prinsip perakaunan 3756 - ezaidin norman · pdf fileformat pentaksiran bagi mata pelajaran...
TRANSCRIPT
1
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PRINSIP PERAKAUNAN
3756
MULAI SPM 2011
FORMAT PENTAKSIRAN
Prakata Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan kurikulum bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan yang telah disemak semula pada 18 November 2008. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran tersebut di Tingkatan 4 bermula pada tahun 2010.
Mata pelajaran tersebut ditawarkan sebagai mata pelajaran pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, (SPM). Format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan hasrat dan kandungan kurikulum berkenaan, seperti yang ternyata dalam dokumen rasmi sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Format pentaksiran ini telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 23 November 2009 dan akan digunakan mulai tahun 2010 (Tingkatan 4) dan SPM 2011.
Format pentaksiran ini direkabentuk dengan mementingkan prinsip asas pentaksiran, terutama aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti. Aspek keserasian dengan kurikulum turut diberi keutamaan. Ini bermakna pentaksiran memberi fokus khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran, yang merangkumi bidang pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam perakaunan.
Dokumen ini dikeluarkan dengan hasrat utama mendekatkan pentaksiran dengan masyarakat, terutama para guru, ibu bapa dan para pelajar sendiri. Adalah diharapkan maklumat yang terkandung di dalam dokumen ini dapat memberi gambaran jelas tentang apa yang ditaksir dan bagaimana pentaksiran itu dilaksanakan. Usaha ini dianggap penting bagi memberikan keadilan kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan serta menjamin integriti sistem pentaksiran negara.
DATO’ DR. SALBIAH BINTI ISMAIL Pengarah Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya
2
FORMAT PENTAKSIRAN BAGI MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN MULAI SPM 2011
1.0 PENGENALAN
Penyemakan semula sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah telah dilakukan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan telah diluluskan oleh Jawatan Kuasa Kurikulum Pusat pada tahun 2008.
Mata pelajaran Prinsip Perakaunan ditawarkan sebagai mata pelajaran elektif kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Calon SPM yang lulus dengan baik akan mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu Level 2 Sijil London Chambers of Commerce and Industry (LCCI) oleh Educational Development International (EDI) dan pengecualian menduduki Certified Accounting Technician One (CAT 1) oleh The Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA) England.
Format pentaksiran ini memenuhi matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan serta LCCI dan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) untuk melahirkan modal insan profesional perakaunan peringkat sekolah bertaraf antarabangsa, berilmu dan dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk diri sendiri, masyarakat, agama dan negara serta menyumbang kepada pembangunan negara maju 2020.
Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk instrumen pentaksiran berdasarkan Sukatan Pelajaran yang disemak semula. Pembinaan instrumen pentaksiran adalah berdasarkan jadual spesifikasi ujian yang piawai untuk menjamin mutu kesetaraan serta kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian.
2.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN
Antara aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses perekaan bentuk format pentaksiran ialah:
2.1 Kesahan
Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan objektif mata pelajaran Prinsip Perakaunan 2009. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan oleh kurikulum.
3
2.2 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Satu spesifikasi ujian direkabentuk bagi instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian dalam pembinaan instrumen. Ini adalah untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran yang dihasilkan setiap tahun.
2.3 Kebolehlaksanaan
Format pentaksiran ini telah mengambilkira aspek yang memastikan pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan.
2.4 Penjaminan Kualiti
Format pentaksiran ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang berperanan sebagai mekanisme dalam memastikan bukan sahaja semua yang diharapkan dalam kurikulum mata pelajaran Prinsip Perakaunan dapat direalisasikan tetapi juga menepati tahap kualiti yang dihasratkan.
2.5 Keserasian Dengan Kehendak Kurikulum
Format pentaksiran dan jenis item yang dicadangkan mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ingin diperkembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan.
3.0 KELULUSAN
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan format pentaksiran bagi Prinsip Perakaunan SPM mulai 2011. Format tersebut telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 23 November 2009.
4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN
Prinsip Perakaunan merupakan satu pengajian asas perakaunan yang bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai kemahiran perakaunan, berakauntabiliti, berfikiran kritikal dan reflektif, mengamalkan budaya kerja yang beretika, berkemahiran dalam teknologi maklumat, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik melalui pendekatan pembelajaran bermakna dan kesepaduan teori dan amalan perakaunan seperti yang dinyatakan dalam objektif pembelajaran. Matlamat ini diperincikan satu demi satu dalam definisi yang ditunjukkan di bawah:
4.1 Perakaunan sebagai satu pengajian asas
Pengajian asas merangkumi kebolehan menyepadukan ilmu kitaran perakaunan dengan nilai murni, adab dan etika kerja perakaunan untuk memahami dan menilai prestasi perniagaan.
4
4.2 Akauntabiliti
Bertanggungjawab kepada Pencipta, diri, masyarakat dan negara ke atas keputusan dan tindakan yang diambil.
4.3 Pemikiran kritikal dan reflektif
Berkeupayaan berfikir secara kritis serta reflektif (mengimbas kembali) dalam pelbagai situasi perniagaan dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh dan melakukan muhasabah diri.
4.4 Budaya kerja yang beretika
Mengamalkan budaya kerja yang beretika berasaskan sifat teliti, teratur, tekun, menepati masa dan mematuhi peraturan serta boleh membezakan antara amalan kreatif dengan amalan penipuan (fraudulent practices).
4.5 Berpengetahuan dalam teknologi maklumat
Berupaya dan mahir menggunakan TM (internet, perisian asas dan perisian perakaunan).
4.6 Pembelajaran sepanjang hayat
Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat melalui pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dan penilaian kendiri.
4.7 Kemahiran berkomunikasi
Berkemahiran dalam komunikasi lisan dan bukan lisan dengan berkesan yakni berupaya menyampaikan idea dengan jelas dan yakin. Berkemahiran untuk menjadi pendengar yang baik dan berkomunikasi secara interpersonal dengan beradab, sama ada dalam menjalankan tugas yang berkaitan perakaunan atau yang lain.
4.8 Pendekatan pembelajaran bermakna
Mewujudkan pembelajaran bermakna dengan menghubungkaitkan teori dan amalan perakaunan dalam pendekatan kontekstual dan autentik (berkebolehan berfikir, menaakul dan merealisasikan dalam persekitaran perniagaan sebenar).
(Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan 2009 - Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia)
5
5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM) PRINSIP PERAKAUNAN
Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya tersendiri bagi membolehkan murid-murid :
5.1 Menghuraikan konsep dan kitaran perakaunan yang diamalkan dalam organisasi
perniagaan dan bukan perniagaan.
5.2 Menyediakan satu set akaun yang lengkap untuk perniagaan milikan tunggal secara manual dan komputer, akaun penamat untuk perkongsian, kelab dan persatuan serta menghitung nilai pendapatan, aset dan liabiliti dalam keadaan rekod tak lengkap.
5.3 Mengaplikasikan prinsip pengurusan tunai dalam menyediakan belanjawan tunai,
penyata penyesuaian bank dan buku tunai (jurnal penerimaan dan pembayaran tunai) termasuk tunai runcit sistem panjar (imprest system).
5.4 Membuat perbandingan antara jenis perniagaan dari aspek perakaunan bagi
pemilikan perniagaan milikan tunggal, perkongsian, syarikat dan organisasi bukan perniagaan.
5.5 Mengaplikasikan analisis kos-volum untung untuk membuat keputusan.
5.6 Menilai prestasi kewangan sesebuah perniagaan dengan menggunakan analisis
nisbah asas.
5.7 Mempamerkan kemahiran berkomunikasi, kerja berkumpulan, pengurusan dan kepimpinan serta etika profesional dalam melaksanakan aktiviti perakaunan.
5.8 Mampu menggunakan teknologi maklumat dalam bidang perakaunan.
(Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan 2009 - Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia)
6
6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN
Berdasarkan objektif mata pelajaran, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) Prinsip Perakaunan yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan pelajar dalam mempamerkan:
6.1 Pengetahuan dan Kefahaman berkaitan Perakaunan
Konstruk ini mengukur pengetahuan dan kefahaman tentang fakta-fakta khusus, pengelasan dan tafsiran. Perlakuan yang berkaitan termasuklah menyatakan, mengenal pasti, menjelaskan, menerangkan, menyenaraikan, mengelaskan, membanding dan membezakan.
Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur:
· Kebolehan mengingat semula fakta khusus dan membuat pengelasan mentafsir
fakta dan maklumat dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan.
6.2 Kemahiran Mengaplikasi
Konstruk ini mengukur kebolehan mengamal, mengguna, mempraktik pengetahuan dan kefahaman mengikut piawaian perakaunan. Perlakuan yang berkaitan termasuklah menghitung, menyediakan, merekod, dan menunjukkan maklumat perakaunan.
Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur:
· Keupayaan menggunakan pengetahuan dan kefahaman konsep dan maklumat
perakaunan dalam konteks organisasi perniagaan dan bukan perniagaan. · Keupayaan menggunakan pengetahuan dan kefahaman konsep dan maklumat
perakaunan untuk menunjukkan, menghitung, merekod dan menyediakan penyata kewangan dalam konteks organisasi perniagaan dan bukan perniagaan.
6.3 Kemahiran Menganalisis
Konstruk ini mengukur kemahiran menganalisis unsur dan perkaitan tentang data dan maklumat secara perbandingan dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan. Perlakuan yang berkaitan termasuklah menganalisis, membanding dan menghubungkait.
Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur:
· Keupayaan menggunakan pengetahuan, kefahaman konsep dan data untuk
mencerakinkan maklumat perakaunan dalam konteks organisasi perniagaan dan bukan perniagaan.
6.4 Kemahiran Membuat Keputusan
Konstruk ini menilai dan mentafsir maklumat perakaunan untuk membuat keputusan.
7
Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur keupayaan menggunakan maklumat perakaunan untuk membuat keputusan dalam organisasi perniagaan.
6.5 Kemahiran Menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Keupayaan menggunakan perisian asas komputer/ TMK untuk merekod data dan maklumat perakaunan bagi penyediaan akaun penamat. Berkeupayaan mengemukakan idea, saranan dan pendapat dalam kumpulan, interaksi harian dan membuat pembentangan.
6.6 Nilai-nilai Murni dalam Perakaunan
Kesediaan untuk mengikut peraturan dalam aktiviti merekod dan menyimpan data dan maklumat. Mengamalkan akauntabiliti dan integriti dalam hal-hal berhubung dengan etika perakaunan.
7.0 FORMAT PENTAKSIRAN
Pentaksiran Prinsip Perakaunan SPM 2011 menggunakan tiga instrumen:
7.1 Kertas 1 (3756/1) Kertas 1 ujian objektif
7.2 Kertas 2 (3756/2)
Kertas 2 ujian subjektif
7.3 Kertas 3 (3756/3) Kertas 3 projek
8.0 PERINCIAN FORMAT
Perincian format pentaksiran adalah seperti Lampiran 1
8
0
0
0
0
90
0
0
0
90
0
0
0
0
90
9.0 HUBUNGAN ANTARA OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) DENGAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN
OBJEKTIF
KERTAS
3756/1
3756/2 3756/3
PENTAKSIRAN
OP 1 234567890123456789023456789012345678912345678901234567890
1234567890123456789102345678901234567891234567890123456789
234567890123456789023456789012345678912345678901234567890
1234567890123456789102345678901234567891234567890123456789
23456789012345678902345678901234567891234567890123456789
23456789012345678902345678901234567890
OP 2 12345678901234567891023456789012345678912345678901234567890
23456789012345678902345678901234567891234567890123456789
12345678901234567891023456789012345678912345678901234567890
23456789012345678902345678901234567891234567890123456789
1234567890123456789123456789012345678 1234567890123456789
OP 3 234567890123456789 2345678901234567890
12345678901234567891234567890123456789
23456789012345678912345678901234567890
12345678901234567891234567890123456789
23456789012345678912345678901234567890
123456789012345678 12345678901234567890
OP 4 23456789012345678912345678901234567890
12345678901234567891234567890123456789
23456789012345678912345678901234567890
12345678901234567891234567890123456789
23456789012345678 12345678901234567890
12345678901234567890
OP 5 12345678901234567890
1234567890123456789
12345678901234567890
1234567890123456789
1234567890123456789
OP 6 12345678901234567890
1234567890123456789
12345678901234567890
1234567890123456789
12345678901234567890
12345678901234567890
10.0 ITEM CONTOH
Item contoh bagi 3756/1, 3756/2 dan3756/3 di Lampiran 2.
Penerangan akhir di setiap item adalah merujuk kepada perkara-perkara berikut :
(i) Konstruk - Perkara yang ditaksir
(ii) Konteks - Kandungan/topik di dalam sukatan pelajaran
(iii) Aras - Aras kesukaran item iaitu:
R (aras rendah) S (aras sederhana) T (aras tinggi)
Penerangan tersebut adalah bagi tujuan makluman dan tidak akan diterakan dalam kertas soalan sebenar.
9
LAMPIRAN 1 – FORMAT PENTAKSIRAN
PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN
PRINSIP PERAKAUNAN (3756)
MULAI SPM 2011
10
FORMAT PENTAKSIRAN BAGI MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN 3756 (MULAI SPM 2011)
Bil. Perkara Kertas 1 (3756/1) Kertas 2 (3756/2) Kertas 3 (3756/3) 1 Jenis Instrumen Ujian Objektif Ujian Subjektif Projek
2
Jenis Item
Aneka Pilihan Dan
Gabungan
Respons Terhad dan
Struktur
Menyelesaikan
tugasan
menggunakan
kemudahan ICT
3 Bilangan Soalan
Tugasan 40 soalan
(Jawab semua) Bahagian A
3 soalan (Wajib)
(60 markah)
Bahagian B
3 Soalan (Pilih 2)
(40 markah)
Dua tugasan:
Tingkatan 4
– satu tugasan
Tingkatan 5
– satu tugasan
4
Jumlah Markah
40
100
Gred elemen
5
Pemberatan
20%
60%
20%
6
Tempoh Ujian
1 jam 15 minit
2 jam 30 minit
Ogos - Sept (Ting. 4)
April - Mei (Ting. 5)
7
Wajaran
Konstruk
Pengetahuan dan
kefahaman - 70%
Kemahiran Aplikasi -
30%
Pengetahuan dan
kefahaman - 10%
Kemahiran - 90%
- Aplikasi
- Analisis
- Membuat keputusan
Pengetahuan dan
kefahaman- 10%
Kemahiran - 80%
- Aplikasi
- Analisis
- Membuat
keputusan
- Kemahiran TMK
Nilai - 10%
8
Cakupan Konteks
Semua bidang
pembelajaran dari
Tingkatan 4 dan 5
Semua bidang
pembelajaran dari
Tingkatan 4 dan 5
Tingkatan 4
Penyediaan satu set
akaun yang lengkap
berdasarkan catatan
urus niaga dan
dokumen sumber
Tingkatan 5
Penyediaan satu set
akaun yang lengkap
9
Aras Kesukaran
Rendah - R
Sederhana - S
Tinggi - T
R:S:T=6:3:1
R:S:T=4:3:3
Keseluruhan
R:S:T = 5:3:2
10
Alatan Tambahan
Kalkulator
Kalkulator
Buku Tunai
Jurnal
Lejar
Kertas Graf
11
LAMPIRAN 2 – ITEM CONTOH
PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN
PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 1
(3756/1)
MULAI SPM 2011
12
Penggajian
1 Apakah maksud penggajian?
A Salah satu daripada urus niaga perakaunan yang menguruskan kaedah pembayaran kepada pekerja di atas perkhidmatan yang diberikan.
B Jumlah pendapatan yang dibayar untuk satu tempoh masa sebelum potongan dibuat.
C Satu sistem yang diamalkan oleh sesebuah organisasi untuk pembayaran gaji.
D Jumlah wang yang dibayar bagi perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja.
Jawapan : A
[Konstruk: Pengetahuan dan Kefahaman/Konteks: 9.1 Dokumen penggajian/
Aras: R]
2 Apakah butiran yang diambil kira dalam pengiraan gaji kasar?
I Elaun
II Gaji Pokok
III Pinjaman Perumahan
IV Yuran Koperasi
A I dan II B
I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Jawapan : A
[Konstruk: Pengetahuan dan Kefahaman/Konteks: 9.2 Pengiraan Gaji/Aras: R]
13
Perakaunan Kewangan Perakaunan Kewangan
Proses meringkaskan data kewangan dan menyediakan penyata kewangan untuk kegunaan pengguna luar.
Proses menyediakan dan membekalkan maklumat kewangan dan statistik yang diperlukan oleh pengurus.
Proses menyediakan laporan mingguan atau bulanan seperti hasil jualan, bahan mentah, analisis varians dan lain-lain.
Proses menyediakan laporan kewangan seperti Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.
Proses menyediakan laporan kewangan untuk membuat keputusan jangka pendek.
Proses menyediakan maklumat pengurusan untuk membuat keputusan jangka panjang.
Proses menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman.
Proses membekalkan maklumat perakaunan kepada pengguna luaran.
3 Maklumat berikut adalah berkaitan dengan penggajian Ahmad, seorang kerani bagi bulan Januari 2009:
RM
Gaji Pokok 1 200
Pinjaman Kenderaan 218
KWSP 48
Elaun 200
Berapakah gaji bersih yang diperoleh Ahmad bagi bulan Januari 2009?
A RM1 666
B RM1 570
C RM1 230
D RM1 134
Jawapan : D [Konstruk: Kemahiran Aplikasi/Konteks: 9.2 Pengiraan Gaji/Aras: S]
Maklumat Pengurusan
4 Pilih pasangan yang betul berkaitan dengan Perakaunan Kewangan dan
Perakaunan Pengurusan sesebuah organisasi.
A
B
C
D
Jawapan : A
[Konstruk: Pengetahuan dan Kefahaman/Konteks:Maklumat Pengurusan/Aras:
S]
14
LAMPIRAN 3 – ITEM CONTOH
PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN
PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 2
(3756/2)
MULAI SPM 2011
15
Bahagian A (60 markah) (Wajib) Arahan : Bahagian ini mengandungi 3 soalan. Jawab semua soalan. Jawapan hendaklah ditulis pada helaian tambahan.
Contoh Soalan 1
1 (a) Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Aishah pada 31 Disember 2008:
Modal pada 1 Januari 2008 RM 20 000 Ambilan RM 5 000 Modal Tambahan RM 3 000 Modal pada 31 Disember 2008 RM 32 000
Kira :
(i) Untung bersih [2 markah]
(Konstruk: Kemahiran / Konteks : 13.3 Penentuan Pendapatan / Aras: R)
(ii) Peratus untung bersih atas modal [2 markah]
(Konstruk: Kemahiran / Konteks: 15.2 Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah / Aras: R)
(b) Pada 10 Januari 2009, Ali membeli sebuah televisyen secara kredit daripada
Perniagaan Jaya dengan harga RM8 000. Diskaun niaga adalah 10% dan syarat bayaran adalah seperti berikut:
10% 5 hari ; 5% 10 hari
(i) Sekiranya Ali menjelaskan hutang pada 18 Januari 2009, kira jumlah bayaran
yang perlu dijelaskan olehnya. (Tunjukkan pengiraan) [2 markah]
(Konstruk : Kemahiran / Konteks: 3.1 Fungsi dan jenis Dokumen Dalam Perniagaan / Aras: R)
(ii) Apakah tujuan Perniagaan Jaya memberi diskaun niaga dan diskaun tunai?
[2 markah]
(iii) Namakan 2 jenis dokumen yang terlibat dalam urus niaga di (b).
[2 markah]
(Konstruk : Pengetahuan dan Kefahaman / Konteks: 3.1 Fungsi dan jenis Dokumen Dalam Perniagaan / Aras: R)
16
1 (a) Lengkapkan jadual berikut :
Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik
(i)
(ii)
(iii)
RM
20 000
10 000
RM
10 000
8 000
RM
5 000
20 000
[3 markah]
(Konstruk: Kemahiran / Konteks: 2.8 Persamaan Perakaunan /Aras: R)
(b) Maklumat berikut diambil daripada Perniagaan Ahmad pada 31 Disember 2008:
RM RM Jualan 40 000 Pulangan belian 1 000 Belian 20 000 Angkutan masuk 500 Pulangan jualan 5 000 Angkutan keluar 200 Stok awal 1 000 Stok akhir 2 000
Anda dikehendaki mengira;
(i) Kos barang untuk dijual (ii) Kos jualan (iii) Untung atau rugi kasar
[3 markah]
(Konstruk : Kemahiran / Konteks: 7.3 Penyata Pendapatan / Aras: S)
(c) Rekodkan perkara berikut ke dalam Jurnal Am. (keterangan tidak diperlukan)
Jan. 4 Hutang lapuk dihapuskan daripada penghutang RM 500. [2 markah]
Jan. 8 Mengambil barang niaga RM 400 untuk kegunaan keluarga. [2 markah]
17
Contoh Soalan 2 dan 3 2 Berikut adalah ringkasan penerimaan dan pembayaran Kelab Sukan Akil bagi
tahun berakhir 30 Jun 20X9: RM
Penerimaan Jualan restoran 200 600 Yuran tahunan 115 400
Pembayaran Gaji pekerja restoran
40 890 Pemiutang restoran 110 560 Alatan sukan 30 025 Honorarium 5 500 Sewa 10 080 Elektrik dan air 30 080 Insurans 5 160 Caj bank 520 Gaji pengurus kelab 15 360 Angkutan masuk 800
Maklumat tambahan: (i) Baki-baki aset dan liabiliti adalah seperti berikut:
1 Julai 20X8 30 Jun 20X9 RM RM
Stok restoran 11 090 6 050 Sewa terakru - 840 Tunai di tangan 470 470 Tunai di bank 30 890 Alatan sukan 119 400 144 700 Pemiutang restoran 6 010 8 050 Yuran tertunggak 4 850 5 010 Yuran terdahulu 3 005 3 010 Insurans terdahulu - 160
(ii) 40% daripada elektrik dan air adalah untuk restoran.
Anda dikehendaki menyediakan:
(a) Penyata mengira Dana Terkumpul pada 1 Julai 20X8. [3 markah]
[Konstruk: Kemahiran / Konteks: 12.6 Kunci Kira-Kira / Aras: T]
(b) Akaun Kawalan Pemiutang Restoran. [2 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks: 5.2 Akaun Kawalan Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang / Aras: T]
(c) Akaun Perdagangan Restoran bagi tahun berakhir 30 Jun 20X9. [7 markah]
[Konstruk: Kemahiran/Konteks: 12.5 Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan / Aras: T]
(d) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 30 Jun 20X9.
[13 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks: 12.6 Kunci Kira-Kira / Aras: T]
18
3 Abu dan Bakar adalah pekongsi dalam Perkongsian ABBA. Perjanjian perkongsian adalah seperti berikut : (i) Faedah atas pinjaman pekongsi 5% setahun. (ii) Faedah atas modal 10% setahun. (iii) Gaji tahunan Abu dan Bakar RM5 000 dan RM8 000 masing-masing. (iv) Untung atau rugi dibahagi dengan nisbah 3:2.
Maklumat perakaunan berikut diperoleh untuk tempoh perakaunan berakhir 31Disember 2008 :
RM Pada 1 Januari 2008: Modal: Abu 50 000
Bakar 40 000 Akaun Semasa: Abu 2 800
Bakar 2 200 Pada 31 Disember 2008: Pinjaman Abu 10 000 Premis (kos) 96 400 Alatan pejabat (kos) 14 600 Stok 4 550 Perabot (kos) 17 450 Ambilan: Abu 6 750
Bakar 6 250 Penghutang 12 000 Pemiutang 6 440 Bank (overdraf) 6 560 Untung bersih bagi tahun berakhir 31 Disember 2008 40 000
Maklumat tambahan: (i) Untung bersih perkongsian hendaklah diselaraskan dengan perkara berikut :
(a) Faedah atas pinjaman. (b) Susut nilai alatan pejabat 10 % setahun atas kos.
Anda dikehendaki menyediakan:
(a) Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2008.
[9 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks:10.3 Akaun Penamat / Aras: T]
(b) Akaun semasa setiap pekongsi dalam bentuk beruangan. [8 markah]
[Konstruk: Kemahiran / Konteks:10.2 Ekuiti Pemilik Dalam Perkongsian / Aras: T]
(c) Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2008. [8 markah]
[Konstruk: Kemahiran / Konteks: 10.4 Kunci Kira-Kira /Aras: T]
19
Bahagian B (40 markah)
Arahan: Jawab mana- mana dua soalan sahaja.
4 Pada 31 Mac 2010, akaun bank perniagaan Fotostat Suliza menunjukkan baki RM15 000. Anggaran penerimaan dan pembayaran bagi tiga bulan berakhir 30 Jun 2010 adalah seperti berikut: (i) Pada bulan April, beliau bercadang untuk membeli 2 buah mesin fotostat bernilai
RM6 750 seunit. Bayaran pendahuluan sebanyak RM7 500 dan bakinya dibayar secara ansuran dalam tempoh 1 tahun bermula dari bulan Mei.
(ii) Sewa bulanan premis RM800 sebulan. (iii) Dua orang pekerja diambil pada bulan April dengan gaji bulanan RM360 seorang.
Pada bulan Jun, seorang lagi pekerja diambil dengan gaji RM300 sebulan. (iv) Hasil kutipan daripada perkhidmatan fotostat adalah seperti berikut:
RM April 2 800 Mei 3 360 Jun 4 032
(v) Kadar bayaran dianggarkan sebanyak RM570 sebulan. (vi) Anggaran belian kertas fotostat dan toner adalah seperti berikut:
RM April 3 100 Mei 1 980 Jun 2 700
Jumlah penerimaan dan pembayaran sebenar untuk tempoh tiga bulan berakhir 30 Jun 2010 adalah seperti berikut:
RM Penerimaan Hasil perkhidmatan fotostat 12 000
Pembayaran Mesin fotostat 10 000 Belian kertas fotostat dan toner 8 200 Sewa premis 2 550 Gaji 2 160 Kadar bayaran 1 545
Anda dikehendaki menyediakan: (a) Penyata Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 30 Jun 2010. [14 markah] (b) Penyata Varian untuk membandingkan belanjawan dengan prestasi sebenar.
[6 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks: 8.3 Belanjawan Tunai Dan Varian / Aras: S]
20
5 Berikut adalah maklumat daripada Perniagaan Maria sepanjang bulan Ogos 2009 : RM
Pada 1 Ogos 2009: Baki debit lejar jualan 9 022 Baki kredit lejar jualan 165 Baki debit lejar belian 97 Baki kredit lejar belian 5 476 Peruntukan hutang ragu 230
Pada 31 Ogos 2009: Bayaran kepada pemiutang 37 417 Jualan kredit 54 128 Diskaun diterima 1 210 Belian kredit 41 195 Pulangan masuk 2 205 Jualan tunai 15 000 Hutang lapuk dihapuskan 192 Diskaun diberi 1 744 Belian tunai 5 600 Cek tak layan 376 Hutang lapuk terpulih 300 Penerimaan daripada penghutang 49 178 Yuran peguam dikenakan atas penghutang 90 Pindahan baki dari lejar jualan ke lejar belian 345 Pulangan keluar 1 068 Baki debit lejar belian 133 Baki kredit lejar jualan 214
Anda dikehendaki: (a) menyediakan Akaun Kawalan Lejar Belian [8 markah] (b) menyediakan Akaun Kawalan Lejar Jualan [10 markah]
(Konstruk: Kemahiran / Konteks : 5.2 Akaun Kawalan Penghutang & Akaun Kawalan Pemiutang / Aras: S)
(c) mengira jumlah jualan dan jumlah belian. [2 markah]
(Konstruk: Kemahiran / Konteks : 13.3 Penentuan Pendapatan / Aras : S)
21
Tunai Bank Tunai Bank
Baki b/b Jualan Penghutang Komisen
RM 20
100
800
RM 1 000
4 980
Belian Ambilan Gaji Insurans Sewa
RM
50
RM 1 300
200 120 150
6 Puan Bibi, pemilik Kedai Runcit Bibi tidak menyimpan rekod-rekod perakaunan perniagaannya menggunakan sistem catatan bergu. Berikut adalah ringkasan Buku Tunai perniagaannya pada 31 Disember 20X8 :
BUKU TUNAI
Aset dan liabiliti Perniagaan Bibi adalah seperti berikut:
1 Januari 20X8 31 Disember 20X8 RM RM Alatan kedai 8 000 7 600 Stok 600 800 Tunai 20 870 Bank 1 000 4 210 Sewa terakru - 50 Insurans terdahulu 70 - Gaji terakru 50 - Penghutang 780 1 200
Anda dikehendaki:
(a) menyediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 20X8.
[10 markah]
[Konstruk: Kemahiran / Konteks: 13.3 Penentuan Pendapatan / Aras: S]
(b) menyediakan Kunci Kira-kira pada 31 Disember 20X8. [6 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks: 13.4 Penentuan Aset dan Liabiliti dan Kunci Kira-Kira / Aras: S]
(c) menghitung: (i) kadar pusing ganti stok (ii) margin untung bersih
[4 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks : 15.2 Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah / Aras: S]
22
LAMPIRAN 4 – ITEM CONTOH
PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN
PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 3
(3756/3)
MULAI SPM 2011
23
MAKLUMAT TUGASAN PROJEK TINGKATAN 4
Arahan Tugasan
Calon dikehendaki:
1. Menyediakan satu set akaun yang lengkap berdasarkan catatan urus niaga dan
dokumen sumber bagi perniagaan milikan tunggal yang menjalankan perniagaan menjual barangan keperluan harian seperti: (a) barangan runcit (b) kek (c) buah-buahan
2. Maklumat berikut perlu diambil kira dalam penyediaan tugasan.
i Jenis Perniagaan : Milikan tunggal ii Status perniagaan : Memulakan perniagaan
iii Tempoh urus niaga : 1 bulan tahun semasa
3. Urus niaga yang terlibat mestilah disokong dengan dokumen yang lengkap berdasarkan perkara berikut:
Butiran Ringkasan Urus niaga Bilangan urus niaga
Bilangan urus niaga
Garis panduan urus niaga
40
i
Catatan permulaan
2
ii Komponen kos jualan - Belian kredit - Belian tunai - Pulangan belian - Angkutan masuk, duti import, upah belian, insurans belian
6
iii
Komponen jualan bersih
- Jualan kredit - Jualan tunai - Pulangan Jualan
4
iv
Komponen pembayaran
- kepada pemiutang - belanja
9
v
Komponen Penerimaan
- daripada penghutang - hasil
7
vi
Perolehan aset
- tunai - kredit
2
vii
Catatan kontra
2
24
Butiran Ringkasan Urus niaga Bilangan urus niaga
vii
ambilan
- kegunaan sendiri - kegunaan perniagaan - tujuan promosi/derma - maklumat debit/ kredit
2
ix
Pinjaman
1
x Stok akhir ditentukan berdasarkan baki daripada kad stok
1
-
4. Maklumat berikut perlu diambil kira dalam urus niaga: i Peniaga menggunakan duit simpanan di bank sebanyak RM20 000 untuk
menjalankan perniagaan ii Seorang pekerja diambil bekerja sebagai pembantu kedai dengan bayaran gaji
sebanyak RM500 sebulan iii Peniaga memberi diskaun 2% untuk belian tunai yang melebihi RM500 dan
diskaun tunai 2.5% untuk belian melebihi RM1 000 dan dibayar dalam tempoh 7 hari
5. Semua maklumat berkaitan tugasan hendaklah menggunakan perisian komputer yang
sesuai. 6. Tugasan projek mestilah dicetak dengan mesin pencetak komputer dan perlu mematuhi
perkara berikut: i Saiz kertas : A4 ii Saiz font : 12 iii Jenis font : Times New Roman iv Jarak antara baris : 1.5 v Dokumen perniagaan : Saiz font, jarak antara baris dan bentuk tulisan
mengikut kesesuaian 7. Calon diperuntukkan 8 minggu untuk menyiapkan tugasan (Ogos - September).
8. Hasil projek yang lengkap mesti dikemukakan oleh calon secara individu.
9. Setiap calon mesti mempamer kemahiran komunikasi sama ada dalam bentuk
pembentangan projek atau interaksi sepanjang pelaksanaan tugasan projek. 10. Format Pendokumentasian:
a. Muka Depan terdiri daripada maklumat diri.
i Nama calon ii Angka Giliran
iii No Kad Pengenalan
25
b. Kandungan
i Perakuan Calon ii Penghargaan
iii Pengenalan perniagaan iv Profil perniagaan v Perancangan urusniaga vi Dokumen perniagaan
vii Buku Catatan Pertama viii Lejar
ix Imbangan Duga x Penilaian Stok Akhir xi Penyata Pendapatan
xii Kunci Kira-kira xiii Rumusan
26
MAKLUMAT TUGASAN PROJEK TINGKATAN 5 Arahan Tugasan
Calon dikehendaki:
1. Menyediakan satu set akaun yang lengkap berdasarkan catatan dalam Buku Catatan
Pertama dalam Lampiran A. 2. Maklumat berikut perlu diambil kira dalam penyediaan tugasan:
i Pada 1 Mac 2009, Encik Saleh telah menubuhkan Perniagaan Salihin Enterprise
yang menjual peralatan sukan di Bandar Kuantan, Pahang. Beliau telah menubuhkan perniagaan dengan modal permulaan sebanyak RM60000. Beliau juga di bantu oleh seorang pembantu kedai yang di bayar gaji RM1 200 sebulan.
ii Stok akhir dinilaikan pada harga kos RM24 500 dan harga pasaran RM31 850. iii Susutnilaikan sekurang-kurangnya dua aset bukan semasa dengan menggunakan
kaedah berikut: - Baki berkurangan - Garis lurus/Ansuran tetap
iv Peruntukan hutang ragu hendaklah diselaraskan ke atas baki penghutang bersih. v Dua item belanja terakru vi Satu item belanja terdahulu vii Satu item hasil terakru viii Pembetulan kesilapan:
- Ketinggalan catatan - Kesilapan prinsip
ix Nisbah yang perlu diambil kira untuk membuat keputusan: - Nisbah Keberuntungan - Nisbah Kecairan - Nisbah Kecekapan
3. Semua maklumat berkaitan tugasan hendaklah menggunakan perisian komputer
yang sesuai. 4. Tugasan projek mestilah dicetak dengan mesin pencetak komputer dan perlu mematuhi
perkara berikut: i Saiz kertas : A4 ii Saiz font : 12 iii Jenis font : Times New Roman iv Jarak antara baris : 1.5 v Dokumen perniagaan : Saiz font, jarak antara baris dan bentuk tulisan
mengikut kesesuaian 5. Calon diperuntukkan 8 minggu untuk menyiapkan tugasan (Ogos - September).
6. Hasil projek yang lengkap mesti dikemukakan oleh calon secara individu.
7. Setiap calon mesti mempamer kemahiran komunikasi sama ada dalam bentuk
pembentangan projek atau interaksi sepanjang pelaksanaan tugasan projek.
27
JURNAL AM
LAMPIRAN A
Tarikh
Butiran Folio
Debit
Kredit
2011 Mac 1
18
25
Bank Tuna Stok Lengkapan Kenderaan Penghutang: Suria Tarading
Perniagaan Venice Zubaidah Enterprise
Pemiutang: Pemborong Jaya Pembekal Ramli Syarikat Meers Sdn. Bhd.
Pinjaman (10% matang Disember 2014) Pinjaman (12% matang Disember 2011) Peruntukan Hutang Ragu Susut Nilai terkumpul Lengkapan Susut Nilai terkumpul Kenderaan Modal
(Aset, Liabiliti dan modal pada tarikh ini)
Promosi Belian
(keluarkan barang niaga untuk tujuan promosi)
Ambilan Belian
(keluarkan barang niaga untuk hadiah hari jadi anak)
RM 24500 1500
18800 30000 40000
7850 6440 4560
RM
1320 2470 3460
24000 8400 500
6000 11100 76400
133650 133650
2500
1800
2500
1800
28
JURNAL BELIAN
Tarikh Butir Folio No. Invois Amaun
2011 Mac 2
3 5 8 10 15 18 21 25 28
31
Pemborong Jaya Pembekal Ramli Syarikat Meera Sdn. Bhd. Pemborong Jaya Syarikat Meera Sdn. Bhd. Pembekal Ramli Kedai Sukan Swee Lee Pemborong Jaya Syarikat Meera Sdn. Bhd. Pembekal Ramli
Akaun Belian
Debit
RM 3 880 2 920 4 550 2 440 3 600 2 850 7 240 3 330 4 240 1 130
36 180
JURNAL PULANGAN BELIAN
Tarikh
Butir
Folio
No. nota kredit
Amaun
2011 Mac 3
10 21
31
Pemborong Jaya Pembekal Ramli Kedai Sukan Swee Lee
Akaun Pulangan Belian
Kredit
RM 880
1 920 1 640
4 440
29
30
JURNAL JUALAN
Tarikh Butir Folio No. Invois Amaun
2011 Mac 3
4 6 8 10 11 15 18 21 23 28
31
Perniagaan Venice Suria Trading Zubaidah Enterprise Suria Trading Zubaidah Enterprise Lakshna & Co Suria Trading Perniagaan Venice Maju Enterprise Zubaidah Enterprise Suria Trading
Akaun JualanKredit
RM 4 500 3 280 8 460
10 140 3 650 7 110 3 540 8 520 6 230 1 258 4 326
61 014
JURNAL PULANGAN JUALAN
Tarikh Butir Folio No. nota kredit Amaun
2011 Mac 5
8 21 29
31
Perniagaan Venice Zubaidah Enterprise Lakshna & Co Suria Trading
Akaun Pulangan Jualan
Debit
RM 450
1258 1110 326
3144
31
BUKU TUNAI
Tarikh Butir Fol Disk Tunai Bank Tarikh Butir Fol Disk Tunai Bank
2011 Mac 1
3 6 7 8 12 15 18 20 22 24 28
April 1
Baki Jualan Sewa Suria Trading Jualan Zubaidah Enterprise Tunai Jualan Perniagaan Venice Komisen Lakshna & Co Jualan
Baki
b/b
K
b/b
RM
651
300
RM
1 500
600
3 000
2 800
600
RM
24 500 5 000
7 850
12 369 3 000
6 440
5 700 2 150
2011 Mac 3
4 5 5 6 8 10 11 13 15 18 21 23 24 25 30
30
31 31
Belian Ambilan Pemborong Jaya Insurans Kadar bayaran Angkutan Masuk Syarikat Meera Sdn. Bhd. Alat tulis Iklan Bank Pembekal Ramli Kedai Sukan Swee Lee Belian Derma Belanja am Pinjaman (matang 2011) Faedah pinjaman Pinjaman (matang 2014) Faedah pinjaman Gaji Baki
K
h/b
RM
260
180
84 280
RM
300
800
250 350
3 000
1 100 400 300
2 000
RM
2 100
4 940
1 200 300
3 420
1 596 5 320
350 84
400 200
1 000 46 099
951 8 500 67 009 804 8 500 67 009 2 000 46 099
32
CONTOH LAMPIRAN PROJEK
33
LAMPIRAN YANG DICADANGKAN
LAMPIRAN 1
Perakuan Calon Tentang Ketulenan
Tugasan Projek Kertas 3756/3
Saya memperakui bahawa Tugasan Projek yang dikemukakan untuk memenuhi syarat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan 3756/3 adalah tulen.
Tandatangan Calon :
Nama Calon :
No. Kad Pengenalan :
Angka Giliran Calon :
• Borang perakuan ini mestilah disertakan di bahagian hadapan Tugasan Projek.
34
LAMPIRAN 2
JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3
KEMAHIRAN
OGOS SEPT OKT
MINGGU MINGGU MINGGU
1 2 3 4 1 2 3 4 5 1 2 3 4
Mengorganisasi
Perancangan
Perancangan awal
Struktur folio
Proses Tugasan
Penyediaan Dokumen Sumber
Mencatat Buku Catatan Pertama
Pengeposan ke Lejar
Penyediaan Imbangan Duga
Penyediaan Penyata Kewangan
Menganalisis
Penilaian
Pengiraan Analisis Nisbah
Rumusan
Merumus Nisbah
Mentafsir dan Membuat Keputusan
Membuat keputusan
Cadangan
Rasional
Berkomunikasi
Pembentangan Tugasan
Pentadbiran
Pemantauan LPM
Pengumpulan dan Semakan Tugasan
Penilaian dan Pentaksiran
Kemasukan Markah
35
LAMPIRAN 3
Kertas Cadangan Tugasan.
Maklumat Perniagaan
i
Nama perniagaan
ii
Nama Pemilik
iii
Lokasi / Alamat
iv
Jenis perniagaan
v
Tempoh perakaunan
vi
Tempoh rekod
vii
Modal perniagaan
viii
Jumlah pekerja
ix
Status perniagaan
x
Nama dan alamat bank
xi
Nombor Akaun
36
LAMPIRAN 4
Senarai nama dan alamat pembekal.
Urus niaga secara kredit
Pembekal 1
Pembekal 2
Urus niaga secara kredit
Pembekal 3
Pembekal 4
Urus niaga secara tunai
Pembekal 1
Pembekal 2
Urus niaga secara tunai
Pembekal 3
Pembekal 4
37
LA
MP
IRA
N 5
Tari
kh
Bilan
gan
Sa
lin
an
Asa
l
No
mb
or
Sir
i D
okum
en
Dok
um
en
Uru
s N
iag
a
Ele
men
Bil
Bil
Tarikh
Dokumen
No. Dokumen
Masuk
Keluar
Baki
Kuantiti
Harga Seunit (RM)
Amaun (RM)
Kuantiti
Harga Seunit (RM)
Amaun (RM)
Kuantiti
Harga Seunit (RM)
Amaun (RM)
38
Jenis Barang:
KAD STOK
LAMPIRAN 6
39
LAMPIRAN 7
Senarai Semak dan Penilaian Guru
Bil Fasa Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Catatan
1 2 3
4
5 6 7 8
9
9
10 11
11 12
13 14 15 16
Proses Tugasan Profil Perniagaan Perancangan Urus niaga Penyediaan Dokumen Perniagaan Penyediaan Buku Catatan Pertama Pengeposan ke lejar Penyediaan Imbangan duga Penilaian Stok Akhir Penyediaan Penyata Kewangan Menghitung Nisbah Penyata Kewangan
Menganalisis Analisis Penyata Kewangan & Analisis Nisbah
Membuat keputusan Keputusan Perniagaan Pernacangan Perniagaan
Penggunaan TMK Penggunaan Komputer Komunikasi
Nilai Murni Sistematik Akauntabiliti Rasional Ketepatan
40
LAMPIRAN 8
No. Siri : SMKST A 0001
SMK TENGKU MIZAN ZAINAL ABIDIN
21020 KUALA TERENGGNAU
SIJIL PENCAPAIAN PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN
3756/3
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
Dengan ini disahkan bahawa
Wan Muhammad Qhairul Daniel b. Wan Ali
No. K/P : 920202-11-5007 Angka Giliran : TEA3087 A0381
telah berjaya menyempurnakan Projek Prinsip Perakaunan 3756/3
dengan pencapaian berikut:
Elemen Gred
Pengetahuan dan Kefahaman D Kemahiran Mengaplikasi B Kemahiran Menganalisi A Kemahiran Membuat Keputusan A Kemahiran Menggunakan TMK A Nilai-Nilai Murni Dalam Perakaunan A
Jumlah Skor 76
GRED KESELURUHAN B
Pengetua Tarikh: 26-Jun-2010 SMK Tengku Mizan Zainal Abidin
21020 Kuala Terengganu