pp soalan contoh

5
PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 UJIAN BULAN MAC 2013 NAMA______________________________________ 1 (a) Terangkan tiga sebab mengapa seseorang pengurus perlu membuat perancangan dalam perniagaan. [6] Tiga sebab pengurus perlu merancang perniagaan 1. Menyediakan hala tuju/menentukan matlamat/fokus organisasi perlu membuat analisis peluang, cabaran, ancaman, kekuatan, kelemahan untuk menentukan matlamat. 2. Menyelaras sumber mengenalpasti, mengagih dan menggunakan sumber secara cekap dan berkesan antara jabatan/unit perniagaan kurangkan pembaziran; mengadakan sumber berganda. 3. Ukuran prestasi /pencapaian Dalam rancangan ada matlamat dan gol yang ingin dicapai. Gol ini akan menjadi garis penamat. 4. Tindakan pembaikan Hasil sebenar yang dicapai akan dibanding dengan gol. Kekurangan akan ditambah baik. 5. Panduan membuat keputusan Dalam rancangan ada garispanduan tentang apa matlamat dan bagaimana mencapainya. Dan garispanduan ini akan menjadi panduan kepada membuat keputusan khususnya berkaitan pengagihan sumber. 6. memahami persekitaran perniagaan membentuk strategi perniagaan. 7. sebagai alat kawalan s upaya penyelewengan/kesilapan dapat dielakkan (b) Jelaskan ciri-ciri penjabatan sesebuah organisasi perniagaan mengikut fungsi. [4] Ciri-ciri penjabatanan organisasi mengikut fungsi: 1. Pengumpulan aktiviti/ tugas/ pekerja mengikut kesamaan kemahiran/ kepakaran/ aktiviti kerja dan sumber yang digunakan 2. Pengasingan jabatan dilakukan bagi mencapai ekonomi berskala berdasarkan pengkhususan kerja . 3. Kedudukan ahli organisasi adalah mengikut persamaan dalam kepakaran, kemahiran dan aktiviti kerja. 4. Contoh: struktur mengikut Jabatan Pemasaran, Jabatan Pengeluaran dan Jabatan Kewangan (c) Jelaskan kepentingan faktor motivasi kepada pekerja di dalam sesebuah organisasi perniagaan. [6] Kepentingan faktor motivasi kepada pekerja di dalam sesebuah organisasi perniagaan ialah: 1. Menyatukan usaha ahli organisasi ke satu arah, yakni bagi mencapai matlamat organisasi 2. Mengekal pekerja,terutama pekerja mahir dalam organissi 3. Mengurangkan kadar ponteng kerja 4. Mengurangkan kadar lantik henti pekerja dalam organisasi 5. Meningkatkan usaha dan prestasi pekerja 6. Meningkatkan moral pekerja 7. Meningkatkan kerjasama di kalangan ahli-ahli organisasi.

Upload: sibuleg-seduan

Post on 15-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ddd

TRANSCRIPT

Page 1: pp soalan contoh

PENGAJIAN PERNIAGAAN 2

UJIAN BULAN MAC 2013

NAMA______________________________________

1 (a) Terangkan tiga sebab mengapa seseorang pengurus perlu membuat perancangan dalam

perniagaan.

[6]

Tiga sebab pengurus perlu merancang perniagaan

1. Menyediakan hala tuju/menentukan matlamat/fokus –

organisasi perlu membuat analisis peluang, cabaran, ancaman, kekuatan, kelemahan untuk

menentukan matlamat.

2. Menyelaras sumber –

mengenalpasti, mengagih dan menggunakan sumber secara cekap dan berkesan antara

jabatan/unit perniagaan – kurangkan pembaziran; mengadakan sumber berganda.

3. Ukuran prestasi /pencapaian –

Dalam rancangan ada matlamat dan gol yang ingin dicapai. Gol ini akan menjadi garis

penamat.

4. Tindakan pembaikan –

Hasil sebenar yang dicapai akan dibanding dengan gol. Kekurangan akan ditambah baik.

5. Panduan membuat keputusan –

Dalam rancangan ada garispanduan tentang apa matlamat dan bagaimana mencapainya. Dan

garispanduan ini akan menjadi panduan kepada membuat keputusan khususnya berkaitan

pengagihan sumber.

6. memahami persekitaran perniagaan –

membentuk strategi perniagaan.

7. sebagai alat kawalan – s

upaya penyelewengan/kesilapan dapat dielakkan

(b) Jelaskan ciri-ciri penjabatan sesebuah organisasi perniagaan mengikut fungsi. [4]

Ciri-ciri penjabatanan organisasi mengikut fungsi:

1. Pengumpulan aktiviti/ tugas/ pekerja mengikut kesamaan kemahiran/ kepakaran/ aktiviti

kerja dan sumber yang digunakan

2. Pengasingan jabatan dilakukan bagi mencapai ekonomi berskala berdasarkan

pengkhususan kerja .

3. Kedudukan ahli organisasi adalah mengikut persamaan dalam kepakaran, kemahiran dan

aktiviti kerja.

4. Contoh: struktur mengikut Jabatan Pemasaran, Jabatan Pengeluaran dan Jabatan Kewangan

(c) Jelaskan kepentingan faktor motivasi kepada pekerja di dalam sesebuah organisasi

perniagaan.

[6]

Kepentingan faktor motivasi kepada pekerja di dalam sesebuah organisasi perniagaan ialah:

1. Menyatukan usaha ahli organisasi ke satu arah, yakni bagi mencapai matlamat

organisasi

2. Mengekal pekerja,terutama pekerja mahir dalam organissi

3. Mengurangkan kadar ponteng kerja

4. Mengurangkan kadar lantik henti pekerja dalam organisasi

5. Meningkatkan usaha dan prestasi pekerja

6. Meningkatkan moral pekerja

7. Meningkatkan kerjasama di kalangan ahli-ahli organisasi.

Page 2: pp soalan contoh

(d) Jelaskan tahap stres bagi individu yang kurang kompetitif yang bekerja dengan pemimpin

jenis autokratik, demokratik dan laissez-faire.

[6]

1. Bekerja dengan pemimpin autokratik -Cepat stres/Stres tahap Tinggi

Jika individu tersebut bekerja di bawah pengurusan atasan yang menggunakan gaya

kepimpinan autokratik kerana individu jenis ini tidak suka membuat kerja dan lembab

dalam menyiapkan sesuatu tugasan.

2. Bekerja dengan pemimpin demokratik-Stres tahap sederhana

Jika individu tersebut bekerja di bawah pengurusan yang gaya pengurusannya adalah

demokratik kerana individu tersebut berasa tidak perlu menyumbang kepada keputusan

bersama atau berasa tidak ada masalah jika tiada penyertaan dalam keputusan kerja

serta berasa tidak terlalu ditekan oleh pihak atasan.

3. Bekerja dengan pemimpin laissez-faire-Sukar stres/Stres tahap rendah

Jika indivdu tersebut bekerja di bawah pengurusan yang mengamalkan gaya pengurusan

Laissez-faire/bebas kerana individu tersebut berasa kurang diberi tanggungjawab,

tidak dikawal dan tiada tekanan dari pihak atasan.

(e) Jelaskan empat kepentingan kemahiran kemanusiaan kepada pengurus peringkat

pertengahan.

[4]

Kepentingan kemahiran kemanusiaan kepada pengurus peringkat pertengahan ialah:

1. Pengurus pertengahan tersebut akan mempunyai kebolehan untuk bekerja dengan orang

lain [1] seperti bekerja dengan staf bawahan dan staf jabatan lain termasuk

pengguna/pelanggan.

2. Pengurus pertengahan tersebut akan mempunyai kebolehan untuk memahami tingkahlaku

pengguna/pekerja/pihak berkaitan dengan aspek jabatan mereka. [1]

3. Pengurus pertengahan tersebut akan mempunyai kebolehan untuk Memotivasi/Berupaya

meransang individu supaya rajin bekerja[1] seperti memotivasikan orang bawahan/

jurujual/ promoter/agen pemasaran

4. Pengurus pertengahan tersebut akan mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan

berkesan [1] iaitu boleh memberi arahan jelas/maklumat produk/pengaruhi pengguna/staf

kepada pihak berkaitan

5. Pengurus pertengahan tersebut akan mempunyai hubungan yang baik dengan pengurus lain

di semua peringkat dalam organisasi [1] seperti pengurus/staf jabatan lain dalam organisasi

sama.

6. Pengurus pertengahan tersebut akan mempunyai kebolehan memahami sikap dan perasaan

orang lain[1] seperti staf dalaman/pihak pengguna/pelanggan-peka dan prihatin terhadap

masalah berkaitan dengan aspek pemasaan produk.

[mana-mana 4 pertama x 1m]

(f) “Pemimpin adalah juga seorang pengurus, tetapi pengurus tidak semestinya seorang

pemimpin.” Bincangkan penyataan ini.

[6]

Pemimpin adalah seorang pengurus kerana pemimpin:

1. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain khususnya pekerja untuk tujuan

mempengaruhi mereka.[1]

2. Berkebolehan menangani perubahan dengan membentuk visi tertentu

3. Aktif dari aspek kemanusiaan berfungsi untuk mempengaruhi ahli atau diikuti oleh

orang lain

4. Mempunyai motivasi yang tinggi

5. Berupaya memberi arahan dan subordinat akur dengannya

6. Mempunyai ciri-ciri istimewa tertentu yang tiada pada orang lain dari segi

7. Berkeupayaan mempengaruhi orang lain

Pengurus tidak semestinya seorang pemimpin kerana:

Page 3: pp soalan contoh

1. Jawatannya adalah secara fomal dalam organisasi.[1]

2. Tidak bersifat interaksi peribadi, kelayakan akademik melayakkan beliau

3. memegang jawatan.

4. Lebih mementingkan pencapaian matlamat yang ditetapkan oleh organisasi

5. Menangani kerumitan dan masalah dalam organisasi.

6. Memastikan organisasi berada pada landasan yang betul.

[Mana-mana 3 ciri pemimpin x 1m=3m]

[Mana-mana 3 ciri pengurus x 1m=3m]

(g) Huraikan tiga elemen penting tawaran di dalam Akta Kontrak. [6]

Tiga elemen penting tawaran ialah:

1. Tawaran mestilah jelas, lengkap dan muktamad [1]

Tawaran mestilah jelas tentang terma-termanya dan kepada siapa tawaran itu ditujukan.

[1]

Tawaran yang kabur dan tergantung maksudnya tidak akan menjadikan tawaran itu

mengikat di sisi undang-undang. @[1]

2. Penerima tawaran harus ditentukan

Tawaran yang dibuat kepada orang tertentu merupakan satu tawaran kepada individu

yang dipilih oleh pembuat tawaran.

Orang selain dari mereka tidak boleh menerima tawaran tersebut. Sekiranya pihak lain

menerimanya, maka penerimaan tersebut adalah tidak sah.

Sementara itu, tawaran kepada sekumpulan orang adalah satu tawaran yang berbentuk

umum. Ini bermakna penerimaan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja yang mengetahui

tentang tawaran tersebut.

3. Tawaran adalah berbeza daripada pelawaan tawaran

Pelawaan tawaran pula merupakan langkah pertama dalam rundingan yang mungkin

akan berakhir dengan tawaran sesuatu pihak.

Ia merupakan satu pernyataan bahawa seseorang itu berkehendak untuk melakukan

perundingan tetapi tidak berkehendak untuk terikat di sisi undang-undang.

[3 jawapan pertama sahaja]

[Fakta 1m, Huraian 1 x 1m]

Jumlah=6m

(h) Terangkan dua pengecualian bagi seseorang yang berumur 18 ke bawah untuk memasuki

sesuatu kontrak.

[4]

Pengecualian bagi seseorang yang berumur 18 ke bawah memasuki sesuatu kontrak

ialah:

1. Kontrak untuk keperluan hidup [1]

Contoh kontrak untuk keperluan hidup seperti makanan, minuman, pelajaran dan

lain-lain yang perlu dan munasabah kepada kesenangan remaja.[1]

2. Kontrak biasiswa

Kontrak biasiswa ialah kontrak yang melibatkan kontrak biasiswa kanak-kanak

dengan badan kerajaan sahaja.

3. Kontrak insurans

Kontrak insurans dikecualikan dengan syarat mendapat kebenaran bertulis bapa

atau penjaga.

4. Kontrak perkahwinan

Page 4: pp soalan contoh

Kontrak perkahwinan merupakan satu pengecualian kepada kaedah umum bahawa

kanak-kanak tidak boleh membuat kontrak.

Ini bermakna kanak-kanak di bawah umur dewasa boleh membuat kontrak untuk

berkahwin, dan kontrak itu sah dan dapat dikuatkuasakan di mahkamah.

[Mana-mana 2 jawapan pertama]

[Fakta =1m, Huraian=1m]

Jumlah=4m

(i) Jelaskan keadaan yang yang membolehkan pelawaan tawaran berlaku menurut Akta

Kontrak 1950.

[4]

Pelawaan tawaran boleh berlaku dalam keadaan berikut:

1. Pameran barang di kedai layan diri

Pekedai yang memperagakan barangan di dalam kedai hanya membuat pelawaan.

Sesiapa yang mengambil barang tersebut dan membawa ke kaunter untuk membayar adalah

pihak yang membuat tawaran untuk membeli.

2. Lelongan

Pelelong adalah pihak yang membuat pelawaan. Mana-mana orang yang hadir di majlis

lelongan, meletak harga untuk membeli barang lelongan adalah orang yang membuat tawaran.

3. Pengiklanan

Iklan juga merupakan pelawaan. Contohnya, iklan jawatan kosong dalam akhbar,

mana-mana orang yang memohon untuk mengisi jawatan tersebut ialah orang yang membuat

tawaran dan terpulanglah kepada syarikat yang ingin mengambil pekerja untuk membuat

penerimaan.

(j) Berikan definisi barang-barang menurut Akta Jualan Barang-Barang 1957. [4]

Barang ialah setiap jenis harta alih selain daripada tuntutan dan wang dan termasuk stok dan

saham, tanaman, rumput dan barang yang tercantum kepada tanah atau menjadi sebahagiannya

yang dipersetujui akan dipisahkan sebelum dijual atau dipisahkan di bawah kontrak jualan.

2(a) (ii) Kes En. Zari lawan En. Zaru

Dalam kes ini, En.Zari telah memohon perintah mahkamah untuk mengistiharkan perjanjian

jualan kereta beliau kepada En.Zaru sebanyak RM1000 adalah batal dengan alasan balasan

tidak mencukupi.

En.Zari tidak boleh meminta mahkamah meniistiharkan perjanjian jualan kereta tersebut batal

disebabkan balasan tidak mencukupi kerana;

Merujuk kepada elemen penting balasan, iaitu ;

1. Balasan mesti mempunyai unsur timbal balik

Sesuatu balasan mestilah ada unsur timbal balik iaitu pembuat tawaran mesti ada

balasan yang ingin diberi kepada penerima dan begitu juga sebaliknya. Pembuat

tawaran mestilah mempunyai balasan masing-masing terhadap setiap tawaran yang

diberikan olehnya kepada sesiapa.

En.Zari telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh En.Zaru untuk membeli

kereta beliau dengan balasan harga RM1000 tanpa wujud unsur paksaan

2. Sesuatu balasan itu tidak semestinya berpadanan

Page 5: pp soalan contoh

‘Berpadanan’ bermaksud sesuatu balasan yang diberikan oleh penerima janji tidak

semestinya berharga dan mempunyai nilai yang berpadanan dengan sesuatu yang

diberikan oleh pembuat janji.

En.Zari perlu mengetahui bahawa sesuatu balasan yang diterima akibat penjualan

kereta tersebut tidak semestinya setimpal dengan nilai sebenar kereta tersebut.

Kesimpulannya Kontrak jualan antara En.Zari dan En.Zaru terhadap jual beli kereta Volvo

tahun 1992 hak milik En.Zari dengan harga RM1000 adalah sah, dan tidak terbatal akibat

balasan yang tidak setimpal.

(b) Keputusan kes (i): Raja lawan Dahlia

Raja berhak mendapat balik wangnya daripada Dahlia walaupun dia telah menggunakan kereta itu

selama 4 bulan kerana:

Alasan:

1. Dahlia tidak mempunyai hak milik sah terhadap kereta tersebut, sedangkan syarat termaklum

dalam Seksyen 14(a) Akta Jualan Barangan 1957 menyatakan

i. Penjual mempunyai hak milik sah terhadap barangan yang dijual. Syarat termaklum

dalam kontrak untuk menjual barangan:

ii. Penjual akan memperolehi hak milik sah terhadap barangan pada ketika ia diserahkan

kepada pembeli.

2. Tujuan hak milik sah ialah:

i. Memastikan penjual benar-benar mempunyai hak yang sah terhadap barangan.

ii. Memastikan penjual benar-benar dapat memindah hak milik yang sah kepada pembeli.