perpustakaan kui ttho - institutional...
TRANSCRIPT
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
B O R A N G P E N G E S A H A N STATUS TESIS
JUDUL: PERSEDIAAN PELAJAR SIJIL PENGURUSAN PELANCONGAN
SEBELUM MEMASUKI DUNIA PEKERJAAN DALAM SEKTOR
PELANCONGAN
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya SITI ZAUYAH BINTI ABU BAKAR (801023-02-5842)
( HURUF BESAR )
mengaku membenarkan tesis (PSM/Saijana/Doktor Falsafah)' ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi 4. "" Sila tandakan (V )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi /badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TAN GAN PENULIS)
Alamat tetap: F-47 KG PAVA, KUAT.A SG MUDA
08500 KOTA KUALA MUDA
KEDAH DARUL AM AN
Tarikh:
TN. HJ. MP YUSOF BIN .TAMAR
Nama Penyelia
Tarikh: 9 • . O^O^f
CATATAN: ' Potong yang tidak berkenaan " Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila Iampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini j-j perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara keija kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PERSEDIAAN PELAJAR SIJIL PENGURUSAN PELANCONGAN SEBELUM
MEMASUKI DUNIA PEKERJAAN DALAM INDUSTRI PELANCONGAN
SITIZAUYAH ABU BAKAR
Tesis Ini Dikemukakan Bagi Memenuhi
Syarat Penganugerahan
Ijazah Saijana Pendidikan (Teknikal)
Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Fakulti Teknologi Kejuruteraan
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Mac 2004
Ill
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Saijana
Pendidikan Teknikal"
Tandatangan
Nama Pembimbing
Tarikh
PERSEDIAAN PELAJAR SIJIL PENGURUSAN PELANCONGAN SEBELUM
MEMASUKI DUNIA PEKERJAAN DALAM INDUSTRI PELANCONGAN
SITI ZAUYAH ABU BAKAR
Tesis Ini Dikemukakan Bagi Memenuhi
Syarat Penganugerahan
Ijazah Saijana Pendidikan (Teknikal)
Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Fakulti Teknologi Kejuruteraan
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Mac 2004
V
"Saya akui karya ini adalah hasil keija saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbemya".
Tandatangan : (^^^rrr^TTTTT
Nama Penulis : SITI ZAUYAH BINTI ABU BAKAR
Tarikh : MAC 2004
vi
Teristimewa 6uat suami tercintaSohaizam IsmaUyang Banyaf^memBantu dalam memBerikan dorongan serta pencfapat maCah menjadi sumBerinspirasi istimewa dalam menghasilkan penudsan ini Jutaan terima kasih di atas segala kasih sayang dan tunjuf^ajaryang telah diBerikan. Semoga kasih
dan sayang antara kita keka[ Berpanjangan.
Vcapan terima kasih teristimewa juga Buat ayahanda JlBu <Bakfir Hassan dan Bonda Maznah Ahmad yang menjadipendorong utama untukjnencapai kejayaan. Tidaf^fupa juga Buat ka^akjtfairani, aBang
ipar, JamaCudin, adik^adikjMunirah, !Mohd. Tirdaus, 9dohd. Tarfian, NorSyazwani dan Mohamad 9fasruC!Hajizan serta anak^anak^saudara 9dohd. Nairn dan !Nur Ismahani J-Cuda. Kasih sayang dan
dorongan kaftan memBeri semangat untuk^terus Beijaya sentiasa.
Hdak^fupajuga kepada rakan-rakan yang Banyakjnem6antu Syila, JLni serta rakan-rakan sekelas. Vntuk^adikjadil^seBiRkJLmi dan Shikin terima kasih di atas semangat dan dorongan yang diBerikan.
Jasa dan Budi kafian akan dikenang Buat seCamanya.
s&nwqqi-TiNqqi i!cA<PMf<Ri(BVjiN'itEiimA %jisffl'UmVKS<E9dz)ji o jwg
TtE<RLPBM(DALyiM MWfgHMILXWf&ENOLISJWIM.
vn
PENGHARGAAN
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah juga
akhirnya saya menyiapkan penulisan projek saijana ini. Alhamdulillah, setelah
mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang proses menyiapkan projek ini,
akhimya dengan berkat izin-Nya serta pengetahuan dan kemahiran yang dikurniakan-
Nya, maka dapatlah dihasilkan penulisan kajian tentang "Persediaan Pelajar Sijil
Pengurusan Pelancongan Sebelum Memasuki Dunia Pekeijaan Dalam Sektor
Pelancongan".
Di kesempatan ini, saya dengan besar hati ingin merakamkan ucapan ribuan
terima kasih tidak terhingga buat pembimbing saya Tuan Haji Md Yusof Jamar di atas
segala tunjuk ajar, nasihat serta bimbingan yang telah diberikan untuk menghasilkan satu
kajian yang sempurna. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Pihak Politeknik Shah
Alam terutamanya Jabatan Perdagangan iaitu pensyarah-pensyarah Sijil Pengurusan
Pelancongan terutamanya untuk Ketua Bahagian Kursus, Puan Nurul Awanis, Puan
Zainah, Puan Siti Aishah dan Encik Sulaiman yang telah memberikan keijasama yang
begitu baik sekali semasa kajian ini dimulakan hinggalah ke akhir proses. Tidak lupa juga
kepada bekas penyarah di Universiti Utara Malaysia, En Kamal Izzuwan Ramli yang
banyak membantu memberikan sumber dan juga rujukan. Terima kasih diucapkan.
Buat ayahanda dan bonda serta suami, kalian banyak memotivasikan saya untuk
terus berusaha mencapai kejayaan. Penghargaan khas juga untuk semua rakan-rakan
sepeijuangan yang banyak memberikan sumbangan dalam segala hal.
Vlll
A B S T R A K
Kajian ini adalah untuk meninjau persediaan dari aspek pengetahuan yang dimiliki
oleh pelajar, tahap persediaan dari aspek kemahiran yang melibatkan beberapa jenis
kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran interpersonal dan kemahiran
komputer. yang diperlukan oleh pelajar sebelum memasuki dunia pekeijaan dalam
industri pelancongan. Tinjauan juga dibuat ke atas pengalaman yang diperolehi semasa
latihan industri sebagai persediaan awal yang mendedahkan pelajar kepada dunia
pekeijaan dan kesesuaian kurikulum pendidikan pelancongan di politeknik untuk
memberi persediaan kepada pelajar bagi memulakan keijaya dalam bidang pelancongan.
Sampel kajian ini terdiri daripada 35 orang pelajar semester 4 Sijil Pengurusan
Pelancongan, Politeknik Shah Alam. Sebelum kajian sebenar, kajian rintis telah dibuat
untuk menjamin kebolehpercayaan item-item yang dibina dalam borang soal selidik.
Maklumat yang diperolehi daripada kajian sebenar kemudiaanya dianalisis menggunakan
ststistik deskriptif dengan menggunakan kaedah peratusan dan min menggunakan perisian
SPSS. Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa persediaan pelajar secara puratanya
hanyalah berada pada tahap sederhana. Ini memberi gambaran bahawa beberapa
peningkatan perlu dibuat seperti meningkatkan prestasi kemahiran berkomunikasi di
kalangan pelajar, mengemaskini kurikulum seperti yang diperlukan oleh industri dan
penekanan kepada beberapa jenis pengetahuan seperti perakaunan dan polisi seperti yang
disarankan dalam cadangan yang telah dikemukakan.
ix
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the student's preparation before they join the
tourism industry. The focus of the preparation first is on the knowledge of the tourism
industry, second is on the skills such as communication skill, interpersonal skill and
computer skill. All of this aspect is very important for the students before they begin their
job in the tourism industry. The third aspect is the practical training experience, and the
fourth is about the suitability of the tourism education curriculums at the polytechnic. The
questionnaires are distributing to 35 student as a sample. They are the student from fourth
semester, Certificate of Tourism Management at Polytechnic Shah Alam. The data then
analyze using descriptive statistic to get a percentage and mean to show the level of the
preparation by SPSS package. At the end of the research shows that the students
preparation is only at the medium level. Its mean that, something must be done to
increase the communication skill level among the student, updating the curriculum and
concentrate on the knowledge of accounting and policy in the tourism industry.
K A N D U N G A N
P E R K A R A
P E N G E S A H A N S T A T U S K A J I A N
P E N G E S A H A N P E M B I M B I N G
H A L A M A N J U D U L
P E R A K U A N P E L A J A R
R U A N G A N D E D I K A S I
P E N G H A R G A A N
A B S T R A K
A B S T R A C T
K A N D U N G A N
S E N A R A I J A D U A L
S E N A R A I R A J A H
S E N A R A I S I N G K A T A N
S E N A R A I L A M P I R A N
M U K A S U R A T
iii
iv
v
vi
vii
viii
ix
x
xv
xvi
xvii
xviii
xi
B A B I P E N G E N A L A N
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 ObjektifKajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 11
B A B II S O R O T A N K A J I A N
2.1 Pengenalan 13
2.2 Perkembangan Industri Pelancongan
Di Malaysia 14
2.3 Pendidikan Pelancongan Di Politeknik Kementerian
Pendidikan Malaysia 15
2 .4 Kepentingan Pendidikan Pelancongan 15
2.5 Perekrutan Sumber Manusia
Untuk Industri Pelancongan 16
2.6 Persediaan Pelajar Sebelum Memasuki
Industri Pelancongan 17
2.6.1 Ilmu Pengetahuan 18
2.6.2 Kemahiran 18
2.6.3 Latihan Industri 19
xii
2.6.4 Pendidikan Untuk Keijaya 20'
2.7 Keijaya Dalam Industri Pelancongan 21
2.8 Peranan Dan Bimbingan Kaunseling 22
Rumusan 23
B A B III M E T O D O L O G I K A J I A N
3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 25
3.2.1 Kajian Berbentuk Tinjauan 25
3.2.2 Prosedur Kajian 26
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 28
3.4 Instrumen Kajian 29
3.4.1 Bahagian Soal Selidik 29
3.4.1.1 Bahagian A: Latar Belakang
Responden 29
3.4.1.2 Bahagian B: Persediaan Kemahiran
Dan Pengetahuan Pelajar 30
3.4.1.3 Bahagian C: Persediaan Daripada
Latihan Industri 30
3.4.1.4 Bahagian D: Kemampuan
Kurikulum Politeknik Untuk
Penuhi Kehendak Industri 31
3.4.1.5 Bahagian E: Cadangan dan
Saranan 31
3.5 Kajian Rintis 32
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 33
xiii
3.6.1 Data Primer 34
3.6.2 Data Sekunder 34
3.7 Kaedah Analisis Data 35
3.8 Andaian 36
3.9 Limitasi 37
Rumusan 38
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 39
4.2 Analisis Data 40
4.3 Analisis Kajian Rintis 41
4 .4 Bahagian A: Analisis Maklumat Latar
Belakang Responden 42
4.4.1 Jantina 42
4.4.2 Bangsa 43
4.4.3 Umur 4 4
4.4.4 CGPA terakhir 45
4.4.5 Pengalaman Bekeija dalam Industri
Pelancongan 46
4.4.6 Tempat Menjalani Latihan Industri 47
4.5 Bahagian B: Analisis Persediaan Pelajar
Dari Aspek Kemahiran Dan Pengetahuan 49
4.6 Bahagian C: Analisis Pengalaman Daripada
Latihan Industri 52
4.7 Bahagian D: Analisis Kemampuan Kurikulum
Politeknik Untuk Memenuhi
Kehendak Industri 54
4.8 Bahagian E: Analisis Cadangan Dan Saranan 55
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 56
5.2 Perbincangan 57
5.2.1 Analisis Terhadap Persediaan
Kemahiran Pelajar 57
5.2.2 Analisis Terhadap Persediaan Pengetahuan
Pelajar 59
5.2.3 Analisis Terhadap Persediaan Yang
Diperolehi Semasa Latihan Industri 60
5.2.4 Analisis Terhadap Kemampuan
Kurikulum Politeknik Untuk Penuhi
Kehendak Industri Pelancongan 61
5.3 Kesimpulan 62
5.4 Cadangan 65
5.5 Cadangan Kajian Selanjutnya 67
mmdcccxciii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pemarkahan Soalan-soalan Skala Likert 31
3.2 Bahagian-bahagian Dalam Borang Soal Selidik 33
3.3 Pembahagian Skala Kepada Lima Bahagian 36
3.4 Penilaian Skor Min Keputusan 36
4.1 Pembahagian Skor 40
4.2 Taksiran Skor Min Bagi Tahap Penerimaan 41
4.3 Taburan Bilangan Jantina Responden 42
4.4 Taburan Umur Responden 44
4.5 Taburan CGPA Responden 45
4.6 Taburan Tempat Menjalani Latihan Industri 47
4.7 Skor Min, Sisihan Piawai Dan Keputusan Bagi
Analisis Persediaan Dari Aspek Kemahiran 48
4.8 Skor Min, Sisihan Piawai Dan Keputusan
Bagi Analisis Persediaan Dari Aspek Pengetahuan 50
4.9 Skor Min. Sisihan Piawai Dan Keputusan
Bagi Analisis Pengalaman Daripada
Latihan Industri. 52
4.10 Skor Min, Sisihan Piawai Dan Keputusan
Bagi Analisis Kemampuan Kurikulum Politeknik 53
xvi
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Prosedur Kajian 26
4.1 Peratusan Taburan Jantina Pelajar 43
4.2 Taburan Bangsa Di Kalangan Responden 43
4.3 Taburan Umur Responden 44
4.4 Taburan Pengalaman Bekerja 46
SENARAI SINGKATAN
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
Institusi Pengajian Tinggi Awam
Institusi Pengajian Tinggi Swasta
Keluaran Dalam Negara Kasar
Statistical Package For Social Science
Cummulative Gred Point Average
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Universiti Utara Malaysia
Institut Teknologi Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik
B Analisis Alpha Cronbach
C Dapatan Kajian
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Perkembangan pesat industri hospitaliti sejak akhir-akhir ini telah menjadikan
Malaysia sebagai salah sebuah negara tumpuan pelancong. Statistik kedatangan
pelancong ke Malaysia pada tahun 2000 yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen
Malaysia (2000) menunjukkan kira-kira 10, 221, 582 pelancong melawat negara ini
sepanjang tahun berbanding 7, 93, 149 pada tahun 1999 iaitu dengan peningkatan
sebanyak 28.9 peratus. Ia merupakan satu peningkatan tertinggi dalam sejarah industri
pelancongan negara hingga tahun ini. Ini menunjukkan bahawa Malaysia masih kekal
sebagai salah sebuah destinasi pelancongan utama di rantau ini. Perangkaan terbaru
yang dikeluarkan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (2000)
menunjukkan, pertumbuhan positif ini meletakkan industri pelancongan sebagai sumber
pendapatan tukaran wang asing kedua terbesar selepas industri perkilangan, berdasarkan
perolehan sebanyak RM12.3 bilion yang dicatatkan pada 1999.
2
Kesan daripada perkembangan inilah, maka pendidikan pelancongan mula
dititikberatkan oleh kerajaan ke arah melahirkan guna tenaga yang mahir dalam bidang
pelancongan dan mampu meletakkan nama Malaysia setaraf dengan negara-negara yang
maju dalam industri pelancongan yang lain. Bidang pendidikan merupakan saluran
utama bagi memastikan guna tenaga yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri yang
diperlukan oleh industri pelancongan yang semakin berkembang (Asmidar dalam
Norhaslin, 2003).
Di Malaysia kini telah diwujudkan kursus-kursus pelancongan tidak kira sama
ada di IPTA atau IPTS. Semakin hari semakin banyak IPTS yang menawarkan kursus
ini iaitu dalam bentuk kursus, sijil ataupun diploma mahupun ijazah yang meliputi
bidang-bidang seperti pengurusan pelancongan, perhotelan, hospitaliti, pengurusan
resort dan sebagainya dengan tujuan utama untuk melahirkan guna tenaga yang
berkemahiran dan memastikan produk atau servis yang dihasilkan benar-benar
berkualiti. Dalam kajian ini tumpuan diberi kepada pelajar Sijil Pengurusan
Pelancongan Politeknik yang mana telah diberi penekanan kepada pengaplikasian
pembelajaran dalam situasi sebenar pekeijaan.
Apabila membicarakan tentang pelancongan, perkara utama yang sering
difokuskan ialah industri penginapan. Ini kerana pelancong yang datang selalunya akan
lebih mementingkan penginapan. Oleh itu, apa-apa saja tanggapan mereka akan
bermula daripada apa yang mereka perolehi di tempat penginapan tersebut. Jadi untuk
memastikan layanan dan perkhidmatan utama ini memenuhi kehendak pelancong,
tenaga keija yang terlatih dan mahir adalah perlu. Oleh itu, pihak-pihak yang terlibat
dalam industri pelancongan perlu menggembleng tenaga ke arah melahirkan pekeija
terlatih dan berkemahiran terutamanya dalam industri perhotelan (Hajiji, 2000).
3
Industri perhotelan kini sedang pesat diterokai dan memerlukan ramai tenaga
mahir. Atas dasar ini, Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha untuk membantu
melahirkan tenaga mahir dalam bidang pelancongan dengan menawarkan kursus
pelancongan di Politeknik. Ia adalah untuk melahirkan guna tenaga yang berwibawa
lengkap dengan pengetahuan, kemahiran, pemikiran tinggi dan dapat menembusi
pasaran tenaga buruh. Namun demikian, mampukah lulusan kursus tersebut memasuki
industri pelancongan dengan pengetahuan dan kemahiran seperti yang dikehendaki oleh
industri ini?
Adalah perlu dititikberatkan di sini soal kurikulum kerana kurikulum yang
berdasarkan kepada keperluan semasa dan berguna untuk masa depan akan
menambahkan persediaan pelajar sebelum memulakan keijaya mereka dalam industri
pelancongan dan seterusnya dapat menempatkan diri dalam industri ini.Selain daripada
itu kerajaan juga perlu terus giat berusaha ke arah mencapai matlamat ini seperti yang
telah dilakukan sekitar tahun 2000 iaitu dengan mengambil langkah bijak menaja 5592
belia tempatan untuk menjalani program latihan yang sebahagian besamya berkaitan
dengan industri perhotelan dengan keijasama Kementerian Pembangunan Sumber dan
Kemajuan Teknologi Maklumat (Hajiji, 2000) dengan tujuan melahirkan tenaga keija
dalam industri perkhidmatan yang berpengetahuan dan lebih bersedia menghadapi alam
pekeijaan.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Pembangunan negara ke arah mencapai taraf negara maju meliputi pelbagai
aspek. Diantaranya termasuklah sektor pelancongan turut menjadi salah satu sektor
penyumbang utama kepada KDNK. Di dalam Laporan Ekonomi Malaysia tahun 2000,
telah dilaporkan bahawa 26% daripada RM 379.6 bilion pendapatan negara adalah hasil
daripada industri perkhidmatan (Kementerian Kewangan, 2000). Ini termasuklah
industri pelancongan yang dikategorikan sebagai industri perkhidmatan.
Kemajuan dan pembangunan dalam industri pelancongan di Malaysia bertitik
tolak dengan kesesuaian negara dan keistimewaan yang dimiliki dan kemampuan guna
tenaga dalam bidang ini untuk menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tidak kira
sama ada untuk pelancong dari dalam mahupun luar negara. Walaupun pembangunan di
Malaysia lebih menitikberatkan pelancongan 'ecotourism' dan 'agrotourism' ini tidak
bermakna guna tenaga mahir tidak diperlukan sebaliknya ia amat diperlukan untuk
semua peringkat pengurusan terutamanya bidang perhotelan.
Dengan kemajuan teknologi kini semua sektor pekeijaan berkehendakkan
kepada pekeija yang mahir, begitu juga dengan sektor pelancongan. Ia adalah sebagai
jaminan kepada sesebuah organisasi untuk berada kukuh dan terus kekal dalam
sesebuah industri. Untuk pekeija sektor pelancongan, pekeija yang diperlukan ialah
pekeija yang terlatih, berkemahiran, berpengetahuan dan berketrampilan dalam
melaksanakan tugas yang diberi (Roslina, 2001).
Oleh itu, semua aspek ini perlulah diberi perhatian untuk melahirkan guna
tenaga yang berkemahiran dan berkebolehan. Untuk melihat sejauhmanakah pendidikan
pelancongan mampu menyediakan semua keperluan ini, pendidikan dalam bidang