plan strategik 2012-2015 · 2014. 1. 15. · 2 pelan strategik kuo 2012-2015 prakata penggubalan...
TRANSCRIPT
0
Pelan Strategik KUO 2012-2015
PLAN STRATEGIK2012-2015
1
Pelan Strategik KUO 2012-2015
PELAN STRATEGIK
2012-2015
Kolej Ungku Omar (KUO)Universiti Kebangaaan Malaysia (UKM)
ISI KANDUNGAN
Bil Kandungan Muka Surat
1 Prakata 22 Pengenalan 33 Tujuan Penggubalan Pelan Strategik 34 Penubuhan Kolej Ungku Omar, UKM 35 Falsafah KUO 36 Visi 37 Misi 38 Motto KUO 49 Matlamat 410 Struktur Organisasi dan Pentadbiran 411 Fungsi Organisasi 512 Proses Penyediaan Perancangan dan Pelan Strategik 613 Pengumpulan dan Analisis Maklumat 614 Pemprosesan Input 615 Strategi, Objektif dan Tindakan 716 Pengurusan Kolej 717 Pembangunan Sahsiah Pelajar 1018 Pelaksanaan 1219 Kesimpulan 1320 Rujukan 13
2
Pelan Strategik KUO 2012-2015
PRAKATA
Penggubalan Pelan Strategik Kolej Ungku Omar (KUO), Universiti Kebangsaan Malaysia merupakansatu usaha untuk mempertingkatkan kualiti dan perkhidmatan KUO ke arah yang lebih baik dan relevan.Pelan strategik bagi tempoh 2012-2015 ini, amat penting bagi merangka perancangan serta tindakan bagimencapai hasrat dan matlamat penubuhan KUO. Peredaran masa yang pantas memerlukan perubahandari segi perancangan, cara kerja, sasaran dan juga strategi serta kaedah untuk mencapai sasaran yangtelah ditetapkan. Pelan Tindakan Strategik KUO 2012-2015 merupakan pelan tindakan yang pertamadiwujudkan sejak penubuhan. Pelan ini diharapkan dapat menjadi panduan utama dalam pelaksanaanpengurusan KUO dari segi pengurusan penginapan dan kemudahan pelajar, perancangan aktiviti sertaprogram pembangunan keupayaan pelajar serta memacu transformasi KUO sebagai sebuah kolejkediaman pelajar selari dengan transformasi Universiti Kebangsaan Malaysia.Bagi memantapkanprogram-program pembangunan kompetensi pelajar, barisan pentadbiran dan FeloKUOsentiasamelihat ke hadapan dalam menyediakan keperluan-keperluan kemahiran berimpak tinggi kepadapelajar, khasnya dari segi pengendalian kontrak pembelajaran dan pembentukan kemahiran insaniah.Elemen kemahiran insaniah berimpak tinggi menurut 8 bidang keutamaan HPP yang ditetapkan olehKementerian pengajian Tinggi dan UKM merupakan elemen nilai tambah yang perlu diserapkan kepadapara pelajar bagi menjamin kebolehpasaran mereka. Pelan Strategik ini telah menumpukan beberapasasaran dan tindakan khusus yang perlu diambil untuk mempertingkatkan lagi kemahiraninsaniahpelajar.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalammerealisasikan kewujudan pelan strategik KUO 2012-2015ini. Adalah menjadi harapan saya danpentadbiran kolej ini agar semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan penuh hemah dan sistematikdan mengambil kira keperluan semasa serta aspirasi UKM untuk mengilhamkan harapan, mencipta masadepan khususnya pada tempoh 2012-2015 sejajar dengan motto KUO iaitu “Berpadu BertambahMutu”.
Mejar Dr. Azahan AwangPengetuaKolej Ungku OmarUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
MerangkapPengerusi JawatankuasaPenggubalan Pelan Strategik KUO 2012-2015
3
Pelan Strategik KUO 2012-2015
1.0 PENGENALAN
1.1 Tujuan Penggubalan Pelan Strategik
Penggubalan Pelan Strategik KUO 2012-2015 merupakan satu dokumen pelan perancangan yangsignifikan dan relevan dengan keperluan masa kini. Pelan ini merupakan satu dokumen hasrat danpanduan dalam merancang serta melaksana tindakan pada masa akan datang dengan lebih sistematik dancekap. Pelan yang kali pertama diwujudkan oleh KUO ini akan menjadi dokumen oleh jenterapentadbiran dan FeloKUOke arah memastikan matlamat organisasi tercapai. Dokumen ini juga pentinguntuk memantau pelaksanaan kerja berdasarkan kepada sasaran serta penunjuk-penunjuk yang telahdikenalpasti. Pelaksanaan pelan ini akan dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiranKUO termasuklah profesionalisme dalam perkhidmatan kepada pelajar, pembangunan kompetensipelajar dan meningkatkan profil KUO sebagai pusat perkembangan kebudayaan, kesenian dan jati dirikebangsaan di UKM.
1.2 Penubuhan Kolej Ungku Omar
Kolej Ungku Omar dibina pada 23 jun 1976 dan siap pembinaanya pada 7 Januari 1978 dengan kelulusan220 kaki persegi. Kolej Ungku Omar mempunyai empat blok asrama, 23 blok pangsasiswa dan tiga blokpangsarama yang mampu menempatkan seramai 1024 orang penghuni. Dengan akronim KUO, kolej inidinamakan sempena seorang tokoh perubatan Negara – Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Ungku Omar binAhmad. Beliau dilahirkan pada 18 Januari 1931 di Johor Bahru dan mendapat pendidikan awal diSekolah Melayu Kluang.Prof. Dato’ Dr. Ungku Omar adalah seorang yang prolifik, pernah menghasilkan40 kertas kerja dalam bidang perubatan. Prinsip “kesihatan itulah kemajuan” dan “tak sihat manakanmaju” telah ditegaskan oleh beliau ketika memperjuangkan Bahasa Melayu dalam perubatannegara.Antara sumbangan signifikan beliau yang lain ialah peranan besar dalam penubuhan UniveristiKebangsaan Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 15 Februari 1969 ketika berusia 38 tahun.
Lokasi Kolej Ungku Omar berdekatan dengan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Fakulti Ekonomidan Perniagaan (FEP) serta dengan bangunan kemudahan seperti Pusanika, Perpustakaan Tun SeriLanang (PTSL), Pusat Kesihatan menjadikan Kolej Ungku Omar sebagai salah satu kolej yang menjadirebutan tempat tinggal pelajar. Selain itu, prasarana Kolej Ungku Omar lengkap dengan kedai fotostat,kedai dobi, C-mart, kafeteria, pusat siber, pusat sumber, bilik ICT dan kemudahan beriadah sepertigimnasium, gelanggang bola keranjang, sepak takraw, badminton, dan skuasy.
Pelajar Kolej Ungku Omar aktif dalam pelbagai aktiviti dan sering meraih kejayaan dalam bidangakademik, sukan dan kebudayaan. Sekretariat MEP dan kelab-kelab yang ditubuhkan menjadi pelantarbagi pelajar Kolej Ungku Omar menyerlahkan bakat-bakat mereka.
1.3 Falsafah Kolej
Paduan jati diri kebangsaan, kompeten dari segi pengetahuan, kemahiran insaniah dan berdaya saingadalah dasar utama pembentukan pelajar yang holistik dan seimbang.
1.4 Visi
Bertekad menjadi kolej akademik yang terkehadapan membangunkan sifat dan semangat kekolejan dalamkalangan pelajar dengan menggabungkan ilmu dan kompetensi generik bagi menghasilkan pelajar yangberdaya saing dalam masyarakat.
1.5 Misi
Melahirkan pelajar berilmu dan menguasai kemahiran insaniah agar berdaya saing selaras dengan falsafahdan wawasan universiti.
4
Pelan Strategik KUO 2012-2015
1.6Motto Kolej
Berpadu Bertambah Mutu
1.7 Matlamat Kolej
Melahirkan pelajar cemerlang yang dapat:
1. Mengaplikasi ilmu dan kemahiran generik dalam kerjaya
2. Mencerminkan sifat dinamis dan akhlak mulia.
3. Memaksimumkan kemudahan tempat tinggal yang disediakan kolej bagi proses pembelajaran
4. Meningkatkan kemahiran insaniah melalui program yang dirancang secara sistematik.
1.8 Struktur Organisasi dan Pentadbiran
KUO ditadbir oleh seorang Pengetua dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengetua. Pengetuabertanggungjawab terhadap keseluruhan perancangan, pentadbiran dan kewangan Kolej. TimbalanPengetua pula bertanggungjawab membantu Pengetua khususnya dalam hal ehwal pentadbiran, aktivitidan kebajikan pelajar. KUO juga mempunyai seorang Pengurus Asrama, seorang Penolong PengurusAsrama, seorang Penyelia Asrama, seorang Pembantu Tadbir dan 4 orang Pembantu Am Pajabat untukmengurus perkhidmatan penginapan dan kemudahan pelajar.
Pengurusan KUO juga dibantu oleh seorang Felo Kanan dan 8 orang Felo. Mereka jugabertindak sebagai penasihat serta penyelia aktiviti-aktiviti pelajar di KUO. Disamping itu, MajlisEksekutif Pelajar (MEP) yang terdiri 15 orang pelajar dilantik bagi membantu pentadbiran KUOberkaitan hal ehwal kebajikan dan aktivitipelajar.
5
Pelan Strategik KUO 2012-2015
Rajah 1: Struktur Pentadbiran KUO 2013-2015
1.7 Fungsi Organisasi
Sebagai salah sebuah kolej kediaman di UKM, KUO berperanan memberikan perkhidmatan penginapandan kemudahan pelajar. Sejak penubuhan KUO hingga kini, perkhidmatan penginapan adalah meliputipenyediaan bilik-bilik pelajar yang lengkap dengan peralatan dan perabot yang sesuai. Bilik penginapanditawarkan kepada semua pelajar UKM sama ada di peringkat prasiswazah mahupun pascasiswazah.Berikut adalah jenis bilik penginapan yang ditawarkan;
• Bilik Asrama (Bilik berdua)• Bilik Pangsasiswa (Bilik Seorang)• Pangsarama (4 orang satu bilik pangsarama)
Mejar Dr. Azahan AwangPengetua
Nik Hairi OmarTimbalan Pengetua
Tuan Hj. Mat Yusof AchinPengurus Kanan Asrama
Mohd Shah Rizal Bin OthmanFelo Kanan
Puan Noralisma IsmailTimbalan Pengurus Asrama
En. Muhd Syahir Bin Muhd SaufiPembantu Tadbir
Pn. Nobiha IbrahimPenyelia Asrama (Pentadbiran)
Pn. Naaimah Binti HassanPembantu Am Pejabat Kanan
En. Mohd Helmi Bin ZainalPembantu Am Pejabat Kanan
En. Mazelan Bin K. SaidaliPembantu Am Pejabat Kanan
Pn. Kamaliyah Binti DarosPembantu Am Pejabat
FELO:
Mashrom Muda
Chong Yee May
Lim Seng Joe
Mohd Syariefudin
Muhd Helmi Othman
Komate Ramaya
Zaidi Bin Yusof
Najwa Hanis Bt Azmi
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
6
Pelan Strategik KUO 2012-2015
KUO juga berfungsi sebagai pusat aktiviti pelajar. Pelajar diberikan peluang untuk menjalankan aktivitisekaligus membangunkan kemahiran insaniah mereka sebagai nilai tambah kepada kemahiran akademikyang diperolehi di Fakulti. Semua aktiviti pelajar diselia dan dibimbing oleh seorang Felo penasihat danmengikut bidang seperti berikut:
• Akademik dan English Speaking Zone (ESZ)• Hal Ehwal Siswi• Integrasi dan Perpaduan Kaum• Kebajikan• Kerohanian dan Sivik• Keselamatan• Kesenian, Kebudayaan dan Warisan• Keusahawanan• Penerbitan dan ICT• Pengantarabangsaan, Hubungan Luar dan Alumni• Sukan dan Rekreasi
2.0 PROSES PENYEDIAAN DAN PERANCANGAN PELANSTRATEGIK
2.1 Pengumpulan dan Analisis Maklumat
Dalam merangka Pelan Strategik ini, pelbagai sumber maklumat telah diperolehi dari pihak-pihakberkepentingan sama ada di dalam atau di luar Kolej. Penggubalan Pelan Strategik KUO 2012-2015berdasarkan kepada Pelan Strategik UKM 2005-2010, Pelan Transformasi UKM dan PengiktirafanAutonomi UKM 2012. Segala input yang diperolehi dari pelbagai perjumpaan dan mesyuarat di peringkatuniversiti dan dokumen rasmi Kementerian Pengajian Tinggi turut telah diambil untuk diterjemahkandalam bentuk tindakan yang praktikal.
Jawatankuasa Penggubal Pelan Strategik KUO melihat aspek pembangunan sahsiah pelajar yang meliputikemahiran-kemahiran insaniah yang perlu diperolehi para pelajar sebagai nilai tambah di sampingpencapaian akademik. Aspek perkhidmatan penginapan dan kemudahan pelajar juga diberikanpenekanan.
2.2 Pemprosesan Input
Pemprosesan input melalui dua aktiviti iaitu:
a) Retreat Pemantapan Pentadbiran dan Felo KUO
Perolehan input bagi merangka dan menggubal pelan ini telah dimulakan sejak tahun 2011 melalui siriretreat pemantapan pentadbiran dan FeloKUO yang memberikan penumpuan kepada dua aspek utamaiaitu pengurusan kolej dan aktiviti pembangunan sahsiah pelajar. Hasil perbincangan mendapati aspekberikut perlu diberi perhatian bagi proses trasformasi Kolejmerangkumi:
i) Pengurusan Aktiviti Pelajar:
Dasar perancangan aktiviti pelajar Fokus dan bentuk penganjuran aktiviti Hasil pembelajaran aktiviti pelajar Penglibatan pelajar sarjana dan PhD
7
Pelan Strategik KUO 2012-2015
Pembangunan KPI Kolej dan Felo berasaskan bidang keutamaan KUO
ii) Pengurusan Maklumat dan Publisiti
Pemantapan laman sesawang kolej untuk kekal sebagai laman web PTJ terbaik Penyusunan semula rekod aktiviti pelajar Pembangunan penunjuk prestasi utama kolej Mewujudkan jaringan Alumni KUO
iii) Pentadbiran dan Kemudahan Kolej
Sistem penyampaian maklumat Pengurusan Pengaduan Pelajar Perkhidmatan Kolej Prosedur kerja pentadbiran kolej Penaiktarafan kemudahan pelajar Sistem fail dan borang
b) Bengkel Pemantapan Strategi dan Pelan Tindakan
Pengumpulan maklumat dan juga perbincangan terfokus pelan strategik KUO2012-2015 telahdiadakan pada 29Jan2012 di Port Dickson dan kemudian diperkuatkan lagi pada Bengkel Strategik KUOdi Pulau Pangkorpada 18 Oktober 2012. Perbincangan adalah tertumpu kepada pemurnian kerangkapelan strategik yang telah ditambahbaik dengan mengambil kira perkembangan-perkembangan terbarudalam struktur pentadbiran KUO dan UKM. Pelan strategik telah disusun semula mengikut dua terasstrategik yang utama iaitu:
• Pengurusan Kolej (meliputi pentadbiran, penempatan, perkhidmatan dan kewangan)• Pembangunan Sahsiah Pelajar
3.0 STRATEGI, OBJEKTIF DAN TINDAKAN
3.1 Pengurusan Kolej
Pengurusan Kolej meliputi aspek pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan. Berikut adalahstrategi, objektif dan tindakan yang telah digariskan iaitu:
Strategi : Pengurusan Kolej yang cekap untuk pelajar
Objektif :1) Mempertingkatkan kualiti pentadbiran Kolej.2) Memberikan perkhidmatan bermutu.3) Mematuhi prosedur kewangan.
8
Pelan Strategik KUO 2012-2015
Objektif 1: Mempertingkatkan kualiti pentadbiran Kolej Penunjuk Prestasi PencapaianUtama (KPI)
Aktiviti Penunjuk PrestasiUtama
Sasaran Portfolio Agensi terlibat
a) Menyediakan maklumatpenginapan terkini danlengkap
100 % maklumatdimasukkan dalamSistem UnitPerumahan Pelajar
1 September2012
Pengurus KUO dan UnitPerumahanPelajar (UPP)
b) Menyediakan cartaalir proses - prosesberkaitan pengurusanpenginapan
1 carta alir yangditampal di papankenyataan
1 September2012
Pengurus KUO
c) Menyediakan borangaduan berkaitanperkhidmatan dankemudahan
Maklumbalas aduandalam masa 3 haribekerja
1 September2012
Pengurus KUO
d) Menyediakan latihanuntuk kakitangan supayaterlatih dalammemberikanperkhidmatan kepadapelajar
7 hari ataubersamaan 42 jamsetahun
31Disember2012
Pengetua UnitLatihan & UPP
e) Mewujudkan KumpulanInovasi dan Kreatif(KIK)
1 pertandingan KIKsetiap tahun
Mulai 1April 2013
TimbalanPengetua
KUO &Pendaftar
f) Maklumat peraturankolej
Maklumatperaturandipamerkan di setiapblok
1 September2012
TimbalanPengetua
KUO
g) Menyediakan pelankebakaran
Pelan dipamerkan disetiap blok
1 September2012
PenolongPengurus
JKKP&KUO
h) Telefon kecemasan danpegawai insiden
dipamerkan di setiapblok
1 September2012
Pengurus JKKP& KUO
i) Memastikan alatpenggera kebakaran, alatpemadam api berfungsi
Diaudit setiap 3bulan
MulaiSeptember2012
Pengurus JKKP,kontraktor dan& KUO
j) Pemantauan kepatuhanperaturan asrama pelajar
Pemeriksaan blokdan asrama sekalisetiap semester
MulaiSeptember2012
Pengurus KUO
k) Melaksanakan kawadkebakaran
1 kali setiap sesipengajian
MulaiSeptember2012
Pengurus KUO, JKKP,Bomba,KeselamatanUKM
9
Pelan Strategik KUO 2012-2015
Objektif 2: Memberikan perkhidmatan bermutu.Aktiviti Penunjuk Prestasi
UtamaSasaran Portfolio Agensi terlibat
a) Penyedian borangpinjaman peralatan dantempahan ruang
100% pinjaman dantempahanmenggunakan borang
1 September2012
Pengurus KUO
b) Menyediakankemudahan lengkap diruang rehat pelajar
Setiap ruang rehatterdapat1 televisyen, 1 set sofadan1 peti ais
1 September2012
Pengurus KUO& UPP
c) Menyediakan BilikPengurusan MEP yanglengkap
Mempunyai : 1komputer danpencetak, 1 set sofa,1set kerusi meja setiapexco dan bilikberhawa dingin
1 September2012
Pengurus KUO& UPP
d) Menyediakan bilik pantriyang lengkap
1 pantri setiap blokasrama /pangsarama
1 September2012
Pengurus KUO& UPP
e) Menyediakanperpustakaan yanglengkap
set meja dan kerusi,rak buku, bahanbacaan
Mulai 1April 2013
Pengurus KUO
f) Menyediakan bilikaktiviti pelajar yanglengkap
Menyediakan 1 bilikaktiviti sebaguna dansatu bilik aktivitiberhawa dingin danstor
1 Jan 2013 Pengurus KUO& UPP
g) Menyediakan bilikpentadbiran Felo
1 set sofa, 1 set mejamesyuarat dan bilikberhawa dingin
1 September2012
Pengurus KUO& UPP
h) Memastikan kedaiserbanika menjual barangkeperluan yang sesuaidengan permintaanpelajar.
85% Maklumbalaspelajar berpuashati
1 September2012
Pengurus KUO
i) Memastikan kebersihankafeteria dipertingkatkan
≥ Gred B MulaiSeptember2012
Pengurus KUO & PusatKesihatan
j) Menyediakankemudahan peralatansukan
1 set peralatanuntuk sukan yangdipertandingkandalam SUKEM
MulaiSeptember2012
Pengurus KUO dan JPP
k) Menyelenggarakemudahan prasaranasukan/riadah
3 gelanggang sukanyang ada
MulaiSeptember2012
Pengurus KUO dan JPP
l) Menaik taraf semasasecara berperingkat bilikpenginapan pelajar
Semua bilikpenginapan pelajar
1 Januari2015
Pengurus KUO dan JPP
10
Pelan Strategik KUO 2012-2015
m) Menaik taraf lanskapkemudahan penghuniKUO secaraberperingkat
Semua lanskapkemudahan kolej
1 Januari2015
Pengurus KUO dan JPP
n) Menyediakankemudahan/infrastruktur pelajarberdasarkan keperluan
≥ 2 projek untuk 3sesi
1 Januari2015
Pengurus KUO dan JPP
Objektif 3: Mematuhi prosedur kewanganAktiviti Penunjuk Prestasi
UtamaSasaran Portfolio Agensi terlibat
a) Merancang belanjawantahunan
Bengkelbelanjawan setiaptahun
30November2012
Pengurus KUO
b) Mengoptimumkanperbelanjaan tahunan
100%peruntukkandibelanjakan
31 Disember2012
Pengurus KUO,Bendahari &UPP
c) Mematuhi prosedurperolehan Universiti
Tiada penerimaansuratAP 59
1 Jan 2013 Pengurus KUO,Bendahari &UPP
d) Merekod aset daninventori dengan cekap
Merekod dalamtempoh 7 haribekerja
31Disember2012
Pengurus KUO,Bendahari &UPP
e) Meluluskan peruntukanaktiviti pelajar
Tiada penerimaansurat AP 65
Mulai 1April 2013
Pengetua KUO
f) Mematuhi prosedurpenerimaan kewanganUniversiti
Permohonandiluluskan dalamtempoh 5 haribekerja
31Disember2012 Pengetua
KUO,BendahariUKM& UPP
g) Menguruskanpembayaran dengancekap
Menghantar notabayaran dalamtempoh 5 haribekerja
1 September2012
Pengurus KUO&Bendahari
h) Menjana kewanganuniversiti
100% permohonansewaan luar diproses
1 Januari2013
Pengurus KUO& UPP
11
Pelan Strategik KUO 2012-2015
3.2 Pembangunan Sahsiah Pelajar
Pembangunan sahsiah pelajar adalah salah satu daripada perkara penting untuk melahirkan modalinsan yang mahir dan unggul. Kemahiran insaniah diperolehi adalah daripada hasil-hasil pembelajarandalam aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan di Kolej bagi memberikan nilai tambah kepada pelajar.Berikut adalah strategi, objektif dan tindakan yang telah dikenalpasti:
Strategi : Menjana keupayaan dan kemahiran pelajar.
Objektif :
1. Merangka aktiviti pelajar yang berkualiti2. Melahirkan pelajar yang unggul
Objektif 1: Merangka aktiviti pelajar yang berkualitiAktiviti Penunjuk
Prestasi UtamaSasaran Portfolio Agensi
terlibata) Menyediakan
perancangan aktivitipelajar setiap sesipengajian
1 bengkelperancanganaktiviti setiaptahun
MulaiSeptember2012
Pengetua P’tadbiran,Felo&MEPKUO&JPPel
b) Menyediakanperuntukan kewanganuntuk aktiviti yangdirancang
100% aktiviti yangdirancangmendapatperuntukan
1 September2012
Pengetua KUO&Bendahari
c) Menggalakkan pelajarmemperolehi dana luar
≥ 1 agensi menajaaktiviti pelajar
1 September2012
Pengetua KUO,Bendahari &Penyelia,Agensi luar
d) Memastikan programberlandaskan 8 hasilpembelajaran
≥ 1 hasilpembelajarandalam 1 aktiviti
1September2012
TimbalanPengetua
KUO,Penyelia,JPPel& PAP
e) Memastikan programpelajar bersamamasyarakat atauprogram berimpaktinggi
≥ 1 hasil LC/kegiatanpembelajaran luarberimpak tinggi
1September2012
TimbalanPengetua
KUO,Penyelia,JPPel& PAP
f) Menggalakkan pelajarmelaksanakan programoutbound dan inboundmobility
1 programoutbound dalamsatu sesi
31 Julai2014
TimbalanPengetua KUO& JPPel
g) Memberi pendedahantentang pembangunankemahiran insaniah danhasil pembelajaranaktiviti
1 kali dalamsetahun
31Oktober2012
TimbalanPengetua KUO, PAP,JPPel
h) Menyediakan kursusuntuk pembangunankeupayaan dankemahiran pelajar
1 kursus setahun 31Disember2012
Timbalanpengetua
KUO
12
Pelan Strategik KUO 2012-2015
i) Pemarkahan LC tepatpada masa
Penjanaan markahdalam tempoh 3bulan selepastamat LC
1September2012
Pengetua &TimbalanPengetua
KUO, JPPel,PAP, Penyelia
j) Mewujudkan hubungandengan agensi luardalam aspekpenganjuran aktiviti
≥ 1 agensi luarbekerjasamadengan aktivitipelajar
1September2012
MEP KUO& Agensiluar
k) MemperkasakanprogramESZ di kolej
≥ 1 program ESZsetiap tahun atausesi
31Disember2013
TimbalanPengetua
MEP, FeloKUO
l) Memperkasakanprogram kepelbagaianetnik dan budaya
≥ 2 programkebudayaan dankesenian setiaptahun
MulaiSeptember2012
Felo KUOFeloJPPel
m) Pemantauan setiapaktiviti pelajar LC
≥ 1 program MEPsetiap Felo
MulaiSeptember2012
Felo KUOJPPelPAPFelo
Objektif 2: Melahirkan pelajar yang unggulAktiviti Penunjuk Prestasi
UtamaSasaran Portfolio Agensi terlibat
a) Mewujudkan anugerahdan penghargaanpenglibatan pelajar
Menganjurkan 1Malam AnugerahTahunan
1 September2012
Pengetua KUO
b) Menyediakan transkripaktiviti pelajar sepanjangsesi pengajian
1transkrip aktivitisetiap pelajar
31 Disember2013
Pengetua KUO
c) Memastikan semuapelajar KUO memenuhi8 Kredit LC
Semua pelajar tahun1 wajib terlibatminimum 1 LC ditahn pertama
1 September2012
TimbalanPengetua
KUO, JPPEL,PAP
d) Membentuk pelajar yangmempunyai jati dirikebangsaan yang tinggi
80% pelajarmengikuti programjati diri
31 Januari2013
Pengetua KUO danAgensi Luar
e) Pemantauan aktivitipelajar yang berimpaktinggi
≥ 2 program setiapsesi
MulaiSeptember2012
Felo KUO, Felo,MEP, JPPel,PAP
4.0 PELAKSANAAN
Semua perancangan yang telah digariskan adalah menjadi asas dan panduan dalam pentadbiran danpengurusan KUO. Elemen pelan strategik dilaksanakan melalui penglibatan pihak pentadbiran, Felo,MEP, pelajar dan pihak berkepentingan (stakeholder). Segala perancangan, perlaksanaan danpemantauan dilaksanakan melalui:
13
Pelan Strategik KUO 2012-2015
a. Mesyuarat Pengurusan Kolej.
Mesyuarat ini dijalankan bersama dengan pihak kontraktor berkaitan di KUO pada DUA bulan sekalibagi membincangkan hal ehwal pembangunan dan kebajikan pelajar. Satu jadual mesyuarat disediakanoleh pentadbiran KUO.
b. Mesyuarat Pentadbiran.
Mesyuarat Pentadbiran dijalankan minimum sekali dalam Dua (2) bulan, melibatkan kakitanganpengurusan kolej, Felo kanan dan YDP MEP membincangan pentadbiran, pembangunan, hal ehwal Felodan pelajar.
c. Mesyuarat Felo.
Mesyuarat Felo juga dilaksanakan minimum sekali dalam DUA bulan bagi membincangkan hal ehwalFelo dan pembangunan pelajar untuk dibawa ke mesyuarat pentadbiran kolej.
d. Mesyuarat MEP.
Segala perancangan dan perlaksanaan aktiviti serta kebajikan pelajar dibincangkan dalam mesyuaratbulanan MEP untuk dibawa ke mesyuarat pentadbiran kolej.
Mesyuarat-mesyuarat di atas menjadi platform utama dalam menilai pencapaian Pelan Strategik KUO2012-2015. Kepengetuaan sebagai tunggak kolej bertanggungjawab memastikan kesemua perancanganyang telah digariskan ke arah penambahbaikan sistem kolej secara keseluruhan. Portfolio-portfolio yangdiberikan tanggungjawab seperti pihak pentadbiran, Felo dan MEP akan dipantau secara berkala melaluipencapaian semasa KPI masing-masing. Pengurusan kolej akan memastikan hal ehwal pentadbiran,perkhidmatan dan kewangan kolejdilaksanakan dengan penuh integriti dan akauntabaliti.
Program pembangunan sahsiah pelajar dilihat sebagai perkara utama yang perlu ditambah baik dari masake semasa oleh pengurusan kolej. Felo dan MEP bersama dengan pengurusan kolejbertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti selari dengan Pelan Strategik KUO 2012-2015 bagi menepati hasil pembelajaran yang sesuai dengan Kerangka Kelayakan Malaysia.
5.0 KESIMPULAN
Pelan Strategik KUO 2012-2015 adalah dokumen pelan perancangan untuk dijadikan panduan dalammerancang serta melaksanakan strategi untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran kolej.Pelan ini juga adalah untuk meningkatkan mutu profesionalisme dan pembangunan sahsiah pelajar.Pelbagai sumber maklumat merangkumi Pelan Strategik UKM2005-2010, Pelan Transformasi UKM,Pengiktirafan Autonomi UKM 2012 dijadikan asas penggubalan pelan strategik ini.
Aspek pengurusan dan pembangunan sahsiah pelajar menjadi teras utama dalam Pelan Strategik ini.Dalam aspek pengurusan mengandungi 3 objektif dan 28 aktiviti manakala bagi aspek pembangunansahsiah pelajar terdapat 2 objektif dan 14 aktiviti telah dikenalpasti untuk dicapai. Pelaksanaanperancangan Pelan Strategik KUO melibatkan peranan aktif pihak pengurusan, Felo, MEP, pelajar danpihak berkaitan. Aspek pemantauan secara berkala akan dilakukan dari masa ke semasa bagimemastikan Pelan Strategik KUO 2012-2015 tercapai
14
Pelan Strategik KUO 2012-2015
dengan jayanya.
6.0 RUJUKAN
Kementerian Pengajian Tinggi. 2007. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara MelangkauiTahun 2020.Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi.
Sharifah Habsah Syed Hassan. 2012. Pembentangan Naib Canselor UKM di Bengkel Autonomi UKM. 2012Hotel Lexis, Port Dickson.
Universiti Kebangsaan Malaysia. 2006. Pelan Strategik UKM: Perspektif 2006-2010. Bangi: Penerbit UKM.Universiti Kebangsaan Malaysia. 2012. Portal Pelan Transformasi UKM.http://transformasi.ukm.my.