perpustakaan negara malaysia - pnm · 2019. 3. 18. · puti ranit jintan. umor-nya sudah remaja....

49
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Upload: others

Post on 18-Jan-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 2: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

kambing kurus

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 3: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

KAMBING KURUS

SERI PELANGI

1967

PENERBIT AN PUST AKA ANTARA KUAlA LUMPUR

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 4: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

Penerbilan Puslaka A IItara 531 , lalan Tuankll Abdul Rahman

Kllala Lllmpur

cherila lIsal dan gam bar aiel! m osantutus, di­

olah dan (/i-Iellg­kapi kembali olel! hashim

ma'am!

(C) Puslaka Anlara

Chela/':1lI1 pertullIlI

Di-chetak olelt Perchetakan Mas

Kuala Lumpur

.. . . 1967

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 5: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

TELA TAH RAJA MEDAN

Ada sa-orang orang kaya nama-nya Sutan Raja Medan. Dia tinggal bersama keluarga-nya di-sabuah kampong di-Iereng gunong berapi. Rumah-nya be­sar. Harta-nya banyak. Sawah-nya berpuloh-puloh ekar. Binatang2 ternak-nya, saperti kerbau, lem­bu dan kambing beratus-ratus ekor. Dia terkenal di-seluroh kampong yang berhampiran tempat ting­gal-nya.

Walau pun harta-nya banyak, tetapi anak-nya chuma sa-orang. Anak itu perempuan. Nama-nya Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di­dalam kampong itu.

Oleh sebab Sutan Raja Medan kaya , dan bangga kerana anak-nya chantek, maka Sutan Raja Medan se­lalu menolak pinangan orang kapada anak-nya. Se­bab orang2 yang datang meminang itu, ia-Iah orang2 dari kampong itu juga. Orang2 itu semua tidak kaya saperti Sutan Raja Medan.

Pada suatu hari , sa-orang anak muda dari kam­pong lain datang meminang Puti Ranit Jintan.

Pinangan itu di-terima Sutan Raja Medan. Sebab

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 6: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

2

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 7: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

Sutan Raja Medan tahu orang itu kaya. Sutan Raja Medan terlalu tama' harta. Itu sebab-nya maka dia mengharapkan harta anak muda itu .

Sa-telah lepas makan malam, Sutan Raja Medan dudok berbual bersama keluarga-nya. Dia hendak merundingkan perkahwinan anak-nya.

Sambil berbual , isteri Sutan Raja Medan makan sireh . Raja Medan isap rokok daun nipah. Perbualan mereka sudah panjang, tapi belum sampai kapada hal perkahwinan anak-nya itu.

Kemudian Sutan Raja Medan berkata kapada isteri-nya, "Bagaimana fikiran awak tentang per­kahwinan anak kita?" Sambil berkata itu Sutan Raja Medan makin rapat sila-nya. Dudok-nya di-perku­koh saperti lagak penghulu membuka sidang.

Ibu Puti Ranit Jintan menjawab, "Mana suka awak-Iah. Saya menurut saja. Tapi yang sa-baik2-nya , biar-Iah kita khenduri besar-besaran. Kerana anak kita pun itu-Iah sa-orang saja. Bukan-nya ada yang lain lagi. Kita jemput semua orang2 di-kam­pong In!. Kalau berjamu, biar basah tekak. Kita potong kerbau tujoh ekor. Lembu tiga ekor. Padi kita pun banyak, kita tidak payah beli beras."

Gelisah dudok Sutan Raja Medan mendengar kata isteri-nya itu. Sebab dia tahu , isteri-nya hen­dak berbelanja banyak. Ini akan merugikan harta­nya kelak.

Sutan Raja Medan merah muka-nya kerana ma-

3

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 8: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

rah. " Kalau nak berunding biar-Iah dalam baris. Jangan berkata macham belalai gajah, berunding saperti ketiak ular. Jangan di-ulang perkataan hen­dak berbelanja besar itu. Meremang bulu tengkok aku mendengar. Kita mesti berjimat sa-belum habis!"

"Saya sudah katakan tadi, itu terpulang kapada awak. Tapi anak kita itu sudah besar panjang. Hanya sa-kali ini saja kita khenduri. Jangan nanti jadi sebutan orang kampong ini, mengatakan awak kedekut."

Sutan Raja Medan memutuskan rundingan. Dia sendiri tentukan hari perkahwinan Puti Ranit Jintan. Kemudian berkata, "Chukup-Iah kita panggil sa­orang lebai saja untok bacha do'a. Kita jangan buang belanja banyak. Kita potong kambing kurus yang tua itu. Kita tanak sa-gantang beras, sudah chukup. Apa guna kita berhabis-habis sangat? Harta kita juga yang punah."

Ibu Puti Ranit Jintan tidak berkata lagi. Sutan Raja Medan saja yang berchakap kuat.

4

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 9: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

MUSLIHAT 51-KURUS

Kambing kurus yang tidor di-bawah rumah itu, terkejut dari tidor-nya. Kambing kurus itu men­dengarkan kata2 tuan-nya yang hendak menyem­beleh dia. Menggeletar seluroh anggota kambing kurus itu. Sebab ta ' lama lagi dia dapat hidup ber­sarna keluarga-nya dan teman2-nya.

Kambing kurus yang sudah tua itu menangis tersedu-sedu di-bawah rumah. Kata-nya sambil me­ratap , "Mengapa malang sangat nasib-ku ini dapat tuan yang lokek. Bukan-kah aku ini kurus dan sudah tua? Kalau di-buat khenduri, sadikit sangat daging-ku. Ta' akan chukup di-makan oleh orang2 sa-kampong ini. Bukan-kah banyak kambing2 yang gemok?" Sambil meratap itu, terus juga kambing kurus itu merungut-rungut.

Ketika kambing kurus itu menangis, maka ter­bangun pula kambing2 yang lain. Lalu mereka ber­him pun dan bertanya kapada kambing kurus, apa yang sudah berlaku. Kambing kurus itu berfikir, kerana aku saja yang hendak di-sembeleh, jadi lebeh baik aku perdayakan kambing2 yang lain ini. Lalu kambing kurus itu berkata:

5

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 10: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

6

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 11: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

"Malang suggoh nasib kita semua!" Sa-telah berkata demikian, kambing kurus itu makin kuat tangis-nya. Tapi sekarang tangis itu hanya pura2 saja, supaya kambing2 yang banyak itu perchaya perka taan-nya.

Salah sa-ekor dari kambing2 yang banyak itu bertanya, "Mengapa tuan hamba berkata bagitu? Terangkan-Iah kapada kami semua, biar kami dengar. Kalau baik, boleh kami ikut sama."

Kambing kurus itu berfikir, bahawa pengaroh­nya untok memperdayakan kawan2-nya sudah mulai terbayang. Kambing kurus itu mengangkat kepala, dan berkata;

"Dengar kamu sakalian! Tadi tuan kita telah menentukan hari perkahwinan anak-nya. Kita semua akan di-sembeleh besok untok di-berikan makan ka­pada orang2 di-kampong ini. Jadi sekarang ini ba­gaimana fikiran kamu semua, supaya kita dapat menghindarkan bahaya besar ini?"

Sakalian kambing2 itu tidak berkata apa2. Me­reka takut, sedeh, kerana berfikir bahawa mereka semua akan mati besok. Oleh sebab kambing2 yang banyak itu semua-nya senyap saja, maka kambing kurus itu berkata lagi:

"Tidak ada-kah di-antara kamu sakalian yang terasa gerak-nya?"

Salah sa-ekor kambing gemok menjawab, "Benar juga. Gerak-nya memang ada terasa pada hamba.

7

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 12: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

Chemas juga perasaan ham ba. Rasa2-nya sakit2 gatal. Dia datang macham angin, dan pergi macham angin juga. Hamba ta' dapat tangkap."

Kambing gemok yang berchakap itu terlalu pan­dir. Gerak yang ada di-rasa-nya itu yang di-kata­kan-nya gatal2 sakit, datang macham angin dan pergi macham angin juga, bukan-Iah gerak perasaan akan mati saperti yang di-maksudkan oleh kambing kurus itu. Kambing gemok itu dapat gerak perasaan gatal2 dan sakit, ia-Iah gigitan nyamok pada badan-nya. Nyamok itu datang macham angin, dan kalau kam­bing gemok itu menggerakkan telinga-nya dan mengebaskan ekor-nya, nyamok itu lari pula macham angin juga. Tetapi kerana kambing gemok itu ter­lalu pandir, maka di-sangka-nya itu gerak tanda akan mati. Jadi dia makin takut. Kawan2-nya juga makin takut mendengar chakap-nya demikian.

Kambing kurus itu sudah yakin, bahawa dia su­dah dapat menipu kawan-nya. Lalu berkata kapada kambing2 banyak itu:

"Kalau bagitu, kamu semua hendak-Iah menge­nangkan diri masing2. Anak2 maseh kechil2, belum patut bercherai dengan kita semua. Di-dunia ini tidak ada yang kekal. Kalau muda, akan tua. Kalau gemok, belum tentu akan sehat terus. Mungkin juga akan kena sakit perut, atau sakit kulit, atau sakit luka2 bibir, dan jadi kurus macham hamba ini.

8

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 13: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

Bagitu juga-Iah nyawa kita sakalian, hanya me-nunggu kokok ayam saja lagi."

Sa-telah berkata demikian, kambing kurus itu merenong anak buah-nya satu demi satu. Kambing2 yang banyak itu masing2 menundokkan kepala, dan ramai yang sudah menangis. Kambing2 jantan ge­ram, marah dan sedeh, kerana akan berpisah dari betina-nya. Kambing2 betina takut, chemas dan pilu hati-nya, sebab akan terpisah dari jantan-nya, dan anak2-nya akan yatim piatu. Maka kian ramai suara tangis kambing2 itu.

Kemudian kambing kurus itu berkata, "Kalau buat diri aku saja, tidak mengapa. Sebab aku ini kurus dan sudah tua. Tapi aku terlalu susah hati dan kasehan pada kamu semua. Sebab kamu semua gemok2 dan maseh muda. Jadi rugi-Iah kalau di­sembeleh oleh tuan kita. Kamu semua tidak akan merasa lagi sedap-nya daun2 hijau. Kamu semua akan di-jadikan lauk untok orang2 di-kampong ini. Orang2 akan sedap2 makan daging kita semua. Jadi siapa akan jaga anak2 kita yang maseh kechil2 itu? Kalau anak2 kita sakit kesejokan malam2, tuan kita ta ' kan mahu membawa-nya tid or dekat2, supaya anak kita itu hangat badan-nya."

Kambing2 betina makin kuat tangis-nya mende­ngar perkataan kambing kurus itu. Sebab kambing2 betina sangat kaseh kapada anak2-nya. Kambing kurus itll sudah yakin sunggoh2, bahawa tipu daya-

9

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 14: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

nya mesti berhasil. Lalu kambing kurus itu berkata lagi:

"Sekarang terpulang-Iah kapada kamu semua un­tok memikirkan hal ini. Aku sudah tua, aku sudah hidup lama. Macham2 aku sudah rasa. Kalau mati pun ta' mengapa. Tapi kamu sakalian baru saja merasai hidup ini. Sayang sunggoh kalau di-sem­beleh. Kewajiban aku sa-bagai orang tua untok memberitahukan kapada kamu semua, aku sudah tunaikan. Itu-Iah dia perchakapan tuan kita tadi. Dia hendak sembeleh kita semua. Jadi kalau kita ini hendak bertindak, kita mesti lekas. Sekarang-Iah masa-nya."

Kambing2 yang banyak itu gelisah. Masing2 tidak mendapat akal apa yang mesti di-buat untok melepaskan diri mereka dari benchana itu. Kambing2 betina menangis ramai2, dan menjilat-jilat bulu anak2 mereka, sambil mendesak kambing2 jantan mereka supaya berbuat sa-suatu untok keselamatan mereka semua.

Sa-ekor daripada kambing2 banyak itu, yang berdiri menundokkan kepala dekat U/nggun api, berkata:

"Ampun-Iah hamba dato' penghulu! Jika de­mikian hal-nya, baik-Iah kita tinggalkan saja tempat ini sekarang juga. Kerana masa-nya sudah dekat sa­ngat. Lebeh baik kita berjalan jauh2 dari tempat ini. Mudah-mudahan kita maseh dapat hidup lama2.

10

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 15: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

Sekarang terpulang-Iah kapada dato' menentukan­nya."

Kambing kurus itu pura2 bersedeh hati. Tapi hati-nya amat girang sebab sudah dapat memperda­yakan kambing2 banyak itu, untok terlepas dari tuan-nya yang akan menyembeleh dia saja. Lalu kambing kurus itu berkata:

"Kalau sudah bagitu, elok-Iah kita mulakan per­jalanan sekarang juga. Keselamatan kamu sakal ian­lah yang aku pentingkan. Kerana kamu sakalian sudah menganggap aku ini penghulu kamu."

Masing2 tidak berfikir panjang lagi. Mereka se­mua menyetujui kemahuan kambing kurus itu. Maka mulai-Iah mereka berjalan meninggalkan pe­karangan rumah Sutan Raja Medan.

Kambing2 yang beratus-ratus ekor, tua muda. kechil besar, jantan betina, kurus gemok, berjalan dahulu-mendahului. Tapi kambing kurus itu tetap juga berjalan paling belakang, pura2 tenang, tapi hati-nya di-dalam amat gembira. Kambing kurus ini memang hendak lari, tapi tidak sanggup lari sen­dirian saja, sebab takut berjumpa musoh.

Dalam perjalanan itu, berbagai-bagai maki-ha­mun kambing2 itu kapada Sutan Raja Medan. Ada yang berkata, tuan ta' bertim bang rasa. Ada yang berkata. kalau aku tahu lebeh dulu, lebeh baik aku sondol perut-nya dengan tandok aku yang runching ini. Ada juga yang kesal meninggalkan unggun api.

11

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 16: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

kerana dia merasa amat sejok. Beberapa ekor kam­bing2 itu, yang sudah mulai tua dan kurus , sudah merasa akan terbit sakit sampu-nya kerana terlalu sejok. Tapi apa hendak di-kata, sudah nasib masing2. Kalau surut kembali , takut akan mati di-sembeleh. Jadi perjalanan itu di-teruskan juga.

12

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 17: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

TEMBERANG 51-KURUS

Tidak lama kemudian, sampai-Iah kambing2 itu pada sa-buah pond ok tinggal. Pondok itu milek sa­orang peladang tembakau. Waktu malam, pondok itu tidak di-diami orang. Sebab hanya di-gunakan berlindong dari panas atau hujan dan berhenti penat pada siang hari. Kambing2 itu masok ka-pondok tersebut berhenti lelah. Kambing2 betina menyusu­kan anak2 kechil mereka.

Sa-telah hi lang penat-nya, mereka berjalan lagi. Sekarang mereka mulai melalui rimba dan semak­samun.

Pada masa itu pula, sang harimau juga sedang dalam perjalanan menchari makan.

Bau hamis dari kambing2 itu telah terchium oleh sa-ekor harimau yang berjalan tidak jauh dari kam­bing2 yang banyak itu. Harimau itu amat lapar. Apabila menchium bau hamis kambing, selera-nya makin meluap-Iuap, dan ayer lior-nya meleleh. Ha­rimau itu memperchepat langkah-nya ka-arah datang­nya bau hamis itu . Misai harimau yang amat lapar itu, menggarit-garit, sebab dia sudah yakin akan da­pat makan sedap.

13

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 18: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

Makin maju sa-Iangkah demi sa-Iangkah, bau hamis itu makin tajam, dan selera harimau itu kian naik. Harimau itu terus memintas dalam semak. Mata-nya tajam memandang kanan kiri.

Maka di-lihat oleh harimau itu sa-kumpulan kambing sedang berjalan berbondong-bondong. Oleh sebab kambing itu terlalu banyak, maka harimau itu tidak dapat menentukan yang mana satu hendak di­terkam-nya.

Harimau itu timbul was2 dalam hati-nya. Takut ada, berani pun ada. Takut kerana kambing itu ter­lalu ramai. Tapi berani-nya timbul pula, sebab perut­nya sudah terlalu lapar. Maka harimau itu menchari helah. Di-chari-nya tunggul kayu untok berlindong, mengintai kambing2 itu.

Kambing2 itu pula sudah menchium bau harimau itu. Sekarang mereka masing2 ketakutan. Kam­bing2 betina memujok anak-nya supaya jangan ber­suara. Kalau tadi kambing2 itu berjalan dahulu­mendahului, sekarang berpusu-pusu pula saperti keadaan-nya ketika maseh di-bawah rumah Sutan Raja Medan. Masing2 sudah tahu bahawa musoh telah ada di-hadapan. Tahi masing2 sudah keluar berderai-derai dengan ta' di-sadari mereka, kerana amat takut.

Kambing kurus yang sudah di-Iantek jadi peng­hulu mereka itu-Iah yang paling takut sa-kali. Tapi

14

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 19: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

kerana dia sudah di-jadikan penghulu , jadi mahu ta' mahu di-gagahi-nya juga sambil berkata:

"Mana hulubalang kita semua? Bersiap-Iah un­tok menunjokkan kehandalan mas ing2. Jangan mem­buang-buang peluru ketika ini , sebab kita belum berperang." Yang di-katakan peluru oleh kambing kurus itu , ia-Iah tahi mereka. Tahi kambing itu bulat2 macham peluru. "Kalau sang rimba yang sa-ekor itu, engkau semua jangan takut, biar aku saja melawan dia. Jangan kamu semua bersusah­susah. Ayoh, teruskan perjalanan kita. Untok mengeluarkan peloh burok dari badan-ku ini, aku hendak juga menguji langkah melawan pahlawan rimba itu . Und~r sa-belum berjuang bukan adat laki2. Badai dan taufan lagi dapat ku-harong, ini pula hanya harimau sa-ekor. Saperti angin pagi saja pada-ku ."

Perkataan kambing kurus itu kapada anak buah­nya, terdengar oleh harimau yang sedang berlindong di-balek tunggul kayu mati . Harimau itu geram dan berkata dalam hati:

"Cheh, angkoh sangat kambing kurus ini . Cha­kap saperti merendang kachang. Memang lidah ta' bertulang. Udang pun bongkak kerana bersisek, tapi ta' sadar tah i-nya ada di-kepala."

Kemudian harimau itu menchakar-chakar tanah untok mengukohkan diri-nya.

Jarak antara kambing2 dan harimau itu sudah

15

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 20: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

16

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 21: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

dekat. Kambing kurus itu ta' tahu di-mana tempat harimau itu. Dia terus menyangkorkan tandok-nya dengan sombong kapada tunggul tempat harimau itu bersembunyi. Kambing kurus itu chuma hendak berlagak pura2 berani dan kuat saja. Sebab dia malu kalau anak buah-nya tahu dia penakut. Ke­betulan pula tunggul itu telah lapok. Jadi gugor-Iah serpehan-nya dan menimpa badan harimau itu.

Kerana terkejut yang amat sangat, maka ha­rimau itu melompat dan terus lari. Dia tidak me­noleh lagi kanan dan kiri. Pada sangka harimau, bukan-Iah chalang2 handal-nya kambing kurus itu. Sedangkan tunggul besar habis di-Ianda-nya. "Hah, baik juga ta' tembus perut aku kena tandok-nya," kata harimau itu sambil menggeleng-geleng kepala. Dia terus lari lagi kerana amat takut, walau pun perut-nya terlalu lapar.

Ada pun kambing kurus itu, ketika melihat harimau di-balek tunggul itu melompat, takut-nya bukan kepalang. Dia jatoh terdudok, dan terken­ching2. Sebab dia tidak sangka bahawa ada harimau di-balek tunggul itu. Dia menandok chuma hendak berlagak berani saja.

Tapi kambing2 yang banyak itu bersorak ramai2 kerana sudah menyaksikan keberanian penghulu-nya. Jadi kambing kurus itu segera berdiri dan berkata:

"Cheh, penakut sunggoh sang rimba itu! Baru di-acha2 sudah lari lintang-pukang. Tentu dia hilang

17

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 22: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

semangat, sebab itu aku keluarkan ayer berkat dari dalam badan-ku hendak beri dia minum, supaya ja­ngan jatoh sakit. Tapi bodoh juga dia. Dia sudah lari ketakutan. Di-sangka-nya aku ini pahlawan yang tidak berbudi, mahu mengejar musoh yang su­dah mengaku kalah. Tidak! Budi aku tidak rendah demikian. Musoh yang mengaku kalah aku hormati, aku ta' mahu kejar dia!"

Kambing2 yang banyak itu makin perchaya dan makin hormat kapada kambing kurus itu. Salah sa­ekor dari mereka berkata, "Dato' penghulu betul2 pahlawan sa-jati. Berani dan tahu mengasehani mu­soh yang sudah kalah."

Kambing kurus itu makin berlagak saperti pah­lawan perkasa. Dan mereka meneruskan lagi per­jalanan.

18

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 23: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

LAGAK 51-KURUS

Malam bertambah larut. Embun jantan telah turun berderai-derai. Hujan gerimis pula mulai da­tang. Maka berkata pula kambing kurus itu:

"Daripada kita mengharapkan belas kasehan man usia. lebeh baik-Iah kita hidup bebas dalam rim­ba. Dalam rimba segala-gala-nya mewah. Apa di-susahkan? Asal kita bersatu menghadapi sa-suatu. kita mesti menang. Kita ada hak hid up. dan kita wajib menjaga maruah kita sendiri!"

Kerana kambing2 yang banyak itu telah melihat kehandalan dan keberanian kambing kurus itu. maka kambing2 itu semua bersetuju apa saja di-katakan oleh kambing kurus itu. Mereka mengikut saja apa kata penghulu mereka. Mereka berjalan terus se­mentara menanti hari siang.

Tidak berapa lama kemudian. sampai-Iah kam­bing2 itu ka-kandang kumpulan kuda be lang. Kuda2 itu milek sa-orang peladang tembakau. Kandang itu besar dan luas pekarangan-nya.

Semua kambing2 itu masok ka-kandang itu ber­tedoh. kerana hujan gerimis tadi sudah mulai jadi

19

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 24: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

20

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 25: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

lebat . Mereka kedinginan, jadi mereka berdesak­desak saling menghempetkan badan.

Ketika itu juga sa-orang penchuri telah masok ka-kandang itu. Dia hendak menchuri salah sa-ekor kuda be lang itu .

Kambing2 itu semua memandang kapada pen­churi itu. Mereka memerhatikan penchuri itu me­manjat ka-atas dinding kandang. Ketika itu pula kambing2 itu terpandang kapada harimau yang su­dah lari tadi. Kerana melihat musoh mereka sudah datang lagi, maka kambing2 yang banyak itu keta­kutan dan saling berpandangan antara satu sama lain. Sa-kal i lagi tahi masing2 berderai-derai keluar de­ngan ta' di-sadari mereka.

Akan hal harimau itu pula, bila melihat kum­pulan kambing2 itu, dia geram berchampor takut. Harimau itu datang ka-sana hendak menangkap sa­lah sa-ekor kuda be lang itu, untok di-makan-nya, kerana tadi sudah gaga I ta' dapat kambing. Seka­rang dia berharap sangat dapat salah sa-ekor kuda be lang itu.

Kambing2 itu ta' menyangka bahawa mereka akan bertemu lagi dengan harimau itu . Kambing kurus itu kechut perut-nya ketakutan. Tapi takut­nya di-sembunyikan. Dia sudah jadi penghulu. Jadi dia mesti berlagak berani lagi untok menghilangkan ketakutan anak buah-nya. Maka kambin2 kurus itu

21

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 26: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

bersuara; sambil menyelit masok ka-tengah2 kumpul­an kambing2 itu untok melindongkan diri:

"Kita yang banyak ini bersatu-Iah! Kita bunoh musoh yang hendak menyekat perjalanan kita. Ja­ngan ada di-antara kita yang berjauhan. Jangan biar­kan sang rimba yang sa-ekor itll hidup sampai besok. Kamu semua jangan khuatir. Sa-Iagi aku maseh hi­dup, biar aku saja melawan dia hingga dia mati."

Sa-kali lagi harimau itu kechut perut-nya ke­takutan, kerana dia sudah tahu kehandalan kambing kurus itu. Jadi harimau itu tidak mara lagi ka­hadapan. Dia tergamam dan menggeletar ketakutan mendengar anchaman kambing kurus itu.

Kerana kambing kurus itu melihat harimau itu tidak bergerak lagi, maka kambing kurus itu makin naik lagak temberang-nya dan sombong, lalu ber­kata:

"Rapat-Iah kamu sakalian! Lindongi-Iah aku ini dari tempiasl" Kambing kurus itu berkata demi­kian, sebab dalam hati-nya sudah yakin, bahawa ha­rimau itu berhenti untok memperkukoh tegak-nya. Tentu ta' lama lagi akan menghambor dan menang­kap salah sa-ekor dari mereka. Tapi kalau diri-nya sendiri berada di-tengah2, maka selamat-Iah dia. Tapi di-katakan-nya minta di-lindongi dari tempias saja, supaya anak buah-nya tidak merasa tertipu.

Maka kambing2 itu makin rapat antara satu sama lain, dan kambing kurus itu sudah merasa aman

22

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 27: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

diri-nya ada di-tengah2. Kemudian kambing kurus itu berkata lagi :

"Apa pun yang ada dalam alam ini , semua aku tidak takut, kechuali satu , ia-itu tempias! "

Kambing2 itu berpusu-pusu pula, hendak me­lindongi penghulu-nya dari tempias , sebab hujan kian Ie bat.

Harimau itu maseh terchegat di-tempat-nya berdiri , dan berkata dalam hati:

"Apa gerangan benda-nya tempias yang di-takuti oleh kambing yang handal gagah berani itu? Sedang­kan diri-ku ini , yang menjadi pahlawan besar sejak dahulu kala di-semua rimba dalam alam ini, dia tidak takut. Dia sudah mengalahkan aku tadi. Tapi mengapa takut pada tempias? Tentu tempias itu lebeh gagah berani dan lebeh besar kekuasaan-nya daripada aku."

Pada masa harimau itu sedang berfikir tentang tempias itu, sa'at itu pula penchuri yang sedang me­manjat pada kandang itu terlepas pegangan tangan­nya , terus jatoh ka-bawah. Dia jatoh tepat terdu­dok di-belakang harimau.

Alangkah terperanjat-nya harimau itu. Di-sang­ka-nya tempias yang di-takuti oleh kambing kurus itu telah menangkap-nya. Harimau itu lari dengan kenchang-nya. Segala semak-samun habis di-rem­poh-nya. Anak2 kayu habis rebah-rempah, bujor lalu melintang patah di-buat-nya.

23

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 28: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

Ketika harimau itu menghambor, kambing kurus itu sudah ta' tertahan takut-nya, kerana sangka-nya, harimau itu akan menerkam kapada kambing2 itu. Maka kambing kurus itu hanya dapat berteriak:

"Mati .. . .. .. .... . " Harimau itu mendengar-nya, dan itu menyebab­

kan-nya makin takut dan lari lintang pukang. Tapi kambing kurus itu hendak berkata, "Mati

aku!" akan tetapi kerana sudah terchekek oleh ke­takutan, perkataan-nya tidak habis. Terus terjele­pok dudok, dan menchurah-churah kenching-nya. Kambing2 yang lain bersorak-sorak, sebab harimau itu sudah lari ketakutan. Sangka kambing2 yang banyak itu, harimau itu lari kerana takut pada penghulu mereka.

Apabila kambing kurus itu sadar sa-mula dan mendengar sorak-sorai anak buah-nya yang gembira kemenangan itu, maka dia pun segera bangkit dan berkata:

"Wah, shukor-Iah kalau bagitu! Jadi tidak ada di-antara kamu sakalian yang hilang semangat keta­kutan. Aku fikir tadi ada yang sudah pengsan, itu sebab-nya aku lekas dudok mengeluarkan ayer ber­kat dari bad an aku. Tapi ta' mengapa-Iah, buang-Iah ayer berkat yang sudah ku-keluarkan ini. Kita maseh banyak simpanan dalam badan aku ini, boleh di-ambil kalau di-perlukan nanti!"

Kambing2 yang banyak itu makin bangga, kera-

24

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 29: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

na penghulu-nya bukan hanya berani dan gagah per­kasa, tapi menyangka ada pula ayer berkat dalam tuboh-nya, yang boleh menghidupkan semangat yang mati.

25

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 30: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

PENCHURI DAN HARIMAU

Akan hal penchuri itu pula, dia menyangka, bahawa dia jatoh terdudok di-belakang kuda be lang. Hati-nya amat gembira. Dia terus memautkan ke­dua belah kaki-nya dengan kuat ka-pinggang harimau itu. Tangan-nya memegang kedua belah telinga harimau itu pula, sebab takut jatoh, kerana harimau itu lari terlalu kenchang.

Sa-makin kuat harimau itu lari, sa-makin girang pula hati penchuri itu, dan berkata dalam hati, ber­untong sunggoh aku ini dapat kuda belang yang ken­chang lari-nya. Dan bertambah kuat pula memaut­kan kaki-nya.

Kerana harimau itu tidak pernah di-tunggang, maka badan-nya terasa hendak patah dan susah benar hendak berlari chara be bas. Tapi di-kenchangkan­nya juga lari-nya dengan tidak tahu lagi yang mana perigi, yang mana parit, yang mana paya. Kalau boleh , hendak di-hempaskan-nya penchuri yang di­sangka-nya tempias itu.

Harimau itu berdengus-dengus nafas-nya, dan di­sangka-nya tidak akan dapat lagi melihat matahari

L6

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 31: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

27

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 32: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

esok pagi , dia akan mati di-cherut oleh tempias yang menunggang-nya itu.

Penchuri itu, ketika melihat hari hampir siang, tidak terkira lagi suka hati-nya, sebab dia sudah mendapat kuda be lang yang di-hajat-nya sa-lama ini untok di-jadikan tunggangan.

Maka penchuri itu pun bernyanyi-nyanyi kechil sambil merentap-rentap kedua belah telinga harimau itu:

Te ... ... ... . .. te .. ... .. .. ... kuda be lang Ri ... . .. . ... .. ri ...... .. . ... kuda-ku lari Te .... .. ... .. . te .. ... . . . .... kuda belang Ri lari macham angin pagi

Hari siang nampak belang Bulu lichin berkilauan Hari siang nampak belang Chemerlang di-timpa sinar bulan.

Harimau itu bertambah takut mendengar suara penchuri yang di-sangka-nya itu-Iah tempias. Maka lari-nya kian di-perkenchang.

Ketika penchuri itu sedang seronok menyanyi, maka hari pun kian beransor siang. Burong2 di­rimba mula berkeliaran menchari makan. Tanah su­dah mulai terang kelihatan. Kera berlompat dari da­han ka-dahan meluruskan urat2 badan. Dan harimau itu belum juga berhenti berlari.

Tiba2 penchuri itu berhenti menyanyi, kerana

28

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 33: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

dia sudah lihat dengan jelas be lang harimau yang di­tunggang-nya itu. Menggigil seluroh badan-nya, ke­rana sekarang dia sudah tahu, bahawa apa yang di­sangka-nya kuda belang ia-Iah harimau. Muka-nya puchat lesi mengenang untong nasib-nya yang sudah di-Iarikan harimau hampir sa-panjang malam.

Tetapi harimau itu belum juga sadar bahawa yang menunggang-nya bukan-Iah tempias yang di­takuti-nya itu, tetapi orang yang boleh di-tangkap dan di-makan-nya.

Ketika itu penchuri dan harimau itu masing2 menchari peluang hendak menyelamatkan diri dari bahaya. Penchuri takut pada harimau, dan harimau takut pada tempias. Penchuri itu berfikir-fikir ba­gaimana chara-nya hendak melepaskan diri dari be­lakang harimau itu.

Apabila tiba di-bawah naungan sa-pohon kayu rendang, harimau itu mengurangkan laju-nya, kerana dahan terlalu rendah. Masa itu juga penchuri ini terberak-berak dalam seluar kerana ketakutan. Bau tahi penchuri itu terchium oleh harimau itu, maka harimau itu sudah yakin sunggoh2, bahawa tempias ini memang binatang jahat yang paling busok dan berbahaya. Harimau itu berdaya upaya hendak menghempaskan tempias itu, lalu mendekati dahan yang paling rendah, kerana hendak menggeselkan tempias chelaka itu pada dahan kayu, biar terlepas

29

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 34: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 35: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

dari badan harimau. Dan sa'at itu pula di-gunakan oleh penchuri itu, berpegang pada dahan kayu, dan terus melenting ka-atas, dan memanjat kian tinggi naik ka-ujong julai hendak menyembunyikan diri.

31

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 36: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

HARIMAU DAN KERA

Bila harimau itu merasa belakang-nya sudah ti­dak di-tunggang lagi, baru lapang hati-nya. Tapi lari­nya maseh terus kenchang juga, kerana dia merasa maseh tetap di-buru oleh tempias dari belakang. Bau tahi penchuri itu maseh terchium oleh harimau itu, sebab tahi penchuri itu maseh ada berselekeh pada bad an harimau itu.

Pada sa-batang pokok yang lain, ada sa-ekor kera yang baru memulakan perjalanan hendak men­chari makan. Kera itu terpandang kdpada harimau itu. Dia heran melihat harimau itu lari lintang pu­kang, tapi ta' ada yang mengejar dia dan ta' ada yang di-buru-nya. Lalu kera itu menegor:

"Hai sang pahlawan, apa-kah yang tuan hamba kejar pada pagi2 buta bagini? Ada-kah tuan hamba memburu mangsa, atau sengaja mengellJarkan peloh dan meluruskan urat2 badan?"

Baru-Iah harimau itu berhenti dan bernafas ter­engah-engah, lalu menjawab:

"Sengaja hamba hendak melompat-Iompat di­rimba ini, kerana hati hamba riang terlepas dari be-

32

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 37: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

banan tempias yang menunggang hamba sa-panJang malam."

Pelek sangat hati kera memikirkan perkataan harimau itu. Sebab kera tahu. tempias itu ia-Iah titek2 ayer yang di-bias angin. Jadi kera itu tidak puas hati. lalu bertanya lagi:

"Apa-kah yang tuan hamba takutkan pada tem­pias itu?"

"Mana-Iah hamba tidak takut? Tuan hamba tidak merasa dan tidak melihat bagaimana besar-nya tempias itu. Rasa2 akan putus badan hamba di­cherut-nya. Bau-nya busok hingga susah nak ber­nafas di-buat-nya. Hamba rasa2 tidak akan dapat lagi melihat dunia hari siang ini ." jawab harimau itu sunggoh2.

Bertambah heran lagi hati kera mendengar ke­terangan harimau hal tempias itu.

"Sa-umor hidup hamba. hamba belum pernah dengar bahawa tempias boleh membunoh. Lagi pula tempias tidak busok. Hamba sendiri amat gemar kapada tempias. Bila hamba merasa kurang sehat. hamba minta2 tempias datang untok menyegarkan badan hamba!" kata kera itu.

"Agak-nya tuan hamba ini betul2 chari mati. Sedangkan badan hamba yang bagini besar. tidak terdaya menanggong-nya. Apa-tah lagi kalau badan tuan hamba. ta' payah kuat di-cherut, ta' payah lagi dengan bau-nya yang busok itu. di-tunggang saja

33

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 38: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

pun tentu tuan hamba mati remok agak-nya," kata hari mau itu.

Geli benar hati kera mendengar kata harimau itu takutkan tempias. Dia ketawa terkekek-kekek.

Kerana kera itu ketawa, maka harimau naik ma­rah, lalu berkata:

"Tuan hamba kata tempias baik untok menye­hatkan badan? Sedangkan hamba baru suboh2 tadi dapat meluchutkan tempias chelaka itu dari badan hamba."

"Jangan-Iah tuan hamba jadi bodoh," kata kera itu. "Tempias itu ia-Iah renjisan ayer hujan. Dia tidak menyakitkan badan. Itu-Iah sebab-nya hamba suka pada-nya."

"Jadi kenapa pula kambing takutkan tempias?" tanya harimau itu pula.

Hati kera bertambah geli. Dengan tergelak­gelak dia berkata:

"'Betul-Iah tuan hamba ini! Hamba nak kata, tuan hamba ini pandir, ta' patut. Sebab tuan ham­ba pendekar, pahlawan terbilang. Nak kata tuan hamba ini bahlo/, ta' boleh, sebab tuan hamba ia-Iah sang maharaja yang pintar. Tapi kalau hamba kata tuan hamba ini kena tipu , memang betul. Sebab pendekar memang alah kerana di-tipu. Pende­kar itu selalu sombong, angkoh, takbor, jadi lupa bahawa musoh-nya banyak muslihat. Memang-Iah kambing takutkan tempias, sebab tempias itu bila

34

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 39: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

mengenai badan, terasa sejok-nya. Sebab itu-Iah kambing takut pada-nya. Tidak-kah tuan hamba tahu, bahawa kambing tidak tahan sejok?"

Harimau itu nalK marah dan ta' puas hati men­dengar keterangan kera itu. Tapi kera itu segera berkata:

"Pahlawan besar saperti tuan hamba, apa lagi pula sang maharaja yang gagah perkasa, tidak boleh lekas marah. Siapa yang marah tentu hilang akal. Kalau sudah hi lang akal, tidak boleh jadi pahlawan lagi. Tidak boleh jadi sang maharaja lagi. Jadi lebeh baik kalau tuan hamba cheritakan apa peristiwa yang telah menimpa diri tuan hamba. Sa-moga hamba ini dapat menolong tuan hamba. Walau pun badan hamba ini kechil, tapi akal hamba banyak. Itu-Iah sebab-nya manusia tidak boleh mengalahkan hamba. Biar pun hamba ini mencharut-charut manusia, me­maki-hamun manusia, tapi manusia tidak dapat ber­buat apa2. Oleh sebab itu manusia kalah oleh ham­ba. Hingga manusia tundok dan mengaku, bahawa nenek moyang mereka itu asal-nya dari kami juga."

Harimau itu sudah terpengaroh oleh kata2 kera. Maka dia pun cheritakan pengalaman-nya sa-panjang malam tadi, dari awal hingga akhir.

"Rupa-nya tuan hamba ini betul2 sudah terpeda­ya!" kata kera itu sa-telah mendengar cherita hari­mau.

Tap; mereka be/um juga puas hat;. Jad; masing2

35

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 40: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

hendak melihat apa-kah gerangan tempias itu yang sa-benar-nya.

" Kalau tuan hamba hendak lihat, mari-Iah kita pergi ka-tempat hamba tinggalkan tempias itu tadi," kata harimau itu.

"Itu boleh," kata kera. "Tapi kita mesti ber­tegohan janji lebeh dahulu ."

Maka masing2 pun bersetuju pergi menchari tempias itu. Tapi dengan sharat, mesti pergi sama2. Kalau ada apa2 ha l, biar sama2 pula lari. Sa-telah bersetuju , maka rnasing2 pun mengikatkan ekor an­tara satu sama lain. Lalu kedua-nya berjalan ber­hem pet-hem pet menuju ka-tempat tempias di-ting­gai kan oleh harimau itu .

Tidak berapa lama kemud ian, maka kedua bina­tang yang berpautan ekor itu sudah sampai di-bawah pokok tersebut.

Dari jauh lagi gerak-geri harimau dan kera itu telah di-lihat oleh penchuri yang bersembunyi di ­ujong julai pokok itu . Ketakutan penchuri itu da­tang lagi. Kechut perut-nya mengenang hal diri-nya. Sudah-Iah hampir satu malam sontok di-Iarikan hari­mau . Sekarang pula harimau itu datang lagi. Di­sangka-nya tentu-Iah kera itu akan memanjat pokok, dan membawa dia turun untok di-serahkan kapada harimau itu .

Seluroh anggota penchuri itu menggigil ketakut­an. Penchuri itu terkenching-kenching dalam seluar.

36

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 41: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 42: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

Ayer kenching itu menchurah ka-bawah, dan di-tiup angin , dan merembes kena pada bad an kera itu.

Kera itu segera berkata, "Betul ada tempias di­sini . Tapi ta' nampak. Sa-kejap saja dia sudah hi­lang lagi. Kita mesti hati2 tuan hamba! Nampak­nya tempias tuan hamba ini lain gaya-nya. Bau-nya hanching2 pering!"

Harimau itu menggigil badan-nya ketakutan. Tapi kera berkata, "Tuan hamba tidak boleh takut2. Kalau takut bukan pahlawan lagi gelar-nya. Kita mesti chari! Hamba akan tolong tuan hamba!"

Maka kedua binatang itu menchari di-mana tem­pias itu bersembunyi. Tapi kera itu berfikir-fikir juga menchari akal. Lalu berkata dalam hati , "Aku ini kechil. Kalau ada apa2, mudah saja dapat ber­sembunyi di-bawah perut harimau ini. Maka selamat­lah aku ."

Penchuri yang ketakutan itu pula di-atas ujong julai , tidak dapat lagi menahan gigil badan-nya, lalu terus jatoh dan terjerembab betul2 di-antara kedua binatang itu.

Alangkah terkejut-nya harimau itu. Dia terus melompat dan lari ta' tentu arah. Pada sangka hari­mau itu , tentu-Iah tempias itu sa-kali lagi hendak mencherut belakang-nya.

Kera itu demikian juga. Dia amat terkejut, dan terus melenting. Sekarang dia perchaya ada juga tempias besar dan berbahaya. Mula2 chuma kena

38

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 43: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

ayer-nya , bau-nya hanching pering. Kemudian kena batu-nya pula. Kera itu melarikan diri puntang pan­ting.

Dalam keadaan yang huru-hara demikian itu-Iah kedua binatang ini berlari kapada arah yang ber­lainan hendak menyelamatkan diri masing2.

39

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 44: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

BALASAN YANG MEREKA DAPAT

Harimau itu berlari sambil bersungut-sungut me­nyumpahi tempias chelaka itu, yang maseh hendak dudok di-belakang-nya. Tapi segala sungutan itu tidak bersambut dari sahabat-nya kera itu. Oleh sebab itu harimau itu meradang dan menoleh ka­belakang. Tapi di-dapati-nya kera itu tidak ada lagi bersama dengan-nya. Hanya ekor kera itu saja yang panjang terkuntil-kuntil maseh tinggal terikat pada ekor harimau itu.

Sambil berlari kenchang harimau itu selalu me­noleh ka-belakang. Dia tidak sadar bahawa ada sa­batang pokok besar di-hadapan-nya. Harimau itu melanggar pokok, dan terus terhenti di-pangkal po­kok itu menggelupor kesakitan.

Dalam sakit yang demikian itu, harimau itu juga bingong dan malu memikirkan keadaan diri-nya. Apa gerangan kata2 penghinaan dari sa-sama-nya ha­rimau, kalau mereka lihat pada ekor-nya ada pula ekor kera. Tentu kawan2-nya menyangka bahawa diri-nya sudah mengawan kera. Perbuatan demikian itu amat burok dan hina. Sebab kera bukan pasang­an harimau.

40

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 45: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

Tetapi harimau itu tidak sempat lagi menemUi kawan2-nya sebab dia tidak dapat bangun lagi. Ke­pala-nya sudah pechah, dan makin lama makin ba­nyak darah-nya keluar. Akhir-nya dia mati di-pang­kal pokok itu.

Akan hal kera itu pula, sa-telah berpisah dengan harimau itu, dia terus melompat dan lari ka-tempat lain. Kera itu meraong kesakitan sebab ekor-nya sudah tanggal.

Kera itu membawa diri ka-Iain hutan, sebab dia tidak akan di-terima lagi oleh sa-sama-nya kera ekor panjang, kerana ekor-nya sendiri sudah tidak ada. Dia sudah jadi kera kuntut. Kera itu amat dukachita, sebab pada golongan kera yang lain pun, dia tidak akan di-terima dengan baik, kerana dia jenis kera ekor panjang. Dia menyesali diri-nya, dan ber­kata:

"Ini-Iah balasan-nya kalau suka menchampori hal yang tidak ada sangkut paut dengan diri sendiri."

Keadaan penchuri itu pula, apabila di-lihat-nya harimau dan kera tidak ada lagi, dia terus bangun meninggalkan tempat ia jatoh. Dia berjalan huyong­hayang, rengkak dan menangis sebab terlalu sakit. Badan-nya rasa remok. Kaki-nya sudah patah sa­belah. Barang yang di-hajat tidak dapat.

Penchuri itu bersungut sambil mengerang, "Apa akan ku-katakan kapada orang yang bertanya pada-

41

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 46: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

ku? Kalau aku cheritakan semua peristiwa chelaka ini , tentu aku akan di-tangkap, dan aku juga akan di-hina, sebab aku pergi menchuri."

Oleh sebab itu, penchuri itu tidak mahu pulang ka-rumah-nya. Dia tinggal dalam hutan. Kaki-nya makin hari makin bengkak, akhir-nya jadi borok. Oleh kerana tidak dapat menchari makan sendiri , dan tidak dapat obat, akhir-nya penchuri itu mati dalam hutan.

Di-rumah Sutan Raja Medan pula, apabila hari telah siang, di-dapati kambing kurus yang hendak di-sembeleh sudah hilang bersama beratus-ratus ekor kambing lain.

Sutan Raja Medan marah , sebab sudah hilang kambing2-nya yang banyak itu.

Tapi apa hendak di -kata? Kambing2 itu semua sudah ka-rimba raya , dan sudah mendapat tempat yang selamat dan be bas. Kambing2 itu tidak payah lagi mengharapkan belas kasehan dari tuan-nya.

Semua orang2 di-kampong yang berhampiran dengan lereng gunong berapi itu sudah tahu , bahawa Sutan Raja Medan sudah hi lang kambing2-nya. Tapi sa-orang pun tidak ada yang mahu menolong Sutan Raja Medan pergi menchari kambing2 itu. Sebab orang2 itu semua amat benchi kapada Sutan Raja Medan. Kerana Sutan Raja Medan terlalu lokek. angkoh dan sombong.

42

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 47: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

Sutan Raja Medan marah berapi-api ketika dia tahu bahawa orang2 kampong itu tidak mahu me­nolong dia . Su tan Raja Medan terlalu sayang kam­bing2-nya. Tapi dia tidak mahu rugi mengupah orang pergi menchari kambing2 itu. Jadi Sutan Raja Medan sendiri hendak pergi menchari kambing2-nya.

Mula-nya Sutan Raja Medan hendak menunggang kuda kesayangan-nya pergi menchari kambing2 itu. Tapi kemudian khuatir kalau2 kuda itu chachat; kalau2 mata-nya d i-chochok ranting2 kayu, atau kaki-nya terkait akar dan jatoh, atau patah.

Jadi Sutan Raja Medan hanya hendak menung­gang lem bu jantan-nya. Sutan Raja Medan hendak naik dari belakang. Dia pegang ekor lembu jantan itu. Kaki-nya berpijak pada lutut kaki belakang lem­bu . dan hendak melompat ka-atas.

Lembu jantan itu menyangka diri-nya hendak di-buat saperti lembu betina. Lembu itu marah. Jadi lembu itu menjompak dan Sutan Raja Medan jatoh terpelanting. Lembu itu memijak-mijak Sutan Raja ,Medan. Sutan Raja Medan meraong kesakitan saperti kanak2. sebab tangan-nya sudah patah dan muka-nya luka.

Demikian-Iah kesah-nya Sutan Raja Medan dan kambing kurus-nya. Kerana hendak untong sa-pikul .

43

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 48: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

akhir-nya rugi sa-koyan, kerana dia amat tama'. Dan yang lain2 juga terlibat menjadi susah.

Yang dapat senang ia-Iah kambing2 itu, sudah bebas dari tuan-nya. Kambing2 itu sekarang makin gemok dan kian ramai sudah beranak-pinak.

44

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 49: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA - PNM · 2019. 3. 18. · Puti Ranit Jintan. Umor-nya sudah remaja. Puti Ranit Jintan amat chantek. Sukar di-tandingi di dalam kampong itu. Oleh sebab

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA