penyesuaian dan cabaran pembangunan masyarakat pulau di ... fileklasifikasi yang telah dicipta...

13
Penyesuaian dan Cabaran Pembangunan Masyarakat Pulau di Kawasan Destinasi: Kes Kampung Sri Bahagia Mersing Johor Marsitah Mohd Radzi, Suhana Saad & Azima Abdul Manaf Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan & Persekitaran Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia Alamat emel: [email protected] Pendahuluan Kajian-kajian mengenai penghijrahan penduduk sekitar tahun 1970-an dan seawal tahun- tahun 1980-an (Todaro-1976; Witayakorn Chiengkul, 1986) jelas memperlihatkan mereka yang berhijrah terdiri daripada golongan miskin yang tidak bertanah dan bertujuan untuk membangunkan keluarga masing-masing. Kajian DaVanzo (1981) menunjukkan bahawa penghijrahan merupakan salah satu cara untuk seseorang itu memperbaiki taraf hidup. Beliau juga berpendapat bahawa pendapatan mempunyai pengaruh yang positif mendorong seseorang untuk pergi ke sesebuah destinasi. Ini disebabkan mereka yang berhijrah akan cuba untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan memperolehi pendapatan yang lebih memuaskan untuk memenuhi cita-cita mereka. Dalam melakukan penghijrahan didapati pelbagai faktor yang mendorong perlakuan tersebut. Berdasarkan kajian yang dihasilkan oleh Temple (1974) yang membuat kajian di Jakarta, mendapati para penghijrah berlatarbelakangkan keluarga petani, mempunyai pegangan tradisi yang agak kuat mencengkam kehidupan serta kemudahan sosial yang terlalu mundur. Penghijrahan ke Jakarta telah mendedahkan mereka kepada kehidupan kotaraya Jakarta yang amat berlainan dengan kehidupan desa, baik daripada segi ekonomi dan juga sosial. Di sini para penghijrah berusaha untuk menyesuaikan diri dengan kehendak tempatan di kawasan baru yang mereka datangi. Dalam penelitian terhadap penduduk dari pulau-pulau di Mersing yang datang menetap di Kampung Sri Bahagia Mersing, faktor sosial begitu dominan dalam mendorong mereka untuk tinggal di Kampung Sri Bahagia. Masalah kemudahan asas yang agak daif di kawasan asal menyebabkan mereka membuat keputusan untuk berhijrah dan menetap di kawasan daratan. Apa yang ketara mereka tidak melupakan budaya kawasan asal masing-masing di samping menyesuaikan diri dengan penduduk setempat dalam arus pembangunan yang semakin mencabar. Jika dibandingkan dengan 1 Bab 1.pmd 6/17/2010, 8:28 AM 1

Upload: duongnga

Post on 23-May-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Penyesuaian dan Cabaran PembangunanMasyarakat Pulau di Kawasan Destinasi: Kes

Kampung Sri Bahagia Mersing Johor

Marsitah Mohd Radzi, Suhana Saad & Azima Abdul Manaf

Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan & PersekitaranFakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Alamat emel: [email protected]

PendahuluanKajian-kajian mengenai penghijrahan penduduk sekitar tahun 1970-an dan seawal tahun-tahun 1980-an (Todaro-1976; Witayakorn Chiengkul, 1986) jelas memperlihatkan merekayang berhijrah terdiri daripada golongan miskin yang tidak bertanah dan bertujuan untukmembangunkan keluarga masing-masing. Kajian DaVanzo (1981) menunjukkan bahawapenghijrahan merupakan salah satu cara untuk seseorang itu memperbaiki taraf hidup.Beliau juga berpendapat bahawa pendapatan mempunyai pengaruh yang positif mendorongseseorang untuk pergi ke sesebuah destinasi. Ini disebabkan mereka yang berhijrah akancuba untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan memperolehi pendapatan yanglebih memuaskan untuk memenuhi cita-cita mereka.

Dalam melakukan penghijrahan didapati pelbagai faktor yang mendorong perlakuantersebut. Berdasarkan kajian yang dihasilkan oleh Temple (1974) yang membuat kajiandi Jakarta, mendapati para penghijrah berlatarbelakangkan keluarga petani, mempunyaipegangan tradisi yang agak kuat mencengkam kehidupan serta kemudahan sosial yangterlalu mundur. Penghijrahan ke Jakarta telah mendedahkan mereka kepada kehidupankotaraya Jakarta yang amat berlainan dengan kehidupan desa, baik daripada segi ekonomidan juga sosial. Di sini para penghijrah berusaha untuk menyesuaikan diri dengan kehendaktempatan di kawasan baru yang mereka datangi.

Dalam penelitian terhadap penduduk dari pulau-pulau di Mersing yang datangmenetap di Kampung Sri Bahagia Mersing, faktor sosial begitu dominan dalammendorong mereka untuk tinggal di Kampung Sri Bahagia. Masalah kemudahan asasyang agak daif di kawasan asal menyebabkan mereka membuat keputusan untukberhijrah dan menetap di kawasan daratan. Apa yang ketara mereka tidak melupakanbudaya kawasan asal masing-masing di samping menyesuaikan diri dengan penduduksetempat dalam arus pembangunan yang semakin mencabar. Jika dibandingkan dengan

1

Bab 1.pmd 6/17/2010, 8:28 AM1

2

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

keadaan hidup di pulau, kehidupan mereka di Kampung Sri Bahagia lebih baik lagisama ada dalam konteks ekonomi mahupun sosial. Ini terbukti apabila pencapaianekonomi masyarakat yang berasal dari pulau telah mengatasi penduduk tempatan yangmenetap di Kampung Sri Bahagia.

Berdasarkan fenomena ini, kajian cuba meneliti bagaimana masyarakat pulaumenyesuaikan diri di Kampung Sri Bahagia sehingga mampu bersaing dan maju ke hadapandaripada segi ekonomi, biarpun banyak cabaran yang perlu dihadapi di tempat yang merekadatangi. Dalam suasana kampung Sri Bahagia yang yang agak mundur daripada segilandskap fizikalnya, mereka berusaha memajukan diri. Keadaan ini perlu dijadikan teladanbagi penduduk lain di Kampung Sri Bahagia untuk sama-sama membangun dalam keadaankampung yang serba kekurangan dan berusaha untuk mengatasi segala kepincanganyang ada.

Metodologi KajianPada awal abad ke-20, sekelompok ilmuwan sosial tidak berpuas hati dengan cara-cara yang digunakan oleh golongan positivisme dalam mencari fakta-fakta atau sebab-sebab berlakunya gejala sosial. Mereka dianggap tidak memperlihatkan keadaan individusecara holistik, malah membahagikannya mengikut kategori berdasarkan sistemklasifikasi yang telah dicipta sebelumnya. Mereka mengelompokkan responden tanpamelihat latar belakang masing-masing secara holistik. Para peneliti yang tidak berpuashati dengan kerja yang dilakukan oleh golongan positivisme menamakan diri merekasebagai golongan peneliti kualitatif. Mereka terarah kepada perspektif fenomenologidisebabkan pemahaman kualitatif sering disebut sebagai faham fenomenologi (IdaBagoes Mantra, 2004).

Secara ontologi, fenomenologi menuntut pendekatan holistik, meletakkan objek kajiandalam suatu konstruksi “ganda” dan melihat objek dalam konteks “natural” dan bukannyabahagian-bahagian tertentu. Epistemologinya menuntut bersatunya subjek peneliti dengansubjek pendukung objek penelitian. Keterlibatan dan penghayatan subjek peneliti dilapangan sangat menentukan kejayaannya, serta menolak “kerangka teori” sebagai langkahpersiapan penelitian (Ida Bagoes Mantra, 2004). Menurut Van Manen 1997 (dalamLaverty, 2003), fenomenologi secara intipatinya adalah mengkaji tentang pengalamanhidup ataupun dengan kata lainnya tentang kehidupan di dunia. Beliau menekankan didalam dunia ini merupakan tempat tinggal manusia dan bukannya semata-mata duniayang dipisahkan daripada realiti kehidupan manusia.

Kajian ini meneliti isu pembangunan masyarakat pulau di Mersing denganmenggunakan metodologi penelitian kualitatif di samping kuantitatif. Kajian ini cubamemahami realiti sebenar kehidupan masyarakat pulau serta cuba mengaitkan denganpencapaian pembangunan sosioekonomi di kawasan penempatan mereka sekarang ini.Dengan menggunakan metodologi fenomenologi, pengkaji menganalisis rakaman temubual untuk menjelaskan realiti kehidupan yang mereka lalui di Kampung Sri Bahagia.

Subjek kajian ini terdiri daripada 10 orang penduduk Kampung Sri Bahagia yangditemu bual secara informal (lihat Foto 1). Di samping itu juga pengkaji turut menjalankantemu bual terhadap 35 orang isi rumah yang terdiri daripada masyarakat pulau yang telah

Bab 1.pmd 6/17/2010, 8:28 AM2

3

PENYESUAIAN DAN CABARAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT PULAU DI KAWASANDESTINASI: KES KAMPUNG SRI BAHAGIA MERSING JOHOR

menetap di Kampung Sri Bahagia. Pembahagian seperti ini akan membolehkan pengkajiberupaya memahami dan mendalami segala pengalaman dan penyesuaian yang dilaluioleh masyarakat pulau dengan lebih terperinci lagi.

Perbincangan Penemuan KajianDalam kajian-kajian tentang penghijrahan, para penghijrah yang datang dan menetap dikawasan destinasi akan berusaha menyesuaikan diri dengan tempat baru yang merekadatangi (Todaro, 1976, Kung, 1983). Begitu juga di kalangan penduduk dari pulau-pulaudi Mersing yang datang menetap di Kampung Sri Bahagia, mereka turut berusahamenjadi sebahagian penduduk setempat dengan mengamalkan cara hidup yang dijalanioleh penduduk kawasan tersebut. Di samping itu juga, nilai dan gaya hidup masyarakatpulau turut diamalkan dalam usaha mengekalkan jati diri di kawasan baru yang merekadatangi. Sikap-sikap rajin, tekun dan sanggup mengharungi kesusahan terus diamalkandalam mencari penghidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga. Kehidupan yangagak sukar di pulau ditambah dengan kekurangan kemudahan asas, menjadikan merekamenggunakan peluang yang ada di darat dengan lebih baik lagi bagi meningkatkanekonomi keluarga. Apa yang jelas pandang dunia masyarakat pulau terhadap kehidupanyang berada di hadapan telah dipergunakan sebaik mungkin agar kesusahan yang dilaluisebelumnya semasa di pulau tidak akan berulang dalam kehidupan mereka. Bertolakdaripada semangat tersebut ini menjadikan masyarakat pulau sentiasa berusaha untukmemperbaiki dan terus mempertingkatkan kemajuan sosioekonomi diri dan keluargamereka.

FOTO 1: Temu bual informal di antara pengkaji dan pemimpin tempatan

Bab 1.pmd 6/17/2010, 8:28 AM3

4

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

Sebahagian besar masyarakat pulau yang datang menetap di Mersing tinggal diKampung Bahagia dan hanya sebilangan kecil sahaja mendiami Kampung Sri Lumpur.Namun begitu di bawah pentadbiran yang bermula pada Januari 2009 kedua-duakampung tersebut telah disatukan di bawah jawatankuasa kampung yang baru dandinamakan Kampung Sri Bahagia. Walaupun sebahagian daripada mereka telah datangke Mersing seawal tahun 1969 tetapi status penempatan mereka di kampung tersebutmasih sebagai penyewa sama ada menyewa tanah mahupun rumah yang didiami.Walaupun status mereka sebagai penyewa, keadaan rumah yang disewa adalah jauhlebih baik jika dibandingkan dengan keadaan rumah penduduk lain seperti dari Terengganudan Kelantan yang datang berhijrah ke kawasan yang sama. Sekali lagi, jelasmembuktikan bahawa masyarakat pulau berusaha dari masa ke semasa bagimeningkatkan mobiliti sosial masing-masing daripada kehidupan yang serba kekurangankepada sebuah kehidupan yang lebih baik lagi.

Daripada Jadual 1, min umur mereka pada masa temu bual dijalankan adalah antara32 tahun hingga 47 tahun. Merujuk kepada tahun perpindahan mereka ke Kampung SriBahagia, ini bermakna purata umur mereka ketika berpindah adalah 28 tahun. Lamamasa mereka telah menetap di Kampung Sri Bahagia secara puratanya 17 tahun. Jikaditinjau latar belakang pendidikan masyarakat pulau, mereka mempunyai taraf pendidikanyang agak rendah. Ini disebabkan purata jumlah tahun persekolahan formal adalah 6tahun. Apa yang jelas, mereka hanya mampu menamatkan pendidikan sehingga peringkatsekolah rendah sahaja. Situasi seperti ini adalah lumrah bagi masyarakat pulaumemandangkan kemudahan pendidikan yang disediakan di pulau-pulau Mersing hanya diperingkat sekolah rendah sahaja. Sekiranya mereka ingin meyambung persekolahan keperingkat menengah, mereka perlu tinggal di darat Mersing. Jika dibandingkan pendapatansebelum berpindah ke darat Mersing, pendapatan yang diterima sekarang ini jauh lebihbaik. Merujuk Jadual 1, purata pendapatan sebelum ini adalah RM572.00 berbandingdengan RM902.00 ketika ini. Ini bermakna mereka dapat meningkatkan hampir sekaliganda daripada pendapatan dahulu.

JADUAL 1: Latar Belakang Sosioekonomi Mengikut Kawasan Asal

Kawasan Asal Min Min Min Min Min Min MinUmur Lama Umur Lama Bilangan Pendapatan Jumlah

Menetap Masa Masa Anak Sebelum PendapatanTempat Pindah Sekolah Pindah Masa Kini

Sekarang

Pulau Sibu 32.50 14.00 16.00 8.50 5.00 500.00 900.00Pulau Tinggi 41.33 14.00 21.50 6.83 3.83 425.00 558.33Pulau Pemanggil 45.10 18.25 31.37 6.50 4.10 680.00 1070.00Pulau Tioman 40.33 14.00 31.67 7.50 3.50 808.33 900.00Pulau Aur 47.25 20.33 31.33 5.75 4.75 700.00 987.50Jumlah 43.83 17.48 28.39 6.80 4.09 572.86 902.28

Bab 1.pmd 6/17/2010, 8:28 AM4

5

PENYESUAIAN DAN CABARAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT PULAU DI KAWASANDESTINASI: KES KAMPUNG SRI BAHAGIA MERSING JOHOR

Daripada kajian yang dijalankan di Kampung Sri Bahagia, berikutan daripada keadaankemudahan asas yang agak daif di pulau-pulau, menyebabkan 61.00 peratus yang menetapmemberi alasan mereka berpindah berpunca daripada ketiadaan kemudahan pendidikanbagi anak-anak yang masih bersekolah (Rujuk Rajah 1). Ini diikuti dengan sebab-sebabmencari peluang ekonomi yang lebih baik (15.00 peratus) agar kehidupan mereka lebihterjamin. Dalam hal ini apa yang ketara, pendidikan anak-anak menjadi keutamaan kepadamasyarakat pulau. Ini menjelaskan bahawa masyarakat pulau tidak mengambil mudahterhadap kepentingan pendidikan dalam menjamin masa hadapan. Bertolak daripadapendirian ini, mereka sanggup meninggalkan kampung halaman dan tanah yang dimiliki,dengan harapan pengorbanan tersebut akan membolehkan anak-anak mendapatpendidikan yang sempurna. Menurut responden yang ditemui, mereka tidak mahu anak-anak tercicir dalam pendidikan sebagaimana yang mereka alami selama ini. Inimenjadikan kesemua responden yang ditemu bual mengakui bahawa perpindahan merekake Kampung Sri Bahagia merupakan langkah bijak demi masa depan anak-anak dalampendidikan di samping memberi peluang kepada mereka meningkatkan mobiliti ekonomidan sosial.

RAJAH 1: Faktor-faktor yang Mendorong Berpindah

Sementara itu faktor mencari peluang ekonomi yang menjadi antara alasan terpentingmereka berpindah ternyata membuahkan hasil. Ini disebabkan jika dibandingkan pendapatansebelum berpindah dengan pendapatan yang diperoleh masa kini ternyata terdapatpertambahan dalam pendapatan yang diperoleh. Daripada Jadual 1, jelas menunjukkanterdapat peningkatan pendapatan bulanan yang ketara. Secara keseluruhannya minpendapatan bulanan mereka telah meningkat. Purata pendapatan terendah yang diterimasemasa di pulau sebanyak RM572.00 sebulan telah meningkat kepada RM902.00 setelahmenetap dan bekerja di Mersing. Purata pendapatan keseluruhan ini berubah-ubahmengikut dari pulau mana mereka datang (lihat Jadual 1). Jika ditelitikan, keadaanpeningkatan ini banyak disumbangkan oleh kesungguhan mereka bekerja untukmembangunkan ekonomi keluarga. Sikap mereka yang sentiasa mencari peluang pekerjaan,

Bab 1.pmd 6/17/2010, 8:28 AM5

6

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

menjadikan mereka sentiasa berusaha untuk mencuba dalam pelbagai sektor pekerjaan.Ini menjadikan masyarakat pulau tidak hanya bergantung hidup sebagai nelayan semata-mata. Mereka juga turut memiliki nilai-nilai usahawan yang tinggi dengan melibatkan diridalam pelbagai bentuk perniagaan demi menambahkan lagi pendapatan keluarga. Mobilitidalam ekonomi ternyata jelas berlaku dalam masyarakat pulau. Bermula daripadakehidupan yang agak sukar dengan segala kekurangan kepada kehidupan yang lebih baikapabila mereka menetap di Kampung Sri Bahagia. Mereka agak jauh meninggalkanpenduduk yang berasal dari Terengganu, Kelantan dan penduduk asal Mersing dalampencapaian ekonomi. Segala pengalaman dan kesukaran hidup di pulau menjadi asaskukuh kepada mereka untuk sentiasa bersedia dan berusaha mendapatkan peluang yangada dalam ekonomi.

Ketika temu bual informal dilakukan dengan beberapa penduduk setempat yangbukan dari kalangan masyarakat pulau, kedengaran suara-suara tidak senang tentangkejayaan yang dicapai oleh masyarakat pulau. Mereka beranggapan masyarakat pulaulebih berjaya daripada penduduk setempat disebabkan mereka mempunyai modal danperalatan untuk meningkatkan pencapaian ekonomi. Golongan ini berpendapat,masyarakat pulau mudah untuk berjaya disebabkan modal serta peluang ekonomi yangbanyak diterima. Memang tidak dinafikan, sebelum berpindah ke daratan, masyarakatpulau telah pun membuat persediaan awal untuk membolehkan mereka meneruskanpenghidupan di kawasan yang akan didatangi. Menurut beberapa orang respondenyang ditemu bual secara informal, selain daripada mengumpulkan wang, sebahagiannyamenjual tanah di pulau untuk dijadikan modal ketika berpindah. Ada juga di kalanganmereka yang telah memiliki perahu, bot dan sebagainya untuk dibawa bersama semasaberpindah. Sesetengah daripada mereka telah pun berusaha untuk mendapatkan tempattinggal yang selesa sebelum membawa ahli keluarga datang berpindah. Ini bermaknamasyarakat pulau yang berpindah telah membuat perancangan awal supaya merekadapat terus bertahan dan mampu meningkatkan ekonomi keluarga dengan modal danpengalaman yang mereka bawa dari pulau. Ini amat berbeza dengan kajian-kajianpenghijrahan yang banyak dilakukan yang menunjukkan bahawa para penghijrah seringdatang dengan serba kekurangan dan bergantung sepenuhnya kepada nasib mereka diperantauan. Bagi masyarakat pulau istilah “untung sabut timbul dan untung batutenggelam” tidak wujud dalam kamus kehidupan mereka. Mereka berpindah bukanuntuk mencuba nasib tetapi untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik daripadasebelumnya. Oleh itu, sebelum berhijrah mereka telah memikirkan dan membuatperancangan di samping berusaha memastikan bentuk kehidupan yang akan merekalalui setelah berpindah.

Apabila berada di tempat baru, bantuan saudara-mara dan rakan-rakan amatberharga dalam membantu mereka menyesuaikan diri di kawasan baru. Daripada penelitianyang dilakukan, sebahagian besar penghuni Kampung Bahagia adalah terdiri daripadamasyarakat pulau. Ini menyebabkan apabila terdapat masyarakat pulau yang datang danmenetap ke kawasan tersebut, mereka akan saling bantu membantu untuk meringankanbeban rakan-rakan yang masih baru dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.Pelbagai bentuk bantuan dihulurkan dalam membantu rakan-rakan menyesuaikan diri ditempat baru. Bantuan yang diberi sama ada dalam bentuk mencarikan rumah kediaman

Bab 1.pmd 6/17/2010, 8:28 AM6

7

PENYESUAIAN DAN CABARAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT PULAU DI KAWASANDESTINASI: KES KAMPUNG SRI BAHAGIA MERSING JOHOR

mahupun membantu dari segi kewangan. Apa yang ketara, di kalangan masyarakat pulauadalah sikap saling bantu membantu antara satu sama lain sebagaimana yang merekaamalkan semasa di pulau. Kehidupan di pulau yang berlandaskan konsep bekerjasamatelah diamalkan dan diterus oleh generasi lama masyarakat pulau di Mersing. Kerjasamasedemikian sepatutnya dijadikan contoh teladan untuk masyarakat Kampung Sri Bahagiameningkatkan jaringan sosioekonomi dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan isirumah.

Semasa temu bual dijalankan, menurut pandangan masyarakat pulau, mereka mudahditerima oleh penduduk setempat Kampung Sri Bahagia. Penyesuaian dengan budayapenduduk setempat tidak menjadi masalah kepada mereka. Mereka berpendirian bahawatiada perbezaan di antara orang pulau dengan orang di daratan Mersing. Namun begitu,dalam temu bual yang dilakukan terhadap beberapa orang penduduk setempat yang bukanberasal dari pulau, mereka beranggapan bahawa masyarakat pulau hanya mahu bercampurdengan kelompok mereka sahaja. Loghat pertuturan yang biasa digunakan di pulau masihditeruskan di kawasan ini. Masyarakat pulau mengakui bahawa mereka lebih mudahbergaul dengan sesama mereka memandangkan wujud kefahaman yang sama hasildaripada latar belakang yang sama. Begitu juga daripada segi gaya hidup, mereka masihmeneruskan apa yang selama ini diamalkan di kawasan asal. Alasan mereka terhadapperkara ini disebabkan sebahagian besar yang menetap di Kampung Bahagia adalahterdiri daripada orang-orang pulau. Oleh itu mereka masih terbawa-bawa dengan apayang diamalkan sebelum ini. Jika ditelitikan, tidak timbul masalah keengganan masyarakatpulau untuk bergaul rapat dengan penduduk setempat, tetapi apa sebenarnya berlakuadalah masyarakat pulau merupakan kelompok majoriti yang menghuni Kampung Bahagia.Oleh itu, mahu tidak mahu mereka akan sentiasa bertemu dan keadaan ini akanmengeratkan lagi hubungan yang terjalin sesama mereka.

Sebagaimana yang dinyatakan, Kampung Sri Lumpur sebahagian besarnya dihunioleh mereka yang berasal dari Terengganu dan Kelantan. Sementara sebahagian besaryang menghuni Kampung Bahagia adalah masyarakat pulau. Jika dibandingkan pencapaianekonomi di antara masyarakat pulau dan mereka yang berasal dari Terengganu danKelantan, agak jauh berbeza. Ini diakui sendiri oleh salah seorang yang berasal dariKelantan yang ditemu bual secara informal mengatakan bahawa:

“kami ni sejak datang sama saje. Gi tengok orang pulau, modal ada,bot ada, hidup jauh lebih senang dari kami. Kami dah berpuluh tahuntinggal sini, tapi tak berubah, rumah sendiri pun tak mampu nak beli”.

Selain daripada itu, persekitaran kawasan kediaman juga agak jauh berbeza. Merujukkepada Foto 2 dan Foto 3, keadaan rumah dan persekitaran kawasan perumahan pendudukyang berasal dari pulau di Kampung Bahagia jauh lebih baik jika dibandingkan denganKampung Sri Lumpur. Keadaan rumah jauh lebih baik dengan perlatan rumah yang lengkapserta kemampuan mereka untuk memiliki kenderaan sendiri. Apa yang jelas, mobilitidalam pencapaian ekonomi penduduk pulau agak jauh lebih baik berbanding denganpenduduk lain di kawasan kajian ini. Ini bermakna pengorbanan mereka meninggalkankampung halaman dan keputusan mereka untu berhijrah dari pulau mendatangkan kebaikankepada diri mereka dan keluarga.

Bab 1.pmd 6/17/2010, 8:28 AM7

8

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

Dibanding dengan keadaan persekitan Kampung Sri Lumpur ini tidak ada bezanyaseperti kawasan setinggan. Ini dapat dijelaskan dengan merujuk kepada keadaan rumahdan susun atur perumahannya. Keadaan rumah yang susun aturnya rapat-rapat antarasatu sama lain dengan suasana persekitaran yang tidak selesa, memperlihatkan KampungSri Lumpur juga mudah dinaiki air. Terutamanya semasa air pasang besar, air laut akanmelimpah hingga sampai ke lantai rumah. Pada hakikatnya kawasan ini adalah kawasan

FOTO 2: Keadaan Rumah di Kampung Bahagia Mersing Johor

FOTO 3: Keadaan Rumah di Kampung Sri Lumpur Mersing Johor

Bab 1.pmd 6/17/2010, 8:28 AM8

9

PENYESUAIAN DAN CABARAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT PULAU DI KAWASANDESTINASI: KES KAMPUNG SRI BAHAGIA MERSING JOHOR

yang mempunyai hak milik yang sah. Penghuni membayar sewa, sama ada untuk tanahatau rumah yang didiami. Di samping itu juga, perkampungan ini terletak di tengah-tengahpekan Mersing yang secara tidak langsung mencacatkan persekitaran Mersing yangmenjadi pintu masuk ke pulau-pulau sekitarnya.

Daripada perbualan dengan beberapa orang JKKK Kampung Sri Bahagia, keadaanKampung Sri Bahagia khususnya bagi kawasan Sri Lumpur telah dimasukkan dalamagenda perancangan baru oleh pihak berkuasa tempatan. Ini merupakan satu pelan tindakanyang baik dalam memastikan perancangan masa hadapan kampung ini akan terus diberikeutamaan. Masalah yang dihadapi oleh penduduk Sri Lumpur telah diutarakan olehsalah seorang responden yang ditemu bual. Beliau mengatakan bahawa:

Dah berpuluh tahun tinggal sini. Rumah pun masih menyewa. Rumahpulak macam setinggan. Rumah rapat-rapat. Tak percaya, pergi tengokrumah kami. Kalau pasang besar, air masuk sampai ke lantai. Tunggujam 12 tengah malam nanti. Boleh tengok kawasan rumah kami tu penuhdengan air. Entah bila kami boleh dapat tempat tinggal yang baik sikitdari sekarang ni.

Begitu juga jika merujuk kepada pencapaian ekonomi khususnya pendapatan bulananisi rumah. Ekonomi masyarakat pulau agak baik daripada mereka yang berasal dariTerengganu dan Kelantan. Malah, penduduk setempat mengakui pencapaian ekonomi dikalangan masyarakat pulau agak jauh mengatasi pencapaian penduduk setempat. Menurutmereka lagi, keadaan ini disebabkan oleh modal dan peralatan yang dimiliki oleh masyarakatpulau menjanjikan pulangan hasil yang tinggi jika dibandingkan dengan penduduk setempat.Modal yang dibawa semasa berpindah ke daratan telah digunakan untuk mengembangkanlagi kegiatan ekonomi mereka.

Selain itu juga, masyarakat pulau tidak sepenuhnya bergantung kerja sebagainelayan semata-mata. Sekiranya mereka menjadi nelayan, pekerjaan tersebut hanyamerupakan pekerjaan sampingan sahaja. Mereka akan melakukan usaha-usaha lainyang akan menambahkan pendapatan. Sementara itu, sekiranya mereka menjadi nelayan,mereka menjadi pemilik bot dan mempunyai peralatan menangkap ikan. Pengalamanmereka semasa di pulau telah banyak membantu untuk lebih berdikari dan berusahagigih untuk meneruskan kehidupan yang serba kekurangan. Mereka sentiasa berusahauntuk menambahkan pendapatan dan tidak bergantung kepada orang lain. Keadaan iniberbeza dengan penduduk tempatan yang menjadi awak-awak dan bergantung kepadatauke-tauke Cina yang memiliki peralatan yang lengkap dan terkini (lihat Foto 4).

Seperkara lagi yang dapat dimanfaatkan dan amat menarik tentang budaya hidupmasyarakat pulau adalah cara mereka mengisi masa lapang. Pada waktu kelapanganada sebahagian masyarakat pulau ini akan berkumpul dan mengisinya dengan bermainalat muzik tradisional sambil menyanyi (lihat Foto 5). Kumpulan ini dianggotai oleh generasilama pulau yang terus aktif melakukan aktiviti sosial. Wujudnya kumpulan muzik sebeginidapat mengeratkan hubungan sesama mereka di samping memanfaatkan masa yangterluang. Walaupun kegiatan ini tidak disenangi oleh segelintir masyarakat tempatandisebabkan kumpulan ini dianggotai oleh sebahagian besarnya warga emas yang padapandangan mereka tidak sepatutnya terlibat dengan muzik. Namun begitu ini merupakan

Bab 1.pmd 6/17/2010, 8:28 AM9

10

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

kegiatan yang sihat yang mengeratkan hubungan sesama mereka. Di samping itu jugapertemuan ini dapat dijadikan tempat bertukar pandangan dan tempat menyelesaikanmasalah sosial dan ekonomi yang mereka hadapi.

Namun begitu di kalangan generasi muda, termasuk juga anak-anak masyarakatpulau, kegiatan orang tua mereka tidak dijadikan ikutan. Menurut kata sebahagian daripadaahli kumpulan tersebut, kegiatan mereka ini kurang mendapat sambutan di kalangangenerasi muda yang rata-ratanya menghabiskan masa lapang dengan kegiatan yangkurang sihat. Mereka cuba menarik golongan muda supaya terlibat demi mengelakkanpengisian masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang songsang. Tetapi sambutannya amat

FOTO 4: Perahu dan Bot Nelayan di Jeti Mersing

FOTO 5: Muzik Dimainkan bagi Mengisi Masa Lapang

Bab 1.pmd 6/17/2010, 8:28 AM10

11

PENYESUAIAN DAN CABARAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT PULAU DI KAWASANDESTINASI: KES KAMPUNG SRI BAHAGIA MERSING JOHOR

mendukacitakan. Di samping itu juga, mereka berusaha mengembangkan kesenian muziktradisional ini ke peringkat sekolah tetapi sambutannya tidak menggalakkan.

Namun begitu secara keseluruhannya, kehidupan masyarakat pulau yangberpindah dan menetap di pekan Mersing telah berjaya menunjukkan kemajuan danselaras dengan pengorbanan mereka yang terpaksa meninggalkan kawasan asal masing-masing. Segala kejayaan yang dicapai oleh kelompok yang berjaya ini bukannya mudah.Mereka bekerja keras untuk membangunkan keluarga daripada kehidupan yang serbakekurangan di pulau sehingga mampu menikmati kehidupan yang lebih baik pada masakini. Segala kerja keras serta kegigihan perlu dicontohi dan dijadikan teladan supayasetiap penduduk di kawasan ini dapat membangun yang mana akhirnya identiti dirisebagai orang pulau, orang Terengganu, orang Kelantan dan orang Mersing dapatbertukar masyarakat Mersing yang saling bekerjasama dan mampu menyahut cabaranpembangunan.

Cabaran Pembangunan dan Tindakanyang Dicadangkan

Berdasarkan perbincangan penemuan kajian ini, pihak-pihak tertentu, antaranya pihakberkuasa tempatan perlu mengambil langkah yang lebih serius dalam mengangkatpembangunan Mersing ke arah yang lebih baik lagi. Memandangkan pembangunanMersing agak jauh ketinggalan berbanding dengan daerah-daerah lain di Johor, pencapaianmasyarakat pulau daripada segi ekonomi, politik dan sosial boleh dicontohi dan dimanfaatkanoleh penduduk Kampung Sri Bahagia untuk sama-sama membangunkan kawasan. Antaracabaran pembangunan yang perlu dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berkaitan adalahmengenal pasti masalah-masalah ketidakseimbang pembangunan yang berlaku dipelbagai peringkat masyarakat.

Bagi memastikan tidak terdapat perbezaan yang ketara antara masyarakat pulau,penduduk yang berasal dari Terengganu, Kelantan dan penduduk asal Mersing, pihakberkuasa tempatan menyatukan mereka dalam projek-projek pembangunan yangbersesuaian dengan latar belakang masing-masing. Perbezaan kawasan asal tidak perludijadikan sempadan dan halangan dalam membuat pelaburan pembangunan di kawasantersebut. Dalam membangunkan infrastruktur kampung, mereka perlu mengemukakandraf perancangan yang lengkap dan meyakinkan kepada pihak atasan bagi mendapatkanperuntukan yang diperlukan. Alasan-alasan yang jelas berserta bukti-bukti yang kukuhperlu dikemukakan secara berterusan sehingga projek pembangunan berjaya dibawamasuk ke kawasan tersebut. Memang tidak dinafikan ianya melibatkan kos ekonomidan sosial yang tinggi untuk menjayakannya. Tetapi untuk jangka panjang ianya akanmemberi pulangan yang baik kepada kesejahteraan penduduk dan imej Mersing itusendiri. Ini disebab berapa lama lagi Mersing perlu berhadapan dengan “wajah perumahansetinggan” yang akan terus bertapak di tengah-tengah pintu masuk ke pulau-pulauyang dilabelkan sebagai syurga pelancongan.

Selain daripada membangunkan kawasan persekitaran dan penempatan, pendudukkawasan Mersing khususnya Kampung Sri Bahagia perlu membangun dan bersatu

Bab 1.pmd 6/17/2010, 8:28 AM11

12

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA

terlebih dahulu dalam menjamin pembangunan yang berterusan dan mampu memberimanfaat kepada setiap penduduknya. Mereka perlu mengambil teladan daripadakegigihan masyarakat pulau yang sentiasa mengambil peluang untuk membangunkanekonomi keluarga. Kesungguhan, kerja keras dan sentiasa bersedia mengubah nasibperlu ditanam pada setiap penduduk. Untuk menjayakannya, bimbingan dan pemantauanyang berterusan daripada pemimpin-pemimpin tempatan yang dipercayai dan berwibawaperlu digembleng supaya mereka sama-sama dapat bantu membantu dan salingbekerjasama dalam membangunkan ekonomi keluarga khususnya dan ekonomi kampungamnya. Perasaan kepuakan perlu dikikis jauh dan tidak menjadi halangan kepadakemajuan kampung. Kegiatan-kegiatan sihat yang membawa penduduk untukbekerjasama dan bersatu padu perlu diadakan dan dilaksanakan secara berterusansupaya perbezaan antara penduduk dapat diminimumkan secara berperingkat. Aktiviti-aktiviti di bawah jawatankuasa-jawatankuasa kecil kampung perlu digerakkan bagimelaksanakan program-program yang memberi manfaat ekonomi dan sosial kepadapenduduk. Antaranya jawatakuasa wanita, agama dan pendidikan boleh dimanfaatkanuntuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat menyatupadukan penduduk. Dalammenjayakannya, sokongan pihak yang bertanggungjawab amat penting. Mereka perlumerangka satu pelan pembangunan yang menyeluruh dan boleh diguna pakai untukmembangunkan kawasan Mersing. Urus tadbir yang baik, cekap, beramanah, telus danmelibatkan penduduk, perlu dilaksanakan dalam menjamin kesampaian segala bentukbantuan dan penyaluran maklumat.

Merujuk kepada pembangunan ekonomi, pelan pembangunan ekonomi nelayan perludisediakan dalam mengatasi masalah-masalah yang bersangkutan dengan kemajuannelayan. Pengalaman penduduk pulau yang tidak bergantung sepenuhnya terhadap bantuan,perlu dicontohi.

RumusanSebagai rumusannya, penyesuaian yang dilakukan oleh masyarakat pulau di KampungSri Bahagia dapat ditinjau daripada segi budaya kerja, mobiliti dalam ekonomi dansosial yang dapat digunakan dan menjadi contoh sebagai langkah permulaan kepadakemajuan kampung. Perbezaan kawasan asal seharusnya tidak menjadi penghalangkepada kemajuan sesebuah kawasan yang mahu dibangunkan. Peranan pemimpintempatan yang amanah, telus dan merapati masyarakat amat penting dalam menentukanpembangunan yang menyeluruh dan seimbang. Kerjasama dan percaya-mempercayaidi kalangan penduduk amat penting dalam memastikan segala bentuk pembangunanyang disalurkan dapat dijayakan dengan adanya semangat kerjasama yang padu. Segalaperkara yang menghambat pembangunan perlu dielakkan dan dikenal pasti agar ianyabenar-benar dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan salingbekerjasama dalam sesebuah kampung. Dengan adanya keharmonian yang sedemikianpara pentadbir dan pegawai-pegawai yang diberi tanggungjawab untuk membangunkansesebuah kawasan akan mudah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jayanya.Oleh itu, perkara utama dalam pembangunan sesebuah kawasan adalah kesatuan yangpadu di antara sesama penduduk dengan para pemimpin yang sentiasa bersedia

Bab 1.pmd 6/17/2010, 8:28 AM12

13

PENYESUAIAN DAN CABARAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT PULAU DI KAWASANDESTINASI: KES KAMPUNG SRI BAHAGIA MERSING JOHOR

menjalankan tugasnya tanpa mengira kepentingan diri. Segala kejayaan yang telahdicapai oleh penduduk pulau perlu sama-sama dikongsi bagi memastikan pembangunanmenyeluruh untuk Kampung Sri Bahagia dapat dicapai dan dinikmati oleh semuapenduduknya.

PenghargaanSetinggi penghargaan kepada penduduk Kampung Sri Bahagia Mersing yang sanggupmemberi kerjasama kepada penyelidik dalam menjayakan kajian ini. Kepada semuapemimpin-pemimpin tempatan di Kampung Sri Bahagia, pihak kami amat menghargaisegala kerjasama yang diberi sepanjang penelitian dijalankan di kampung ini. Tidakketinggalan ucapan terima kasih ditujukan kepada pelajar-pelajar kursus SKAD2123:Budaya, politik dan pembangunan yang turut sama membantu menjalankan temu bualdan pengumpulan data yang diperlukan.

RujukanIda Bagoes Mantra. 2004. Filsafat Penelitian: Metode Penelitian Sosial. Yogyakarta: Pustaka

Pelajar.Khazin Mohd Tamrin. 1987. Orang Jawa di Selangor: Penghijrahan dan penempatan 1880-

1940. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kung, L. 1983. Factory women in Taiwan. Michigan: UMI Research Press.Lamont, M. dan Molnar, V. 2001. How black use consumption to shape their collective identity.

Journal of Consumer Culture. Vol. 1(1): 31-45.Laverty, S.M. 2003. Hermeneutic phenomenology and phenomenology: A Comparison of

historical and methodology consideration. International Journal of Qualitative Methods.2 (3): 1-29.

Matsuda, Noriyuki. 1980. Stratification analysis of labor migration toward urban centres inIndonesia. Tesis PhD. University of Maryland.

Ramsay, A.B. 1956. Indonesian in Malaya. Journal Malaysia Branch Royal Asiatic Society. 29(1): 119-124.

Temple, G.P. 1974. Migration to Jakarta: A empirical search for a theory. Tesis PhD. Universityof Wisconsin.

Todaro, M.P. 1976. Internal migration in developing countries. Geneva: International LabourOffice.

Van Hear, N. 1994. Migration, displacement and social integration. Occasional paper no. 9.World Summit for Social Development.

Witayakorn Chiengkul. 1986. Migration of Asian workers to the Arab World. The United NationsUniversity.

Bab 1.pmd 6/17/2010, 8:28 AM13