persepsi pelajar tahun empat (perdana) jabatan … · ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada...
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR TAHUN EMPAT (PERDANA) JABATAN
PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN (JPTK)TERHADAP
PROGRAM LATIHAN INDUSTRI
MOHD FAIZAL BIN ZAKARIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2008
�
PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PERSEPSI PELAJAR TAHUN EMPAT (PERDANA) JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
DAN KEJURUTERAAN (JPTK) TERHADAP PROGRAM LATIHAN INDUSTRI
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya : MOHD FAIZAL BIN ZAKARIA
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia
dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama
dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.
2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran
bertulis daripada penulis.
3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah
mengikut kadar yang dipersetujui kelak.
5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai
bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi.
6. **Sila tandakan (� )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :NO 24 KPG TANJUNG KUPANG DR LOKMAN BIN TAHIR
81560 GELANG PATAH
JOHOR DARUL TAKZIM
Tarikh : 30 APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan
surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
(NAMA
PENYELIA)
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ……………………………….
Nama Penyelia : DR. LOKMAN BIN TAHIR
Tarikh : 30 APRIL 2008
PERSEPSI PELAJAR TAHUN EMPAT (PERDANA) JABATAN
PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN (JPTK)TERHADAP
PROGRAM LATIHAN INDUSTRI
MOHD FAIZAL BIN ZAKARIA
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………
Nama Penulis : MOHD FAIZAL BIN ZAKARIA
Tarikh : 30 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Ya Allah! Ya Tuhanku! Aku memohon ilmu yang berguna, rezeki yang baik
amalan yang dimakbulkan.
Untuk Ibuku (Indun Binti Abdul Hamid)
Dan
Untuk Ayahku (Zakaria Bin Ehsan)
Doa, jasa dan pengorbananmu yang tidak ternilai dengan wang ringgit
mengiringi kehidupan dan kejayaanku
Terima kasih,
Buat Kakakku (Norazila Binti Zakaria)
Buat Adikku
Mohd Fauzi, Mohd Fadzlin, Mohd Fahmi, Nurrul Syafiqa dan Farhan Hafiz Izzudin
Serta
Buat Insan Tersayang
Terima Kasih atas kesabaranmu,
Buat Pensyarah Pembimbing (Dr. Lokman Bin Tahir)
Segala tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan untuk menyiapkan projek ini.
Rakan Taulan
Terima kasih atas sokongan kalian semua. Suka dan duka serta memori indah akan
kuabadikan dalam kenangan.
Hanya kepada Allah S.W.T aku berserah
Moga diberkatinya, insan-insan yang menjadi nadi perjuanganku ini,
Amin.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani...Mengasihani...Mengasihani...Mengasihani...
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada
Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam
Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan (JPTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana
memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini.
Terima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak
memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan terima kasih ini kepada pensyarah
penyelia, Dr. Lokman Bin Tahir atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan
sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari pelajar tahun
empat (perdana) Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK) yang terlibat
dalam penyelidikan ini juga amatlah dihargai. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam
penulisan ini.
Akhir sekali ucapan terima kasih ditujukan khas buat mak, abah, kak long
dan adik-adik yang tersayang, segala doa restu dan dorongan kalian amat dihargai.
Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah SWT dan dapat dimanfaatkan.
Sekian, Terima Kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi pelajar tahun empat perdana di
Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan terhadap latihan industri. Fokus
kajian adalah tertumpu kepada empat perkara utama iaitu kerelevanan pengetahuan
dan kemahiran yang diperolehi dari fakulti dengan kehendak industri, kemahiran
generik yang diperoleh semasa latihan industri, kesesuaian penempatan latihan
industri dengan bidang pengkhususan dan kerjasama pihak industri dengan pelajar
yang mengikuti program latihan industri. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan
104 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun akhir (perdana) Jabatan
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, UTM. Instrumen kajian yang digunakan
mengandungi 40 item yang berdasarkan kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal
selidik ini telah diuji dan Alfa Cronbachnya ialah 0.86. Data-data yang
dikumpulseterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS) for windows Version 13. Hasil analisis daripada persoalan
kajian mendapati bahawa latihan industri memberi manfaat kepada pelajar, fakulti
dan pihak industri khususnya dalam memenuhi keperluan industri dan pengetahuan
serta juga memberi keyakinan kepada pelajar. Beberapa cadangan telah dibuat untuk
memantapkan program latihan industri bagi membolehkan pelajar bersiap sedia
untuk menjalani latihan industri kelak.
vi
ABSTRACT
This study was carried out to investige the perception of fourth year students
in Technical and Engineering Department about implications of industrial training.
There are four constructs that were studied of the study which were relevancy of
knowledge and skills with industrial needs, generic skills from industrial training, the
suitability of industrial training with the courses and the cooperation between
students with industrial agencies. This descriptive research involved 104 students
from fourth year student from Technical and Engineering Department. A set of
questionnaire consists of 40 items which based on the scopes of this research was
used as the research instrument. The reliability of the questionnaire based on Alpha
Cronbach value was 0.86. Data was analyzed using Statistical Package for Social
Science (SPSS) for Windows Version 13 software. The finding indicated that
industrial training give extra andvantages to the students, faculty and industrial
company especially in providing industrial needs and knowledges and also other
confidentily of the students. A few recommendations were also suggested to
enhanced the industrial training programs in UTM.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAHAGIAN SATU
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
viii
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Latihan 9
1.8.2 Industri 10
1.8.3 Latihan Industri 10
1.8.4 Pelajar 10
1.9 Kesimpulan 11
BAHAGIAN DUA
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Objektif Latihan Industri 13
2.3 Pengetahuan Dan Kemahiran Yang Releven
Dengan Kehendak Industri 14
2.4 Kepentingan Kemahiran Generik 18
2.5 Kesesuaian Penempatan Latihan 21
2.6 Kerjasama Pihak Industri Terhadap
Program Latihan Industri 22
2.7 Kajian-kajian Lepas Tentang
Program Latihan Industri 24
2.8 Kesimpulan 27
ix
BAHAGIAN TIGA
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Tempat Kajian 29
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 29
3.5 Instrumen Kajian 30
3.6 Kebolehpercayaan Soal Selidik 33
3.7 Kajian Rintis 33
3.8 Prosedur Kajian 35
3.9 Analisis Data 37
3.10 Penutup 39
BAHAGIAN EMPAT
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Bahagian A 41
4.2.1 Jantina 41
4.2.2 Bangsa 42
4.2.3 Pengkhususan 42
4.3 Analisis Bahagian B 43
4.3.1 Adakah pengetahuan dan kemahiran
yang diperolehi dari fakulti relevan
dengan kehendak industri? 45
4.3.2 Adakah pelajar UTM memperoleh
kemahiran generik ketika mereka
menjalani latihan industri? 50
x
4.3.3 Adakah penempatan latihan industri
pelajar UTM bersesuaian dengan
bidang pengkhususan mereka? 53
4.3.4 Adakah terdapat kerjasama yang
diberikan oleh industri kepada
pelajar UTM ketika mereka menjalani
latihan industri? 57
4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 60
4.5 Kesimpulan 62
BAHAGIAN LIMA
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 64
5.3 Perbincangan Kajian 65
5.3.1 Bahagian A (Latar Belakang
Responden) 65
5.3.2 Bahagian B (Persoalan Kajian) 66
5.3.2.1 Adakah pengetahuan dan
kemahiran yang diperolehi
dari fakulti relevan 66
5.3.2.2 Adakah pelajar UTM memperoleh
kemahiran generik ketika mereka
menjalani latihan industri? 67
5.3.2.3 Adakah penempatan latihan
industri pelajar UTM bersesuaian
dengan bidang pengkhususan
mereka? 69
5.3.2.4 Adakah terdapat kerjasama yang
diberikan oleh industri kepada
xi
pelajar UTM ketika mereka
menjalani latihan industri? 71
5.4 Kesimpulan 73
5.5 Cadangan 75
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 76
5.7 Penutup 77
BAHAGIAN ENAM
BIBLIOGRAFI 78
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN 83
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pengelasan Skala Likert 31
3.2 Pembahagian Item Bahagian B Berdasarkan
Pembolehubah Dalam Soalan Kajian 32
3.3 Pekali Alpha Cronbach 33
3.4 Maklum Balas Dan Skor Skala Likert
Terhadap Item 38
3.5 Penentuan Tahap Peratusan 38
3.6 Skala Min 48
4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Responden Mengikut Jantina 41
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Responden Mengikut Bangsa 42
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Responden Mengikut Pengkhususan 43
4.4 Pemeringkatan Skala Likert 43
4.5 Petunjuk Peratusan Untuk Menunjukkan
Darjah Penilaian Terhadap Responden 44
4.6 Petunjuk Min Untuk Mengukur Darjah
Penilaian Terhadap Responden 44
4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Bagi Pengetahuan Dan Kemahiran
Yang Diperolehi Dari Fakulti Releven Dengan
Kehendak Industri 45
xiii
4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
Rersponden Bagi Pelajar UTM Memperoleh
Kemahiran Generik Ketika Mereka
Menjalani Latihan Industri. 50
4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Bagi Penempatan Latihan
Industri Pelajar UTM Bersesuaian Dengan
Bidang Pengkhususan Mereka 54
4.10 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Bagi Kerjasama Yang Diberikan
Oleh Industri Kepada Pelajar UTM Ketika
Mereka Menjalani Latihan Industri. 57
4.11 Rumusan Dapatan Kajian Mengikut
Persoalan Kajian 60
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 35
xv
SENARAI SINGKATAN
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
LI - Latihan Industri
JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan
SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPSS - Statistical Package For Sosial Science
F - Kekerapan
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Pengesahan Dari Fakulti 83
B Keputusan Kajian Rintis (Alpha Cronbach) 84
C Borang Soal Selidik 85
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Universiti adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang bukan sahaja
berperanan melahirkan tenaga kerja dalam pelbagai bidang pekerjaan, tetapi juga
berperanan membentuk dan mengembangkan sahsiah seseorang insan supaya
menggunakan ilmu serta daya pemikiran bagi menghadapi sebarang bentuk cabaran
dalam hidupnya termasuk menghadapi alam pekerjaan (Abdul Halim, 1977).
Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia merupakan institusi
utama bagi melahirkan para guru berijazah terutama dalam bidang pendidikan
teknikal. Bagi merealisasikan hasrat ini, pihak Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia telah pelbagaikan kursus-kursus pendidikannya. Berdasarkan
keperluan di atas, satu aktiviti telah dilakukan dengan mewajibkan pelajar-pelajarnya
menjalani Latihan Industri selama lapan minggu sebagai syarat sebelum di
anugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda. Matlamat dan tujuan program latihan
industri ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang suasana alam
pekerjaan di samping membekalkan tenaga kerja yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang tinggi kepada pihak industri pada masa hadapan.
2
Pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan juga telah diberi peruntukan masa selama
lapan minggu untuk mengikuti latihan industri yang mana pelajar telah diberi
kebebasan memilih lokasi dan jenis industri yang diinginkan oleh mereka (tertakluk
kepada syarat dan kelulusan pihak fakulti). Selama mengikuti latihan, kehadiran
pelajar adalah wajib dan pengabaian terhadap syarat ini boleh menyebabkan para
pelajar tidak lulus latihan dan dikehendaki mengulang latihan ini sebelum tempoh
pengajian tamat. Para pelajar juga tidak akan di anugerahkan ijazah sekiranya syarat
program ini tidak dipenuhi. Pensyarah penyelia akan menjalankan penyeliaan
sebanyak dua kali bagi meninjau perkembangan pelajar semasa mereka mengikuti
latihan tersebut. Dari aspek penilaian pula, pelajar yang berjaya mengikuti latihan
akan dianugerahkan dengan status Hadir Lulus (Buku Panduan Latihan Industri
2003).
Menurut Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr.
Ibrahim Abu Shah, perlunya penubuhan sekretariat induk latihan industri adalah
bermatlamat untuk menangani isu siswazah menganggur di Malaysia. Penubuhan
pusat ini merupakan satu cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dalam
menangani pengangguran di kalangan siswazah. Peranan utama pusat ini adalah
untuk mengendalikan urusan berkaitan latihan industri. Menurut beliau lagi, industri
kini tidak hanya mahu melihat akademik pelajar semata malah memerlukan graduan
yang kreatif, berani, berazam tinggi dan memiliki latar belakang disiplin pendidikan
yang fleksibel dan merentas budaya.
Secara jelasnya, program latihan industri bertujuan untuk melahirkan guru-
guru yang terlatih dalam bidang berkaitan dengan industri, selaras dengan matlamat
UTM iaitu “Melahirkan ahli teknologi yang cekap dan bertanggungjawab kepada
penciptanya dan masyarakat”(Buku Log Latihan Industri, 2006).
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan dan industri merupakan dua institusi yang berbeza baik dari segi
fungsi, matlamat ada juga aspek organisasinya. Seperti yang diketahui umum fungsi
institusi pendidikan yang utama adalah untuk membekalkan pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan oleh sesebuah masyarakat. Di samping itu juga, sangat
menitikberatkan ilmu dalam bidang teknologi masa kini dan kemahiran generik yang
mampu berfungsi membentuk dan menerapkan nilai-nilai yang sesuai dan diperlukan
oleh sesebuah sistem sosial. Manakala industri lebih kepada aspek mencari
keuntungan dan kurang menyumbang kepada aspek pendidikan tetapi hanya
segelintir sahaja majikan yang ingin atau turut serta melibatkan diri dalam program
usahasama antara pihak sekolah dengan industri dalam meningkatkan kualiti
pendidikan (Zainal 1997) terutamanya bidang pendidikan teknikal dan kejuruteraan.
Secara jelas dapatlah diketahui bahawa pendidikan memberi sumbangan yang
besar kepada industri dengan membekalkan tenaga kerja yang berkemahiran untuk
kegunaan industri. Bagi memastikan kurikulum pendidikan sentiasa relevan dengan
keperluan industri, kerjasama institusi pendidikan dan industri sangat diperlukan bagi
mengelakkan pelajar lepasan institusi dari menganggur. Dalam konteks ini, latihan
industri boleh meningkatkan kemahiran sedia ada pelajar di samping kemahiran-
kemahiran baru. Ini menunjukkan bahawa untuk memantapkan sesuatu kemahiran,
program latihan industri perlu diadakan kerana dengannya pelajar dapat menerapkan
kemahiran sedia ada di samping mempelajari kemahiran baru yang tidak mereka
perolehi semasa pembelajaran formal (Ariffin Haji Zainal, 1985).
Sehubungan dengan itu juga, program latihan industri merupakan salah satu
program yang dibentuk untuk melahirkan tenaga pengajar atau bakal guru-guru
bidang Teknik dan Vokasional yang terlatih dalam bidang-bidang yang berkaitan
dengan industri. Merujuk Buku Log Latihan Industri (2003), penempatan latihan
industri adalah melibatkan sektor awam, badan-badan berkanun dan swasta.
4
Dalam situasi ini, latihan industri di anggap sebagai satu pelaburan penting
yang dibuat oleh majikan. Walau bagaimanapun latihan yang diberikan agak kurang
efektif. Justeru itu, bagi mengadakan latihan yang berkesan memerlukan banyak
masa dan tenaga untuk menghasilkan modul yang efektif. Penjelasan ini amat
bertepatan dengan kewajaran program latihan industri yang diadakan oleh institusi
pengajian sekarang ini. Ini adalah kerana program latihan industri dirangka oleh
jawatankuasa yang terdiri daripada individu yang pakar dalam bidang teknikal dan
vokasional (Maimunah, 1994)
Latihan Industri di Fakulti Pendidikan merupakan salah satu komponen
kurikulum program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam,
Elektrik, Jentera dan Kemahiran Hidup) dan setiap pelatih wajib menjalani dan hadir
lulus dalam latihan ini. Latihan ini bertujuan untuk mendedahkan bakal pendidik
teknik dan vokasional kepada suasana dan persekitaran industri yang sebenar iaitu
teori dan prinsip daripada pelbagai aspek yang telah dipelajari dapat dilihat dari segi
aplikasinya dalam situasi sebenar di industri (Panduan Latihan Industri Fakulti
Pendidikan UTM, 2003)
Jawatankuasa Pengangguran di kalangan Mahasiswa yang ditubuhkan oleh
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan mendesak supaya penilaian semula terhadap
program latihan industri perlu dilakukan. Mereka berpendapat kajian semula perlu
dibuat terhadap elemen dalam kurikulum latihan industri serta pengendaliannya
dilakukan secara teratur dan profesional. (Utusan Malaysia 8 Ogos 2002).
Berdasarkan laporan di atas, latihan industri yang dijalankan oleh institusi
pengajian tinggi hari ini tidak dapat menjamin graduan mendapat tempat di industri.
Ini bermakna industri tidak berani mengambil risiko dengan mengambil tenaga kerja
yang tidak memenuhi kehendak dan keperluan mereka bekerja dengan mereka. Oleh
yang demikian, semua perkara yang berkaitan dengan industri seperti pengetahuan
dan kemahiran pelajar, tempat latihan dan kerjasama industri perlu disemak semula
bagi memastikan ianya sentiasa relevan dengan keperluan industri.
5
Kemahiran komunikasi yang wujud dalam sektor perindustrian adalah di
antara majikan dengan pekerja adalah secara formal. Kebiasaannya komunikasi
antara pekerja dengan majikan adalah berkaitan dengan pengurusan pentadbiran
berbentuk formal. Di mana kemahiran yang menggabungkan kebolehan dan juga
kemampuan pekerja untuk bertutur dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu dan juga
Bahasa Inggeris ketika berurusan secara rasmi. Hal ini membolehkan majikan
menilai pekerja tersebut dengan melihat cara berkomunikasi di dalam mesyuarat
dengan penuh yakin tanpa perasaan gementar. Aspek dalam kemahiran komunikasi
adalah komunikasi secara lisan, tulisan, mengira dan ilustrasi. Manakala komunikasi
antara pekerja dengan pekerja lebih kepada hubungan tidak formal kerana
perbincangan mengenai pengkhususan kerja masing-masing. Kurangnya kemahiran
komunikasi merupakan satu kecacatan bagi menjayakan sesuatu tugas. Hal ini kerana
tingkahlaku komunikasi berkait rapat dengan mutu kehidupan yang kita alami
sekarang (Ma Auley, 1992)
Kenyataan ini mendorong pengkaji untuk meninjau persepsi pelajar tahun
empat (perdana) Jabatan Teknikal Dan Kejuruteraan (JPTK) terhadap program
latihan industri yang telah mereka jalani terhadap beberapa aspek seperti pandangan
pelajar-pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari fakulti
relevan dengan kehendak industri, adakah pelajar memperoleh kemahiran generik
ketika menjalani latihan industri, kesesuaian penempatan pelajar ketika menjalankan
program latihan industri selaras dengan bidang pengkhususan mereka dan kerjasama
yang diberikan oleh industri ketika pelajar menjalani latihan industri.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Latihan industri merupakan satu bentuk pembelajaran yang ideal bagi
membangunkan keseluruhan potensi individu pelajar dengan membekalkan
pengetahuan dan kemahiran sebenar kepada para pelajar. Di samping membekalkan
pengetahuan dan pengalaman baru, latihan industri juga dapat memupuk suasana
persekitaran kerja yang baik di kalangan para pelajar. Bekalan ini diharap mampu
membina keyakinan dan jati diri di kalangan para pelajar apabila mereka bekerja
nanti. Berdasarkan kajian dan pandangan-pandangan yang timbul daripada
pelaksanaan latihan industri adalah wajar jika latihan industri ini dilihat dari sudut
pandangan pelajar yang terlibat secara langsung. Pandangan ini adalah berdasarkan
pengalaman mereka yang telah mengikuti latihan industri. Oleh itu, adakah
pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi ketika menuntut di fakulti adalah
relevan dengan kehendak industri ketika mengikuti latihan, adakah pelajar
memperolehi kemahiran generik ketika menjalani latihan industri, kesesuaian
pemilihan tempat industri dengan kemahiran pelajar dan juga kerjasama yang
diberikan oleh pihak industri kepada pelajar ketika menjalani latihan. Masalah ini
mendorong pengkaji untuk melaksanakan Kajian Program Latihan Industri Terhadap
Pelajar Tahun Empat (Perdana) Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan
(JPTK).
1.4 Objektif Kajian
i. Mengenal pasti pandangan pelajar-pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran
yang diperolehi dari fakulti relevan dengan kehendak industri.
ii. Mengenal pasti kemahiran generik yang diperolehi semasa menjalani latihan
industri.
iii. Mengenal pasti kesesuaian penempatan latihan industri pelajar UTM dengan
bidang pengkhususan mereka.
iv. Mengenal pasti kerjasama yang diberikan oleh industri ketika mereka
menjalani latihan industri
7
1.5 Persoalan Kajian
Secara khususnya kajian ini cuba mengutarakan beberapa persoalan bagi
menjawab objektif tentang kajian program Latihan Industri di kalangan pelajar tahun
empat (perdana) Jabatan Teknikal Dan Kejuruteraan (JPTK) terhadap program
latihan industri yang telah mereka jalani. Di dalam program Latihan Industri terdapat
beberapa perkara yang menjadi persoalan. Berikut merupakan persoalan-persoalan
yang akan menjawab kepada objektif kajian ini:-
i. Adakah pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi daripada fakulti relevan
dengan kehendak industri.
ii. Adakah pelajar UTM memperoleh kemahiran generik ketika mereka menjalani
latihan industri.
iii. Adakah penempatan latihan industri pelajar UTM bersesuaian dengan bidang
pengkhususan mereka.
iv. Adakah terdapat kerjasama yang diberikan oleh industri kepada pelajar UTM
ketika mereka menjalani latihan industri.