politeknik sultan haji ahmad shah mesin pembakar … pembakar lemang... · 2.4 kajian spesifikasi...
TRANSCRIPT
1
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
MESIN PEMBAKAR LEMANG
NAMA NO. PENDAFTARAN
AMIR FITRI BIN 02DKM14F1198
SAMSUDDIN
MOHAMAD MUHAIMEEN 02DKM14F1148
BIN MOHD HAZMAN
NURUL ASYIQIN BINTI 02DKM14F1140
ZAMRI
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
JUN 2016
2
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pada mulanya kami ingin mengucapkan rasa
syukur kepada Allah s.w.t kerana dapat menyiapkan projek ini. Kemudian, kami ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan untuk penyelia projek kami iaitu Encik Azman
Bin Md Salleh diatas bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang proses melaksanakan projek ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah lain yang memberi dorongan,
idea dan pendapat dalam menyelesaikan dan menyempurnakan projek ini secara langsung
atau secara tidak langsung.
Buat rakan-rakan yang membantu dalam memberi idea dan pendapat, terima kasih juga
diucapkan. Kepada pensyarah-pensyarah, terima kasih kerana memberi kerjasama kepada
kami untuk menggunakan alatan-alatan di bengkel mekanikal.
3
ABSTRAK
Kaedah memasak lemang secara tradisional mempunyai beberapa kelemahan dari segi
produktiviti kerja. Ia memerlukan tenaga manusia yang ramai, penggunaan bahan api
seperti arang yang tidak menyeluruh dan lemang dimasak tidak sekata. Objektif projek ini
ialah untuk menghasilkan sebuah prototaip mesin membakar lemang mengunakan prinsip
ketuhar yang beroperasi tanpa memerlukan tenaga kerja yang ramai. Penghasilan prototaip
ini melibatkan pengawalan pergerakan-pergerakan mekanikal. Prototaip ini mampu
menggantikan kaedah pembakaran lemang secara tradisional serta tidak memerlukan
kepada tenaga manusia yang ramai untuk beroperasi. Projek ini dimulakan dengan
menghasilkan lakaran teknikal menggunakan perisian INVENTOR. Kemudian
berdasarkan lakaran tersebut, prototaip ini dihasilkan. Gegancu dan rantai digunakan bagi
menghasilkan pergerakan memutar. Komponen-komponen mekanikal ini dihubungkan
kepada gegancu dan rantai . Melalui ujikaji yang dijalankan, keputusan menunjukkan
bahawa lemang siap dibakar dalam masa kurang daripada tiga jam setengah tanpa
memerlukan ramai tenaga kerja. Keputusan tersebut telah mencapai objektif projek.
4
ABSTRACT
Lemang method traditional has some drawbacks in terms of productivity of work. It
requires a lot of manpower, fuel consumption that is not exhaustive and lemang cooked
irregularly. The objective of this project is to produce a prototype machine burn lemang
using principles of oven operates without the need for a workforce that is public. The
production of prototype this involves controlling mechanical pedal and allowed moves
using chains. The prototype is able to replace the traditional method of burning lemang and
requires no energy to manusiayang many to operate. The project was started by producing
technical drawings using INVENTOR software. Then based on the sketches, this prototype
was produced. Sprocket and chains used to produce the movement rotate. This mechanical
components connected to the sprocket and chain. Through the experiments carried out, the
results show that the lemang completed burned in less than three and a half hours without
requiring the involvement of many humans. That decision has achieved the objectives of
the project.
5
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN 2
ABSTRAK 3
ABSTRACT 4
SENARAI KANDUNGAN 5-6
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pendauluan `7
1.2 Penyataan Masalah 7
1.3 Objektif Kajian 8
1.4 Skop Kajian 8
2.0 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 9
2.2 Kajian Terdahulu 10
2.3 Teori 11
2.4 Kajian Spesifikasi rekabentuk di pasaran 12
2.5 Kajian Komponen yang digunakan 13
2.6 Kesimpulan 18
3.0 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 19
3.2 Carta Alir 20
3.3 Konsep Kerja PRIME 21
3..3.1 Problem Statement (P) 21
3.3.2 Research (R) 22
3.3.3 Invention (I) 23
6
i. Percambahan idea 23
ii. Pemilihan idea 24
iii. Pemilihan bahan 29
iv. Pembuatan 29
3.3.4 Modification (M) 34
3.3.5 Evaluation (E) 34
i. Pengujian 34
ii. Pengekodan data 37
3.4 Kesimpulan 37
7
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Sejak turun temurun, penghasilan lemang sering dimasak dengan kaedah
tradisional. Pada permulaannya, lemang dimasak dengan bara api dari sabut kelapa.
Keadaan pulut lemang lebih sedap dan lembut. Tetapi sumber untuk mendapatkan sabut
kelapa semankin terhad. Oleh itu, pengusaha mula menggunakan arang untuk memasak
lemang. Kaedah tradisional memerlukan pemehatian yang khusus dan penjagaan yang rapi
supaya lemang dimasak dengan sempurna. Menurut Encik Hashim,(2007), penghasilan
lemang memerlukan proses kerja yang banyak dan tenaga kerja yang ramai bagi
mempercepatkan penghasilan lemang. Kemudian, lemang juga mendapat tempahan yang
banyak terutama ketika musim perayaan, maka penghasilan lemang memerlukan kualiti
yang tinggi dengan kuantiti yang banyak.
1.2 PENYATAAN MASALAH
1.2.1 Memerlukan perhatian yang teliti terutama daripada aspek kawalan suhu untuk
memasak lemang.
1.2.2 Memerlukan penjagaan yang rapi bagi menjaga kualiti lemang.
1.2.3 Memerlukan sebuah mesin untuk mengelakkan pencemaran.
1.3 OBJEKTIF
1.3.1 Mengenalpasti tork yang sesuai bagi mendapatkan pusingan yang sekata pada setiap
batang lemang.
1.3.2 Merekabentuk mesin yang mengurangkan pencemaran alam dan selamat
digunakan.
1.3.3 Merekabentuk mesin yang memudahkan pengusaha lemang menjaga kualiti dan
kuantiti lemang dalam tempoh masa yang singkat.
1.4 SKOP
Secara umumnya, skop kajian mesin mengfokuskan kepada pengusaha kecil yang ingin
menghasilkan produk lemang dalam masa yang singkat. Hal ini kerana, pengusaha kecil
tidak dapat menghasilkan lemang yang banyak dalam masa yang singkat. Oleh itu,
permintaan lemang meningkat terutama pada musim perayaan.
BAB 2
KAJIAN LITERASI
2.1 PENGENALAN
Tidak kira di bandar atau di kampung, makanan tradisi masyarakat Melayu
sering menjadi hidangan wajib ketika musim perayaan Hari Raya Aidilfitri. Pilihan
makanan seperti lemang, ketupat, rendang, serunding dan kuih-muih tradisional
pastinya akan menyerikan lagi sambutan lebaran yang disambut setahun sekali. Apa
yang pasti, dengan sambutan menggalakkan daripada masyarakat, menu-menu tersebut
bukan sahaja popular ketika musim perayaan, malah ia juga kini boleh diperoleh dengan
mudah pada bila-bila masa. Sebagai contoh, orang ramai masih boleh membeli lemang
yang dijual di beberapa tempat tumpuan seperti pusat beli-belah dan juga gerai-gerai di
tepi jalan. Malah, ada juga penguasa-pengusaha makanan ini yang memasak lemang
secara terus di gerai-gerai mereka bagi membolehkan pembeli memperolehinya semasa
masih panas.
Sajian itu semakin disukai ramai, sekaligus mendorong peniaga-peniaga untuk
meletakkannya dalam menu utama dan berfungsi sebagai daya tarik
2.2 KAJIAN TERDAHULU
Namun, untuk menyediakan dapur pembakaran lemang, terdapat banyak aspek yang perlu
diambil kira seperti memerlukan kawasan yang luas, perlu mencari bekalan kayu api,
memerlukan pemantauan yang kerap serta pengusaha terdedah kepada bahan panas.
Melihat kepada kerumitan tersebut, sekumpulan pelatih dan tenaga pengajar dari Pusat Giat
Mara Petaling Jaya Utara telah berjaya menghasilkan dapur pembakaran lemang mudah
alih yang menggunakan tenaga elektrik. Melalui sumber daripada internet. Usaha tersebut
harus dipuji kerana selain memudahkan proses membakar lemang, penggunaan dapur
tersebut juga adalah lebih bersih, cepat, menjimatkan kos dan yang istimewa, ia menepati
cita rasa terkini. Ia juga secara tidak langsung dapat memberikan suasana pembakaran yang
lebih rileks, tanpa kayu api, tidak menghasilkan bahan pencemar seperti asap dan juga tiada
pendedahan kepada bahang panas. Lebih menarik, di kawasan yang tidak terlalu luas
sekalipun, lemang masih boleh dibakar bagi memenuhi permintaan pelanggan dan hasilnya
tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan kaedah membakar konvensional. Alat yang
dinamakan Mesin Lemang Toaster itu mula direka pada tahun 2004 oleh sekumpulan
pereka yang terdiri daripada empat orang pelatih dan seorang tenaga pengajar di pusat
berkenaan. Menurut ketua projeknya, Jameran Panot, rekaan mesin tersebut disasarkan
untuk membantu pengusaha kecil dan sederhana (IKS) dan juga suri rumah dalam
menghasilkan produk serbaguna berasaskan makanan panggang.
2.3 TEORI
Seperti diketahui menghasilkan lemang adalah dengan memasukkan beras pulut
dan santan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang. Menurut Marina Mustafa
(2009) Memorable Recipes for Malay Occasions. Kemudian dibakar dengan bara api serta
dipusing-pusing bagi memastikan ia masak dengan sempurna. Proses memasak ini perlu
memakan masa yang agak lama dan ia bukanlah suatu proses yang mudah. Melihatkan
permintaan makanan tradisional itu yang sentiasa ada sepanjang musim, Zul Design
Autotronic menawarkan cara automatik memasak lemang.
Menurut pengasas Zul Design Autotronic, Zulkifli Haron (2014), walaupun
teknologi tersebut menggunakan mesin, namun konsepnya masih sama iaitu dengan
menggunakan bara api bagi mengekalkan keaslian dan juga kesedapan rasa makanan
tradisional itu. “Apa yang membezakannya hanyalah lemang tidak perlu dimasak terlalu
lama, serta tidak perlu memusingkan batang lemang tersebut. “Hasilnya, lemang dapat
dihasilkan dalam kuantiti yang banyak selain dapat menjimatkan masa dan tenaga kerja”.
Mesin tersebut berfungsi dengan hanya menekan butang pada mesin, kemudian
lemang yang disusun mengelilingi bekas bara api akan berpusing secara automatik. Bagi
mendapatkan isi lemang yang lebih mampat, butang hentakan turut direka bagi memastikan
isinya cukup mampat dan masak sepenuhnya. Mesin yang menggunakan sistem arang ini
mampu menghasilkan kapasiti lemang sehingga 24 batang dalam masa satu jam.
2.3.1 Rumus Putaran
J = 𝜋
32 ( d4 out – d4 in ) 4
2.3.2 Rumus komponen shaft (besi hollow)
Tmax = 𝑇𝑟
𝐽 in unit Nm2
2.3.3 Rumus had laju
a = dv / d
2.4 KAJIAN SPESIFIKASI REKABENTUK DI PASARAN
Antara contoh rekebentuk mesin yang ada di pasaran, Zul Design Autotronic
tidak mempunyai mesin yang sedia ada siap. Bagi pengguna yang berminat mereka
perlu berbincang dan membuat tempahan berdasarkan kehendak dan kemampuan. Cara
tersebut lebih mudah kerana mengikut kemampuan mereka. Oleh itu, harga bagi setiap
barang keluaran Zul Design Autotronic adalah tidak tetap dan bergantung kepada
keperluan dan kehendak pengguna terhadap spesifikasi mesin tersebut.
Spesifikasi mesin pembakar lemang dari Zul Design Autotronic,
Model : Mesin lemang
Kuasa : 240 V 50 Hz fasa tunggal
Sistem : Dapur gas dan
Kapasiti : 24 batang per jam
Saiz : 1,000 mm x 1220 mm
Rajah 2.1 : Mesin pembakar lemang milik Zul Design Autrotonic
2.5 KAJIAN KOMPONEN YANG DIGUNAKAN
2.5.1 Keluli lembut ( Mild Steel )
Rajah 2.2 : Keluli lembut
Keluli, juga dikenali sebagai besi baja atau besi waja adalah sejenis aloi
yang bahan utamanya ialah besi, dengan sedikit kandungan karbon di antara 0.02%
dan 1.7 atau 2.04% mengikut berat (C:1000–10,8.67Fe), bergantung kepada gred.
Karbon adalah bahan sebatian paling murah dan berkesan bagi besi, tetapi pelbagai
unsur sebatian lain yang turut digunakan seperti manganese dan tungsten. Karbon
dan unsur lain bertindak sebagai agen pengeras, menghalang permata kekisi (crystal
lattice) dalam atom besi berpisah dengan tergelincir dengan sendiri. Jumlah unsur
sebatian yang berbeza dan bentuk kehadirannya dalam keluli (unsur solute, fasa
precipitated) mengawal kualiti seperti kekerasan, kelenturan, dan kekenyalan keluli
yang terhasil. Besi dengan peningkatan kandungan karbon mampu menjadi lebih
kukuh dan kuat berbanding besi, tetapi ia juga lebih rapuh. Maksima kelarutan
karbon dalam besi (di kawasan austenite) adalah 2.14% menurut berat, berlaku pada
1149 °C; kandungan karbon yang lebih tinggi atau suhu yang lebih rendah akan
menghasilkan cementite. Sebatian besi dengan kandungan karbon lebih tinggi dari
ini dikenali sebagai besi tuang kerana kadar leburnya yang lebih rendah. Keluli juga
dibezakan dari besi tempa (wrought iron) dari segi kandungan yang mengandungi
hanya sejumlah kecil unsur lain, tetapi mengandungi 1–3% slag menurut berat
dalam bentuk partikel memanjang pada satu arah, memberikan ciri-ciri urat besi. Ia
lebih tahan karat berbanding keluli dan lebih mudah dipetri. Tetapi pada masa kini
istilah ini jarang digunakan dalam keluli. Ia merupakan perkara biasa pada masa
kini bagi merujuk ‘industri besi keluli’ seolah-olah ia satu bahan, tetapi dalam
sejarah ia merupakan keluaran yang berbeza.
2.5.2 Gegangu ( Sprocket )
Nama 'sprocket' atas pada umumnya digunakan untuk mana-mana roda yang
padanya adalah unjuran jejarian yang terlibat rantai lurus ke atas. Ia dibezakan
dari gear satu yang sprocket akan tidak padan bersama-sama secara langsung, dan
berbeza daripada pulley yang mempunyai gigi dan pulley halus.
Rajah 2.3 : Gegancu ( Sprocket )
2.5.3 Penggalas ( Bearing )
Suatu komponen yang berfungsi untuk mengurangkan geseran pada mesin atau
komponen-komponen yang bergerak dan saling menekan antara satu dengan yang
lain. Apabila geseran dua permukaan yang saling berhubungan berhalangan maka
akan menimbulkan panas. Halangan ini dikenal sebagai geseran ( friction ).
Menurut Philip Vaughan (1974), bearing memainkan peranan penting dalam
Revolusi Industri baru lahir, yang memungkinkan mesin industri baru untuk
beroperasi secara cekap.
Rajah 2.4 : Penggalas ( Bearing )
2.5.4 Rantai ( Chain )
Rantai adalah jenis pemacu rantaian yang paling biasa digunakan bagi penghantaran
kuasa mekanikal pada pelbagai jenis jentera domestik, industri dan pertanian
termasuk sistem pada kereta, motosikal dan basikal. Rantai ini dipegang bersama
gegancu ( sprocket ) bagi menghasilkan satu gerakan melalui batang shaft. Menurut
Hans Renold (1880) pencipta dan lakaran oleh Leonardo da Vinci, sistem rantai ini
adalah satu cara penghantaran kuasa yang mudah dan cekap.
Rajah 2.5 : Rantai ( Chain )
2.5.5 Tin semburan
Pada asasnya, tin semburan digunakan sebagai kerja semburan pada sesuatu objek.
Rekabentuk tin semburan sesuai digunakan sebagai pemusing lemang bagi
memudahkan lemang untuk memusing dengan lebih rata.
Rajah 2.6 : Tin semburan
2.5.6 Pedal
Pedal adalah sebuah tuil yang digerakkan oleh salah satu kaki atau tangan, kadang-
kadang dipanggil “pedal kaki atau tangan”. Pedal digerakkan oleh kaki atau tangan
sebagai punca gerakan yang disambung pada sprocket dan rantai.
Rajah 2.7 : Pedal
2.5.7 Dawai Kawat
Berfungsi sebagai pengalas arang untuk aktiviti pembakaran . ia juga berfungsi
sebagai penggalas untuk mengelak dari badan mesin daripada panas yang
melampau sekiranya lemang dibakar lebih dari 1 jam.
Rajah 2.8 : Dawai Kawat
2.6 KESIMPULAN
Kesimpulannya, banyak kaedah yang diperolehi hasil daripada pencipta asal
komponen yang digunakan didalam projek ini. Terhadap bahan yang telah dikaji,
didapati komponen-komponen tersebut amat sesuai digunakan bagi melengkapkan
mesin ini. Jika dilihat, untuk merekabentuk mesin bagi proses memasak lemang
bukanlah sesuatu yang mudah dan cepat. Komponen yang digunakan merupakan
elemen yang penting bagi menghasilkan sebuah mesin yang tahan lama dan
memudahkan pengguna untuk melakukan proses memasak lemang. Rekaan mesin
pembakar lemang merupakan produk yang menggunakan bahan terpakai pada beberapa
bahagian. Dilengkapi dengan sprocket, rantai dan bearing, mesin ini mampu ditetapkan
dengan kelajuan berbeza untuk memusing lemang mengikut kadar pembakaran arang.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan proses kerja yang telah dijalankan tentang perlaksanaan
kerja, peralatan dan bahan yang akan digunakan semasa dibengkel. Proses kerja yang
dijalankan semasa proses membina mesin pembakar lemang manual. Di sini juga
dinyatakan tentang konsep kerja yang digunakan iaitu konsep kerja PRIME.
Antara kaedah tatakerja yang dijalankan semasa perlaksanaan projek ini ialah
melakar konsep rekabentuk mesin pembakar lemang, kaedah memasang rangka
mesin, kaedah gerakan mekanikal yang digunakan dan lain-lain kaedah yang terlibat.
Metodologi sangat penting bagi membantu projek berjalan dengan lancar. Selain
itu juga, metodologi memudahkan seseorang untuk mengetahui tentang projek yang
sedang dijalankan kerana ia merangkumi segala proses dalam menyiapkannya dengan
teratu
3.2 CARTA ALIR PROJEK
Rajah 3.1 : Carta Alir Projek
MULA
PENYATAAN MASALAH
BRAINSTORMING
SENARAI IDEA
DITERIMA
OBJEKTIF
SKOP
KAJIAN LITERASI
METODOLOGI
PENYEDIAAN PROPOSAL
PEMBENTANGAN
TAMAT
TIDAK
YA
3.3 KONSEP KERJA PRIME
3.1.1 ( Problem statement ) P
Antara masalah yang didapati ialah masalah tenaga kerja yang ramai
diperlukan bagi memproses lemang bermula daripada penyediaan sehingga
proses membakar lemang. Justeru, projek ini dapat membantu peniaga
dengan mengurangkan tenaga kerja bagi proses membakar lemang dengan
kemudahan mesin yang bergerak secara selari hanya dengan menggerakan
menggunakan pedal. Kaedah ini dapat membantu mengurangkan tenaga
dengan tidak memusingkan setiap batang lemang.
Seterusnya, masa yang agak lama diperlukan untuk memasak lemang
kerana penjagaan yang rapi diperlukan bagi memastikan lemang yang
dihasilkan berkualiti. Rekebentuk mesin ini dapat mengurangkan jangka
masa bagi penjagaan proses membakar lemang selain memudahkan proses
memusing lemang bagi tujuan lemang dimasak dengan rapi.
Pada kaedah lama, ruang yang besar diperlukan dan kawasan yang
statik bagi tujuan proses membakar lemang. Oleh itu, pada kaedah baru
mesin pembakar lemang dapat menjimatkan ruang sekaligus lebih selamat
untuk digunakan.
3.1.2 ( Research ) R
Berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan, terdapat beberapa
kelemahan yang terdapat pada kaedah mesin pembakar lemang automatik.
Antaranya, penyelenggaran yang kerap bagi memastikan motor sentiasa
dalam keadaan baik bagi mengelakkan masalah kepada pengguna untuk
melakukan proses pembakaran lemang.
Selain itu, kaedah lama memerlukan kawasan yang luas serta kawasan
yang setempat bagi melakukan proses pembakaran lemang serta tidak
mudah untuk dialihkan. Hal ini menyebabkan peniaga sukar untuk menjaga
serta mengendali kaedah lama tersebut.
Berikut adalah contoh borang kaji selidik yang telah dijalankan pada
pengguna mesin pembakar lemang serta pelanggan :
Jadual 2.1 : Borang kaji selidik
SOALAN YA TIDAK
1. Adakah mesin pembakar lemang dapat membantu
memudahkkan pembakaran lemang ?
2. Adakah mesin ini dapat mengurangkan pencemaran
alam ?
3. Adakah mesin ini mempunyai keselamatan dan
selamat digunakan ?
4. Adakah mesin ini dapat mengurangkan masa ?
5. Adakah mesin ini dapat menghasilkan lemang yang
berkualiti ?
6. Adakah kos mesin ini terlalu tinggi ?
3.1.3 ( Invention ) I
i. Pencambahan idea
a. Analisis konsep rekabentuk
Rajah 3.3 : Konsep 1
Kelebihan
i) Lebih mudah digunakan.
ii) Saiz yang lebih kecil.
Kelemahan
i) Kuantiti lemang tidak dapat dihasilkan dengan banyak.
ii) Kos yang tinggi untuk pembelian bahan
Rajah 3.4 : Konsep 2
Kelebihan
i) Ringan.
ii) Kaedah pembakaran lebih sekata.
iii) Kos yang sederhana
Kelemahan
i) Ruang yang lebih besar diperlukan berbanding dengan konsep 1.
ii. Pemilihan idea
a. Jadual Penilaian Bermatrik
Jadual 3.1 : Jadual penilaian bermatrik
No. Kriteria Kriteria
Minat
Konsep 1 Konsep 2 Konsep
Rujukan
1. Kecekapan 5 - + D
A
T
U
M
2. Rekabentuk
komersial
4 + S
3. Masa 4 - +
4. Mekanisma
Pemanasan
5 - +
5. Mekanisma
Putaran
4 + S
6. Jumlah + 2 3 0
7. Jumlah - 3 0 0
8. Jumlah Kesuluruhan -1 3 0
9. Jumlah Sebenar -6 14 0
b. Lukisan Berbantu Komputer
i) Isometri ( rangka )
Rajah 3.5 : Pandangan sudut lukisan inventor
Rajah 3.6 : Pandangan sudut lukisan inventor
ii) Isometri ( assembly )
Rajah 3.9 : Pandangan sudut lukisan isometri ( assembly )
Rajah 3.10 : Pandangan bawah lukisan isometri ( assembly )
iii) Lukisan ( Drawing )
Rajah 3.11 : Lukisan ortografik
Rajah 3.12 : Lukisan ortografik
Lukisan yang dilampirkan adalah lukisan berbantu komputer yang dilukis dari pandangan
sisi, hadapan dan perspektif berbentuk 3D dan lakaran akhir projek ini.
i) Pemilihan bahan
a. Anggaran Kos
Jadual dibawah menunjukkan koss untuk penghasilan projek Mesin Pembakar
Lemang Manual. Dalam jadual ini menunjukkan bahan-bahan yang digunakan
dengan harga yang lengkap beserta unit.
Jadual 3.2 : Anggaran Kos Bahan
Bil. Bahan Kuantiti Kos Seunit
Kos
Kesuluruhan
1. Besi Rangka
(lembut)
5 RM50 RM250
2. Besi hollow 6 RM25 RM150
3. Bearing 14 RM5 RM70
4. Rantai 2 RM11 RM22
5. Dawai Kawat 1 RM12 RM12
6. Sprocket 9 RM9 RM81
7. Pedal 1 RM15 RM15
Jumlah Kesuluruhan RM600
ii) Pembuatan
Berikut adalah senarai alatan yang digunakan bagi menyiapkan mesin pembakar
lemang ini :
a) Kimpalan Arka
Rajah 3.13 : Mesin Kimpalan Arka
Mesin kimpalan arka adalah merupakan sebuah alatubah perendah iaitu ia
mengubah dari voltan tinggi kepada voltan rendah tetapi menghasilkan arus yang tinggi
untuk menerbitkan arka bagi kegunaan mengimpal. Dilengkapi dengan kabel pemegang
elektrod dan juga kabel bumi ke meja kerja. Alat pengubah adalah komponen yang
terdapat pada sebuah mesin kimpalan arka yang berfungsi untuk mengurangkan voltan
dan meninggikan arus bagi menerbitkan arka untuk tujuan kerja mengimpal. Alat ubah
ini dikenali sebagai alatubah perendah.
b) Pemotong Besi
Rajah 3.14 : Mesin Pemotong Besi
Mesin grinder merupakan mesin yang bertujuan untuk mengasah benda kerja
seperti pisau dan pahat, atau dapat juga bertujuan untuk membentuk benda kerja seperti
merapikan hasil pemotongan, merapikan hasil las, membentuk lengkungan pada benda
kerja yang bersudut, menyiapkan permukaan benda kerja untuk dilas, dan lain-lain.
Mesin grinder mampu untuk dapat menghasilkan kecepatan sekitar 11000 –
15000 rpm. Dengan kecepatan tersebut mata grinder yang merupakan komposisi
aluminium oksida dengan kekasaran serta kekerasan yang sesuai, dapat menggerus
permukaan logam sehingga menghasilkan bentuk yang diinginkan. Dengan kecepatan
tersebut juga, mesin grinder juga dapat digunakan untuk memotong benda logam
dengan menggunakan mata grinder yang dikhususkan untuk memotong.
Berikut merupakan proses bagi perlaksanaan Mesin Pembakar Lemang :
Permulaan proses pembuatan perlaksanaan projek dengan mendapatkan bahan
besi yang sesuai untuk digunakan. Seterusnya mendapatkan barang seperti sprocket,
bearing, rantai, dawai kawat dan tin terpakai. Mendapatkan skru dan alatan untuk
membuat projek.
Langkah seterusnya, memulakan bagi melaksanakan projek dibengkel. Besi
dipotong mengikut saiz yang diperlukan. Seterusnya mengikir besi menggunakan
pemahat besi bagi meratakan tepak supaya lebih tepat mengikut saiz. Seterusnya,
membina rangka projek berukuran 90cm x 60cm. Welding besi hollow pada rangka
projek
Rajah 3.13 : Proses pembuatan rangka projek
Minggu seterusnya, bearing dipasang kedalam sprocket supaya sprocket
lebih stabil. Welding sprocket pada besi hollow. Seterusnya, meneruskan
sambungan bagi membina rangka projek. Kemudian welding tin pada besi hollow
serta memasang dan pemegang rantai pada sprocket. Minyak pelincir (grease)
disapu pada rantai bagi melancarkan pergerakkan rantai.Rajah 3.14 : Proses
pemasangan gegancu, penggalas dan rantai
Minggu kesembilan, penutup projek dipasang . Skru penutup projek bagi
memudahkan untuk melakukan penyelenggaraan sekiranya berlaku kerosakan.
Seterusnya, memasang pintu dan dawai kawat pada tempat pembakaran. Kemudian,
membuat proses akhir (finishing) dengan meratakan tempat yang tajam
menggunakan pengikir besi pada projek. Akhir sekali, mengecat dinding projek
menggunakan cat tahan karat supaya ia kelihatan lebih kemas dan cantik.
Rajah 3.15 : Proses memasang badan projek dan mengecat dinding projek
Minggu akhir perlaksanaan projek iaitu minggu kesepuluh, mengawal selia
pengujian projek. Uji lari telah dilakukan pada projek yang telah siap. Hasil
daripada uji lari mendapati, produk (lemang) yang dihasilkan berkualiti dan
menjimatkan masa.
Rajah 3.16 : Proses uji lari pada mesin
3.1.4 ( Modification ) M
Pengubahsuain rekabentuk
Beberapa penambahbaikan pada rekebentuk awal projek. Antaranya ialah,
menambah kaki (stand) pada mesin untuk memberi kedudukan yang selesa
pada mesin. Ini juga bertujuan kerana rantai pada mesin kami diletakkan
dikawasan bawah mesin akan terganggu jika ketiadaan kaki (stand).
Seterusnya, pengubahsuaian pada pemegang pedal dengan meletakkan grip
getah supaya pengguna lebih selesa untuk mengendali pedal tersebut. Ini
juga bertujuan kerana pedal tersebut diperbuat daripada besi yang akan
meninggalkan kesan pada tangan pengguna. Selain itu, penambahbaikan
pada mesin dengan menambahkan mekanisma hentakan pada mesin. Hal ini
kerana, dapat memudahkan pengguna supaya tidak perlu menghentak
lemang bagi memampatkan isi lemang.
3.1.5 ( Evaluation ) E
i. Pengujian
Pada proses ujilari, penyediakan bahan-bahan yang berkaitan terlebih
dahulu antaranya beras pulut, santan, daun pisang, buluh serta arang.
Selepas itu, buluh diletakkan diatas mesin dan bahan-bahan sedia dituang
dibuluh yang telah diletakkan dimesin. Bahan dimasukkan kedalam buluh
sebelum diletakkan ke atas tempat pembakaran. Seterusnya, proses
diteruskan dengan menghidupkan arang. Proses pembakaran bermula,
berikut adalah prosedur mesin dan data yang telah dicatat.
a. Pastikan mesin dalam keadaan sempurna dan selamat digunakan.
Rajah 3.17 : Pastikan mesin dalam keadaan selamat
b. Letakkan arang pada atas dawai kawat.
c. Hidupkan api dan biarkan arang menjadi bara.
d. Letakkan lemang pada tempat pemusingan.
Rajah 3.18 : Lemang mula dimasak
e. Pusingkan pedal tangan pada kadar berkala.
f. Alihkan lemang yang sudah dimasak.
g. Angkat dawai kawat untuk membuang arang yang sudah dipakai.
Rajah 3.19 : Keadaan mesin selepas digunakan
h. Buka pintu tempat pembakaran mesin untuk membuang arang terpakai.
i. Kecekapan dan masa direkodkan
j. Bacaan dicatat sebanyak 3 kali
k. Bersihkan mesin seperti keadaan sebelum.
Jadual 3.3 : Penjadualan Data
Mesin Pembakar Lemang
Automatik
Mesin Pembakar Lemang
Manual
Masa
Kecekapan
Kos
ii. Pengekodan data
Jadual 3.3 : Menunjukkan jadual pengujian proses uji lari
Kaedah lama Kaedah baru
Berat mesin 3kg 5kg
Masa
(Proses masak)
5 jam 4jam 30minit
Hasil Kurang sekata Lebih sekata
3.2 KESIMPULAN
Kesimpulan daripada metodologi yang digunakan adalah proses merekabentuk
produk adalah bukan mudah kerana banyak perkara yang perlu dititik beratkan bagi
memperolehi rekabentuk yang mempunyai pelbagai ciri-ciri yang unik disamping
dapat memudahkan pengguna. Anggaran kos juga amat penting kerana sesuatu
produk yang telah diinovasikan mestilah mempunyai keunikan disamping kos yang
berpatutan bagi memperolehi barang-barang yang berkualiti.