persepsi pelajar tingkatan empat terhadap · pdf file1.1 analisa prestasi mata pelajaran...
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP MATA
PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN YANG DIAJAR
DALAM BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH-SEKOLAH
DAERAH SEGAMAT
NAZARINA BINTI MD NOOR
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2009
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : NAZARINA BINTI MD NOOR Tarikh : 24 April 2009
iii
Kuabadikan Diriku Menimba Ilmu Untuk Illahi
Kupohonkan Keredhaan Dan Keampunan
Semoga Ilmu yang Kuperoleh Ilmu Yang Bermanfaat
Ilmu Yang Memberi Kesejahteraan Kepada Ummah
Semoga Bertambah Iman Dan Takwa
Aamiiin Ya Rabbulalamin…
Dedikasiku Untuk:
Dengan Ingatan Kasih dan Sayang Yang Abadi kepada
Ayahanda
MD NOOR BIN ABU BAKAR
dan
Bonda
RAHIMAH BINTI SULIMAN
Yang telah mengorbankan sebahagian kehidupannya untuk membesarkanku
Teristimewa untuk pengorbanan suamiku
ALFAIDAL BIN ABDUL TAIB
dan puteraku
MUHAMMAD ZAQWAN
Serta sahabat-sahabatku yang tersayang.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah
yang amat dikasihi.
Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penasihat penyelidikan, Prof.
Madya Dr. Abd. Wahid bin Mukhari yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan,
panduan, tunjuk ajar dan nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah
S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.
Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran
Negeri Johor, Pengetua-pengetua dan guru-guru dari enam buah Sekolah Menengah
Akademik di Daerah Segamat, Johor yang terlibat dan membantu secara langsung
dalam penyelidikan ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih diberikan kepada semua warga universiti
dan mereka yang terlibat dalam memberikan kerjasama kepada saya.
Sekian , wassalam.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau masalah kefahaman pelajar terhadap
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Di
samping itu, kajian ini juga untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap keupayaan
pengajaran guru dan kepentingan Lukisan Kejuruteraan dalam Bahasa Inggeris.
Kajian ini melibatkan 63 orang pelajar Tingkatan Empat di Daerah Segamat, Johor.
Sampel kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar sekolah menengah akademik dalam
Daerah segamat yang menawarkan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan kepada para
pelajar. Satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian: Latar belakang
responden dan 30 pernyataan telah diedarkan kepada responden. Data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social
Science – Version 15.0 (SPSS 15.0). Data dianalisis dalam bentuk frekuensi,
peratusan dan min yang kemudian dikelaskan kepada 3 kategori tahap pencapaian.
Hasil kajian menunjukkan bahawa kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan yang diajar dalam Bahasa Inggeris masih di tahap sederhana.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to observe the understanding of students
towards Engineering Drawing course that have been teaching in English. Besides
this research is also to find out students’ perceptions towards teacher’s ability in
teaching in English and the importance of using English in Engineering Drawing can
be identified. The research involved 63 Form Four students in Segamat, Johor
whereby this course is offered only to this batch of students. One set of
questionnaire contains two parts: Respondent’s Backgrounds and Item Statements
have been distributed to the respondents. All the data have been analyzed using
Statistical Package for Social Science –Version 15.0 (SPSS 15.0). All the data
analyzed in the forms of frequencies, percentage and means that will be divided into
three categories of achievement level. The results of this study showed that the level
of students understanding towards Engineering Drawing that have been taught in
English was average.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS
AKUAN PENYELIA
JUDUL i
AKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Skop dan Batasan Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Definisi Istilah
1.9 Penutup
5
6
6
7
8
9
12
viii
BAB II
SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
2.2 Sejarah Perkembangan Pendidikan
Teknik dan Vokasional
2.2.1 Sistem Pendidikan Teknik dan
Vokasional Awal Kemerdekaan
2.2.2 Sistem Pendidikan Teknik dan
Vokasional (1970-1990)
2.2.3 Sistem Pendidikan Teknik dan
Vokasional (1990- sekarang)
2.3 Definisi Lukisan Kejuruteraan
2.4 Pendidikan Lukisan Kejuruteraan
2.4.1 Matlamat dan Struktur Lukisan
Kejuruteraan
2.5 Masalah-masalah Pembelajaran
2.6 Faktor Masalah Pelajar
2.7 Kefahaman
2.8 Kepentingan Bahasa Inggeris Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
2.9 Pembelajaran Bahasa
2.9.1 Matlamat Pembelajaran Bahasa
2.9.2 Kemahiran Menggunakan
Bahasa Inggeris
2.10 Dasar PPSMI
2.10.1 Masalah Dasar PPSMI
2.10.2 Pelaksanaan Program ETeMS
2.11 Penutup
13
13
14
14
16
17
19
20
21
23
26
27
28
29
30
30
31
32
32
34
ix
BAB 111
BAB IV
MOTODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Tempat Kajian
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Soal Selidik
3.6 Kesahan Soal Selidik
3.7 Kajian Rintis
3.8 Prosedur Kajian
3.9 Analisis Data
3.10 Kesimpulan
ANALISIS DAN INTEPRESTASI DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Soal Selidik Bahagian A
4.2.1 Taburan Responden Mengikut
Jantina
4.2.2 Taburan Responden Mengikut
Bangsa
4.2.3 Taburan Pencapaian PMR Bagi
Mata Pelajaran Matematik
Responden
4.2.4 Taburan Cita-cita Responden
4.3 Analisis Soal Selidik bahadian B
4.3.1 Masalah Pembelajaran Pelajar
4.3.2 Keupayaan Pengajaran Guru
4.3.3 Kepentingan Lukisan
Kejuruteraan
4.4 Kesimpulan
35
35
36
36
37
38
39
41
41
42
45
47
48
48
49
49
49
50
51
52
52
55
58
61
x
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan
5.3 Perbincangan
5.3.1 Masalah Kefahaman
Pelajar
5.3.2 Persepsi Pelajar Terhadap
Keupayaan Pengajaran Guru
5.3.3 Persepsi Pelajar Terhadap
Kepentingan Lukisan
Kejuruteraan
5.4 Cadangan
5.4.1 Cadangan Kepada Pihak
Sekolah
5.4.2 Cadangan Kepada Guru-Guru
5.4.3 Cadangan Kepada Pihak
Kementerian Pendidikan
5.4.4 Cadangan Kajian Lanjutan
5.5 Penutup
RUJUKAN
LAMPIRAN
62
62
62
64
64
65
67
69
69
70
70
71
72
73
A. Set Borang Soal Selidik
B. Surat Akuan Pelajar dari Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
xi
C. Surat Kelulusan dari Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan
D. Surat Kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri
Johor
E. Surat Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Mata Pelajaran Teknikal Dalam Bahasa Inggeris
xii
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK
MUKA
SURAT
1.1 Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan
Kejuruteraan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) bagi Daerah Segamat pada
tahun 2007.
5
2.1 Pelaksanaan PPSMI Bagi Sekolah Menengah. 31
3.1 Sekolah Menengah Kebangsaan yang
menawarkan Lukisan Kejuruteraan dalam
Daerah Segamat.
36
3.2 Taburan Saiz Populasi 37
3.3 Taburan item soal selidik mengikut latar
belakang pelajar.
39
3.4 Taburan item soal selidik mengikut persoalan
kajian.
40
3.5 Set Skala Likert. 41
3.6 Analisis Skor Min. 45
3.7 Penentuan Tahap Peratusan. 46
3.8 Skala Pemeringkatan. 46
4.1 Taburan responden mengikut jantina. 49
4.2 Taburan responden mengikut bangsa. 49
4.3 Taburan pencapaian PMR bagi mata pelajaran
Matematik responden.
50
4.4 Taburan cita-cita responden. 51
4.5 Taburan masalah pembelajaran pelajar. 52
xiii
4.6 Taburan persepsi pelajar terhadap keupayaan
guru semasa pengajaran Lukisan Kejuruteraan.
55
4.7 Taburan persepsi pelajar terhadap kepentingan
Lukisan kejuruteraan.
58
4.8 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian. 60
xiv
SENARAI RAJAH
NO.
RAJAH
TAJUK
MUKA
SURAT
3.1
Carta Aliran Prosedur Menjalankan Kajian
44
xv
SENARAI SINGKATAN
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPVM - Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia
ICT - Teknologi Komunikasi dan Maklumat
PPSMI - Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik
Dalam Bahasa Inggeris
ETeMS - English Teaching Mathematic and Science
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SK - Sekolah Kebangsaan
SRJKT - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil
SRJKC - Sekolah rendah Jenis Kebangsaan Cina
SPK - Sekolah Pendidikan Khas
NO - Nombor
SPSS - Statistical Package for Social Science
BAB I
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan satu keperluan dalam kehidupan. Ianya
melibatkan satu proses pengajaran dan pembelajaran sama ada secara formal
atau pun tidak formal. Ee Ah Meng (1996) pula menyatakan pendidikan
sebagai satu proses mengasuh dan membimbing pelajar agar dapat berkembang
dengan baik sama ada dari segi mental, fizikal, emosi atau rohani. Siti Fatimah
Yakob (2000), dalam kajiannya menyatakan pendidikan sebagai satu kaedah
atau pendekatan yag dikenalpasti dapat membantu dalam melahirkan
masyarakat yang berkebolehan dan mahir dalam bidang teknikal serta mampu
menjana sebagai penyumbang teknologi kepada masyarakat dan negara.
Bagi merealisasikan matlamat negara untuk menjadikan sebuah negara
maju menjelang 2020, pelbagai usaha dijalankan oleh pihak Kementerian
Pelajaran dalam memastikan sistem pendidikan di Malaysia tidak ketinggalan
jauh berbanding dengan negara luar. Antara langkah yang diambil oleh pihak
kementerian ialah dengan memperkenalkan Sistem Pensijilan Terbuka bagi Sijil
Peperiksaan Malaysia (SPM). Sistem ini diperkenalkan pada tahun 2000 yang
mana ia menawarkan mata pelajaran vokasional, teknikal dan teknologi kepada
pelajar-pelajar sebagai mata pelajaran pilihan. Salah satu daripada mata
pelajaran yang ditawarkan sebagai mata pelajaran pilihan ialah Lukisan
Kejuruteraan. (Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2001).
2
Lukisan Kejuruteraan diperkenalkan dalam Sistem Pensijilan Terbuka
bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran asas dalam bidang
Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Jentera. Ini kerana sektor kejuruteraan
menjadi antara sektor yang menawarkan banyak pekerjaan di negara kita.
Kepesatan industri negara secara tidak langsung meningkatkan permintaan
untuk jurutera dan juruteknik. Dengan memperkenalkan Lukisan Kejuruteraan
di Sekolah Menengah Akademik, secara tidak langsung ia dapat memberi
peluang kepada pelajar untuk melanjutkan palajaran dalam bidang kejuruteraan
dan juga dapat membantu pelajar-pelajar ke arah kerjaya yang lebih cerah.
(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001)
1.2 Latar Belakang Masalah
Era globalisasi, K-Ekonomi dan keperluan memanfaatkan teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT) yang melanda dunia pada masa ini menuntut
penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan komunikasi bagi manusia
bersaing di peringkat antarabangsa. Walaupun dari segi status, Bahasa Inggeris
ialah bahasa ketiga utama di dunia, kita mempelajari dan memberi penekanan
seiring terhadapnya dalam pendidikan kerana bahasa tersebut ialah pencetus
teknologi daripada Barat.
Isu kepengguanaan Bahasa Inggeris telah dibangkitkan kembali. Hal ini
menunjukkan suatu tanda betapa prihatinnya segolongan masyarakat terhadap
kemajuan ilmu pengetahuan kerana penguasaan Bahasa Inggeris amatlah
penting untuk bersaing dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, teknologi,
pendidikan ataupun politik tanpa mengubah jati diri dan identiti di kalangan
pelajar. Salah satu cara untuk meningkatkan mutu bahasa Inggeris di kalangan
pelajar ialah dengan memperbaiki pengajaran subjek berkenaan. (Khairul, 12
Julai 2002)
3
Kerajaan terpaksa mengambil keputusan drastik dengan melaksanakan
segera penggunaan Bahasa Inggeris menerusi mata pelajaran Sains dan
Matematik bermula pada tahun 2003. Ia bertujuan untuk menangani masalah
kelemahan Bahasa Ingeris di kalangan orang Melayu (Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad, 19 Julai 2002). Ketika ini, banyak buku teks, rujukan dan perisian
pengujian serta pembelajaran bermutu ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Menurut Ahmad Jusoh (Berita Harian, 22 April 2005), seorang pengajar
di Sekolah Menengah Teknik berkata, pengajaran mata pelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Teknik diajar mulai
tahun 2006. Ini bermakna mulai 2006, pelajar yang memasuki Sekolah
Menengah Teknik terpaksa mengikuti hampir keseluruhan subjek dalam Bahasa
Inggeris seperti Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, mata
pelajaran kejuruteraan (teras dan amali), Lukisan Kejuruteraan, Bahasa Inggeris
dan Bahasa Inggeris EST. Ini secara langsung turut menyebabkan semua mata
pelajaran teknik yang diajar di Sekolah Menengah Akademik juga diajar dalam
Bahasa Inggeris.
Menurut Ahmad Jusoh (Berita Harian, 22 April 2005), pengajaran
Bahasa Inggeris bagi semua mata pelajaran teknik mungkin menimbulkan
pelbagai masalah kepada pelajar dan guru. Subjek kejuruteraan memerlukan
kefahaman jelas dari segi konsep. Jika pelajar menghadapi masalah penguasaan
Bahasa Inggeris, bolehkah maklumat yang ingin disampaikan akan tercapai?
Yang jelas, apabila pengajaran yang disampaikan kepada pelajar sukar difahami,
sudah pasti akan menimbulkan rasa bosan dan secara tidak langsung membunuh
minat pelajar. Pada masa ini guru yang ditugaskan mengajar mata pelajaran
kejuruteraan diberikan kursus Bahasa Inggeris selama 15 hari. Adakah ini
membantu guru terbabit menyampaikan pengajaran mereka dengan baik dan
berkesan?
Cara yang lebih wajar untuk memperbaiki mutu Bahasa Inggeris pelajar
adalah dengan meningkatkan kemahiran mengajar di kalangan guru-guru yang
4
terlibat dengan subjek tersebut. Tanpa guru yang mahir serta tanpa kaedah
pengajaran yang berkesan, mutu Bahasa Inggeris tidak dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Selain itu, kemerosotan mutu Bahasa Inggeris di kalangan
pelajar kita adalah disebabkan oleh kekurangan kemudahan prasarana yang baik.
Akibatnya semakin tinggi persekolahan pelajar semakin merosot pengunaan
Bahasa Inggeris mereka. (Ahmad Yuzaidi, 2003)
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, tahap penguasaan dan
pemahaman tentang kaedah untuk melukis seseorang pelajar dapat dinilai
melalui keputusan peperiksaan utama iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada
kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak (Ee Ah
Meng, 1998). Menurut Suria Salleh (2000), setiap individu terutamanya para
pelajar berhasrat untuk mempunyai pencapaian yang cemerlang di dalam
peperiksaan dan ianya dijadikan sebagai matlamat utama hasil daripada
pengjaran dan pembelajaran di sekolah.
Dalam memperkatakan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini,
pencapaian di dalam peperiksaan diambil kira bagi mengukur sejauh mana
kejayaan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan di
sekolah sama ada ianya berjaya ataupun tidak. Jadual 1.1. menunjukkan
pencapaian pelajar dalam Daerah Segamat, Johor dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2007 bagi mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan.
5
Jadual 1.1 : Analisa Prestasi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Dalam
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Daerah Segamat
pada tahun 2007.
Keputusan Bilangan Pelajar (%)
Cemerlang 15.53
Kepujian 63.41
Lulus 15.68
Gagal 5.38
Sumber: Jabatan Pelajaran Negeri Johor 2008.
Jadual di atas menunjukkan analisis prestasi mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan dalam peperiksaan SPM 2007 bagi seluruh Daerah Segamat,
Johor. Keputusan yang diperolehi menunjukkan peratus pelajar mendapat
keputusan yang cemerlang adalah lebih rendah berbanding peratus pelajar yang
mendapat kepujian. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan
luaran. Di antara faktor-faktor tersebut adalah seperti faktor pengajaran guru,
kemudahan prasarana di sekolah, minat dan sikap pelajar. Menurut Zuraidah
(2006), antara faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik ialah faktor
gaya pengajaran guru, kemudahan pembelajaran, sikap dan minat pelajar.
Guru yang berdedikasi serta berinovatif pendekatan pengajarannya
amatlah perlu di peringkat sekolah menengah, demi menyakinkan pelajar-
pelajar bahawa mereka mampu dan boleh menguasai ilmu sains dan teknologi.
Peralatan dan kemudahan yang mencukupi juga perlu agar pelajar didedahkan
sepenuhnya kepada proses yang betul untuk menimba ilmu kejuruteraan.
1.3 Penyataan Masalah
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar Tingkatan 4
terhadap kefahaman, keupayaan guru dan kepentingan Bahasa Inggeris dalam
6
pembelajaran Lukisan Kejuruteraan di Sekolah Menengah Akademik yang
menawarkan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di Daerah Segamat, Johor.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti:
i. masalah pembelajaran pelajar Tingkatan 4 terhadap mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang diajar dalam Bahasa
Inggeris.
ii. persepsi pelajar Tingkatan 4 terhadap keupayaan pengajaran guru
Lukisan Kejuruteraan dalam Bahasa Inggeris.
iii. persepsi pelajar Tingkatan 4 terhadap kepentingan Lukisan
Kejuruteraan dalam Bahasa Inggeris.
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan bagi
menentukan objektif kajian tercapai, iaitu:
i. Adakah terdapat masalah pembelajaran pelajar Tingkatan 4
terhadap mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang diajar dalam
Bahasa Inggeris?
7
ii. Apakah persepsi pelajar Tingkatan 4 terhadap keupayaan guru
semasa pengajaran Lukisan Kejuruteraan dalam Bahasa Inggeris?
iii. Apakah persepsi pelajar Tingkatan 4 terhadap kepentingan
Lukisan Kejuruteraan dalam Bahasa Inggeris?