perjanjian kedai.docx

Upload: danial-melaka

Post on 03-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 perjanjian kedai.docx

    1/3

    contoh surat perjanjian sewaa kedai atau rumah

    SURAT PERJANJIAN

    SURAT PERJANJIAN INI DIPERBUAT PADA 1 SEPTEMBER 2009

    Di antara : Khadijah binti Mat, Kad Pengenalan No:.................... yang beralamat di No. -------------, Taman Serai

    Wangi, 09400 Padang Serai. Di dalam surat perjanjian ini ianya dinamakan sebagai Pihak Pertama. DAN

    Abdul Rahim Bin Abu, Kad Pengenalan No : ------------ yang beralamat di No.------------------------ Kulim, Kedah.

    Di dalam surat perjanjian ini ianya dinamakan sebagai Pihak Kedua

    SYARAT DAN PERJANJIAN SEWA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

    1. Pihak Pertama mempunyai sebuah rumah kedai taman terletak di N0 ......................Lagenda, 09400 Padang Serai.

    Pada hari ini mengaku dan bersetuju menyewakan rumah kedai tersebut kepada Pihak Kedua untuk selama 2 tahun.

    Bermula pada 1 SEPTEMBER 2009 sehingga 31 OGOS 2011 dengan kadar bayaran sewa sebanyak RM650.00

    sebulan pada tahun pertama mulai 1 SEPTEMBER 2009 sehingga 31 OGOS 2010. Seterusnya sewa bulanan

    dinaikkan pada kadar RM700.00 sebulan mulai 1 SEPTEMBER 2010 sehingga 31 OGOS 2011.

    2. Pihak Kedua dengan ini mengaku dan bersetuju untuk pegang sewa rumah kedai milik Pihak Pertama yang

    tersebut di atas untuk selama dua tahun sahaja bermula1 SEPTEMBER 2009 sehingga 3 OKTOBER 2010 dengan

    kadar bayaran kadar bayaran sewa sebanyak RM650.00 sebulan pada tahun pertama mulai 1 SEPTEMBER 2009

    sehingga 31 OGOS 2010. Seterusnya sewa bulanan dinaikkan pada kadar RM700.00 sebulan mulai 1 SEPTEMBER

    2010 sehingga 31 OGOS 2011

    3. Sebelum Pihak Kedua dibenarkan menduduki rumah kedai tersebut Pihak Kedua dikehendaki membayar

    3.1 wang pertaruhan sewa ( deposit ) sebanyak RM1300.00. Pihak Kedua juga dikehendaki membayar sewa

    untuk bulan pertama sebanyak RM650.00. Ini bermakna sebelum Pihak Kedua dibenarkan

    menduduki rumah tersebut Pihak Kedua dikehendaki membayar RM1950.00 kepada PihakPertama. Wang pertaruhan sebanyak RM1300.00 akan dikembalikan oleh Pihak Pertama kepada

    Pihak Kedua setelah genap dua tahun Pihak Kedua menyewa rumah kedai tersebut.

    3.2 Bayaran diposit tambahan untuk

    3.2.1 Bekalan air. RM 100.00

    3.2.2 elektrik RM 100.00

    3.2.3 Pembentungan RM 70.00

    Jumlah diposit yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 270.00

    SYARAT-SYARAT TAMBAHAN SEPERTI DI BAWAH.

    1. Bayaran sewa rumah kedai hendaklah dijelaskan oleh Pihak Kedua kepada Pihak Pertama pada setiap sebelum 5

    haribulan tanpa diminta.

    2. Bayaran bil air (Jabatan Bekalan Air, Kedah Darulaman), eletrik (Tenaga Nasional Berhad) dan pembentungan

    (Indah Water) adalah ditanggung sendiri oleh Pihak Kedua. Bil-bil hendaklah dijelaskan dengan kadar yang segera

  • 7/28/2019 perjanjian kedai.docx

    2/3

    bagi mengelakkan bekalan air, eletrik dan pembentungan di potong. Pihak Pertama hendaklah diberi kebenaran

    meneliti bil-bil berkenaan jika dikehendaki berbuat demikian.

    3. Pihak Kedua hanya dibenarkan menduduki rumah kedai tersebut bersama ahli keluarga atau pekerjanya sahaja

    dan tidak dibenarkan menyewa mana-mana bahagian rumah itu kepada pihak lain.

    4. Sewaktu rumah diserahkan kepada Pihak Kedua ianya adalah didalam keadaan yang elok dan tidak ada sebarangkerosakan.Tanggungjawab Pihak Kedua membaiki kerosakan rumah itu jika berlaku apa-apa kerosakan yang

    berpunca daripada Pihak Kedua.

    5. Walaubagaimanapun jika kerosakan rumah berpunca daripada bencana alam misalnya disebabkan oleh banjir,

    angin ribut atau sebagainya kerosakan rumah itu akan ditanggung sendiri oleh Pihak Pertama. Tetapi jika

    disebabkan oleh kecuaian dan kelalaian Pihak Kedua maka adalah menjadi tanggungjawab Pihak Kedua

    menanggung kos kerosakan tersebut

    6. Pihak Kedua dilarang sama-sekali melakukan apa-apa kesalahan atau kegiatan yang salah di sisi undang-undang

    di dalam rumah tersebut. Sekiranya Pihak Kedua melakukan juga apa-apa pekerjaan atau kegiatan yang salah dan

    sekiranya tertangkap maka Pihak Kedua bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesalahan tersebut. Pihak Pertama

    tidak bertanggungjawab di atas kesalahan yang dilakukan oleh Pihak Kedua.

    7. Pihak Kedua menyewa tersebut selama dua tahun sahaja dan apabila genap tempoh perjanjian maka sekiranya

    Pihak Kedua masih berhajat untuk terus menyewa rumah kedai itu maka bolehlah Pihak Kedua berjumpa dan

    berunding dengan Pihak Pertama untuk melanjutkan tempoh perjanjian dengan kadar sewa yang baru . Jika

    dipersetujui oleh Pihak Pertama satu perjanjian yang baru akan diperbuat oleh Pihak Pertama.

    8. Jika sekiranya Pihak Kedua ingin menamatkan perjanjian sebelum genap tempoh yang dijanjikan maka Pihak

    Kedua dikehendaki serahkan kembali rumah kedai itu kepada Pihak Pertama.Pihak Kedua tidak dibenarkan

    memberi sewa rumah itu kepada pihak lain untuk menggantikan dirinya. Pihak Kedua juga tidak boleh tuntut

    kembali wang pertaruhan yang berjumlah RM1300.00 kerana wang itu dikira lupus dan menjadi milik Pihak

    Pertama.

    9. Demikianlah perjanjian sewa rumah yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Setelah ke dua-dua belah

    pihak membaca dan memahami isi kandungan SURAT PERJANJIAN ini maka kedua-dua belah pihak bersetuju

    menurunkan tandatangan persetujuan di bawah ini berhadapan saksi masing-masing

    10. Sebarang bentuk penambahan bangunan adalah dengan kelulusan majlis perbandaran dan Pihak Kedua

    bertanggungjawab sepenuhnya. Pihak Kedua tidak boleh meminta sebarang gantirugi atau pampasan apabila

    berhajat keluar dari menyewa kelak.

    Ditandatangani oleh nama yang tersebut : Tandatangan Pihak Pertama

    .................... dihadapan saya

    .................................................................... .....................................................

    Nama saksi : Nama: -------------

    KP No: KP No: ....................

    Ditandatangani oleh nama yang tersebut : Tandatangan Pihak Kedua

  • 7/28/2019 perjanjian kedai.docx

    3/3

    ..................... dihadapan saya

    .................................................................... .....................................................

    Nama saksi : Nama: mmmmmmmmm

    KP No: KP No: 000000000

    Bertarikh 1 SEPTEMBER 2009