perkembangan dan pengaruh kurikulum matematik
DESCRIPTION
kurikulum matematik di malaysiaTRANSCRIPT
TOPIK 3
3.1 Perkembangan Kurikulum Matematik Di Malaysia
PENGENALAN
Kurikulum Matematik di Malaysia sentiasa mengalami perubahan
setara dengan kepentingan Matematik itu sendiri di dalam kurikulum
pendidikan di Malaysia. Perkembangan kurikulum Matematik di
Malaysia sudahpun bermula semenjak dari Perang Dunua Ke – 2 lagi.
Sebelum Perang Dunia Ke- 2 tiada keselarasan dalam kurikulum
Matematik di Malaysia. Oleh sebab itulah, muncul pelbagai cara untuk
menyelaras kurkulum Matematik di Malaysia.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir sub topik ini, pelajar akan dapat
a) menyatakan kronologi perkembangan kurikulum Matematik dengan
susunan yang betul
b) dapat mengenalpasti perubahan yang berlaku dalam kurikulum
Matematik Malaysia
c) memahami projek – projek tambahan yang terlibat dalam usaha
untuk meningkatkan kurikulum Matematik di Malaysia.
Mari kita terokai perkembangan –perkembangan
kurikulum matematik yang terjadi di Malaysia. Sama-
samalah kita menghayatinya….
UNTUK PEMAHAMAN JELAS!!!
PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA
Dalam proses untuk mencapai keselarasan dalam kurikulum
Matematik, terdapat banyak cara dan projek telah dilaksanakan.
a) Laporan Razak ( 1956 )
Laporan Razak mencadangkan supaya kurikulum formal
diperkenalkan di semua sekolah kerajaan. Kesannya, kurikulum
Matematik yang rasmi diperkenalkan di semua sekolah kerajan di
Malaysia. Walaupun begitu, hanya sedikit perubahan tajuk yang
terjadi dalam kurikulum rasmi Matematik pada masa itu.
b) Laporan Projek Khas ( 1970 )
Perubahan besar dalam kurikulum Matematik dapat dilihat selepas
pelaksanaan Projek Khas. Projek Khas ini telah ditubuhkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dan diterajui oleh Encik Abu
Hassan bin Ali pada tahun 1968. Tujuan projek ini adalah untuk
meningkatkan standard Matematik sekolah rendah supaya selaras
dengan perkembangan Matematik negara – negara maju. Projek ini
telah dibiayai oleh Yayasan Asia. Bahan – bahan pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan dalam kurikulum dalam Projek Khas
ini telah dicipta oleh pensyarah dan guru yang kelulusan luar
negara. Terdapat sedikit perubahan kandungan Matematik sekolah
rendah. Walaupun begitu, strategi dan kaedah perbentangan baru
diperkenalkan iaitu berpusatkan guru dan kaedah inkuiri –
penemuan. Projek Khas ini dilancarkan secara rasminya pada
tahun 1970 dan sebanyak 30 puluh buah sekolah di Malaysia
digunakan sebagai percubaan untuk projek ini. Selaras dengan
peredaran masa, projek ini telah diubahsuai dan diganti dengan
KBSR Matematik.
c) Program Matematik Moden ( 1970 )
Program ini telah diperkenalkan ke semua sekolah rendah dan
menengah pada sekitar tahun 1970. Program ini bertujuan untuk
memperkenalkan tajuk- tajuk moden matematik. Contohnya, teori
set, statistik, vektor dan banyak lagi. Tambahn pula, pendekatan
tradii digunakan dalam projek ini Sukatan Matematik Moden
ditubuhkan pada tahun 1969. Sebenarnya, sukatan ini telah
dirancang oleh Panitia Kurikulum Matematik selepas kajian
mendalam terhadap British School Mathematics Project ( SMP )
dan Scottish Mathematics Group ( SMG ). Sukatan SMG digunakan
dalam menengah rendah, manakala sukatan SMP digunakan dalam
menengah atas. Kemudian, kedua-dua sukatan tersebut disatukan
pada tahun 1978.
d) Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) ( 1983 )
Pada tahun 1983, Kurikulum Matematik Moden ditukar kepada
Kurikulum Baru Sekolah Rendah Matematik. Kandungan Matematik
dalam Matematik telah dirombak supaya sesuai dengan kebolehan
pelajar supaya mereka lebih cepat menguasai kemahiran
Matematik. Sukatan pelajaran terbahagi kepada dua peringkat iaitu;
I. Aras I (Tahun 1 -3 )
Memfokuskan penguasaankonsep asas penomboran dan
empat operasi asas Matematik
II. Aras II (Tahun 4 -6 )
Memfokuskan aplikasi kemahiran Matematik
e) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) ( 1994 )
Selepas itu, Kurikulum Baru Sekolah Rendah disemak semula dan
seterusnya ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
pada tahun 1994. Matlamat KBSR Matematik adalah untuk
mengembangkan dan meningkatkan konsep nombor dan
menguasai kemahiran asas mengira. Hal ini supaya pelajar dapat
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan
berkesan. Apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah dirombak
menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, terdapat banyak
perubahan yang terjadi dalam sukatan pelajaran Matematik.
Perubahan dapat dilihat dalam kemahiran pembelajaran yang
diperlukan seperti di bawah.;
f) Sukatan Bersepadu Sekolah Rendah ( 1998 )
Nombor bulat Wang Purata
PecahanUkur panjang dan
timbangPeratusan
Perpuluhan Ruang Graf
Rentetan daripada perubahan kemahiran pembelajaran yang
terjadi, kurikulum Matematik dapat mengatasi kelemahan yang
terdapat dalam sukatan pelajaran lama. Selain itu, ia juga
membantu dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara
dan Wawasan 2020. Pada Januari 2003, Program Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) telah dilancarkan untuk pelajar Tingkatan 1, 4 dan
Tingkatan 6 Rendah.
Dalam meningkatkan kualiti kurikulum Matematik di Malaysia, terdapat
banyak projek yang telah dijalankan. Antara projek yang telah dijalankan
dapat dilihat dalam rajah di bawah.
Rajah 1: Projek Tambahan
a) Projek Imbuhan ( 1975 – 1980 )
Konsep Projek Imbuhan ini hanya dibincangkan selepas Perang
Dunia Kedua. Projek ini ditubuhkan untuk menangani peluang
pelajaran yang tidak sama rata antara golongan kaya dan miskin.
Projek ini telah diperkenalkan dan dilancarkan di sekolah rendah di
Malaysia pada sekitar tahun 1975 hingga 1980. Projek ini khas
Projek Tambahan Projek Imbuhan
Projek InSPIRE
Sekolah Bestari
untuk murid sekolah rendah. Selain itu, bahan pelajaran khas telah
dihasilkan untuk pelajar sekolah luar bandar. Dalam program ini
juga, guu-guru terlatih dipilih untuk menyertai kursus supaya sesuai
dengan kemahiran yang diinginkan dalam melaksanakan projek ini.
Projek Imbuhan ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu iaitu;
i. Rancangan pembelajaran disediakan untuk pelajar yang
bermasalah kekurangan kemudahan sosioekonomi.
ii. Skema pembelajaran direka mengikut perkembangan kognitif
pelajar.
iii. menitikberatkan pedagogi dalam bilik darjah dan sosioekonomi
serta politik.
iv. Bantuan dihulurkan kepada semua pelajar daripada golongan
bawahan .
v. Bantuan yang diberikan berbentuk pemberian subdi makanan.
kemudahan dan kewangan.
b) Projek InSPIRE ( 1977 )
Projek 'Integrated System of Programmed Instruction for Rural
Environment' (InSPIRE) merupakan salah satu projek pendidikan
yang diterajui oleh Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Sains
Malaysia. Projek ini ditubuhkan pada tahun 1977. Dua tujuan
utama penubuhan Projek InSPIRE ialah;
i. mengkaji dan mengembangkan teori-teori pendidikan bagi
mempertingkatkan keberkesanan program pemulihan dan
penggayaan matematik sekolah rendah luar bandar.
ii. membantu Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian
Pelajaran Malaysia melaksanakan program pemulihan dan
penggayaan dalam KBSR.
Pada tahun 1993, projek ini secara rasminya telah dilancarkan
dengan bahan aktiviti pemulihan dan penggayaan untuk
matematik dan bahasa sebagai percubaan. Pada tahun 2010,
Projek InSPIRE II secara rasminya ditubuhkan hasil
kesinambungan daripada Projek InSPIRE 1 (1997) . Matlamat
Projek InSPIRE II ini adalah untuk mengurangkan jurang
pendidikan antara bandar dan luar bandar serta memastikan
semua mendapat pendidikan yang sama.
c) Projek Sekolah Bestari
Projek Sekolah Bestari ini merupakan salat satu daripada tujuh
flagship dalam Projek Koridor Raya Multimedia (MSC). Projek ini
telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri kita iaitu, Tun Dr
Mahathir Mohamad pada Julai 1997. Projek Sekolah Bestari ini
mengutarakan lima 'Concept Requests For Proposals' iaitu
penyelesaian dalam bidang berikut.
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Sistem Penilaian
Sistem Pengurusan Sekolah
Infrastruktur Teknologi
Integrasi Sistem
Kesemua ini telah dilancarkan serentak pada Julai 1997. Sekolah
Bestari Malaysia membantu pelajar untuk menghadapi cabaran Era
Globalisasi ini dan melibatkan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan
bahan pengajaran –pembelajaran. Sekolah Bestari akan mendorong
murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri
serta mengikut kadar pembelajaran sendiri. Tambahan pula, sekolah
bestari memberi tumpuan terhadap aplikasi proses pengajaran dan
pembelajaran dalam matematik. Ini sekali gus telah meningkatkan
kualiti pengajaran matematik di sekolah di Malaysia. Pakej courseware
yang lengkap dalam sukatan matematik sekola rendah dan sekolah
menengah bagi Sekolah Bestari telah digunakan. Pada tahun
1998,sebanyak 2 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah
telah dipilih untuk melaksanakan projek Sekolah Bestari ini. Manakala,
pada tahun 1999 pula, sebanyak 90 buah sekolah perintis di Malaysia
telah dipilih untuk melaksanakan projek ini. Walaubagaimanapun,
projek Sekolah Bestari ini berakhir pada Disember 2002.
Setelah anda membaca nota yang disediakan, anda
pasti sudah mendapatkan idea yang sempurna
mengenai kurikulum Matematik Malayssia. Terangkan
semula projek yang dijalankan untuk meningkatkan
kualiti matematik.
AKTIVITI 1
Nyatakan secara ringkas reformasi kurikulum matematik yang terjadi di
Malaysia serta nyatakan sebab reformasi tersebut dijalankan.
AKTIVITI 2
Duduk di dalam kumpulan. Bincangkan mengenai projek-projek yang
telah dijalankan untuk meningkatkan kualiti kurikulum matematik di
Malaysia. Bentangkan secara ringkas di hadapan kelas.
LAMPIRAN
Jawapan kepada Aktiviti 1
Secara ringkasnya, perkembangan kurikulum matematik
bermula daripada penubuhan Laporan Razak pada tahun 1956. Laporan
Razak ini ditubuhkan untuk memperkenalkan kurikulum matematik yang
rasmi di semua sekolah kerajaan di Malaysia. Setelah itu, Projek Khas
telah ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan diterajui oleh
Encik Abu Hassan bin Ali pada tahun 1968. Tujuan Projek Khas ini
adalah untuk meningkatkan standard Matematik sekolah rendah supaya
selaras dengan perkembangan Matematik negara – negara maju. Selain
itu, Program Matematik Moden telah diperkenalkan ke semua sekolah
rendah dan menengah pada sekitar tahun 1970. Tujuan program ini
adalah untuk memperkenalkan tajuk- tajuk moden matematik. Disamping
itu, Kurikulum Baru Sekolah Rendah Matematik muncul menggantikan
Matematik Moden. Kandungan Matematik dalam Matematik KBSR ini
telah dirombak supaya sesuai dengan kebolehan pelajar supaya mereka
lebih cepat menguasai kemahiran Matematik. Walaubagaimanapun,
Kurikulum Baru Sekolah Rendah disemak semula dan seterusnya ditukar
kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1994 dengan
matlamat untuk mengembangkan dan meningkatkan konsep nombor dan
menguasai kemahiran asas mengira.
Jawapan kepada Aktiviti 2
Terdapat 3 projek utama yang telah dijalankan untuk
meningkatkan kualiti kurikulum matematik di Malaysia. Projek tersebut
adalah;
Projek Imbuhan ( 1975 – 1980 )
Konsep Projek Imbuhan ini hanya dibincangkan selepas Perang
Dunia Kedua. Projek ini ditubuhkan untuk menangani peluang
pelajaran yang tidak sama rata antara golongan kaya dan miskin.
Projek InSPIRE ( 1977 )
Projek 'Integrated System of Programmed Instruction for Rural
Environment' (InSPIRE) merupakan salah satu projek pendidikan
yang diterajui oleh Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Sains
Malaysia. Projek ini ditubuhkan pada tahun 1977. Dua tujuan
utama penubuhan Projek InSPIRE ialah;
i. mengkaji dan mengembangkan teori-teori pendidikan bagi
mempertingkatkan keberkesanan program pemulihan dan
penggayaan matematik sekolah rendah luar bandar.
ii. membantu Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian
Pelajaran Malaysia melaksanakan program pemulihan dan
penggayaan dalam KBSR.
Projek Sekolah Bestari
Projek Sekolah Bestari telah dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad pada Julai 1997. Projek Sekolah Bestari ini mengutarakan
lima 'Concept Requests For Proposals' iaitu penyelesaian dalam
bidang berikut.
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Sistem Penilaian
Sistem Pengurusan Sekolah
Infrastruktur Teknologi
Integrasi Sistem
RUJUKAN MODUL
Bernama. (2007). Projek InSPIRE Dihidupkan Semula Selepas 7 Tahun.
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?
id=284587. Dilayari pada 6 April 2012.
Mok Sok Sang. (2010). Pengantar Penddidikan Teras. Kuala Lumpur ;
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Rujuk Nota. ( 2009 ). Sekolah Bestari: Konsep dan Matlamat.
http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/sekolah-bestari-konsep-
dan-matlamat.html. Dilayari pada 6 April 2012.
Utusan Malaysia Online. (15 April 2010) Projek InSPIRE II KYS Peruntuk
RM 2.5 J. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_
%26_Sarawak&pg=wb_04.htm. Dilayari pada 6 April 2012.
3.2 Pengaruh Kurikulum Matematik Negara Lain terhadap Kurikulum Matematik Malaysia
Perubahan yang berlaku dalam kurikulum Matematik negara lain
mempengaruhi kurikulum Matematik negara kita. Hal ini demikian kerana
Malaysia mempunyai hubungan yang rapat dengan negara-negara lain
dalam pelbagai bidang termasuklah dalam bidang pendidikan.
Perubahan mula berlaku dalam kurikulum Matematik apabila Kapal
Angkasa Lepas Sputnik 1 dilancarkan oleh Soviet Union pada tahun
1957. Ia merupakan permulaan persaingan dalam eksplorasi angkasa
dan teknologi satelit dalam perang dingin antara Soviet Union dan
Amerika Syarikat. Berikutan itu, Amerika Syarikat bertindak balas dengan
melancarkan satelitnya iaitu Explorer 1 pada 1 Februari 1958.
Keadaan ini menyebabkan negara-negara Barat lain seperti Great
Britain dan USA gusar dan berasa terancam. Mereka khuatir akan
ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi. Maka, banyak projek yang
membawa perubahan dalam kurikulum Sains dan Matematik mereka
telah direncana dan dilaksanakan. Perubahan dalam kurikulum
Matematik negara-negara ini memberi impak terhadap kurikulum
Matematik di Malaysia.
Antara projek-projek luar yang mempengaruhi kurikulum
Matematik Malaysia ialah Nuffield Mathematics Project (NMP), Scottish
Mathematics Group (SMG), School Mathematics Project (SMP) dan
School Study Group (SMSG). Selain itu, National Council of Teachers of
Mathematics (NCTM-1989) juga mempengaruhi pembentukan kurikulum
Matematik di Malaysia melalui dokumen Curriculum and Evaluation
Standards for School Mathematics yang telah dikeluarkan oleh NCTM
sejak tahun 1990.
Mari kita lihat satu per satu projek-projek luar yang
mempengaruhi kurikulum Matematik di Malaysia.
Nuffield Mathematics Project (NMP-1964)
Pembiayaan projek NMP ini ditaja oleh satu organisasi swasta iaitu
Nuffield Foundation, dengan bantuan dari Kementerian Pelajaran Britain.
Ia telah dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah Britain pada tahun 1964.
Dalam projek ini, kaedah-kaedah baru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) matematik di sekolah rendah telah diperkenalkan.
Kaedah-kaedah ini tercetus dari Teori Pembelajaran Piaget. Menurut
Piaget, bagi pelajar-pelajar yang berumur antara 6 hingga 12 tahun,
pembelajaran yang berkesan akan berlaku sekiranya berlaku interaksi
dengan bahan-bahan konkrit. Oleh hal yang demikian, NMP bertujuan
membimbing pelajar sekolah rendah belajar matematik melalui
pengalaman yang konkrit. Maka, aplikasi strategi pemusatan pelajar dan
bahan serta kaedah inkuiri penemuan mesti diutamakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pelajar belajar matematik melalui
pelaksanaan kerja projek dalam kumpulan kecil. Kerja projek ini
melibatkan penggunaan matematik dalam mencari penyelesaian
masalah.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web:
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9487.0
http://www.kamaludin.net/sumber/Model%20Konstruktif.pdf
Bukan itu sahaja, dalam projek ini, kandungan sukatan matematik
telah disusun mengikut hierarki iaitu dari yang mudah kepada yang lebih
sukar, dari konkrit kepada abstrak, dan berasaskan pengalaman yang
biasa kepada pengalaman yang luar biasa. Secara asasnya, falsafah
yang terkandung dalam projek ini boleh diterjemahkan seperti apa yang
diperkatakan oleh Confucius:
Saya dengar, saya lupa
Saya lihat, saya ingat
Saya buat, saya faham.
Projek ini telah mencapai objektifnya dan memberi impak kepada
kurikulum matematik di Malaysia melalui Projek Khas yang telah
dilancarkan dalam tahun 1970.
Uji minda anda…
Apakah objektif Nuffield Mathematics Project (NMP)?
Mengapakah pembelajaran berpusatkan pelajar signifikan
dalam NMP?
‘Saya dengar, saya lupa; saya lihat, saya ingat; saya buat,
saya faham’, terangkan kaitan antara kata-kata Confucius ini
dengan NMP?
Scottish Mathematics Group (SMG)
Pasukan SMG ini terdiri daripada ahli matematik Scotland yang telah
menulis sesiri sembilan buah buku teks yang berjudul Modern
Mathematics for Schools. Buku-buku ini telah dicetak di antara tahun
1965 dan 1969 dengan memperkenalkan tajuk-tajuk baru seperti Sets,
Number Systems, Number Bases, Modular Mathematics, Transformation,
Inequalities, Linear Programming dan Matrices. Salah satu ciri utama
dalam sukatan ini ialah pengaplikasian tajuk-tajuk ini dalam penyelesaian
masalah seharian. Bahan SMG ini menjadi dokumen rujukan utama
dalam Projek Matematik Moden untuk Sekolah Menengah Rendah
Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1970.
Uji minda anda…
Bagaimanakah Scottish Mathematics Group (SMG)
mempengaruhi kurikulum matematik di Malaysia? Terangkan.
School Mathematics Project (SMP)
Pada mulanya, SMP hanyalah sebuah projek kajian yang dipengerusikan
oleh Bryan Thwaites dari University of Southampton pada tahun 1961.
Kajian ini dilakukan bagi menimbangkan perubahan yang sewajarnya
dalam pengajaran matematik berikutan pelancaran Sputnik 1 oleh Soviet
Union, dan seterusnya menyediakan satu sukatan matematik yang lebih
progresif di Great Britain.
Dalam projek SMP ini, pendekatan tradisional dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) digantikan dengan pendekatan yang
lebih bersepadu. Pendekatan ini membolehkan tajuk-tajuk yang berbeza
diajar secara bersepadu. Contohnya, teori set diajar bersama tajuk
algebra dan geometri. Buku teks SMP telah digunakan secara meluas.
Namun, dapatan menunjukkan kandungannya terlalu bersifat akademik
dan abstrak. Maka, ia diputuskan tidak sesuai untuk pelajar lemah dalam
matematik. Meskipun begitu, seperti SMG, bahan SMP juga menjadi
sumber rujukan yang penting untuk buku teks Matematik Moden di
Malaysia.
Uji minda anda…
Nyatakan rasional tajuk yang berbeza diajarkan secara
bersepadu.
School Mathematics Study Group (SMSG)
Kumpulan School Mathematics Study Group (SMSG) terdiri daripada ahli
fikir akademik Amerika dan diterajui oleh Edward G. Begle. Ia ditubuhkan
pada tahun 1958 dan dibiayai oleh National Science Foundation. Fokus
mereka adalah untuk membawa perubahan dalam pendidikan matematik
selaras dengan kemajuan yang telah ditunjukkan oleh Soviet Union
dengan pelancaran Sputnik 1. Oleh itu, objektif utama projek ini ialah
meningkatkan mutu sukatan matematik di sekolah rendah standing
dengan Rusia. Kumpulan ini telah membina dan melaksanakan kurikulum
matematik di sekolah rendah dan menengah di USA sehingga ia
ditamatkan pada tahun 1977.
Kumpulan ini terdiri daripada ahli matematik, guru-guru, pakar psikologi
dan nazir sekolah. Hasil usaha kumpulan ini membawa perubahan dalam
pendidikan matematik yang dikenali sebagai New Mathematics. Tajuk-
tajuk dalam matematik termasuklah geometri, teori set, nombor negatif,
asas nombor dan trigonometri. New Mathematics menitik-beratkan
penjelasan struktur matematik dalam konsep yang abstrak seperti teori
set dan asas nombor selain dari asas 10. Sebagai tambahan,
penggunaan bahasa matematik yang khusus untuk memahami sesuatu
konsep matematik juga dititik-beratkan.
Dalam proses pengajaran, SMSG banyak menjalankan aktiviti kerana
pendekatan ini menjadikan pembelajaran lebih menarik dan
bermakna.Sama seperti SMG dan SMP, projek ini juga membekalkan
idea-idea yang berguna kepada para pendidik di Malaysia sebagai
langkah meningkatkan mutu matematik pada masa itu.
Uji minda anda…
Siapakah yang menerajui dan membiayai School
Mathematics Study Group (SMSG)?
Apakah perubahan dalam kurikulum matematik yang dibawa
oleh SMSG?
National Council of Teachers of Mathematics (NCTM)
National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) telah bermula pada
tahun 1920. Sama seperti projek yang lain, NCTM juga bertujuan
menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik.
NCTM memainkan peranan penting dalam memastikan setiap pelajar
mendapat pendidikan matematik yang sempurna dan menyediakan
peluang perkembangan profesional yang berterusan untuk setiap guru
matematik.
Misi NCTM ialah menunjukkan visi dan memberi kepimpinan yang
perlu supaya pelajar mendapat pendidikan matematik yang berkualiti
tinggi (sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti). NCTM
merupakan satu pertubuhan non-profit peringkat dunia yang terbesar
dengan ahli seramai lebih daripada 100 000 orang dan mempunyai lebih
daripada 250 associates di Amerika Syarikat dan Kanada.
Pada bulan April 2000, NCTM telah mengeluarkan dokumen berjudul
Principles and Standards for School Mathematics, iaitu satu garis
panduan untuk kecemerlangan dalam pendidikan matematik pre-K-12
yang boleh dicapai sekiranya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam
aktiviti matematik yang mencabar. Dokumen Principles and Standards
menyediakan visi untuk semua guru dan pelajar iaitu meningkatkan mutu
pendidikan matematik akan datang.
Terdapat empat komponen utama dalam dokumen Principles and
Standards for School Mathematics ini.
1) Prinsipal-prinsipal yang terdapat dalam Principles and Standards for
School Mathematics merupakan perspektif asas yang perlu dirujuk
oleh pendidik dalam membuat keputusan yang melibatkan pendidikan
matematik di sekolah. Prinsipal-prinsipal ini merangkumi isu-isu seperti
keadilan, kurikulum, P&P, pentaksiran dan teknologi.
2) Standard NCTM mengetengahkan satu set matlamat yang
komprehensif untuk dicapai dalam pengajaran matematik. Lima
standard pertama berkait dengan isi kandungan matematik seperti
nombor dan operasi, algebra, geometri, ukuran, analisis data dan
kebarangkalian. Lima standard kedua pula melibatkan proses
penyelesaian masalah, penaakulan dan bukti, perkaitan, komunikasi
dan perwakilan. Standard-standard ini ialah kemahiran asas dan
pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk berjaya dalam
abad ke-21 ini.
3) NCTM membina dan mengedar pelbagai bahan sumber untuk
membantu pengajaran guru. Antaranya ialah satu siri buku yang
mengandungi 30 Navigations volumes. Buku ini dapat membantu guru
mempraktikkan kandungan dokumen Principles and Standards for
School Mathematics di dalam kelas mereka. selain itu, terdapat juga
panduan yang disediakan secara online di laman web NCTM melalui
E-Standards and Illuminations. Laman web ini dibangunkan bagi
menerangkan dengan lebih lanjut mengenai standard NCTM serta
menyediakan rancangan mengajar untuk guru dan aktiviti
pembelajaran untuk pelajar. Ia juga menyediakan standard-based
kandungan internet content untuk guru-guru K-12.
4) NCTM menyediakan ruang dan peluang untuk peningkatan
profesionalisme guru melalui persidangan/ seminar kepimpinan,
tahunan atau regional. Persatuan ini bertindak sebagai penyelaras
kepada beberapa persidangan regional dan mesyuarat tahunan.
Akademi Untuk Perkembangan Profesional telah ditubuhkan pada
tahun 2000. Akademi ini menyediakan pakej latihan selama dua atau
lima hari untuk guru matematik.
Reflections ialah satu elemen penting dalam NCTM untuk
perkembangan profesionalisme guru matematik. Dalam laman web
Reflections ini dimasukkan video secara online supaya guru boleh
membuat analisis dan perbincangan untuk menambah-baik kemahiran
pengajaran mereka. Selain itu, guru juga boleh mengambil bahagian
dalam kritik untuk lesson-study, video kerja pelajar dalam kelas, tugasan
dan seterusnya membuat analisa profesional mengenai perbincangan
guru.
NCTM menerbitkan empat jurnal profesional: Teaching Children
Mathematics; Mathematics Teaching in the Middle School; the
Mathematics Teacher; dan Journal for Research in Mathematics
Education. Penerbitan lain termasuklah monthly member newsletter, the
NCTM News Bulletin, lebih 200 buah buku pendidikan, video dan lain-lain
bahan. Setiap tahun dalam bulan April, persatuan ini menaja Acara
Matematik Terbesar di dunia dan menerbitkan buku yang mengandungi
aktiviti-aktiviti menarik untuk digunakan oleh guru dalam kelas mereka.
NCTM juga bekerjasama dengan National Council Accreditation of
Teacher Education (NCATE). NCATE memberi kuasa kepada NCTM
untuk menilai program latihan guru matematik. Dengan penilaian yang
dibuat ke atas program matematik sekolah, NCTM dapat memastikan dan
menentukan guru-guru permulaan telah cukup bersedia untuk
menjalankan tugas mereka.
NCTM telah menubuhkan Mathematics Education Trust (MET) pada
tahun 1976. MET berfungsi untuk menyediakan dana untuk guru-guru
bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
matematik. MET juga memberi penghargaan kepada guru-guru
matematik dengan memberi Annual Lifetime Achievements Award for
Distinguished Service to Mathematics Education. NCTM ialah satu
pertubuhan yang mendapat mandate dan kekuatan dari ahli-ahlinya yang
terdiri daripada guru-guru matematik, pensyarah universiti dalam bidang
pendidikan dan juga institusi pendidikan seperti perpustakaan kolej dan
sekolah.
Uji minda anda…
Terangkan empat komponen utama yang terdapat dalam
Principles and Standards for School Mathematics.
Kukuhkan minda anda…
PENGARUH KURIKULUM MATEMATIK NEGARA
LAIN TERHADAP KURIKULUM MATEMATIK
MALAYSIA
Pelancaran Sputnik 1 oleh Soviet Union.
Negara-negara Barat lain berasa terancam.
Mula melakukan perubahan dalam kurikulum matematik.
Kurikulum matematik Malaysia turut terpengaruh disebabkan hubungan baik Malaysia dengan mereka dalam bidang
pendidikan.
Projek-projek Luar yang
Mempengaruhi Kurikulum Matematik
Nuffield Mathematics
Project (NMP)
Scottish Mathematics Group (SMG)
School Mathematics
Project (SMP)
School Mathematics Study Group
(SMSG)
National Council of
Teachers of Mathematics
(NCTM)
Rujukan
Anonymously. (Dec 5, 2009). Bagaimana Kanak-kanak Mempelajari
Matematik. Diakses pada Feb 18, 2012 dari laman sesawang
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9487.0.
Kamaludin bin Ahmad. (1996). Model Pengajaran Matematik Sekolah
Rendah: Pengajaran Pemusatan Murid dan Berasaskan
Konstruktivisme. Diakses pada Feb 18, 2012 dari laman sesawang
http://www.kamaludin.net/sumber/Model%20Konstruktif.pdf