prakata - lgm.gov.my · kepada semua penulis buku manual teknologi penanaman getah dan buku...
TRANSCRIPT
PRAKATA
Buku nota bersaiz poket atau “Pocket Book” bertajuk Teknologi Perangsangan Pengeluaran Lateks ini diterbitkan bagi memudahkan semua pihak yang terlibat membuat rujukan segera.
“Pocket Book” ini mengandungi teknologi-teknologi berkaitan perangsangan pengeluaran lateks, iaitu teknologi perangsangan kimia Etefon dan Mortex serta teknologi perangsangan dengan gas etilina.
Kandungan dalam “Pocket Book” ini adalah adaptasi dan olahan semula dari buku Manual Teknologi Penanaman Getah yang diterbitkan dalam tahun 2004 dan dicetak semula pada tahun 2007 serta buku bertajuk Teknologi Perladangan Getah dan Pemprosesan yang diterbitkan pada tahun 2009.
Lembaga Getah Malaysia berharap penerbitan “Pocket Book” Teknologi Perangsangan Pengeluaran Lateks dapat memberi maklumat dan menjadi panduan semasa khususnya kepada agen pengembangan dan pengguna-pengguna lain ke arah membantu pekebun kecil getah menghayati dan mengamalkan teknologi-teknologi yang disyorkan untuk meningkatkan hasil dan pendapatan mereka.
i
Kepada semua penulis buku Manual Teknologi Penanaman Getah dan buku Teknologi Perladangan Getah dan Pemprosesan sekali lagi diucapkan terima kasih. Secara tidak langsung mereka telah menyumbang dalam proses pemindahan teknologi. Terima kasih juga kepada Unit Penyelidikan Pengembangan dan lain-lain pihak yang terlibat dalam penerbitan “Pocket Book” ini.
Datuk Dr. Salmiah AhmadKetua Pengarah
Lembaga Getah Malaysia
Disember 2010
ii
SENARAI KANDUNGAN
Kandungan Muka Surat
Prakata
Senarai Kandungan
Senarai Rajah
PENDAHULUAN
TEKNOLOGI PERANGSANGAN DENGAN GAS ETILINA
Ciri-Ciri Pokok Yang Sesuai Klon-klon Yang Sesuai Teknik Perangsangan REACTORRIM Komponen Teknik REACTORRIM Prosedur Pemasangan Komponen Teknik REACTORRIM Cara-Cara Pengisian Semula Gas Etilina Langkah-Langkah Pengamalan
PENUTUP
iii
i
iii
iv
1
1
2233
578
9
SENARAI RAJAH
Kandungan Muka Surat
Rajah 1. Komponen Utama REACTORRIM
Rajah 2. Komponen Tambahan REACTORRIM
Rajah 3. Prosedur Pemasangan Peralatan REACTORRIM
Rajah 4. Pengisian Semula Gas Ke Dalam Kanister REACTORRIM
iv
3
4
5
7
1
PENDAHULUAN
Pada dasarnya, penggunaan kimia atau gas perangsangan pengeluaran lateks perlu dikuti dengan pengamalan konsep sistem torehan intensiti rendah atau ‘Low Intensity Tapping System’ (LITS). LITS adalah satu sistem penuaian hasil lateks yang menggabungkan faktor kepanjangan alur torehan, kekerapan penorehan dan perangsangan. Panjang alur torehan dan kekerapan torehan akan berkurangan dan secara langsung mengurangkan pengeluaran lateks. Bagi mengimbangi pengurangan ini penggunaan bahan atau alatan perangsangan adalah diperlukan bagi melewatkan tempoh pengaliran keluar lateks, secara langsung meningkatkan pengeluaran hasil. Teknologi perangsangan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu teknologi perangsangan sapuan atau kimia dan perangsangan gas. Bahan kimia yang paling berkesan dan ekonomik ialah asid 2-chloroethylphosphonic (2-CEPA).
TEKNOLOGI PERANGSANGAN DENGAN GAS ETILINA
Pada masa ini, pokok-pokok yang disyorkan untuk dirangsang dengan menggunakan gas etilina hanya pokok-pokok yang mana kedua-dua panel torehan BO-l dan BO-2 telah habis ditoreh.
Biasanya, dengan penggunaan gas etilina, nilai Kandungan Getah Kering (KGK atau DRC) jatuh di antara 2 dan 5 unit disebabkan oleh getah di dalam saluran lateks menjadi lebih cair daripada keadaan biasa. Pengaliran lateks juga akan berlaku dengan lebih lama. Selalunya kejadian kering kulit tidak ketara dan setanding dengan torehan konvensional.
Pada masa ini, LGM mengesyorkan tiga teknik perangsangan menggunakan gas etilina iaitu teknik RRIMFLOW (RF), teknik REACTORRIM (RR) dan teknik G-FLEX.
Ciri-Ciri Pokok Yang Sesuai
• Subur• Tidak dijangkiti penyakit (akar, daun dan panel
torehan) yang teruk • Cukuppembajaansepertiyangdisyorkan• Dariklon-klonyangmemberiresponyangpositif
kepada etefon • Kulitdipanelatas(HO)masihberkeadaanbaik
(> 50 %) • Tidakditorehdandirangsangsecaraketerlaluan.
Klon-Klon Yang Sesuai
Di antara klon-klon yang memberi tindak balas yang baik kepada teknik perangsangan gas ialah GT I,
2
RRIM 600, RRIM 623, RRIM 605, PR 261 dan PB 217. Klon PB 28/59, PB 310 dan anak baka cantum didapati tidak memberi tindak balas yang baik kepada teknik perangsangan yang menggunakan gas etilina.
Teknik Perangsangan REACTORRIM
REACTORRIM ialah satu teknik merangsang pengeluaran lateks menggunakan gas etilina yang disimpan dalam kanister plastik, dilepaskan secara terus ke dalam kulit pokok secara perlahan dan berterusan melalui injap ‘micro-porous membrane’ (MPM). Teknik perangsangan ini digabungkan dengan alur torehan pendek satu per lapan lilitan (l/8S) dengan kekerapan torehan d/3 atau d/4. Komponen Teknik REACTORRIM
Komponen-komponen perangsangan REACTORRIM adalah seperti berikut:
Butang Penerap &Botol Kanister
Pin Bentuk ‘U’
Rajah 1. Komponen Utama REACTORRIM
3
Rajah 2. Komponen Tambahan REACTORRIM
Pisau Torehan/Penukul Pemantap Butang
Set Regulator
Tiub TekananTinggi PVC
Harness
Tangki Gas Air
Dus
ter
4
Prosedur Pemasangan Peralatan Teknik REACTORRIM
i. Buka alur torehan 1/8 lilitan (1/8S) dipanel torehanatas (HO)diataspanel BI-2. Toreh beberapa kali pada alur tersebut sehingga mencapai kedalaman yang sesuai. Sebelum itu, pasangkan peralatan kutipan hasil terlebih dahulu (mangkuk 1.2 liter, spring, penyangkut, pancuran).
Sistem torehan :1/8S↑d/3,d/4+REACTORRIM.
ii. Pasangkan pin ‘U’, 7.5 sm (3 inci) ke kanan alur sempadan dan 15 sm (6 inci) di atas alur torehan 1/2 lilitan yang lama.
iii. Pasangkan butang penerap 15 sm (6 inci) di atas alur torehan 1/8 lilitan.
(Jangan ketuk terlalu kuat danpastikan butang terbenam secarakemasdanrata).
5
Catatan: Pemasangan komponen teknik REACTORRIM bolehdisiapkandalammasakurangdari5minit/pokok.Gas akan terus mengalir memasuki kulit sebaik sahaja langkah(iii)selesai.
Rajah3.ProsedurPemasanganPeralatanREACTORRIM
v. Teknik REACTORRIM telah siap dipasang.
6
iv. Gantung kanister pada pin berbentuk ‘U’ (Pastikan tiub tidakterlipat).
Cara-cara Pengisian Semula Gas Etilina
i. Masukkan nozel alat pengisian (air duster) ke injap masuk gas pada penutup kanister.
i i . Tekan pemetik/picu alat pengisian gas (air duster) untuk mengisi gas ke dalam kanister. Isikan gas sehingga tekanan 50 p.s.i. Isyarat bunyi akan berhenti apabila tekanan mencapai 50 p.s.i. iaitu kira-kira 10 saat dan botol kanister akan keras dan berasa hangat (warm).
7
iii. Cabut nozel alat pengisian gas dari injap masuk.
Langkah-Langkah Pengamalan
i. Di peringkat permulaan, tekanan di dalam kanister mestilah tidak melebihi 50 p.s.i. Elakkan kanister daripada pengisian gas etilina yang berlebihan.
ii. Periksa MPM, jika:
• Kandungan atau tekanan gas dalam kanister rendah lebih awal daripada sepatutnya. Tukar MPM jika ianya tidak berfungsi.
• Kanistermasihkerasselepas2-3bulan.TukarMPM jika ianya tidak berfungsi.
8
iv. Setelah selesai pengisian gas ke dalam kanister, tutup injap bekalan gas pada tangki gas dengan menggunakan spanar.
Rajah4.PengisianSemulaGasKeDalamKanisterREACTORRlM
iii. Jika tiub plastik bocor hampir dengan injap keluar, potong dan sambung semula ke injap keluar.
iv. Butang penerap perlu ditukar ke posisi baru (15 sm dari alur torehan 1/8S) jika didapati ianya longgar atau kedudukan butang tidak serata (senget) menyebabkan kebocoran gas.
v. Torehan hanya boleh dimulakan 48 jam atau dua hari selepas pemasangan. Selepas pengisian semula, torehan boleh dilakukan 24 jam selepas itu.
PENUTUP
Buku nota bersaiz poket ini memaparkan teknologi-teknologi perangsangan pengeluaran lateks untuk amalan pekebun kecil, terutamanya teknologi berkaitan perangsangan secara kimia dan perangsangan dengan gas etilina. Pengamalan teknologi-teknologi ini dapat meningkatkan pengeluaran hasil dan seterusnya pendapatan pekebun kecil getah.
9
10