picture_slide_show_for_hhhc_9401_set_17

11
Saya dan AJK lain sedang mendengar penjelasan daripada EXCO tentang sepanjang aktiviti yang akan dijalankan dalam program Pesta Tanglung. Pada 2 Oktober 2013, saya dan AJK lain telah hadir ke mesyuarat yang pertama untuk mendengar penjelasan daripada EXCO tentang matlamat malam persembahan pentas tersebut dijalankan serta penjelasan tentang sepanjang aktiviti yang akan dilaksanakan dalam program Pesta Tanglung UKM yang ke-34. Saya dan AJK lain telah hadir ke mesyuarat tersebut pada masa yang tepat, iaitu pada 8.00pm di Foyer DSG, KTSN.

Upload: suchi

Post on 05-Jan-2016

51 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Saya dan AJK lain sedang mendengar penjelasan daripada EXCO tentang sepanjang aktiviti yang akan dijalankan dalam program Pesta Tanglung. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: picture_slide_show_for_HHHC_9401_Set_17

Saya dan AJK lain sedang mendengar penjelasan daripada EXCO tentang sepanjang aktiviti yang akan dijalankan dalam program Pesta Tanglung.

Pada 2 Oktober 2013, saya dan AJK lain telah hadir ke mesyuarat yang pertama untuk mendengar penjelasan daripada EXCO tentang matlamat malam persembahan pentas tersebut dijalankan serta penjelasan tentang sepanjang aktiviti yang akan dilaksanakan dalam program Pesta Tanglung UKM yang ke-34. Saya dan AJK lain telah hadir ke mesyuarat tersebut pada masa yang tepat, iaitu pada 8.00pm di Foyer DSG, KTSN.

Page 2: picture_slide_show_for_HHHC_9401_Set_17

Saya dan ahli kumpulan saya sedang mendengar dan mencatat segala maklumat penting yang disampaikan oleh EXCO-EXCO lain.

Saya dan ahli kumpulan saya selalu menumpukan perhatian semasa mesyuarat dijalankan. Kami selalu mendengar penjelasan daripada EXCO dengan teliti dan mencatat maklumat yang disampaikan oleh mereka.Selain mendengar penjelasan daripada EXCO, kami juga belajar menyanyi lagu Pesta Tanglung serta mempelajari bahasa isyarat bagi lagu tersebut untuk dipersembahankan pada malam persembahan pentas tersebut.

Page 3: picture_slide_show_for_HHHC_9401_Set_17

Saya sedang berusaha dalam menjual tiket untuk malam persembahan pentas tersebut kepada pelanggan yang datang ke jualan amal pada hari itu.

Pada 10 November 2013, saya bersama EXCO dan AJK Pesta Tanglung lain telah mengunjungi ke Sekolah Rendah Semenyik untuk melibatkan diri dalam aktiviti jualan amal. Pada masa yang sama, saya pun menjalankan tugas saya dengan menjual tiket bagi malam persembahan pentas tersebut yang bertajuk “Jejak Hasrat” kepada orang ramai yang datang ke jualan amal pada hari itu.

Page 4: picture_slide_show_for_HHHC_9401_Set_17

Pada 14 November 2013, saya dan ahli kumpulan saya telah mengadakan satu perbincangan dalam kumpulan kecil di Foyer DSG, KTSN. Dalam perbincangan tersebut, saya bersama ahli kumpulan lain telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan tugas masing-masing. Selepas perbincangan kumpulan tersebut, saya pun mula menjalankan tugas sendiri yang telah diberikan oleh ketua kumpulan saya.Gambar ini menunjukkan saya sedang mengira kepanjangan kotak dan kertas untuk membuat papan tanda bagi gerai baju dan gerai makanan yang perlu kita pamerkan.

Page 5: picture_slide_show_for_HHHC_9401_Set_17

Gambar yang pertama menunjukkan bahawa saya sedang menggunakan kertas berwarna dan kotak yang telah digunting untuk membuat kuih lapis yang perlu dipamerkan dalam gerai makanan pada hari persembahan. Sebelum ini saya juga menghadapi masalah dalam mencari jalan untuk membuat bahan hiasan tersebut. Walaubagaimanapun, dengan nasihat dan bantuan ahli kumpulan lain, saya telah dapat menghasilkan produk tersebut dengan berjaya.Gambar kedua menunjukan saya sedang menggunting perkataan untuk ditampal ke papan tanda yang telah saya buat.

Page 6: picture_slide_show_for_HHHC_9401_Set_17

Saya dan ahli kumpulan saya sedang membuat bunga kertas yang berwarna-warni untuk digunakan dalam menghiasi sekitar Dectar UKM.

Pada 18 November 2013, EXCO-EXCO telah mengumpulkan semua AJK Pesta Tanglung untuk membuat persediaan yang pertama bagi mereka bentuk dan menghiasi sekitar Dectar UKM. Pada hari tersebut, saya dan ahli kumpulan lain telah bekerjasama dalam membuat bunga-bunga kertas yang berwarna-warni sebagai barang hiasan untuk menghiasi sekitar Dectar dan pintu utama Dectar.

Page 7: picture_slide_show_for_HHHC_9401_Set_17

Saya dan kawan saya telah saling menolong dalam mengangkat barang yang berat ke tempat yang telah disuruh.

Pada 24 November 2013, saya bersama AJK lain telah pergi ke Pusanika, Bangi UKM. Pada hari itu, saya bertugas sebagai pembantu peralatan dan pembantu kepada pelakon persembahan. Saya telah membantu AJK lain untuk mengangkat barang ke tempat raptai bagi latihan persembahan pentas tersebut. Selain itu, saya juga diberi penjelasan daripada EXCO lain tentang tugas sebagai pembantu kepada pelakon.

Page 8: picture_slide_show_for_HHHC_9401_Set_17

Saya dan ahli kumpulan saya sedang memperbaiki hasil pembuatan kita agar kelihatan lebih kemas dan cantik.

Pada 25 November 2013, kita telah disuruh oleh EXCO agar berkumpul dan menunjukkan segala produk yang telah kita buat. Pada masa itu, kita juga menghadapi masalah disebabkan oleh ketidakpuasan EXCO terhadap produk kita. Oleh itu, saya dan ahli kumpulan lain telah disuruh agar memperbaiki produk kita agar kelihatan lebih menarik dan cantik.

Page 9: picture_slide_show_for_HHHC_9401_Set_17

Saya dan AJK Pesta Tanglung lain telah bekerjasma dalam menjalankan tugas dengan mengikat bunga-bunga kertas yang telah kita buat sebelum ini ke atas susur tangga di dalam Dectar UKM.

Pada 4 Disember 2013, saya bersama AJK lain telah menghadirkan diri ke Dectar, Bangi untuk saling membantu dalam menghiaskan sekitar Dectar. Pada hari itu, kita telah mengikat segala bunga-bunga kertas yang telah kita buat sebelum ini ke atas susur tangga di dalam sekitar Dectar serta di pintu utama Dectar agar kelihatan lebih cantik dan menarik.

Page 10: picture_slide_show_for_HHHC_9401_Set_17

Pada 5 Disember 2013, saya bersama AJK lain juga telah meluangkan masa pergi ke Dectar, Bangi untuk menjalankan tugas kumpulan yang telah diberikan sebelum ini, iaitu mempamerkan gerai baju dan gerai makanan yang bertemakan stail zaman 70-80an. Pada hari itu, kita bertanggungjawab dalam menghiaskan sekitar Lobi A bagi Dectar UKM.

Selain itu, saya juga membantu AJK lain untuk menggantung dan mengikat tanglung yang kecil di tempat perhiasan kita agar dapat mencantikkan dan menceriakan sekitar Lobi A.

Page 11: picture_slide_show_for_HHHC_9401_Set_17

Pada 6 Disember 2013, iaitu pada malam persembahan pentas “Jejak Hasrat”, saya telah fokus dalam peranan saya sebagai pembantu kepada pelakon yang saya tugaskan. Sepanjang persembahan pentas tersebut, saya telah menlaksanakan tugas saya dengan menyediakan segala pakaian dan alatan yang diperlukan olehnya. Akhirnya, saya pun bertuah dalam mengambil gambar bersama pelakon yang saya tugaskan.