perlembagaan kelab pengguna kpdnhep
TRANSCRIPT
PERLEMBAGAAN KELAB PENGGUNA
Perkara 1 : NAMA DAN ALAMAT KELAB
1.1 Nama Kelab Pengguna
___________________________________________________
___________________________________________________
1.2 Alamat Kelab Pengguna
___________________________________________________
___________________________________________________
Perkara 2 : TUJUAN
Untuk membentuk generasi pengguna yang bijak, rasional, kompeten
dan bertanggungjawab.
Perkara 3 : OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab
pengguna serta isu-isu kepenggunaan semasa.
3.2 Meningkatkan pengalaman, kemahiran dan kepimpinan
didalam hal-hal kepenggunaan.
3.3 Memupuk semangat berpasukan dan bersatu-padu dikalangan
ahli-ahli kelab di dalam membuat keputusan dan menyuarakan
pendapat di dalam hal-hal kepenggunaan.
3.4 Menyemarakkan kegiatan kepenggunaan dikalangan ahli kelab
dan rakan-rakan sekolah.
Perkara 4 : KEAHLIAN
4.1 Syarat-syarat keahlian
4.1.1 Keahlian terbuka kepada semua murid sekolah.
4.1.2 Permohonan untuk menjadi ahli boleh dibuat
menggunakan borang permohonan menjadi ahli
(borang PMA) dan mestilah dikemukakan kepada
Setiausaha .
4.1.3 Kelulusan permohonan menjadi ahli akan
dipertimbangkan oleh Jawatankuasa. Keputusan
Jawatankuasa untuk menerima atau menolak
sesuatu permohonan adalah muktamad.
4.1.4 Setiap permohonan untuk menjadi ahli adalah
diatas kerelaan sendiri tanpa dipaksa atau
dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
4.2 Hak Ahli
Seseorang yang telah disahkan keahliannya berhak
untuk :-
4.2.1 Mengundi dalam pemilihan ahli jawatankuasa
kelab;
4.2.2 Menjadi calon dalam pemilihan ahli jawatankuasa
kelab;
4.2.3 Melibatkan diri dan menyertai aktiviti-aktiviti kelab;
4.2.4 Menggunakan peralatan dan kemudahan-
kemudahan kepunyaan kelab;
4.2.5 Mengemukakan cadangan, idea, dan aduan
kepada kelab mengenai isu-isu yang berbangkit.
4.3 Kewajiban Ahli
Seseorang murid yang telah disahkan menjadi ahli kelab
wajib:-
4.3.1 Menghormati, mendukung dan mematuhi
perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab ini
sepanjang masa dalam semua keadaan;
4.3.2 Mematuhi, menghormati dan melaksanakan
semua keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa
kelab;
4.3.3 Menjaga dan mempertahankan nama baik,
maruah dan identiti kelab;
4.3.4 Memelihara dan menjaga harta benda kelab;
4.3.5 Sentiasa bekerjasama dan bermuafakat dengan
ahli-ahli lain.
4.4 Pemberhentian dan pemecatan ahli
4.4.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli
kelab hendaklah menyerahkan permohonan
bertulis 14 hari terlebih dahulu kepada Setiausaha.
Permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli
akan diluluskan oleh jawatankuasa kelab atas
nasihat Guru Penasihat;
4.4.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi peraturan
atau bertindak dengan cara yang akan
mencemarkan nama baik kelab boleh dipecat atau
digantung keahliannya oleh jawatankuasa kelab
atas nasihat Guru Penasihat. Sebab-sebab
pemecatan atau pergantungan hendaklah di
maklumkan kepada ahli tersebut.
Perkara 5 : JAWATANKUASA KELAB DAN MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN (MAT)
5.1 Ahli Jawatankuasa (AJK)
Jawatankuasa kelab hendaklah dianggotai oleh :-
5.1.1 Pengerusi
5.1.2 Timbalan Pengerusi
5.1.3 Setiausaha
5.1.4 Penolong Setiausaha
5.1.5 Bendahari
5.1.6 wakil tingkatan (maksima tujuh ahli)
5.2 Pemilihan Jawatankuasa
5.2.1 Pemilihan jawatankuasa hendaklah diadakan
semasa Mesyuarat Agong Tahunan kelab;
5.2.2 Nama-nama untuk setiap jawatan hendaklah
dicadangkan, disokong dan diundi. Senarai nama
jawatankuasa yang terpilih hendaklah disahkan
oleh Pengetua Sekolah sebelum boleh berfungsi;
5.2.3 Pemilihan hendaklah dibuat secara undian;
5.2.4 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan, Guru
Penasihat berhak melantik pengganti dikalangan
ahli biasa dengan persetujuan AJK;
5.2.5 Mesyuarat Agong tergempar boleh diadakan jika
diperlukan oleh jawatankuasa atau dengan
permintaan ahli-ahli kelab.
Perkara 6 : PERANAN DAN TUGAS UTAMA JAWATANKUASA
Jawatankuasa kelab adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas
semua aspek pengurusan dan pentadbiran kelab termasuklah yang
berikut :-
6.1 Merancang dan mengaturkan kegiatan-kegiatan kelab
berdasarkan buku panduan dan kit aktiviti;
6.2 Menentu dan membuat keputusan atas perkara-perkara
mengenai perjalanan kelab berlandaskan perlembagaan dan
peraturan;
6.3 Mengurus, merancang dan mengawal perbelanjaan kelab
dengan mengambil kira bimbingan dan nasihat Guru Penasihat
kelab;
6.4 Meneroka dan mewujudkan peluang untuk ahli-ahli mendapat dan
mempertingkatkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran
masing-masing secara berterusan;
6.5 Mengawal, menjaga dan menyelenggara harta benda, inventori
dan bekalan pejabat kepunyaan kelab;
6.6 Menjadi penghubung diantara ahli-ahli kelab dengan Guru
Penasihat, pihak pengurusan sekolah, kelab atau kelab lain-lain
sekolah dan badan gabungan di peringkat daerah, negeri atau
kebangsaan;
6.7 Menganjurkan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya dua
bulan sekali;
6.8 Menganjur, mengurus dan mengelolakan mesyuarat-mesyuarat
serta melaksanakan keputusan yang dihasilkan daripada
mesyuarat tersebut khususnya mesyuarat agong tahunan;
6.9 Ahli-ahli Jawatankuasa yang tidak hadir mesyuarat
jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa sebab dan alasan
yang munasabah akan tersingkir sebagai ahli jawatankuasa dan
dianggap telah meletakkan jawatan;
6.10 Menyediakan laporan tahunan kelab.
Perkara 7 : TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA
7.1 Tugas dan kuasa Pengerusi
7.1.1 Mengetuai usaha-usaha merancang, mengurus dan
melaksana serta memantau semua tugas utama
jawatankuasa seperti yang tersenarai didalam Perkara 6
diatas;
7.1.2 Mengetuai pengurusan dan pentadbiran kelab serta
mempengerusikan semua mesyuarat yang dirancang,
diurus dan dikelolakan oleh jawatankuasa kelab;
7.1.3 Berhak menggunakan undi memutus dalam setiap
mesyuarat yang dipengerusikannya selagi tidak
melanggar atau bertentangan dengan perlembagaan dan
peraturan-peraturan kelab;
7.1.4 Berkuasa memanggil mesyuarat jawatankuasa dan
mesyuarat jawatankuasa tergempar apabila difikirkan
perlu;
7.1.5 Mengetuai jawatankuasa disiplin kelab;
7.1.6 Menandatangani semua dokumen kewangan seperti resit
penerimaan, arahan pembelian dan penyata pembayaran
bersama-sama Setiausaha dan Bendahari;
7.1.7 Mewakili kelab dalam semua perjumpaan atau mesyuarat
dengan kelab atau kelab lain;
7.1.8 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru
Penasihat Kelab.
7.2 Tugas dan kuasa Timbalan Pengerusi
7.2.1 Melaksanakan tugas dan memangku jawatan Pengerusi
semasa ketiadaan atau ketidakhadiran Pengerusi
ataupun dengan kebenaran bertulis daripada Pengerusi;
7.2.2 Membantu Pengerusi didalam usaha-usaha merancang,
mengurus dan melaksana serta memantau semua tugas
utama jawatankuasa seperti yang disenaraikan didalam
Perkara 6;
7.2.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru
Penasihat kelab dan Pengerusi;
7.3 Tugas dan kuasa Setiausaha
7.3.1 Menjalankan kerja-kerja kelab mengikut peraturan dan
keputusan mesyuarat jawatankuasa serta melaksanakan
semua keputusan yang diluluskan didalam mesyuarat
agong kelab dan mendokumenkan semua pelaksanaan;
7.3.2 Menguruskan hal-hal, surat menyurat, menyimpan semua
rekod-rekod dan kertas-kertas kecuali kira-kira dan buku
kewangan;
7.3.3 Menyedia, mengurus dan menyelenggara tugas
kesetiausahaan kelab seperti penyimpanan rekod dan
penyimpanan maklumat, mengemaskinian rekod kelab,
menyebarkan maklumat kelab kepada ahli-ahli dan
pendokumentasian aktiviti-aktiviti kelab;
7.3.4 Menyedia, mengedar, mengumpul dan memproses
borang keahlian;
7.3.5 Mendaftar ahli-ahli baru dan menyedia dan
mengemaskini rekod atau daftar keahlian kelab dan
mendapatkan pengesahan daripada Guru Penasihat
kelab;
7.3.6 Menyediakan buku rekod kehadiran ahli dan
menandakan kehadiran ahli dalam setiap aktiviti yang
dianjur, diurus dan dikelolakan oleh kelab;
7.3.7 Menyediakan laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan;
7.3.8 Menyediakan laporan tahunan kelab dan
membentangkannya dalam mesyuarat agong tahunan
kelab;
7.3.9 Menerima dan mengumpul dan memproses aduan-
aduan, cadangan-cadangan, pendapat dan idea yang
dikemukakan oleh ahli-ahli kelab;
7.3.10 Menyediakan kertas konsep dan kertas cadangan
pelaksanaan bagi setiap aktiviti untuk dilaksanakan oleh
jawatankuasa kelab;
7.3.11 Menandatangani dokumen-dokumen kewangan kelab
seperti resit penerimaan, arahan pembelian dan penyata
pembayaran bersama-sama Pengerusi dan Bendahari;
7.3.12 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru
Penasihat, Pengerusi atau Timbalan Pengerusi.
6.4 Tugas dan kuasa Bendahari
6.4.1 Mentadbir dan mengurus kewangan kelab;
6.4.2 Menerima, mengutip dan mengakaunkan pendapatan
kelab;
6.4.3 Membayar bagi pihak kelab segala perbelanjaan atau
tuntutan yang dikemukan oleh pembekal dan
merekodkan pembayaran yang dibuat;
6.4.4 Menandatangani semua dokumen kewangan kelab
seperti resit terimaan, arahan pembelian dan penyata
pembayaran bersama-sama Pengerusi dan Setiausaha;
6.4.5 Menyimpan wang tunai ditangan tidak lebih daripada
RM 20.00
6.4.6 Merancang dan mecadangkan kepada jawatankuasa
kelab akan aktiviti-aktiviti atau projek-projek untuk
menambah kewangan kelab;
6.4.7 Menyedia dan melaporkan penyata kewangan bulanan
kelab dengan sesalinan kepada Guru Penasihat dan
Pengetua Sekolah;
6.4.8 Menyediakan penyata kewangan kelab dan
menyerahkannya kepada Pemeriksa Kira-kira untuk
diaudit;
6.4.9 Membentang dan melaporkan penyata kewangan
tahunan yang diaudit dalam mesyuarat agong tahunan
kelab;
6.4.10 Menyerahkan sesalinan penyata kewangan tahunan
kelab yang telah disahkan dalam mesyuarat agong
kepada Pengetua Sekolah;
6.4.11 Melaksanakan keputusan mesyuarat agong yang
berkaitan dengan hal ehwal kelab;
6.4.12 Menyerahkan wang terkumpul kelab kepada Pengetua
sekolah selepas 31 Oktober tahun berkenaan;
6.4.13 Menunaikan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi
dan Setiausaha.
6.5 Tugas dan kuasa ahli jawatankuasa;
6.5.1 Menghadiri semua mesyuarat ahli jawatankuasa;
6.5.2 Mengetuai sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk
mengurus dan mengelola sesuatu aktiviti atau projek
kelab;
6.5.3 Mengemukakan cadangan,ulasan, kritikan dan pendapat
berkaitan hal ehwal pengurusan dan pentadbiran kelab
6.5.4 Membantu melaksanakan keputusan-keputusan yang
diluluskan dalam mesyuarat agong
6.5.5 Mengundi untuk meluluskan sesuatu keputusan yang
dibuat oleh jawatankuasa kelab;
6.5.6 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh
Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha atau
Bendahari.
Perkara 8 : KEWANGAN
7.1 Tahun Kewangan.
Tahun kewangan bagi kelab ini ialah daripada Januari sehingga
31 Oktober tahun berkenaan;
7.2 Yuran keahlian
Yuran keahlian ialah sebanyak RM 1.00 sebulan berdasarkan
kelulusan yang diberikan oleh Pengetua sekolah seperti
termaktub didalam Subperaturan 9(3) dalam peraturan-
peraturan pendidikan (Kelab Sekolah) 1998, Akta Pendidikan
1996 Warta Kerajaaan Jil.42 No.11Tambahan No.41
Perundangan (A) ; P.U.(A)196. bertarikh 21 Mei 1998.
7.3 Tabung Kelab
7.3.1 Sumber tabung kewangan kelab adalah daripada:
7.3.2.1 Yuran keahlian tahunan daripada setiap ahli
yang berdaftar;
7.3.2.2 Sumbangan daripada sekolah;
7.3.2.3 Sumbangan daripada pihak-pihak yang
diluluskan oleh Pengetua Sekolah;
7.3.2.4 Keuntungan daripada aktiviti yang
dijalankan oleh kelab.
7.3.3 Wang daripada tabung kewangan kelab boleh
digunakan untuk:-
7.3.3.1 Membiayai kos pelaksanaan aktiviti atau
projek yang dianjurkan oleh kelab,
membayar sebarang pembelian barangan,
peralatan dan aksesori untuk kegunaan
kelab;
7.3.3.2 Membayar sebarang pembelian barangan,
peralatan dan aksesori untuk kegunaan
kelab;
7.3.3.3 Membayar sebarang perkhidmatan yang
diperlukan oleh kelab.
7.4 Pentadbiran Kewangan Kelab.
7.4.1 Wang dari tabung kewangan kelab hanya boleh
digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah sesuai
untuk tujuan dan matlamat kelab;
7.4.2 Setiap pengeluaran dan penggunaan wang daripada
tabung kewangan kelab hendaklah disahkan oleh
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dengan
persetujuan Guru Penasihat;
7.4.3 Wang tunai hendaklah disimpan oleh Pengetua Sekolah
atau Guru Penasihat seperti yang diarahkan oleh
Pengetua Sekolah;
7.4.4 Penyata wang yang diterima dan dibelanjakan serta
imbangan kira-kira bagi setahun kewangan hendaklah
disediakan oleh Bendahari dan diaudit oleh Pemeriksa
Kira-kira;
7.4.5 Penyata kewangan tahunan kelab hendaklah diluluskan
dalam mesyuarat agong tahunan kelab;
7.4.6 Tabung kewangan kelab akan diserahkan kepada
Pengetua Sekolah pada setiap akhir tahun kewangan
kelab.
7.5 Pemeriksa Kira-kira
7.5.1 Dua orang Pemeriksa Kira-kira akan dilantik dikalangan
ahli dalam mesyuarat agong kelab;
7.5.2 Pemeriksa Kira-kira bertanggungjawab mengaudit dan
mengesahkan penyata bulanan tabung kewangan kelab
dan penyata kewangan tahunan kelab;
7.5.3 Pemeriksa Kira-kira berkuasa menyoal dan menasihati
Bendahari berkaitan apa-apa keraguan dan
ketidakseimbangan dalam penyata kewangan tabung
kewangan kelab dan penyata kewangan tahunan kelab;
7.5.4 Tempoh perkhidmatan Pemeriksa Kira-kira adalah bagi
setahun kewangan kelab.
Perkara 9 : PEMBUBARAN
8.1 Kelab ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan
tidak kurang daripada tiga-per-lima (3/5) jumlah ahli atau arahan
dari Pengetua Sekolah;
8.2 Sekiranya Kelab hendak dibubarkan secara yang disebutkan di
atas, maka segala hutang tanggungan Kelab yang sah
hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah
diserahkan kepada Pengetua sekolah mengikut cara yang
dipersetujui di dalam Mesyuarat Agong.
Perkara 10 : LAMPIRAN
10.1 Surat permohonan penubuhan kelab (Lampiran 1)
10.2 Borang Keahlian (Lampiran 2)
10.3 Sijil Pelantikan AJK (Lampiran 3)
10.4 Format Laporan Aktiviti Kelab (Lampiran 4)
10.5 Undang-undang berkaitan kepenggunaan (Lampiran 5)
10.6 Alamat Kementerian, KPDNHEP (Lampiran 6)Negeri-negeri dan Kelab-kelab Pengguna