perkembangan kanak2-sugumar.doc
TRANSCRIPT
1.0 Konsep Asas Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak -
kanak
ASPEK-ASPEK UTAMA DI DALAM TEORI-TEORI DAN KONSEP ASAS
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
Sejak beberapa abad yang lalau, ahli falsafah dan pendidik telah
memikirkan dan mengemukakan pelbagai teori tentang pertumbuhan dan
perkembangn kanak-kanak, tetapi mereka tidak pula menguji teori mereka. Di
dalam abad yang ke-18, beberapa orang pakar yang bijak pandai seperti Charles
Darwin telah memerhatikan dan mencatatkan pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak yang biasanya merupakan anak - anak mereka sendiri.
Pemerhatian mereka itu biasanya seronok dan menarik perhatian ramai, tetapi
malangnya memihak atau berat sebelah, tidak teratur dan dengan tidak saintifik.
Kajian saintifik hanya bermula pada penghujung abad yang kesembilan
belas apabila G. Stanley Hall, seorang ahli psikologi dan presiden (atau naib
canselor) Universiti Clark di Amerika Syarikat telah menerbitkan kajiannya yang
berjudul “Isi kandungan ialah tentang fikiran, perasaan, dan emosi dan
berdasarkan soal selidik kepada kanak-kanak yang ramai’. Hall juga merupakan
orang pertama sekali yang menggunakan kaedah soal selidik kepada kanak-
kanak yang ramai.
1
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
Di dalam usaha mereka menerangkan pelbagai fenomena perkembangan
dan pertumbuhan yang begitu kompleks, ahli-ahli sains yang membentuk
hipotesis dan teori tentang proses dan perkara-perkara yang berlaku terdahulu
yang dan yang kritikal. Hal ini yang menegaskan kepentingan penerangan dan
peranan teori di dalam penyelidikan. Pertama sekali, sesuatu teori saintifik yang
dianggap baik tentang pertumbuhan dan perkembangan itu harus dapat
merangkumi dan menyatukan pelbagai dapatan dan hasil. Kedua, teori itu harus
dapat menghasilkan hipotesis dan ramalan yang dapat diuji tentang perubahan
biologi dan tingkahlaku.
Tiada satu pun teori yang dapat merangkumi semua fenomena
pertumbuhan dan perkembangan. Namun begitu, terdapat beberapa teori yang
dapat dirumuskan dan dapat dikatakan bertalian dapat dengan beberapa
bahagian bidang ini. Contohnya ialah teori pertumbuhan fizikal dan fisiologi,
perkembangan kognitif dan pembentukan personaliti. Teori-teori ini adalah
berbentuk induktif; iaitu teori-teori ini berasal daripada penyelidikan,
penganalisaan, dan penyatuan hasil kajian yang begitu banyak, diikutibpula
dengan pembentukan suatu ciri atau suatu hipotesis penerangan. Hipotesis-
hipotesis ini seterusnya telah diuji secara imperikal dengna cara-cara
eksperimental atau secara semulajadi, dan kemudiannya teori tersebut
diubahsuaikan atau dibaiki lagi dengan terdapatnya dapatan yang baru. Inilah
cara-cara yang telah digunakan oleh Charles Darwin dalam usahanya
membentuk sesuatu teori.
Pada amnya, ada empat teori moden tentang perkembangan yang telah
menjadi punca hipotesis dan yang dapat diuji. Teori-teori ini adalah tentang
mekanisme dan proses-proses yang berkaitan dengan satu bahagian sahaja,
dan bukan tentang semua tahap pertumbuhan dan perubahan. Setiap teori ini
2
juga mempunyai kaedah atau jenis ramalannya yang tersendiri dan seterusnya
telah menggalakkan pengumpulan datanya yang khusus.
Teori yang pertama ialah teori permatangan biologi yang telah dipelopori
oleh Arnold Gesell. Megikut Arnold Gesell, tingkah laku seseorang individu itu
akan mengembang secara yang telah ditentukan mengikut jadual masa yang
agak tetap. Kajian-kajian yang membuat pemerhatian teliti tentang kebolehan
psikomotor telah dapat menyokong teori ini. Sebagai contoh, kebolehan berjalan
dan mendaki tangga itu telah muncul dengan cara gerakbalas yang tidak dapat
diubah; iaitu setiap gerak balas muncul secara spontan apabila kanak-kanak
telah mencapai suatu tahap kematangan yang diperlukan. Percubaan kebolehan
berjalan atau mendaki tangga tadi, dan seterusnya ketiadaan peluang untuk
berlatih tidak dapat melambatkan perkembangan tersebut, kecuali di dalam kes-
kes yang sangat ekstrem.
Teori kedua ialah teori pembelajaran rangsangan-gerak balas atau R-G.
Terdapat pelbagai variasi teori ini. Pelopor-pelopor teori ini yang sangat terkenal
ialah John Watson, Clark Hull, dan B.F Skinner. Mengikut Watson
perkembangan tingkah laku itu ialah akibat pelaziman klasikal, iaitu pelaziman
yang biasa dikenali sebagai pelaziman Pavlov. Mengikut teori ini, kesemua
tingkah laku manusia yang penting adalah dipelajari, iaitu dipelajari dengan cara
sedikit demi sedikit dengan kaedah peneguhan dan ganjaran. Jika gerak balas
seseorang individu terhadap sesuatu rangsangan diikuti dengan suatu ganjaran
yang pantas, maka gerak balas tersebut akan diteguhkan; iaitu gerak balas ini
mungkin akan berlaku lagi pada suatu masa akan datang apabila individu
tersebut menemui rangsangan yang sama. Sebagai contoh, kadar senyuman
bayi atau kadar gerak balas sosialnya yang am akan bertambah dengan pelukan
atau geletek kerana pelukan dan geletek ini merupakan ganjaran bagi bayi.
3
Teori perkembangan seterusnya pula ialah teori psikoanalitik yang
menegaskan bahawa perkembangan psikologi seseorang individu itu ialah hasil
daripada konflik yang tidak dapat dielakkan di antara naluri biologinya,
khususnya naluri seks dan keagresifan dengan tekanan-tekanan sosial luaran
khususnya di dalam tahun-tahunnya yang terawal. Teori psikoanalitik ini telah
menjadi punca pelbagai hipotesis tentang sosialisasi, dan khususnya tentang
kesan-kesan latihan serta cara-cara untuk menjaga kanak-kanak ketika umur
mereka masih kecil lagi untuk membentuk personaliti dan tingkah laku mereka
kemudian. Pelopor yang sangat terkenal nagi teori ini ialah Sigmund Freud.
Sigmund Freud telah mengandaikan bahawa bayi itu pada mulanya ingin
memuaskan naluri serta kehendaknya yang kuat serta yang tidak rasional
dengan cara serta-merta; tetapi sejak awal-awal lagi di dalam hidupnya ia telah
sedikit demi sedikit menjadi tersebut. Apabila kanak-kanak terpaksa menemui
realiti atau akan menjadi fungsi ego atau persepsi pembelajaran, dan proses-
proses rasional yang lain.
Teori perkembangan yang paling terkenal ialah teori Piaget. Teori Piaget
ini telah mengesan fungsi intelek daripada sejak kemunculannya di peringkat
terawal hinggalah ke pelbagai urutan peringkat, termasuk peringkat penaakulan
dan pemikiran matang. Di dalam tempoh masa hidup yang terawal, pengetahuan
kanak-kanak itu dikatakan bergantung kepada fungsi sensorimotor, iaitu
pengubahsuaiannya dan adaptasinya itu adalah berdasarkan persepsi dan
tindakan-tindakannya sendiri dan bukan berdasarkan simbol bahasa atau
imageri. Kemudian di dalam tempoh operasi konkrit, kanak-kanak akan lebih
banyak menggunakan konsep, walaupun konsep-konsep ini pada mulanya
diarahkan terhadap tindakan dan pemerhatian kejadian-kejadian yang konkrit.
Akhir sekali, ketika awal remaja kanak-kanak akan mencapai peringkat pemikiran
dan logik yang formal.
4
Yang mengasaskan kesemua perubahan ini ialah usaha yang
berdasarkan biologi agar dapat dibuat adaptasi atau pengubahsuaian dan
keseimbangan. Setiap satu peringkat perkembangan dapat dilihat sebagai akibat
yang diperlukan hasil daripada peringkat yang terdahulu dan juga sebagai
persediaan untuk peringkat yang akan datang.
Jelaslah bahawa kematangan biologi tersangatlah penting. Namun begitu,
teori Piaget menegaskan peranan kritikal aktiviti-aktiviti subjek itu sendiri; iaitu
persepsinya, interpretasinya, pembentukannya, dan pengalamannya dengan
dunia luar. Kesemua ini mengarahkannya kepada kematangan intelek.
Pengertian utama di sini ialah manusia itu mengembang untuk menjadi apa yang
ditentukannya sendiri oleh tidakan-tindakannya sendiri.
Konsep Pertumbuhan
Bersifat kuantitatif
dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan dari satu jangka
masa ke satu jangka masa yang lain.
Contoh : tinggi, berat badan, perubahan dalam struktur dan fungsi tubuh.
Konsep tumbuh - dari bawah ke atas dan bersifat kuantitatif
- proses pertumbuhan akan berhenti apabila mencapai
tahap matang.
Konsep Perkembangan
Perubahan yang bersifat kualitatif / proses individu sehingga mencapai
tahap kematangan.
Contoh : - kemampuan menyebut perkataan mengikut umur.
- cenderung ke arah lebih baik dari segi pemikiran
5
Prinsip-prinsip Perkembangan
Corak perkembangan sama tetapi kadarnya berbeza pada setiao individu.
Perkembangan berlaku berterusan hingga ke akhir hayat.
Pertumbuhan dan perkembagan saling berinteraksi.
Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan melalui
peringkat-peringkat berikut:
6
Pralahir (dalam kandungan) Peringkat bayi (0 – 2 tahun) Awal kanak-kanak (2 – 6 tahun) Akhir kanak-kanak (6 – 12 tahun) Awal remaja (12 – 15 tahun) Akhir remaja (15 – 21 tahun) Dewasa (21 – 60 tahun) Tua (60 taun dan ke atas)
TEORI DAN PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN ARNOLD
GESELL.
Pandangan yang dimajukan dan diperjuangkan oleh Arnold Gesell ialah
pandangan kematangan perkembangan. Mengikut Arnold Gesell dan
kumpulannya, semua perkembangn berlaku mengikut pola dan urutan yang
terkawal dan yang tertentu. Hakikat ini berlaku bukan sahaja bagi pertumbuhan
tisu dan organ, tetapi berlaku juga untuk fungsi-fungsi lain dan tingkah laku.
Kebudayaan dan persekitaran adalah pengaruh sekunder semata-mata.
Mengikut Gesell lagi, faktor-faktor persekitaran mungkin dapat mengubahsuaikan
kemajuan perkembangan, tetapi tidak dapat memulakannya. Kematangan pula
akan berlaku dengan cara mekanisme yang mengawalnya. Kematangan adalah
tanggungjawab bagi fenomena perkembangan yang berlaku dengan cara teratur,
dan yang bebas daripada latihan tertentu. Pengaruh Gesell paling dikenali
apabila ia menetapkan teknik diagnosis perkembangan untuk doktor perubatan
kanak-kanak, atau pakar pediatrik dan untuk pekerja lain di dalam
perkambangan kanak-kanak. Norma-norma perkembangan tingkah laku telah
ditentukan oleh penyelidiknya di Pusat Kajian Kanak-kanak di Universiti Yale,
Amerika Syarikat. Gesell menegaskan bhawa tingkah laku kanak-kanak sudah
ditentukan pola-polanya, dan dengan itu kebanyakan daripada tingkah laku itu
mudah diramalkan.
Menurut Gesell lagi, walaupun peringkat-peringkat tertentu di dalam
urutan perkembangan adalah nyata dan tidak dapat dielakkan, namun peringkat-
peringkat tersebut mungkin berlaku pada masa yang berlainan disebabkan oleh
kadar pertumbuhan yang berlainan. Mengikut ahli perkembangan, peringkat-
peringkat perkembangan dapat dihuraikan dan diperincikan, tetapi masa
seseorang kanak-kanak memasuki peringkat-peringkat tersebut tidak harus dan
tidak dapat ditetapkan. Kata Gesell, norma-norma umur bukanlah ditetapkan
sebagai standard yang telah disediakan hanya untuk keperluan orientasi dan
7
interpretasi. Perbezaan individu yang sering berlaku sangatlah penting dan harus
diakui di semua peringkat.
Teori perkembangan ini memajukan kepentingan semua perkembangan
dan tingkah laku seolah-olah seperti di dalam keadaan berpusingan. Urutan
pusingan peringkat-peringkat tingkah laku tersebut adalah seperti yang berikut :
Urutan Berpusingan Peringkat Tingkah Laku
2 tahun 5 tahun 10 tahun Licin, kukuh
2 1/2 5 ½ - 6 11 Berpecah
3 6 ½ 12 Bulat – berimbangan
3 ½ 7 13 Mengarah ke dalam diri
4 8 14 Bertenaga, mengembang
4 ½ 9 15 Mengarah ke dalam – luar,
bermasalah, ‘neorotik’.
5 10 16 Licin, kukuh
Teori Gesell telah menggabungkan konsep individualiti dn peringkat-
peringkat tertentu. Secara peringkat boleh dikenal pastikan dan dihuraikan
secara ringkas. Di dalam pada itu, Gesell mengakui bahawa personaliti, kadar
pertumbuhan dan kebolehan tertentu adalah perkara individu dan unik. Gesell
menegaskan agar individualiti kanak-kanak diakui, di samping mengakui bahawa
sesetengah jenis tingkah laku akan berlaku jua dengan tidak mengira pengaruh
luar. Jelaslah bahawa pendekatan ini menegaskan kepentingan mengakui dan
menghormati individualiti setiap kanak-kanak yang sejadi dan asas.
Pendekatan Gesell dan kumpulan penyelidikannya menganggap bahawa
perkembangan itu ditentukan oleh sejadi daripada dalam organisma dan peranan
persekitaran adalah hanya setakat sekunder di dalam usaha membuat modifikasi
tingkah laku. Maka dengan itu, Gesell mengesyorkan agar membiarkan kanak-
kanak berkembang mengikut kadar perkembangannya sendiri, sama ada di
8
rumah atau di sekolah. Kanak-kanak tidak boleh dipaksa atau dihadkan
membuat sesuatu semata-mata kerna peringkat pertumbuhannya. Tindakan
memaksa seperti ini tidaklah berfaedah bagi kanak-kanak tersebut. Rancangan
perkembangan kanak-kanak adalah berpunca daripada dalam dan ditentukan
oleh sejadi adalah perkara yang paling penting di dalam teori ini.
TEORI DAN PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN ROBERT
HAVIGHURST
9
Pendekatan Robert Havighurst merupakan perkembangan bercorak
sosiobudaya. Teorinya dapat dikesan daripada pandangan ahli antropologi
kebudayaan yang menegaskan bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak
itu sangatlah dipengaruhi oleh persekitarannya. Mengikut pandangan ini,
seseorang kanak-kanak ialah hasil daripada tekanan sosiobudaya yang
mempengaruhinya. Mereka mengaskan bahawa nilai dan institusi setiap
kebudayaan akan melahirkan personaliti tertentu jika ia mahu diterima oleh
masyarakatnya. Begitu juga keperluan fizikal dan organik memang ada bagi
setiap manusia, namun bagi pendekatan ini, cara-cara memuaskan keperluan ini
adalah dipengaruhi oleh kebudayaan. Setiap keperluan akan diubahsuaikan
sedikit banyak oleh kebudayaan. Ahli-ahli teori perkembangan seperti ini telah
meluaskan pengetahuan dan asas-asas pertumbuhan serta perkembangan
kanak-kanak. Mengikut mereka, kita harus merujuk faktor-faktor biologi,
kebudayaan, sosial dan psikologi agar dapat memahami kanak-kanak
sepenuhnya.
Robert Havighurst ialah ahli psikologi yang berpegang kepada
pendekatan seperti ini. Beliau telah mengintergrasikan pelbagai bidang biologi,
kebudayaan, sosial dan psikologi di Amerika Syarikat dan telah memajukan
konsep tugas. Konsep tugas Robert Havighurst membawa implikasi yang penting
untuk semua para profesional yang bekerja dengan kanak-kanak. Tugas kerja
yang dimajukan oleh Robert Havighurst ialah :
…tugas yang lahir pada masa atau kurang lebih pada satu masa di dalam hidup
individu tersebut; pencapaian tugas ini dengan jayanya akan membawa kegembiraan
dan kejayaan di dalam ugas selanjutnya, manakala kegagalan akan membawa
kesedihan individu tersebut, tidak diperkenankan oleh masyarakat, dan kesusahan
dengna tugas-tugas selanjutnya.
10
Tugas-tugas perkembangan ini dihuraikan daripada segi pembelajaran
tertentu yang diperlukan oleh individu bagi kebudayaannya. Dengan cara ini,
maka kita akan dapat melihat perhubungan di antara keperluan, proses
kematangan, dan tekanan kebudayaan. Sesungguhnya senarai tugas
perkembangan Robert Havighurst adalah berdasarkan psikologi, biologi, dan
faktor-faktor kebudayaan. Konsep tugas perkembangan sangatlah berguna
kerana konsep ini dapat menerangkan kepentingan tugas bagi kanak-kanak di
peringkat pelbagai umur. Kegiatan-kegiatan pendidikan yang tertentu juga dapat
dimuatkan ke peringkat umur yang sesuai bagi tugas tersebut. Kesinambungan
perkembangan juga dapat dikesan daripada tugas di pelbagai tahap umur yang
saling berkait dengan tugas yang mendahuluinya.
Sesetengah daripada tugas perkembangan ini berlaku kepada semua
orang di dalam tugas kebudayaan dan pada masa yang lebih kurang sama.
Tugas-tugas perkembangan ini ialah berkait rapat dengan struktur biofizik dan
fungsi berjalan dan adalah lebih kurang sama bagi semua kanak-kanak daripada
pelbagai kebudayaan.
1. Penentuan masa sesetengah tugas perkembangan adalah berkait rapat
dengan kebudayaan tertentu. Sebagai contoh, umur untuk memilih
pasangan hidup, memilih pekerjaan, berhenti sekolah dan mula beranak
adalah berbeza-beza daripada satu kebudayaan dengan kebudayaan
yang lain. Tugas-tugas perkembangan jenis ini adalah menentukan secra
sosial dan bukan secara biologi sepenuhnya. Maka penentuan masanya
pun biasanya berubah-ubah mengikut keperluan kebudayaan.
Mengikut Havighurst, teori tugas-tugas perkembangan sangatlah berguna
kepada pendidik. Pertama sekali, konsep tugas perkembangan akan membantu
para pendidik menentukan objektif pendidikan agar murid-murid dapat
meneruskan masyarakat dan untuk berkembang secara normal tanpa digesa
atau disekat. Tugas-tugas perkembangan dapat juga menolong menentukan
11
masa yang sesuai untuk mendapatkan pengalaman pendidikan yang diperlukan
oleh seseorang murid. Mengikut Havighurst, masa mendidik yang paling
optimum sentiasa diadakan; iaitu apabila tubuh badan bersedia, apabila
masyarakat memperkenankan, dan apabila diri bersedia.
2.0 Faktor- faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-kanak
12
2.1 - BAKA
Kanak-kanak memperolehi potensi-potensi perkembangan yang tersimpan di
dalam nukleus dan struktur sel yang berkenaan daripada ayah dan ibunya. Agen
perkembangan yang mengasaskan baka ialah gen, dan biasanya gen dikatakan
juga sebagai penentu organisma.
Gen ialah butir-butir halus dan bilangannya lebih kurang tiga puluh ribu.
Butir-butir gen ini menjadikan empat puluh enam kromosom bagi manusia.
Dengan cara pembahagian sel khusus yang diberi nama meiosis, sel telur
daripada ibu dan sel sperma daripada bapa akan kehilangan setengah-setengah
daripada kromosomnya. Apabila sperma dan telur bersatu, maka kedua-dua
bahagian yang mengandungi separuh kromosom tasi akan menjadi satu sel yang
mengandungi jumlah bilangan kromosom yang normal semula.
13
Faktor-faktor yang
mempengaruhi perkembangan
BAKA PERSEKITARAN
PEMATANGAN
PEMAKANAN
Maka dengan itu, nyawa hidup seseorang individu bermula pada akhir
persenyawaan, iaitu apabila sperma menembusi dinding sel ovum atau telur dan
seterusnya mengeluarkan dua puluh tiga kromosom. Pada masa yang lebih
kurang sama juga, selaput dalam ovum akan pecah untuk mengeluarkan dua
puluh tiga kromosomnya sendiri. Jelaslah bahawa gen yang terkandung di dalam
kromosom adalah pembawa baka kanak-kanak. Kanak-kanak pula akan tumbuh
dan mengembang.
Gen seseorang individu telah ditentukan dengan cara-cacra yang
mengakibatkan gennya itu paling unik untuk dirinya sendiri. Interaksi antara
pelbagai gen telah mempengaruhi pertumbuhan kesemua struktur fizikal di
seluruh anggota badan. Namun begitu, kesan-kesan gen terhadap
perkembangan trait bukan fizikal pada manusia masih belum cukup difahami.
Perkara yang seting kali dibimbangkan oleh ibu bapa ialah
kecerdasan.trait yang diperolehi daripada ibu bapa tidak diwarisi atau diwariskan,
seterusnya sistem nilai serta konsep konsep dan andaian seseorang itu tentang
hidup juga tidak diwarisi atau diwariskan.
Baka telah mewariskan gen, dan gen seterusnya berpotensi yang unik
dan khas untuk seseorang individu. Kombinasi atau gabungan kromosom di
dalam satu penyatuan sperma dan ovum itu tidak terkira variasinya kerana
perihal sesuatu kombinasi itu diulangi lebih daripada satu kali telah dikira hanya
satu kali di dalam tiga puluh ribu billion ulangan.
2.2 - PERSEKITARAN
14
Persekitaran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:-
- sebelum lahir ( endogen )
- selepas lahir ( eksogen )
Ibu bapa dan guru berusaha menyediakan persekitaran yang paling baik
untuk perkembangan kanak-kanak. Faktor-faktor yang paling signifikasikan di
dalam persekitaran ialah faktor-faktor yang akan menggalakkan suasana
selamat, tenteram dan boleh dipercayai sama ada di antara ibu bapa dan anak
atau di antara guru dan murid.
Kanak-kanak memerlukan kehidupan di rumah yang selamat, tenteram
dan gembira dengan perhubungan kasih sayang yang mencukupi. Perhubungan
kasih saying tidaklah kurang pentingnya jika dibandingkan dengna keprluan
fizikal.
Sikap di dalam keluarga tentang pembelajaran dan pengalaman
kebudayaan harus sihat dan menyeronokkan. Hal ini bermakna kanak-kanak
harus banyak mempelajari perkara dan cara hidup bersama keluarga. Suasana
yang paling baik untuk pembelajaran ialah suasana apabila kanak-kanak
digalakkan belajar. Persekitaran sekolah dan rumah harus memberikan pelbagai
pengalaman dan peluang mengakui potensi kanak-kanak. Di dalam pada itu,
keluarga dan guru di sekolah harus tidak menggunakan kekerasan untukn
memaksa kanak-kanak di dalam situasi pembelajaran. Potensi sesorang individu
itu besar kemungkinannya dapat memberikan pelbagai jenis pengalaman
kepadanya setiap masa.
2.3 – PEMATANGAN
15
Pematangan berhubung rapat dengan faktor baka di dalam menentukan
perkembangan. Pematangan ialah mekanisme mengawal yang bergantung
kepada pertumbuhan fizikal dan tidaklah bergantung kepada pertumbuhan dan
tidak bergantung kepada pengalaman atau latihan. Pematangan mengarahkan
perkembangan biologi tubuh badan dan membawa perubahan tanpa latihan
khusus. Penyelidikan di dalam kajian pematangan urat saraf dan otot telah
menunjukkan bahawa pola tingkah laku bayi dan kanak-kanak dikawal oleh
tahap-tahap perkembangan. Maka dengan itu, tiada faedahnya melatih kanak-
kanak di dalam aktiviti tertentu sebelum mekanisme urat saraf tersebut sudah
bersedia menerimanya.
Prinsip-prinsip pematangan membawa implikasi pendidikan yang tertentu.
Kebolehan seseorang itu untuk mendapatkan faedah daripada pengalamannya
berkait rapat dengan tahap perkembangan yang telah dicapainya. Latihan
mungkin mempercepatkan pencapaian sesuatu kemahiran, khususnya apabila
kanak-kanak itu sudah sedia menerimanya. Apabila latihan diberikan atau kanak-
kanak itu dipaksa sebelum mereka bersedia menerimanya, maka latihan akan
membantutkan potensi individu itu lagi dan seterusnya akan membawa bersama
faktor-faktor kegagalan yang tidak akan menggalakkan prestasinya pada masa
akan datang.
2.4 – PEMAKANAN
Pada masa ini, dilihat pemakanan merupakan salah satu faktor yang kuat
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Ini kerana Makanan yang seimbang
akan menjamin pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat. Zat yang tidak
mencukupi menyebabkan kadar perkembangan sel otak janin yang lambat.
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
16
Proses yang berterusan sepanjang hayat
Proses perubahan yang berlaku akibat tindakan saling kait
antara jasmani dan pembelajaran.
Perubahan yang dialami dari segi jasmani, emosi mental
dan sosial
Dipengaruhi baka dan persekitaran
Proses perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat dan
mengikut aturan semulajadi.
Ada tugas terdapat dalam semua kebudayaan dan timbul
pada masa yang hampir sama walaupun dalam kebudayaan
berbeza.
Ada tugas yang wujud pada umur yang berlainan mengikut
kebudayaan atau kelas sosial.
Ada tugas yang berkait rapat dengan kebudayaan
Ada tugas yang dipelajari sedikit demi sedikit dan memakan
masa yang agak lama.
Ada tugas yang perlu dipelajari sedikit demi sedikit.
3.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK
17
3.1 - Teori perkembangan fizikal menurut Sigmund Freud
Sigmund Freud telah dilahirkan di Austria pada 1856. beliau merupakan salah
seorang ahli psikologi yang mewakili pendekatan psikoanalitik. Beliau
berpendapat personaliti seseoramg terbahagi kepada tiga iaitu:
Ego
Id
Super ego
3.1.1 - Ego
Ego merupakan bahagian personaliti yang logis dan teratur.Ego
bertanggungjawab menetapkan keperluan dalaman yang dinyatakan oleh
id, dan keperluan luaran. Maka dengan itu, ego memegang peranan
eksekutif iaitu mewakili prinsip-prinsip realiti luaran di dalam usahanya
menyekat prinsip keseronokan yang diterajui oleh id. Ego juga memainkan
peranan yang penting di dalam proses kematangan.
3.1.2 - Id
Id memang sudah sedia terdapat dalam diri seseorang individu sejak lahir
lagi. Id ialah tentang kepuasan keperluan yang dikawal oleh prinsip
keseronokan, iaitu mencari keseronokan dan mengelakkan kesakitan. Id
menyimpan segala keinginan manusia dan banyak didorong oleh tenaga
18
libido (sex) yang mengandungi desakan-desakan asas. Contohnya seperti
merogol kanak-kanak di bawah umur.
3.1.3 - Superego
Ia merupakan bahagian personaliti yang bermoral. Superego mewakili
pengawal sosial bagi struktur psikik; iaitu pengawal nilai-nilai keluarga dan
orang dewasa yang penting di dalam hidup awal kanak-kanak. Superego
juga kadang-kadang dikenali sebagai sebagai kata hati dan bertugas
sebagai agen penapis dan pemeriksa. Maka dengan itu, salah satu tugas
ego ialah menjadi penghubung di antara manusia atau ‘id’ yang dikatakan
agresif, dan pengaruh masyarakat atau ‘superego’; dan kemudian
mengimbangkan kedua-dua ‘id’ dan ‘superego’ tersebut.
Freud menegaskan bahawa proses perkembangan terdiri daripada peringkat-
peringkat yang sudah ditentukan dan setiap kanak-kanak akan melalui peringkat-
peringkat ini mengikut urutannya, kecuali kanak-kanak itu berada dalam keadaan
lekatan(kembar siam).
Terdapat lima peringkat perkembangan di dalam teori psikoanalitik Freud.
Peringkat-peringkat ini adalah seperti berikut :
19
Peringkat Anal/Dubur ( 2 hingga 4 tahun)
Kanak-kanak telah bersedia dan mengawal fungsi biologi. Kepuasan bukan lagi pada aktiviti mulut tetapi pada aktiviti
pembuangan najis. Kawalan pembuangan najis akan membuat kanak-kanak itu
berasa lebih berkuasa dan hormat kendiri. Kebolehannya mengawal anal yang mula diperolehinya akan
berkonflik dengan kehendak orang dewasa lain dan juga keperluannya untuk kasih sayang dan ketenteraman.
20
Peringkat Oral (dari lahir hingga 18 bulan)
Kanak-kanak memerlukan kasih sayang dan kepuasan daripada ibubapa iaitu daripada aktiviti menghisap, menggigit dan menelan.
Peringkat Falik (kritikal) – 4 hingga 6 tahun
Kanak-kanak selalu memegang organ jantinanya untuk mendapat kepuasan.
Kanak-kanak mula mempunyai perasaan terhadap ibu bapa sendiri.
Ibu bapa mesti memainkan peranan penting dalam mengawal agar tidak menghampakan perasaan anak-anak.
21
Peringkat kejantinaan (genital) 12 hingga tua
Bermula dengan usia 12 tahun dan ke atas (mugkin sampai tua) Mereka mula menaruh minat terhdap rakan sebaya yang berlainan
jantina. Tenaga libido (sex) akan menddorong individu menaruh minat untuk
mendekati pasangan. Banyak digoda oleh ‘id’
Peringkat Pendaman (Latensi) 6 hingga 12 tahun
Kasih sayang dan keberahian telah bertukar kepada rakan sebaya. Mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan
jantinanya. Tenaga libido (sex) akan mendorong individu menaruh minat untuk
mendekati pasangan. Banyak digoda oleh ‘id’
3.2 Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikal kanak-kanak merangkumi pertumbuhan fizikal
meliputi perubahan saiz badan dan kepala, kandungan badan, pertumbuhan gigi
dan rangka tulang, kemahiran moto kasar dan halus serta pengawalan dominan
tangan kanan atau kiri. Ia dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran dan
berkembang secara sistematik.
3.2.1 Pertumbuhan Fizikal
Pertumbuhan fizikal terdiri daripada :
Perubahan berat badan
Ketinggian
Lilitan kepala dan lengan
Nisbah badan : kaki
Kandungan lemak badan
Pertumbuhan gigi dan rangka tulang.
a) Perubahan berat badan
Purata berat bayi yang baru dilahirkan ialah 3 kilogram ( 6.5 paun ).
Selepas beberapa hari kelahiran bayi akan kehilangan 5-10 peratus berat
kerana cecair kehilangan cecair dari tubuhnya dan penyesuaian dengan
persekitaran baru. Walaubagaimanapun, berat badannya akan meningkat
beransur-ansur 10 hari kemudian. Berat badan meningkat dengan cepat
pada peringkat awal kanak-kanak. Berat badan kanak-kanak perempuan
22
adalah kurang berat berbanding kanak-kanak lelaki. Pemakanan akan
mempengaruhi berat badan kanak-kanak.
b) Ketinggian
Pertumbuhan ketinggian yang paling ketara semasa bulan keempat
dan kelima dalam kandungan. Ketika itu, janin dalam kandungan
bertambah 1.5 mm sehari. Ketika dilahirkan, biasanya berukuran 50 cm
panjang. Kanak-kanak perempuan biasanya lebih rendah berbanding
kanak-kanak lelaki sebelum mencapai usia belasan tahun.
c) Lilitan kepala
Ketika lahir, jisim otak mencapai nisbah 2/3 saiz otak orang
dewasa. Semasa kelahiran ukur lilit kepala adalah 30-38 cm. Peningkatan
lilitan kepala akan berlaku 2-6 bulan selepas lahir seiring dengan
perkembangan otak. Kepala bayi yang baru lahir lebih besar berbanding
badannya kerana perkembangan otak yang pesat berlaku semasa
kelahiran. Lilitan kepala yang yang tidak membesar mungkin disebabkan
oleh pertumbuhan otak yang kurang memuaskan.
d) Lilitan lengan
Ukuran lilitan lengan ditumpukan pada bahagian pertengahan
lengan atas. Pada awal kelahiran, purata lilitan lengan berukuran antara
11 – 16 cm. Kesihatan dan pemakanan seimbang mempengaruhi ukuran
lilitan lengan. Nilai yang kurang daripada 80 peratus jangkaan normal
(12.5 cm) menunjukkan taraf kekurangan zat makanan.
23
e) Nisbah badan : kaki
Nisbah akan berubah mengikut tempoh perkembangan tertentu.
Perubahan nisbah kaki pada ketinggian penuh adalah seperti yang
berikut:
- tempoh pralahir 1 : 4
- lahir 1 : 3
- dewasa 1 : 2
Hal ini bermaksud saiz kaki lebih pendek berbanding badan pada
peringkat bayi. Apabila kanak-kanak membesar keadaan ini akan menjadi
lebih seimbang.
f) Kandungan lemak badan
Lemak mula meningkat beberapa minggu terakhir sebelum kelahiran
dan terus bertambah selepas kelahiran. Pada waktu lahir bayi perempuan
memiliki banyak lemak berbanding kanak-kanak lelaki. Otot bertambah
secara perlahan pada peringkat bayi dan kanak-kanak dan bertambah
dngan pesat pada peringkat remaja. Berdasarkan lemak badan dan otot,
jenis bentuk badan boleh dikesan pada peringkat kanak-kanak telah
dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu :
Ektomorf – saiz tubuh badan kecil, kurus dan tinggi, kadar
perkembangan fizikal agak lambat dan kadar penambahan
tinggi memakan masa yang lebih panjang.
Endomorf – tubuh badan lebih bulat dan mengandungi banyak
lemak.
24
Mesomorf –tubuh badan pejal dan berisi, penambahan otot,
berat badan dan perkembangan fizikal yang lain turut berlaku
dengan lebih cepat pada setiap peringkat umur.
g) Pertumbuhan gigi
Manusia mempunyai 2 set pertumbuhan gigi. Set pertama terdapat
20 batang gigi susu atau gigi sementara. Gigi ini akan gugur dari semasa
ke semasa dan diganti dengan gigi kekal atau gigi dewasa sebanyak 32
batang.
25
DATA KAJIAN
Pada awal usia perkembangan kanak-kanak adalah terdedah kepada
perkembangan kognitif, sosial dan emosi. Justeru itu, adalah penting bagi kita
untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menggalakkan kanak-
kanak membesar dalam persekitaran dimana keperluan sosial, emosi dan
pendidikan dipertemukan.
Matlamat dan objektif bidang pertumbuhan dan perkembangan:
1. Untuk memberikan pemerian yang paling tepat, objektif dan sempurna
tentang asal-usul fungsi biologi dan psikologi, dan seterusnyauntuk
menentukan jenis serta ciri-ciri perubahan umur di dalam fungsi-fungsi
tertentu.
2. Perkembangan intelek itu adalah berperingkat-peringkat dan tidak
berterusan, iaitu perkembangan kanak-kanak itu mempunyai tahap-tahap
atau perubahan yang berlainan di setiap tahap.
3. Matlamat meramalkan tingkah laku. Sebagai contoh, tinggi tubuh badan
seseorang itu dapat ditentukan walaupun pada masa penentuan itu ia
masih berumur sepuluh tahun. Caranya ialah dengan menilai kadar
pertumbuhan tulangnya dengan teknik pancaran X.
26
JADUAL PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK–KANAK YANG BERUMUR 6 - 12
27
28
BUTIR KAJIAN DAN GRAF PERKEMBANGAN FIZIKAL
29
30
31
32
33
4.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Perkembangan kognitif merangkumi sagala perkara yang berkaitan
dengan perngetahuan dan aplikasinya dalam kehidupan harian individu.
Pengajian perkembangan kognitif kanak-kanak meneliti proses bagaimana
maklumat dari persekitaran diterima, disimpan dalam ingatan dan bagaimana
maklumat tersebut diingat semula apabila perlu.
Perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan paras pengetahuan dan
keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut untuk memahami
dunia di sekitar mereka. Terdapat pelbagai teori dan penjelasan mengenai
bagaimana kanak-kanak memperoleh, memproses dan menggunakan
pengetahuan ini dlam aktiviti mereka. Tumpuan dan penjelasan tentang
perkembangan kanak-kanak berbeza antara satu teori dengna satu teori yang
lain.
4.1 Teori Kognitif Piaget
Jean Piaget (1869-1980), pakar biologi dari Switzerland, berpendapat
setiap manusia akan mencuba sedaya upayanya untuk mengatur serta
memahami rangsangan luar yang memberikan pengalaman kepadanya dalam
bentuk skema. Skema adalah satu rangka kognitif asas yang berkembang
dengan peningkatan umur. Satu daripada skema yang terawal ialah skema
menghisap. Pada permulaannya tingkah laku menghisap berlaku secara
pantulan. Apabila kanak-kanak mengalami barangan yang dihisapnya seperti
puting susu ibu dan puting getah botol susu, ini bermakna bayi telah mengesan,
membezakan, serta mengorganisasikan pengalamannya menjadi skema
”menghisap puting ibu” dan skema ”menghisap puting getah”.
34
Menurut Piaget, perkembangan intelektual kanak-kanak akan mengalami empat
peringkat yang berikut :
Peringkat Deria Pergerakan
Peringkat Praoperasi
Peringkat Operasi Konkrit
Peringkat Operasi Formal
Setiap kanak-kanak akan mengalami perubahan pada tahap pemikiran mereka
secara ”invariant” dari peringkat yang lebih mudah ke peringkat yang lebih tinggi
seperti jadual yang berikut:
Peringkat Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Peringkat Umur Ciri-ciri Kupayaan Kognitif
1. Deria-motor 0 – 2 tahun Pemikiran terhad kepada skema aksi
2. Praoperasi 2 – 7 tahun Pemulaan pemikiran simbolik
3. Operasi konkrit 7 – 12 tahunPermulaan pemikiran logik yang terhad kepada objek
maujud.
4. Operasi Formal 12 – ke atas Pemikiran abstrak dan hipotetikal
35
Skema pemikiran kanak-kanak
Asimililasi Akomodasi
4.1.1 Peringkat Deria Pergerakan (Lahir – 2 tahun)
Pada peringkat deria pergerakan, pemikiran bayi dipengaruhi oleh
kebolehan deria mereka seperti kebolehan memerhati dengan menggunakan
mata, mendengar, dengan telinga dan menyentuh dengan tangan. Aktiviti
intelektual bayi juga tertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang memperkembang
kemahiran pergerakan dalam persekitaran seperti berdiri, berjalan dn
memegang, mengutuk dan merasa. Mengikut Piaget, aktiviti intelektual bayi
merupakan reaksi kitaran, iaitu mengulang-ulangkan kejadian pengalaman baru
yang ditemui akibat daripada aktiviti pergerakan dan penerimaan maklumat
melalaui deria bayi tersebut. Pada dua tahun pertama, reaksi kitaran berubah
secara berikut :
Tertumpu di sekitar badan bayi sendiri;
Bergerak ke arah luaran (manipulasi objek dalam persekitaran); dan
Menjadi lebih bercorak mencuba-cuba dan bertujuan untuk menghasil
kesan baru.
Menurut Piaget, kanak-kanak uang digalakkan meneroka persekitaran
mereka akan meningkatkan perkembangan intelektual mereka. Pengalaman
meneroka perlu diawasi oleh orang dewasa oleh orang dewasa kerana bayi
belum pandai membezakan antara sesuatu yang berbahaya dengna suatu yang
tidak berbahaya.
Peringkat deria-pergerakan dibahagi kepada enam peringkat yang lebih kecil
iaitu :
Skema Refleksi ( Lahir – 1 bulan)
- Pantulan semulajadi menjadi asas dalam pembinaan kecerdasan pada
peringkat deria pergerakan. Bayi yang baru lahir telah dilengkapi dengna
36
pelbagai kebolehan motor yang berbentuk pantulan, misalnya pantulan
genggaman. Pada peringkat lain kecil ini, bayi akan menggenggam apabila
sesuatu objek diletakkan pada bahagian tapak tangannya. - Walaupun
genggaman ini berlaku secra pantulan dan bayi belum dapat menggerakkan jari
untuk membuka dan menutup tangan dengan sengaja, pengalaman memegang
objek akan meningkatkan maklumat bayi tentang objek tersebut.
Reaksi Kitaran Primer (1 – 4 bulan)
- Bayi mula membezakan objek-objek dipersekitarannya. Walaupun
begitu, penerokaan bayi masih tertumpu kepada tubuh badan sendiri dan
terdorong oleh keperluan asas, misalnya, keadaan seorang bayi yang
berasa lapar dan tiba-tiba tersentuh tangannya pada bahagian mulut.
Apabila tangan tersentuh pada bahagian mulutnya, disebabkan pantulan
menghisap, bayi tersebut akan menghisap tangan dan berasa kurang
kelaparan apabila menunggu ibunya datang untuk menyusukannya.
- Pada peringkat ini, bayi mula suka bermain-main dan meniru pergerakan
dan mimik muka orang. Kawalan bayi terhadap tindakan mereka terhad
kepada mengulangi tingkah laku yang memberi kepuasan dan
membentuk tabiat pergerakan yang mudah seperti buka-tutup tangan;
dapat menyesuaikan tingkah laku mengikut keperluan.
Reaksi Kitaran Sekunder (4 - 8 bulan)
- Pada peringkat kecil ini, tumpuan bayi adalah untuk mengekalkan kesan
penglihatan yang menarik. Koordinasi yang mula wujud antara
penglihatan dengan sentuhan membekalkan bayi dengan satu cara untuk
mempengaruhi persekitarannya. Bayi terdorong untuk mengulangi kesan
penglihatan atau bunyi-bunyian yang menarik, yang terhasil daripada
tindakannya sendiri. Kemahiran bayi untuk duduk dan mencapai,
37
memegang dan memanipulasi objek juga membantunya untuk terus
meneroka persekitaran.
- Walau bagaimanapun, bayi pada peringkat ini masih terikat pada tingkah
laku yang telah diulangi sendiri, bukan yang baru.
Koordinasi Reaksi Kitaran Sekunder ( 8 – 12 bulan)
- Pada peringkat kecil ini, bayi mula menyedari bahawa wujudnya objek
lain, selain dirinya. Dua perubahan intelektual berlaku pada umur ini.
- Mereka sudah dapat mengaturkan skema asas seperti skema
menggenggam dan menyelaras skema asas untuk menjadi skema baru
yang lebih kompleks, seperti menyesuaikan cara membuka tangan
apabila mencapai objek yang berlainan bentuk atau merangkak di atas
lantai ke arah seorang ibu yang sedng berjalan, berbanding ibu yang
sedng duduk. Pada masa yang sama, bayi juga suka mengulangi
perbuatan yang sama yang menyeronokkan.
- Peningkatan kebolehan memahami konsep kekalan objek dan
pengawalan koordinasi badan bayi membantu mereka untuk mengambil
bahagian secara langsung seperti berkebolehan menyebut ”papa” dan
”mama”.
Reaksi Kitaran Tertiari (12 – 18 bulan)
- Pada peringkat kecil ini, bayi akan mencantumkan pelbagai skema yang
ada padanya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang semakin
bertmabah kompleks. Meraka juga semakin kreatif dan menunjukkan
tingkah laku cuba-jaya dalam langkah mereka untuk menyelesaikan
cabaran yang wujud dalam aktiviti bermain.
38
- Dengan peningkatan umur dan pengalaman, bayi akan menunjukkan
tingkah laku untuk berjaya dan lebih kreatif dalam meneroka persekitaran
mereka semasa bermain.
Peringkat Praoperasi (2 - 7 tahun)
- Perkembangan intelektual pada peringkat ini bersifat simbolik melalui
permainan olok-olok, animisme dan egosentrik. Kanak-kanak dalam
peringkat ini dapat berfikir dan berkomunikasi dengan menggunakan
perkataan atau simbol yang mewakili objek dan peristiwa sekeliling
mereka.
- Dengan kebolehan menggunakan bahasa, mereka mempunyai
fleksibiliti mental untuk berfikir. Keupayaan untuk membayangkan sesuatu
dengan menggunakan perkataan.
Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun)
- Apabila kanak-kanak mencapai peringkat operasi konkrit, pemikiran
mereka menjadi semakin fleksibel, logikal dan tersusun. Namun demikian,
pemikiran mereka masih terhad kepad sesuatu yang maujud. Mereka
mula memahami konsep pengekalan objek iaitu bilangan, ruang atau
isipadu objek tidak berubah walaupun diubah bentuk, susunan ataupun
bekas. Pada peringkat ini, ciri-iri utama kanak-kank adalah seperti berikut:
1. Desentri, iaitu keupayaan menumpu perhatian kepad lebih
daripada satu aspek dan tidak terhad maklumat persepsi
sahaja.
2. Kefahaman pembalikan atau reversibiliti, iatu keupayaan
memahami konsep pembalikan dari segi ruang, kuantiti,
masa, sebab musabab dan isipadu. Misalnya, sekiranya air
39
yang ditukarkan kepad bekas yang berlainan saiz atau
bentuk tidak akan berubah isi padunya.
Peringkat Operasi Formal (11 tahun dan ke atas)
- Remaja pada peringkat ini sudah dapat berfikir secara abstrak, saintifik
dan logikal, menggunakan prinsip tertentu untuk penyelesaian semua
masalah seperti pengekalan, pemikiran gabungan dan konsep
pembalikan. Sifat pemikiran pada peringkat operasi formal seperti yang
berikut:
Keupayaan menaakul secara hipotetiko-ddeduktif, iaitu berfikir secara
hipotetikal ketika menyelesaikan masalah.
Berkebolehan membayangkan situasi secara mental (pemikiran
prepositional) tentang sesuatu perhubungan tanpa cuba-jaya (trial error)
Menguji di samping meramal dan merancang suatu tindakan.
Memahami konsep abstrak yang bercorak ilmu sains, matematik, sains
kemasyarakatan dan keagamaan.
40
PENILAIAN PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Penilaian yang digunakan untuk mengesan perkembangan kognitif kanak-kanak
terdiri daripada empat jenis penilaian iaitu :
Ujian konservasi berasaskan teori Piaget – untuk kanak-kanak prasekolah
dan sekolah.
Ujian kecerdasan pelbagai berasaskan teori Gardner – untuk kanak-kanak
prasekolah dan sekolah.
Ujian kreativiti berasaskan teori Torrence – untuk kanak-kanak prasekolah
dan sekolah
Ujian darjah kecerdasan berpandu kapada skala mental bayi Bayley –
untuk bayi berusia dari lahir hingga 2 ½ tahun. Dan skala kebolehan
kanak-kanak McCarthy – untuk bayi berusia 2 ½ tahun hingga 8 ½ tahun.
41
UJIAN KONSERVASI PIAGET
OBJEKTIF:
Melihat ciri-ciri pemikiran kanak-kanak berdasarkan umur dan
tahap perkembangan kognitif kanak-kanak
Membuat kesimpulan kebolehan kognitif kanak-kanak
berdasarkan tahap perkembangan kanak-kanak tersebut
Membandingkan kebolehan kognitif kanak-kanak dengan teori
Piaget.
Ujian konservasi Piaget diuji daripada tujuh perspektif konservasi termasuk
nombor, jarak, cecair, jisim, kawasan, berat dan isipadu. Semasa ujian ini
dijalankan,peralatan diletakkan di tengah dan penguji serta kanak-kanak duduk
bersemuka.
42
UJIAN INTELEKTUAL PIAGET
Tarikh Ujian:
Soalan
(a) Kedudukan asal : Adakah sama bilangan duit di setiap baris?(b) Transformasi : Sekarang adakah jumlah bilangan duit masih sama ataupun ada yang lebih banyak?
UJIAN KEPUTUSAN
NomborJawapan kanak – kanak:
Soalan (a): Tahun 1 – 2 – 3 – 4 – 5 – 6 –
Soalan (b): Tahun 1 – 2 – 3 – 4 – 5 – 6 –
43
UJIAN INTELEKTUAL PIAGET
Tarikh Ujian :
Soalan : (a) Kedudukan Awal : adakah panjang kedua – dua kayu ini sama?(b) Transformasi : Sekarang, adakah kedua – duanya sama panjang ataupun salah satunya lebih panjang?
UJIAN KEPUTUSAN
JarakJawapan kanak – kanak:
Soalan (a): Tahun 1 – 2 – 3 – 4 – 5 – 6 –
Soalan (b): Tahun 1 – 2 – 3 – 4 – 5 – 6 –
44
UJIAN INTELEKTUAL PIAGET
Tarikh Ujian :
Soalan : (a) Kedudukan Awal :Adakah jumlah air dalam kedua – dua bekas sama?(b) Transformasi : Sekarang, adakah jumlah air masih sama di dalam setiap bekas ataupun salah satunya lebih banyak?
UJIAN KEPUTUSAN
CecairJawapan kanak – kanak:
Soalan (a): Tahun 1 – 2 – 3 – 4 – 5 – 6 –
Soalan (b): Tahun 1 – 2 – 3 – 4 – 5 – 6 –
45
UJIAN INTELEKTUAL PIAGET
Tarikh Ujian:
Soalan : (a) Kedudukan Awal :Adakah jumlah plastasin bagi setiap bola sama?(b) Transformasi : Sekarang, adakah setiap bola ini mempunyai jumlah plastasin yang sama atau lebih salah satunya?
UJIAN KEPUTUSAN
JisimJawapan kanak – kanak:
Soalan (a): Tahun 1 – 2 – 3 – 4 – 5 – 6 –
Soalan (b): Tahun 1 – 2 – 3 – 4 – 5 – 6 –
46
IMPLIKASI TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF
Terdapat pelbagai implikasi teori perkembangan kognitif terhadap guru
diantaranya ialah ia membolehkan mereka lebih memahami mengapa kanak-
kanak nertingkah laku sedemikian dan membantu kanak-kanak memahami diri
mereka sendiri. Selain itu, membantu pendidik merancang objektif dan matlamat
pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya dan merumuskan langkah-langkah
supaya pelajarnya dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang
ditetapkan.Pendidik juga dapat merancang dan dapat memberi peneguhan yang
sesuai untuk pelajarnya dalam usaha mengawal tingkah laku dan motivasikan
pelajar supaya rajin belajar.
Manakala terdapat guru yang dapat meramal tingkah laku kanak-kanak,
kegemarannya dan apa yang tidak digemari. Ia juga dapat membuatkan guru
mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, mental sosial
dan emos dan dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai. Selain itu, guru akan lebih prihatin kepada individu yang lambat
pembelajarannya dan akan lebih sabar dalam membimbing pelajar ini dalam
pembelajaran mereka. Guru akan dapat merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan
pelajarnya. Pelajar yang belum bersedia, dapat diberi aktiviti pembelajaran yang
lebih mudah atau asas. Pelajar yang lambat perkembangannya boleh diberikan
aktiviti pemulihan, sementara pelajar yang lebih cepat boleh diberikan aktiviti
pengayaan. Guru juga dapat memberitahu ibubapa tentang keadaan pelajar dan
menjelaskan fakor-faktor yang mungkin menyebabkan perkara itu berlaku.
47
JADUAL PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK – KANAK YNG BERUMUR 6 –
12 TAHUN
48
RUMUSAN DAN CADANGAN
Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk
memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan
untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa
hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk
ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung
sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan
memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep.
Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan
barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui
konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini.
Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan
sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam
situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum
pernah mereka temui sebelum ini.
Selain itu, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak amat penting
dalam proses penbesaran mereka. Pada tahap ini kanak-kanak membesar
dengan pesat.Ibu bapa atau orang dewasa haruslah memainkan peranan yang
penting dalam memenuhi keperluan kanak-kanak seperti keperluan asas, kasih
sayang, kebajikan dan memberi kata semangat atau keyakinan kepada kanak-
kanak untuk peringkat yang seterusnya. Kata-kata dorongan dan pujian haruslah
diberikan kepada kanak-kanak ini sebagai inisiatif terhadap pembangunan diri
mereka.Kanak-kanak awal ibarat kain putih, ibu bapalah menjadi pencorak kain
tersebut. Bimbingan dan didikan yang betul akan mempengaruhi corak
pemikaram kanak-kanak. Justeru itu, wajarlah kiranya kanak-kanak dibentuk
berdasarkan kemampuan kognitifnya. Jika kanak-kanak itu dibentuk dengan
baik,maka kanak-kanak- itu akan menjadi insan yang mulia.
49
Ramlan hamzah dan lily mastura harun PhD. Siri pendidikan perguruan panduan
ulangkaji psikologi pendidikan untuk prasarjana muda dan KPLI. Kumpulan
budiman Sdn bhd. Kuala lumpur.
Herbert P.Gincburg Sylvia Opper. (1988) Piaget’s Theory of Intelectual
Development. Third Edition.
Mok soon sang. Siri pendidikan perguruan. (2004) Ilmu pendidikan untuk KPLI
Sekolah menengah semester 1 & 2 edisi ketiga. Kumpulan budiman sdn bhd.
Laura E.Berk Illinois State University.( RJ131.B3863 2004) Infants and Children:
Prenatal Through Middle Childhood. Fifth Edition.
Ee ah meng. (1992) Pedagogi satu pendekatan bersepadu. edisi kedua. Siri
pendidikan fajar bakti. Penerbit fajar bakti sdn bhd.
Amir awang. (1986) Teori-teori pembelajaran. Penerbit fajar bakti
Mohamad Daud Hamzah.(1994) Perkembangan Kanak-kanak dan
Pembelajaran. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.
Shok Mee, Lee ( 1995 ). Murid dan Proses Pembelajaran. Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd. Kuala Lumpur
50
51
BIL. TAJUK MUKA SURAT
1
2
3
4
5
6
7
8
PENGHARGAAN
KONSEP ASAS PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK –KANAK
PERKEMBANGAN FIZIKAL( DATA DAN PERBINCANGAN )
PERKEMBANGAN KOGNITIF( DATA DAN PERBINCANGAN )
IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF
RUMUSAN DAN CADANGAN
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
1 – 12
13 – 17
18 – 33
34 - 47
48
49
50
51
52
Saya Sugumar A/L Ganesan pelajar Program Pengajian Pendidikan
Rendah 4 Tahun bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah berjaya dalam
menyiapkan Kerja Kursus Berteraskan Ilmu Perkembangan Kanak-kanak bagi
tahun 2007. Di dalam menyiapkan tugasan ini pelbagai ilmu dan maklumat yang
saya perolehi berkenaan skop kajian dan berdasarkan tajuk yang diberikan.
Di samping itu juga,saya juga telah didedahkan dengan cara penulis yang
betul dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di dalam menyiapkan tugasan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing Pn
Nirwana kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan yang berguna serta
kritikan yang membina bagi menyempurnakan lagi hasil kerja kursus ini.
Pelbagai manfaat yang telah saya perolehi serta sedikit sebanyak telah membina
semangat dan minat saya di dalam kajian berkaitan dengan perkembangan
kanak-kanak.
Selain itu, bimbingan dan sokongan daripada rakan-rakan turut banyak
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibubapa
yang telah membantu saya dari segi kewangan. Diharapkan kerja kursus ini
sempurna dilaksanakan.
Sekian,terima kasih.
53
NAMA : SUGUMAR A/L GANESAN
NO K.P : 851028-04-5573
UNIT : BT/PJ
KURSUS : PPPR
54
PENSYARAH : PN. NIRWANA
55