presentation penyebaran dan penyerakan cahaya
TRANSCRIPT
TAJUK : PENYEBARAN DAN PENYERAKAN CAHAYA
SAINS SEMESTER 3
TEKNOLOGI AUTOMOTIF 2
NAMA AHLI KUMPULAN : IJLAL MUHAMMAD HAMDANI BIN NASWAR
MUHAMMAD FAUZAN AIZUDDIN BIN MUHAMMAD AMRAN
ABDUL KHAIDIR BIN JAMALUDDIN
PENGENALAN
APAKAH ITU CAHAYA ? Cahaya merupakan tenaga berbentuk gelombang dan membantu kita melihat. Kelajuan cahaya ditakrifkan pada kelajuan 299,792,458 meter sesaat. Cahaya bergerak dalam garis lurus. Apabila cahaya bergerak daripada medium kurang tumpat ke dalam medium lebih tumpat atau sebaliknya ia akan dibiaskan. Cahaya terdiri daripada tujuh warna yang berlainan dan halaju yang berbeza.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENYEBARAN CAHAYA ?
Merupakan proses pemecahan cahaya putih kepada warna-warna komponennya yang disebut spektrum.
Spektrum terdiri daripada warna merah, jingga,kuning,hijau,biru,indigo dan ungu.
Proses ini dapat dapat dilakukan dengan menggunakan prisma kerana setiap spektrum bergerak pada kelajuan berbeza.
FENOMENA SEMULAJADI KESAN PENYEBARAN CAHAYA
PENBENTUKAN PELANGI
- Fenomena pelangi terjadi apabila cahaya dibiaskan dalam titisan air menghasilkan spektrum.
- Titisan air yang terampai dalam udara selepas hujan bertindak sebagai prisma.
- Spektrum mengalami pantulan dalam penuh di dalam titisan air hujan tersebut sebelum dibias ke pada pemerhati.
- Pelangi primer terbentuk apabila cahaya mengalami dua pembiasan dan satu pantulan dalam titisan air.
- Boleh dihasilkan dengan menyembur air ke arah langit dengan kedudukan pemerhati membelakangi matahari. Spektrum akan kelihatan dalam semburan air tersebut.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENYERAKAN CAHAYA ? Keadaan di mana warna-warna dalam cahaya
dipantul dan dihalang oleh zarah-zarah seperti gas, habuk, debu dan wap di atmosfera.
Penyerakan cahaya bergantung kepada jarak gelombang warna cahaya.
Cahaya biru dengan panjang gelombang yang pendek banyak diserakkan manakala cahaya merah yang mempunyai panjang gelombang yang panjang kurang diserakkan.
FENOMENA SEMULAJADI KESAN PENYERAKAN CAHAYA
1) LANGIT KELIHATAN BIRU PADA WAKTU TENGAH HARI - Pada waktu tengah hari, matahari lalu
lapisan atmosfera yang nipis.
- komponen cahaya yang mempunyai jarak gelombang panjang iaitu merah dan jingga melalui lapisan atmosfera tanpa diserakkan.
- Manakala cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang pendek seperti Biru akan diserakkan dan dipantulkan oleh zarah-zarah yang terdapat dalam lapisan atmosfera ke mata pemerhati di bumi.
- Oleh itu langit kelihatan biru pada waktu tengah hari.
2) FENOMENA KEMERAHAN LANGIT PADA WAKTU SENJA
- Pada waktu senja, cahaya matahari melalui satu lapisan atmosfera yang lebih tebal (jarak yang lebih jauh).
- cahaya yang mempunyai jarak gelombang pendek seperti cahaya biru akan diserakkan jauh dari bumi.
- cahaya yang berjarak gelombang panjang seperti merah dan jingga dapat menembusi lapisan atmosfera yang tebal dan sampai ke bumi
- Pada waktu senja, langit kelihatan jingga kemerahan pada pemerhati yang ada di bumi
KESIMPULAN
Kesimpulannya, penyebaran cahaya adalah satu proses di mana cahaya putih dapat dipisahkan kepada warna-warna komponennya atau spektrum. Dengan proses ini jugalah terjadinya pembentukan pelangi di bumi. Penyerakan cahaya terjadi akibat cahaya matahari dipantul dan dihalang oleh zarah-zarah seperti gas ,wap air dan habuk . Fenomena langit kebiruan pada waktu tengah hari dan langit kemerahan pada waktu senja adalah kesan daripada penyerakan cahaya.
LAMPIRAN
RUJUKAN- www.slideshare.net/ale28279/penyerakan-
cahaya
- https://maribelajarsains.files.wordpress.com/2013/05/bab-7-cahaya-warna-dan-penglihatan.pdf
- https://present.me/download/presentation/179394-penyebaran-cahaya/0