pergerakan artistik & kreatif
DESCRIPTION
ISI KANDUNGAN 1. Pengenalan 2. Soalan 1 2.1 Ciri-ciri alatan 2.2 Alatan gimnastik artistik 2.3 Manipulasi alatan 2.4 Contoh aktiviti gimnastik artistik 2.5 Contoh aktiviti manipulasi alatan 5 8 10 16 2 23. Soalan 2 3.1 10 sekuan lakuan pergerakan kreatif dan butiran perlakuan 4. Kesimpulan 5. Rujukan 19 30 31 (HBPE2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 20091.0 Pengenalan Menurut Borhanuddin (2006), beliau menyatakan bahawa gimnastik artistik ialah pergerakan tubuhTRANSCRIPT
ISI KANDUNGAN
1. Pengenalan 2
2. Soalan 1
2.1 Ciri-ciri alatan 2
2.2 Alatan gimnastik artistik 5
2.3 Manipulasi alatan 8
2.4 Contoh aktiviti gimnastik artistik 10
2.5 Contoh aktiviti manipulasi alatan 16
3. Soalan 2
3.1 10 sekuan lakuan pergerakan kreatif dan butiran perlakuan 19
4. Kesimpulan 30
5. Rujukan 31
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
1.0 Pengenalan
Menurut Borhanuddin (2006), beliau menyatakan bahawa gimnastik artistik
ialah pergerakan tubuh badan yang melibatkan fleksibiliti, imbangan, kekuatan,
ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik. Gimnastik artistik juga merupakan
pergerakan yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus
kepada komponen kecergasan berkaitan dengan pergerakan motor. Selain itu,
tumpuan kepada aspek fizikal dan mental juga penting di dalam sukan ini. Gimnastik
artistik juga dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki
kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah.
Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan, pola
statik, pola gerak edar, pola edar, pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan.
Manakala pergerakan kreatif ialah satu pergerakan yang dilakukan secara
simbolik. Ia dihasilkan daripada idea, perasaan serta tanggapan deria untuk
menterjemahkan sesuatu situasi serta ransangan yang diberi. Pergerakan kreatif juga
merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti
untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Pergerakan
kreatif menggunakan elemen-elemen pergerakan seperti anggota tubuh, ruang dan
daya usaha, bentuk, masa, tenaga dan hubungan di antara elemen-elemen tersebut
sebagai asas perancangan kandungan kurikulum (Joyce 1973, Dimondstein 1983,
Stinson, 1982). Pergerakan ini juga memberikan tumpuan kepada pergerakan untuk
kanak-kanak sebagai aktiviti yang bersifat semulajadi dan tidak formal. Pada masa
yang sama pengalaman-pengalaman dalam kegiatan pergerakan itu membantu kanak-
kanak mengesan potensi-potensi mereka untuk melahirkan perasaan serta
menjadikannya sebagai alat perhubungan (Combest,1975; Dimondstein, 1983).
2.0 Soalan 1
2.1 Ciri-ciri alatan
Sistem pendidikan di Malaysia sangat menitikberatkan perkembangan
individu secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Dalam aspek perkembangan jasmani, subjek Pendidikan Jasmani Dan
2
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Kesihatan (PJK) telah dirangka dalam kurikulum sekolah rendah bertujuan untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pergerakan asas murid-murid. Ia terbahagi
kepada empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik
irama dan pergerakan kreatif. Antara aspek-aspek yang terkandung di dalam
kurikulum tersebut ialah pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor serta
manilpulasi alatan.
Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal.
Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran
motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan tertumpu kepada
kekuatan dan daya tahan otot, kuasa, fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain
daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik
menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan.
Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan
yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik.
Ciri-ciri seperti saiz, bentuk, warna dan berat sesuatu alatan juga memainkan
peranan yang penting terhadap aktiviti pergerakan yang dilakukan. Bukan itu sahaja,
ia juga penting untuk tumbesaran dan perkembangan motor kanak-kanak. Kanak-
kanak boleh mengembangkan kemahiran motor mereka, koordinasi mata dan tangan,
meningkatkan daya tumpuan, dapat menambah persepsi visual, dan juga dapat
mengukuhkan konsep saiz, bentuk, warna dan berat melalui ciri-ciri tersebut.
Saiz
Saiz alatan yang pelbagai mampu membuatkan kanak-kanak menggunakan
otot jari mereka untuk memegang objek yang pelbagai saiz. Saiz alatan yang
bersesuaian juga seperti dari segi panjang alatan, lebar dan diameter dapat
mengelakkan kecederaan daripada berlaku kepada kanak-kanak. Bukan itu sahaja,
saiz alatan yang tepat dan sesuai dengan perkembangan motor kanak-kanak juga
mampu membuatkan mereka bersemangat untuk melakukan aktiviti. Perkembangan
dan tumbesaran mereka juga akan berkembang seiring dengan aktiviti yang
dilakukan. Selain itu, ia juga dapat mengembangkan kemahiran yang melibatkan
3
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
motor halus kanak-kanak seperti otot jari dan koordinasi mata dan tangan. Ia juga
dapat membantu tumbesaran dan perkembangan motor halus kanak-kanak seperti
membina otot-otot tangan dan jari mereka. Contohnya, jika murid menggunakan
alatan yang pelbagai saiz sewaktu menjalankan aktiviti, motor halus dan motor kasar
mereka akan berkembang. Antara objek yang mempunyai alatan yang pelbagai saiz
mengikut umur seseorang itu ialah ialah bola, belantan, gelung, riben, tali dan
sebagainya.
Bentuk
Objek yang mempunyai pelbagai bentuk seperti lonjong, bulat, panjang,
lembik dan keras juga dapat membantu terhadap tumbesaran dan perkembangan
motor kanak-kanak. Bukan itu sahaja, ia juga mampu mampu mencerdaskan mental
kanak-kanak untuk mengenal pasti konsep dan kesesuaian sesuatu alatan yang sesuai
dengan satu-satu aktiviti yang hendak dijalankan. Penggunaan alatan yang
mempunyai pelbagai bentuk juga membolehkan kanak-kanak menggunakan motor
kasar dan motor halus mereka untuk melakukan sesuatu aktiviti yang sesuai dengan
bentuk alatan. Contoh alatan yang mempunyai pelbagai bentuk ialah belantan, riben,
bola, gelung, palang, kekuda lombol dan sebagainya.
Warna
Seperti yang diketahui umum, warna memainkan peranan yang penting dalam
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, warna yang menarik
juga mampu menajamkan penglihatan kanak-kanak sewaktu melakukan aktiviti.
Manakala warna yang pelbagai dapat membantu menceriakan aktiviti yang mereka
lakukan. Penggunaan warna juga dapat membantu memberi fokus dalam
perkembangan mata dan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Bukan itu sahaja,
ia juga dapat meningkatkan peningkatan sensitiviti pancaindera kanak-kanak terhadap
alatan yang mempunyai pelbagai warna. Antara alatan tersebut ialah riben, bola,
gelung, tali dan sebagainya.
4
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Berat
Penggunaan alatan yang mempunyai berat yang sesuai dengan umur murid
dapat meningkatkan perkembangan motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Bukan
itu sahaja, otot tangan dan otot kaki mereka juga akan berkembang. Berat sesuatu
objek juga memainkan peranan yang penting supaya murid dapat melakukan sesuatu
aktiviti dengan lancar tanpa mendatangkan kesulitan dan kecederaan kepada mereka.
Terdapat alatan yang sama bentuk namun mempunyai berat yang berbeza. Contohnya
ialah bola, gelung, tali dan sebagainya.
2.2 Alatan gimnastik artistik
Antara alatan yang boleh digunakan sewaktu melakukan aktiviti gimnastik
artistik bagi lelaki ialah lantai, kekuda berpelana, gelang, lombol, palang sejajar,
palang tunggal. Manakala bagi perempuan pula ialah lantai, lombol, palang bertingkat
dan batang titian.
Lantai
Kekuda Lombol
5
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Kuda Berpelana
Gelang
Palang tunggal
6
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Palang bertingkat
Palang Sejajar
Batang Titian
7
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
2.3 Manipulasi alatan
Selain daripada pergerakan gimnastik artistik, terdapat juga kemahiran
manipulatif melibatkan gerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Gerakan bukan
lokomotor adalah gerakan setempat seperti membongkak, meregang dan
memusingkan badan. Manakala gerakan lokomotor adalah pergerakan yang
melibatkan pergerakan badan pada pelbagai arah seperti berlari, melompat dan
memanjat. Gerakan manipulatif motor kasar melibatkan aktiviti yang menggunakan
otot besar. Contohnya penggunaan tangan atau kaki untuk berhubung dengan objek.
Kebolehan mengawal otot-otot kecil badan biasanya dikaitkan dengan kebolehan
koordinasi bagi tindakan mata dan tangan bersama dalam menghasilkan gerakan
manipulatif yang tepat.
Alatan sukan yang menepati spesifikasi yang betul merupakan objek yang
paling baik bagi aktiviti kemahiran manipulatif untuk jari dan tangan kanak-kanak. Ini
kerana kemahiran manipulatif juga melibatkan koordinasi mata bagi menentukan apa
yang tangan perlu lakukan seterusnya. Mata akan mengesan rangsangan dan
meransang perkembangan motor halus kerana mereka perlu untuk menggunakan otot
tangan dan jari. Perkembangan kemahiran manipulatif kanak-kanak juga
membolehkan mereka melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti yang bermakna dengan
sesuatu objek. Contohnya kanak-kanak diminta menangkap dan melontar bola yang
pelbagai saiz dan bentuk seperti bola sepak, bola takraw, bola ragbi dan bola tenis.
Perlakuan ini adalah untuk memperkayakan perkembangan kognitif dan psikomotor
sama ada motor kasar dan motor halus kanak-kanak.
Antara alatan yang boleh digunakan sewaktu melakukan aktiviti manipulasi
alatan ialah pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan dan tali skipping,
belantan, riben dan skitel.
Riben
8
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Bola Besar
Gelung Rotan
Pundi kacang
Tali Skipping
9
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
2.4 Contoh aktiviti gimnastik artistik
1. Kekuda Lombol
10
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
2. Batang Titian (Dirian Skala)
3. Lantai (Arabesque)
11
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
4. Kuda Berpelana
12
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
5. Palang Tunggal
13
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
6. Gelang
14
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
7. Palang Sejajar
15
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
2.5 Contoh aktiviti manipulasi alatan
1. Bola
Gambar rajah
Jenis pergerakan Lokomotor
Nama Pergerakan Chase
Manipulasi alatanPergerakan ini seakan-akan separti gallop, dua kali tukar kaki.
Sebelah tangan melantunkan bola di sisi.
Gambar rajah
Jenis pergerakan Bukan Lokomotor
Nama Pergerakan Body Wave
Manipulasi alatan
Berdiri setempat dan angkat tangan sambil memegang bola.
Kemudian, lakukan alunan tubuh badan ke depan dan ke
belakang.
16
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
2. Gelung rotan
Gambar rajah
Jenis pergerakan
lokomotor
Nama Pergerakan
Melambung dan menyambut
Manipulasi alatan
1) Melambung gelung rotan.
2) Melompat serta menyambut kembali gelung rotan tersebut.
Gambar rajah
Jenis pergerakan
Bukan lokomotor
Nama Pergerakan
Menghayun gelung rotan
Manipulasi alatan
Berdiri dengan memegang gelung rotan.
17
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Goyangkan tangan dengan gelung rotan di pergelangan tangan.
3. Pundi kacang
Gambar rajah
Jenis pergerakan Lokomotor
Nama Pergerakan
Leap
Manipulasi alatan
Ketika melakukan leap, pundi kacang dilambung menggunakan
tangan kanan kemudian disambut dengan tangan kiri.
Gambar rajah
Jenis pergerakan Bukan lokomotor
Nama Pergerakan Imbangan sisi
18
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Manipulasi alatan Pundi kacang diletakkan dibahagian atas tapak tangan kanan.
Kemudian imbangan sisi akan dilakukan.
3.0 Soalan 2
3.1 10 sekuan pergerakan kreatif dan butiran perlakuan
Dalam Program Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah, telah dinyatakan
bahawa kegiatan seperti pergerakan asas, pergerakan kreatif, asas gimnastik serta
sukan dan permainan mesti dilaksanakan supaya penumpuan khas dapat diberikan
untuk perkembangan murid. Pergerakan kreatif bermaksud pergerakan yang
dilakukan secara simbolik. Ia dihasilkan daripada idea, perasaan serta tanggapan deria
untuk menterjemahkan sesuatu situasi atau rangsangan yang diberi. Sebagai contoh,
pokok pisang yang ditiup angin boleh ditunjukkan secara simbolik dengan
mengangkat kedua-dua belah tangan sambil digoyang ke kiri dan ke kanan secara
lemah lembut.
Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia ada pada
pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan. Pergerakan kreatif
memberi fokus kepada penggunaan pancaindera. untuk mencipta sesuatu pergerakan
secara berterusan. Melalui pergerakan kreatif, pelajar akan berasa seronok dan riang
ketika belajar. Pengalaman dalam melakukan pergerakan kreatif akan memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk memperkembangkan kesedaran dan kefahaman
mereka mengenai konsep sesuatu pergerakan yang dilakukan. Setiap perlakuan kreatif
yang dilakukan mempunyai penceritaan dan maksudnya yang tersendiri. Terdapat
empat unsur utama dalam pergerakan kreatif. Empat unsur tersebut itu ialah kesedaran
tubuh badan, kesedaran ruang, kesedaran masa dan kesedaran daya.
Pergerakan-pergerakan kreatif yang akan ditunjukkan nanti mempunyai satu
penceritaan dan setiap sekuan yang dilakukan mempunyai kesinambungan antara satu
sama lain. Pergerakan kreatif yang ditunjukkan di bawah ini menceritakan mengenai
kehidupan nelayan di suatu perkampungan nelayan di Pantai Timur.
19
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
SEKUAN 1
1. Butiran perlakuan
Situasi di atas menunjukkan sekumpulan manusia yang sedang berehat atau
tidur di suatu malam di sebuah perkampungan nelayan. Kemudian, seorang demi
seorang akan bangun kerana hari beransur siang dan mereka perlu menyiapkan diri
untuk bekerja.
2. Tema
Dalam situasi ini, tema yang terdapat dalam perlakuan ini adalah kesedaran
ruang yang menjurus kepada arah pergerakan secara terlentang iaitu kedudukan tubuh
badan yang berada dalam keadaan tidur terlentang.
3. Rangsangan
Manusia akan cepat memberi tindak balas kepada persekitarannya atau
keadaan diri mereka sendiri sama ada berada dalam keadaan tubuh badan yang cergas
atau keletihan. Jadi perlakuan manusia yang perlu berehat atau tidur adalah sesuatu
yang bersifat semulajadi.
4. Nilai
20
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Kepuasan dan kesyukuran.
SEKUAN 2
1. Butiran perlakuan
Situasi ini menunjukkan sekumpulan manusia yang sedang melakukan aktiviti
harian yang biasa dilakukan di mana-mana tempat. Aktiviti mandi atau membersihkan
diri selepas bangun dari tidur, sering dilakukan oleh semua orang di awal pagi.
2. Tema
Tema yang terdapat di dalam situasi di atas adalah berkaitan dengan kesedaran
tubuh badan manusia supaya menyedari betapa pentingnya menjaga kebersihan diri
sendiri dan keluarga.
3. Rangsangan
Setiap manusia yang mempunyai akal yang waras perlu tahu menjaga
kebersihan diri dan keluarga. Dalam perlakuan mandi atau menjaga kebersihan diri ini
akan memberitahu kepada kita secara tidak langsung mengenai cara-cara menjaga
kebersihan diri dengan betul.
4. Nilai
21
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Kebersihan fizikal dan mental.
SEKUAN 3
1. Butiran perlakuan
Butiran gambar yang ditunjukkan adalah merupakan suatu perlakuan yang
menjadi keperluan asas manusia. Ia menunjukkan sekumpulan manusia sedang
berkongsi makanan dan menikmati makanan yang berkhasiat dan lazat di suatu pagi.
2. Tema
Penyesuaian terhadap rakan melalui hubungan dan komunikasi dalam sesuatu
kumpulan menerusi pergerakan-pergerakan asas semasa melakukan aktiviti tersebut
dapat diterapkan dalam perlakuan seperti gambar di atas.
3. Rangsangan
Perlakuan ini sangat penting dalam kehidupan seharian. Sarapan pagi dapat
memberikan suatu tenaga baru untuk memulakan tugasan pada hari tersebut tanpa
mengakibatkan masalah kepada pelakunya.
4. Nilai
Bersyukur dengan rezeki tuhan.
22
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
SEKUAN 4
1. Butiran perlakuan
Perlakuan seterusnya adalah suatu pergerakan asas yang biasa dilakukan oleh
sekumpulan nelayan yang berjalan secara berkumpulan menuju ke pantai atau laut
untuk menjalankan aktiviti menangkap ikan.
2. Tema
Dalam situasi ini, tema yang diterapkan adalah mengenai kesedaran tubuh
badan manusia. Pergerakan ini mengawal aliran pergerakan lokomotor tubuh badan.
Pergerakan aktiviti berjalan ini boleh dilakukan secara bebas atau terkawal. Sebagai
contoh mengikut rentak atau irama muzik.
3. Rangsangan
Sepertimana yang diterangkan di atas, pergerakan ini boleh dilakukan secara
bebas, terkawal, secara individu atau berkumpulan. Ia dirangsangankan dengan rentak
irama muzik atau perilaku seseorang yang melakukan pergerakan mengikut sifat-sifat
individu lain sebagai contoh berjalan seperti seorang model atau pramugari.
4. Nilai
23
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Keyakinan diri dalam melakukan pergerakan dan kebebasan.
SEKUAN 5
1. Butiran perlakuan
Situasi di atas merupakan suatu aktiviti kebiasaan sebagai seorang nelayan
untuk memulakan pekerjaan mereka di kawasan pantai. Perlakuan ini menunjukkan
sekumpulan nelayan yang sedang menolak bot nelayan ke gigi air laut.
2. Tema
Tema yang dapat diterapkan dalam situasi ini adalah kesedaran rintangan
kepada beban dan masa. Tema ini adalah suatu pergerakan yang dikawal dan terdapat
rintangan. Seseorang yang mencangkung untuk mengangkat suatu beban dapat
menghasilkan kesan berat-kuat kepada pergerakan tersebut.
3. Rangsangan
Situasi di atas adalah merupakan suatu aktiviti yang biasa berlaku dalam
kehidupan harian setiap manusia. Mereka yang melakukan aktiviti pergerakan
tersebut akan merasa sedikit kepenatan dan kehausan selepas mengangkat suatu
bebanan yang berat.
4. Nilai
Bekerjasama dan bersatu padu.
24
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
SEKUAN 6
1.Butiran perlakuan
Situasi ini pula adalah merupakan suatu pekerjaan yang sudah menjadi
kebiasaan kepada setiap nelayan yang mahu menggerakkan bot mereka di laut secara
tradisional. Aktiviti ini dipanggil mendayung. Ianya perlu dilakukan dengan betul
supaya bot yang naiki tidak terbalik. Bagi melancarkan perlakuan ini seorang
pengemudi diperlukan supaya arah yang dituju adalah tepat dan betul.
2. Tema
Dalam situasi ini juga, penyesuaian terhadap rakan dan persekitaran menjadi
tema yang diterapkan dalam pergerakan tersebut. Ia berbentuk kerjasama di dalam
satu kumpulan atau pasukan. Hubungan yang berlaku dengan rakan boleh dilakukan
melalui ketua dan pengikut dan antara ahli kumpulan.
3. Rangsangan
Perlakuan ini mempunyai banyak perkara yang dirangsangkan untuk
dilakukan dengan betul. Ahli-ahli kumpulan akan menerima arahan dari pengemudi
untuk memulakan dayungan dan mengawal bot nelayan mereka dari pukulan ombak
dengan cara yang selamat.
4. Nilai
25
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Keberanian dan kecekalan.
SEKUAN 7
1. Butiran perlakuan
Situasi yang berlaku seterusnya adalah sekumpulan nelayan sedang memasang
pukat tunda untuk dipasangkan ke dalam laut. Perlakuan ini perlu dilakukan dengan
cara berkumpulan. Ia juga dilakukan dengan cara dan teknik yang betul dan tepat.
2. Tema
Tema yang diterapkan dalam pergerakan di atas adalah ritma berkaitan dengan
pekerjaan. Ianya adalah suatu komponen ritma yang paling terkenal dalam pergerakan
kreatif. Perlakukan pekerjaan ini berkaitan dengan bentuk tangan yang memegang
sesuatu alat, ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan dan cara
tubuh badan bergerak.
3. Rangsangan
Di sini terdapat beberapa rangsangan yang telah diterapkan di dalam situasi
begini. Contohnya bagaimana seseorang nelayan itu mendapat rangsangan melalui
pergerakan memasang pukat tundanya yang berkeadaan berat dan panjang.
4. Nilai
Kerajinan dan semangat setiakawan.
26
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
SEKUAN 8
1. Butiran perlakuan
Perlakuan seterusnya adalah menggambarkan sekumpulan nelayan sedang
menarik pukat tunda ke dalam bot nelayan. Dalam situasi ini para nelayan yang
mencari rezeki di lautan terpaksa berpanas dan berhujan semasa menjalan aktiviti
pekerjaan mereka di tengah lautan.
2. Tema
Tema yang diterapkan dalam perlakuan atau pergerakan di atas adalah ritma
berkaitan dengan pekerjaan. Perlakukan pekerjaan ini berkaitan dengan bentuk tangan
yang memegang sesuatu alat, ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan itu
diulangkan dengan cara tubuh badan bergerak.
3. Rangsangan
Rangsangan yang telah diterapkan di atas adalah bagaimana sekumpulan
nelayan tersebut telah bertungkus-lumus untuk menarik pukat mereka yang dalam
keadaan berat sambil terhuyung-hayang dilambung ombak yang besar.
27
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
4. Nilai
Keseronokan, kepuasan dan kerajinan.SEKUAN 9
1. Butiran perlakuan
Situasi seterusnya adalah saat-saat yang dinantikan oleh setiap yang bergelar
nelayan adalah mengutip hasil tangkapan mereka yang terdapat di jaring pukat
mereka. Di masa inilah mereka mengasing-asingkan jenis tangkapan yang diperolehi
untuk dijual nanti.
2. Tema
Tema yang diterapkan dalam perlakuan atau pergerakan di atas adalah ritma
berkaitan dengan pekerjaan. Ianya adalah suatu komponen ritma yang paling terkenal
dalam pergerakan kreatif. Perlakukan pekerjaan ini berkaitan dengan bentuk tangan
yang memegang sesuatu alat, ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan itu
diulangkan dengan cara tubuh badan bergerak.
3. Rangsangan
Semasa aktiviti perlakuan ini berlaku, rangsangan yang terdapat dalam diri
mereka itu adalah mereka akan menunjukkan minat untuk terus melakukan pekerjaan
dengan berhati-hati.
4. Nilai
28
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Keseronokan, kepuasan dan kesyukuran.
SEKUAN 10
1. Butiran perlakuan
Setelah pulang ke daratan sekumpulan nelayan tersebut terus mengangkat
hasil tangkapan mereka untuk dijual kepada pemborong atau untuk keperluan sendiri.
Situasi di atas di mana sekumpulan nelayan sedang memikul bakul yang berisi ikan
untuk dijual kepada peraih.
2. Tema
Tema yang dapat diterapkan dalam situasi ini adalah kesedaran rintangan
kepada beban dan masa. Tema ini adalah suatu pergerakan yang dikawal dan
mendapat rintangan. Seseorang yang memikul barang yang berat dapat menghasilkan
kesan berat-kuat kepada pergerakan tersebut.
3. Rangsangan
Rangsangan yang telah diselitkan atau diterapkan dalam perlakuan di atas
adalah mereka sentiasa menunjukkan kerajinan dan sentiasa saling bantu-membantu
antara satu sama lain tanpa menunggu arahan daripada ketua.
4. Nilai
29
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Berdikari dan saling bantu-membantu antara satu sama lain tanpa mengira masa.
Kesimpulan
Aktiviti pergerakan kreatif jika dijalankan dengan sempurna akan memberi
kesan yang mendalam kepada murid-murid. Untuk melaksanakan aktiviti ini, guru-
guru memerlukan latihan supaya pergerakan yang dilakukan bersesuaian dengan
peringkat umur murid. Apa yang diperlukan ialah semangat yang cekal, keberanian
dan sikap positif serta inisiatif dalam pengajaran kreatif. Peranan guru ialah
membimbing murid-murid meneroka, mencuba dan menemui cara bergerak yang
dapat dijadikan sebagai perantaraan untuk pernyataan kendiri. Selepas itu guru-guru
menerima gerakbalas berdasarkan pergerakan murid sebagai perkembangan
semulajadi mereka.
Guru-guru mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk menolong
murid-murid membesar dan berkembang sebagai individu. Guru-guru juga
bertanggungjawab memberi peluang kepada murid-murid untuk mencipta dan
melahirkan perasaan dan fikiran. Guru perlu mengajar dengan bersungguh-sungguh di
sekolah agar dapat membentuk sahsiah murid sesuai dengan Falsafah Pendidikan
Negara untuk melahirkan insan yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
30
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBPE2103)
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
RUJUKAN
Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. (1995). Modul Latihan Guru Bestari: Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.
Buku Panduan Guru Tahun 3: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. (1988). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun3. (1998). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pendidikan Jasmani: Huraian sukatan pelajaran sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1983). Buku Panduan Khas Pendidikan Jasmani Tahun Tiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wee Eng Hoe. ( 2001 ). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
31