persediaan hadapi krisis tenaga
DESCRIPTION
Kecekapan penggunaan tenagaTRANSCRIPT
-
5/24/2018 Persediaan Hadapi Krisis Tenaga
1/16
Persediaan hadapi krisis tenaga"NEGARA mungkin akan berhadapan dengan krisis tenaga dalam tempoh kurang 10
tahun lagi." Kenyataan tersebut bukanlah suatu omongan kosong. Tetapi, ia
merupakan hakikat yang mungkin bakal kita hadapi jika terus bergantung
sepenuhnya kepada sumber bahan api fosil seperti arang batu, gas dan petroleum
bagi menjana tenaga elektrik tanpa berusaha meneroka dan membangunkan
alternatif lain sebagai penimbal kepada sumber tenaga berkenaan.
Sehubungan itu, sudah tiba masanya kerajaan mempelbagaikan sumber tenaga
dengan meneroka sumber-sumber tenaga lain yang lebih mesra alam bagi
menggantikan sumber tenaga yang sedia ada. Kita seharusnya realistik bahawa
penerokaan alternatif lain bagi menjana elektrik bukan lagi suatu pilihan, sebaliknya
ia merupakan satu keperluan memandangkan sumber tenaga utama kita pada hari
ini semakin menyusut. Bukan itu sahaja, bahkan bekalannya yang tidak menentu dantertakluk kepada permintaan serta spekulasi pasaran akan menyebabkan tarif
elektrik sentiasa berubah-ubah dan tidak stabil.
Selain itu, desakan untuk membangunkan sumber tenaga alternatif dengan kadar
segera juga adalah rentetan daripada kesedaran bahawa sumber tenaga sedia ada
telah banyak memberi dampak negatif terhadap alam sekitar. Antaranya, ia
merupakan penyumbang terbesar kepada masalah pencemaran melalui pembebasan
gas karbon dioksida dan monoksida yang seterusnya membawa kepada kecelaruan
iklim dan pemanasan global pada hari ini. Lebih buruk lagi apabila situasi iklim yang
tidak stabil memungkinkan berlakunya lebih banyak bencana alam di serata dunia
yang akhirnya akan turut menggugat tahap keselamatan seluruh makhluk yang
menghuninya.
Jika negara masih terus bergantung kepada bahan api fosil semata-mata tanpa
sebarang tindakan dilakukan daripada sekarang, kita pastinya sedang mengorak
langkah untuk berhadapan dengan krisis tenaga bagi tempoh beberapa tahun akan
datang. Ini memandangkan, pada hari ini didapati 100 peratus daripada bekalanarang batu untuk kegunaan Semenanjung Malaysia adalah diimport dari beberapa
negara seperti Indonesia, Australia dan negara lain. Manakala, sebanyak 25 peratus
bekalan gas pula adalah diperolehi dari Thailand dan Indonesia. Kebergantungan
kepada negara lain untuk memperolehi sumber-sumber berkenaan sudah jelas
memberi gambaran bahawa kita sedang menuju ambang kepupusan sumber fosil
bagi penjanaan elektrik.
-
5/24/2018 Persediaan Hadapi Krisis Tenaga
2/16
Sampai bilakah kita ingin bergantung kepada negara-negara terbabit bagi
mendapatkan sumber-sumber tersebut? Ini memandangkan, lama-kelamaan sumber
berkenaan di negara terbabit juga akan kehabisan. Adakah kita hanya mahu
menunggu dan melihat sahaja tanpa mengambil sebarang inisiatif dengan
mempergiatkan lagi usaha ke arah meneroka sumber tenaga alternatif lain bagi
menggantikan sumber berkenaan?
Oleh yang demikian, persediaan bagi menghadapi krisis tenaga perlu dilaksanakan
secara bersepadu agar satu keputusan dapat dicapai bagi mempelbagaikan sumber
tenaga. Dari segi jenis tenaga apa yang praktikal untuk dibangunkan di Malaysia, ia
memerlukan kajian yang lebih mendalam serta menyeluruh dan perlu diperhalusi
sehingga ke akar umbi agar tenaga yang dibangunkan kelak tidak mengundang
sebarang implikasi negatif di kemudian hari baik terhadap risiko keselamatan rakyat
mahupun terhadap alam sekitar seluruhnya. Atau dengan lain perkataan,
pertimbangan sewajarnya perlu diambil kira agar tenaga yang bakal dibangunkandapat memberi impak paling minimum ke atas alam sekitar, risiko keselamatan yang
rendah kepada rakyat dan kos yang harus ditanggung oleh setiap isi rumah juga
adalah minimum.
Misalnya, kerajaan sebelum ini ada mengumumkan akan membangunkan loji jana
kuasa nuklear pertama negara pada tahun 2021. Pembangunan teknologi nuklear
tersebut dijangka dapat menampung keperluan tenaga yang mencukupi bagi
menjana pertumbuhan ekonomi dan negara pada masa akan datang. Namun
demikian, pengendalian rektor nuklear yang begitu kompleks agak menggusarkan
kita terutamanya dari segi risiko keselamatan rakyat. Ini memandangkan, banyak
tragedi yang melibatkan kemalangan di loji nuklear telah berlaku sebelum ini.
Tragedi terakhir ialah letupan rektor nuklear yang berlaku pada tahun 1986 di
Chernobyl, Soviet Union. Tragedi tersebut telah menyebabkan kehidupan 9 juta
penduduk terjejas teruk. Justeru, kita seharusnya mengambil iktibar daripada
tragedi-tragedi yang pernah berlaku sebelum ini agar satu keputusan yang tepat
diambil bagi mengelakkan kemungkinan tragedi seumpama itu berulang.
Memang tidak dinafikan bahawa keselamatan rektor nuklear boleh dipertingkatkan
lagi tahap kecekapannya sehingga boleh mencapai 100 peratus. Bahkan,
penyelidikan dari masa ke semasa telah dilakukan bagi mengurangkan risiko
kemalangan di loji nuklear. Namun, kita harus akui bahawa kecekapan pengendalian
peralatan oleh manusia tidak akan mampu mencapai 100 peratus. Oleh yang
demikian, risiko berlakunya letupan atau kemalangan tetap ada walaupun kecil.
-
5/24/2018 Persediaan Hadapi Krisis Tenaga
3/16
Justeru, dalam melaksanakannya ia perlu mengambil kira pertimbangan daripada
semua aspek agar keputusan yang dibuat kelak tidak mengundang musibah kepada
kita di kemudian hari. Sedangkan, langkah mempelbagaikan sumber tenaga tidak
hanya terhad kepada opsyen nuklear sahaja. Sebaliknya masih banyak lagi kaedah-
kaedah lain yang boleh dimajukan untuk menjana tenaga elektrik terutamanya
tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) seperti tenaga solar, angin, kuasa
hidro elektrik, bio-fuel, geo-terma, ombak dan sebagainya.
Dalam situasi di Malaysia, tenaga solar juga dilihat mempunyai potensi yang besar
untuk dimajukan bagi menjamin keselamatan tenaga. Selain daripada selamat,
sumber tenaga berkenaan juga bersih, banyak, berkekalan dan tidak dipengaruhi
oleh politik antarabangsa. Oleh yang demikian, hasrat kerajaan untuk melaksanakan
penggunaan sistem tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif untuk tempoh
tujuh atau lapan tahun daripada sekarang merupakan usaha yang wajar diperhalusi
dan difikirkan secara serius.
Walaupun pada masa ini kos membeli tenaga solar masih lagi tinggi, namun usaha
ke arah itu masih boleh dipertimbangkan. Kajian dan penyelidikan secara terperinci
terutamanya dari segi usaha mengurangkan kos pelaksanaannya perlu difikirkan. Ini
bagi memastikan matlamat kerajaan untuk merealisasikan pembangunan tenaga
berkenaan mampu dilaksanakan untuk tempoh tersebut tanpa mengabaikan
kepentingan rakyat terutamanya dari segi kos yang harus dipikul oleh mereka.
Ini penting kerana dalam membangunkan sumber tenaga alternatif, semua aspek
perlu diteliti agar kemajuan yang dikecapi kelak turut mengambil kira kepentingan
semua pihak, baik kepentingan rakyat, ekonomi mahupun alam sekitar. Pilihan sama
ada baik ataupun sebaliknya adalah terletak di tangan kita. Justeru, 'tepuk dada,
tanya selera'.
PENULIS ialah Pegawai Penyelidik, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut
Kefahaman Islam Malaysia
Krisis Tenaga
-
5/24/2018 Persediaan Hadapi Krisis Tenaga
4/16
Krisis tenaga ini banyak dibincangkan seperti di media massa, seminar dan
demonstrasi bantahan kenaikan harga minyak. Ianya agak rancak apabila harga
petrol telah dinaikkan dari RM1.92/liter kepada RM2.70/liter.
Sumber TenagaTerdapat beberapa sumber tenaga yang boleh didapati. Antaranya termasuklah
sumber tenaga boleh dibaharui, sumber fosil (minyak, gas, arang batu) dan nuklear.
Tenaga boleh dibaharuiTeknologi tenaga boleh dibaharui adalah terdiri dari hidroelektrik, biojisim, suria,
angin, ombak, tanah kambus, hujan, biobahan api dan geoterma. Pada tahun 2006,
18% penggunaan tenaga dunia ialah dari bahan boleh diperbaharui, 3% dari biojisim
tradisi seperti pembakaran kayu, 13% dari hidroelektrik, 1.3% dari air panas.
Teknologi moden seperti geoterma, angin, suria dan ombak memyumbang 0.8%
tenaga dunia.
Punca tenaga boleh dibaharui (dipetik dariwikipedia)
Tenaga suriaTenaga suria ialah tenaga dari matahari dalam bentuk cahaya dan haba. Kuasa suria
merujuk kepada penukaran tenaga cahaya matahari kepada elektrik melalui
fotovolta, alat penumpu haba suria atau teknik lain. Bagaimanapun penggunaan
tenaga suria tidak begitu besar mungkin disebabkan panel suria yang mahal dan
ruang yang besar diperlukan untuk meletakkan panel suria.
Sumber tanah kambusGas metana terhasil secara semulajadi dari tempat tanah kambus mempunyai
prospek untuk penjanaan elektrik. Amerika telah mula mencuba teknologi ini.
Sumber ini mungkin agak praktikal kerana kita boleh mengambil peluang dari tanah
kambus yang terbiar tanpa apa-apa kegunaan seperti tempat untuk pelupusan
sampah atau rawatan sanitasi.
http://www.blogger.com/www.basikalgunung.blogspot.comhttp://www.blogger.com/www.basikalgunung.blogspot.comhttp://en.wikipedia.org/wiki/Renewable_energy%29http://en.wikipedia.org/wiki/Renewable_energy%29http://en.wikipedia.org/wiki/Renewable_energy%29http://en.wikipedia.org/wiki/Renewable_energy%29http://www.blogger.com/www.basikalgunung.blogspot.com -
5/24/2018 Persediaan Hadapi Krisis Tenaga
5/16
Sumber anginKuasa angin ialah penukaran tenaga angin kepada tenaga berguna seperti elektrik
menggunakan turbin. Dalam kincir angin, tenaga angin digunakan untuk memecah
bijirin atau mengepam air. Pada hujung 2007, kapasiti penggunaan angin sebagai
punca tenaga sebanyak 94.1 gigawatt. Walaupun angin menghasilkan 1% daripada
tenaga elektrik dunia tetapi 19% digunakan di Denmark, 9% di Sepanyol dan Portugis,
6% di German dan Ireland. Kebanyakan tenaga angin ini diperolehi pada tempat
tinggi bagi mendapatkan kelajuan angin yang tinggi. Di Malaysia, kelajuan angin
hanya 2km/jam dan tidak praktikal.
Sumber ombakKuasa ombak merujuk tenaga daripada gelombang permukaan Ocean dan tenaga ini
diambil untuk kegunaan seperti penjanaan elektrik, penyahmasinan, dan
pengepaman air ke dalam takungan. Kuasa ombak ialah bentuk tenaga diperbaharui.
Tenaga ombak tidak banyak digunakan dan belum ada secara perdagangan. Ombak
di Malaysia juga tidak cukup besar untuk menghasilkan tenaga. Ia hanya mungkin
berguna pada musim tengkujuh sahaja di pantai timur semenanjung.
Biobahan apiPokok menggunakan fotosintisis untuk tumbuh dan menghasilkan biojisim. Biojisim
boleh digunakan secara terus untuk menghasilkan bahan api atau cecair biobahanapi. Bahan api biojisim yang dihasilkan secara pertanian ialah seperti biodiesel,
etanol dan bagasse (biasanya hasil penanaman tebu) .boleh dibakar untuk
kegunaan engine atau dandang. Penyelidikan untuk mendapatkan kaedah yang
efisen bagi menukar biobahan api kepada elektrik sedang giat dilakukan. Di Malaysia
kita telah mengadakan penyelidikan untuk mendapatkan biodisel dari sumber kelapa
sawit. Bagaimanapun jika ianya digunakan dari minyak sawit segar maka ini akan
memberi kesan kepada pengurangan bekalan minyak sawit untuk tujuan makanan .
Kita juga mempunyai ladang tebu yang luas di Perlis, jadi ianya boleh dimanfaatkanselain hanya membuat pembakaran terbuka.
HidroelektrikKebaikan utama sistem hidroelektrik ialah tiada penggunaan bahan api, panjang
umur, kos operasi rendah dan kemudahan untuk sukan air. Secara umum kuasa
hidroelektrik boleh menjadi lebih murah berbanding bahan api fosil atau tenaga
-
5/24/2018 Persediaan Hadapi Krisis Tenaga
6/16
nuklear.
Bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan sistem hidroelektrik. Antaranya ialah
pemindahan orang, penghasilan sejumlah gas karbon dioksida semasa pembinaan
dan banjir, gangguan kepada hidupan air dan burung, memberi kesan kepada
persekitaran sungai, risiko sabotaj dan teroris and sedikit kemungkinan bencana
alam.
Penggunaan tenaga boleh dibaharui boleh menghasilkan pencemaran, pengambilan
tanah yang luas, merbahaya, merosakkan alam sekitar dan tidak dapat menghasilkan
kuantiti tenaga yang besar.
Sumber tenaga fosilBahan api fosil atau mineral ialah punca hidrokarbon yang didapati dari lapisan atas
kerak bumi. Ia adalah dalam bentuk gas metana, cecair petroleum atau arang batu.
Malaysia mempunyai sumber gas asli dan petroleum. Telaga minyak yang sedia ada
mampu menyumbangkan gas asli untuk tempoh 100 tahun dan petroleum untuk
tempoh 20 tahun, tetapi dijangka lebih pendek lagi. Sumber arang batu diimpot dari
Australia. 68% sumber tenaga dunia datang dari pembakaran fosil.
Bahan api fosil tidak boleh dibaharui kerana ia memerlukan jutaan tahun untuk
dibentuk dan rizab semakin berkurang. Ia juga memberi kesan kepada alam sekitar,
pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil menyumbang 21.3 giga tan karbon
disoksida.
Harga minyak dunia mula meningkat setelah berlaku Perang Teluk dan peningkatanmendadak bermula pada akhir 2007 dari AS$30 ke AS$100 se tong, sekarang terus
meningkat ke AS$130 dan mungkin akan mencapai AS$200 se tong.
NuklearKuasa nuklear ialah mana-mana teknologi nuklear yang direka untuk mendapatkan
tenaga dari nukleus atom melalui pengawalan tindakbalas nuklear. Kaedah paling
biasa ialah melalui belahan nukleus. Kaedah semasa melibatkan pemanasan air yang
kemudiannya air yang panas ini dapat memutar turbin untuk menjana elektrik.
Kebanyakan negara industri menjana elektrik melalui sumber nuclear, contohnya
Perancis 78%, Belgium 54%, Sweden 48%, Republik Korea 39%, Switzerland 37%,
Jepun 30%, Finland 28%, USA 19% dan UK 18%. Negara-negara yang dalam
perubahan ekonomi juga banyak menggunakan teknologi nuklear contohnya
Lithuania 72%, Slovakia 57%, Ukraine 48%, Bulgaria 44%, Armenia 42%, Slovenia 40%,
dan Hungary 38%. Negara membangun pula hanya 2 9% menjana tenaga elektrik
-
5/24/2018 Persediaan Hadapi Krisis Tenaga
7/16
dari kuasa nuklear. Negara membangun yang besar seperti Brazil, China dan India
hanya menggunakan 2-3% dari tenaga nuklear [ IAEA 2007 ].
Kajian antarabangsa sedang berjalan ke arah penambahbaikan dari segi keselamatan
sinaran seperti loji keselamatan pasif, penggunaan pelakuran nuklear dan
gunatambah proses haba seperti penghasilan hidrogen bagi menyahgaram air laut
dan penggunaan sistem pemanasan setempat.
RumusanKenaikan harga bahan api memberi pengaruh kepada harga makanan. Pertambahan
dalam penggunaan bahan api akan mengurangkan keluasan tanah, meningkatkan
harga baja dari bahan fosil, meningkatkan kos pengangkutan makanan. Penukaran
bahan makanan kepada biobahan api juga akan mengurangkan bekalan makanan.
Langkah-langkah lain untuk menghadapi krisis ini termasuklah;
Bagi sumber tenaga skala kecil sumber tenaga boleh dibaharui seperti sumbertenaga dari tanah kambus, bahan kumbahan, suria dan bahan api dari sumber
boleh dikitar semula patut digalakkan
Bagaimanapun bagi keperluan skala besar keperluan terhadap sumber nuklear
tidak dapat dielakkan.
Kajian dalam bidang pertanian bagi menghasilkan biak baka mutasi baru bagi
pokok padi, pisang dan ubi yang mudah ditanam, tanpa memerlukan tanah
yang luas melalui teknik nuklear. Pada tahun 70an ramai orang kampung
memakan pisang rebus sebagai sarapan pagi selain pulut dan nasi. Penyinarangama ke atas makanan utama seperti padi atau beras boleh melanjutkan
tempoh simpanan.
meningkatkan kualiti sistem pengangkutan awam seperti keretapi dan bas.
menggalakkan rakyat menggunakan kenderaan dari tenaga manusia seperti
basikal untuk perjalanan kurang dari 10km dengan menyediakan infrastruktur
laluan basikal atau pejalan kaki yang mencukupi. Infrastruktur ini juga akan
mencantikkan bandar dan memberi kemudahan kepada rakyat untuk beriadah.
Tip Jimat Tenaga Elektrik1. Bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap. Aliran udara yang senag
mengurangkan penggunaan tenaga.
2. Lakukan audit tenaga di rumah.Ini dapat menjamin system pendawaian yang betul dirumah dan pejabat.
3. Bersihkan kompresor. Gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpundimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor.
http://www.iaea.org/http://www.iaea.org/ -
5/24/2018 Persediaan Hadapi Krisis Tenaga
8/16
4. Tutup lampu pada waktu siang.5. Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan
daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.
6. Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga.Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.
7. Set kipas pada penghawa dingin kepada ONdaripada AUTO. Pengaliran udara yangsekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.
8. Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan.Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara
kerap.
9. Setkan suhu penghawa dingin di antara 24C hingga 26C , rendah (24C) semasacuaca panas dan tinggi (26C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di
mana mungkin.
10.Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untukmenjimatkan tenaga.
11.Gunakan penyembur air yang jimat air. Air yang kurang bermakna penggunaantenaga yang kurang.
12.Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.13.Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air
panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.
14.Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapatperalatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.
15.Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahununtuk memastikankompresor berfungsi dengan baik.
16.Jangan buka peti sejuk lama-lama. 30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintupeti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.
17.Jangan melebihi muatan peti sejuk.Udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untukmemastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.
18.Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkanterbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.
19.Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit satu ringgit dan tutup pintu.Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).
20.Gunakan kemudahan cuci sendiri ovensejurus selepas memasak, apabila oven masihpanas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan semula.
21.Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periukatau kuali mengikut saiz pembakar.
22.Cuci pakaian dalam muatan penuh.Pastikan aras air di set pada aras yang betul.23.Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian.Air panas hanya perlu digunakan
untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.
24.Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah.Kita dikurniakan dengan cahayamatahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.
-
5/24/2018 Persediaan Hadapi Krisis Tenaga
9/16
25.Gunakan lampu floresen kompak.Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenagakurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga.
Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.
26.Padamkan lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidakdigunakan.
27.Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50%pengeluaran tenaga.
28.Rancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat. Warna yang cerah memantul lebihbanyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu
penjimatan tenaga.
29.Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatanini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya
telah ditutup.
30.Jika dinding di rumah atau pejabat tidak ditebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu
mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam
bangunan.
31.Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutupsemua perkakas elektrik yang boleh di tutup.
32.Melabur kepada alat yang cekap tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di
mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos
malbur dalam beberapa tahun.
33.Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul. Pastikan anda membanding alatanyang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama
yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.
34.Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampauakan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.
35.Jika peralatan elektrik melebihi 10 15 tahun, praktikkan penukaran semulakepadaperalatan baru yang cekap tenaga.
http://3.bp.blogspot.com/-JD3s1E2s6ME/T8JTO7s85YI/AAAAAAAAADo/RVcctAWDEHs/s320/padamkan+lampu+jika+tidak+menggunakannya.jpg -
5/24/2018 Persediaan Hadapi Krisis Tenaga
10/16
36.Pastikan logo EnergyStar ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkanpersijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini
menggunakan tenaga elektrik secara cekap.
37.Jangan lupa untuk bertanyakan tentang jaminan,maklumat servis, penghantaran, dankos pemasangan.
38.Pastikan anda memilih penjual yang bereputasidan perpengalaman. Penjual yang baikboleh membantu anda untuk mengira pejimatan tenaga dan jangkamasa pulangan.
Pada masa yang sama dapat memberikan pilihan yang banyak.
39.Pastikan anda sedar akan hak andauntk mendapatkan pengetahuan tentang produk.Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).
40.Dalam mempraktikkan hak anda, jika pemborong atau penjual gagal untuk
memberikan tuntutan anda, sila laporkan kepada Pusat Aduan Pengguna NasionalNCCC). (layarihttp://www.nccc.org.myatau panggil +603-78779000).
- See more at: http://infotenaga.blogspot.com/2012/05/40-tip-tip-jimat-tenaga-elektrik-
di.html#sthash.MSbaUrED.dpuf
Kesan Turun Naik Harga Minyak Mentah Dunia Ke Atas Penentuan TarifElektrik di MalaysiaPosted by admin on Tuesday, 22 May 2012 at12:25
Kenaikan atau penurunan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia yang dibuat oleh Kerajaan
sejak bulan Julai 2008 sehingga kini adalah lebih kepada penyelarasan perubahan harga
http://www.nccc.org.my/http://www.nccc.org.my/http://www.nccc.org.my/http://infotenaga.blogspot.com/2012/05/kesan-turun-naik-harga-minyak-mentah.htmlhttp://infotenaga.blogspot.com/2012/05/kesan-turun-naik-harga-minyak-mentah.htmlhttp://infotenaga.blogspot.com/2012/05/kesan-turun-naik-harga-minyak-mentah.htmlhttp://infotenaga.blogspot.com/2012/05/kesan-turun-naik-harga-minyak-mentah.htmlhttp://infotenaga.blogspot.com/2012/05/kesan-turun-naik-harga-minyak-mentah.htmlhttp://infotenaga.blogspot.com/2012/05/kesan-turun-naik-harga-minyak-mentah.htmlhttp://2.bp.blogspot.com/-o_rO1q6uoC8/T8JU1L7PeuI/AAAAAAAAADw/tAv885hq0ko/s1600/logo+energy+star.jpghttp://infotenaga.blogspot.com/2012/05/kesan-turun-naik-harga-minyak-mentah.htmlhttp://infotenaga.blogspot.com/2012/05/kesan-turun-naik-harga-minyak-mentah.htmlhttp://infotenaga.blogspot.com/2012/05/kesan-turun-naik-harga-minyak-mentah.htmlhttp://www.nccc.org.my/ -
5/24/2018 Persediaan Hadapi Krisis Tenaga
11/16
bahan api utama penjanaan elektrik iaitu gas dan arang batu.
Sebarang perubahan harga bahan api tersebut akan memberikan impak besar terhadap
keseluruhan kos pembekalan elektrik memandangkan komposisi bahan api tersebut dalam
penjanaan elektrik masing-masing adalah 52% dan 41% (tahun 2010). Pada masa ini,
Kerajaan menetapkan harga mengikut formula tertentu manakala harga arang batuditentukan mengikut harga pasaran.
a. Asas Penetapan Harga Gas untuk Sektor JanakuasaPada bulan April tahun 1992, Kabinet telah bersetuju bahawa harga gas bagi sektor
janakuasa perlu bersandarkan harga medium fuel oil (MFO) di Pelabuhan Klang, umpamanya
104% daripada MFO. Pada masa tersebut, harga MFO di Singapura merupakan harga pasaran
yang diakui di peringkat antarabangsa dan diterbitkan dalam rantau ini dan berkaitrapat
dengan nilai dollar Amerika (US$). Sehubungan itu, menggunakan index MFO dalam formula
penetapan harga gas adalah pilihan utama Kabinet dan harga tersebut perlu lebih tinggi
kerana sumber gas lebih mesra alam sekitar dan bersih. Walau bagaimanapun, formula ini
telah digantung pada tahun 1997 dan Kerajaan menetapkan harga gas pada RM6.40/mmBtu
sehingga Jun 2008. Kini, formula harga gas tersebut digunakan semula dalam semakan
harga gas setiap enam bulan seperti yang dimaklumkan oleh Kerajaan. Harga gas terkini
yang ditetapkan bermula Jun 2011 adalah pada RM13.70/mmBtu.
b. Trend Harga Minyak Mentah Dunia dan Harga MFOSecara keseluruhannya, harga minyak mentah dunia berdasarkan harga minyak Brent
ataupun West Texas Intermediate (WTI) menunjukkan trend yang bercampur-campur sejak
bulan Julai 2008. Harga minyak mentah dunia mencapai paras tertinggi pada US$144
setong pada 3 Julai 2008, manakala turun kepada paras terendah iaitu US$33 setong pada
24 Disember 2008. Bagaimanapun, buat masa ini trend harga minyak mentah dunia
semakin meningkat dan diniagakan pada sekitar US$110 setong.
Rajah 3 di bawah menunjukkan aliran harga minyak mentah dunia (Brent Spot) dan harga
MFO ex-Singapura bermula tahun 2000 sehingga November 2011. Secara korelatifnya,
harga MFO pada tahun 2000 hingga 2009 adalah lebih dipengaruhi oleh harga minyak
mentah dunia iaitu sebanyak 96%. Bagaimanapun, bermula tahun 2010 kadar korelatif di
antara harga Brent Spot dan harga MFO berkurangan kepada 75% dan pada tahun 2011 pada
kadar 77%, seperti ditunjukkan pada Rajah 3. Setakat bulan November 2011, harga MFO
-
5/24/2018 Persediaan Hadapi Krisis Tenaga
12/16
berada pada kadar RM54.13/mmBtu manakala minyak mentah dunia (Brent Spot) pada
harga RM59.96/mmBtu.
Rajah 3: Trend Harga Minyak Mentah Dunia dan Harga MFO
Secara amnya, harga gas untuk sektor janakuasa adalah mengikut formula di para (a) dan
seperti yang terkandung dalam Perjanjian Jual Beli Gas (Gas Sales Agreement GSA) antara
PETRONAS dan pembelinya. Bagi maksud ini, sekiranya harga gas dibekalkan oleh
PETRONAS kepada pelanggannya dikaitkan dengan harga pasaran MFO, ianya juga
sewajarnya dinaikkan atau dikurangkan mengikut aliran harga pasaran.
Biojisim Tenaga Yang Boleh Diperbaharui DaripadaTumbuhan dan Haiwan
Biojisim ialah bahan organik diperbuat daripada tumbuhandan haiwan. Biojisim mengandungi tenaga tersimpan daripadaMatahari. Tumbuhan menyerap tenaga Matahari melalui satuproses yang dipanggil sebagai fotosintesis. Tenaga kimiadalam tumbuhan dipindahkan kepada haiwan dan kemudian
kepada manusia apabila manusia memakannya.
Biojisim ialah tenaga yang boleh diperbaharui kerana kitaboleh tanam banyak pokok dan tanaman, dan bahan buanganakan sentiasa dihasilkan. Beberapa contoh bahan bakarbiojisim ialah kayu, tanaman, baja dan bahan buangan pepejalsampah.
Apabila dibakar, tenaga kimia dalam biojisim dibebaskansebagai haba. Apabila membakar kayu, ia merupakan bahanbakar biojisim. Sisa makanan atau sampah boleh dibakaruntuk menghasilkan stim menjana elektrik, atau membekalkanhaba kepada industri dan rumah.
-
5/24/2018 Persediaan Hadapi Krisis Tenaga
13/16
Antara sumber sumber biojisim
Justeru, kita boleh memanfaatkan cahaya matahari sebagai sumber tenaga untukmenggantikan tenaga elektrik. Walaupun kos untuk sistem solar tinggi dan sesetengahkawasan tidak mendapat matahari untuk jangka masa panjang kerana keadaan cuaca tidakmenentu, tetapi kebaikannya tidak boleh diabaikan. Tenaga matahari dapat mengurangkanpencemaran udara dan kesan rumah kaca serta boleh disimpan untuk penggunaan elektrikpada waktu malam. Ia juga boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lampu tiang yang banyakterdapat di Malaysia.
Tenaga hidro berasal dari air mengalir dan boleh diubah menjadi tenaga elektrik. Tenaga ini
menampung keperluan pertanian. Tanah Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna telahmenjadikan negara kita sebagai kawasan yang mempunyai bekalan air yang berterusan.Hampir 90 peratus daripada sumber tenaga yang diperbaharui datang daripada kuasa hidro.Empangan telah digunakan sebagai sebuah stesen janakuasa hidro untuk menakung airsungai.
Kelebihan tenaga ini termasuklah ia percuma. Air juga dapat disimpan di dalam empangandan sedia digunakan pada masa yang diperlukan serta tidak ada sisa buangan yangmencemarkan. Tenaga ini juga lebih diyakini berbanding dengan tenaga angin, matahari dangelombang, selain boleh digunakan sebagai bahan api yang menggerakkan kenderaan.Biofuel juga merupakan bahan bakar alternatif untuk bahan bakar fosil yang dihasilkan dari
bahan-bahan organik. Biofuel dapat dihasilkan secara langsung dari tanaman atau industri,komersial, domestik, atau pertanian. Secara kesimpulannya, satu sistem pengurusan sumberyang berkesan perlu dilaksanakan bagi menjamin bekalan dan penggunaan berterusan bagikegunaan manusia pada masa depan.
Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia akan menggunakan
tenaga nuklear sebagai penjana tenaga elektrik negara. Dengan itu, Kementerian Tenaga, TeknologiHijau dan Air telah diminta mengenal pasti lokasi pembinaan loji nuklear negara pertama. Loji ini
dijangka mula beroperasi pada tahun 2021. Tenaga nuklear dipilih kerana ia dianggap "effisien dan
efektif" apatah lagi dalam keadaan dunia masa kini yang menunjukkan bahawa penggunaan petroleum
http://4.bp.blogspot.com/-hjN4tSZSHyM/T44iKxnyTqI/AAAAAAAAALg/QE95D1NO-Z8/s1600/Sumber+Biojisim+label.jpg -
5/24/2018 Persediaan Hadapi Krisis Tenaga
14/16
dan arang batu untuk menjana elektrik negara sebagai tidak lagi sesuai kerana kenaikan harga kedua-
dua sumber tersebut dan juga tekanan terhadap alam sekitar akibat penggunaan bahan api fosil tersebut.
Malah, di peringkat serantau juga, penggunaan tenaga nuklear semakin menjadi pilihan. Misalnya,negara Thailand, Vietnam dan Indonesia juga sudah mulai menuju ke arah penghasilan tenaga elektrik
berasaskan tenaga nuklear. Thailand dijangkakan mula menggunakan tenaga nuklear menjelang tahun
2012, Vietnam pada tahun 2018 dan Indonesia pada tahun 2016. Berdasarkan perkembangan ini makajelas bahawa penggunaan tenaga nuklear dalam penghasilan tenaga elektrik semakin mendapat
perhatian.
Selanjutnya, bagi menjayakan rancangan penggunaan tenaga nuklear ini, Perdana Menteri Malaysia
telah menjemput masyarakat awam untuk sama-sama menyumbangkan pandangan terhadap rancangan
ini. Oleh itu sewajarnyalah masyarakat awam menyuarakan pandangan mereka terhadap rancanganpenggunaan tenaga nuklear ini. Namun, sebelum memberikan pandangan, seeloknyalah mereka
melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang baik-buruk penggunaan tenaga nuklear.
Dari segi kebaikan, terdapat beberapa kelebihan penggunaan tenaga nuklear untuk menghasilkan
elektrik. Antaranya, tenaga nuklear dikatakan dapat menjana tenaga dalam jumlah yang banyak dan
pada satu jangka masa yang panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan apifosil seperti petroleum dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium (bahan utama logi tenaga
nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangkasama yang panjang. Dikatakan, satu tan
uranium boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding penggunaan beberapa million tan arangbatu atau beberapa million barrel minyak. Keadaan ini pastinya merupakan satu berita baik kerana
bahan api fosil semakin berkurangan.
Tenaga nuklear juga dikatakan sangat mesra alam. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan
tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara. Ini kerana logi tenaga nuklear tidak akan membebaskan
gas-gas rumah hijau seperti karbon, methane, ozon dan CFC semasa beroperasi dan dengan itu tidak
mencemarkan udara. Dalam hal ini, ia akan membantu mengurangkan kesan rumah hijau. Selain itu,pembinaan logi nuklear juga tidak memerlukan kawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang,
tenaga nuklear akan menghasilkan tenaga elektrik yang lebih murah kerana kos operasinya yang
rendah. Ini pastinya satu berita baik kepada pengguna.
Di sebalik kelebihan tenaga nuklear ini, terdapat juga beberapa keburukan penggunaan tenaga nuklear.
Antara keburukan tersebut ialah, tenaga nuklear boleh memberi kesan tidak baik kepada kesihatanmanusia. Ini kerana, tenaga nuklear menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahaya kepada tubuh
badan manusia kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahan radioaktif yang terhasil
daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear juga amat berbahaya dan kosmenguruskannya juga amat tinggi. Bahan radioaktif ini, jika dilepaskan ke alam sekitar, akan bertahan
untuk satu jangka masa yang lama sebelum ia mencecah tahap selamat kepada manusia. Tenaga
nuklear bergantung kepada bahan uranium. Uranium dikategorikan sebagai bahan api tidak boleh
diganti (non renewable energy) sama seperti petroleum dan arang batu. Walaupun buat masa ini,sumber uranium masih banyak tetapi ia juga akan berkurangan jika terus digunakan. Oleh itu, ia juga
akan habis pada satu masa nanti.
Kekurangan lain yang juga sering dikaitkan dengan penggunaan tenaga nuklear ialah risiko
kemalangan di loji tenaga nuklear. Jika kemalangan ini berlaku, masalahnya sangat besar dan kesannya
akan mengambil masa yang panjang untuk hilang. Sebagai contoh, kemalangan reaktor nuklear diChernobyl pada April 1986. Dikatakan bahawa, tragedi letupan reaktor nuklear ini merupakan yang
terburuk dalam sejarah dunia. Letupan ini telah membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif
berbanding peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima.
-
5/24/2018 Persediaan Hadapi Krisis Tenaga
15/16
Radioaktif itu tersebar luas hingga ke bahagian Barat Kesatuan Soviet, Timur dan Barat Eropah,
daerah-daerah Scandinavia, British Isles dan Timur Amerika Utara. Di samping itu, kontaminasi teruk
berlaku di kawasan-kawasan Ukraine, Belarus, dan Rusia hingga memaksa lebih daripada 336,000
orang penduduk dipindahkan dari rumah-rumah mereka. Satu laporan yang disediakan olehInternational Atomic Energy Agency (IAEA) and World Health Organization (WHO), menunjukkan
bahawa berlaku 56 kematian serta-merta. Manakala, dianggarkan dalam 6.6 juta orang yang telah
terdedah kepada radiasi letupan itu, 9000 daripadanya dijangkakan akan mati akibat pelbagai jenispenyakit kanser.
Akhir sekali, isu keselamatan. Logi nuklear berpotensi untuk disalahgunakan bagi tujuan keganasan.Sama ada keganasan berbentuk manipulasi bahan itu untuk tujuan tidak baik ataupun kemungkinan logi
diserang atau diambil alih oleh pengganas. Dalam keadaan ini, kawalan keselamatan yang sangat ketat
amat diperlukan.
Berdasarkan penjelasan ini, nyata bahawa terdapat banyak cabaran yang perlu diambil kira jika tenaga
nuklear ingin digunakan. Walaupun penggunaan tenaga nuklear punya beberapa faedah, namun
timbangan baik-buruknya harus dilakukan sebaik, seadil dan secara sangat terperinci agar implementasirancangan ini tidak membawa mudarat sama ada kepada manusia mahupun alam secara keseluruhan.
Wednesday, February 9, 2011
Kebaikan Dan Keburukan Tenaga Nuklear
Pada masa sekarang, banyak negara telah menggunakan kuasa nuklear sebagai alternatif lain untuk menjana
tenaga elektrik bagi menggantikan penggunaan arang batu. Antara negara2 yang mempunyai reaktor nuklear
adalah Amerika Syarikat, Jepun, Iran, Perancis dan lain2. Orang ramai cenderung untuk mengaitkan tenaga
nuklear dengan peperangan. Namun, tenaga nuklear sebenarnye mampu menjana tenaga elektrik lebih
daripada penjanaan daripada pembakaran arang batu.
Kelebihan inilah yang menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk membangunkan tenaga nuklear bagi
kegunaan domestik di negara masing2. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam melakukan kajian untuk
pembangunan ini. Dalam konteks alam sekitar, tenaga nuklear dapat mengurangkan pencemaran gas karbon
dioksida yang dilepaskan semasa pembakaran arang batu. Secara teorinye, satu gram atom Uranium(U-235)
dapat menghasilkan tenaga sehingga 1 MW. Jika arang batu digunakan, kite memerlukan 2500 tan metrik
arang batu sehari bagi menghasilkan tenaga sebanyak 1MW. Cuba anda bayangkan berapa banyak gas karbon
dioksida dilepaskan? Sememangnye, kos pembangunan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik sangat tinggi.
Namun, ia merupakan salah satu alternatif yang terbaik dalam menggantikan arang batu.
Tenaga nuklear sering dilabel sebagai senjata pemusnah. Peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan
Nagasaki telah menyebabkan kemusnahan yang teruk kepada alam sekitar, harta benda dan manusia.
Walaupun penggunaan tenaga nuklear dapat mengurangkan pencemaran udara, kecuaian dalam
penjanaannye boleh menyebabkan pencemaran bahan radioaktif. Segala kerja2 penjanaan tenaga haruslah
dilakukan dengan sempurna tanpa sebarang kesilapan. Kebocoran pada reaktor nuklear boleh menyebabkan
bahan2 radioaktif terbebas di udara. Uranium(U-235) mempunyai 'hayat separuh' yang lama. Bahan ini bolah
http://powerpuffgirls-nabillanasir.blogspot.com/2011/02/kebaikan-dan-keburukan-tenaga-nuklear.htmlhttp://powerpuffgirls-nabillanasir.blogspot.com/2011/02/kebaikan-dan-keburukan-tenaga-nuklear.htmlhttp://powerpuffgirls-nabillanasir.blogspot.com/2011/02/kebaikan-dan-keburukan-tenaga-nuklear.html -
5/24/2018 Persediaan Hadapi Krisis Tenaga
16/16
kekal berjuta-juta tahun dalam persekitaran sebelum ia terurai. 'Hayat separuh' atau 'Half Life' adalah
jangkamasa satu2 bahan radioaktif itu untuk terurai kepada separuh dari beratnye.
Walaubagaimanapun, pendedahan kepada bahan2 radioaktif memberi kesan yang sangat buruk kepada
manusia. Melalui beberapa kajian, Uranium contohnye dipercayai boleh menyerang sistem genetik manusia
yang mana membawa kepada kanser dan penyakit2 lain dalam tempoh jangkamasa panjang. Jadi, ape
pendapat korang kalau Malaysia bangunkan tenaga nuklear. Patut atau tidak?
- See more at: http://powerpuffgirls-nabillanasir.blogspot.com/2011/02/kebaikan-dan-keburukan-tenaga-
nuklear.html#sthash.uIMNYW3y.dpuf