pernyataan praktikummmm 3

Upload: ahmad-shakir

Post on 07-Jul-2015

774 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

INTERNSHIP PISMP PSV SEM 8, 2011

IPG KAMPUS PERLIS

2. PERNYATAAN PRAKTIKUM 2.1 (a) Apa yang akan dilaksanakan semasa Internship

Pada tarikh 12 Julai 2011 ini akan bermula Internship bagi semester 8 PISMP ambilan Januari 2008. Internship atau praktikum ini akan dijalankan selama 4 minggu. Saya akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, 02500 Mata Ayer, Perlis. Sebelum menjalani praktikum, satu kursus dan taklimat praktikum dijalankan. Taklimat praktikum diadakan di Institut Perguruan Perlis. Pada hari taklimat ini, saya dan rakan diberitahu tentang pengurusan praktikum, penulisan refleksi dan cara untuk mengutip data untuk Kajian Tindakan saya. Seterusnya, pula saya di taklimatkan tentang pengajaran di dalam kelas,

kemahiran berfikir dan penerapan nilai serta persediaan portfolio praktikum. Sebelum menjalankan praktikum, saya telah menyediakan beberapa keperluan untuk praktikum seperti menyediakan portfolio dan menyediakan sebuah buku rekod pengajaran. Bagi portfolio, saya telah memperbanyakkan borang refleksi, borang kolaborasi serta borang-borang yang diperlukan dalam portfolio nanti. Saya juga telah menyiapkan partition mengikut senarai semak portfolio. Bagi buku rekod pengajaran saya membalutnya dengan kemas, mengisi maklumat di dalamnya dan mendapatkan huraian sukatan untuk dimasukkan ke dalam buku rekod pengajaran. Untuk penulisan kali ini, saya perlu menulis tentang perkara yang akan dilaksanakan semasa praktikum nanti. Penulisan memerlukan saya memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran bagi subjek major kerana saya akan menjalankan kajian di sekolah kelak. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, saya dan rakan praktikum pergi berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Rosly bin Mat Idris. Semasa kolaborasi bersama beliau banyak perkara yang telah kami bincangkan iaitu persediaan untuk menjalankan praktikum, portfolio praktikum dan cara menulis refleksi dan jurnal refleksi. Saya juga sempat berbincang tentang cara untuk mencari dan mengumpulkan data di sekolah nanti.PORTFOLIO PRAKTIKUM SEM 7, 2011

INTERNSHIP PISMP PSV SEM 8, 2011

IPG KAMPUS PERLIS

Encik Rosly Mat Idris berpendapat saya perlu bijak memilih fokus dan senang untuk saya menilai serta membuat penambahbaikan nanti. Setelah perbincangan tersebut, saya dan rakan praktikum berbincang mengenai perkara yang ingin dilakukan di sekolah. Kami dikehendaki membuat 3 projek di sekolah. Saya menyenaraikan perkara yang perlu diberi perhatian semasa menjalankan projek tersebut. Antaranya ialah cara menyediakan kertas kerja seterusnya membuat beberapa langkah untuk menyenaraikan kos dan sebab projek tersebut dijalankan. Akhir sekali saya perlu menulis satu laporan lengkap untuk menilai kejayaan tindakan yang saya telah gunakan. Dari segi cadangan dan tindakan saya perlu merujuk kepada pelbagai sebab saya menghasilkan projek tersebut. Saya perlu bijak memilih projek yang bersesuaian untuk dilakukan di sekolah. Akhir sekali, saya berharap agar sesi praktikum ini dapat memberi input dan 1001 pengalaman yang bermakna buat saya. Saya mendoakan agar sesi praktikum ini akan berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Semoga sekolah praktikum saya nanti dapat menerima saya seadanya. Amin.

PORTFOLIO PRAKTIKUM SEM 7, 2011

INTERNSHIP PISMP PSV SEM 8, 2011

IPG KAMPUS PERLIS

2.2 Apa yang Dialami dan Dilaksanakan Sepanjang Internship Laporan Status Pencapaian : Perancangan Sekolah Kebangsaan Guar Nangka merupakan sekolah yang besar dan hebat di mata saya, sebagai seorang bakal guru, selepas saya telah melaporkan diri ke

sekolah dan bersua muka dengan guru pembimbing serta merancang projek yang saya laksanakan sepanjang 4 minggu praktikum ini. Untuk minggu pertama, saya telah mengambil masa selama beberapa hari untuk merancang projek yang saya laksanakan.. Laporan Status Pencapaian Internship Setelah 4 minggu berada di sekolah, saya bersama-sama rakan Internship saya, Muahmad Ehsan bin Othman telah melaksanakan 3 projek Besar iaitu Projek Sukaneka Tahap 1 dan 2, Projek Mencantikkan Bilik Seni Sekolah Kebangsaan Guar Nangka dan juga Projek Ceramah Cara Melindungi Diri Dari Haiwan Liar. Sepanjang melaksanakan projek-projek ini, saya telah dapat menilai kelemahan dan penambahbaikan yang perlu saya lakukan sebagai seorang bakal guru tidak lama lagi. Saya juga telah melakukan beberapa perancangan berhubung dengan pelan tindakan saya ini. Perancangan untuk menghadapi masalah tingkahlaku dan kepelbagaian karenah murid berjaya saya lakukan dengan langkah penyelesaian yang dirancang. Saya juga merancang projek yang bersesuaian dengan tahap dan kognitif murid. Sebagai contoh, kami membuat Projek Sukaneka yang berasaskan permainan yang dapat di lakukan oleh murid dan mempunyai aras yang sesuai dengan murid. Manakala projek Mencantikkan Bilik Seni , kami bersama-sama melukis dan mewarna bentuk dan rupa yang senang untuk dilakukan murid. Manakala untuk Projek Ceramah haiwan Liar kami menjemput semua murid untuk mendengar ceramah cara untuk melindungi diri daripada haiwan liar jika mereka terserempak dengan haiwan berkenaan. Berdasarkan pengalaman saya yang masih cetek, projek-projek ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dalam tempoh masa yang singkat namun segala usaha yang dilakukan dan bimbingan daripada guru dan pensyarah pembimbing sedikit sebanyak dapat membantu saya melakukan P&P dengan baik.PORTFOLIO PRAKTIKUM SEM 7, 2011

INTERNSHIP PISMP PSV SEM 8, 2011

IPG KAMPUS PERLIS

Sebagai kesimpulannya, terdapat kejayaan dan juga pengalaman baru dalam perancangan yang telah saya rancangkan. Semua ini adalah satu pengalaman yang tidak ternilai harganya bagi saya sebagai seorang bakal pendidik. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan Internship saya iaitu Muhamad Ehsan bin Othman, guru pebimbing saya yang banyak menolong saya, Puan Jamalulhaslina bt Fuad dan juga rakan praktikul semester 5 iaitu Deanna bt Malik dan juga Farah Atiqah bt Zaini yang menolong kami dengan ikhlas. Hanya Allah S.W.T sahaja yang boleh membalasnya. Terima kasih kalian. Pengalaman Baru Sekolah Kebangsaan Guar Nangka merupakan sekolah yang telah memberikan seribu satu erti dan makna kepada diri saya kerana ketika berada di sekolah memberikan seribu satu pengalaman baru yang cukup bermakna buat diri saya. Banyak perkara baru dan di luar jangkaan berlaku tanpa saya duga. Berhadapan dengan seribu satu karenah memaksa saya memerah otak memikirkan cara terbaik untuk mengadakan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk murid-murid. Selain itu, pengalaman berinteraksi dengan pihak sekolah sebagai salah seorang warga sekolah juga amat menarik. Pelbagai tugas dan tanggungjawab sampingan terpaksa di hadapi oleh para guru. serta pelbagai lagi perkara yang menarik yang terlalu banyak untuk saya ceritakan. Bagi saya, inilah pengalaman yang tidak akan dapat saya lupakan sampai bila-bila di sekolah ini. Semoga seluruh warga sekolah sentiasa mendapat rahmat dan hidayah serta pertolongan dari Allah S.W.T dengan mudahnya Dan semoga murid-murid di sana sentiasa mendapat kejayaan yang cemerlang. Insya-ALLAH.

PORTFOLIO PRAKTIKUM SEM 7, 2011