polisi dan prosedur kenaikan...
TRANSCRIPT
GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT GURU BAHASA
UMT/PEND/GP/J02
Disediakan oleh :- Seksyen Perjawatan (Akademik)
Bahagian Sumber Manusia Pejabat Pendaftar UMT
Tarikh Kuat Kuasa : 1 April 2010 (Minit JKE Ke-47 (Bil. 10 Tahun 2010) – 9 Jun 2010)
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2 2.0 Syarat-Syarat Kenaikan Pangkat Mengikut Skim Perkhidmatan 3 3.0 Prosedur Permohonan 5 4.0 Tahap Kecemerlangan Akademik 7 5.0 Proses Penapisan 8 6.0 Jawatankuasa Penapisan Peringkat Universiti 11 7.0 Jawatankuasa Pemilih Dan Pihak Berkuasa Meluluskan Kenaikan Pangkat 12 Lampiran A –Taburan Markah Secara Umum Kriteria Kenaikan Pangkat
Guru Bahasa 13
Lampiran B - Taburan Markah Dan Cara Menilai Bagi Kriteria Sahsiah 14 Lampiran C – Carta Alir Proses Permohonan Kenaikan Pangkat Guru
Bahasa 15
Lampiran D • Taburan Markah Dan Cara Menilai Kenaikan Pangkat Ke Jawatan
Guru Bahasa Gred DG44 17
• Taburan Markah Dan Cara Menilai Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Guru Bahasa Gred DG48
18
• Taburan Markah Dan Cara Menilai Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Guru Bahasa Gred DG52
19
Lampiran E - Format Curriculum Vitae (CV) 20 Lampiran F - Contoh Surat Permohonan Kenaikan Pangkat Guru Bahasa 21
UMT/PEND/GP/J02 1
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
1.0 PENGENALAN
1.1 Dokumen ini menggariskan polisi dan prosedur bagi urusan kenaikan pangkat Guru Bahasa di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang meliputi kenaikan pangkat di dalam kategori-kategori berikut :-
(a) Kenaikan pangkat jawatan Guru Bahasa Gred DG41 ke jawatan Guru
Bahasa Gred DG44; (b) Kenaikan pangkat jawatan Guru Bahasa Gred DG44 ke jawatan Guru
Bahasa Gred DG48; dan
(c) Kenaikan pangkat jawatan Guru Bahasa Gred DG48 ke jawatan Guru Bahasa Gred DG52.
1.2 Polisi ini tidak terpakai kepada Guru Bahasa bertaraf kontrak, sementara dan
sambilan. 1.3 Kriteria kenaikan pangkat yang digariskan dalam polisi ini adalah berdasarkan
kepada Skim Perkhidmatan Guru Bahasa di bawah Sistem Saraan Malaysia (kuat kuasa mulai 1 November 2002), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, Perlembagaan UMT dan syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UMT dari semasa ke semasa.
UMT/PEND/GP/J02 2
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
2.0 SYARAT-SYARAT KENAIKAN PANGKAT MENGIKUT SKIM PERKHIDMATAN
2.1 Kenaikan pangkat Guru Bahasa tidak berdasarkan kepada kekosongan jawatan kerana gred skim perkhidmatan tersebut telah ditukar kepada gred fleksi.
2.2 Kenaikan pangkat hendaklah berasaskan kepada tahap prestasi kerja dan
kecemerlangan akademik yang telah dicapai oleh Guru Bahasa sebagaimana yang ditetapkan di dalam Skim Perkhidmatan Guru Bahasa, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, Perlembagaan UMT dan syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UMT dari semasa ke semasa.
2.3 Peruntukan syarat-syarat kenaikan pangkat di dalam Skim Perkhidmatan Guru
Bahasa Di Bawah Sistem Saraan Malaysia (berkuat kuasa mulai 1 November 2002) adalah seperti berikut :-
2.3.1 Guru Bahasa Gred DG41 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan
pangkat ke jawatan Guru Bahasa Gred DG44 yang kosong apabila telah:- (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan (d) diperaku oleh ketua perkhidmatan.
2.3.2 Guru Bahasa Gred DG44 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan
pangkat ke jawatan Guru Bahasa Gred DG48 yang kosong apabila telah:- (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan (c) diperaku oleh ketua perkhidmatan.
2.3.3 Guru Bahasa Gred DG48 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan
pangkat ke jawatan Guru Bahasa Gred DG52 yang kosong apabila telah:- (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan (c) diperaku oleh ketua perkhidmatan.
2.4 Selain itu, Guru Bahasa juga perlulah memenuhi beberapa syarat tambahan
seperti yang dinyatakan di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, seperti berikut :-
i) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu Laporan Nilaian Prestasi
Tahunan yang baik (80% dan ke atas) bagi tempoh 3 tahun terakhir dengan wajaran seperti berikut :-
Tahun III 45% Tahun II 35% Tahun I 20%
ii) mendapat sokongan dari Ketua Jabatan dan diperakukan Dekan;
UMT/PEND/GP/J02 3
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
iii) bebas dari hukuman tatatertib; iv) bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar
daripada institusi pinjaman pendidikan; v) lulus tapisan keutuhan SPRM; dan vi) telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang
berkuat kuasa.
2.5 Mengikut Peraturan 37 (1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, asas kenaikan pangkat adalah berdasarkan merit.
2.6 Manakala Peraturan 37 (2) pula menyatakan bahawa di dalam
mempertimbangkan seseorang pegawai bagi kenaikan pangkat/lantikan, Lembaga Kenaikan Pangkat/Lantikan hendaklah mengambil kira :- a) kecekapan dan prestasi kerja pegawai tersebut; b) kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai
tersebut; c) sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan
pangkat, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai tersebut; dan d) kegiatan luar dan sumbangan pegawai kepada negara dan
masyarakat.
2.7 Peraturan 37 (4) pula menyatakan bahawa, walau apa pun peraturan 37 (1), jika dua atau lebih pegawai diputuskan sama dari segi merit, kelayakan akademik atau pengalaman kerja berkaitan dengan jawatan kenaikan pangkat di samping kekananan pegawai itu hendaklah juga dijadikan asas bagi pemilihan dan diberi pertimbangan.
2.8 Menurut Peraturan 41, tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat ditetapkan seperti
berikut :- (1) Tertakluk kepada sub peraturan (2) dan (3), tarikh kenaikan pangkat
seseorang pegawai ialah tarikh yang ditentukan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.
(2) Tarikh kenaikan pangkat ke gred tidak boleh lebih awal daripada tarikh kekosongan atau tarikh pegawai layak dinaikkan pangkat mengikut skim perkhidmatannya, yang mana terkemudian.
(3) Bagi kenaikan pangkat ke jawatan, kecuali jika skim perkhidmatan tidak mensyaratkan sesuatu kenaikan pangkat adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan, tarikh kenaikan pangkat tidak boleh lebih awal daripada tarikh pegawai itu diluluskan memangku jawatan itu atau pada tarikh jawatan hakiki itu kosong, yang mana terkemudian.
(4) Bagi maksud peraturan ini :- a) “kenaikan pangkat ke gred” ialah kenaikan pangkat ke mana-
mana gred dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan; dan
b) “kenaikan pangkat ke jawatan” ialah kenaikan pangkat ke mana-mana jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
2.9 Menurut Peraturan 42 (1), gaji yang diterima oleh seseorang pegawai yang
dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu.
UMT/PEND/GP/J02 4
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
3.0 PROSEDUR PERMOHONAN
3.1 Kenaikan pangkat Guru Bahasa bukan secara automatik. Permohonan untuk pertimbangan kenaikan pangkat Guru Bahasa adalah terbuka untuk sepanjang tahun. Namun, kekerapan urusan kenaikan pangkat bagi satu-satu tahun akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti. Pihak Universiti akan memaklumkan tarikh bermula dan berakhir untuk sesuatu urusan kenaikan pangkat.
3.2 Pemohon yang hendak memohon mestilah seorang Guru Bahasa di UMT yang
telah disahkan dalam jawatan dan perkhidmatan. 3.3 Bagi membolehkan pemohon layak memohon, pemohon hendaklah
memenuhi tempoh perkhidmatan di dalam jawatan yang berkenaan seperti yang dinyatakan dalam Lampiran A. Namun, pemohon boleh mengurangkan tempoh perkhidmatan minimum tersebut (kaedah ‘fast-track’) sekiranya memiliki kriteria yang dinyatakan di para 5.6.
3.4 Pemohon-pemohon hendaklah lulus semua Penilaian Tahap Kecekapan yang
ditetapkan semasa berada di Gred sekarang dengan mendapat Aras III/Aras IV. Penilaian Tahap Kecekapan yang telah ditetapkan untuk setiap urusan kenaikan pangkat Guru Bahasa adalah seperti berikut :-
Gred Peringkat Gaji Tahap Kecekapan
DG41 P1 TK1 P2 TK2
DG44 P1
TK3 P2
DG48 P1
TK4 P2
DG52 P1 TK5 P2
3.5 Pemohon-pemohon hendaklah bebas (lulus) tapisan keutuhan keselamatan
yang akan dilaksanakan oleh Badan Pencegah Rasuah, tidak dikenakan hukuman tatatertib dan telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa semasa mengemukakan permohonan.
3.6 Pegawai yang sedang Cuti Belajar tetapi telah memenuhi syarat kenaikan
pangkat adalah layak untuk memohon. Walau bagaimanapun, urusan kenaikan pangkat akan ditangguhkan sehingga pemohon lulus pengajian dan tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat akan dikebelakangkan.
3.7 Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan
Dekan/Pengarah pada bila-bila masa setelah memenuhi syarat kelayakan. Pemohon-pemohon perlu mengemukakan salinan dokumen-dokumen seperti berikut (yang telah disahkan) bersama-sama dengan surat permohonan :-
a) Biodata diri (curriculum vitae); b) Kad Pengenalan/Kad Pegawai; c) Sijil-sijil Akademik/Ko-kurikulum termasuk keputusan PTK; d) Contoh-contoh penerbitan/penyelidikan/kertas kerja (jika ada); dan
UMT/PEND/GP/J02 5
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
e) Senarai Tugas Sedia Ada.
3.8 Bagi pemohon yang gagal dalam permohonan kenaikan pangkat, Dekan/Pengarah hendaklah memaklumkan sebab-sebab kegagalan kepada pemohon dan pemohon boleh memohon semula jawatan kenaikan pangkat berkenaan selepas setahun setelah keputusan dimaklumkan.
3.9 Naib Canselor boleh menjemput mana-mana pemohon yang difikirkan layak
untuk memohon kenaikan pangkat.
UMT/PEND/GP/J02 6
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
4.0 TAHAP KECEMERLANGAN AKADEMIK
4.1 Selain daripada syarat-syarat asas yang dinyatakan oleh skim perkhidmatan, sistem penilaian untuk kenaikan pangkat Guru Bahasa juga adalah berdasarkan kriteria yang dapat memenuhi “tahap kecemerlangan akademik” dan ini ditunjukkan melalui taburan markah seperti di Lampiran A.
4.2 Kriteria-kriteria yang dinilai adalah seperti yang dikehendaki dalam skim
perkhidmatan Guru Bahasa iaitu :- 4.2.1 Kelulusan akademik
i) Bagi kenaikan pangkat ke gred DG52, keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kelulusan peringkat Sarjana atau setaraf.
4.2.2 Sahsiah
i) Pemohon-pemohon perlulah memiliki sahsiah yang bersesuaian dengan profesyennya.
ii) Markah penuh untuk pemohon yang memenuhi syarat sahsiah
ialah 10%.
iii) Aspek-aspek penilaian sahsiah adalah seperti Lampiran B. 4.2.3 Prestasi kecemerlangan akademik
i) Prestasi Kecemerlangan Akademik pemohon akan dinilai berdasarkan pencapaian yang cemerlang di dalam bidang-bidang berikut :-
a) Pengajaran dan Pembelajaran; b) Penerbitan; c) Kepimpinan Akademik dan Sumbangan kepada
Universiti; dan d) Sumbangan kepada masyarakat dan negara.
ii) Setiap bidang kriteria akan dinilai secara kuantitatif dan
kualititatif. Aspek-aspek yang dinilai untuk menentukan tahap kecemerlangan akademik dalam bidang-bidang di atas diterangkan di para 4.1.
iii) Markah minimum untuk pemohon memenuhi kriteria ini adalah
80%.
iv) Tahap kecemerlangan akademik ini akan ditentukan berdasarkan laporan Penilai Dalam terhadap pemohon-pemohon.
UMT/PEND/GP/J02 7
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
5.0 PROSES PENAPISAN
5.1 Pemohon yang layak dan memenuhi prosedur permohonan akan dipertimbangkan untuk penapisan.
5.2 Pemohon yang dipertimbangkan untuk penapisan akan diberi markah
berasaskan prestasi dan pencapaiannya dalam aspek-aspek yang dinilai di bawah para 4.1.
5.3 Pemohon-pemohon yang lulus penapisan sahaja yang akan dipanggil untuk
temu duga oleh Jawatankuasa Pemilih. Untuk lulus proses penapisan, pemohon perlu memperoleh markah tidak kurang dari 80% dalam setiap aspek seperti mana berikut :-
a) Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi 3 tahun kebelakang; dan b) Pencapaian Kecemerlangan Akademik (rujuk para 4.1).
5.4 Hanya prestasi perkhidmatan dan kemajuan akademik selepas pelantikan
pemohon dalam jawatan semasa sahaja yang akan dinilai untuk pemberian markah bagi tujuan penapisan dan kenaikan pangkat.
5.5 Dalam keadaan biasa, untuk melayakkan seseorang pemohon
dipertimbangkan kenaikan pangkat, pemohon juga perlu mempunyai hasil penerbitan seperti berikut :-
Gred Kenaikan
Pangkat Bilangan Penerbitan
DG44 Tiada DG48 Tiada DG52 minimum 1 modul pengajaran dalam bidang
berkaitan (tambahan)/minimum 1 artikel ilmiah dalam jurnal tempatan atau prosiding
Penerbitan pemohon hendaklah menjurus kepada bidang kepakaran beliau. Ini dapat ditunjukkan melalui jenis jurnal/ makalah/ prosiding dan pemohon merupakan penulis utama sekurang-kurangnya 80% (minimum) daripada penerbitan tersebut.
Bilangan penerbitan di atas boleh dipinda dari semasa ke semasa. 5.6 Sekiranya pemohon memohon untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat
tetapi tempoh perkhidmatan tidak mencapai tempoh minimum yang dinyatakan di Lampiran A, pemohon perlulah memenuhi kriteria kaedah ‘Fast-Track’ yang dinyatakan seperti berikut :-
Kaedah “Fast-Track” Gred
Kenaikan Pangkat
Tempoh Perkhidmatan
Kriteria
DG44 4 tahun
• Jumlah beban pengajaran melebihi 108 jam kredit kontak terkumpul dengan syarat mendapat markah penilaian pengajaran yang baik (berterusan); atau
UMT/PEND/GP/J02 8
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
Kaedah “Fast-Track” Gred
Kenaikan Pangkat
Tempoh Kriteria Perkhidmatan
• Menerbitkan 1 penerbitan ilmiah (jurnal/ prosiding) atau 1 modul pengajaran yang berkualiti dalam bidang berkaitan.
DG48 6 tahun
• Jumlah beban pengajaran melebihi 108 jam kredit kontak terkumpul dengan syarat mendapat markah penilaian pengajaran yang baik (berterusan); atau
• Menerbitkan 2 penerbitan ilmiah (jurnal/ prosiding) atau 2 modul pengajaran atau 1 buku yang berkualiti dalam bidang berkaitan.
DG52 6 tahun
• Jumlah beban pengajaran melebihi 108 jam kredit kontak terkumpul dengan syarat mendapat markah penilaian pengajaran yang baik (berterusan); atau
• Menerbitkan 2 penerbitan ilmiah (jurnal/ prosiding) atau 3 modul pengajaran atau 1 buku yang berkualiti dalam bidang berkaitan.
Pengiraan jumlah beban pengajaran 108 jam kredit kontrak = 18 jam kredit kontak x 6 semester berturut-turut.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kelayakan ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan.
Penerbitan pemohon hendaklah menjurus kepada bidang kepakaran beliau. Ini dapat ditunjukkan melalui jenis jurnal/ makalah/ prosiding dan pemohon merupakan penulis utama sekurang-kurangnya 80% (minimum) daripada penerbitan tersebut.
Bilangan penerbitan di atas boleh dipinda dari semasa ke semasa.
5.7 Fakulti akan kemukakan permohonan pemohon bersama dengan penilaian Dekan dan Ketua Jabatan bagi setiap pemohon yang memohon kepada Pejabat Pendaftar untuk proses penapisan.
5.8 Sekiranya jawatan yang dimohon lebih tinggi daripada gred hakiki Dekan
dan/atau Ketua Jabatan, Dekan dan Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan laporan perkhidmatan pemohon di fakulti dan jabatan sahaja. Penilaian hendaklah dibuat oleh seorang pegawai lain yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan Fakulti yang berjawatan sama atau lebih tinggi daripada jawatan yang dimohon oleh pemohon.
5.9 Penapisan pertama dilakukan oleh Jawatankuasa Penapis UMT yang akan
meneliti kelayakan pemohon berdasarkan prestasi dan tahap kecemerlangan akademik yang ditetapkan oleh UMT. Jawatankuasa juga akan menilai pencapaian pemohon berdasarkan kelulusan akademik, sahsiah dan laporan prestasi tahunan bagi tiga tahun ke belakang.
UMT/PEND/GP/J02 9
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
5.10 Jawatankuasa Penapis UMT akan menentukan Penilai Dalam bagi setiap
permohonan berdasarkan kepada cadangan yang dikemukakan oleh Fakulti/Institut. Dokumen permohonan setiap pemohon akan dikemukakan kepada Penilai Dalam menilai kelayakan pemohon berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
5.11 Penilai Dalaman untuk urusan kenaikan pangkat jawatan Guru Bahasa
ditetapkan seperti mana berikut :-
Gred Kenaikan Pangkat
Bilangan Penilai Dalam
DG44 • Seorang Rakan Sejawat (Guru Bahasa) DG48 • Dua (2) orang Rakan Sejawat (Guru
Bahasa) DG52 • Dua (2) orang Rakan Sejawat (Guru
Bahasa) Markah minimum Penilai Dalaman untuk setiap gred kenaikan pangkat
adalah 80%. Tempoh penilaian Penilai Dalaman ialah sebulan selepas dokumen
dihantar.
5.12 Pemohon-pemohon yang lulus penilaian sahaja diperakukan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemilih yang berkaitan.
5.13 Carta aliran proses adalah seperti di Lampiran C.
UMT/PEND/GP/J02 10
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
6.0 JAWATANKUASA PENAPIS PERINGKAT UNIVERSITI
6.1 Fungsi Jawatankuasa Penapis UMT adalah seperti berikut :- i) menyemak dan menapis kelayakan, kesesuaian dan tahap
kecemerlangan akademik pemohon mengikut peraturan atau tahap yang ditetapkan;
ii) memperakukan dan menentukan nama Penilai Dalaman bagi proses penilaian tahap kecemerlangan akademik pemohon; dan
iii) memperakukan nama pemohon yang layak
6.2 Keanggotaan Jawatankuasa Penapis UMT bagi jawatan hendaklah terdiri daripada :- i) Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) sebagai
Pengerusi; ii) Pendaftar; iii) Dekan-dekan Fakulti; iv) Pengarah-pengarah Institut; v) Dua orang Ahli Senat bertaraf Profesor; vi) Penolong Pendaftar sebagai Setiausaha.
Ahli silih ganti bagi setiap ahli Jawatankuasa Penapis boleh dilantik kecuali bagi jawatan Pengerusi. Ahli silih ganti bagi Dekan Fakulti atau Pengarah Institut mestilah dilantik dari kalangan Timbalan Dekan atau Timbalan Pengarah.
Dekan/Pengarah yang berjawatan lebih rendah daripada jawatan yang dimohon oleh pemohon, tidak boleh turut serta semasa keputusan penapisan dibuat.
6.3 Kourum mesyuarat Jawatankuasa Penapis UMT terdiri daripada Pengerusi,
Pendaftar dan tiga orang ahli lain yang terdiri daripada Dekan Fakulti/Pengarah Institut/Ahli Senat.
6.4 Sekiranya jawatan yang hendak dimohon mengatasi kelayakan Pengerusi
Jawatankuasa Penapis, maka Jawatankuasa Penapis (Khas) hendaklah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Naib Canselor.
UMT/PEND/GP/J02 11
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
UMT/PEND/GP/J02 12
7.0 JAWATANKUASA PEMILIH DAN PIHAK BERKUASA MELULUSKAN KENAIKAN PANGKAT
7.1 Jawatankuasa Pemilih dan Pihak Berkuasa Melantik bagi setiap jawatan
kenaikan pangkat Guru Bahasa adalah seperti berikut :-
Gred Kenaikan Pangkat
Jawatankuasa Pemilih Pihak Berkuasa Melantik
DG44 Jawatankuasa Pemilih 3 (Kumpulan Pengurusan dan Profesional – Guru)
Jawatankuasa Eksekutif DG48 DG52
7.2 Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat adalah bersamaan dengan tarikh
Jawatankuasa Pemilih bersidang dan tidak boleh lebih awal daripada tarikh jawatan itu diluluskan atau dikosongkan.
7.3 Segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih, Jawatankuasa Eksekutif dan Lembaga Pengarah adalah muktamad.
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
Lampiran A
TABURAN MARKAH SECARA UMUM KRITERIA KENAIKAN PANGKAT GURU BAHASA Gred Kenaikan Pangkat
Kriteria Kenaikan Pangkat Jumlah Peratusan
Markah Minimum
Untuk Memohon
Tempoh Perkhidmatan
Sahsiah Pengajaran dan
Pembelajaran
Penerbitan Kepimpinan Akademik
dan Sumbangan
Kepada Universiti
Sumbangan Kepada
Masyarakat/ Negara
Minimum % % % % % % %
DG44 5 tahun dalam perkhidmatan
DG41
(fast-track = 4 tahun)
10 75
0
10 5 100 80
DG48 8 tahun dalam perkhidmatan
DG44
(fast-track = 6 tahun)
10 70
0
10 10 100 80
DG52
8 tahun dalam perkhidmatan
DG48
(fast-track = 6 tahun)
10 65 5 10 10 100 80
UMT/PEND/GP/J02 13
Lampiran B
TABURAN MARKAH DAN CARA MENILAI BAGI KRITERIA SAHSIAH
Bil. Aspek Sahsiah Markah Markah penuh
1. Iltizam terhadap tugasan/kerja/amanah 5
2. Kesediaan menyumbang idea dan tenaga 5
3. Keterlibatan/kerjasama dalam aktiviti-aktiviti tambahan Jabatan/ Fakulti/Universiti
5
4. Hubungan dan komunikasi dengan ketua, rakan sekerja dan kakitangan bawahan
5
5. Penampilan dan ketrampilan diri 5
6. Kesediaan menerima arahan/teguran 5
7. Kestabilan emosi 5
Jumlah 35
Skor = (Jumlah/35) x 100% x 10%
• Untuk mendapatkan penilaian sahsiah yang adil, penilaian perlu dibuat oleh Penilai I dan Penilai II. Kaedah penentuan Penilai I dan Penilai II adalah sama dengan yang terpakai untuk Penilai dalam borang SKT.
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
Lampiran C
CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT GURU BAHASA BIL. PROSES KERJA CARTA ALIR
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
Terima dokumen permohonan kenaikan pangkat daripada pemohon. Kemukakan surat makluman penerimaan permohonan kepada pemohon. Semak dokumen permohonan yang diterima dengan peraturan-peraturan sedia ada. Kemukakan dokumen permohonan kepada Dekan/Pengarah untuk penilaian. Terima laporan penilaian daripada Dekan/Pengarah. Kemukakan surat makluman kepada pemohon. Simpan sesalinan dokumen-dokumen permohonan dan surat-surat yang berkaitan di dalam fail pentadbiran dan fail peribadi. Kemukakan Laporan Penilaian Dekan/Pengarah kepada Jawatankuasa Penapis UMT untuk perakuan. Jawatankuasa Penapis menimbang kelayakan pemohon dan mencadangkan nama Penilai Dalam. Kemukakan surat penolakan/makluman kepada pemohon. Simpan sesalinan dokumen-dokumen permohonan dan surat-surat yang berkaitan di dalam di dalam fail pentadbiran dan fail peribadi.
Sokong Tidak sokong Layak Tidak layak
MULA
1
2
4
5
3
6
TAMAT
8
9
10
TAMAT
7
A
11
UMT/PEND/GP/J02 15
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
BIL. PROSES KERJA CARTA ALIR
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
Terima keputusan daripada Jawatankuasa Penapis UMT bersama-sama dengan nama Penilai Dalam. Kemukakan makluman status permohonan kepada pemohon. Kemukakan borang penilaian dan dokumen permohonan kepada Penilai Dalam yang dilantik. Terima laporan penilaian daripada Penilai Dalam. Kemukakan Laporan Penilaian daripada Penilai Dalam kepada Jawatankuasa Penapis UMT untuk perakuan. Kemukakan surat penolakan kepada pemohon jika tidak perakukan oleh Jawatankuasa Penapis UMT. Simpan sesalinan dokumen-dokumen permohonan dan surat-surat yang berkaitan di dalam di dalam fail pentadbiran dan fail peribadi. Kemukakan makluman status permohonan kepada pemohon. Kemukakan dokumen permohonan kepada Jawatankuasa Pemilih untuk urusan temu duga. Simpan sesalinan dokumen-dokumen permohonan dan surat-surat yang berkaitan di dalam fail pentadbiran dan fail peribadi.
Peraku Tidak peraku
12
A
13
14
15
TAMAT
19
17
18
21
20
TAMAT
16
UMT/PEND/GP/J02 16
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
TABURAN MARKAH DAN CARA MENILAI KRITERIA KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN GURU BAHASA GRED DG44
KRITERIA MARKAH
MAKSIMUMCARA MENILAI
PENGAJARAN (75%)
Pengajaran (100%)
60 Minimum 2 kursus setahun untuk pelajar pra siswazah(ditentukan oleh jabatan)
20 Penilaian pengajaran oleh pelajar 20 Folio Pengajaran
KEPIMPINAN AKADEMIK
DAN SUMBANGAN
KEPADA UNIVERSITI
(5%)
Kepimpinan Akademik Kepada
Universiti (70%)
100
Markah dinilai berdasarkan kepada :- i. Penglibatan dalam jawatankuasa
kerja di peringkat universiti atau fakulti; dan
ii. Prestasi kepimpinan yang ditunjukkan.
Sumbangan Kepada
universiti (30%)
100
Markah dinilai berdasarkan kepada :- i. Terlibat secara aktif dalam aktiviti
universiti selain daripada kegiatan akademik seperti sukan, rekreasi dan kebudayaan.
KEPIMPINAN AKADEMIK
DAN SUMBANGAN
KEPADA MASYARAKAT
/NEGARA (10%)
Sumbangan Kepada
Masyarakat Dan Negara (100%)
100
Markah dinilai berdasarkan kepada :- i. Penglibatan dalam aktiviti
kemasyarakatan seperti program ‘outreach’/ kerja-kerja amal/badan-badan beruniform/NGO
ii. Penglibatan dalam kerja-kerja perundingan;
iii. Penglibatan dalam jawankuasa kerja peringkat negeri dan negara; dan
iv. Penglibatan dalam organisasi seperti Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan badan-badan sukan di peringkat negeri dan negara.
UMT/PEND/GP/J02 17
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
TABURAN MARKAH DAN CARA MENILAI KRITERIA KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN GURU BAHASA GRED DG48
KRITERIA MARKAH
MAKSIMUMCARA MENILAI
PENGAJARAN (70%)
Pengajaran (100%)
60 Minimum 2 kursus setahun untuk pelajar pra siswazah/siswazah (ditentukan oleh jabatan)
20 Penilaian pengajaran oleh pelajar 20 Folio Pengajaran
KEPIMPINAN AKADEMIK
DAN SUMBANGAN
KEPADA UNIVERSITI
(10%)
Kepimpinan Akademik Kepada
Universiti (70%)
100
Markah dinilai berdasarkan kepada :- i. Penglibatan dalam jawatankuasa
kerja di peringkat universiti atau fakulti; dan
ii. Prestasi kepimpinan yang ditunjukkan.
Sumbangan Kepada universiti
(30%) 100
Markah dinilai berdasarkan kepada :- i. Terlibat secara aktif dalam aktiviti
universiti selain daripada kegiatan akademik seperti sukan, rekreasi dan kebudayaan.
KEPIMPINAN AKADEMIK
DAN SUMBANGAN
KEPADA MASYARAKAT
/NEGARA (10%)
Sumbangan Kepada
Masyarakat/Negara(100%)
100
Markah dinilai berdasarkan kepada :- i. Penglibatan dalam aktiviti
kemasyarakatan seperti program ‘outreach’/ kerja-kerja amal/badan-badan beruniform/NGO
ii. Penglibatan dalam kerja-kerja perundingan;
iii. Penglibatan dalam jawankuasa kerja peringkat daerah dan negeri dan negara; dan
iv. Penglibatan dalam organisasi seperti Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan badan-badan sukan di peringkat negeri dan negara.
UMT/PEND/GP/J02 18
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
TABURAN MARKAH DAN CARA MENILAI KRITERIA KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN GURU BAHASA GRED DG52
KRITERIA MARKAH
MAKSIMUMCARA MENILAI
PENGAJARAN (65%)
Pengajaran (100%)
60 Minimum 2 kursus setahun untuk pelajar pra siswazah/siswazah (ditentukan oleh jabatan)
10 Penilaian pengajaran oleh pelajar 10 Penilaian pengajaran oleh Panel Penilai 20 Folio Pengajaran
PENERBITAN (5%)
Penerbitan (100%) 100
minimum 1 modul pengajaran dalam bidang berkaitan (tambahan) /minimum 1 artikel ilmiah dalam jurnal tempatan atau prosiding
KEPIMPINAN AKADEMIK
DAN SUMBANGAN
KEPADA UNIVERSITI
(10%)
Kepimpinan Akademik
Kepada Universiti (70%)
100
Markah dinilai berdasarkan kepada :- i. Penglibatan dalam jawatankuasa
kerja di peringkat universiti atau fakulti; dan
ii. Prestasi kepimpinan yang ditunjukkan.
Sumbangan Kepada universiti
(30%) 100
Markah dinilai berdasarkan kepada :- i. Terlibat secara aktif dalam aktiviti
universiti selain daripada kegiatan akademik seperti sukan, rekreasi dan kebudayaan.
KEPIMPINAN AKADEMIK
DAN SUMBANGAN
KEPADA MASYARAKAT/
NEGARA (10%)
Sumbangan Kepada
Masyarakat /Negara (100%)
100
Markah dinilai berdasarkan kepada :- i. Penglibatan dalam aktiviti
kemasyarakatan seperti program ‘outreach’;
ii. Penglibatan dalam kerja-kerja perundingan;
iii. Penglibatan dalam jawankuasa kerja peringkat negeri dan negara; dan
iv. Penglibatan dalam organisasi seperti Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan badan-badan sukan di peringkat negeri dan negara.
UMT/PEND/GP/J02 19
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
FORMAT CURRICULUM VITAE (CV) Curriculum Vitae pemohon hendaklah ditaip dalam Bahasa Inggeris menggunakan kertas bersaiz A4 dan mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut :- EXECUTIVE SUMMARY SECTION I : PERSONAL AND SERVICE PARTICULARS 1. Personal Information (with current picture)
Name Department/Faculty/Specialization Field Identification number Date of birth Contact number/email
2. Academic/Professional and other Qualifications (including PTK) 3. Employment Records
Date of commencing service Date of confirmation Date of appointment to the current position Salary grade and current withdrawn salary Date of annual salary movement
4. In-Service Academic/Professional Training 5. Awards in Academic/Professional Field 6. Member/Adviser of Professional Organization 7. Consultancy Activities 8. Administrative Duties and other Responsibilities
University Level Faculty Level Departmental Level National Level International Level
9. Conferences/Workshop and Seminar Attended SECTION II : ACADEMIC INFORMATION 1. Teaching 2. Supervision
Postgraduate Undergraduate
3. Research Activities Completed On-going
4. International Linkages/Networking 5. Publications
Refereed Articles in Journals/Books Research Papers Accepted for Publications Submitted Papers – Under Review Proceeding of Conference/Seminar/Workshop Book of Abstract of Conference/Seminar/Workshop Technical and Consultancy Reports (Reviewed by Steering/Technical Committee) Unpublished Reports/Articles
6. Evaluation Activities 7. Editorial Activities 8. Extension and Public Service 9. Academic Referees 10. Declaration
UMT/PEND/GP/J02 20
Garis Panduan dan Kriteria Kenaikan Pangkat Guru Bahasa (UMT)
UMT/PEND/GP/J02 21
CONTOH SURAT PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT GURU BAHASA UMT/<no. kad pengenalan pegawai> Tarikh : ________________ Pendaftar, Pejabat Pendaftar, Universiti Malaysia Terengganu. Melalui :- Dekan, Fakulti ______________, Fakulti Pemohon Universiti Malaysia Terengganu. Melalui :- Ketua, Jabatan ______________, Jabatan dan Fakulti ______________, Fakulti Pemohon Universiti Malaysia Terengganu. Tuan, PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN (NAMA JAWATAN DAN GRED YANG DIMOHON) Saya dengan segala hormatnya, ingin merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan, saya telah memenuhi semua syarat untuk kenaikan pangkat ke jawatan (Nama Jawatan Dan Gred Yang Dimohon) dan bidang kepakaran saya ialah (bidang kepakaran). Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini saya sertakan salinan biodata terkini (CV) dan salinan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tindakan pihak tuan selanjutnya. 3. Semoga permohonan saya ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Segala kerjasama yang diberikan amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar, (NAMA PEMOHON) Jawatan : __________________ K/P : xxxxxx-xx-xxxx