perceraian menurut enakmen undang · pdf filecuma sedikit pesanan buat diri ini dan semua. ......
TRANSCRIPT
PERCERAIAN MENURUT ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
(NEGERI JOHOR) 2003
NORAINI BINTI OMAR
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
ii
DEDIKASI
Ayahku Dan Ibuku Ayahku, Omar bin Ibrahim
Ibuku, Zawiyah binti Salleh ku pohon restumu untukku,
Ayah ibu engkaulah permata hatiku Kasih sayang ibu
Mekar mewangi suci abadi Titis pengorbananmu oh ayah tak terbalas
Terima kasih permata hati Restumu tetap bersama, ke akhirnya.
Guru-Guru, Pensyarah Dan Pendidik Yang Dihormati Kamu adalah lampu penyuluh
Pedoman kehidupan Kamu adalah pendakwah
Lalu mengikut jejak Nabi Muhammad Memimpin insan
Ke jalan lurus ke padang luas.
Sahabat-Sahabat Yang Dikasihi Tiada kata indah untuk diluahkan.
Tiada hadiah berharga yang mampu kuberikan. Tiada yang istimewa untuk kujanjikan.
Cuma sedikit pesanan buat diri ini dan semua. Peliharalah ukhwah ini demi kasih kita padaNya.
Terimalah….sebuah pertemuan.
Barakallahufikum...
iii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam
disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dengan berkat pertolongan, taufiq serta inayah-Nya
telah mengizinkan saya menyiapkan dengan jayanya penulisan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Jutaan penghargaan buat Ustaz Abdul Halim bin Zulkifli selaku penyelia Projek Sarjana
Muda (PSM) ini di atas sumbangan idea, penyemakan, penyeliaan dan segala susah payah yang
telah beliau sumbangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kedua ibu bapa kandung, Omar bin Ibrahim dan
Zawiyah binti Salleh dan kakak, Noor Farizan serta abang, Othman, Halim, Zakaria dan Rosly,
yang dikasihi lagi disayangi di atas sokongan, nasihat, motivasi serta iringan doa kecemerlangan
yang tidak putus-putus buat saya. Kalianlah tunjang inspirasi saya untuk terus maju dan
cemerlang.
Ucapan penghargaan juga diberikan khas buat para pensyarah Fakulti Tamadun Islam
mahupun Fakulti Pendidikan yang telah mencurahkan segala bentuk ilmu sepanjang pengajian
saya di Universiti Teknologi Malaysia serta jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung mahupun tidak.
Semoga segala kerjasama dan pengorbanan masa yang telah dicurahkan akan mendapat
balasan keberkatan daripada Allah SWT. Sesungguhnya kudrat yang diberikan hanya Allah SWT
sahaja dapat membalasnya. Amin
iv
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan menganalisis tentang perceraian yang berlaku dalam
masyarakat dewasa ini. Kajian ini menggunakan 2 kaedah iaitu kajian perpustakaan dan kajian
lapangan. Dalam kajian ini, penyelidik menganalisis statistik perceraian yang berlaku di Negeri
Johor dari tahun 2005-2009. Hasil daripada kajian ini, penyelidik mendapati bahawa tiada faktor
yang khusus berlakunya sesuatu perceraian. Ini kerana, sesuatu perceraian itu boleh berlaku
apabila tiada lagi persefahaman, masalah ekonomi, poligami dan sebagainya. Menurut Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003, terdapat lima jenis perceraian iaitu talaq,
fasakh, khulu’, ila’ dan li’an. Namun, penyelidik hanya mengkhususkan kepada tiga jenis
perceraian sahaja iaitu talaq, fasakh dan khulu’. Penyelidik juga menganalisis kes-kes perceraian
yang berlaku di sekitar Johor Bahru, iaitu 3 kes fasakh, 4 kes talaq dan 1 kes khulu’. Di akhir
kajian, penyelidik mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah perceraian ini.
v
ABSTRACT
This research aims to analyze the divorcement cases that have occurred in the society
nowadays. This research utilizes two methodologies which are library research and field
research. For this research, the researcher has analyzed the divorcement statistics that took place
in Johor from 2005 until 2009. Based on the findings, the researcher discovered that there are no
specific factors cause divorces. This is because; a divorce can apparently happen if there is no
longer understanding between the couples. According to Islamic Family Law (State of Johor)
Enactment 2003, there are five types of divorcement which are fasakh, khul’, ila’ and li’an.
However, the researcher only focused on 3 types of divorcement which are talaq, fasakh and
khul’.In addition, the researcher only analyzed cases that occurred in Johor Bahru including 3
cases of fasakh, 4 cases of talaq, and 1 case of khul’. By the end of the research, several
recommendations were proposed to overcome this problem.
vi
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI KES xii
SENARAI STATUT xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
SENARAI SINGKATAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
vii
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Istilah 6
1.9 Kesimpulan 7
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 8
2.2 Kajian Lepas 9
2.3 Definisi cerai 11
2.4 Faktor-Faktor Perceraian 11
2.5 Jenis-Jenis Perceraian 14
2.5.1 TALAQ 14
2.5.1.1 Definisi Talaq 14
2.5.1.2 Jenis-Jenis Talaq 15
2.5.1.2.1 Talaq Raj’i 16
2.5.1.2.2 Talaq Ba’in 18
2.5.1.3 Hukum Talaq 20
2.5.1.3.1 Talaq Haram 20
2.5.1.3.2 Talaq Wajib 22
2.5.1.3.2 Talaq Sunat 24
2.5.1.3.2 Talaq Makruh 25
2.5.1.3.2 Talaq Harus 26
2.5.1.4 Rukun Dan Syarat Talaq 26
2.5.2 FASAKH 30
2.5.2.1 Definisi Fasakh 30
2.5.2.2 Hukum Fasakh 31
2.5.2.3 Sebab-Sebab Yang Mengharuskan Fasakh 33
2.5.3 KHULU’ 42
2.5.3.1 Definisi Khulu’ 42
viii
2.5.3.2 Fenomena Yang Membawa Kepada Khulu’ 44
2.5.3.3 Hukum Khulu’ 45
2.5.3.4 Rukun Dan Syarat Khulu’ 50
2.5.3.5 Khulu’ Boleh Dalam Masa Suci Dan Haid 52
2.6 Perceraian Menurut Enakmen Undang-Undang 54
Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003
2.7 Statistik Perkahwinan Dan Perceraian Seluruh 62
Negara 2007-2008
2.8 Kerangka Pemikiran 63
2.9 Kesimpulan 63
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 65
3.2 Metode pensampelan 66
3.3 Metode Pengumpulan Data 66
3.3.1 Metode Dokumentasi 68
3.3.2 Metode Penyelidikan Perpustakaan 69
3.4 Metode Analisis Data 70
3.4.1 Metode Induktif 71
3.4.2 Metode Deduktif 71
3.5 Kajian Lapangan 71
3.6 Tempat Kajian 72
3.7 Kesimpulan 72
BAB IV DATA DAN ANALISIS
4.1 Pendahuluan 73
4.2 Statistik Perceraian di Negeri Johor dari 2005-2009 74
ix
4.2.1 Statistik Kes Perceraian Mengikut Jenis 74
Kes Tahun 2005-2009
4.2.2 Statistik Kes Perceraian Mengikut 75
Pecahan Daerah Tahun 2005-2009
4.3 Statistik Faktor Perceraian 77
4.4 Kajian Kes Perceraian 78
4.4.1 Contoh-contoh Kes perceraian di Mahkamah 79
4.4.1.1 FASAKH 79
4.4.1.2 TALAQ 84
4.4.1.3 KHULU’ 95
4.5 Kesimpulan 97
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 98
5.2 Perbincangan Dan Rumusan 99
5.3 Cadangan Dan Saranan 102
5.3.1 Saranan Kepada Individu 102
5.3.2 Saranan Kepada Media Massa, Media Cetak 104
5.3.3 Saranan Kepada Kerajaan 106
5.5 Kesimpulan 106
BIBLIOGRAFI 108
LAMPIRAN 112
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 1: Statistik Perkahwinan dan Perceraian Seluruh 62
Negara 2007-2008.
Jadual 2: Statistik Kes Perceraian Mengikut Jenis Kes 74
Tahun 2005-2009
Jadual 3: Kes Perceraian Mengikut Pecahan Daerah 75
Tahun 2005-2009
Jadual 4: Statistik Faktor Perceraian 77
xi
SENARAI KES
PERKARA HALAMAN
FASAKH
1) Jamilah binti Abd Rahman (P)
Lawan 79
Rosely bin Utot (D)
2) Norhayati binti Jamnat (P)
Lawan 81
Nasrun bin Mohd Yunus (D)
3) Salina binti Shamsuddin (P)
Lawan 82
Mustafa bin Abdul Hamid (D)
TALAQ
1) Zulaina binti Shabudin (P)
Lawan 84
Abd Hallim bin Ismail (D)
2) Tuminah binti Ahmad Jani (P)
Lawan 88
Md Ghazali bin Abd Wahab (D)
xii
3) Nurul Ainan binti Che Murat (P)
Lawan 91
Mohd Rasidi bin Zainol Abidin (D)
4) Raja Fahrin Zam Zam bin Raja Idris (P)
Lawan 93
Siti Morni binti Ngadiman (D)
KHULU’
1) Zahara binti Mohamed (P)
Lawan 95
Ramli bin Bidin (D)
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
I Surat Mendapatkan Maklumat
II Soalan Temu Ramah
III Peguam I
Peguam II
IV Statistik I
V Statistik II
VI Surat Memohon Statistik Kes Perceraian di Negeri Johor
xv
SENARAI SINGKATAN
SWT - Subhanahu Wa Taala
SAW - Sallahualaihi Wasallam
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UM - Univesiti Malaya
BIL - Bilangan
NO - Nombor
(P) - Plaintif
(D) - Defendan
SPI - Sarjana Pengajian Islam
SDN.BHD - Sendirian Berhad
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Perkahwinan merupakan satu Sunnah Rasulullah SAW yang mana sekiranya
seseorang itu mampu untuk mendirikan rumah tangga maka seseorang itu hendaklah
melakukannya kerana setelah seseorang itu mendirikan rumah tangga maka sempurnalah
sebahagian agamanya dan yang selebihnya adalah dengan melakukan ibadah dan
bertaqwa kepada Allah SWT, tuntutan perkahwinan ini berdasarkan firman Allah SWT:
...
2
Terjemahan: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu
(wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara
kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan
(yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Surah al-Rum: 30:21)
Berdasarkan ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT begitu memahami
kehendak hamba-hamba-Nya yang sememangnya menginginkan perasaan cinta dan
kasih sayang terhadap sesama insan yang bernama kekasih. Perasaan cinta ini lahir
dalam diri seseorang tanpa diminta atau dipaksa. Justeru itu, sekiranya seorang lelaki
mencintai seorang wanita yang mana berniat ingin mengambil wanita berkenaan
menjadi suri rumah tangga maka hendaklah lelaki berkenaan menyuarakan perasaan dan
keinginannya itu kepada wanita berkenaan dan hendaklah mengikut lunas-lunas syarak
seperti pergi merisik, bertunang dan seterusnya berkahwin.
Namun, tidak semestinya hubungan perkahwinan itu akan berkekalan hingga
hujung nyawa kerana setiap perkahwinan itu tidak terlepas dengan dugaan dan cabaran
yang mana kadang-kadang ianya akan membawa ke arah perceraian atau terputusnya
ikatan sesebuah perkahwinan itu. Perceraian ini berlaku disebabkan banyak faktor yang
mendorong tercetusnya bibit-bibit pergolakan dalam rumah tangga pasangan terbabit.
Antara contoh senario yang membawa kepada tercetusnya pergolakan rumah tangga
adalah seperti perasaan cemburu yang melampau, pergaduhan antara suami isteri,
penglibatan pihak ketiga iaitu ahli keluarga dan sebagainya.
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa terdapat beberapa jenis perceraian dalam
syariat Islam. Antara jenis-jenis perceraian dalam Islam adalah perceraian jenis talaq,
fasakh, khulu, lian serta ila‟. Kelima-lima jenis perceraian ini sememangnya mempunyai
3
kelainan yang tersendiri dan mengandungi faktor-faktor yang berbeza. Konteks
perceraian ini akan di kupas dengan lebih lanjut pada bahagian yang seterusnya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dewasa ini, isu perceraian merupakan satu isu yang dianggap satu permainan
dalam kehidupan sesebuah keluarga kerana mereka tanpa segan silu menghebahkan
perceraian mereka kepada pihak umum dan ada sesetengah pihak merasa bangga dengan
perceraian itu, sedangkan Islam amat menjaga ikatan yang suci itu dan walaupun
perceraian itu dibenarkan namun ianya satu perkara yang amat dibenci oleh Allah SWT.
Namun, apa yang dapat kita lihat sekarang adalah bagaikan saban hari ada kes
yang membabitkan perceraian. Kalau dahulu kes perceraian ini amat sukar untuk berlaku
dan kadang-kadang hanya satu atau dua kes sahaja yang dilaporkan tetapi kini senario
ini bagaikan sudah menjadi isu biasa kerana banyaknya kes perceraian yang dicatatkan.
Dengan kecanggihan teknologi yang tidak dapat di sangkal lagi kemajuannya, maka
hari ini ada sebahagian suami yang sanggup melafazkan cerai (talaq) kepada isteri
dengan hanya menghantar pesanan ringkas (SMS). Inilah salah satu masalah dari sudut
teknologi yang mana penggunaannya di salah erti oleh sebahagian pengguna terutama
pengguna yang beragama Islam.
Selain cerai melalui SMS, masalah kepincangan rumah tangga pada akhir-akhir
ini semakin membimbangkan kerana pada hari ini kebanyakan suami sanggup mendera
dan menyakiti pasangannya tanpa ada perasaan kasihan. Sebagai contoh; seorang suami
sanggup menyimbah asid pada badan isteri dan ada yang sanggup mengugut untuk
membunuh isterinya. Hal seperti ini harus di bendung dan di banteras dengan secepat
yang mungkin kerana ini bukan hanya memburukkan nama keluarga malah negara juga
turut tercemar kerana masalah perceraian ini akan mendatangkan masalah yang lebih
teruk seperti peningkatan kadar jenayah, masalah sosial dan sebagainya.
4
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah terbabit maka wajarlah kajian ini dilakukan
kerana masalah ini melibatkan masalah Hukum Syarak dan isu ini amat penting untuk
dikupas dengan lebih terperinci. Ini adalah kerana hampir saban tahun statistik
menunjukkan kadar peningkatan kes perceraian di negara ini terutama di dalam Negeri
Johor. Di samping itu juga, masalah perceraian yang menggunakan kemudahan
teknologi, perceraian melalui penderaan secara mental dan juga perceraian melalui
penderaan secara fizikal akan dibincangkan dengan lebih lengkap.
Penyelidik mendapati bahawa isu ini amat menarik untuk dikaji dan dikongsi
dengan masyarakat kerana dengan hasil penyelidikan ini mampu untuk memberi
pendedahan kepada masyarakat tentang masalah ini dan faktor yang mendorong
berlakunya masalah ini, seterusnya mencari alternatif yang lebih sesuai dan efisien
dalam mengatasi permasalahan ini dari terus berleluasa.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui kadar statistik perceraian
yang berlaku di dalam Negeri Johor yang mana menurut statistik perceraian mendapati
Negeri Johor mempunyai kadar statistik perceraian yang agak tinggi. Di samping itu
juga, tujuan kajian ini di buat adalah untuk mengetahui sejauh mana faktor perceraian ini
mampu mempengaruhi kepada masalah remaja pada hari ini yang semakin hari semakin
berleluasa dan ini amat membimbangkan masyarakat seluruhnya. Akhir sekali tujuan
kajian ini adalah untuk mencari jalan bagaimana cara yang terbaik bagi mengurangkan
kadar kes perceraian di dalam Negeri Johor. Secara khusus objektif kajian adalah:
1) Menganalisa statistik perceraian yang berlaku di Negeri Johor dari tahun 2005-
2009.
5
2) Menjelaskan faktor-faktor berlakunya perceraian.
3) Membincangkan jenis-jenis Perceraian Menurut Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negari Johor) 2003.
4) Mengenal pasti dan menyatakan cara untuk mengurangkan kes perceraian ini.
1.5 Persoalan Kajian
Terdapat beberapa persoalan kajian dilakukan untuk menjalankan penyelidikan
ini. Persoalan kajian tersebut adalah:
1) Berapa peratus statistik perceraian di Negeri Johor yang direkodkan sepanjang
tahun 2005-2009.
2) Apakah faktor-faktor yang mendorong berlakunya perceraian.
3) Apakah kategori Perceraian Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Negeri Johor) 2003.
4) Apakah langkah-langkah yang terbaik bagi mengurangi masalah perceraian ini.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan
mengenai perceraian yang berlaku di Negeri Johor yang bermula dari faktor tercetusnya
perceraian sehingga selesai prosedur perceraian terbabit. Kajian ini adalah untuk
dikongsi bersama dengan orang awam agar mereka mengetahui punca-punca tercetusnya
perceraian dan bagaimana pihak Jabatan Agama Johor menyelesaikan permasalahan