press release -nef-awani ict awards 2011-bahasa malaysia version

4
1 UNTUK SIARAN SEGERA Anugerah ICT NEF-AWANI ke-2 mengangkat tahap kecemerlangan KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2011 Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) dan Astro AWANI (Astro Saluran 501) sekali lagi bekerjasama untuk menganjurkan Anugerah ICT NEF-AWANI ke-2. Acara kemuncak penyampaian hadiah kepada pemenang adalah pada 12 Februari 2012 dan akan disiarkan secara langsung. Selain itu penonton televisyen akan dapat melihat aksi calon- calon cuba memenangi hati panel hakim dalam sesi “pitching” di mana pelbagai soalan akan diajukan oleh panel hakim untuk dijawab dengan sempurna oleh calon-calon yang terpilih. Anugerah ICT NEF-AWANI ke-2 ini berbeza sedikit berbanding anugerah yang pertama tahun lepas kerana pelbagai elemen baru akan diperkenalkan pada tahun ini. Antaranya, calon-calon peringkat akhir perlu menghadiri sesi temubual bersama panel hakim,” kata Presiden, NEF, Ashran Dato’ Ghazi. “Dalam sesi ini lima calon peringkat akhir yang terpilih akan bersaing untuk meyakinkan para hakim memilih mereka untuk menjadi tiga finalis dalam setiap kategori,” tambah Ashran. “Untuk menambat hati penonton, pelbagai proses pemilihan pemenang untuk anugerah ini akan dipaparkan di Astro AWANI”, kata Pengurus Besar, Astro AWANI, Rozina Aziz. “Penonton akan dapat melihat aksi dibelakang tabir dan ini akan menjadikan proses pemilihan pemenang lebih telus”, tambah Rozina. Antara rancangan Astro AWANI yang akan menyiarkan pelbagai aksi dan diskusi menarik anugerah ini adalah Agenda AWANI, Sudut Pandang, U-Wartawan, Meja Bulat dan juga

Upload: ferdaus-johar

Post on 27-Jun-2015

1.101 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1

UNTUK SIARAN SEGERA

Anugerah ICT NEF-AWANI ke-2 mengangkat tahap kecemerlangan

KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2011

Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) dan Astro AWANI (Astro

Saluran 501) sekali lagi bekerjasama untuk menganjurkan Anugerah ICT NEF-AWANI ke-2.

Acara kemuncak penyampaian hadiah kepada pemenang adalah pada 12 Februari 2012 dan

akan disiarkan secara langsung. Selain itu penonton televisyen akan dapat melihat aksi calon-

calon cuba memenangi hati panel hakim dalam sesi “pitching” di mana pelbagai soalan akan

diajukan oleh panel hakim untuk dijawab dengan sempurna oleh calon-calon yang terpilih.

“Anugerah ICT NEF-AWANI ke-2 ini berbeza sedikit berbanding anugerah yang pertama tahun

lepas kerana pelbagai elemen baru akan diperkenalkan pada tahun ini. Antaranya, calon-calon

peringkat akhir perlu menghadiri sesi temubual bersama panel hakim,” kata Presiden, NEF,

Ashran Dato’ Ghazi. “Dalam sesi ini lima calon peringkat akhir yang terpilih akan bersaing

untuk meyakinkan para hakim memilih mereka untuk menjadi tiga finalis dalam setiap kategori,”

tambah Ashran.

“Untuk menambat hati penonton, pelbagai proses pemilihan pemenang untuk anugerah ini akan

dipaparkan di Astro AWANI”, kata Pengurus Besar, Astro AWANI, Rozina Aziz. “Penonton

akan dapat melihat aksi dibelakang tabir dan ini akan menjadikan proses pemilihan pemenang

lebih telus”, tambah Rozina.

Antara rancangan Astro AWANI yang akan menyiarkan pelbagai aksi dan diskusi menarik

anugerah ini adalah Agenda AWANI, Sudut Pandang, U-Wartawan, Meja Bulat dan juga

2

rancangan berita. “Pemimpin pemikiran (opinion leaders) gemar menonton rancangan tentang

keusahawanan dan strategi bisnes, dan mereka adalah kumpulan besar penonton Astro

AWANI,” ujar Rozina.

Anugerah ICT NEF-AWANI adalah kolaborasi yang pintar dan strategik. Menurut Rozina, Astro

AWANI dan NEF adalah dua entiti yang berbeza serta membawa kekuatan masing-masing

untuk menyumbang kepada kerancakan industri ICT dan media. “NEF adalah sebuah

persatuan yang menyediakan platform untuk ahli bekerjasama dan juga bersaing, manakala

Astro AWANI sebagai saluran berita dan informasi menyediakan platform untuk pemain ICT

menyuarakan pendapat mereka dalam pelbagai aspek menjalankan perniagaan. Penonton

akhirnya mendapat manfaat daripada kerjasama ini”, kata Rozina lagi.

Anugerah ICT NEF-AWANI adalah satu anugerah yang bersifat inklusif. Selain memberikan

pengiktirafan kepada syarikat ICT Bumiputera tempatan, anugerah ini juga turut memberi

penghargaan kepada syarikat-syarikat yang menggunakan ICT sebagai teras perniagaan

mereka, dalam kategori ‘People's Choice’ (Pilihan Rakyat).

Dalam kategori ICT, terdapat tujuh anugerah yang sedia untuk direbut:

1. Perisian Terbaik.

2. Animasi/Permainan Terbaik.

3. Aplikasi/Kandungan Media Baru Terbaik.

4. Syarikat Paling Inovatif.

5. Syarikat Baru Terbaik.

6. Kandungan/Aplikasi Mudah Alih Terbaik.

7. Usahawan Tekno Muda Terbaik.

Untuk kategori inklusif pilihan rakyat, calon-calon terdiri daripada produk dan servis yang telah

berjaya meninggalkan impak yang besar kepada orang ramai. Pada tahun ini, untuk

meningkatkan persaingan, kategori ini dibuka kepada syarikat dalam negara dan antarabangsa.

Anugerah dalam kategori ini adalah:

1. Penyelesaian E-Kerajaan Pilihan Ramai.

3

2. Perbankan Dalam Talian Pilihan Ramai.

3. E-Perkhidmatan Pilihan Ramai.

4. Portal/Blog Hiburan Pilihan Ramai.

5. E-Komuniti Pilihan Ramai.

6. Syarikat Telekomunikasi Pilihan Ramai.

7. Platform Jaringan Sosial Pilihan Ramai.

8. Jenama Peralatan ICT Pilihan Ramai.

Orang ramai dipelawa untuk mencadangkan calon-calon bagi kategori Pilihan Rakyat sebelum

30 November 2011. Selain itu, orang ramai juga dijemput untuk mengundi calon pilihan mereka

di laman facebook Anugerah ICT NEF-AWANI. Pemenang untuk kategori ICT dipilih

berdasarkan 30 peratus undian orang ramai dan 70 peratus undi para juri. Manakala pemenang

bagi kategori pilihan rakyat dipilih 100% daripada undian orang ramai.

“Anugerah ICT NEF-AWANI adalah platform yang baik untuk syarikat mendapat perhatian dan

pengiktirafan dari industri”, kata Nizam Razak, Pengasas Bersama Animonsta Studios Sdn Bhd,

pemenang Syarikat Baru Terbaik pada Anugerah ICT NEF-AWANI 2010.

Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web www.nef.org.my atau sertai kami di facebook di

www.facebook.com/NEFAwaniICTAwards.

_____________________________________________________________________

Tentang NEF

Persatuan Usahawan & Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) adalah satu persatuan yang

komited untuk meningkatkan kualiti usahawan tekno. Ditubuhkan pada 1997 sebagai sistem

sokongan di mana para usahawan berganding bahu membantu sesama sendiri. NEF kemudian

diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebagai sebuah organisasi yang mewakili

usahawan tekno Bumiputera.

Bidang teras NEF adalah pembiayaan, akses pasaran, pembangunan usahawan dan inovasi

serta kreativiti. NEF telah bekerjasama dengan Astro AWANI pada tahun 2010 untuk pertama

kalinya menganjurkan Anugerah ICT NEF-AWANI untuk memberi platform kepada usahawan

tekno bumiputera perhatian dan pengiktirafan.

4

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Muhammad Ferdaus Johar, Pengarah Eksekutif, NEF. 03-7722 2706, 019-351 3979,

[email protected]

Tentang Astro AWANI

Astro AWANI (Astro Saluranl 501) adalah saluran berita dan informasi 24 jam dalam Bahasa

Malaysia. Program Agenda AWANI ke udara secara langsung setiap Isnin hingga Khamis pada

jam 8:15 malam. Sudut Pandang disiarkan secara langsung pada jam 10:00 malam, Isnin

hingga Khamis. Meja Bulat keudara setiap Jumaat, jam 8:15 malam. U-Wartawan disiarkan

pada Jumaat, jam 10:00 malam.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Rozina Aziz, Pengurus Besar, Astro AWANI – Tel: 012-206 7228