persepsi peneroka felda air tawar 5 dan felda … · air tawar 5 and felda semenchu, kota tinggi...
TRANSCRIPT
PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA SEMENCHU, KOTA
TINGGI JOHOR TERHADAP PENCAPAIAN PROGRAM EDIBLE GARDEN
MOHAMAD SHAHRIZAD BIN SAIAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA
SEMENCHU, KOTA TINGGI JOHOR TERHADAP
PENCAPAIAN PROGRAM EDIBLE GARDEN
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya _ _______MOHAMAD SHAHRIZAD BIN SAIAAN ____
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
PROFESSOR DR. MUHAMMAD
RASHI BIN HJ. RAJUDDIN
NO 514, Nama Penyelia
FELDA AIR TAWAR 5,
81900 KOTA TINGGI,
JOHOR
Tarikh: 6 APRIL 2011 Tarikh: 6 APRIL 2011
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana
Muda (PSM).
ii
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
iii
PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA SEMENCHU, KOTA
TINGGI JOHOR TERHADAP PENCAPAIAN PROGRAM EDIBLE GARDEN
MOHAMAD SHAHRIZAD BIN SAIAAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2011
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : MOHAMAD SHAHRIZAD BIN SAIAAN
Tarikh : 6 APRIL 2011
v
Dedikasi
Alhamdulillah
Kupanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi
Memberikan kesempatan serta kekuatan hingga ke penghujung.
Setulus kasih buat ayahanda serta bonda
Encik Saiaan Bin Hj Sirat dan Puan Zainab Kermat
Yang mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anakmu ini
Buat ahli keluargaku yang tercinta
Terima kasih diatas kata-kata azimat selama ini
Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan
Yang mebantu memberi idea dan pandangan
Buat sahabat seperjuangan
Nooraqma Aqmal, Muhammad Ikhwan, Muhamad Fikri
Ahmad Ridhwan, Khairul Ihsan, Elyas,Izran, Azman, Syarifah Norbaini
Dan wargaSph ambilan Disember
Terima kasih diatas dorongan
Untuk terus berjuang
Kupanjatkan doa
Untuk kesejahteraan kita bersama
Amin…
vi
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kajian ini. Disini saya ingin mengambil kesempatan
untuk merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
penyelia saya iaitu Professor Dr. Muhammad Rashid Bin Hj. Rajuddin yang banyak
memberi tunjuk ajar sehinggalah kajian ini dapat disiapkan dengan sempurna.
Pertolongan dan dorongan yang diberikan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat
membalasnya.
Terima kasih juga ditujukan kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam kajian
ini samada secara langsung ataupun tidak. Sekalung penghargaan juga kepada semua
warga peneroka Felda Air Tawar 5 dan Felda Semenchu yang terlibat didalam kajian ini
kerana tanpa kerjasama kalian, kajian ini mungkin tidak dapat dihasilkan dengan jayanya.
Akhir sekali, semoga kajian ini dapat memberikan manfaat kepada sesiapa sahaja
yang merujuk kajian ini sebagai kajian ilmiah.
Sekian, Wassalam.
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi peneroka Felda Air Tawar 5 dan
Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor terhadap pencapaian program Edible Garden.
Terdapat empat objektif yang ingin dicapai. Pertama, mengenalpasti sama ada program
Edible Garden mengeluarkan hasil pertanian yang berkualiti. Kedua, mengenalpasti sama
ada sayur-sayuran dari program Edible Garden dipasarkan secara komersial. Ketiga,
mengenalpasti sama ada program Edible Garden dapat mewujudkan landskap yang
menarik. Keempat, mengenalpasti sama ada program Edible Garden berjaya
meningkatkan ekonomi peneroka. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal
selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik telah diedarkan dan seramai 100 responden
memberi kerjasama. Data daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical
Package for The Social Sciences (SPSS) versi 16. Analisis data kajian menggunakan
kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati bahawa program Edible Garden telah
menghasilkan tanaman yang berkualiti. Program ini juga telah terbukti dapat
mewujudkan landskap yang menarik. Walaubagaimanapun dari segi pemasaran sahaja
Pihak FAMA dan juga Felda perlu mempergiatkan lagi usaha mereka untuk memastikan
hasil tanaman yang dihasilkan dapat dikomersialkan sekaligus dapat membantu
meningkatkan ekonomi peneroka. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang
ingin meneruskan kajian ini di masa akan datang turut dicadangkan.
viii
ABSTRACT
This research was carried out to study the perceptions of Felda settlers at Felda
Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible
Garden Program. There are four objectives to be achieved. First, whether the Edible
Garden Program produce a quality agricultural products. Second, whether the products of
the Edible Garden program can be marketed commercially. Third, whether the Edible
Garden program will create an attractive landscape. Fourth, whether the Edible Garden
program will increase the economy of the Felda settlers. To achieve these objectives,
researcher-structured questionnaires were distributed and a total of 100 respondents
participated. Data from the questionnaires were analyzed using Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS) version 16. The data were analyzed using frequencies and
percentages. This study found that the edible garden program produced quality crop and
has also proven to create attractive landscape. However, in terms of marketing FAMA
and Felda should help to ensure that the product can be commercialized as well as to help
increase the settler economy. Some suggestions for further research in the future were
discussed.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN PENULIS
ii
iii
iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
ix
xiii
xv
xvi
xvii
1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
x
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.6.1 Peneroka 9
1.6.2 Pengurusan Felda Semencu, Air Tawar 5,
Kota Tinggi, Johor
9
1.6.3 Belia Felda 9
1.6.4 FAMA 10
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Edible Garden 10
1.8.2 Felda 11
1.8.3 Persepsi 11
1.8.4
1.8.5
Peneroka
Program
12
12
2
TINJAUAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Pendekatan Sikap Terhadap Pertanian 14
2.3 Pengetahuan Petani Terhadap Teknologi 15
2.4
2.5
2.6
2.7
2.8
Pemasaran Hasil Pertanian
Meningatkan Ekonomi
Landskap Yang Menarik
Kualiti Hasil
Rumusan
16
17
18
20
21
xi
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Reka Bentuk Kajian 22
3.3 Kerangka Operasi 23
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian 26
3.5.1 Bahagian A 27
3.5.2 Bahagian B 28
3.6 Kesahan Intrumen Kajian 29
3.7 Analisis Data 30
3.7.1 Analisis Bahagian A 30
3.7.2 Analisis Bahagian B 31
3.8 Andaian Kajian 31
4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 32
4.2 Keputusan Analisis Data Bahagian A 33
4.2.1 Taburan Kekerapan Mengikut Jantina 34
4.2.2
4.2.3
4.2.4
4.2.5
4.2.6
4.2.7
4.2.8
Taburan Kekerapan Mengikut Bangsa
Taburan Kekerapan Mengikut Umur
Taburan Kekerapan Mengikut Pendidikan
Tertinggi
Taburan Kekerapan Mengikut Pendapatan
Bulanan
Taburan Kekerapan Mengikut Bilangan
Tanggungan
Taburan Kekerapan Mengikut Bilangan Anak
Taburan Kekerapan Mengikut Tempoh
Tinggal Di Rancangan Felda
35
35
36
37
38
39
40
4.3 Keputusan Analisis Bahagian B 40
xii
4.3.1 Adakah Program Edible Garden Mengeluarkan
Hasil Pertanian Yang Berkualiti?
4.3.2 Adakah Sayur-Sayuran Dari Program Edible
Garden Dipasarkan Secara Komersial?
4.3.3 Adakah Program Edible Garden Dapat
Mewujudkan Landskap Yang Menarik?
4.3.4 Adakah Program Edible Garden Berjaya
Meningkatkan Ekonomi Peneroka?
41
44
47
50
4.4
4.5
Rumusan
Kesimpulan
53
54
5
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 55
5.2
5.3
Rumusan
Perbincangan
56
57
5.3.1
5.3.2
Latar Belakang Responden
Bahagian B
5.3.2.1 Hasil pertanian yang berkualiti
5.3.2.2 Sayur-sayuran dari program Edible
Garden tidak dipasarkan secara
Komersial
5.3.2.3 Program Edible Garden dapat
mewujudkan landskap yang menarik
5.3.2.4 Program Edible Garden tidak berjaya
meningkatkan ekonomi peneroka
58
59
59
60
62
63
5.4
5.5
5.6
Cadangan
Cadangan Penyelidikan Di Masa Hadapan
Penutup
65
66
67
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Responden Mengikut Kawasan 26
3.2
Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan
Kajian Dan Jenis Skala Yang Digunakan
28
4.1 Taburan Bilangan Kekerapan dan
Peratusan Responden Mengikut Jantina
34
4.2 Taburan Bilangan Kekerapan dan
Peratusan Responden Mengikut Bangsa
35
4.3 Taburan Bilangan Kekerapan dan
Peratusan Responden Mengikut Umur
35
4.4 Taburan Bilangan Kekerapan dan
Peratusan Responden Mengikut Pendidikan
Tertinggi
36
4.5 Taburan Bilangan Kekerapan dan
Peratusan Responden Mengikut
Pendapatan Bulanan
37
4.6 Taburan Bilangan Kekerapan dan
Peratusan Responden Mengikut Bilangan
Tanggungan
38
4.7 Taburan Bilangan Kekerapan dan
Peratusan Responden Mengikut Bilangan
Anak
39
xiv
4.8 Taburan Bilangan Kekerapan dan
Peratusan Responden Mengikut Tempoh
Tinggal Di Rancangan Felda
40
4.9 Taburan Bilangan Kekerapan dan
Peratusan Program Edible Garden
Mengeluarkan Hasil Pertanian Yang
Berkualiti
41
4.10 Taburan Bilangan Kekerapan dan
Peratusan Sayur-Sayuran Dari Program
Edible Garden Dipasarkan Secara
Komersial
44
4.11 Taburan Bilangan Kekerapan dan
Peratusan Program Edible Garden Dapat
Mewujudkan Landskap Yang Menarik.
47
4.12 Taburan Bilangan Kekerapan dan
Peratusan Program Edible Garden Berjaya
Meningkatkan Ekonomi Peneroka.
50
4.13 Keputusan Bagi Keseluruhan dalam Purata
Peratusan
53
xv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta Alir Kerangka Operasi 25
xvi
SENARAI SINGKATAN
Felda - Federal Land Develoment Authority
R&D - Research And Development
GLC - Government Linked Company – Syarikat Berkaitan
Kerajaan
DPN - Dasar Pertanian Negara ke-Tiga
UPP - Unit Pembangunan Peserta
KDNK - Keluaran Dalam Negara Kasar
FAMA - Federal Agriculture and Marketing Authority
JKKK - Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung
SPSS - Statistical Package For Social Science
WTO - World Trade Organization
AFTA - ASEAN Free Trade Area
EAO - Entrepreneurial Attitude Orientation Scale
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Kesahan Kandungan 71
B Surat Pengesahan Fakulti 72
C Keputusan Kajian 73
D Borang Soal Selidik 83
E Gambar Edible Garden 87
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kepentingan pertanian di Malaysia pada masa kini memang tidak boleh disangkal.
Membangunkan sektor pertanian adalah satu keperluan didalam sesebuah negara. Ini kerana
hasil dari pertanian memberi banyak manfaat kepada manusia. Bidang pertanian yang kini
menjadi tumpuan dan sandaran sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi negara
menjanjikan limpahan kemakmuran dan kesejahteraan hidup bagi rakyat. Namun, semuanya
tidak mungkin dapat dicapai sekiranya sektor pertanian negara tidak diurus dengan penuh
minat, bijaksana dan terancang, selain diberikan sokongan secara sepadu oleh semua pihak.
Asmak (2006) menyatakan bahawa pertanian perlu dijadikan satu bidang pekerjaan
yang dipandang mulia kerana nilai tambahnya bukan setakat untuk meningkatkan ekonomi
malah ia berperanan dalam memartabatkan ketaatan masyarakat umat Islam dalam
menunaikan perintah dan larangan Allah.
2
Menurut Asmak (2006), sektor pertanian memainkan peranan yang penting terhadap
pembangunan kerana menyumbang kepada ekonomi negara melalui peluang pekerjaan,
pengeksportan produk-produk pertanian, kutipan zakat tanaman, zakat ternakan dan zakat
fitrah. Pertanian yang diusahakan juga merupakan sumber bekalan makanan kepada orang
ramai kerana produk terpenting pertanian adalah bekalan makanan seperti beras, sayur-
sayuran, buah-buahan, daging dan ikan.
Pelbagai langkah dan strategi disusun bagi mencorakkan sektor pertanian. Antaranya
ialah mengamalkan kaedah pertanian terkini melalui aplikasi teknologi moden dan penemuan
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), termasuk bioteknologi. Menjadikan negara sebagai
pusat pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran hasil pertanian ke pasaran global serta
membangunkan sumber tenaga mahir dan sebagai pusat kecemerlangan pendidikan pertanian.
Langkah lain ialah menggalakkan syarikat swasta, terutama GLC (Government linked
company – syarikat berkaitan kerajaan) untuk menjadi pemangkin dalam usaha
mengkomersialkan sektor pertanian. Bagi tujuan ini, kerajaan mewujudkan satu dana bernilai
RM300 juta sebagai bantuan modal. Sektor pertanian dalam pembentangan belanjawan tahun
2006, telah mendapat peruntukan dana pembangunan pertanian berjumlah RM2.8 billion
yang bertujuan untuk menjenamakan semula pertanian secara komersil sebagai pemacu
ekonomi negara. Kesan positif ini akan diterima oleh golongan pengusaha sektor pertanian di
seluruh negara khususnya kepada 750 ribu hingga sejuta warga masyarakat di Felda seluruh
negara (Felda Aspirasi Glokal, 2008).
Limpahan daripada keperihatinan pihak kerajaan dan swasta yang terdiri daripada
institusi-institusi utama, pihak-pihak berkepentingan dan pelaksana-pelaksana pelan tindakan
pembangunan dalam Dasar Pertanian Negara ke-Tiga (DPN) telah menjadikan warga Felda
setaraf masyarakat golongan menengah yang berkecimpung dalam pelbagai bidang pertanian
seperti usahawan penternakan, kraftangan, herba, makanan, pertanian dan perusahaan kecil
dan sederhana (Dasar Pertanian Negara, 2006).
3
Sehingga pada tahun 2006, Felda melalui Unit Pembangunan Peserta (UPP), telah
mengorak langkah sebagai pelaku global yang berjaya di persada antarabangsa kerana visi
dan misinya. Unit ini telah memastikan sektor pertanian terus mengalami perubahan dan
pembangunan sejajar dengan pengkorporatan Felda, untuk meningkatkan lagi penglibatan
sebagai agen perubahan pembangunan sosio-ekonomi dengan memacu ekonomi negara
melalui kemahiran, kecekapan dan penggunaan teknologi tinggi (Dasar Pertanian Negara,
2006).
1.2 Latar Belakang Masalah
Sektor pertanian di Malaysia telah mengalami kemerosotan semenjak pihak kerajaan
memberi lebih tumpuan kepada sektor industri dan perkhidmatan dalam tahun 1990 an.
Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka menurun dari 13.5
peratus untuk tahun 1995 kepada 7.2 peratus pada tahun 2010. Sebelum itu, sektor pertanian
sebelum Malaysia merdeka sehingga tahun 1980an telah memainkan peranannya yang
signifikan dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang berpanjangan,
pembasmian kemiskinan, dan keselamatan makanan negara (Quah, 1999).
Dalam arus pembangunan sekarang, sektor pertanian di Malaysia perlu bergerak
beriringan dengan sektor lain kerana sekiranya dilihat pada peringkat global pun, sektor
pertanian setakat ini masih menunjukan kejayaan dalam pengeluarannya, dan selari dengan
pertambaban penduduk sejak 10 tahun Sidang Kemuncak di Rio diadakan (Varley, 2002).
Pertanian mapan sejak satu dekad yang lalu telah menjadi agenda penting untuk menjamin
pemgeluaran hasil pertanian yang berterusan disamping meningkatkan ekonomi para petani.
Walaupun Malaysia semakin menuju kepada negara industri, sektor pertanian masih
merupakan sektor penting kepada ekanominya. Sumbangan sektor pertanian semakin
4
berkurangan, tetapi ia masih merupakan satu-satunya sektor yang sumbangannya agak
signifikan dan memberi kestabilan semasa negara menghadapi kegawatan ekonomi pada
tahun 1986-87 dan 1997-98. Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK telah berkurang
daripada 31.5 peratus pada tahun 1965 kepada 30.8 peratus pada tabun 1970,27.7 peratus
pada tahun 1975 dan terus turun kepada 22.9 peratus pada tahun 1980. Pada tahun 1985 dan
1990 sumbangan sektor pertanian kepada KDNK merosot kepada 20.8 peratus dan 18.7
peratus dan terus berkurang kepada 13.4 peratus pada tahun 2000. Di antara tahun 1971-75,
sektor pertanian mengalami pertumbuhan purata yang agak tinggi, iaitu 5.7 peratus tetapi
kadar ini menurun kepada 3.2 peratus pada tahun 1981-1985, 5.2 peratus pada tahun 1986-90
dan 3.5 peratus pada tahun 1991-2000 (Chamburi, Abd. Malik. dan, Abdul Hamid, 1999).
Dari segi guna tenaga, sumbangan sektor pertanian berkurang daripada 53.5 peratus
pada tahun 1970 kepada 47.6 peratus pada tahun 1975, 37.2 peratus pada tahun 1980, 3.3
peratus pada tahun 1985, 27.8 peratus pada tahun 1995. Jumlah tenaga kerja tahun 1995
dengan seramai 1,524.000 orang dijangka menurun sebanyak 2.8 peratus setiap tahun
sehingga tinggal 930,OOO orang pada tahun 2010.
Sementara dari segi eksport, sumbangan eksport pertanian juga terus menurun
daripada 60.2 peratus daripada jumlah eksport pada tahun 1970 kepada 42.8 peratus pada
tahun 1980, 22.3 peratus pada tahun 1990 dan 13.1 peratus pada tahun 1995 dan tinggal 4
peratus pada tahun 2000. Kemerosotan sumbangan ini disebabkan oleh kejatuhan relatif
bahagian eksport barangan pertanian termasuk getah, koko, hasil kayu dan kelapa sawit
berbanding dengan eksport barangan perkilangan (Mohd. Rosli dan Mohamed Aslam, 2000).
Sektor pertanian mempunyai potensi yang luas untuk dimajukan dan dijangka akan
menjadi punca utama pendapatan negara melalui program pemodenan dan menjadikan
pertanian sebagai salah satu enjin pertumbuhan ekonomi negara. Walaupun sumbangan
pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih kecil iaitu hanya 8.2% pada
tahun 2003 berbanding sektor perkhidmatan dan pengilangan yang masing-masingnya
sebanyak 56.8% dan 30.6%, namun sektor ini dijangka akan mencapai kegemilangan di masa
akan datang melalui penggunaan teknologi yang dihasilkan berasaskan aktiviti penyelidikan
dan pembangunan (Roslee Abdul Wahab, 2009).
5
Berdasarkan Dasar Pertanian Negara, jaminan bekalan makanan menjadi salah satu
objektif dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga. Namun, isu jaminan bekalan makanan tidak
diberi penekanan dan hanya diberi perhatian serius selepas berlakunya krisis makanan dunia
(Dasar Pertanian Negara, 2006).
Berdasarkan daripada kepentingan pertanian, ia adalah merupakan salah satu sumber
pendapatan. Ini kerana hasil daripada sektor pertanian mampu dijual berdasarkan harga
pasaran. Selain itu juga bidang pertanian memberi peluang pekerjaan. Jika dilihat dari
perspektif pekerjaan, peneroka adalah golongan yang telah menceburi bidang pertanian.
Peluang pekerjaan ini adalah penglibatan mereka didalam mengisi masa lapang.
Pelaksanaan program Edible Garden melibatkan lebih 112 ribu peneroka dari 317
tanah rancangan Felda, dengan matlamat menambah pendapatan mereka. Menurut Datuk Seri
Najib, projek itu juga memberi peluang kepada peneroka, menjadi pengeluar bahan makanan
utama dan menguntungkan rakyat dan negara terutama warga peneroka Felda (Utusan
Malaysia, 2008).
Didalam menjalankan aktiviti pertanian, penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran
perlu dititik beratkan dalam kalangan peneroka. Ini amat penting supaya mereka dapat
menerima pakai penemuan-penemuan penyelidikan, melaksanakan amalan pertanian yang
baik dan mengurus sumber semula jadi. Disebabkan kekurangan pengetahuan tentang
teknologi moden, kebanyakan peneroka tidak mengguna baka benih atau klon yang berdaya
pengeluaran tinggi yang terkini, tidak menggunakan baja dan bahan kimia secara optimum
dan betul, tidak melaksanakan pembaik pulih tanah dan mengamalkan adat dan budaya tradisi
yang tidak mendorong ke arah memperoleh daya pengeluaran yang tinggi. Di samping itu,
institusi yang terlibat dalam pertanian seperti Pertubuhan Peladang, pihak Felda dan FAMA
hendaklah menyelaras dan menggembleng peneroka supaya menjadi lebih progresif dan
berdaya saing memandangkan mereka memainkan peranan penting dalam pengeluaran
makanan negara (Felda Aspirasi Glokal, 2008).
6
Berdasarkan kepada matlamat program Edible Garden ini, usaha untuk menjadikan
projek ini satu kebanggaan seolah-olah tidak terlaksana. Oleh itu tindakan perlu dilakukan
bagi meningkatkan daya pengeluaran aktiviti pertanian dan membantu mengurangkan
masalah terhadap tanaman tersebut.
1.3 Pernyataan Masalah
Namun sejak kebelakangan ini, usaha-usaha yang telah dijalankan seperti tidak
mendapat hasil seperti yang diharapkan. peneroka Felda yang pada mulanya cenderung
menanam tanaman sayuran di sekitar kawasan rumah seperti kurang berminat untuk
meneruskan aktiviti ini.
Berdasarkan matlamat program Edible Garden ini, ianya adalah untuk mengeluarkan
hasil tanaman yang berkualiti, memasarkan hasil pertanian secara komersial, mewujudkan
lanskap yang menarik dan juga meningkatkan ekonomi peneroka. namun diatas beberapa
faktor, matlamat program ini seakan gagal dicapai.
Walaupun peneroka mempunyai hasil pendapatan yang tetap melalui kelapa sawit,
mereka digalakkan untuk menanam sayur-sayuran yang boleh dimakan (edible) di sekitar
kawasan rumah mereka. Ia bertujuan memenuhi dan memaksimakan penggunaan tanah
terbiar di sekeliling kawasan rumah mereka. Penggunaan ruang tanah juga dapat mewujudkan
landskap yang menarik terutama dengan penanaman sayuran yang pelbagai warna.
Namun terdapat juga segelintir peneroka yang hanya bergantung kepada hasil
tanaman kelapa sawit sahaja tanpa membuat kerja sampingan untuk menambahkan
pendapatan ekonomi. Melalui program edible garden peneroka mampu meraih pendapatan
7
sampingan kerana hasil tanaman akan dipasarkan melalui pihak Felda dan juga FAMA yang
bekerjasama didalam memasarkan hasil ke sekitar kawasan perniagaan.
Oleh itu, penyelidik ingin mengenalpasti persepsi peneroka terhadap pencapaian
program ini didalam membantu menghasilkan tanaman yang mampu memberikan pulangan
serta kebaikan berdasarkan matlamat program Edible Garden.
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan daripada pernyataan masalah yang telah dinyatakan sebelum ini,
penyelidik telah menetapkan empat objektif kajian yang akan dijadikan sebagai garis
panduan untuk mencapai tujuan kajian yang akan iaitu :
i. Mengenalpasti sama ada Program Edible Garden mengeluarkan hasil pertanian
yang berkualiti
ii. Mengenalpasti sama ada Sayur-sayuran dari program Edible Garden
dipasarkan secara komersial
iii. Mengenalpasti sama ada Program Edible Garden dapat mewujudkan kawasan
yang menarik
iv. Mengenalpasti sama ada Program Edible Garden berjaya meningkatkan
ekonomi peneroka.
8
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kajian ini, terdapat empat soalan kajian yang akan menjawab kepada
pernyataan masalah yang telah disebutkan terdahulu. Antara persoalan kajian yang digariskan
ialah :
i. Adakah program Edible Garden mengeluarkan hasil pertanian yang berkualiti?
ii. Adakah sayur-sayuran dari program Edible Garden dipasarkan secara
komersial?
iii. Adakah program Edible Garden dapat mewujudkan kawasan yang menarik?
iv. Adakah program Edible Garden berjaya meningkatkan ekonomi peneroka?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini akan mengenalpasti hasil kejayaan program Edible Garden yang dijalankan
di Felda Air Tawar , Kota Tinggi Johor kepada peneroka. Oleh yang demikian, penyelidik
berharap dapatan kajian ini akan berguna untuk mengatasi masalah individu (peneroka) atau
kumpulan berhubung kejayaan yang dikehendaki khususnya kepada pihak pengurusan Felda,
Peneroka Felda, agensi-agensi terlibat dan pengkaji masa depan.