prinsip –prinsip asas kemoralan (print)
TRANSCRIPT
PRINSIP –PRINSIP ASAS KEMORALAN
(KULIAH 5)NILAI & ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL (PSS 3107)
AHLI KUMPULAN :IZAIDAH BT AJIS
SHAZATUL NURAIN BT AZAHANSITI ZUBAIDAH BT MUNAVER
Prinsip-prinsip Asas Kemoralan
• Prinsip moral biasanya digunakan sebagai satu tunjuk arah dalam pertimbangan moral (Peters, 1981; Mukherjee et al., 1992) kerana ia:
I. Dapat menentukan apakah peraturan moral yang asas dalam kes-kes tertentu;
II. Menjadikan sesuatu pertimbangan moral relevan; III. Memberi bukti dan konsensus dalam sesuatu keputusan
moral; IV. Membolehkan semua fakta yang relevan dikaji sebelum
sesuatu keputusan moral diambil; dan V. Mempunyai ciri sejagat atau diterima secara umum oleh
sesama manusia.
PRINSIP – PRINSIP ASAS KEMORALAN
•Altrurisme•Keadilan•Autonomi
Altrurisme
• Perkataan "altruisme" berasal daripada bahasa Perancis, “autrui” iaitu orang lain.
• Altruisme ialah amalan untuk mengutamakan orang-orang lain berbanding diri sendiri.
• Amalan ini menumpukan perhatian pada dorongan untuk membantu orang lain atau untuk melakukan sesuatu yang baik tanpa ganjaran .
• Contohnya seperti belas kasihan, simpati, menghargai dan mengambil berattentang kebajikan orang lain dan lain –lain.
• Altruisme juga akan menjauhkan individu daripada sifat mementingkan dirisendiri.
• Altruisme boleh dibezakan daripada perasaan dan kewajipan.
• Kewajipan menumpukan perhatian pada kewajipan moral terhadap sesuatu individu yang tertentu (umpamanya, Tuhan dan raja).
• Contoh 1: Seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang ringgit untuk membantu mangsa
Tsunami di Aceh, India, Bangkok dan lain- lain. Mereka menderma untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa yang hidup dan anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa.
Keadilan• Prinsip keadilan melibatkan konsep hak,
kesaksamaan dan balasan serta konsep autonomi atau kebebasan.
• Tindakan yang adil melibatkan taakulan atau fikiran yang rasional iaitu mengkaji merit, motif dan latar belakang sesuatu kes tertentu.
• Sesuatu tindakan dianggapkan adil jika ;
I. hukuman diberi kepada sesuatu salah laku yang dilakukan
II. hak individu yang dianggapkan sah diberi III. terdapat kesaksamaan dalam ganjaran, harga
serta pertukaran dan IV. kesaksamaan dalam agihan sumber
Autonomi• Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan
kebebasan memilih. • Pertimbangan dan tingkahlaku yang
dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral.
• Contoh : Zulkifli memilih tidak merokok kerana dia sedar bahawa merokok membahayakan kesihatan. Dia tidak merokok bukan kerana dia takut dimarah ibubapa/guru tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapapun