p&p unit 10(199 220)
TRANSCRIPT
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
199
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Murid berupaya:
Membaca skala kepada
senggatan terdekat.
Aktiviti 1
1. Tunjukkan pelbagai bikar atau penyukat dalam liter dan
mililiter. Contohnya:
2. Perhati dan bincangkan yang berikut:
Bacaan yang tertera pada senggatan bikar atau
penyukat tersebut.
Bacaan minimum dan maksimum yang boleh
dibaca.
Perkenalkan unit ‘mililiter’ dan simbolnya ‘mℓ’.
Banding dan bezakan antara sukatan ‘liter’ dan
‘mililiter’.
3. Tunjukkan sebuah bekas berisi cecair berwarna.
4. Sukat cecair berwarna tadi dengan menggunakan
kesemua penyukat.
5. Bimbing murid cara membaca skala pada penyukat
tersebut. Tegaskan bahawa isi padu dibaca pada
senggatan yang berada pada paras bawah cecair tadi,
seperti berikut:
6. Minta murid menyebut dan mencatatkan bacaan dalam
‘liter’ dan simbolnya ‘ℓ’ serta dalam ‘mililiter’ dan
simbolnya ‘mℓ’.
7. Tegaskan bahawa isi padu cecair berwarna tadi adalah
sama walaupun disukat menggunakan penyukat yang
berbeza.
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Pelbagai bikar atau
penyukat bersenggat
2. Cecair berwarna
3. Lembaran aktiviti
(Rujuk BBM ms. 115)
Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Lembaran aktiviti
pengukuhan
(Rujuk BBM ms. 115)
2. Bekas
3. Penyukat
4. Baldi
5. Air
UNIT 10.1
50 mℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
200
8. Bimbing murid membaca skala kepada senggatan yang
terdekat. Contohnya:
Aktiviti 2
1. Sediakan empat stesen.
2. Letakkan penyukat (yang sesuai) yang berbeza dalam
liter dan mililiter serta bekas yang mengandungi cecair
berwarna seperti berikut:
Stesen A – Penyukat dalam ‘mℓ’ dan 250 mℓ
cecair biru
Stesen B – Penyukat dalam ‘mℓ’ dan 500 mℓ
cecair merah
Stesen C – Penyukat dalam ‘ℓ’ dan I ℓ cecair
kuning
Stesen D – Penyukat dalam ‘ℓ’ dan 3 ℓ cecair
hijau
3. Edarkan lembaran aktiviti kepada setiap kumpulan.
4. Setiap kumpulan bergerak dari satu stesen ke stesen
berikutnya untuk menyukat dan mencatatkan isi padu
cecair berwarna dalam unit yang betul.
5. Banding dan bincangkan dapatan murid bersama-sama.
6. Edarkan Lembaran Kerja 10.1.
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN
Senggatan
Isi padu
Sukat
Liter
Mililiter
Hampir kepada
Skala
Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.
1. Bentukkan kumpulan (tiga orang).
2. Sediakan beberapa stesen, bergantung kepada jumlah
kumpulan. Di setiap stesen, sediakan sebuah bekas,
sebaldi air dan penyukat.
3. Edarkan lembaran aktiviti pengukuhan kepada setiap
kumpulan. Minta murid melukis gambar bekas kosong
yang disediakan di setiap stesen.
70 mℓ
40 mℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
201
4. Kumpulan I bermula di stesen A, kumpulan 2 bermula di
stesen B dan seterusnya.
5. Di setiap stesen, murid menyukat isi padu air yang
diperlukan untuk memenuhkan bekas yang telah
disediakan.
6. Murid mencatatkan dapatan mereka di lembaran aktiviti
seperti berikut:
Stesen Bekas
(Lukiskan) Isi padu air
A
I ℓ
B
250 mℓ
C
2 ℓ
D
750 mℓ
7. Murid perlu mengosongkan bekas tersebut sebelum
bergerak ke stesen yang berikutnya.
8. Teruskan aktiviti hingga semua stesen telah selesai.
9. Banding dan bincangkan dapatan murid.
10. Susunkan kesemua bekas yang digunakan mengikut saiz,
daripada yang kecil hingga yang besar. Bandingkan saiz
bekas dan isi padu air yang diperlukan untuk mengisinya.
11. Tegaskan bahawa lebih besar bekas tersebut, maka lebih
banyaklah isi padu air yang diperlukan untuk mengisinya.
Nota: Hasil dapatan yang sedikit berbeza antara kumpulan
mungkin disebabkan cara menyukat yang kurang
tepat.
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
202
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Murid berupaya:
Menentukan dan mencatat isi
padu cecair menggunakan
unit piawai:
a) liter
b) mililiter
1. Sediakan beberapa bekas yang mengandungi air
berlainan warna. Pastikan sukatan air yang diisi mengikut
sukatan yang tertentu seperti berikut:
2. Edarkan lembaran aktiviti kepada setiap murid.
3. Minta murid menuangkan air dari bekas A ke dalam
bikar.
4. Bimbing murid membaca isi padu air tersebut.
5. Bimbing murid menandakan paras air pada gambar
bikar A dalam jadual.
6. Kemudian bimbing murid mencatatkan bacaan sukatan
pada petak yang disediakan. Contohnya: Bekas A
7. Ulangi langkah 3 hingga 6 untuk bekas B, C dan D.
8. Edarkan Lembaran Kerja 10.2.
Bekas A
4ℓ
Bekas B
200 mℓ
Bekas C
I00 mℓ
Bekas D
2ℓ
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Botol
2. Gelas
3. Cawan
4. Jug
5. Air berwarna
6. Bikar dan silinder penyukat
bagi unit liter dan mililiter
7. Lembaran aktiviti
(Rujuk BBM ms. 116)
Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Botol syampu
2. Botol jus buah-buahan
3. Botol cecair pencuci
4. Minuman dalam kotak
5. Kad bergambar
6. Wisel
7. Lembaran aktiviti
pengukuhan
(Rujuk BBM ms. 117 - 118)
UNIT 10.2
4 ℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
203
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN
Isi padu
Cecair
Silinder penyukat
Mililiter
Liter
Kapasiti
1. Bentukkan kumpulan (empat orang).
2. Sediakan beberapa stesen, bergantung kepada jumlah
kumpulan.
3. Di setiap stesen, sediakan sebotol cecair berlabel. (Bahan
cecair tersebut boleh dilabelkan semula isi padunya
mengikut kesesuaian kemahiran)
4. Kumpulan 1 bermula di stesen A, kumpulan 2 bermula di
stesen B dan seterusnya.
5. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup.
6. Murid perlu membaca dan menulis sukatan mengikut isi
padu yang tercatat pada botol cecair tersebut pada
ruangan yang betul.
7. Minta murid menandakan paras sukatan cecair pada
gambar bikar dan mewarnakan cecair di dalamnya
sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya.
Contohnya:
8. Semak jawapan bersama-sama. Kumpulan yang dapat
menjawab dengan paling cepat dan tepat di kira
pemenang.
4 ℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
204
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Murid berupaya:
Membandingkan isi padu
cecair menggunakan unit
piawai:
a) liter
b) mililiter
1. Murid duduk secara berpasangan.
2. Sediakan dua bikar A dan B, yang sama saiznya. Isikan
bikar A dengan l liter air dan bikar B dengan 2 liter air.
3. Minta beberapa orang murid membaca isi padu air yang
terdapat dalam bikar A dan bikar B.
4. Bimbing murid untuk membandingkan isi padu air dalam
kedua-dua bikar tersebut. Contohnya:
Berapa isi padu air dalam bikar A?
Berapa isi padu air dalam bikar B?
Bikar manakah berisi lebih air?
Berapakah beza isi padu airnya?
(Bikar B berisi l ℓair lebih daripada bikar A)
Bikar manakah berisi kurang air?
(Bikar A berisi l ℓ air kurang daripada bikar B)
5. Ulangi langkah 2 hingga 4 dengan isi padu cecair yang
berbeza dalam liter.
6. Ulangi aktiviti untuk unit mililiter menggunakan silinder
penyukat yang sesuai.
7. Edarkan Lembaran Kerja 10.3.
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Bikar pelbagai saiz
2. Air
Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Kad perkataan
2. Pelbagai jenis bekas
3. Wisel
4. Lembaran aktiviti
pengukuhan
(Rujuk BBM ms. 119)
UNIT 10.3
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
205
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN
Liter
Mililiter
Silinder penyukat
Lebih daripada
Kurang daripada
1. Bentukkan kumpulan (empat orang).
2. Sediakan beberapa stesen (bergantung kepada jumlah
kumpulan). Di setiap stesen, sediakan kad perkataan
(Bekas A, Bekas B, …) dan pelbagai jenis bekas.
Nota: Kandungan isi padu boleh dirujuk pada label
setiap bekas (Murid perlu kreatif mengesan isi
padunya).
3. Kumpulan I bermula di stesen I, kumpulan 2 bermula di
stesen 2 dan seterusnya.
4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Murid pertama dalam
setiap kumpulan akan bergerak ke arah stesen masing-
masing.
5. Minta murid bandingkan dua buah bekas di setiap stesen
dan catatkan isi padunya pada lembaran aktiviti
pengukuhan yang disediakan.
6. Ahli kumpulan yang lain mengambil giliran seterusnya.
Teruskan permainan hingga selesai.
7. Banding dan bincangkan dapatan murid. Kumpulan yang
dapat menjawab dengan paling cepat dan tepat dikira
pemenang.
Stesen I
A B
Stesen 2
C D
Stesen 3
E F
Stesen 4
G H
Stesen 5
I J
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
206
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Murid berupaya:
Menganggar isi padu cecair
dalam:
a) liter
b) mililiter
1. Sukat 200 mℓ air dengan menggunakan bikar.
2. Minta murid menyebut dan membaca bacaan pada
bikar.
3. Tuang air daripada bikar ke dalam botol (atau bekas
lutsinar). Contohnya:
4. Tandakan paras air dengan menggunakan pen marker
seperti berikut:
Soal jawab:
Berapakah isi padu air dalam bikar?
Tuang air daripada bikar ke dalam botol ini.
Sekarang, berapakah isi padu air dalam botol ini?
5. Tegaskan bahawa kandungan air dalam botol adalah
sama dengan kandungan air dalam bikar pada asalnya
iaitu 200 mℓ.
6. Tuliskan ‘200 mℓ’ pada paras air pada botol.
7. Tuang lagi air yang lebih kurang sama banyaknya ke
dalam botol tersebut.
Soal jawab:
Cuba lihat paras air dalam botol ini sekarang.
Anggarkan berapakah isi padu air dalam botol ini?
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Bikar
2. Botol minuman (kecil)
3. Botol minuman (besar)
4. Pen marker
Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Bikar
2. Botol minuman (kecil)
3. Bekas minuman (besar)
4. Jag air
5. Botol syampu lutsinar
6. Gelang getah/pelekat
berwarna
7. Lembaran aktiviti
pengukuhan
(Rujuk BBM ms. 120)
UNIT 10.4
200 mℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
207
8. Minta murid menganggar isi padu baru air dalam botol
tersebut. Catatkan anggaran murid.
9. Tuang semula air ke dalam bikar untuk mendapatkan
bacaan sebenar.
10. Bandingkan anggaran murid dengan isi padu sebenar air.
Bincangkan perbezaan yang diperolehi.
Tegaskan bahawa anggaran terbaik ialah anggaran yang
paling hampir dengan sukatan sebenar.
11. Ulangi aktiviti bagi unit liter dengan menggunakan bekas
yang sesuai.
12. Edarkan Lembaran Kerja 10.4.
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN
Anggar
Botol minuman
Isi padu
Cecair
Liter
Mililiter
1. Bentukkan kumpulan (tiga orang).
2. Sediakan beberapa stesen, bergantung kepada jumlah
kumpulan. Di setiap stesen, sediakan peralatan dan bekas
yang diperlukan.
3. Kumpulan I bermula di stesen A, kumpulan 2 bermula di
stesen B dan seterusnya.
4. Di setiap stesen, murid perlu menganggar isi padu air
dalam setiap bekas dan direkodkan dalam jadual.
5. Tuang semula air dalam bekas di setiap stesen ke dalam
bikar untuk mendapatkan bacaan sebenar.
6. Minta murid catatkan dalam jadual mereka.
7. Banding dan bincangkan dapatan murid.
8. Satu markah diberikan untuk anggaran terbaik.
9. Kumpulan dengan markah tertinggi dikira pemenang.
200 mℓ
400 mℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
208
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Murid berupaya:
Membuat pertukaran unit di
antara liter dan mililiter.
Aktiviti I
1. Bentukkan kumpulan (tiga orang).
2. Edarkan Lembaran Aktiviti I, empat botol air yang
mempunyai isi padu air yang berlainan dan bikar dalam
liter (ℓ) dan mililiter (mℓ) kepada setiap kumpulan.
3. Minta murid menyukat air daripada setiap botol
menggunakan dua jenis bikar dan catat hasil sukatan
pada jadual seperti berikut:
4. Bimbing murid melihat hubungan antara ℓ dan mℓ
berdasarkan jadual di atas.
Soal jawab:
Cuba lihat sukatan-sukatan ini.
I ℓ bersamaan dengan berapa mililiter?
2 ℓ bersamaan dengan berapa mililiter?
3 ℓ bersamaan dengan berapa mililiter?
4 ℓ bersamaan dengan berapa mililiter?
Jadi 5 ℓ air, bersamaan dengan berapa mililiter?
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Botol yang mengandungi
air berlabel A, B, C dan D
2. Bikar dalam liter dan
mililiter
3. Kordial sirap ros (2 ℓ)
4. Jus oren (I ℓ)
5. Air mineral (5 ℓ)
6. Lembaran Aktiviti I & 2
(Rujuk BBM ms. 121)
Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Botol yang mengandungi
air berlabel A, B dan C
2. Bikar dalam liter dan
mililiter
3. Lembaran aktiviti
pengukuhan
(Rujuk BBM ms. 121)
UNIT I0.5
Botol Bikar (ℓ) Bikar (mℓ)
A I I000
B 2 2000
C 3 3000
D 4 4000
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
209
Aktiviti 2
Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.
1. Sediakan tiga botol cecair yang berlainan isi padu yang
berlabel dalam liter.
Contohnya:
Kordial sirap ros (2 ℓ)
Jus oren (I ℓ)
Air mineral (5 ℓ)
2. Bentukkan kumpulan (tiga orang).
3. Sediakan beberapa stesen. Di setiap stesen letakkan
sebuah bikar dalam mililiter dan sebotol cecair yang telah
disediakan tadi.
4. Edarkan Lembaran Aktiviti 2 kepada setiap kumpulan.
5. Kumpulan I bermula di stesen A, kumpulan 2 bermula di
stesen B dan seterusnya.
6. Di setiap stesen murid mencatatkan isi padu cecair dalam
liter. Kemudian menuang cecair tersebut ke dalam bikar
dan mencatatkan isi padu cecair dalam mililiter..
7. Murid perlu menuang semula cecair ke dalam bekas asal
sebelum bergerak ke stesen yang berikutnya.
8. Teruskan aktiviti hingga semua stesen telah selesai.
9. Banding dan bincangkan dapatan murid.
Tegaskan bahawa satu liter bersamaan dengan 1000
mililiter. (I ℓ = I000 mℓ)
10. Edar Lembaran Kerja 10.5.
Stesen
Isi padu cecair
dalam liter
yang tertera (ℓ)
Isi padu cecair
dalam milliliter
yang disukat
(mℓ)
A
B
C
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
210
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN
Liter
Mililiter
Cecair
Isi padu
Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.
1. Bentukkan kumpulan (tiga orang).
2. Sediakan tiga stesen dengan meletakkan bikar yang
mempunyai sukatan liter, milliter dan botol-botol yang
mempunyai cecair yang berlainan isi padu.
3. Edarkan lembaran aktiviti pengukuhan kepada setiap
kumpulan. Minta murid menganggar isi padu cecair
dalam botol-botol yang disediakan.
4. Kumpulan I bermula di stesen A, kumpulan 2 bermula di
stesen B dan seterusnya.
5. Teruskan aktiviti hingga semua stesen telah selesai.
6. Setelah selesai aktiviti menganggar, murid menyukat
cecair tersebut dengan menggunakan bikar untuk
memastikan ketepatan anggaran mereka. Minta murid
memcatatkan sukatan sebenar tadi seperti berikut:
7. Banding dan bincangkan hasil dapatan murid.
Stesen Anggaran Sukatan sebenar
A (2 ℓ) 2000 mℓ
B (3000 mℓ) 3 ℓ
C (7 ℓ) 7000 mℓ
Stesen Anggaran Sukatan sebenar
A (2 ℓ) 2000 mℓ 2000 mℓ
B (3000 mℓ) 3 ℓ 3 ℓ
C (7 ℓ) 7000 mℓ 7000 mℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
211
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Murid berupaya:
Menambah unit bagi isi padu
cecair dalam:
a) liter
b) mililiter
1. Lekatkan kad bergambar seperti berikut pada papan
tulis.
2. Minta murid memilih mana-mana dua kad dan tunjukkan
pada kelas.
3. Murid lain menyebut isi padu yang tertulis pada kad
tersebut.
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Set kad gambar dalam
unit liter
2. Set kad imbasan dalam
unit mililiter
Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Lembaran aktiviti
pengukuhan
(Rujuk BBM ms. 122 - 123)
UNIT 10.6
7I0 ℓ
200 ℓ I0 ℓ
I00 ℓ
85 ℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
212
4. Murid mencari hasil tambah bagi kedua-dua isi padu
tersebut.
5. Tegaskan kepada murid supaya menulis jawapan dalam
unit isi padunya iaitu liter.
6. Ulangi langkah 2 hingga 5 dengan contoh-contoh lain.
7. Lekatkan kad imbasan seperti berikut pada papan tulis:
8. Pilih dua kad imbasan.
9. Bimbing murid mengira dan menyatakan hasil tambah
dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim.
10. Tegaskan kepada murid supaya menulis jawapan dalam
unit isi padu iaitu mililiter.
11. Ulangi langkah 7 hingga 10 dengan memilih dua kad lain.
12. Edarkan Lembaran Kerja 10.6.
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN
Hasil tambah
Bentuk lazim
Berapa banyak
Jumlah
1. Bentukkan kumpulan (tiga orang).
2. Edarkan lembaran aktiviti pengukuhan kepada setiap
kumpulan.
3. Tegaskan kepada murid supaya menuliskan unitnya
dalam pengiraan dan jawapan.
4. Kumpulan yang dapat menjawab dengan paling cepat
dan tepat dikira pemenang.
5. Banding dan bincangkan dapatan murid.
220 mℓ 563 mℓ I24 mℓ
3I0 mℓ 400 mℓ I00 mℓ
290 mℓ
452 mℓ
I60 mℓ 570 mℓ
36I mℓ 38 mℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
213
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Murid berupaya:
Menolak unit bagi isi padu
cecair dalam:
a) liter
b) mililiter
1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada
setiap murid.
2. Lekatkan kad bergambar seperti berikut pada papan
tulis.
I5 ℓ I8 ℓ 4 ℓ
999 ℓ 278 ℓ
3. Minta dua orang murid untuk mengambil mana-mana
satu kad setiap seorang secara rawak dan
mempamerkan kad tersebut.
4. Minta murid lain menyebut isi padu yang tertulis pada kad
tadi.
5. Minta murid mengenalpasti isi padu yang lebih banyak
dan lebih sedikit.
6. Minta murid menulis penolakan dua isi padu itu dalam
bentuk lazim dan mencari bezanya pada papan tulis
masing-masing.
7. Tegaskan bahawa nombor yang lebih besar nilainya
menolak nombor yang lebih kecil nilainya.
8. Semak jawapan bersama-sama.
9. Kad tersebut dilekatkan semula pada papan tulis.
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Set kad gambar bekas
yang mempunyai isi
padu berbeza dalam unit
liter
2. Kad imbasan dalam
mililiter
3. Papan tulis individu
4. Pen marker
Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Kotak
2. Radio/muzik
3. Kad soalan
(Rujuk BBM ms. 124)
UNIT 10.7
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
214
10. Ulangi langkah 3 hingga 9 dengan menggunakan
pasangan kad yang lain.
11. Ulangi aktiviti dengan sukatan mililiter menggunakan kad
sukatan seperti berikut.
Contohnya:
12. Edarkan Lembaran Kerja 10.7.
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN
Berapa beza
Bentuk lazim
Bandingkan
Lebih besar
Lebih kecil
Berapa yang tinggal
Baki
Unit
1. Adakan permainan ‘Kotak Beracun’.
2. Masukkan kad soalan ke dalam kotak.
3. Mainkan muzik. Kotak tersebut diedarkan daripada murid
ke murid yang lain.
4. Apabila muzik dihentikan, murid yang memegang ‘Kotak
Beracun’ tersebut akan mengambil satu kad soalan
daripada dalam kotak.
5. Murid tersebut hendaklah membaca soalan dan menulis
jawapan dalam bentuk lazim pada papan tulis.
6. Semak jawapan bersama-sama. Sekiranya jawapan
tersebut salah, soalan akan dibuka kepada murid yang
lain.
7. Soalan yang telah dijawab dikeluarkan dari kotak
tersebut.
8. Permainan diteruskan hingga selesai.
543 mℓ I27 mℓ 675 mℓ
279 mℓ I000 mℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
215
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Murid berupaya:
Mendarab unit bagi isi padu
cecair dalam:
a) liter
b) mililiter
Aktiviti 1
1. Bentukkan dua kumpulan.
2. Tunjukkan tiga bikar yang mengandungi air berwarna
yang sama banyak. Contohnya:
3. Minta seorang murid membaca sukatan cecair tersebut.
Soal jawab:
Berapakah isi padu air dalam setiap bekas?
Berapakah jumlah isi padu air dalam ketiga-tiga
bekas?
Bagaimana anda mengira isi padu tersebut?
(Penambahan berulang)
2 ℓ + 2 ℓ + 2 ℓ = 6 ℓ
Tuliskan ayat matematik darabnya.
3 × 2 ℓ = 6 ℓ
4. Lakarkan gambar empat botol air mineral pada papan
tulis dan isi padu setiap satunya seperti berikut:
5. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada
setiap murid.
Soal jawab:
Berapa botol air yang ada?
(Murid akan menjawab “Empat”)
Berapa liter air yang ada dalam setiap botol?
(Murid akan menjawab “Lima liter”)
Berapa jumlah isi padu air empat botol air mineral yang
sama?
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Tiga bikar berisi 2 ℓ air
berwarna
2. Tiga botol air minuman
2 ℓ
3. Papan tulis individu
4. Pen marker
Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Papan tulis individu
2. Pen marker
3. Dua kotak (A dan B)
4. Kad nombor 1 hingga 9
5. Kad sukatan liter dan
mililiter
(Rujuk BBM ms. 125)
UNIT 10.8
IIIIIIISIPADU
5 ℓ 5 ℓ 5 ℓ 5 ℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
216
Apa ayat matematiknya?
4 darab 5 ℓ sama dengan 20 ℓ.
(Tuliskan 4 × 5 ℓ = 20 ℓ)
6. Ulangi langkah 4 dan 5 dengan memberikan contoh-
contoh lain.
7. Ulangi aktiviti dengan sukatan mililiter menggunakan
bekas yang sesuai.
Aktiviti 2
1. Bentukkan kumpulan (tiga orang).
2. Lukiskan jadual berikut pada papan tulis.
Hari Sukatan vitamin yang diminum (mℓ)
1
2
3
4
3. Tulis pernyataan masalah pada papan tulis. Contohnya:
Diana minum 5 mℓ vitamin sebanyak dua kali sehari.
Dia minum selama empat hari dalam sukatan yang
sama.
Berapa mililiter vitamin yang Diana minum
kesemuanya?
Soal jawab:
Berapa mililiter vitamin yang Diana minum dalam
sehari?
(Lukis satu sudu mewakili 5 mℓ pada hari pertama di
dalam jadual)
Berapa mililiter vitamin yang diminum pada hari kedua,
ketiga dan keempat?
(Minta murid melukis bilangan sudu tersebut pada hari
kedua dan hari-hari berikutnya di dalam jadual)
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
217
Hari Sukatan vitamin yang diminum
1
2
3
4
4. Minta murid menuliskan ‘5 mℓ’ di bawah setiap gambar
sudu.
5. Minta murid membilang jumlah mililiter vitamin tersebut
dalam bilangan lima-lima.
6. Kemudian minta murid menuliskan ayat matematik darab
bagi situasi tadi.
8 × 5 ℓ = 40 ℓ
7. Ulangi langkah 2 hingga 6 dengan memberikan contoh-
contoh yang lain.
8. Edarkan Lembaran Kerja 10.8.
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN
Isi padu - bacaan bagi
cecair
Liter - unit piawai isi padu
cecair
Mililiter - unit piawai isi padu
cecair
1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan papan tulis
individu dan pen marker kepada setiap pasangan.
2. Sediakan dua kotak, A dan B.
3. Letakkan kad nombor dalam kotak A dan kad sukatan
dalam kotak B.
4. Pilih seorang murid untuk mengambil satu kad daripada
kotak A dan satu kad daripada kotak B.
5. Minta murid menuliskannya sebagai ayat matematik
darab. Contohnya:
Apabila kad ‘6’ dan kad ‘7 ℓ’ dipilih, ayat matematiknya
ialah:
6 × 7 ℓ = 42 ℓ
6. Semak jawapan bersama-sama.
7. Ulangi aktiviti dengan menggunakan kad-kad yang lain.
Permainan diteruskan hingga selesai.
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
218
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Murid berupaya:
Membahagi unit bagi isi
padu cecair berdasarkan
aktiviti pengongsian dalam:
a) liter
b) mililiter
Aktiviti 1
1. Letakkan 4 buah bikar yang setiap satunya mengandungi
2 ℓ air dan dua buah bekas plastik di atas meja di
hadapan kelas.
Situasi:
Aiman ada 4 buah bikar yang setiap satunya
mengandungi 2 liter air.
Dia mahu membahagikan sama banyak air tersebut
ke dalam dua bekas plastik.
Berapa liter air yang akan diisinya ke dalam setiap
bekas plastik itu?
2. Tunjukkan pembahagian secara berselang-seli. Satu bikar
ke dalam bekas A, satu bikar ke dalam bekas B, satu lagi
ke dalam bikar A dan satu bikar lagi ke dalam bikar B
mengikut urutan nombor seperti berikut:
Soal jawab:
Berapa isi padu air dalam setiap bikar?
Berapa jumlah isi padu air yang ada dalam bikar-
bikar tersebut?
8 liter air dibahagikan kepada berapa bekas?
Tuliskan ayat matematik bahaginya.
Cari jawapannya.
3. Bimbing murid menulis ayat matematik bagi situasi tadi
iaitu ‘8 ℓ ÷ 2 = 4 ℓ’
4. Sahkan jawapan tersebut dengan menyukat cecair tadi
menggunakan bikar.
5. Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan memberikan contoh-
contoh lain dalam unit liter.
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Bikar
2. Bekas plastik
3. Pen marker
4. Papan tulis individu
5. Pembilang
Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Papan tulis individu
2. Pen marker
3. Pembilang
4. Kad soalan
(Rujuk BBM ms. 126 - 127)
UNIT 10.9
Bekas plastik
2 ℓ 2 ℓ 2 ℓ 2 ℓ
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
219
Aktiviti 2
1. Letakkan enam biji gelas dan satu silinder penyukat yang
mengandungi 60 mℓ sirap.
Soal jawab:
Dalam silinder penyukat ini ada sirap.
Puan Maimunah ada 6 biji gelas.
Dia mahu membahagikan sama banyak sirap
tersebut ke dalam 6 gelas.
Berapa mililiter sirap yang dituangnya ke dalam setiap
gelas?
2. Tunjukkan pembahagian secara berselang–seli sama
banyaknya ke dalam enam gelas:
Soal jawab:
Berapa isi padu sirap yang ada dalam silinder
tersebut?
60 mℓ sirap dibahagikan kepada berapa gelas?
Tuliskan ayat matematik bahaginya.
Cari jawapannya.
3. Bimbing murid menulis ayat matematik bagi situasi tadi
iaitu ‘60 mℓ ÷ 6 = 10 mℓ’.
4. Sahkan jawapan tersebut dengan menyukat sirap tadi
menggunakan silinder penyukat.
5. Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan memberikan contoh-
contoh yang lain dalam unit milliliter.
6. Edarkan Lembaran Kerja 10.9.
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN
Kumpulan
Sama banyak
Kelaskan
Agih
Bahagi
Ayat matematik
Pengongsian
Isi padu – bacaan bagi
cecair
Liter – unit piawai isi padu
cecair
Mililiter - unit piawai isi padu
cecair
1. Murid duduk secara berpasangan.
2. Edarkan kad soalan kepada murid.
3. Murid dikehendaki berbincang dan menyelesaikan
soalan yang diberi menggunakan kaedah yang telah
dipelajari.
4. Banding dan bincangkan jawapan murid.
UNIT 10: ISI PADU CECAIR
220
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Murid berupaya:
Menyelesaikan masalah
yang melibatkan isi padu
cecair dalam situasi harian.
1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan lembaran
aktiviti ‘Selesaikan Masalah Ini’ kepada setiap kumpulan.
2. Tuliskan cerita atau pernyataan masalah pada papan
tulis. Contohnya:
Abu memerlukan 45 ℓ air untuk mengisi hingga
penuh 5 bekas yang sama besar. Berapakah isi padu
air dalam setiap bekas?
3. Bimbing murid cara menggunakan lembaran aktiviti
tersebut. Mereka boleh menggunakan strategi yang
sesuai untuk mencari jawapan. Bincang dan bandingkan
jawapan mereka.
4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan contoh-contoh lain.
5. Edarkan Lembaran Kerja 10.10.
BAHAN BANTU MENGAJAR
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Lembaran aktiviti
‘Selesaikan Masalah Ini’
(Rujuk BBM ms. 100)
2. Contoh jawapan murid
(Rujuk BBM ms. 128)
Bagi aktiviti pengukuhan:
1. Kad nombor (tugasan)
2. Lembaran aktiviti
‘Selesaikan Masalah Ini’
(Rujuk BBM ms. 100)
PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN
Ayat matematik
Tambah
Tolak
Darab
Bahagi
Bentuk lazim
Garis nombor
Masalah
1. Ubah suai langkah-langkah pengajaran di atas dengan
memberikan suatu nombor sebagai sasaran.
2. Minta murid mereka sendiri cerita atau pernyataan
masalah bagi operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
untuk mendapat nombor sasaran sebagai jawapan.
3. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat mudah
berdasarkan pengalaman mereka.
UNIT 10.10