perayaan di malaysia

13
PERAYAAN DI MALAYSIA TAHUN 5 CEMERLANG SK KELEBANG JAYA.

Upload: mohd-dali-bakar

Post on 15-Aug-2015

281 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perayaan di malaysia

PERAYAAN DI MALAYSIA

TAHUN 5 CEMERLANGSK KELEBANG JAYA.

Page 2: Perayaan di malaysia

HARI RAYA AIDIL FITRI

Page 3: Perayaan di malaysia

Hari Raya Aidilfitri merupakan peristiwa atau lebih dikenali sebagai perayaan yang disambut oleh umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Secara ringkasnya, perayaan ini disambut selepas bulan Ramadhan bagi menandakan kejayaan umat Islam berpuasa(menahan nafsu) selama sebulan.

Page 4: Perayaan di malaysia

TAHUN BARU CINA

Page 5: Perayaan di malaysia

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.

Page 6: Perayaan di malaysia

DEEPAVALI

Page 7: Perayaan di malaysia

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Deepavali atau lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita..

Page 8: Perayaan di malaysia

KRISMAS

Page 9: Perayaan di malaysia

Hari Natal (Krismas) merupakan perayaan menyambut kelahiran Jesus Christ di Bethlehem

yang disambut oleh semua pengikut ugama Nasarani (Kristian) di dunia.

Perayaan hari Natal bermula dengan menghiasi pokok Krismas di rumah dan di gereja. Ahli keluarga

bertukar hadiah pada hari Natal dengan meletakkannya di bawah pokok krismas.

Page 10: Perayaan di malaysia

PESTA KEAMATAN

Page 11: Perayaan di malaysia

Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazan / Dusun sebagai meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah. Pesta Kaamatan biasanya disambut sepanjang bulan Mei.

Page 12: Perayaan di malaysia

PERAYAAN GAWAI

Page 13: Perayaan di malaysia

Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Perayaan ini selalunya disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun.