ppl-upm tawar program pjj bagi yang berkerjaya · selain itu, ppl-upm turut menawarkan lima program...
TRANSCRIPT
PROGRAM pendidikanJarakJauh (PJJ)merupakan salah satu program bagi mencapai objektif Universiti Putra Malaysia(UPM) untuk membuka peluang yang lebihbanyak kepada masyarakat untuk mendapatkan pendidikan tinggi.
la dikendalikan oleh Pusat PendidikanLuar, Universiti Putra Malaysia (PPL-UPM)dalam usaha melahirkan masyarakat berilmu terutamanya kepada golongan pekerjayang ingin melanjutkan pengajian keperingkat lebih tinggi.
PPL-UPM kini menawarkan programprc;>gram pengajian secara jarak jauhperingkat Bacelor dan Master selaras denga~ misi serta hala tuju UPM dan juganegara iaitu ke arah membangunkan pekerja yang berpengetahuan dan mampu belajar secara berterusan daripada kalanganpelJduduk yang sedang bekerja.
Pengarah PPL-UPM, Profesor Dr. AbdulAziz Saharee berkata,pihaknya amatmementingkan konsep pendidikan sepanjang hayat dan menyifatkan ia tidak terhadkepada golongan pelajar sahaja.
Bagaimanapun katanya, pendidikanberkonsepkan 'pendidikan sepanjanghayat', dan terbuka kepada semua yangbe~kelayakan tanpa mengira usia terutamabagi mereka yang sedang bekerja.
Merangka
"Menyedari terdapat banyak permohonan di kalangan mereka yang bekerja, PPLUPM telah merangka satu konsep pembelajaran melalui pusat-pusat pembelajaranyang terdapat di seluruh negeri termasukSabah dan Sarawak.
"Kami memahami kehendak semasa yangmemer/ukan i/mu pengetahuan sebagaipem angki"n kepada pem bangu nanmasyarakat dan negara.
"Atas dasar inilah, kami melaksanakannyadengan mewujudkan PJJbagi menyediakankeperluan tenaga kerja yang berilmupengetahuan," ujarnya ketika ditemui diUPtvI, baru-baru ini.
Setakat ini, PPLtelah berjaya melahirkanlebih daripada 8,000 graduan PJJsetahundan sebanyak 14 buah pusat pembelajarandi seluruh negara telah diwujudkan.
PPL-UPM turut menawarkan tujuh program di peringkat Bacelor dalam bidangBacelor Sains Pembangunan SumberManusia (BSHRD), Bacelor SainsPembangunan Manusia (BSPM), BacelorPendidikan (BPTESL), Bacelor Komunikasi(BCOMM), Bacelor Pentadbiran Perniagaan(BBA), Bacelor Sastera (Bahasa danLinguistik Melayu - BABM) dan BacelorSas,tera(Bahasa Inggeris - BABE).
Selain itu, PPL-UPM turut menawarkanlima program di peringkat Master meliputibidang Pembangunan Sumber Manusia(MHRD), Master Bahasa Melayu (MBM),Master Pendidikan (Pengajaran BahasaMelayu sebagai Bahasa Pertama MPBPMP), Master Komunikasi Korporat(MCCOMM) dan Master pendidikan(Pentadbiran Pendidikan - MPPP).
Bimbingan, I
Memandangkan bidang teknologi maklumat (IT) kini berada pada rangking teratas, PPL-UPM turut menyediakan pelajarpelajar seperti sistem pembelajaran mudahmelalui sidang video, emel dan portal pendidikan.
Tidak ketinggalan kaedah pembelajaranberkomputer dan juga modul self-instructed.
Kemudahan-kemudahan tersebut membo/ehkan pembe/ajaran dapat diselaraskandi setiap pusat.
Selain itu, kemudahan-kemudahan tersebut turut disusuli dengan bimbingan tutordi setiap pusat pendidikan bagi membantupembelajaran pelajar- pelajar.
Jelas Abdul Aziz, UPM turut memperkenalkan sistem pendaftaran sepanjang tahunbagi membolehkan orang ramai membuatpermohonan mengikuti kursus yang ditawarkan di PPL-UPM.
Katanya, pendaftaran boleh dibuat secaratalian melalui laman webwww.ppl.upm.edu.my meliputi dua sesi pengambilaniaitu pada bulan Julai dan November!Disember setiap tahun.
Dalam perkembangan lain, Abdul Azizmemberitahu, pihaknya juga mengendalikan program kerjasama dengan institusipengajian tinggi swasta (lPTS).
Sebanyak enam kolej yang terlibat sepertiKolej Shahputra, Pahang; Kolej TeknologiTimur, Selangor; Kolej Teknologi Bestari,Terengganu; Kolej Uniti, Negeri Sembilan;Kolej Risda, Melaka dan Kolej TeknologiAntarabangsa Cybernetics, Kuala Lumpur.
Program tersebut adalah untuk
menyokong kegiatan pengajaran dan pembelajaran UPM bagi menghasilkan graduan yangberkualiti serta setanding dengan graduan darikampus induk Serdang..
Hala tuju program tersebut selaras denganmisi UPM untuk menjadikan UPM sebagai institusi terulung dalam kerjasama pendidikanawam-swasta dengan memperluaskan peluangpendidikan tinggi yang berkualiti.
, Kami memahami kehendak semasa yang memer
lukan ilmu pengetahuan sebagai pemangkin kepadapembangunan masyarakat dan negara. Atas dasarinilah, kami melaksanakannya dengan mewujudkanPJJbagi menyediakan keperluan tenaga kerja yangberilmu pengetahuan -DR. ABDUL AZIZ SHAfIREE