perbandingan model addie dan assure

Upload: munirah-md-sofi

Post on 14-Jan-2016

43 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Perbandingan yang terperinci

TRANSCRIPT

Perbandingan Model Addie dan Assure

Perbandingan Model Addie dan Assure

MODEL ASSUREPerbezaanMODEL ADDIE

Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989).

PengasasModel ini telah diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987.

Untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.

DefinisiMerupakan proses generik yang perlu diubah suai sebelum dapat digunakan. Ia adalah merupakan rangkaian soalan yang akan membantu guru membuat reka bentuk pengajarannya

Model ini berskala kecil dan lebih tertumpu kepada perancangan pengajaran bilik darjah dan boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dalam pengajaran.FokusLima komponen utama yang boleh digunakan untuk merancang pengajaran yang sistematik.

Analyse learner (Analisis pelajar).

Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mengetahui ciri-ciri umum murid seperti umur, darjah/tingkatan, latarbelakang murid , tahap sosio ekonomi dan lain-lain lagi.State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).

Pembelajaran membawa perubahan dari segi penguasaan pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku. Seperkara itu, apa yang dipelajari itu perlu mempunyai objektif yang jelas dan konkrit supaya objektif pembelajaran dapat diukur pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.Select media and method (Pilih media dan kaedah).

Terdapat empat langkah dalam proses ini iaitu:

menentukan jenis teknologi yang sesuai digunakan

memilih kaedah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran

memilih format media yang sesuai ke atas kaedah yang dipilih

memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilihUtilise media and method (Gunakan media dan kaedah).Penggunaan bahan sumber perlu tepat pada tempat dan masanya. Sebelum

penggunaan, pastikan anda semak langkah-langkah seperti di bawah:

semak bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas.

sediakan bahan untuk penggunaan di dalam kelas

sediakan persekitaran untuk membolehkan pengguanan yang optimum

sediakan murid dari segi emosi dan fizikal untuk mendapatkan manfaat daripada bahan sumber

sediakan pengalaman pembelajaran untuk murid

Require learner response (Dapat respons pelajar).

Guru boleh merancangkan sesi pengajaran-pembelajaran yang melibatkan murid melalui kaedah berpusatkan murid. Contoh aktiviti berpusatkan murid seperti menyediakan projek. Ini akan dapat memotivasikan murid dan membolehkan guru mengukur perubahan tingkah-laku murid.Evaluate (Nilai bahan, kaedah dan seluruh proses pengajaran).

Penilaian semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran membolehkan guru membuat penambahbaikan dan pembetulan serta menjalankan tindakan susulan yang sesuai melalui amalan refleksi.Jenis PeringkatAnalisisSasaran kumpulan murid, ciri-ciri pembelajaran murid, objektif pengajaran, tempoh masa yang digunakan, strategi pengajaran yang dipilih dan pengalaman lepas murid.DesignTumpuan akan diberikan kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran, penentuan objektif pembelajaran, penyampaian isi kandungan, alat pentaksiran yang akan digunakan, pemilihan jenis media yang sesuai dan juga latihan pengukuhan dan pengayaan yang akan diberikan ke atas murid mengikut tahap penguasai kemahiran yang telah disampaikanDevelopPemilihan isi kandungan dan penggunaan teknologiImplement

Melibatkan keseluruhan proses pengajaran- pembelajaran iaitu daripada pemahaman tentang kurikulum, penentuan hasil pembelajaran, pemilihan strategi pengajaran, pemilihan media pengajaran, penggunaan alat pentaksiran yang sesuai dan bentuk ujian.EvaluationMerangkumi dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.