pilihan ekonomi rumah tangga di kalangan pelajar …€¦ · binti abdullah @ christina andin,...
TRANSCRIPT
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PUAN NUR QISTINA BT ABDULLAH @
CHRISTINA ANDIN
Tarikh : APRIL 2008
MENINJAU PERLAKSANAAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN HIDUP
PILIHAN EKONOMI RUMAH TANGGA DI KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN SATU DAN TINGKATAN DUA DI SEKOLAH MENENGAH
SELAYANG BARU, SELANGOR.
ZUNAIDA BINTI HAT
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : ZUNAIDA BINTI HAT
Tarikh : APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian dan syukur kupanjatkan di atas nikmat dan limpah
kurnia Allah S.W.T tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke
atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
KU ABADIKAN HALAMAN INI ISTIMEWA BUAT…….
Suami yang dicintai
Ismadi Bin Ismail
Kejayaan ini adalah untuk kita bersama
Buat....
Bonda Embun Binti Saaidin dan ayahanda Hat Bin Saad yang
disanjung dan dikasihi segala jasa dan jerit payah kalian akan
ku kenang selamanya.
Untuk anak-anak tersayang....
Isma Aqilah, Isma Adlina dan Izzuddin
Kejayaan ini cabaran buat kalian.
Teruskan jalan yang ku rintis ini
Sehingga ke puncak jaya.
Untuk semua keluarga, sanak saudara dan rakan taulan
Segala jasa, doa dan sokongan kalian
diiringi dengan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia, taufik dan
hidayahNya, diberikan kekuatan untuk menyiapkan penulisan ini. Dikesempatan ini
juga, penyelidik ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada mereka yang telah
banyak memberi dorongan dan sokongan untuk menjayakan Projek Sarjana Muda
ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Puan Nur Qistina
Binti Abdullah @ Christina Andin, selaku penyelia projek ini di atas keperihatinan
beliau menyemak, menyumbangkan idea, memberikan teguran, nasihat, bimbingan
serta dorongan sepanjang di bawah penyeliaan beliau. Beliau juga tidak pernah jemu
memberikan contoh-contoh penulisan yang berkualiti sebagai panduan.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat Kementerian Pendidikan Malysia,
Jabatan Pelajaran Selangor, Pengetua sekolah serta guru-guru yang sanggup
meluangkan masa mereka untuk memberi laluan kepada penyelidik membuat kajian
ke atas pelajar-pelajar mereka. Seterusnya ucapan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung semasa melaksanakan kajian
ini.
Buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih di atas segala dorongan dan
bantuan kalian sepanjang persahabatan kita .
v
ABSTRAK
Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran yang mempunyai pelbagai
pilihan elektif bagi memudahkan pelajar membuat pilihan mengikut minat mereka.
Setiap elektif mempunyai kerja kursus yang perlu disiapkan dalam jangka masa yang
ditetapkan mengikut kriteria-kriteria tertentu. Kerja kursus yang tidak berkualiti akan
menjejaskan prestasi pelajar dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Oleh
itu kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan
kerja kursus jahitan tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Antara faktor
yang ingin dikaji ialah faktor pengurusan masa, minat pelajar, kemahiran sedia ada
pada pelajar berkaitan penggunaan mesin jahit dan kemudahan peralatan serta bahan
yang disediakan kepada pelajar untuk melaksanakan kerja kursus jahitan. Seramai
30 orang pelajar dari tingkatan satu dan 50 orang pelajar dari tingkatan dua dipilih
sebagai responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik
yang mengandungi dua bahagian. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang
responden dan bahagian B mengandungi item-item yang berkaitan dengan kajian
yang dijalankan. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian
Statistical Package For Sosial Science Version 14.0 ( SPSS 14.0). Hasil kajian
menunjukkan pelajar mempunyai minat yang tinggi ( 82.6% ) dalam perlaksanaan
kerja kursus. Walau bagaimana pun, kekurangan kemahiran sedia ada pelajar dan
kekurangan kemudahan yang disediakan menyebabkan kerja kursus yang dihasilkan
tidak berkualiti. Akhir sekali beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak
Kementerian, pihak sekolah, guru-guru dan pelajar sebagai alternatif untuk
melancarkan perlaksanaan kerja kursus dan produk kerja kursus yang dihasilkan
berkualiti tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.
vi
ABSTRACT
Living Skill is a subject in school with various elective choices to let the
student choose according to their field of interest. Each elective comes with
coursework which is need to be finished in the time allocated and must meet the
criteria’s given. Coursework that did not meet the criteria’s will affect the students
result in PMR. So, this research is carried out to identify the factors that make the
students unable to fulfill the criteria’s given in sewing coursework. Factors like time
management, the student’s interest, ability and their skill in using the sewing
machine, facilities and materials prepared are taken into consideration in conducting
this research. 30 students in form one and 50 students in form two are chosen as
respondents. The instrument used is questionnaires set which consist of two sections.
Section A is about the respondent particulars and section B contains items used in
this research. The data obtained are processed using SPSS 14.0 software. The
research shows that the students have high level of interest (82.6%) in finishing their
coursework, but with the lack of skill and facilities effect the performance in
finishing their coursework. lastly, some suggestions are recommended to the
ministry, the school, the teachers and also the students as an alternative to improve
the application of coursework in school and at the same time improve the quality of
coursework product needed by the Ministry of Education.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN PENYELIDIK
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
ii
iii
iv
v
vi
vii
xi
xii
xiii
xvi
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
viii
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Skop Kajian 8
1.9 Definisi Istilah 9
1.9.1 Persepsi 9
1.9.2 Pengurusan 9
1.9.3 Masa 9
1.9.4 Pengurusan masa 10
1.9.5 Amali 10
1.9.6 Kerja kursus 10
1.9.7 Perlaksanaan 11
1.9.8 Minat 11
1.9.9 Guru 11
1.9.10 Pelajar 11
1.9.11 Kemahiran Hidup 12
1.9.12 Kemahiran Hidup Elektif 12
1.9.13 Kemahiran Sedia Ada 12
1.10 Penutup 12
2 SOROTAN KAJIAN 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Mata pelajaran Kemahiran Hidup 13
2.3 Kerja Kursus 16
2.3.1 Penilaian kerja kursus 18
2.3.2 Pengendalian markah kerja
kursus
18
ix
2.4 Faktor minat 19
2.5 Faktor masa 21
2.6 Perlaksanaan 23
2.7 Kemahiran sedia ada 23
2.8 Peralatan dan bahan 24
2.9 Penutup 25
3 METODOLOGI 26
3.1 Pengenalan 26
3.2 Reka Bentuk Kajian 26
3.3 Tahap-tahap dalam penyelidikan 27
3.4 Populasi dan persampelan 29
3.5 Kajian Rintis 30
3.6 Prosedur Kajian 31
3.7 Instrumen Kajian 32
3.7.1 Bahagian A : Latar belakang 33
3.7.2 Bahagian B : Item soal selidik 33
3.8 Analisis Data 35
3.8 Penutup 36
4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 37
4.1 Pengenalan 37
4.2 Analisis data bahagian A 38
x
4.2.1 Analisis responden mengikut
jantina
38
4.2.2 Analisis responden mengikut
bangsa
39
4.2.3 Analisis responden mengikut
umur
39
4.2.4 Analisis responden mengikut
pekerjaan ibu
40
4.2.5 Analisis sebab responden
memilih mengikut pilihan elektif
41
4.2.6 Analisis responden mengikut
pengalaman menggunakan mesin
jahit
41
4.2.7 Analisis responden mengikut
cita-cita
42
4.2.8 Analisis responden mengikut cara
belajar
43
4.3 Analisis data bahagian B 43
4.3.1 Persoalan kajian satu 44
4.3.2 Persoalan kajian dua 46
4.3.3 Persoalan kajian tiga 48
4.3.4 Persoalan kajian empat 50
4.4 Rumusan keseluruhan persoalan kajian 51
4.5 Penutup 53
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
54
5.1 Pengenalan 54
5.2 Perbincangan dapatan kajian bahagian A 55
5.3 Perbincangan dapatan kajian bahagian B 57
xi
5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian1 57
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 59
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 61
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 64
5.4 Rumusan 65
5.5 Cadangan Kajian 66
5.5.1 Pihak Kementerian Pendidikan 67
5.5.2 Pihak Pengurusan dan Pentadbiran
Sekolah
67
5.5.3 Guru 68
5.5.4 Pelajar 68
5.6 Cadangan kajian lanjutan 69
5.7 Penutup 69
BIBLIOGRAFI 71
LAMPIRAN
A-E
76
76-93
xii
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK MUKA
SURAT
1.1 Mata pelajaran Kemahiran Hidup 2
2.1 Jadual Perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
2007
16
2.2 Peruntukan markah berdasarkan tahun peperiksaan 19
3.1 Taburan saiz sampel 31
3.2 Pekali Alpha Cornbach 32
3.3 Pembahagian item mengikut persoalan kajian 34
3.4 Skala Likert 35
3.5 Pengkelasan pemeringkatan 36
3.6 Klasifikasi statistik mengikut persoalan kajian 36
4.1 Taburan responden mengikut jantina 39
4.2 Taburan responden mengikut bangsa 40
4.3 Taburan responden mengikut umur 40
4.4 Taburan responden mengikut pekerjaan ibu 41
4.5 Taburan sebab responden memilih mengikut pilihan
Elektif ERT
42
4.6 Taburan responden mengikut pengalaman
menggunakan mesin jahit
42
4.7 Taburan responden mengikut cita-cita 43
4.8 Taburan responden mengikut cara belajar 44
4.9 Analisis tentang minat pelajar untuk melaksanakan
Kerja Kursus yang di beri.
45
xiii
4.10 Analisis tentang kemahiran sedia ada pelajar berkaitan
dengan selok belok penggunaan mesin jahit
47
4.11 Analisis tentang pengurusan masa yang diperuntukkan
kepada pelajar untuk menyiapkan kerja kursus mereka
49
4.12 Analisis tentang peralatan dan bahan yang disediakan
mencukupi untuk pelajar menyiapkan kerja kursus.
51
xiv
SENARAI RAJAH
NO.
RAJAH
TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Carta alir tahap penyelidikan 29
4.1 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 54
xv
SENARAI SINGKATAN
ERT - Ekonomi Rumah Tangga
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KH - Kemahiran Hidup
KMT - Kemahiran Manipulatif Tambahan
LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia
PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
PPB - Penggredan Berasaskan Kriteria
SPSS - Statistical Package For Sosial Science
UPSR - Unit Penilaian Sekolah Rendah
UPP Unit Penyelarasan Peperiksaan
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus 76
B Surat Pengesahan Pelajar 81
C Surat Pengesahan Kementerian
Pendidikan Malaysia
83
D Surat Pengesahan Pakar 86
E Borang Soal Selidik 88
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Negara menjelaskan bahawa pendidikan merupakan satu
usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu, secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Berasaskan falsafah pendidikan ini, mata pelajaran Kemahiran Hidup
diperkenalkan pada tahun 1989 bagi menggantikan Pendidikan Aneka Jurusan yang
telah dilaksanakan sejak tahun 1965.
Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang merangkumi kemahiran-
kemahiran asas yang dibekalkan kepada pelajar untuk membolehkannya bertindak
mengendalikan hidup secara produktif dalam dunia teknologi dan maklumat yang
kompleks (Kementerian Pendidikan, 1989).
Antara objektif Kemahiran Hidup adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar:
a. Memperolehi pengetahuan dan memperkembangkan kemahiran asas yang
berteraskan kenal faham teknologi untuk berfungsi secara berkesan dalam
urusan di rumah dan tempat kerja.
b. Memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, berkerjasama dan
mengamalkan cara-cara bekerja yang sistematik dan bertanggungjawa
2
c. Menjalankan kerja buat sendiri, menyenggara dan membaik pulih dan
mempunyai potensi ke arah menjadi usahawan.
Adalah diharapkan bahawa pelajar yang mengikuti pelajaran ini boleh
mengalami kehidupan yang baik dalam dunia teknologi yang kompleks dan sentiasa
berubah mengikut peredaran zaman. Secara tidak langsung, pelajaran ini bertujuan
mendedahkan pelajar kepada pendidikan prateknik dan vokasional serta alam
pekerjaan. Pendidikan teknik dan vokasional boleh menyediakan pelajar bagi
memenuhi alam pekerjaan dan kemahiran hidup (Persatuan Vokasional Amerika).
Mengikut Lauglo dalam Yahya Emat (2005), terdapat dua perspektif berkaitan
dengan pendidikan teknik dan vokasional. Satu ialah pendidikan teknik dan
vokasional yang berasaskan pekerjaan (employment based) dan satu lagi pendidikan
teknik dan vokasional di sekolah (school-based vocational education). Pendidikan
Teknik dan Vokasional di sekolah akedemik biasa dikenali dengan nama Kemahiran
Hidup. Mata pelajaran ini telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat pada
tahun 1989 hingga 1990 dan mengandungi aspek-aspek teras dan pilihan seperti yang
dipaparkan dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
MATA PELAJARAN TERAS MATA PELAJARAN PILIHAN
(Satu Sahaja)
1. Perdagangan dan Keusahawanan 1. Kemahiran Manipulatif Tambahan
2. Kemahiran Manipulatif 2. Ekonomi Rumah Tangga
3. Kekeluargaan 3. Pertanian
Di dalam pilihan Ekonomi Rumah Tangga (ERT) pelajar tingkatan satu akan
didedahkan dengan topik-topik jahitan untuk kerja kursus seperti memanjang dan
memendekkan pola, menjahit skirt berkasing, menjahit hiasan pada skirt, jenis-jenis
kelim, penghilang gelembung dan penyudah tepi. Bagi pelajar tingkatan dua pula
akan membuat kerja kursus berkaitan dengan blaus seperti mengubahsuai pola asas
badan dengan lengan, memanjang dan memendekkan pola badan serta menjahit
hiasan pada blaus. Kerja-keja seperti inilah yang memerlukan kemahiran pelajar
menggunakan mesin jahit.
3
Kerja kursus jahitan dinilai oleh guru mata pelajaran di sekolah masing-
masing. Markah kerja kursus tingkatan satu akan dikumpulkan bersama kerja kursus
tingkatan dua dan tiga. Markah kerja kursus terkumpul (40%) ini akan dicampurkan
dengan markah dalam peperiksaan PMR akan datang. Oleh sebab itu kerja kursus
ini amat penting untuk memastikan seseorang pelajar mendapat A dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup di dalam peperiksaan PMR. Untuk melancarkan
perlaksanaan kerja kursus beberapa faktor perlu diberi perhatian seperti penyediaan
kemudahan asas contohnya mesin jahit, alat menggunting, alat mengukur dan
sebagainya yang diperlukan dalam perlaksanaan kerja kursus jahitan. Selain itu,
kemahiran sedia ada pada pelajar terutama kemahiran menggunakan mesin jahit amat
penting bagi pelajar untuk menyiapkan kerja kursus ini. Jika faktor-faktor ini tidak
diberi perhatian ia akan menjejaskan kualiti kerja kursus. Oleh itu, timbul masalah
seperti pelajar mengupah orang, meminta pertolongan ibu, meminta bantuan kawan
atau mengambil jalan ringkas menghantar kerja kursus yang tidak siap.
1.2 Latar Belakang Masalah
Banyak rungutan yang diterima dari guru-guru khususnya, guru-guru
Kemahiran Hidup pilihan ERT tentang perlaksanaan kerja kursus oleh pelajar-pelajar
tingkatan satu dan tingkatan dua. Antara rungutan yang diterima ialah kerja kursus
yang dihantar kepada guru tidak dilakukan dengan sempurna. Mengikut guru ERT di
sekolah yang dikaji, kerja kursus yang diterima tidak siap dengan sempurna, tiada
kekemasan dan pelajar seolah-olah menyiapkannya dalam masa yang singkat, tiada
kemahiran, tiada pengetahuan dan tiada peralatan yang mencukupi.
Selain itu, guru-guru juga melaporkan bahawa para pelajar menunjukkan
minat yang tinggi terhadap mata pelajaran ini, terutamanya dalam bahagian amali
(Sulaiman 2000). Tetapi kejayaan mata pelajaran ini sebenarnya bergantung kepada
beberapa faktor. Faktor pertama ialah kemudahan yang diperlukan. Pada masa ini,
bilik darjah dan bengkel amat berkurangan. Bilik darjah yang terlalu padat,
mengandungi lebih daripada 40 orang pelajar di sekolah-sekolah bandar, merupakan
satu halangan bagi pengajaran yang berkesan. Alat-alat untuk subjek ERT juga tidak
4
mencukupi. Pada tahu 1989 sebanyak 18% daripada sekolah yang mengajar
Kemahiran Hidup tidak mempunyai bilik ERT.
Terdapat juga guru yang memberi komen bahawa kerja kursus yang dihantar
bukan hasil kerja pelajar sendiri. Masalah ini dapat dikesan apabila guru
membandingkan kualiti kerja dalam bilik darjah dengan kualiti kerja yang disiapkan
di rumah. Ini diperkukuhkan lagi dengan kajian Widad dan Hadzir (1996),
menyatakan, terdapat penjaga atau keluarga kepada pelajar melakukan sepenuhnya
kerja kursus yang sepatutnya dilakukan sendiri oleh pelajar tersebut. Akibatnya
pembelajaran yang terancang dan sempurna tidak berlaku, di mana pelajar berkenaan
tidak mendapat ilmu secara teori atau amali. Jika perkara ini berlanjutan maka
objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup untuk melahirkan pelajar yang seimbang
dari segi kemahiran tidak akan tercapai.
Permasalahan yang dibincangkan menimbulkan beberapa persoalan berkaitan
dengan faktor masa. Masa yang diberi kepada pelajar untuk menyiapkan kerja
kursus ialah dari bulan Januari hingga bulan Oktober mengikut jadual waktu
(Panduan Penilaian Kerja Kursus Kemahiran Hidup pilihan ERT 2006). Dalam masa
inilah pelajar juga terpaksa melakukan kerja-kerja lain selaras dengan mata pelajaran
yang diambil. Persoalannya sekarang ialah bolehkah pelajar membahagikan masa
dengan betul supaya masa untuk menjalani kerja kursus tidak digunakan untuk mata
pelajaran yang lain atau perkara-perkara yang tidak bersangkutan dengan kerja
kursus.
Perkara kedua ialah tentang kemahiran sedia ada. Kemahiran sedia ada
pelajar tentang penggunaan mesin jahit memudahkan mereka menjalani kerja kursus
dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan cara
penggunaan mesin. Ini disokong oleh Gagne (1985), yang menekankan pada
kemahiran prasyarat sebelum satu-satu kemahiran baru dapat dipelajari. Dengan kata
lain setiap pelajar memulakan satu tugasan pembelajaran dengan pengetahuan sedia
ada yang berlainan. Bagi menjamin keberkesanan, setiap pelajaran seharusnya
mengambil kira apa yang telah diketahui dan apa yang perlu diketahui.
5
Menurut Gagne lagi, murid hanya sedia untuk mempelajari sesuatu yang baru
apabila dia telah menguasai kemahiran-kemahiran prasyarat yang diperlukan untuk
mempelajari tugasan yang baru. Dewasa ini ramai pelajar tingkatan satu yang tidak
mempunyai kemahiran untuk menggunakan mesin jahit. Situasi ini mungkin boleh
menyebabkan mereka sukar menerima tunjuk ajar daripada guru dalam masa yang
ditetapkan. Dengan itu, adalah jelas bahawa pengetahuan sedia ada pada murid
amat penting dan perlu untuk pembelajaran yang berkesan.
Perkara ketiga adalah tentang minat. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengetahui sama ada pelajar berminat untuk menjalankan kerja kursus
memandangkan timbulnya rungutan guru tentang ketidaksempurnaan kerja kursus
yang diserah kepada mereka. Minat merupakan daya penggerak utama yang
menjamin kejayaan seseorang (Crow and Crow, 1986). Minat dan kecenderungan
memainkan peranan penting untuk mempengaruhi pencapaian pembelajaran
seseorang. Jika pelajar berminat dengan kerja kursus mereka, sudah pasti mereka
akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh supaya hasilnya memuaskan hati
pelajar dan guru selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran.
Seterusnya peralatan dan bahan merupakan perkara penting yang perlu diberi
perhatian oleh guru. Contohnya mesin jahit. Biasanya satu mesin jahit yang
dibekalkan di sekolah harus diguna untuk satu hingga dua orang pelajar dan
selalunya mesin jahit ini mempunyai masalah teknikal. Kadang kala pelajar yang
tidak mempunyai kemahiran menggunakan mesin akan menyebabkan kerosakkan
pada mesin jahit. Dalam program Kemahiran Hidup peralatan dan bengkel
merupakan faktor yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jaafar
(1995), menyatakan bahawa peralatan untuk kegunaan pelajar tidak mencukupi
kerana bilangan pelajar terlalu ramai. Masalah seperti ini selalu terjadi di sekolah-
sekolah menyebabkan pelajar hilang minat untuk membuat kerja-kerja amali. Faktor
ini mugkin juga menyebabkan kerja kursus yang dihantar kepada guru tidak
berkualiti.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Sehubungan dengan itu, satu kajian perlu dijalankan untuk meninjau
fenomena ini. Kajian ini penting untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor sebenar
yang menyebabkan pelajar tidak dapat menyiapkan kerja kursus mereka dengan
kemas dan sempurna seperti yang ditetapkan. Terdapat juga di kalangan mereka
yang mengupah orang perseorangan atau meminta pertolongan ibu untuk
menyiapkan kerja kursus jahitan.
Berdasarkan kepada latar belakang masalah di atas, kajian ini adalah
bertujuan untuk mengkaji perlaksanaan kerja kursus di salah sebuah Sekolah
Menengah di Daerah Gombak, khususnya dari segi minat pelajar, kemahiran pelajar
menggunakan mesin jahit, cara pengurusan masa yang diperuntukkan kepada mereka
dan juga keberkesanan penggunaan alatan dan bahan.
1.4 Objektif
Di dalam kajian ini penyelidik akan :
a) Mengenalpasti minat pelajar dalam melaksanakan kerja kursus jahitan.
b) Mengenalpasti sama ada pelajar mempunyai kemahiran sedia ada
berkaitan dengan penggunaan mesin jahit.
c) Mengetahui persepsi pelajar tentang teknik pengurusan masa ketika
perlaksanaan kerja kursus.
d) Mengenalpasti persepsi pelajar berkaitan dengan peralatan dan bahan
yang dibekalkan kepada mereka untuk menjalani kerja kursus.