peranan wanita dalam pendidikan anak dari … fileprosiding seminar antarabangsa al-quran dalam...
TRANSCRIPT
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
259
PERANAN WANITA DALAM PENDIDIKAN ANAK
DARI PERSPEKTIF FI ZILAL AL-QURAN
NOORAIHAN ALI, ASYRAF AB RAHMAN, NOOR ELIZA ABDUL RAHMAN
& MOHD HILMI ABDULLAH
Abstrak: Menurut perspektif fi zilal al-Quran, wanita mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan
anak-anak, keluarga dan masyarakat Islam. Realiti ini dapat dilihat sejak zaman kebangkitan awal Islam lagi.
Peranan yang besar telah dimainkan oleh isteri-isteri Rasulullah (SAW) dan para sahabat dalam menyokong
aktiviti dakwah dan pendidikan masyarakat Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengupas kedudukan dan
peranan wanita dalam konteks pendidikan masyarakat Islam dengan merujuk kepada perbincangan yang
diutarakan oleh Sayyid Qutb (1906-1966) melalui ayat-ayat terpilih dalam Fi Zilal al-Quran. Kedudukan
wanita generasi awal Islam dan sumbangan mereka, cabaran yang dihadapi, serta bentuk sokongan yang
dimainkan oleh wanita dalam pendidikan anak-anak, keluarga dan masyarakat juga turut dibincangkan
sebagaimana yang dibahaskan oleh Syed Qutb. Kajian kualitatif ini memperolehi data melalui analisis ayat-
ayat terpilih dalam Fi Zilal al-Quran. Data kajian ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah
analisis tema (thematic analysis). Dapatan kajian menunjukkan bahawa wanita mempunyai peranan yang
besar dalam pendidikan keluarga dan masyarakat Islam bagi melahirkan generasi beriman, beramal dan
berakhlak mulia.
Kata kunci: Pendidikan, masyarakat Islam, sumbangan wanita.
PENGENALAN
Dalam era pemodenan ini, peranan wanita dalam pembangunan negara menjadi semakin
penting. Perubahan sosio ekonomi dalam kehidupan di sesebuah negara yang serba moden
menjadikan peluang pekerjaan telah terbuka luas untuk wanita. Sebahagian besar wanita
dewasa ini terlibat dalam pelbagai sektor pekerjaan di luar rumah. Peranan kaum wanita
tidak lagi terhad di rumah sebagai ibu mahu pun isteri bahkan juga dalam pelbagai aktiviti
pekerjaan di luar rumah. Mereka menceburi pelbagai bidang pekerjaan yang meliputi
aktiviti ekonomi tidak formal hinggalah kepada bidang profesional dan iktisas (Asyraf Ab
Rahman, 2010). Faktor ini mengganggu gugat proses pendidikan anak-anak oleh ibu-ibu
yang bekerja di luar rumah sekiranya mereka tidak dapat memanfaatkan masa bersama
anak-anak dengan baik. Atas dasar inilah Syed Qutb (1992) amat keras membantah wanita
bekerja di luar rumah. Menurut beliau gejala keruntuhan akhlak anak-anak di negara Barat
adalah kesan daripada ibu yang keluar bekerja menyara keluarga. Rentetan itu, anak-anak
tidak mendapat perhatian dan didikan yang sewajarnya daripada si ibu (Sayyid Qutb
(1992): 646).
Terdapat banyak kajian yang membahaskan tentang peranan wanita dalam
pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara dalam konteks al-Qur’an dan Sunnah
Rasul (SAW) secara saintifik. Namun, kajian secara khusus berkaitan peranan mereka
dalam pendidikan anak-anak daripada perspektif Fi Zilal al-Quran masih boleh dikatakan
belum ada. Timbul persoalan apakah pandangan pengarang kitab tersebut terhadap peranan
wanita dalam mendidik anak-anak berdasarkan analisis ayat-ayat Quran yang berkait
dengan pendidikan anak-anak. Sementelahan dengan pandangan beliau yang agak keras
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018 Penyunting: Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Tengku Fatimah
Muliana Tengku Muda, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin,
Sumayyah Abdul Aziz, Nooraihan Ali, Kamaruddin Awang Mat, Azzyati Mohd Nazim,
Nadhirah Nordin, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Noorsafuan Che Noh
© Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
ISBN 978-967-0899-96-1 (2018), http: //www.fki.unisza.edu.my
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
260
membantah wanita kelauar bekerja. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk
meneliti persoalan yang menjurus kepada peranan wanita dalam mentarbiyyah dan
mendidik anak-anak melalui tinjaun pandangan dan perbahasan Sayyid Qutb dalam kitab
tafsirnya yang masyhur iaitu Fi Zilal al-Quran. Pandangan Sayyid Qutb yang diutarakan
dalam Fi Zilal al-Quran akan dibahaskan secara relevan dalam konteks masyarakat
kontemporari yang semakin goyah nilai kekeluargaan. Ini adalah kerana semakin lunturnya
sumbangan serta peranan golongan wanita dalam menyokong kekuatan institusi keluarga
melalui pendidikan anak-anak.
Sejarah Islam telah menunjukkan bahawa wanita mempunyai peranan yang besar
dalam pendidikan dan pembangunan masyarakat. Era kegemilangan umat Islam telah
memperlihatkan betapa golongan wanita mempunyai kedudukan yang begitu mulia lagi
penting dalam masyarakat. Di sisi Allah kedudukan lelaki dan wanita adalah sama. Hal ini
demikian kerana dua golongan ini masing-masing mempunyai tanggungjawab yang perlu
disempurnakan daripada segenap aspek kehidupan. Ianya meliputi perkara yang berkait
dengan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, dan haji atau ibadat umum seperti
bercakap benar, berbaik sangka dan sebagainya. Penyamarataan kaum lelaki dan wanita
adalah bersandarkan firman Allah yang bermaksud: ‘Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia
(baik lelaki dan wanita), kecuali mereka hanya beribadah kepada-Ku’ (al-Quran, al-
Zariyat: 56).
Rasulullah SAW amat menitik beratkan tentang pendidikan wanita. Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: Tiga orang yang akan mendapat dua pahala sekali gus dan
seseorang yang bersamanya seorang perempuan, lalu dia mendidik dengan sebaik-baik
pendidikan dan mengajarnya dengan sebagus-bagus pengajaran. (Bukhāri, kitab: al-‘Ilm,
Juzuk: 1 dalam Azyatti M.N, Fariza M.S et Al, 2012) Setelah menyebutkan hadis di atas,
Bukhāri membuat satu bab pembahasan dengan judul, “Nasihat dan pengajaran seorang
imam kepada kaum wanita”. Bahkan pada zaman Madinah, kaum wanita telah mendapat
pendidikan secara langsung daripada Rasulullah SAW. Mereka telah mendapat kesempatan
yang cukup besar untuk mempelajari ilmu daripada Rasulullah SAW serta mendapat hari
khusus untuk mempelajari ajaran-ajaran agama daripada Rasulullah SAW. Hasil didikan
Rasul ini telah melahirkan ramai tokoh ilmuan wanita seperti Aisyah, Ummu al-Mukminin
r.a, Ummu Athiyah al-Ansariyyah dan Ummu Fadhl binti al-Hārith (Azyatti M.N, Fariza
M.S et Al, 2012)
Berdasarkan sunnah Rasul tadi, Ibn Hajar berpandangan bahawa dalam hal
pendidikan, kaum wanita tidak dihadkan untuk menuntut ilmu dengan keluarga dekatnya
sahaja malah dibolehkan untuk menuntut ilmu dengan seorang imam besar (ulama, ustaz)
atau orang yang dipercayai. Ini juga menunjukkan bahawa menjadi tanggungjawab sebuah
negara untuk memberikan pendidikan dan pengajaran kepada kaum wanita sesuai dengan
ketentuan syariat. Tambahan pula, sesuatu bangsa akan berjaya apabila wanitanya
mendapat pendidikan yang sempurna, bermaruah dan berakhlak mulia. Ini adalah kerana
kehalusan sifat wanita serta ketajaman perasaan seseorang ibu boleh memindahkan segala
kebaikan yang ada padanya untuk diwarisi oleh anak-anaknya. Sebagaimana perbahasan
al- Mawardi (hlm 187, 1987) tentang wanita yang bergelar ibu yang menyatakan bahawa
seseorang ibu mempunyai sifat lebih mengasihani dan menyayangi anak-anak yang terhasil
dari kelembutan hati dan kehalusan sifat mereka. Faktor ini membawa kepada besarnya
peranan mereka bagi menitik beratkan tarbiyyah dan didikan anak dari aspek rohani dan
jasmani. Bahkan kata-kata hikmah ada berbunyi: Wanita itu tiang negara, wanita itu baik,
maka baiklah negara itu, tetapi bila dia rosak, maka rosak pulalah negara itu (Abu Mohd
Jibril, 1986). Oleh itu kaum wanita perlu diberikan pendidikan yang sewajar dan
secukupnya kerana mereka merupakan pendidik atau guru yang paling layak serta
berpotensi untuk mendidik anak-anak dan anak bangsa mereka dengan baik.
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
261
KAEDAH PENYELIDIKAN
Data kajian ini diperolehi daripada satu penyelidikan kualitatif yang menggunakan
pendekatan analisis kandungan. Dalam kajian seperti ini pengkaji menilai dan
menganalisis kewujudan makna perkataan, konsep atau ayat yang terdapat dalam teks yang
menjadi fokus penyelidikan dan kemudian membentuk tema-tema tertentu yang wujud
hasil daripada perkataan, konsep atau ayat tersebut. Kajian ini akan memanfaatkan bahan
penulisan yang sedia ada (bahan arkib) daripada pelbagai sumber. Dalam konteks kajian
ini, analisis adalah dilakukan ke atas kitab peninggalan ulama besar Islam, iaitu Sayyid
Qutb. Fokus penyelidikan adalah berkaitan peranan wanita dalam pendidikan anak-anak.
Proses kajian bermula dengan pemilihan ayat-ayat al-Quran yang membahaskan
persoalan pendidikan anak-anak dan peranan wanita dari perspektif Islam. Untuk tujuan
ini, secara purporsive, ayat 12-19 dalam surah Luqman dalam kitab tafsir Fi Zilal al-Quran
yang disusun oleh Sayyid Qutb telah dipilih. Proses pengumpulan data dilakukan dengan
membaca secara teliti isi kandungan ayat-ayat terpilih tersebut dalam Fi Zilal al-Quran dan
tema pembahasan berkaitan dengan peranan wanita dalam pendidikan anak-anak dicatat.
Daripada tema ini, analisis dan pembahasan mengenainya dilakukan dengan menjadikan
tema yang dikenalpasti tersebut sebagai sub tajuk dalam pembahasan kajian ini.
Perbahasan tema yang dikenalpasti turut disokong dengan pandangan beberapa tokoh lain
yang berkaitan serta pendapat Sayyid Qutb sendiri dalam kitab-kitabnya yang lain.
Pemilihan kitab Fi Zilal al-Quran ini dilakukan kerana ia adalah dianggap antara
karya Sayyid Qutb yang teragung dan paling menonjol serta dibaca dan diterjemahkan ke
dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu. Manakala pemilihan ayat al-Quran yang
berkaitan kajian dipilih berdasarkan perkaitannya yang erat dengan peranan ibu bapa
dalam pendidikan anak-anak.
Fi Zilal al-Quran mula ditulis pada pertengahan 1951 dan hampir siap sepenuhnya
apabila penulis beliau dihukum gantung pada tahun 1966. Tema perbahasan dalam Fi Zilal
al-Quran merangkumi pelbagai aspek baik berkaitan politik, sosioekonomi, pembangunan
insan dan pembentukan keluarga dan masyarakat Islam (al-mujtama’ al-islami). Selain isu-
isu berkaitan kemelut yang melanda umat Islam khususnya tekanan dari Barat juga turut
dibahas. Tema-tema tersebut dibahaskan dalam konteks kerelevanannya dengan apa yang
telah disebut dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW). Isu berkaitan peranan wanita
dalam pendidikan anak-anak yang menjadi fokus perbincanagan kajian ini Fi Zilal al-
Quran dibahas berasaskan pentafsiran surah-surah seperti an-Nisa’, an-Nahl, al-Ahzab dan
Luqman. Perbincangan Sayyid Qutb berkaitan isu wanita dan sumbangannya adalah
berdasarkan pengalaman beliau sendiri sewaktu kecil dibesarkan dalam keluarga yang
cukup taat kepada ajaran agama. Ibu beliau Fatimah, adalah merupakan sumber inspirasi
yang banyak mengorbankan masa demi membentuk keperibadian anak-anaknya dengan
asuhan agama dan menghafaz ayat-ayat suci al-Quran. Pengorbanan tersebut telah
dirakamkan oleh Sayyid Qutb dalam buku beliau al-Taswir al-Fanni fi al-Quran:
Engkau mengharapkan agar Allah memberi kemudahan kepadaku untuk
menghafal al-Quran, selain Dia memberi kelebihan kepadaku dengan nada
suara yang baik (hafalan tersebut) agar aku mampu memperdengarkan bacaan
al-Quran setiap kali engkau ingin mendengarnya. Kemudian engkau telah
membuatkan aku memilih jalan baru ini setelah sebahagian dari cita-citamu
telah dimakbulkan dan (akhirnya) aku telah mampu menghafaz al-Quran
(seluruhnya) (Sayyid Qutb, 1994).
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
262
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Objektif kajian ini adalah untuk meneroka peranan wanita dalam pendidikan anak-anak
menurut pandangan Sayyid Qutb dalam tafsir Fi Zilal al-Quran dalam surah Luqman (ayat
13-19). Wacana ini penting bagi meningkatkan kefahaman umum, khususnya masyarakat
Islam tentang peranan seorang wanita atau ibu dalam memberi impak terhadap didikan
anak-anak.
Walaupun ayat al-Quran yang berkisar tentang nasihat atau cara didikan seorang
bapa iaitu Luqman al-Hakim kepada anaknya namun kupasan syed Qutb dalam fi zilal al-
Quran menyentuh peranan kedua ibu-bapa. Berasaskan analisis tafsiran dan ulasan
berkaitan ayat-ayat quran tersebut, terdapat empat tema yang ditonjolkan oleh Sayyid Qutb
berkaitan peranan ibu dan bapa dalam memberi didikan yang sempurna terhadap anak
mereka.. Tema-tema tersebut meliputi, (1) kejujuran dan ketulusan hati ibu bapa, (2)
kekuatan ikatan seorang ibu dan anak (3) ketaatan anak tidak boleh melangkaui aqidah,
dan (4) pengorbanan ibu dalam mendidik anak. Penemuan kajian mengenai peranan wanita
dalam mendidik anak-anak menurut perspektif fi zilal al-quran dibincangkan berasaskan
tema-tema ini.
Kejujuran dan ketulusan hati ibu bapa dalam mendidik anak-anak diungkapkan oleh
Syed Qutb ketika menafsir ayat ketiga belas surat Luqman:
13. “Dan (kenangilah) ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa
memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku! Janganlah engkau sekutukan
Allah, sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.”
Syed Qutb seterusnya mengungkap bahawa:
“Ini adalah satu nasihat yang jujur kerana tiada lain tujuan seorang bapa
melainkan supaya anaknya mendapat kebaikan dan tiada sikap yang wajar bagi
seorang bapa terhadap anaknya melainkan memberi nasihat. Di sini Luqmanul-
Hakim melarang anaknya dan mempersekutukan Allah dengan alasan bahawa
perbuatan syirik adalah suatu yang amat besar. Beliau menekankan hakikat ini
dua kali. Sekali dengan mengemukakan larangan dan menjelaskan alasannya
dan sekali lagi dengan menggunakan kata-kata penguat iaitu “inna” dan “lam”
pada “lazulmun”. lnilah hakikat yang dikemukakan Nabi Muhammad s.a.w.
kepada kaumnya lalu mereka mempertikaikannya dan mengatakan penceritaan
ini sebagai ada udang disebalik hatu. Mereka takut penceritaan ini bertujuan
untuk mencabut kekuasaan mereka dan menunjukkan kelebihan ke atas
mereka. Apakah yang ada pada nasihat Luqmanul-Hakim yang dikemukakan
kepada anaknya? Tidakkah nasihat seorang bapa kepada anaknya itu bersih
dari segala keraguan dan jauh dari segala sangkaan yang buruk? Sebenarnya
itulah hakikat yang amat tua yang disebut oleh setiap orang yang dikurniakan
Allah pengetahuan hikmat yang bertujuan semata-mata untuk kebaikan
bukannya tujuan yang lain darinya. lnilah penerangan psikologi yang
dimaksudkan disini” (http://alambuku.tripod.com/pdf/Tafsir+Fi+Zilal+-
+Ayat+Pilihan.pdf)
Penghkususan kata nama bapa sebagaimana yang diungkapkan oleh beliau tidak
menafikan ayat ini juga ditujukan kepada para ibu. Para ulama bersependapat bahawa
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
263
ungkapan dalam ayat al-Quran berkaitan para lelaki adalah termasuk juga para wanita
(Husna Husain & Ibrahim Hashim, 2017). Justeru wanita sebagai seorang ibu juga
memainkan peranan setaraf dengan seorang bapa dalam mendidik anak-anak untuk
mentauhidkan Allah dan bersifat jujur serta tulus tanpa mengharapkan apa-apa balasan
daripada anak-anak. Tujuan mereka mendidik adalah semata-mata untuk kebaikan dan
bukan tujuan yang selainnya. Menurut beliau sifat ini adalah anugerah semulajadi daripada
Allah kepada kedua ibu bapa supaya didikan mereka ini diterima oleh anak-anak dengan
hati yang terbuka.
Ayat keempat belas adalah merujuk kepada kekuatan hubungan ibubapa dengan
anak-anak dengan gaya bahas (uslub) al-Quran yang amat halus. al-Quran menggambarkan
hubungan tersebut dengan satu gambaran yang menarik, penuh mesra dan lemah lembut.
Namun begitu hubungan ‘aqidah adalah tetap diutamakan diikuti dengan hubungan darah
yang erat itu (Syed Qutb, 1992):
14. “Dan Kami telah menyuruh manusia supaya berbakti kepada dua orang
tuanya. Dia telah dikandung ibunya yang mengalami kelemahan demi
kelemahan dan masa lepas susunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku
dan kepada dua ibu bapa engkau dan kepada-Ku tempat kembali.”
15. “Dan jika mereka berdua mendesak engkau supaya mempersekutukanKu
dengan sesuatu yang engkau tidak mengetahui, maka janganlah engkau
ta’atkan kedua-duanya dan sahabatilah kedua mereka dengan baik di dunia ini,
dan ikutilah jalan orang-orang yang kembali kepada-Ku, kemudian kepada-
Kulah tempat kembali kamu dan Aku akan memberitahu kepada kamu segala
perbuatan yang telah dilakukan kamu.”
Dalam mentafsirkan ayat ini, Sayyid Qutb berpandangan bahawa kekuatan hubungan
ibu bapa dengan anak-anak adalah berhubungkait dengan fitrah kejadian seperti pernyataan
beliau:
Perintah kepada anak-anak supaya berbuat baik kepada ibu bapa berulang-
ulang kali disebut di dalam al-Qur’anul-Karim dan di dalam suruhan-suruhan
Rasulullah s.a.w., tetapi perintah kepada ibu bapa supaya berbuat baik kepada
anak-anak hanya disebut sedikit sahaja dan kebanyakannya mengenai peristiwa
menanam anak hidup-hidup, iaitu satu peristiwa tertentu yang berlaku di dalam
suasana-suasana tertentu. Ini disebabkan kerana fitrah semulajadi sahaja sudah
cukup untuk mendorong ibu bapa mengambil berat terhadap keselamatan anak-
anaknya. Fitrah semulajadi memang didorong ke arah melindungi generasi
baru untuk menjamin kesinambungan hayat sebagaimana yang dikehendaki
Allah. Ibu bapa akan mengorbankan tubuh badan mereka, saraf mereka, umur
mereka dan segala sesuatu yang mahal yang dimiliki mereka demi kepentingan
anakanak mereka. Mereka membuat pengorbanan-pengorbanan itu tanpa
bersungut atau mengadu, malah tanpa kesedaran mereka, malah mereka
berkorban dengan cergas dan senang hati seolah-olah merekalah yang
menerima. Pendeknya fitrah semulajadi sudah cukup untuk mendorong ibu
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
264
bapa menjaga anak-anaknya tanpa perintah, tetapi kepada si anak pula ia perlu
diperintah berulang-ulang kali supaya memberi perhatian kepada generasi ibu
bapa yang mengorbankan usia dan jiwa mereka kepada generasi baru bagi
menghadapi masa depan yang mendatang. Si anak tidak dapat menggantikan
pengorbanan yang telah dilakukan orang tuanya walaupun dia memberi seluruh
umurnya untuk mereka.
Syed Qutb seterusnya memberi gambaran yang khusus tentang kedudukan seorang
ibu dan peranan yang dimainkan olehnya seperti berikut:
Gambaran menarik di dalam ayat “dia telah dikandung ibunya yang mengalami
kelemahan demi kelemahan dan masa lepas susunya dalam dua tahun” adalah
menggambarkan bayangan dan pengorbanan mereka yang luhur itu. Si ibu
sudah tentu menanggung habuan pengorbanan yang lebih besar dan dia
melakukan pengorbanan itu dengan perasaan kasih mesra yang lebih hebat,
lebih mendalam, lebih lembut dan halus. al-Hafiz Abu Bakr al-Bazzar telah
meriwayatkan dalam musnadnya dengan sanadnya dari Burayd dari bapanya
bahawa seorang lelaki mengerjakan tawaf dengan mendukung ibunya lalu dia
bertanya Nabi s.a.w.: “Adakah saya telah membayar haknya (ibunya) beliau:
“Tidak, tidak, walau senafas pun”. Demikianlah dia tidak dapat membalas budi
ibunya walau senafas pun dan masa ia mengandung atau masa dia bersalin. Dia
mengandungnya dengan mengalami kelemahan demi kelemahan. (Syed Qutb,
hlm 2778/j5,1992)
Sifat lemah lembut, luhur, kasih sayang yang mendalam dan kehalusan perasaan
menjadikan seorang ibu lebih layak dan berkemampuan untuk mendidik anak dengan
penuh keluhuran dan keikhlasan. Ciri-ciri ini dilihat begitu penting bagi seorang ibu bagi
menatijahkan insan yang sempurna aqal fikiran dan berbudi pekerti yang tinggi. Kekuatan
hubungan seseorang bapa dengan anak juga tidak boleh dinafikan. Sesungguhnya, ibu dan
bapa saling perlu memerlukan antara satu sama lain ke arah pendidikan anakyang
sempurna berlandaskan syariat Islam sepertimana wujudnya pergantungan sesama
makhluk Allah; antara langit dan bumi, tumbuhan dan binatang, manusia dan seluruh alam.
Wanita diciptakan dengan penuh keistimewaan berbeza dengan penciptaan golongan
lelaki. Mereka merupakan golongan yang mulia lantaran pengorbanan yang dipikul oleh
mereka yang tidak mungkin mampu ditanggung oleh lelaki bersesuaian dengan fitrah
kejadian mereka. Contohnya kesediaan mengandungkan bayi selama sembilan bulan tanpa
jemu dan takut dengan kemungkinan bahaya yang ditanggung, menjaga dan menyusukan
anak-anak, selain berusaha menjaga perasaan dan hubungan hidup suami-isteri. Dalam hal
ini, ciri-ciri seperti cepat bertindak, perasaan kasihan belas yang tinggi dalam memenuhi
keperluan dan kemaslahatan anak-anak, amat sesuai dengan mereka ke arah pembentukan
keluarga yang utuh dan harmoni. Sifat-sifat sebegini menurut Sayyid Qutb amat susah lagi
mencabar dan tidak mampu ditanggung oleh golongan lelaki. Inilah keadilan Allah yang
mengetahui peranan setiap makhluk ciptaanNya sebagai khalifah dimuka bumi ini (Sayyid
Qutb, 1995).
Seterusnya Syed Qutb menukilkan gesaan Allah supaya memanjatkan kesyukuran ke
hadratNya selaku Pengurnia ni’mat yang pertama dan berterima kasih kepada ibu bapa
selaku pembuat budi atau pemberi ni’mat yang kedua. al-Quran mengatur kewajipan
manusia agar mula-mula bersyukur kepada Allah dan kemudian berterima kasih kepada
dua ibu bapa sebagaimana firmannya: 14. “Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua ibu
bapa engkau”
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
265
Beliau mnjelaskan bahawa walaupun ikatan erat dan mulia kedua ibu bapa dengan
anak itu begitu terserlah namun dalam susunan tertib ia hanya menduduki tempat yang
kedua selepas hubungan ‘aqidah. Kewajipan anak untuk patuh kepada orang tuanya perlu
relevan dengan syariat Allah. Oleh itu, anak-anak tidak diwajibkan patuh terhadap suruhan
kedua ibu bapa yang bertentangan dengan aqidah dan syariat Allah sebagaimana
firmanNya:
15. “Dan jika mereka berdua mendesak engkau supaya mempersekutukanKu
dengan sesuatu yang engkau tidak mengetahui, maka janganlah engkau
ta’atkan kedua-duanya.”
Menurut Syed Qutb:
Sampai di sini gugurlah kewajipan ta’at kepada dua ibu bapa, dan di sinilah
meningkatnya hubungan ‘aqidah mengatasi segala hubungan yang lain. Walau
bagaimana hebat usaha, perjuangan, desakan dan penerangan yang
dikemukakan oleh ibu bapa dengan tujuan memujuk si anak supaya
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak diketahui ketuhanannya,
maka dia diperintah supaya jangan ta’at kepada kehendak dua ibu bapa itu.
Itulah perintah dan Allah selaku tuan punya hati yang pertama yang pasti
ditaati Tetapi perbezaan ‘aqidah di antara anak dan ibu bapa, juga perintah
supaya jangan menta’ati ibu bapa dalam perkara-perkara yang bertentangan
dengan ‘aqidah, tidaklah menggugurkan hak ibu bapa dari mendapat layanan
yang baik dan persahabatan yang mesra dari anak-anaknya:
Baki perintah kepada manusia dalam hubungan mereka dengan ibu bapa
ialahKeperluan kehidupan berkeluarga Kehidupan berkeluarga merupakan keperluan fitrah
semulajadi manusia. Justeru itu konsep perkahwinan yang digalakkan oleh Islam adalah
sesuai dengan keperluan fitrah tadi yang saling perlu memerlukan antara lelaki dan wanita.
Dalam konteks kehidupan berkeluarga, pembentukan institusi kekeluargaan melalui
perkahwinan itu mempunyai peranan yang cukup besar dan bukan sekadar memenuhi
keperluan nafsu shahwat semata-mata. Ini adalah kerana keluarga itu adalah ibarat blok
binaan (building blocks) kepada keutuhan institusi masyarakat. Keruntuhan institusi
keluarga bermakna kehancuran kepada institusi masyarakat dan negara. Sayyid Qutb
membahaskan secara panjang lebar berkaitan isu ini. Beliau berpendapat bahawa
pembinaan keluarga melalui perkahwinan itu adalah satu proses pengagihan tugas secara
adil antara suami dan isteri ke arah melahirkan ahli masyarakat yang mampu menyumbang
kepada survival agama dan masyarakat kelak. Perkahwinan bukanlah demi memenuhi
keperluan syahwat semata-mata (Sayyid Qutb, 1995). Oleh itu pengagihan
tangggungjawab serta tugas secara adil seperti meletakkan tanggungjawab kepimpinan dan
pencarian nafkah di bahu suami dan pendidikan dan penjagaan anak-anak secara bersama
antara suami-isteri adalah satu pendekatan yang baik. Pengagihan tugas yang adil ini akan
melahirkan keharmonian dalam keluarga dan pembesaran anak-anak berlaku secara
sempurna lagi selaras dengan hakikat asal kejadian lelaki dan wanita itu sendiri. Malahan
pembentukan keperibadian manusia dan proses pentarbiyahan mereka memakan masa
yang lama dan tidak seperti pembesaran haiwan yang berakhir dengan bertemu pasangan
dan beranak pinak. Pembentukan manusia bermula dengan penekanan nilai kerohanian
seawal bayi dalam kandungan, sesudah itu pentarbiyahan akhlak Islam, tunjuk ajar yang
betul tentang kehidupan bermasyarakat dan hakhak dan tanggungjawab yang perlu
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
266
dimainkan adalah penting ke arah mencapai keredhaan Ilahi (Sayyid Qutb, 1995). Ibu
adalah berperanan besar bermula dengan penyusuan bayi pada peringkat dua tahun
pertama, diikuti dengan belaian dan kasih sayang yang berterusan (Sayyid Qutb, 1995). S
Sebaliknya, sesebuah institusi keluarga yang didasari keperluan kepuasan seksual,
cinta yang buta akan mengundang keruntuhan ketamadunan umat seluruhnya kerana
perasaan tanggungjawab dan amanah baik di pihak suami atau isteri telah diketepikan.
Menurut Sayyid Qutb, bilamana seorang isteri melihat keperluan material seperti gaji yang
mahal, pekerjaan yang mampu menghasilkan wang yang banyak lebih baik dari
mengorbankan masa menumpu dan membesarkan anak-anak yang solih, maka tunggulah
kehancuran institusi kekeluargaan dan masyarakat tersebut. Senario yang berlaku di
negara-negara maju seperti Perancis, Rusia dan beberapa negara Eropah jelas
memperlihatkan berlakunya penyimpangan ini (Sayyid Qutb, 1995). Pandangan ini turut
dikongsi oleh Yusuf al-Qardawi (1993) apabila beliau melihat persekitaran yang berlaku di
Barat amat jauh bezanya dengan ajaran Islam. Ini kerana wanita di Barat telah diabaikan
hak mereka dalam banyak aspek, baik berupa material, dan keperluan hidup. Oleh itu,
mereka bekerja adalah atas dasar keperluan mendesak bagi menyara kehidupan dan bukan
lagi pilihan. Tanpa bekerja mereka mungkin akan terpinggir dan mati kelaparan kerana
kurang diberi bantuan sama ada dari saudara lelaki, ibu bapa maupun keluarga.
Kecenderungan Sayyid Qutb yang cuba meletakkan kedudukan wanita di tempat yang
sewajar perlu dilihat secara positif dalam konteks pembentukan keluarga dan masyarakat
yang utuh. Walaupun dari satu sudut, seolah-olah wanita hanya berada di rumah, namun
perlu diingat bahawa wanita turut berperanan diluar rumah asalkan pekerjaan tersebut
sesuai dengan status mereka yang perlu dipelihara agar tidak menimbulkan sebarang fitnah
dan sebagainya. Kalau dilihat dari sudut perjuangan gerakan Ikhwan alMuslimun di Mesir
di era 1960-an, maka didapati bahawa terdapat para wanita yang turut serta membantu
gerakan dalam menyampaikan dakwah Islam termasuk saudara perempuan Sayyid Qutb
iaitu, Aminah dan Hamidah. Kedua-duanya turut terlibat secara aktif bersama Sayyid Qutb
baik dalam penulisan dan penyampaian ceramah kepada tahap pengislahan masyarakat
Mesir pada ketika itu (Salah Abd al-Fattah al-Khalidi, 1985).
Pendekatan positif Sayyid Qutb terhadap wanita ini turut diakui oleh Sarjana Yahudi,
Haim (1982) yang mengupas buku Sayyid Qutb, al-Madinah al-Mansyurah yang
mengisarkan seorang wanita bernama Shehrizat yang secara berani meminta keizinan dari
raja dari menjalankan tugasan di istana atas alasan ingin menumpukan perhatian
membesarkan anak-anaknya: Saya memohon ingin kembali kepada tiga orang anak-anak
saya, membesarkan mereka agar mereka menjadi golongan yang berguna kepada orang
tua. Saya tidak lagi sanggup Tuan untuk selamanya bergantung kepada urusan kerja
pentadbiran (di istana) (Haim, 1982). Keinginan yang ditunjukkan oleh wanita tersebut
lahir dari hati nurani kewanitaan JGD – Journal of Governance and Development 19 Vol.6,
2010 (14 - 21) yang telah dianugerahkan Allah kepadanya secara fitrah. Manakala
kebergantungan anak-anak kepada ibu mereka lebih dari yang lain juga adalah secara
semulajadi sebagaimana telah ditetapkan oleh Allah. Penyelewengan matlamat
pembentukan keluarga sepertimana banyak berlaku di negara-negara maju (Barat
umpamanya) jelas membuktikan ketempangan budaya yang mereka ikuti. Masyarakat
Jahili sebagaimana dilebelkan oleh Sayyid Qutb ini, tidak lagi mampu membezakan antara
keperluan kemanusiaan dan dorongan nafsu ’kebinatangan’. Justeru itu pergaulan bebas
lelaki dan wanita tanpa ikatan perkahwinan, dan perzinaan tidak lagi dianggap pelik atau
menyalahi pandangan hidup ahli masyarakat. Bahkan, ia telah dianggap sah dan
merupakan satu tarikan atau sumber pendapatan bagi negara (Sayyid Qutb, 1995).
Qutb mengambil contoh pasangan yang tidak berkahwin di Rusia di sekitar 1960an
sepertimana berikut; lelaki mula meniduri wanita seawal usia 18 tahun. Manakala wanita
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
267
pula pada usia 15 tahun. Sebanyak 95% daripada remaja lelaki telah melakukan hubungan
jenis pada usia 21 tahun (Sayyid Qutb, 1995). Senario ini jika dilihat dalam konteks hari
ini, maka jumlahnya adalah jauh lebih tinggi memandangkan semakin kurangnya
penekarnan aspek agama dalam kehidupan masyarakat selain kemasukan budaya songsang
yang semakin rancak atas nama globalisasi dan modernisasi yang digembar-gemburkan
selama ini.
Ketaatan asas kesolehan wanita Sayyid Qutb menggariskan beberapa kewajipan yang
perlu bagi wanita terhadap suaminya iaitu ketaatan, menjaga kehormatan diri, harta dan
anak-anak sewaktu ketiadaan suami sesuai dengan gesaan al-Quran yang telah
menggariskan beberapa kewajipan-kewajipan tertentu bagi setiap lelaki dan wanita.
Kewajipan yang paling asas bagi wanita ialah mentaati suami dalam semua urusan
keluarga kecuali pada perkara yang dilarang agama seperti arahan meminum arak,
melakukan zina dengan lelaki lain (pelacuran), mencuri dan sebagainya. Sifat ketaatan ini
menurut Sayyid Qutb perlu lahir atas rasa cinta yang mendalam dan kasih sayang kepada
suami dan ahli keluarga dan bukan kerana keperluan kepada material atau dipaksa. Selain
itu suami perlu sentiasa memberi didikan agama dan nasihat kepada ahli keluarga agar
keharmonian yang dibentuk dapat dikekalkan sesuai dengan ayat al-Quran (al-Quran, al-
Tahrim: 6) berbunyi: Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka...’. Menjadi
tanggungjawab suami untuk memantau tindak-tanduk isterinya. Beberapa kaedah dalam
berhadapan dengan isteri yang derhaka turut digariskan oleh al-Quran seperti memberi
nasihat dan teguran yang baik, mengasingkan dari tempat tidur dan memukul sekadar
mendidik. Pendekatan sebegini menurut Sayyid Qutb adalah penting diambil tindakan
segera oleh pihak suami sebelum rumah tangga menjadi semakin goyah dan binasa (Sayyid
Qutb, 1995).
Kebenaran agama yang membolehkan lelaki memukul isteri dalam keadaan tertentu
pada pandangan Sayyid Qutb adalah sesuai dengan syarat pukulan itu sekadar mendidik
dan bukan bagi menyakiti si isteri, ibarat pukulan lembut dari seorang pendidik yang
menyayangi, ibarat pukulan seorang ayah kepada anaknya atau pukulan guru terhadap
murid yang dikasihinya (Sayyid Qutb, 1995). Pendekatan sebegini walau bagaimanapun
adalah sama sekali tidak perlu sekiranya kedua belah pihak masih mampu mencari jalan
penyelesaian yang lebih baik dan saling wujud pemuafakatan (Sayyid Qutb, 1995).
Ketaatan juga merupakan gambaran kesolehan wanita di sisi agama. Ini adalah kerana sifat
taat setia yang ditunjukkan menggambarkan tahap keimanan dan ketaqwaan mereka
kepada Allah. Ketaatan yang dibuktikan dengan mengenepikan dorongan nafsu dan
keseronokan duniawi di luar rumah demi membentuk keperibadian ahli keluarga selain
mencari keredaan Allah dianggap satu pengorbanan yang cukup besar bagi wanita. Kerana
itu adalah adil apabila Islam mewajibkan lelaki keluar berjihad apabila JGD – Journal of
Governance and Development 20 Vol.6, 2010 (14 - 21) ada keperluan manakala wanita
diberi pilihan berbuat demikian dengan harapan mereka dapat mendidik anak-anak dengan
baik agar dapat membina satu generasi umat Islam yang mampu mengikuti jejak langkah
bapa mereka kelak (Sayyid Qutb, 1995). Keutamaan menjaga keperluan ahli keluarga dan
anak-anak bukanlah menafikan sama sekali hak wanita untuk keluar rumah. Sebaliknya,
apa yang ditekan ialah dari sudut kesesuaian fitrah kejadian wanita yang dilihat lebih
relevan berbanding lelaki dalam mengurus keperluan dan pembesaran anak-anak di rumah
disamping bantuan para suami. Selain itu, keperluan ini juga adalah bagi menjaga
kehormatan dan kemuliaan wanita itu sendiri. Sayyid Qutb mengakui hakikat ini dengan
menegaskan bahawa kelonggaran yang dibenarkan oleh agama bagi wanita untuk keluar
dari rumah adalah atas sebab keperluan dan hajat yang mendesak. Dalam konteks ini,
bekerja demi menjaga anak-anak yang ketiadaan bapa adalah termasuk dalam keperluan
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
268
mendesak, selain membantu para suami yang tidak lagi mampu bekerja kerana kecacatan
yang dialami dan sebagainya.
Wanita di zaman Rasulullah (SAW) umpamanya, tidak ditegah untuk mereka keluar
menunaikan solat berjamaah dan mendengar pengajaran Baginda (SAW) di masjid.
Mereka keluar beramai-ramai dalam keadaan menutup kepala mereka sehingga tidak
dikenali oleh kebanyakan orang dan tidak pula menimbulkan sebarang fitnah. Berdandan
dan berhias adalah jauh sama sekali demi menjaga kehormatan dan martabat yang ada pada
mereka. Inilah gambaran kesolehan wanita sepertimana ayat al-Quran yang bermaksud:
Maka wanita yang solih itu adalah terdiri dari mereka yang taat lagi patuh (kepada Allah
dan kepada suami-suami mereka) dan memelihara diri di waktu ketiadaan suami (al-Quran,
an-Nisa: 34).
Pengorbanan wanita dalam kehidupan berkeluarga Keutuhan institusi keluarga
adalah umpama keutuhan batu-bata yang menampung kekuatan institusi masyarakat.
Justeru itu suami dan isteri perlu berusaha mengekalkan persefahaman dan muafakat dalam
menjaga hubungan mereka, serta hubungan dengan anak-anak mereka. Pengorbanan si
suami, melayan kerenah isteri dan anak-anak, keluar mencari rezeki bagi menampung
keperluan keluarga, adalah sesuatu yang tinggi nilainya di sisi agama. Begitu juga
pengorbanan isteri memelihara kehormatan diri, mentaati dan menjaga keperluan suami,
membesarkan anak-anak, dan memelihara aurat adalah termasuk dalam amalan kebaikan
yang disanjung tinggi. Menurut Sayyid Qutb, setiap pengorbanan yang dibuat
mengandungi hikmah-hikmah tertentu. Beliau mengambil contoh kisah yang berlaku di
zaman Rasulullah (SAW) bilamana kewajipan menutup aurat wanita mula dilaksanakan
(al-Quran, al-Ahzab: 59). Telah menjadi kebiasaan bagi penduduk Madinah waktu itu
untuk keluar membuang air di luar rumah di waktu malam. Keadaan ini telah digunakan
oleh orang-orang jahat untuk mengacau dan mengusik khususnya di kalangan wanita
Muslimah. Namun apabila mereka terserempak dengan wanita muslimah yang memakai
jilbab, lalu dijauhi kerana disangka mereka dari golongan yang berstatus tinggi lagi
dihormati. Manakala mereka terserempak dengan wanita yang tanpa berjilbab lalu terus
dikacau kerana menyangka wanita tersebut adalah terdiri dari golongan hamba yang tidak
mempunyai maruah dan kemuliaan ketika itu (Sayyid Qutb, 1995). Inilah antara hikmah
besar atas setiap suruhan Allah yang hanya mampu difahami oleh mereka yang beriman
dan bertakw
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya dapat dikatakan wanita mempunyai peranan besar dalam
pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Agama Islam mengiktiraf peranan kaum
wanita ini. Mereka diberikan ruang dan peluang untuk aktif dalam pembangunan seiring
dengan kaum lelaki. Pendekatan yang ditunjukkan oleh Sayyid Qutb dalam
membincangkan isu wanita cukup relevan berasaskan pengalaman dan pemerhatian JGD –
Journal of Governance and Development 21 Vol.6, 2010 (14 - 21) langsung beliau sendiri
terutama dalam suasana keluarga beliau di mana ibu dilihat banyak mempengaruhi tingkah
laku dan pemikiran anak-anak. Selain itu persepsi positif beliau terhadap wanita juga
dipengaruhi faktor pengamatan yang dilakukan oleh beliau sewaktu di Amerika di mana
punca keruntuhan rumah tangga dan kepincangan sistem kekeluargaan turut berpunca dari
hilangnya peranan wanita dalam keluarga. Justeru itu beliau melihat wanita berperanan
besar dalam mengembalikan semula kecemerlangan keluarga dan umat Islam. Pengagihan
tugas secara adil antara suami-isteri yang didasari aqidah Islamiyyah yang jelas adalah
penting dan didokong dengan kesesuaian bidang tugas selari dengan keadaan fikizal
mereka.
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
269
Walaupun pendekatan Sayyid Qutb dilihat mengenepikan kebebasan wanita, namun
ini bukan bererti wanita kehilangan hak sama sekali untuk keluar bekerja atau bersosial.
Apa yang ditekankan adalah dari sudut mencari formula yang sesuai ke arah membentuk
generasi umat yang cemerlang jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam hal ini, beliau
melihat peranan yang dimainkan wanita di rumah boleh merealisasikan kecemerlangan
tersebut kerana ia lebih serasi dengan kejadian wanita itu sendiri yang mempunyai sifat
lemah-lembut, penyayang dan mudah bertolak ansur dalam banyak perkara. Dalam konteks
masa kini, keperluan kehidupan yang semakin mendesak telah mendorong ramai wanita
untuk keluar bekerja dan mencari rezeki bagi menambah pendapatan keluarga. Namun
berdasarkan pengamatan sejarah wanita silam dan pandangan Sayyid Qutb, adalah lebih
baik sekiranya keperluan tersebut dilihat dari sudut kemaslahatan yang diperolehi kepada
diri, keluarga dan umat Islam. Di sini pemilihan kerja yang sesuai dengan fitrah dan
keupayaan wanita adalah lebih penting berbanding mengejar kedudukan dan kebendaan
agar ia memberi impak yang lebih baik kepada diri, keluarga dan masyarakat umumnya,
selain berupaya memelihara hak dan tanggungjawab sebagai isteri, dan ibu di rumah. Ini
adalah kerana peranan sebagai isteri dan pendidik di rumah itulah yang lebih utama dan
bakal diambil kira oleh agama kelak.
Walaupun pendekatan Sayyid Qutb dilihat mengenepikan kebebasan wanita, namun
ini bukan bererti wanita kehilangan hak sama sekali untuk keluar bekerja atau bersosial.
Apa yang ditekankan adalah dari sudut mencari formula yang sesuai ke arah membentuk
generasi umat yang cemerlang jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam hal ini, beliau
melihat peranan yang dimainkan wanita di rumah boleh merealisasikan kecemerlangan
tersebut kerana ia lebih serasi dengan kejadian wanita itu sendiri yang mempunyai sifat
lemah-lembut, penyayang dan mudah bertolak ansur dalam banyak perkara. Dalam konteks
masa kini, keperluan kehidupan yang semakin mendesak telah mendorong ramai wanita
untuk keluar bekerja dan mencari rezeki bagi menambah pendapatan keluarga. Namun
berdasarkan pengamatan sejarah wanita silam dan pandangan Sayyid Qutb, adalah lebih
baik sekiranya keperluan tersebut dilihat dari sudut kemaslahatan yang diperolehi kepada
diri, keluarga dan umat Islam. Di sini pemilihan kerja yang sesuai dengan fitrah dan
keupayaan wanita adalah lebih penting berbanding mengejar kedudukan dan kebendaan
agar ia memberi impak yang lebih baik kepada diri, keluarga dan masyarakat umumnya,
selain berupaya memelihara hak dan tanggungjawab sebagai isteri, dan ibu di rumah. Ini
adalah kerana peranan sebagai isteri dan pendidik di rumah itulah yang lebih utama dan
bakal diambil kira oleh agama kelak.
RUJUKAN
Nur, S., Abd, H., Izhar, M., Mohd, A., & Adnan, M. (2017). Peranan Wanita Dalam Institusi Kekeluargaan :
Perbincangan Dari Perspektif Islam, 12(3).
al-Mawardi. (1987). Adab al-Dunya wa al-Din, Dar maktabat al-hayat
al-Quran Abu Mohd Jibril Abdur Rahman. (1986). Wanita solihah: Ciri-ciri dan fungsinya. Kuala Lumpur:
Pustaka Syuhada.
Haim, Sylvia G. (1982). Sayyid Qutb. Asian and African Studies. 16, 147-156.
Salah Abd al-Fattah al-Khalidi. (1985). Sayyid Qutb: al-Shahid al-Hayyi. Amman: Maktabah al-Aqsa.
Sayyid, Qutb. (1995). Fi zilal al-Quran. Kaherah: Dar al-Shuruq.
Sayyid, Qutb. (1994). al-Taswir al-fanni fi al-Quran. Kaherah: Dar al-Maarif. Yusuf al-Qardawi. (1993).
Muslimah al-ghadd. Kaherah: dar al-Wafa’.
Abu Wafa. (2003). Sufi Dari Zaman Ke Zaman. Terj: Ahmad Rofi`i Usmani. Bandung: Pustaka Salman.
al-Fakhr al-Razi. (1938). al-Tafsir al-Kabir. Mesir: Iltizam .
al-Ghazali &`Adil al-`Awwa,ed. (1969). Iqtisad fi i`tiqad. Beirut: Dar al-Amanah.
al-Jawhari, Isma`il bin Hamad. (1990). al-Sahhah fi al-Lughah (Tahqiq) Atar Ahmad `Abd al-Ghafur, j.6, cet
4, Beirut: Dar al-`Ilm li al-Malayin.
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
270
al-Sagharji, As`ad Muhammad Sa`id. (1993). Silsilah Shu`ab al-Iman al-Sabr `ala al-Masa’ib. Jeddah: Dar
al-Qiblah li al-Thaqafah al-Islamiyyah.
al-Tantawi. (1974). ` Ali, Ta`rif `Am bi Din al-Islam al-Juz’ al-Awwal fi al-`Aqidah. Beirut: Mu’assasah al-
Risalah.
Asmawati Suhid & Fathiyah Mohd Fakhruddin. (2012). Gagasan Pemikiran Falsafah dalam Pendidikan
Islam: Hala Tuju dan Cabaran. Journal of Islamic and Arabic 4 (2): 61.
Corey, Gerald. (2005). Theory and Practice of Counseling and Psychoterapi. Belmont. CA.
Hergenhahn, B.R. (2001). An Introduction of The History of Psychology. USA: Wordsworth Thomson
Learning.
Ibn `Ata’ Allah. (1997). al-Tanwir Fi Isqat al-Tadbir. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.
Ibn Manzur, Abu al-Fadl Jamal al-Din Muhammad. Tt. Lisan al- `Arab,. Beirut: Dar al-Sadir.
Khairunnas Rajab & Wan Muhammad Fariq. (2014). Psikologi Qadak Dan Qadar. Jurnal Hadhari 6 (1):
1326.
Mohammaddin Abdul Niri, Sa’adan Mana, Che Zarrina Sa’arib, Mohd Zambri Zainuddina & Mohd Saiful
Anwar Mohd Nawawi. (2016). Pendekatan Ilmu Islam di Alam Melayu dalam Mengetahui Hakikat
Alam: Satu Rumusan Awal. Online Journal of Research in Islamic Studies 3 (3): 17-50.
Muhammad Iqbal. (1995). Roh Kalimah Tauhid al-Quran Sebagai Sumber Mengenal Allah. Kuala Lumpur:
Darul Nu’man.
Pargament K. I. (2005). The Religious Dimension of Coping: Advance in Theory, Research and Practice.
New York: Guilford.
Robinson S, Kendrick K & Brown A. (2003). Spirituality and The Practice of Healthcare. Hampshire:
Palgrave MacMillan.
Sabiruddin. (2012) Akidah asas kesempurnaan insan. Jurnal al-Hikmah, 4: 106-110
Simuh. (1996). Tasawuf Dan Perkembangannya Dalam Islam. Jakarta: Raja
Singgih D Gunarsa. (1975). Pengantar Psikologi. Jakarta: Mutiara
Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman, Che Zarrina Sa’ari. (2008). Kesan Kefahaman Konsep Takdir
Terhadap Pembangunan Modal Insan. Jurnal Usuluddin. 27: 1-23.
Tzeng H. M & Yin C. Y. (2006). Learning and Respect a Patient’s Spiritual Needs Concerning an Unknown
Infection Disease, Nursing Ethics 13. 1:17-28.
Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Qadar In Classical And Modern Islamic Discourses: Commending a
Futuristic Perspective, International Journal of Islamic Thought, Vol. 7: (June) 2015. 43.
Yahya Jaya. (1994). Spiritualisasi Islam dalam Menumbuhkembangkan Kepribadian dan Kesihatan Mental.
Jakarta: Ruhama.
Yasin, Muhammad Na`im. (1995). al-Iman Arkanuh Haqiqatuh, Nawaqiduh. Oman: Dar al-Furqan.
Yusuf al-Qardawi. (2000). al-Iman bi al-Qadar. Kaherah: Maktabah Wahbah.
Anawiah Abdul Aziz. (2016.) Diambil di laman web www.kk.usm.my/index.php/ms/arkib-berita/273-
emosi-pesakit-kanser-perlu-dijaga-dan-dirawat pada 25 April 2018
.