perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman nabi muhammad ( abad ke7) abbaisyah (abad...

28
SEJARAH ISLAM Tema 2 : Pembangunan dan Penerokaan Bab 9 : Ekonomi Soalan : Bincangkan perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah ( abad ke11 - 12) kesultanan M elayu Melaka ( abad ke 15). Disediakan oleh : Nur suziana Jaivi

Upload: asmidahisdal

Post on 20-Jul-2015

133 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

SEJARAH ISLAM

Tema 2 : Pembangunan dan Penerokaan

Bab 9 : Ekonomi

Soalan : Bincangkan perubahan yang berlaku dalambidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abadke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan MelayuMelaka ( abad ke 15).

Disediakan oleh : Nur suziana Jaivi

Page 2: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

sumberTeks STPM SEJARAH ISLAM ( 500-1918 ),

penggal 2

http://semekarcintaku.blogspot.com/201

3/03/peranan-baitulmal.htmlhttpkoki-forshort.blogspot.com/2013/05/ciri-ciri-dan-

kegiatan-ekonomi.html://

http://bfs131.blogspot.com/2010/02/perkembangan-ekonomi-di-zaman-kerajaan.html

http://koki-forshort.blogspot.com/2013/05/kegiatan-ekonomi-masyarakat-melaka-abad.html

Page 3: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Zaman Nabi Muhammad S.A.W

abad ke 7

Page 4: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Pengenalan• Konsep ekonomi Islam merujuk kepada suatu ilmu yang

mengkaji kegiatan manusia selaras dengan tuntutan syariat

sama ada di peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan

sumber untuk kebaikan diri dan masyarakat dan negara dari segi

rohani dan jasmani bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.

• Ekonomi Islam berasaskan konsep tauhid bagi melahirkan

manusia yang beriman, amanah dan bertanggungjawab untuk

mengendalikan harta benda dan wang yang diamanahkan oleh

Allah kepada manusia.

• Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah telah

mengubah sistem ekonomi yang dijalankan di

Madinah. Sebelum hijrah, aktiviti ekonomi di Madinah

dimonopoli oleh kaum Yahudi.

Page 5: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

KegiatanEkonomiZamanNabiMuhammad

Sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W .

Ekonomi Madinah telah dikuasai oleh golongan Yahudi.

Mereka merupakan petani,usahawan dan peniaga yang berjaya dan mengamalkan riba dan penipuan.

Barang dagangan yang utama pada zaman ini ialahkurma kerana bumi Madinah amat subur danbersesuaiaan dengan tanaman ini.

Selain kurma mereka juga berdagang bijirin,emas danarak.

Manakala pada zaman ini kaum Aus dan Khazrajmerupakan petani yang miskin.

Page 6: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Selepas kedatangan Nabi Muhammad S.A.W

Kegiatan ekonomi Madinah telah dikuasai oleh golonganAnsar dan Muhajrin.

Mereka mengamalkan aktiviti pertanian dan perdaganganyang mengikuti syarak.

Golongan Muhajirin terkenal sebagai pedagang di mekkah. Disebabkan oleh penyatuan golongan Ansar dan Muhajirinoleh Nabi Muhammad S.A.W telah membuka peluang kepadagolongan Muhajirin muncul sebagai paniaga di Madinah.

Antara kegiatan ekonomi mereka ialah :

I. Pertanian

II. Perdagangan.

Page 7: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Pertanian

• Menjadi punca ekonomi yang utama kerana Madinahmerupakan kawasan yang subur.

• Golongan Muhajirin dan Ansar mengusahakan tanah sebagaiaktiviti utama.

• Kebanyakan golongan Ansar terlibat dalam bidang pertanian.

• Golongan Muhajirin juga melakukan aktiviti bertani, mengurus dan menyelenggarakan kebun tamar golonganAnsar.

• Kerjasama yang tidak terbatas antara golongan Muhajirin danAnsar membawa kejayaan kepada golongan Muhajirin dandapat memulakan kehidupan baru setelah berhijrah keMadinah.

Page 8: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Perdagangan• Nabi Muhammad SAW bijaksana dan mempunyai visi dalam

membangunakan Madinah dengan menggunakan lokasi Madinahyang strategik bagi menjadikan Madinah sebagai pusat perdagangan.

• Terdapat beberapa pasar harian dan bermusim di dalam dan di sekitar Madinah.Pasar-pasar tersebut terus berkembang padazaman Islam seperti pasar Ukaz, Zu al-Majaz, Majannah danHubashah.

• Nabi Muhammad SAW menerapkan sistem ekonomi Islam berasaskan aspek moral yang terpuji dalam perdagangan.

• Islam melarang amalan yang diharamkan seperti perdaganganbarangan yang tidak halal, pengambilan riba, penipuan dalamsukatan dan timbangan, monopoli dan pemindasan dalamperdangangan.

• Kedudukan Madinah yang berada di tengah-tengah kesibukan jalanperdagangan antara Yaman dan Syam. Malah pedagang dari arahMakkah dan Ta’if juga menggunakan jalan ini sebagai laluan utama.

Page 9: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Kesimpulan

• Perancangan Nabi Muhammad SAW dalambidang ekonomi adalah mengikut syariatIslam dan telah menjadikan Madinah sebagaipusat kegiatan ekonomi yang penting.

• Malah ekonomi di Madinah tidak lagidimonopoli oleh kaum Yahudi di Madinah.

Page 10: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Zaman Bani Abbaisyah pada

abad ke 11-12

Page 11: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Pengenalan• Zaman Abbasiyah adalah di anggap sebagai zaman yang paling

kaya dalam sejarah kekhalifahan Islam, ahli-ahli sejarah klasikdan moden bersetuju secara khusus meletakkan zamanpemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid (170 – 194H/786 –809M) sebagai zaman pencapaian ekonomi yang paling tinggisehingga layak menerima jolokan zaman keemasan (golden period). Prof.Philip K.Hitti menyifatkan kejayaan Abbasiyahdalam soal ini adalah luar biasa kerana ia mampu menaikkantaraf Baghdad dari satu keadaan yang mengagungkansetanding dengan keagungan Bayzantin.

Page 12: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Kejayaan Baghdad• Baghdad menjadi juara perdagangan dunia tentunya ada

hubungan dengan kedudukan Dawlah Abbasiyah sebagaikuasa besar dunia pada waktu itu. Kestabilan politik, kecekapan pengurusan pentadbiran serta ketinggian akhlakmasyarakat juga menyumbang kepada pembangunan pesatkota Baghdad.

• Kerajaan Abbasiyah memberikan perhatian yang serius bagimemajukan sektor ekonomi Negara dengan mencurahkanperbelanjaan yang banyak khususnya dalam sektorperindustrian dan pertanian. Di setiap sektor memainkanperanan penting yang tersendiri untuk memberikansumbangan ekonomi di tahap maksima

• Pada umumnya terdapat tiga sektor ekonomi yang menjaditonggak kekayaan kerajaan Abbasiyah iaitu sektor pertanian, perindustrian dan perdagangan.

Page 13: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Pertanian• Kegiatan perdagangan tidak mungkin mencapai

kepesatan yang luar biasa jika tidak ditampung olehkegiatan pertanian dan perindustrian yang kukuh.

• Hal ini yang sangat menjadi perhatian pemerintah dinastiAbbasiyah.

• Pada masa Abbasiyah lah bidang pertanian mengalamiperkembgan pesat, kerana di samping ibu kota terletak di daerah sangat subur (di apit oleh sungai Eufrates danTigris), pemerintah memberi kebebasan kepadapenduduk setempat untuk mengusahakan tanahpertanian mereka, tanpa tekanan-tekanan yang besifatdiskriminasi (membezakan).

• Wilayah yang banyak menyumbangkan hasil pertanianialah Mesir,Syam,Iraq,Yaman,Maghribi,Khurasan danAndalus

Page 14: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

• Pertanian juga telah mencapai kemajuan kerana kesedaranpihak pemerintah tentang betapa perlunya pertanian sebagaisumber hasil Negara yang utama dan juga kerana kerajaanmemberi penghormatan dan layanan yang baik kepadapemilik-pemilik tanah yang subur.

• Kerajaan telah memajukan pertanian di kawasan lembahSungai Eufrates dan Tigris yang terkenal subur itu, di manakemudahan-kemudahan tali air dan terusan diadakan.

• Banyak hasil pertanian yang ditanam di asia baratdiperkenalkan kepada Eropah, terutamanya penanaman tebu.

• Jenis tanaman mereka ialah bijirin seperti gandum, barli, beras. Buah-buahan seperti anggur, limau, kurma, epal, pisang, tembikai, buah tin dll. Sayur-sayuran seperti timun, kobis, kunyit, kacang tanah, ubi, tebu. Ternakan sepertilambu, kambing, ayam, itik, lebah dll

Page 15: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Perindustrian• kerajaan Abbasiyah telah memberi pelbagai insentif serta

galakan yang kuat kepada golongan usahawan tempatanagar menceburkan diri dalam bidang perindustrian bagimenjaga keseimbangan perniagaan.

• Di bidang perindustrian terdapat pemisah antara sektorkerajaan dan swasta, pihak swasta bebes bergerak dalamindustri kraf tangan tetapi ia tetap di bawah peraturandan pengawalan Negara, seperti kilang senjata, kapallaut, armada perdagangan fabric kertas dan barang-barang lainnya.

• Pelabuhan-pelabuhan seperti Baghdad, Bashrah, SirafKairo, dan Iskandariyah menjadi pelabuhan internaisonal.

Page 16: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

JENIS PERINDUSTRIAN PENGELUAR

Tenunan, hamparan & permaidani Baghdad, Syiraz & Asfahan

Pinggan mangkuk Mesir & Syam

Barangan kaca, tembikar, mozek Baghdad, Mesir & Syam

Barangan kulit & senjata Mesir, Andalus & Maghribi

Perhiasan & batu permata Yaman, Khurasan, Bahrain &

Lubnan

Kertas Iraq, Mesir, Maghribi & Andalus

Page 17: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Perdagangan• Aktiviti perdagangan pada zaman ini semakin

pesat disebabkan oleh beberapa faktor:

a) Pembukaan wilayah-wilayah baru yang memberi banyak ruang pasaran perniagaan.

b) Perkembangan industri perkapalan yang memudahkan pergerakan para pedagang.

c) Sarjana-sarjana islam menghasilkan karya-karya yang menjelaskan hukum-hakamperniagaan seta galakan terhadapnya.

d) Kemahiran orang arab dalam bidangperniagaan sejak zaman jahiliah

Page 18: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Selain itu, adanya langkah-langkah positif yang diambil olehkerajaan abbasiyah untuk menggiatkan aktiviti perdagangan, seperti :

a) Membina pusat perniagaan yang dilengkapi dengan perigidijalan-jalan utama.

b) Membina rumah api untuk panduan kapal perdagangan.

c) Mengetatkan kawalan keselamatan untuk mengelakdaripada perompak dan lanun.

• Wujud pelabuhan dan bandar yang menjadi tumpuan ahliperniagaan ketika itu seperti : baghdad, Basrah, Antakia, Oman, Adan, Kaherah dan iskandariah.

• Wujud laluan sutera yang menjadi laluan para pedagang arabke China.

• Para pedangang Islam ketika itu dimudahkan dengan sistemkewangan seperti travellers cheque / as-saftajah.

Page 19: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Kesimpulan• Kesan pembangunan ekonomi terhadap rakyat jelas

kelihatan semasa pemerintahan Abbasiyah, tarafkehidupan rakyat yang tinggi, banyak kemudahan-kemudahan untuk rakyat dapat disediakan .

• Penduduk di sekitar ibu kota Baghdad pada masa itutidak lagi dibelenggu dengan masalah kemiskinan sepertisebelum ini.

• Boleh dikatakan keseluruhan rakyat di bawahpemerintahan Abbasiyah berada dalam keadaan amandan tenteram.

• Dengan kemajuan dan ketamadunan yang tinggi yang telah dicapai oleh kerajaan Bani Abbasiyah telahmemberikan kesan yang tertentu kepada masyarakatnya.

Page 20: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Zaman Kesultanan Melayu Melaka padaabad ke 15.

Page 21: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Pengenalan

• Kegiatan ekonomi di Melaka pada abad ke-15 dibahagikankepada dua jenis iaitu ekonomi sara diri dan ekonomiperdagangan.

• Ekonomi sara diri melibatkan kegiatan seperti bercucuk tanamkhususnya sayur-sayuran dan padi, berdusun, memunguthasil-hasil hutan, menangkap ikan, berburu, menternakbinatang dan kraf tangan.

Page 22: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Kegiatan ekonomimasyarakatMelaka.

• Ekonomi sarah diri yang terbahagi kepada 6 iaitu:

Pertanian

Aktiviti menanam padi dijalankan.

Kegiatan tanam padi mula wujud di Melaka dengankemunculan kerajaan Melaka.

Orang Melaka hanya mengeluarkan sedikit sahaja beras bagimenampung keperluan penduduk.

Oleh itu, Melaka import beras dari Siam, Palembang danJawa.

Sayur-sayuran ditanam untuk keperluan keluarga dan hanyaakan dijual sekiranya ada lebihan.

Page 23: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Berdusun

Aktiviti ini dijalankan oleh orang Melaka.

Mengikut Tom Pires, Sultan Iskandar serta 1 000 orang pengikutnyatelah menebas hutan untuk menanam pokok dan membuat dusun.

Antara tanaman yang ditanam ialah tebu, pisang, nanas dll.

Menangkap ikan dan hasil laut

Ikan merupakan sumber protein yang khusus bagi orang Melayu.

Sultan Iskandar Syah serta pengikutnya pernah menjadi nelayansemasa berada di Muar bagi menampung keperluan seharian.

Kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut juga dilakukanoleh orang laut.

Kebanyakan orang Melaka bergantung hidup dengan aktivitipenangkapan ikan.

Mereka menggunakan perahu yang diperbuat daripada kayu bulatyang ditebuk menjadi perahu.

Page 24: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Memburu

Penduduk Melaka menjalan aktiviti berburu untukmenampung kehidupan seharian.

Kegiatan memburu merupakan aktiviti yang diwarisi.

Memburu juga merupakan aktiviti raja-raja Melayu Melaka.

Rakyat biasa juga melakukan aktiviti berburu kerana merekatidak terlibat dalam aktiviti perdagangan.

Aktiviti berburu ini dijalankan sebagai aktiviti sampingan untukmenambah pendapatan.

Page 25: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Menternak binatang

Aktiviti penternakan binatang secara kecil-kecilan merupakansebahagian daripada kegiatan ekonomi sara diri penduduk di Melaka.

Antara binatang ternakan ialah kambing, kerbau, lembu ayam, itikdsb.

Di Melaka dikatakan Bendahara Seri Maharaja membela kerbau danbinatang-binatang yang lain.

Memungut hasil hutan

Aktiviti memungut hasil hutan merupakan aktiviti ekonomi sara diriyang dilakukan oleh penduduk Melaka.

Antara hasil hutan yang dikutip ialah rotan, dammar, dan getahjelutong.

Aktiviti ini dijalankan kerana mereka banyak bergantung hidupdengan persekitaran seperti sungai, hutan dan tanah pertanian.

Hasil pertanian ini mendapat pemintaan yang baik dari pedagangluar.

Page 26: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

• Ekonomi perdagangan

Aktiviti perdagangan di Melaka merupakan warisan danpenerusan aktiviti ekonomi masyarakat peribumi.

Dijalankan secara kecil-kecilan dan besar-besaran.

Perdagangan secara kecil-kecilan dilakukan oleh rakyat biasayang berjaja di pasar-pasar dan ada yang menggunakanperahu kecil.

Bagi golongan pembesar, kegiatan perdagangan diwakilkankepada kiwi untuk berurus niaga bagi pihaknya.

Aktiviti perdagangan besar-besaran melibatkan urus niagadengan pedagang luar.

Page 27: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)

Kesimpulan

• Kehidupan masyarakat Melaka amat bergantung kepadapersekitaran seperti sungai, hutan dan tanah.

• Mereka telah mengeksploitasi sumber persekitaran ini untukmenampung keperluan seharian mereka.

• Selepas abad ke-15,masyarakat Melaka mula melibatkan diridalam bidang perdagangan secara besar-besaran sehinggaMelaka muncul sebagai pelabuhan entreport terkenal padaabad ke-15.

Page 28: perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad ke7) Abbaisyah (abad ke11-12) kesultanan Melayu Melaka ( abad ke 15)