995), pelajar di UTM mempunyai pola pembelajaran
yang kurang efektif sehingga menjejaskan pencapaian akademik. Didapati pelajar
kurang memberi perhatian kepada pengurusan masa, kurang mendapat bimbingan
daripada pelajar ‘senior’, tidak memberi perhatian yang serius terhadap pengurusan
diri, tabiat merokok, dan kurang penguasaan terhadap bidang pengajian.
Berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh UNIPEN (1995), pihak
universiti perlu memberi pendekatan pengajaran khas bagi pelajar pada peringkat
permulaan tahun pengajian (tahun satu) bagi meningkatkan penguasaan ilmu dalam
bidang asas Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris agar dapat meningkatkan prestasi
pada tahun-tahun berikutnya. Memandangkan punca utama pelajar mempunyai
pencapaian akademik yang rendah bermula dari masalah kegagalan pelajar
menguasai ilmu asas.
1.2.3.2 Pemilihan Kerjaya
Pemilihan bidang kerjaya dirasai rumit disebabkan manusia mempunyai
pelbagai kebolehan. Selain itu, kemajuan negara yang semakin pesat menyebabkan
bidang pengkhususan pekerjaan dan pendidikan berkembang dengan pesatnya.
Pertumbuhan bidang pengkhususan ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh
sistem ekonomi negara yang semakin kompleks (Sidek Mohd. Noah, 1998).
Pelajar menghadapi masalah dalam memilih bidang di institusi pengajian
tinggi kerana bidang yang dipilih merupakan permulaan pada kerjaya dan masa
depan mereka. Amir Awang (1983 dalam Sidek Mohd. Noah, 1998), menjelaskan
7
tiga sebab utama mengapa berlaku kesukaran membuat pemilihan kerjaya di
kalangan pelajar, iaitu pertama, pelajar tidak dapat membuat keputusan kerana
mempunyai minat dalam pelbagai bidang, minat tidak jelas atau langsung tidak
mempunyai minat dalam apa sahaja bidang kerjaya. Kedua, pelajar tidak dapat
menentukan bidang kerjaya berdasarkan personaliti dan kebolehannya. Seterusnya,
ketiga, pelajar mempunyai pengetahuan dan maklumat yang kurang terhadap
pekerjaan atau kerjaya (Amir Awang, 1983). Menurut Amir Awang (1983) lagi,
masalah kekurangan pengetahuan terhadap bidang kerjaya menimbulkan masalah
identiti di kalangan pelajar.
Sebelum membuat pemilihan terhadap bidang pengkhususan, pelajar perlu
menetapkan matlamat yang jelas yang ingin dicapai. Institusi Sekolah perlu
membimbing pelajar mengenalpasti minat pelajar berdasarkan kebolehan mereka
sebelum menamatkan persekolahan. Manakala Institusi Pengajian Tinggi perlu
membantu pelajar membuat pemilihan pengkhususan kerjaya berdasarkan bidang
yang diceburi.
1.2.4 Masalah Sosial dan Hiburan
Sosial bermaksud hubungan dan interaksi sesama manusia dan sesuatu
perhubungan itu mempunyai kepentingan yang tersendiri (Mohd. Salleh, 2007).
Manakala masalah sosial bermaksud sesuatu kelakuan satu kelompok masyarakat
yang bertentangan dengan kehendak moral masyarakat secara keseluruhan. Hal ini,
dijelaskan lagi oleh Eitzen & Zinn (2004);
“Social problems resulted from ‘bad’ people – maladjusted people
were abnormal because of mental deficiency, mental disorder, lack
of education, or incomplete socialization,____ behaviors or social
arrangements that disturb the moral order.”
(Eitzen & Zinn, 2004)
8
Hasil laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Kaunseling dan Kerjaya (PKK),
menunjukkan bahawa masalah sosial juga berlaku di Institusi Pengajian Tinggi
(IPT). Laporan menunjukkan sebanyak 8% daripada 3996 orang pelajar Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) mengalami masalah sosial dengan pasangan masing-
masing dan rakan-rakan sekuliah atau sebilik serta minat terhadap sesama jantina
iaitu homoseksual dan lesbian. Selain itu, pelajar juga menghadapi masalah keluarga
dari segi paksaan dan desakan yang dirasakan keterlaluan dari ibu bapa (PKK, 2008).
Selain itu, daripada hasil kajian luar negara oleh Sorenson (1973 dalam Gerow,
1993) menyatakan bahawa kajian berskala besar yang dijalankan di Amerika
Syarikat mendapati bahawa pada usia 19 tahun, 57% wanita dan 72% lelaki telah
mengadakan hubungan seks selepas beberapa lama berjanjitemu dan bercinta
(Sorenson 1973), di mana mereka ini adalah golongan remaja yang mengalami
masalah sosial dari segi hubungan peribadi.
1.2.5 Masalah Kewangan dan Kehidupan
Pelajar yang menuntut ilmu di pusat pengajian tinggi sama ada awam atau
swasta, memerlukan sumber kewangan bagi memenuhi keperluan seperti makanan,
pakaian, kenderaan, melaksanakan tugasan dan sebagainya. Pelajar memperolehi
sumber kewangan ini sama ada melalui biasiswa daripada organisasi tertentu atau
pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Pelajar merupakan golongan muda yang berusia antara 19 hingga 24 tahun
(Arieff Salleh Rosman, 2005), mereka ini adalah golongan yang belum mempunyai
pekerjaan tetap dan masih di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga. Oleh itu,
masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah dari segi pengurusan kewangan
memandangkan mereka ini golongan yang belum matang dalam menguruskan
kehidupan.
9
Golongan ini lebih cenderung melakukan pembaziran terhadap sumber yang
mereka perolehi dengan memenuhi keperluan yang melampau. Hal ini dibuktikan
oleh Nurul Izzah Sidek (2008), melalui artikelnya yang menyatakan bahawa
timbulnya kecenderungan di kalangan remaja untuk membeli telefon bimbit,
mengubah suai kenderaan, beli pakaian, permainan video yang bersifat sampingan
atau hiburan. Selain itu, adanya remaja yang membelanjakan wang sama ada
daripada wang saku yang diberikan ibu bapa, pinjaman atau biasiswa daripada
organisasi tertentu mahupun hasil duit poket daripada kerja sambilan mereka dengan
membeli rokok, berbelanja di tempat-tempat hiburan dan sebagainya (Nurul Izzah
Sidek, 2008).
Menurut Nurul Izzah Sidek (2008) lagi ‘trend’ pelajar kini yang suka
membeli telefon bimbit, memberi peluang kepada pengeluar produk menghasilkan
barangan bagi menarik golongan muda ini untuk membeli. Hal ini sekaligus
menggalakkan lagi berlaku pembaziran terhadap sumber kewangan.
1.2.6 Rumusan
Secara keseluruhan, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti ‘trend’ masalah
yang dihadapi pelajar dari aspek psikologi, akademik, kerjaya, sosial dan kewangan
semasa berada di IPT dan bagaimana pelajar menyesuaikan diri bagi mengatasi
masalah tersebut.
10
1.3 Pernyataan Masalah
Setiap pelajar yang datang ke institusi pangajian tinggi awam atau swasta
perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran universiti. Penyesuaian diri ini
memerlukan masa, pengurusan emosi, keyakinan diri dan usaha yang berterusan.
Secara amnya, kajian ini mengkaji profil permasalahan pelajar terhadap
empat kategori masalah yang dihadapi dan menganalisa bagaimana pelajar membuat
penyesuaian terhadap masalah di institusi pengajian tinggi. Seterusnya, kajian ini
juga bertujuan mengkaji bagaimana pelajar berusaha menyelesaikan masalah
tersebut selama berada di universiti.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti profil masalah dan cadangan
mengatasi dalam kalangan pelajar 4 SPH (Perdana) dan dinyatakan seperti berikut:
1. Mengenalpasti profil masalah psikologikal.
2. Mengenalpasti profil masalah akademik dan kerjaya.
3. Mengenalpasti profil masalah sosial dan hiburan.
4. Mengenalpasti profil masalah kewangan dan kehidupan.
5. Mengenalpasti cadangan dalam mengatasi masalah psikologikal.
6. Mengenalpasti cadangan dalam mengatasi masalah akademik dan kerjaya.
11
7. Mengenalpasti cadangan dalam mengatasi masalah sosial dan hiburan.
8. Mengenalpasti cadangan dalam mengatasi masalah kewangan dan kehidupan.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini dikemukakan adalah bagi mengetahui profil masalah dan
cadangan mengatasi dalam kalangan pelajar 4 SPH (Perdana) dan dinyatakan seperti
berikut:
1. Apakah permasalahan yang dihadapi dari aspek psikologi?
2. Apakah permasalahan yang dihadapi dari aspek akademik dan kerjaya?
3. Apakah permasalahan yang dihadapi dari aspek sosial dan hiburan?
4. Apakah permasalahan yang dihadapi dari aspek kewangan dan kehidupan?
5. Apakah cadangan yang perlu dalam mengatasi masalah psikologi?
6. Apakah cadangan yang perlu dalam mengatasi masalah akademik dan
kerjaya?
7. Apakah cadangan yang perlu dalam mengatasi masalah sosial dan hiburan?
8. Apakah cadangan yang perlu dalam mengatasi masalah kewangan dan
kehidupan?