persepsi pelajar terhadap dialog antara agama: …€¦ · 45 item. analisis statistik deskriptif...
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA AGAMA: KAJIAN
DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4, FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM), SKUDAI, JOHOR.
AZRINAH BINTI ABDUL RAHAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA AGAMA: KAJIAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM), SKUDAI.
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya : AZRINAH BINTI ABDUL RAHAH
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh:
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : LOT 77, FASA 2, USTAZ HJ. AZMI SHAH BIN SURATMAN TAMAN SEMPAUL, PETI SURAT 364, Nama Penyelia 91308, SEMPORNA, SABAH.
Tarikh : 28HB APRIL 2009 Tarikh : 28HB APRIL 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : USTAZ HJ. AZMI SHAH BIN SURATMAN
Tarikh : 28HB APRIL 2009
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP DIALOG ANTARA AGAMA: KAJIAN
DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM), SKUDAI.
AZRINAH BINTI ABDUL RAHAH
851117-12-5540
AP050032
Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. ”
Tandatangan :
Nama Penulis : AZRINAH BINTI ABDUL RAHAH
Tarikh : 28HB APRIL 2009
iii
DEDIKASI
YA ALLAH...
Setinggi-Tinggi Kesyukuran Ku Panjatkan PadaMu Ku Syukuri Atas Setiap AnugerahMu Yang Tidak Ternilai
Hanya KepadaMu Aku Berserah Dan Memohon Pertolongan
Ku Abadikan Karya Ini Teristimewa Buat:
Ayah & Ibu tersayang, Hj. Abdul Rahah Bin Hj. Zakaria & Hjh. Sabtiah Bt. Hj. Lakim
Doa, Pengorbanan dan Kasih Sayangmu Sumber Kekuatanku...
Buat adik-adikku, Mohd.Redzuan, Muhd. Safwan dan Hazirah
Junjunglah ilmu, jangan jemu menuntut ilmu, ilmu yang ada akan menjaga kita, tapi harta yang ada, kita yang kena menjaganya. Sesungguhnya Allah akan
mengangkat darjat orang-orang yang berilmu...
Buat Penyelia yang dikagumi, Ustaz Hj. Azmi Shah Bin Suratman
Syukran Jazilan Terima Kasih atas tunjuk ajarmu...
Buat Pensyarah-Pensyarah PPIPS dan Fakulti Pendidikan, Terima Kasih atas bimbingan dan didikan
Nasihat dan teguran kalian akan aku jadikan pedoman buat bekalan di masa hadapan...
Sahabat Seperjuangan,
SPI 2 Julai 2005-10 Mei 2009 Terima kasih di atas Segala-galanya, Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama...
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas
junjungan Rasulullah SAW yang membawa rahmat ke seluruh alam. Alhamdulilah
syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya kajian ini dapat
disiapkan walaupun sekali-sekala bertemu rintangan dan cabaran.
Sekalung penghargaan buat ibu bapa dan keluarga di kampung yang tidak
jemu-jemu memberikan sokongan yang amat membantu dalam menyiapkan kajian
ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih buat Ustaz Hj. Azmi Shah
Bin Suratman selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing, mendorong,
memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda
ini.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pensyarah-pensyarah Pusat
Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia, Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), UTM, Perpustakaan
Tun Seri Lanang (PTSL), UKM, Perpustakaan Utama, UM dan Pusat Sumber
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM) atas segala bantuan yang
diberikan sepanjang saya mendapatkan bahan-bahan rujukan.
Tidak dilupakan juga kepada semua responden yang terlibat kerana telah
memberi kerjasama yang baik semasa menjawab soal selidik. Begitu juga dengan
sahabat seperjuangan yang banyak berkongsi idea dan pendapat dalam melaksanakan
kajian ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung bagi menyempurnakan kajian ini. Semoga Allah
SWT memberkati dan membalas dengan kebaikan jua.
v
ABSTRAK
Dalam masyarakat majmuk di Malaysia, isu-isu antara agama sering
dibincangkan. Antara tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti
persepsi pelajar terhadap Dialog Antara Agama dalam kalangan pelajar Tahun 4
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Fokus kajian ini
adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap dialog antara
agama, mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama dan
faktor-faktor yang mendorong keterlibatan pelajar dalam dialog antara agama.
Sampel kajian adalah seramai 123 orang daripada 303 orang pelajar dari 5 kursus
yang berlainan. Pemilihan sampel dibuat secara rawak mudah. Instrumen bagi kajian
ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi
45 item. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai
kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package of Social Sciences (SPSS) for Windows version 14.0. Hasil kajian rintis
menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha ialah α=.839. Purata min untuk mengenal pasti
tahap pengetahuan pelajar terhadap dialog antara agama ialah 3.22. Sementara, untuk
mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama,
menunjukkan purata min sebanyak 3.15, manakala purata min bagi faktor-faktor
yang mendorong keterlibatan pelajar dalam dialog antara agama ialah 3.02. Purata
min keseluruhan bagi kajian ini berada pada tahap yang tinggi iaitu 3.14. Hasil kajian
menunjukkan responden masih kurang terlibat dalam penganjuran dialog antara
agama. Keadaan ini dapat diatasi dengan mengemukakan beberapa cadangan.
Antaranya ialah harus ada kempen setara yang selaras dengan arus perdana dalam
memartabatkan hubungan masyarakat yang harmonis dan mempelbagaikan
pendekatan dengan tujuan yang sama.
vi
ABSTRACT
In the plural community of Malaysia, issues inter-religious are always
debated upon. Among the purpose this study was conducted to identify the student’s
perceptions towards inter-religious dialogue among 4th year student’s from the
Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. This study is
focusing regarding to identify the level of student’s knowledge on inter-religious
dialogue, to identify the level of student’s understanding on issues in inter-religious
dialogue and the supporting factors for the student’s to be involved in inter-religious
dialogue. The sample of the study is 123 student’s out of 303 student’s from 5
courses. The selection of the sample is using easy random sampling. The instrument
of this study is questionnaire which contains 45 items by using the Likert scale of 1
to 4. Descriptive statistical analysis was used to get frequency value, percentage and
mean. Data was analyzed by using the Statistical Package of Social Sciences (SPSS)
for Windows version 14.0 software. The pilot study shows that Cronbach’s Alpha is
α=.839. Mean average to identify the level of student’s knowledge on inter-religious
dialogue students is 3.22. Meanwhile, to identify the level of student’s understanding
on issues inter-religious dialogue is 3.15 and the mean average for the supporting
factors of student’s to be involved in inter-religious dialogue is 3.02. Overall, the
mean average for this study is high, which is 3.14. The result of this study shows that
respondent’s are less involved in inter-religious dialogue. This situation could be
improved with the suggestion that has been presented. In the future, efforts to
conduct inter-religious dialogue must be planned and has continuity to consolidate
the relationships in a harmonic society and make various methods with the same
purposes.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvii
SENARAI RAJAH xviii
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 11
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 12
1.6 Kepentingan Kajian 12
1.7 Batasan Kajian 13
1.8 Definisi Istilah 14
1.8.1 Persepsi 14
1.8.2 Pelajar 14
viii
1.8.3 Dialog 14
1.8.4 Agama 15
1.8.5 Dialog Antara Agama 15
1.9 Kesimpulan 16
BAB II SOROTAN KAJIAN 17
2.1 Pengenalan 17
2.2 Konsep Dialog 17
2.2.1 Definisi Dialog Menurut Perspektif Islam 20
2.2.2 Definisi Dialog Menurut Perspektif Barat 23
2.2.3 Sejarah Bermulanya Dialog 24
2.2.4 Perkembangan Dialog Antara Agama 25
Di Malaysia
2.3 Bentuk-bentuk Dialog Antara Agama 28
2.3.1 Dialog Secara Terancang 28
2.3.1.1 Dialog Wacana 28
2.3.2 Dialog Secara Tidak Terancang 29
2.3.2.1 Dialog melalui Kehidupan 29
2.3.2.2 Dialog melalui Tindakan 29
2.4 Tujuan Berdialog 31
2.4.1 Mengikis Rasa Curiga 33
2.4.2 Memahami Orang Lain 34
2.4.3 Merapatkan Hubungan Kemanusiaan 34
2.4.4 Membina Tamadun Manusia yang Utuh 34
2.4.5 Menjelaskan Hakikat Sebenar Tindakan 35
2.4.6 Memupuk Rasa Saling Menghormati 35
2.4.7 Mengakhiri Dendam dan Rasa Permusuhan 35
2.4.8 Mewujudkan Konsep Keamanan 36
(Global Peace)
2.5 Prinsip-prinsip dan Etika Dialog 37
2.6 Kepentingan Dialog Antara Agama 43
2.7 Faktor-faktor yang Mendorong Berlakunya Dialog 46
ix
2.7.1 Perbezaan Fahaman dan Amalan Agama 46
2.7.2 Kecurigaan kepada Berlainan Agama 46
2.7.3 Dorongan Menyebarkan Agama 47
2.7.4 Menghindarkan Konflik Atas 48
Nama Agama
2.7.5 Faktor Minat 48
2.7.6 Dorongan dari Pensyarah 48
2.7.7 Dorongan Badan-badan Bukan Kerajaan 49
(NGO)
2.8 Halangan dan Cabaran Melakukan Dialog 49
2.8.1 Sejarah Hubungan antara Agama-agama 50
2.8.2 Ketidaksefahaman Terhadap Doktrin 51
Asas-asas Agama
2.8.3 Bersikap Eksklusif 52
2.8.4 Bersikap Inklusif 53
2.8.5 Takut untuk Berdialog 53
2.8.6 Kurang Motivasi dalam Berdialog 54
2.8.7 Wujud Prasangka antara Peserta 54
2.8.8 Fahaman Global yang Mengancam Dunia 54
2.9 Organisasi-organisasi yang Mempromosikan 55
Dialog Antara Agama Di Malaysia
2.10 Kajian Lepas 58
2.11 Kesimpulan 60
BAB III METODOLOGI KAJIAN 61
3.1 Pengenalan 61
3.2 Reka Bentuk Kajian 61
3.3 Lokasi Kajian 62
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 63
3.5 Instrumen Kajian 64
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 64
x
3.5.1.1 Soal selidik 64
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 67
3.6 Prosedur Kajian 67
3.7 Kajian Rintis 69
3.8 Analisis Data 70
3.9 Kesimpulan 70
BAB IV ANALISIS DATA 71
4.1 Pengenalan 71
4.2 Analisis Data Bahagian A 72
4.2.1 Maklumat Jantina Responden 72
4.2.2 Maklumat Bangsa Responden 72
4.2.3 Maklumat Agama Responden 73
4.2.4 Maklumat Kursus Responden 73
4.2.5 Maklumat Kelulusan Terdahulu Responden 74
Sebelum Memasuki UTM
4.3 Analisis Data Bahagian B 75
4.3.1 Taburan Kekerapan, Peratusan 75
dan Min bagi Tahap Pengetahuan
Pelajar terhadap Dialog Antara Agama
4.4 Analisis Data Bahagian C 82
4.4.1 Taburan Kekerapan, Peratusan 82
dan Min bagi Tahap Kefahaman
Pelajar terhadap Isu Dialog Antara Agama
4.5 Analisis Data Bahagian D 89
4.5.1 Taburan Kekerapan, Peratusan 89
dan Min bagi Faktor-faktor yang
mendorong Keterlibatan Pelajar dalam
Dialog Antara Agama
4.6 Analisis Keseluruhan 94
4.7 Kesimpulan 98
xi
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 99
5.2 Perbincangan 99
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 100
5.2.2 Tahap Pengetahuan Pelajar terhadap 101
Dialog Antara Agama
5.2.3 Tahap Kefahaman Pelajar terhadap 103
Isu Dialog Antara Agama
5.2.4 Faktor-faktor yang Mendorong 105
Keterlibatan Pelajar dalam
Dialog Antara Agama
5.3 Rumusan 108
5.4 Cadangan 108
5.4.1 Individu 109
5.4.2 Pensyarah 109
5.4.3 Persatuan Pelajar 110
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 110
5.6 Kesimpulan 111
BIBLIOGRAFI 112 LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Jumlah Terkini Pelajar Tahun 4, 63
Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai 3.2 Jumlah Sampel Mengikut Kursus 64
Pengajian Responden 3.3 Maklumat Setiap Bahagian 65 3.4 Skala Likert 4 peringkat 66 3.5 Perubahan 4 point Skala Likert 66
Kepada Tiga Peringkat 4.1 Maklumat Jantina Responden 72
4.2 Maklumat Bangsa Responden 72 4.3 Maklumat Agama Responden 73 4.4 Maklumat Kursus Responden 73 4.5 Maklumat Kelulusan Terdahulu 74
Responden Sebelum Memasuki UTM
Taburan kekerapan, peratusan dan min ‘Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap Dialog Antara Agama’
4.6.1 Taburan Skor Min Item 1 75 4.6.2 Taburan Skor Min Item 2 75 4.6.3 Taburan Skor Min Item 3 76 4.6.4 Taburan Skor Min Item 4 76 4.6.5 Taburan Skor Min Item 5 77 4.6.6 Taburan Skor Min Item 6 77 4.6.7 Taburan Skor Min Item 7 77
xiii
4.6.8 Taburan Skor Min Item 8 78 4.6.9 Taburan Skor Min Item 9 78 4.6.10 Taburan Skor Min Item 10 79 4.6.11 Taburan Skor Min Item 11 79 4.6.12 Taburan Skor Min Item 12 79 4.6.13 Taburan Skor Min Item 13 80 4.6.14 Taburan Skor Min Item 14 80 4.6.15 Taburan Skor Min Item 15 81 4.6.16 Taburan Skor Min Item 16 81 4.6.17 Taburan Skor Min Item 17 81 4.6.18 Taburan Skor Min Item 18 82
Taburan kekerapan, peratusan dan min‘Tahap Kefahaman Pelajar Terhadap Isu Dialog Antara Agama’
4.7.1 Taburan Skor Min Item 19 83 4.7.2 Taburan Skor Min Item 20 83 4.7.3 Taburan Skor Min Item 21 83 4.7.4 Taburan Skor Min Item 22 84 4.7.5 Taburan Skor Min Item 23 84 4.7.6 Taburan Skor Min Item 24 85 4.7.7 Taburan Skor Min Item 25 85 4.7.8 Taburan Skor Min Item 26 85 4.7.9 Taburan Skor Min Item 27 86 4.7.10 Taburan Skor Min Item 28 86 4.7.11 Taburan Skor Min Item 29 87 4.7.12 Taburan Skor Min Item 30 87
xiv
4.7.13 Taburan Skor Min Item 31 87 4.7.14 Taburan Skor Min Item 32 88 4.7.15 Taburan Skor Min Item 33 88
Taburan kekerapan, peratusan dan min‘Faktor-Faktor Yang Mendorong Keterlibatan Pelajar Dalam Dialog Antara Agama’
4.8.1 Taburan Skor Min Item 34 89 4.8.2 Taburan Skor Min Item 35 89 4.8.3 Taburan Skor Min Item 36 90 4.8.4 Taburan Skor Min Item 37 90 4.8.5 Taburan Skor Min Item 38 91 4.8.6 Taburan Skor Min Item 39 91 4.8.7 Taburan Skor Min Item 40 91 4.8.8 Taburan Skor Min Item 41 92 4.8.9 Taburan Skor Min Item 42 92 4.8.10 Taburan Skor Min Item 43 93 4.8.11 Taburan Skor Min Item 44 93 4.8.12 Taburan Skor Min Item 45 93 4.9 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai 94
Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap Dialog Antara Agama.
4.10 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai 96 Tahap Kefahaman Pelajar Terhadap Isu Dialog Antara Agama.
4.11 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai 97
Faktor-Faktor Yang Mendorong Keterlibatan Pelajar Dalam Dialog Antara Agama.
xv
SENARAI SINGKATAN S.W.T Subhanahu Wa Ta’ala S.A.W Sallahu ‘Alaihi Wasallam IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta UTM Universiti Teknologi Malaysia UKM Universiti Kebangsaan Malaysia APIUM Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah PTSL Perpustakaan Tun Seri Lanang PSM Projek Sarjana Muda MPP Majlis Perwakilan Pelajar NGO Non-Government Organization SPM Sijil Pelajaran Malaysia STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia SPI Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) SPL Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL) SPC Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) SPS Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) SPH Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
xvi
SPSS Statistic Package For Social Science SS Sangat Setuju S Setuju TS Tidak Setuju STS Sangat Tidak Setuju SUHAKAM Suruhanjaya Hak Asasi Manusia MCCBCHS Malaysian Consultative For Buddhism, Christianity,
Hinduism and Sikhism ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia ACCIN Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs MIRO Malaysia Inter-Religious Organization IFC Inter-Faith Commission
xvii
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK
1 Soal selidik
2 Surat Permohonan Maklumat Pelajar
3 Surat Kebenaran Tesis (PSM) melebihi 100 muka surat
4 Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan
5 Surat Kebenaran PSZ 1
6 Surat Kebenaran PSZ 2
xviii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Rangka Kerja Prosedur Kajian 67-68
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
$ pκš‰r'̄≈ tƒ â¨$ ¨Ζ9$# $ ¯Ρ Î) /ä3≈oΨø) n=yz ⎯ÏiΒ 9x. sŒ 4©s\Ρ é&uρ öΝ ä3≈oΨù= yèy_ uρ $\/θãèä©
Ÿ≅Í←!$ t7 s% uρ (#þθèù u‘$ yètGÏ9 4 ¨β Î) ö/ä3tΒ tò2 r& y‰ΨÏã «! $# öΝ ä39 s) ø? r& 4 ¨β Î) ©! $# îΛ⎧ Î= tã
×Î7 yz ∩⊇⊂∪
Terjemahan: “Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat, 49: 13)
Agama Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam.
Islam menggalakkan setiap umatnya untuk saling kenal-mengenali dan berbuat baik
bukan sahaja kepada sesama umat Islam, malah kepada sesama mereka yang bukan
beragama Islam juga. Penekanan kepada konsep hubungan sesama manusia dan
konsep ta’awun (bekerjasama) dalam hidup bermasyarakat akan dapat membentuk
2
satu ikatan silaturrahim yang teguh khususnya dalam mencapai tamadun dunia yang
terdiri dari pelbagai agama, bangsa dan budaya.
Menurut Sayyid Qutb di dalam Tafsir Fi Zilalil Quran (2001: 112), ayat ini
menjelaskan bahawa tujuan Allah SWT menciptakan manusia dengan berbagai-bagai
bangsa dan suku itu bukanlah supaya berbalah di antara satu sama lain malah
digalakkan untuk saling kenal-mengenali, berinteraksi serta saling menghormati
pendirian masing-masing. Perbezaan dari sudut pemikiran, amalan kepercayaan
mahupun kebolehan fizikal tidak seharusnya mencetuskan keadaan yang boleh
menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat malah perbezaan-perbezaan tersebut
seharusnya menjadi titik tolak untuk mewujudkan kerjasama yang erat dalam
melaksanakan tugas-tugas kemanusiaan dan melengkapi setiap keperluan umat
manusia.
Merujuk kepada konteks negara, Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi
yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri dari pelbagai kelompok bangsa
iaitu bangsa Melayu, Cina, India, penduduk peribumi serta kaum-kaum minoriti yang
lain. Setiap komposisi bangsa menganuti agama-agama yang berbeza seperti orang
Melayu beragama Islam, kaum India beragama Hindu dan kaum Cina menganut
agama Kristian atau Buddha. Ekoran identifikasi agama berdasarkan kaum ini, maka
nilai-nilai perpaduan yang diamalkan oleh masyarakat majmuk di Malaysia perlu
dilihat berasaskan aspek agama, di mana, majoriti masyarakat Malaysia menganut
agama tertentu dan mempunyai sentimen agama yang tinggi terhadap agama masing-
masing (Ahmad Sunawari Long, 2000: 1).
Kepelbagaian agama, kaum serta budaya di Malaysia berkait rapat dengan
sejarah sebelum Malaysia mendapat kemerdekaan dan selepas kemerdekaan iaitu
dengan berlakunya migrasi penduduk China dan India ke Malaysia yang menjadi
buruh dalam pelbagai sektor ekonomi, telah mewujudkan komposisi bangsa yang
berbeza. Kepelbagaian bangsa ini kadangkala boleh mewujudkan masalah dan
konflik sama ada melibatkan sektor ekonomi, politik dan sosial.
3
Perpaduan dan keamanan merupakan satu isu penting dalam konteks
kehidupan negara, apatah lagi, bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat
majmuk seperti di Malaysia. Perpaduan dan keharmonian hubungan antara kaum ini
mempunyai pertalian rapat dengan isu ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan
agama. Setiap kaum atau golongan yang diwakili akan memperjuangkan hak-hak
mereka dan mereka berusaha untuk mendapatkan keadilan serta toleransi, namun
kesemua hak-hak tersebut perlu merujuk kepada perlembagaan berkaitan dengan
Perkara 121(1).
Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan dan mengecapi keamanan
selama 51 tahun yang lalu, masih terdapat lagi pergeseran dalam memperjuangkan
hak-hak ini yang mana ia menimbulkan ketidakpuasan hati kepada sebelah pihak
yang lain. Pergeseran yang dihadapi di antara bangsa-bangsa bukan berlaku di
Malaysia sahaja, malah negara-negara yang turut dihuni oleh masyarakat yang
berbilang kaum juga menghadapi masalah sedemikian. Pergeseran ini timbul
disebabkan berlakunya kegagalan mengenali antara satu sama lain serta kurangnya
persefahaman dalam banyak aspek (Nurul Fauzana Bt. Yaacob, 2006: 3).
Justeru, konsep persefahaman dan saling mengenali perlu disemai dalam diri
setiap individu masyarakat di Malaysia. Proses interaksi dan komunikasi dalam
masyarakat perlu berkesan agar ketidaksefahaman dapat dielakkan. Pemerintah
hendaklah memainkan peranan dengan membuat anjakan paradigma dalam institusi
sosial negara. Oleh yang demikian, dialog dan muzakarah (perbincangan) perlulah
diamalkan, sebagai satu langkah untuk mencari kesefahaman, kesepakatan dan
kesetaraan antara agama, budaya dan bangsa. Selaras dengan firman Allah SWT:
ô‰s% yì Ïϑ y™ ª!$# tΑöθs% © ÉL©9$# y7 ä9ω≈pgéB ’Îû $yγ Å_÷ρ y— þ’Å5tGô± n@uρ †n< Î) «!$#
ª! $#uρ ßìyϑ ó¡tƒ !$ yϑ ä. u‘ ãρ$ pt rB 4 ¨β Î) ©! $# 7ì‹ Ïÿ xœ îÅÁt/ ∩⊇∪
Terjemahan: “Sesungguhnya Allah SWT telah mendengar (dan memperkenankan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad), mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah SWT sedia mendengar
4
perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah amat mendengar lagi amat melihat.”
(Surah al-Mujadalah, 58: 1) Berdasarkan tafsiran ayat di atas, Sheikh Abdullah Bin Muhammad Basmeih
(2000: 1216) dalam Tafsiran Pimpinan Ar-Rahman, menyatakan bahawa perlunya
ada perbincangan dalam mencari satu titik kesefahaman dan menyelesaikan masalah
yang dihadapi dengan tenang. Perbincangan yang dilakukan hendaklah mendengar
keterangan dari dari kedua belah pihak yang bertelagah sebelum bertindak
mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan salah faham dari terus
berpanjangan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Ajaran Islam adalah syumul, komprehensif dan relevan sepanjang zaman
serta wujud mendahului suatu bangsa dan negara. Islam juga bukan agama
kebendaan yang khusus untuk sesuatu keturunan, bangsa, negara atau kelompok
tertentu sebagaimana Yahudi, Nasrani dan lain-lain kepercayaan. Umat Islam sejak
zaman Nabi Muhammad SAW dan semasa pemerintahan khalifah hinggalah
sekarang memahami kenyataan adanya kemajmukan dan perbezaan dalam keyakinan
terhadap agama masing-masing.
Selain memperkukuhkan pegangan kepada seluruh penganutnya, setiap
agama mempunyai cara atau metodologi tersendiri untuk menyebarkan ajaran dan
pengaruh terutama bagi agama yang berkonsepkan missionary seperti Islam, Kristian
dan Buddha. Agama Hindu tidak begitu menonjol dalam aspek menyebarluaskan
ajarannya kepada penganut agama lain (Khairulnizam Bin Mat Karim, 2008,
http://www.utusan.com.my).
Malaysia, merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai
masyarakat, agama, bangsa dan budaya masing-masing hidup dalam satu komuniti,
5
saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mewujudkan perpaduan.
Walaubagaimanapun, di Malaysia situasi ini agak berbeza kerana, Perlembagaan
Negara menyatakan setiap individu bebas untuk memilih dan menganuti agama
masing-masing selepas berusia 21 tahun (Artikel 11 dan Artikel 121(1A)
Perlembagaan Persekutuan). Justeru, ia membuka ruang yang luas kepada setiap
agama untuk menjalankan aktiviti keagamaan mahupun aktiviti mempromosikan dan
menyebarkan ajaran kepada penganut lain. Maka, ia memberi kelebihan kepada
agama yang dominan dan memberi sedikit tekanan kepada agama lain (Khairulnizam
Bin Mat Karim, (2008, 29 Julai), Dialog antara agama mustahak. Utusan Malaysia
online dari http://www.utusan.com.my).
Dalam konteks tempatan, kewujudan sikap prejudis dan ceteknya pemikiran
dalam masyarakat majmuk yang terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama
menyebabkan berlakunya konflik dan menimbulkan satu keadaan yang rumit untuk
diatasi. Penganut agama Islam di negara ini, mempunyai peruntukan yang lebih
dalam Perlembagaan Negara di mana Islam dijadikan sebagai agama rasmi negara
dan setiap calon tertinggi pimpinan negara perlulah seorang yang beragama Islam
dan berketurunan Melayu. Keputusan ini harus dihormati dan disepakati oleh
penganut agama lain. Sebarang usaha untuk menggugat perkara itu perlu ditentang.
Keadaan ini, mewujudkan rasa ketidakpuasan hati antara mereka dan mereka juga
hendak mempertahankan hak dalam agama mereka di negara ini.
Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad
Badawi, dalam ucaptamanya pada Persidangan Antarabangsa Ke-3 Dunia Islam dan
Barat, bahawa konflik yang timbul antara dunia Islam dan negara Barat (Kristian)
bukanlah berpunca daripada kepercayaan agama yang berbeza tetapi, kerana
manipulasi terhadap agama oleh pihak yang berfikiran sempit atau sekular. Mereka
menganjurkan kekerasan atas nama agama. Kekerasan ini bertitik tolak dari
keyakinan dalam agama mereka bahawa setiap tindakan mereka adalah sejajar
dengan perintah Tuhan yang terdapat dalam teks kitab-kitab suci mereka
(Khairulnizam Bin Mat Karim, (2008, 29 Julai), Dialog peradaban atasi konflik
Islam-Barat. Utusan Malaysia dari http://www.utusan.com.my).
6
Kekerasan atas nama agama sememangnya bukan mudah untuk dibendung.
Sejarah telah mencatatkan pembunuhan ke atas Anwar Sadat, Indra Ghandi, Yitzhak
Rabin dan Benazir Bhutto adalah antara contoh yang nyata bahawa kekerasan
dilakukan atas nama agama dalam dunia Islam moden. Pada ketika ini, Islam mula
dipandang dan digambarkan kembali sebagai musuh yang mengancam Barat.
Persepsi buruk mengenai Islam di Barat sebenarnya sudah mula ditanamkan dalam
kalangan warga Barat sejak mereka masih kanak-kanak lagi. Ia dilakukan dengan
memberi gambaran yang salah dan streotaip mengenai Islam dan kaum muslimin. Ini
diikuti oleh pemberitaan dan gambaran buruk sebahagian besar media massa Barat
mengenai Islam.
Menurut W.Rahimah Draman (2008,18 November) dalam Utusan Malaysia,
disebabkan spekulasi, timbul pelbagai tafsiran, salah faham dan salah tanggap
mahupun kecelaruan mengenai Islam sebagai cara dan jalan kehidupan, sehingga
wujud menyamakan syariat Islam dengan adat budaya suatu bangsa penganutnya.
Akibatnya berlaku dakyah Islam sebagai paksi keganasan (pengganas) dan wujud
‘fobia Islam’, di mana peristiwa 11 September (11/9/2001) adalah kemuncak
kebencian dan salah faham mengenai Islam apabila simbol ‘ketamadunan barat’ di
New York diterjah musibah.
Atas dasar itu, pandangan dan kesedaran mereka terhadap Islam semakin
meningkat dan melabelkan masyarakat Islam sebagai pengganas dan teroris,
sedangkan Islam tidak pernah sekalipun menyuruh umatnya menanamkan rasa
kebencian terhadap agama lain (Khairulnizam Bin Mat Karim, (2008, 29 Julai),
Dialog peradaban atasi konflik Islam-Barat. Utusan Malaysia dari
http://www.utusan.com.my). Pelaksanaan dasar Islamisasi pada awal tahun 1980-an
telah mencetuskan fenomena baru di mana masyarakat bukan Islam menunjukkan
reaksi negatif terhadap dasar-dasar tersebut sebagai tanda protes mereka terhadap
kerajaan.
7
Menurut Khairulnizam Bin Mat Karim lagi, tanda protes itu wujud
disebabkan oleh kurangnya maklumat terhadap dasar tersebut, isi kandungan serta
gerak kerja pelaksanaannya. Berlakunya demonstrasi, wujud ketidaksefahaman serta
penganjuran forum-forum orang bukan Islam yang menyatakan rasa tidak puas hati
mereka dengan prosedur yang dibuat. Keadaan ini menimbulkan rasa kebimbangan
kepada masyarakat di Malaysia khususnya kerana apabila keadaan ini dibiarkan
berlanjutan, permusuhan antara sesama kaum boleh tercetus dan dapat menggugat
keamanan negara.
Bertitik-tolak dari beberapa kejadian yang menyebabkan ketidaksefahaman
dalam beragama di negara ini, banyak isu-isu yang diketengahkan oleh masyarakat
bukan Islam seperti pelaksanaan syariah, penggunaan Al-Kitab menggantikan Injil,
peruntukan tapak-tapak rumah ibadah seperti kuil, gereja dan tokong, hak penyiaran
dan dasar pendidikan kerajaan serta penentangan terhadap Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia (SUHAKAM), yang menyatakan bahawa tuntutan persamaan (Justice and
Peace) dalam agama, tidak ada unsur toleransi (Khairulnizam Bin Mat Karim, (2008,
29 Julai), Dialog antara agama mustahak. Utusan Malaysia dari
http://www.utusan.com.my).
Bagi memudahkan penyuaraan dan tuntutan masyarakat bukan Islam
didengari oleh pihak kerajaan, mereka bersatu dengan menubuhkan Malaysian
Consultative For Buddhisme, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) atau
dikenali juga sebagai Majlis Perundangan Agama-agama Malaysia. Mengikut suatu
memorandum yang telah dikemukakan oleh MCCBCHS bersama surat bertarikh
21hb Ogos 2001 kepada Majlis Peguam, MCCBCHS telah menuntut beberapa
perkara berkaitan Islam. Antaranya ialah:
- Seseorang Muslim patut diberi hak untuk meninggalkan Islam walaupun agama
Islam tidak membenarkannya, Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan (dilihat dari
aspek pelbagai dokumen antarabangsa mengenai hak asasi manusia dan hujah-hujah
kes mahkamah di negara-negara bukan Islam) seharusnya diguna pakai dalam
8
menentukan hak seorang Muslim memilih untuk murtad, dan bukannya undang-
undang syarak. Untuk memudahkan proses murtad, Mahkamah Sivil dan bukannya
Mahkamah Syariah yang seharusnya diberi kuasa menentukan hak seorang Muslim
itu keluar dari agamanya.
Pada 21 April 2008, ABIM dan pertubuhan-pertubuhan Islam yang
bergabung dibawah ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs) telah
mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan, Datuk Hj. Shafie bin Hj.Apdal di pejabat beliau. Antara tujuan
pertemuan tersebut diadakan adalah bagi membolehkan pertubuhan-pertubuhan
Islam yang bergabung di bawah ACCIN untuk menyampaikan pandangan secara
objektif tentang pelbagai isu yang membabitkan kepentingan umat Islam di negara
ini seperti penggunaan kalimah Allah oleh agama-agama selain Islam, sikap
sesetengah pengamal media yang cenderung memberikan persepsi yang tidak tepat
dalam isu-isu umat Islam dan cadangan Kabinet untuk mewajibkan saudara baru
mengisytiharkan pengIslaman mereka.
Tindakan mereka membangkitkan isu-isu di atas merupakan sungutan-
sungutan pihak bukan Islam sedangkan isu-isu tersebut langsung tidak ada kena
mengena dengan mereka. Ia bersabit dengan ajaran Islam yang tidak boleh
dipertikaikan oleh penganut-penganutnya sendiri apatah lagi oleh orang-orang bukan
Islam. Keadaan ini jelas merupakan satu campur tangan yang serius terhadap ajaran
Islam, semata-mata dengan menyalahgunakan kuasa sebuah Badan Berkanun untuk
mencapai matlamatnya (Dato’ Hj Mustapha Ma, (2005, 25 Januari). Memorandum
Menentang IRC, http://thaqafah.coconia.net).
Kuasa dan campur tangan dalam ajaran mana-mana agama, bertentangan
dengan kehendak pihak berkuasa agama di negara ini, dan ia sudah tentu akan
membawa kepada tindak balas yang boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal
apabila semua perwakilan mengambil bahagian dan saling tuduh-menuduh di
kalangan mereka sehingga boleh membawa kepada terjejasnya keharmonian dalam
beragama.
9
Selain itu, penubuhan Inter-Faith Comission (IFC), turut dijadikan platform
untuk mereka menyuarakan pendapat mahupun kritikan. Penubuhan Suruhanjaya
Antara Agama (IFC) ini mendapat tentangan, kerana di Malaysia, telah wujud
persefahaman dan toleransi di kalangan masyarakat pelbagai kaum mengenai hak
kebebasan beragama. Kita perlu menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Para
pelopor IFC ini tidak akan berdiam diri dengan penangguhan ini dan akan terus
melobi semua pihak untuk menerima cadangan mereka. Ini terbukti apabila mereka
menyokong sepenuhnya pengikut-pengikut Ayah Pin yang ingin murtad dan
menyediakan khidmat guaman untuk menyaman pihak berkuasa dan membawa kes
ini ke peringkat tertinggi. Penubuhan IFC ini perlu ditolak sama sekali kerana
penubuhannya boleh membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam
mencampuri hal ehwal agama Islam di samping menjadikan undang-undang Allah
SWT mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia
yang boleh menjejaskan akidah.
Keadaan ini akan menimbulkan ketegangan antara agama dan menggugat
keselamatan negara. Kecenderungan (memberi kebebasan) ini jika tidak dikawal
lebih awal, akan mengundang masalah dari segi hubungan antara kaum yang selama
ini ditentukan oleh rasa hormat antara kita. Dalam konteks membabitkan agama,
keterbukaan perlu ada hadnya dan mestilah tidak sampai ke peringkat sehingga
memberi implikasi terhadap keharmonian masyarakat berbilang kaum.
Petikan dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Ogos 2008, Perdana Menteri
telah menyarankan bahawa dialog membabitkan pelbagai agama di negara ini akan
dipertingkatkan kerana ia penting bagi mewujudkan persefahaman antara penduduk
pelbagai kaum. Ajaran Islam yang mengesyorkan agar seseorang itu menjadi insan
yang boleh dipercayai, dihormati dan boleh memenuhi harapan setiap warga
Malaysia tanpa mengira kaum yang mahukan diri mereka dilindungi, perlu dipatuhi.
Bagi memastikan rundingan itu berjaya, setiap penganut perlu menghormati fahaman
teras agama lain yang tidak boleh diubah.
10
Merujuk kepada isu terkini, pada 9 Ogos 2008 yang lalu, Majlis Peguam telah
mengadakan forum ‘Memeluk Islam’. Tindakan majlis berkenaan dikatakan
menimbulkan kemarahan umat Islam, yang mana lebih 1,000 orang berkumpul untuk
membantah penganjuran forum berkenaan yang disifatkan sengaja mahu
mencemarkan imej Islam. Majlis Peguam dikatakan menjemput mereka yang
memeluk Islam memberi pandangan tentang masalah yang dihadapi dan tidak
menjemput mereka yang tidak bermasalah walaupun mereka memahami bahawa
dalam prinsip undang-undang, keadilan harus dilaksanakan. Adalah jelas, tujuan
forum ini diadakan untuk mengatakan apabila orang bukan Islam ingin memeluk
Islam, mereka akan berhadapan dengan banyak masalah dan seolah-olah mereka
ingin menggambarkan bahawa memeluk Islam ini adalah satu kesalahan, sedangkan
ramai lagi yang telah memeluk Islam tetapi tidak mempunyai masalah (Zulkiflee
Bakar, Herman Hamid, (2008, 17 Ogos) Mingguan Malaysia, ms.9).
Kesemua konflik yang berlaku antara pelbagai kaum di negara ini adalah
semata-mata untuk menuntut hak asasi mereka diperjuangkan secara telus. Menurut
Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhaili (2004: 55-56) dalam karyanya yang bertajuk
Kewajipan Memahamkan bukan Islam tentang Islam, “Dialog yang tenang adalah
perlu untuk melakukan perbahasan yang berdisiplin dan perdebatan dengan
pemimpin-pemimpin agama di seluruh dunia melibatkan aspek agama itu sendiri,
ekonomi, politik dan sosial. Pertembungan pemikiran dan wujud halangan asabiah
serta tradisi-tradisi yang diwarisi oleh keturunan sebelum ini perlu diatasi.
Penganjuran dialog secara terbuka yang dihadiri oleh majoriti orang ramai hendaklah
membuat perbincangan antara sesama pendakwah Islam dengan penganut agama-
agama lain, ahli falsafah pemikiran termasuklah golongan atheis”.
Oleh yang demikian, dialog perlu diadakan bagi membincangkan masalah
yang dihadapi dan cuba memahaminya mengikut landasan yang betul. Dialog yang
dihadiri perlu melihat kepada pandangan kedua-dua pihak (orang Islam dan bukan
Islam), dan bukannya seperti mana yang dilakukan oleh Majlis Peguam yang hanya
menyaksikan pandangan satu pihak sahaja. Ketika berdialog, sensitiviti masyarakat
perlu diberi penekanan, kerana jika kita gagal memahami sensitiviti masyarakat,
keharmonian beragama akan terjejas dan negara akan kucar-kacir.
11
1.3 Pernyataan Masalah
Malaysia merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada
pelbagai lapisan masyarakat, pelajar-pelajar yang menuntut di Pusat Pengajian
Tinggi IPTA mahupun IPTS di seluruh negara terdiri daripada mereka yang
menganuti agama berbeza. Semua pelajar seharusnya menyedari bahawa, mereka
perlu hidup bersama dalam keadaan yang tenteram dan tidak terpengaruh dengan
dakyah perkauman serta pemahaman agama yang sempit.
Melihat realiti kehidupan di kampus universiti, tahap kesedaran dalam
kalangan pelajar terhadap sikap toleransi beragama masih berada di tahap yang
rendah. Masih ada pelajar yang cenderung bergaul dan bersahabat hanya dengan
mereka yang satu bangsa dan satu agama dengannya sahaja. Di kafeteria, mereka
duduk makan sesama sendiri sahaja. Di bilik-bilik kolej kediaman mereka hanya
mahu tinggal dalam satu kelompok. Tidak timbul rasa minat dalam diri pelajar untuk
terlibat dalam program-program yang melibatkan agama dan bangsa lain. Keadaan
ini menyebabkan integrasi sosial tidak berlaku.
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan atas dasar keprihatinan penyelidik
untuk mengetahui sejauhmana tahap pengetahuan dan pandangan pelajar sebagai
salah satu anggota masyarakat mengenai isu-isu yang berhubung dengan interaksi
dan konflik antara agama yang berlaku dalam masyarakat serta kefahaman mereka
untuk menjadikan dialog sebagai langkah untuk keluar dari kemelut yang sedia ada,
selain dapat mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong keterlibatan pelajar dalam
dialog antara agama.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:
1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap dialog antara agama.
12
1.4.2 Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama.
1.4.3 Mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong keterlibatan pelajar dalam
dialog antara agama.
1.5 Persoalan Kajian
Penyelidik berharap agar kajian ini dapat memberikan jawapan kepada
beberapa persoalan seperti di bawah:
1.5.1 Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap dialog antara agama?
1.5.2 Apakah tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama?
1.5.3 Apakah faktor-faktor yang mendorong keterlibatan pelajar dalam dialog
antara agama?
1.6 Kepentingan Kajian
Penyelidik menjangkakan bahawa kajian ini penting dijalankan bagi
memberikan manfaat kepada masyarakat amnya, khususnya kepada pelajar-pelajar
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai yang terdiri daripada pelbagai agama,
bangsa dan budaya.
Kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada golongan pelajar sama
ada pelajar yang beragama Islam ataupun pelajar bukan Islam sebagai generasi
pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang agar peka terhadap isu-isu dialog
antara agama dengan memahami konsep berdialog itu sendiri. Kefahaman ini penting
bagi mewujudkan toleransi dan kerjasama dalam kalangan pelajar, di samping dapat
13
meningkatkan usaha untuk memperkukuhkan nilai sepunya antara sesama kaum dan
agama menerusi dialog.
Kajian ini turut memberi peringatan dan saranan kepada pemimpin negara
supaya menggalakkan kelompok masyarakat untuk mengikuti perkembangan
mengenai isu yang dibahaskan ketika menganjurkan sesi dialog antara agama. Selain
dapat mengambil manfaat dan pendekatan yang lebih baik untuk mengeratkan lagi
ikatan perpaduan dalam organisasi masyarakat.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dilakukan ke atas pelajar-pelajar Tahun 4, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Penyelidik mengkhususkan kajian ini kepada
pelajar-pelajar Tahun 4 bagi 5 kursus seperti yang dinyatakan di bawah:
i) Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)- SPI
ii) Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)- SPL
iii) Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)- SPC
iv) Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)- SPS
v) Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)- SPH
Rasional pemilihan responden berdasarkan 5 kursus di atas adalah kerana
bagi memudahkan penyelidik untuk berhubung dengan responden yang turut berada
di bawah fakulti yang sama dengan penyelidik. Kajian ini terbatas pada 3 perkara
utama iaitu, untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar terhadap dialog antara
agama, untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar terhadap isu dialog antara agama,
serta faktor-faktor yang mendorong keterlibatan pelajar-pelajar dalam dialog antara
agama.
14
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Persepsi
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ke-4, terbitan tahun
2005, persepsi membawa maksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran
tentang sesuatu. Suatu pandangan ataupun tanggapan (menerusi pancaindera). Dalam
kajian ini, penyelidik ingin melihat sejauhmana tanggapan pelajar-pelajar mengenai
dialog antara agama.
1.8.2 Pelajar
Dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ke-4, terbitan tahun
2005, pelajar merujuk kepada orang yang sedang belajar atau berguru seperti murid
sekolah, penuntut di Maktab atau Institut Pengajian Tinggi (IPT) atau orang yang
mengaji iaitu mereka yang menyelidik ilmu. Dalam kajian ini, pelajar yang
dimaksudkan ialah pelajar-pelajar Tahun 4 yang sedang mengikuti pengajian dalam
bidang pendidikan pada semester II, sesi 2008/2009 di UTM, Skudai.
1.8.3 Dialog
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ke-4, terbitan tahun
2005, dialog ialah kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak dalam drama atau
fiksyen. Perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah
kepentingannya dan bertukar-tukar pendapat mengenai suatu isu secara terbuka.
Dialog berasal dari bahasa Inggeris iaitu dialogue: Discussion between
people with different opinions. Menurut AS Hornby, Oxford Fajar, hlm. 489, dialog
ialah perbincangan antara orang-orang yang berlainan pendapat. Dalam bahasa Arab
pula, perkataan hiwar, muhawwarah bermaksud conversation, dialogue, argument,
dispute, debate.
15
Dari aspek etimologi, perkataan dialog (dialogue) berasal daripada gabungan
perkataan Greek yang bermaksud ‘melalui’ dan logos iaitu ‘perkataan atau makna
perkataan’. Terminologi dialog membawa maksud perbincangan (talking together)
antara dua pihak atau lebih dengan mempunyai unsur-unsur pertemuan, komunikasi,
persepakatan, pemahaman, perhubungan dan persefahaman secara kolektif.
Menurut Miriam Sabirah Ashki (2006: 4), perkataan dialog adalah satu
bentuk penafsiran yang membezakan antara kepelbagaian agama, budaya dan bahasa.
Secara umumnya, dialog boleh dilakukan dalam bentuk perdebatan, perbincangan
dan berdakwah. Ketika berdakwah, dialog juga boleh dilakukan sebagai satu
pendekatan dan asas untuk mencari titik penyelesaian dan perdamaian dalam aktiviti
dakwah yang diperjuangkan.
1.8.4 Agama
Merujuk kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), edisi ke-4, terbitan tahun
2005, agama ialah suatu kepercayaan pada Tuhan yang maha Kuasa dan sifat-
sifatNya serta penerimaan ajaran dan perintahNya. Dalam maksud ini, agama
bermakna untuk menemukan satu kebenaran, dari kehidupan tanpa arah, tanpa
pedoman, manusia datang mencari pegangan hidup yang benar, untuk menuju
kehidupan yang sejahtera dan bahagia. Menurut Ramli Awang (2008: 16), Agama
membawa maksud menjalankan suatu peraturan bersifat moral untuk menghindari
kekacauan dalam hidup yang tujuannya untuk mencapai kesejahteraan dan
kebahagiaan.
1.8.5 Dialog Antara Agama
Menurut Yusri Mohamad Ramli (2008: 255), Dialog Antara Agama
umumnya merujuk kepada satu percakapan, perbualan dan komunikasi antara dua
individu atau lebih yang berlainan agama yang membincangkan tentang hal-hal
agama mereka yang berbeza.
16
Menurut Kamar Oniah Kamaruzaman dalam Syed Z.Abedin (2000: 46), pula
menyatakan bahawa dialog antara agama bukan sahaja membincangkan persoalan
teologi, doktrin, tetapi harus dijadikan medan untuk mengenal dengan lebih rapat
suatu agama selain dapat menimba ilmu pengetahuan. Dialog juga dapat
membangunkan hubungan yang rapat dan meningkatkan rasa hormat kepada semua.
Berlainan pula dengan pendapat Ramli Awang (2008: 54), mendefinisikan
dialog antara agama ini disifatkan sebagai satu proses awal dari komunikasi langsung
antara tokoh-tokoh agama bertujuan membangun masa depan yang damai dan
harmoni melalui komitmen yang tinggi dan sikap saling menghargai perbezaan
agama antara manusia.
1.9 Kesimpulan
Dialog antara agama menjadi satu wadah utama kepada masyarakat pelbagai
agama, bangsa dan budaya untuk berkongsi pendapat dan saling berinteraksi bagi
memberi kefahaman tentang agama yang dianuti. Jika dialog tidak dipraktikkan,
maka akan berlarutanlah konflik yang boleh menimbulkan pelbagai kepincangan
dalam masyarakat. Justeru, dialog antara agama perlu selalu diadakan agar pelajar-
pelajar dapat memahami selok-belok ajaran agama lain. Langkah-langkah yang
sistematik perlu dilakukan sama ada di peringkat global ataupun tempatan untuk
mencambah pemikiran masyarakat dan melihatnya dari sudut yang positif. Perbezaan
antara agama, budaya serta adat seharusnya tidak menimbulkan masalah jika semua
pihak saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.