penyelidikan - um repositoryrepository.um.edu.my/34909/1/shpkpt2012 - prosiding pembenta… ·...
TRANSCRIPT
PENYELIDIKAN MEMACU TRANSFORMASI
PROSIDING SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN
Jilid I Sains Sosial dan Kemanusian
disunting oleh ABDUL
GHAFAR ISMAIL
ROOSFA HASHIM
Cetakan Pertama / First Printing, 2012
Hak cipta / Copyright Kementerian Pengajian Tinggi, 2012
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan
ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya
tanpa kebenaran bertulis daripada Kementerian Pengajian Tinggi terlebih dahulu.
All rights reser ved. No part of this publication may be reproduced or
transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical
including photocopy, recording, or any information storage and
retrieval system, without permission in writing from Ministr y of Higher Education.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya, Malaysia
Atur huruf oleh / Typeset by
REKA CETAK SDN BHD
No. 14, Jalan Jemuju Empat 16/13D,
Seksyen 16, 40200 Shah Alam
Selangor D.E., MALAYSIA
v
Seminar Hasil
kandungan
Prakata . . . xi
1. PERHuBuNGAN DAN PERAMALAN KECERDASAN EMoSI TERHADAP
PENCAPAIAN PRAKTIKuM DALAM KALANGAN GuRu-GuRu PELATIH
PISMP AMBILAN JAN 2008 DI INSTITuSI PENDIDIKAN GuRu
Abd Aziz Abd Shukor, Tan Ai Lee, Mahani Razali & Eftah Moh@Abdullah … 1
2. EffECTIvE STRATEGIES To PRoMoTE PoSITIvE
BEHAvIouR IN A SCHooL CoNTExT
Mohd. Mahzan Awang … 8
3. THE REAL EffECT of GovERNMENT DEBT: EvIDENCE fRoM
THE MALAYSIAN ECoNoMY
Siti Nurazira Mohd Daud, Zurina Kefeli and Nursilah Ahmad … 16
4. TECHNICAL EffICIENCY IN SMALLHoLDER PEPPER PRoDuCTIoN IN SARAwAK
Anita Rosli, Alias Radam & Khalid Abdul Rahim … 27
5. DEPTH PENETRATIoN of ENTERPRISE RISK MANAGEMENT MoDEL IN
MALAYSIAN GovERNMENT SECToR
Noor Azlinna Azizan & Lai fong woon … 36
6. KAJIAN EMPIRIKAL PEMBANGuNAN PERoLEHAN HIJAu KERAJAAN DI MALAYSIA
Khairul Naim Adham, Chamhuri Siwar & Sarah Aziz Abdul Ghani Aziz … 44
7. PRoSEDuR PEMBANGuNAN E-TERJEMAHAN BERSuARA CHENgyu
KE DALAM BAHASA MELAYu
Goh Sang Seong, Tan Tien Ping & Boh Phaik Ean … 59
8. THE EffECT of AGE IN MoDERATING ECoLoGICALLY CoNSCIouS
BEHAvIouR AMoNG MALAYSIAN CoNSuMERS
wan Kalthom Yahya, Nor Hashima Hashim, Zuraidah Ramly & Siti Aishah Mohamad … 69
vi
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
THE MEDIATING EffECTS of MuLTIDIMENSIoNAL CoMMITMENT oN
MoRAL PHILoSoPHY AND ETHICAL DECISIoN MAKING
Khalizani Khalid, Syed omar Syed Agil, Maznah wan omar & Siew-Phaik Loke … 79
AN EMPIRICAL STuDY of THE RELATIoNSHIPS BETwEEN SERvICE QuALITY
AND CuSToMER’S PERCEIvED vALuE IN MALAYSIAN ARMED foRCES
CoNTINGENT PEACEKEEPING MISSIoN MANAGEMENT
Ahmad Azan Ridzuana & Azman Ismailb … 88
PERfoRMANCE MEASuREMENT fRAMEwoRK foR NoN-PRofIT
oRGANISATIoNS (NPoS) IN MALAYSIA
Ruhaya Atan, Saunah Zainon, Yap Bee wah & Roland Yeow Theng Nam … 97
CoLLABoRATIoN STRATEGY AS A MANAGEMENT of
TECHNoLoGICAL INNovATIoN
Mulyaningrum & Khairul Baharein Mohd Noor … 113
TINJAuAN SIKAP DAN MoTIvASI GuRu TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
DI SEBuAH SEKoLAH SELANGoR
ong Swee Ling, Tan Chee Hian … 121
fACILITATING THE DEvELoPMENT of SELf-DIRECTED LEARNING
THRouGH THE DESIGN of AN E-SoCIoCoNSTRuCTIvIST
LEARNING ENvIRoNMENT (eSCLE)
foo Sze-yeng, Raja Maznah Raja Hussain … 129
PEMAHAMAN KoMuNITI PENAN TENTANG MAKNA KEPERKASAAN DALAM
PRoGRAM PENEMPATAN SEMuLA (PPS)
N. Lyndon & Er. A.C. S. Selvadurai … 144
A PRoPoSED MoDEL foR ACADEMIC STAff INTEGRATIoN AND DEvELoPMENT
AS A uNIvERSITY TALENT MANAGEMENT STRATEGY
Tang Siew fun & Pradeep Kumar Nair … 154
PILIHAN BAHASA DI SEMPADAN MALAYSIA- THAILAND:
ANALISIS BERASASKAN DoMAIN
Hayati Lateh, Mohammad fadzeli Jaafar, Mohammed Azlan Mis &
Norsimah Mat Awal … 168
EffICIENCY of THE GuLf CooPERATIoN CouNCIL BANKS: EMPIRICAL
EvIDENCE uSING DATA ENvELoPMENT ANALYSIS
fakarudin Kamarudina, Bany Ariffin Amin Nordin, Nazratul Aina Mohamad Anwar &
Mohamad Ali Abdul Hamid … 178
vii
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
PEMBENTuKAN SAIZ PAKAIAN KANAK-KANAK BERDASARKAN
uKuRAN ANTRoPoMETRI
Siti Balkis B., Naimah M.S., Mumtazah o. & Norhasmah S. … 195
DEvELoPMENTAL CLASSIfICATIoN oN TEACHING AND LEARNING
ENGAGEMENT CAPABILITY TowARDS ACADEMIC ExCELLENCE
Tang Siew fun & Pradeep Kumar Nair … 205
THE fLExIBILITY of LowER BACK AND HAMSTRING AMoNG MALE
AND fEMALE ADuLTS
Tan Chee Hian, Shahruniza B Sidik & Rozita Abd Latif … 215
CoRPoRATE fINANCING DYNAMICS: MALAYSIA EMPIRICAL EvIDENCE
Razali Haron, Khairunisah Ibrahim, fauzias Mat Nor, Izani Ibrahim … 224
PENGuKuRAN ANTRoPoMETRI DALAM KALANGAN MAHASISwA ETNIK CINA
DI uNIvERSITI MALAYSIA, SELANGoR
Naimah Mohd Salleh, Siti Balkis Bari & Low Swee Kun … 242
PRoMoTING CREATIvE wRITING SKILLS AMoNG MALAYSIAN LEARNERS:
A TASK-BASED APPRoACH
G.Nagamany Govindan & Juritah Misman … 245
uNDERSTANDING BRAND MANAGEMENT SYSTEM AND STRuCTuRE:
A REvIEw AND GuIDING fRAMEwoRK
Lee Kwee fah … 250
KESAN MoDEL PENTAKSIRAN PRESTASI BAGI PENGuKuHAN
PENGAJARAN SAINS (forPS) TERHADAP SIKAP DAN KEMAHIRAN
MENYIASAT PELAJAR TINGKATAN SATu
Eftah Moh @ Hj Abdullah, othman Lebar & Abd Aziz Abd Shukor … 263
A MuLTIDISCIPLINARY AND ETHICAL APPRoACH IN THE MANAGEMENT of
INTERSEx NEwBoRNS IN MALAYSIA: SoME PRELIMINARY THouGHTS
Mohd Salim Mohamed & Siti Nurani Mohamed Nor … 277
PEMINDAHAN LEKSIS ANTARA BAHASA MALAYSIA DENGAN BAHASA INGGERIS
DALAM BIDANG uNDANG-uNDANG
Ong Shyi Nian … 287
PEMERKASAAN SISTEM PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI MENERuSI
ADAPTASI KITAB TA’LIM AL MuTA’ALLIM
Abdul Mukti Baharudin & Hjh Makiah Tussaripah Jamil … 302
viii
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.
SuSTAINABLE MANufACTuRING PRACTICES, SuSTAINING LEAN IMPRovEMENTS
AND SuSTAINABLE PERfoRMANCE IN MALAYSIAN AuToMoTIvE INDuSTRY
Nurul fadly Habidin, Anis fadzlin Mohd Zubir, Juriah Conding,
Nurzatul Ain Seri Lanang Jaya & Suzaituladwini Hashim … 313
DEvELoPING CRITICAL THINKING SKILLS THRouGH CHESS
NoR AISHAH ABDuLLAH, AMRAN MuHAMMAD &
Associate Prof. Dr. Siti Nurani Mohd Nor … 325
CoNTEMPoRARY THEoRY of SoCIAL ENTREPRENEuRSHIP:
TAwHIDIC APPRoACH IN MANAGING SoCIAL ENTERPRISES
foR SuSTAINABLE wEALTH CREATIoN
Suhaimi Mhd Sarif & Yusof Ismail … 334
THE EffECTS of PYRAMID STRuCTuRE TowARDS fIRM vALuE
Irfah Najihah Basir Malan, Norhana Salamudin & Nor yati Ahmad … 342
INfoRMATIoN MANufACTuRING SHARING AND SuPPLY CHAIN PERfoRMANCE:
MoDEL foR MALAYSIAN AuToMoTIvE INDuSTRY
Nurzatul Ain Seri Lanang Jaya, Nurul fadly Habidin, Anis fadzlin Mohd Zubir,
Juriah Conding & Suzaituladwini Hashim … 351
THE IMPACT of LEADERSHIP STYLES oN LEADERSHIP
EffECTIvENESS IN MALAYSIAN GLCs
Sharifah Rahama Amirul & Normala Daud … 362
PRofIL KANAK-KANAK HILANG/LARI DARIPADA RuMAH DI MALAYSIA:
PENERoKAAN fENoMENoLoGI
Khadijah Alavi, Mohd Suhaimi Mohamad, Nurulhuda Sarnon, Salina Nen,
fauziah Ibrahim dan Suzana Mohd Hoesni … 373
ANALISIS PRofIL PESAwAH PADI DI MALAYSIA DAN KEPATuHAN
MEMBAYAR ZAKAT PERTANIAN
Asmak Ab Rahman Pazim @ fadzim othman, Siti Mashitoh Mahamood,
Azizi Che Seman, Nor Aini Ali & Norzuraida Hasan … 385
MouNTAIN BIKERS ExPENDITuRES AT BuKIT KIARA
Nur Syuhada C, Syamsul Herman M. A. & Zaiton S. … 397
PEMERDAGANGAN wANITA: PENGHARMoNIAN PERuNDANGAN MALAYSIA
MENuRuT PERSPEKTIf ISLAM
Hjh Makiah Tussaripah Jamil … 403
ix
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi
40.
41.
42.
43.
44.
45.
46.
47.
48.
49.
50.
ToTAL PRoDuCTIvE MAINTENANCE, KAIZEN EvENT, INNovATIoN
PERfoRMANCE IN MALAYSIAN AuToMoTIvE INDuSTRY
Suzaituladwini Hashim, Nurul fadly Habidin, Juriah Conding,
Anis fadzlin Mohd Zubir & Nurzatul Ain Seri Lanang Jaya … 422
LEvERAGING MICRoENTERPRISE PRoDuCTS AT THE GLoBAL MARKET
To ENSuRE SuSTAINABLE PovERTY ALLEvIATIoN STRATEGY
Mohammed Bashir Saidu & Asnarulkhadi Abu-Samah … 435
PERKEMBANGAN DAN KEPENTINGAN INDuSTRI PELANCoNGAN NEGARA
Mohd Al Hafiz Adnan, Patmawati Ibrahim & Abdul Qayyum M.Suhaimi … 443
PoTENSI PELANCoNGAN DI MATu-DARo, SARAwAK: PERSEPSI KoMuNITI LoKAL
Nadiah Abdul Halim, Er Ah Choy, Jumaat H. Adam, Mohd Afiq Aizat Juhari
dan Siti Norhafizah Ahmad Tarmidzi … 453
ISLAMIZATIoN of CHILDREN’S BooKS
Nor Zatu Amni Mohamad … 462
GENDERING of AvATARS foR oNLINE SELf-REPRESENTATIoN
Cheong Lee Mei & fariza Hanis Abdul Razak … 465
HuBuNGAN ETNIK DI MALAYSIA: SuATu KAJIAN TERHADAP MAHASISwA
INSTITuT PENGAJIAN TINGGI AwAM KAwASAN ZoN TENGAH
Baterah Alias & Che Zarrina Sa’ari … 473
KoNTRAK SoSIAL DALAM KALANGAN GENERASI MuDA:
ANALISIS TERHADAP TAHAP KEfAHAMAN DAN KESEDARAN
MAHASISwA INSTITuT PENGAJIAN TINGGI DI SELANGoR
Nurul Himmah Kassan, Baterah Alias & Najahudin Lateh … 495
DESTINASI PELAJAR LEPASAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
DI INSTITuSI PENGAJIAN TINGGI AwAM (IPTA)
Mohd Zuhir Abd Rahman & Ismail Nor Hassan Basri … 528
STuDENTS’ PERCEPTIoNS of THE CAuSES of Low PERfoRMANCE IN
PRINCIPLES of ACCouNTING: A CASE STuDY AT KoLEJ PoLY TECH MARA, BANGI
Nor Affidah Yahaya … 540
LEGAL DEfENSIvE MEASuRES AGAINST HoSTILE TAKEovERS:
RELEvANT ADoPTIoN IN CHINA AND MALAYSIA
Liu Kai & Luo Hanwei … 554
x
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi
51.
52.
53.
54.
55.
56.
57.
58.
59.
60.
61.
TECHNoLoGY RoADMAPPING PRACTICES IN MALAYSIA:
A LoNGITuDINAL STuDY
Yee Choy Leong … 566
MENGENAL PASTI GAYA PEMBELAJARAN KoLB DI KALANGAN PELAJAR
DIPLoMA PENYENGGARAAN PESAwAT
Ahmad firdaus Dahalan, wan Norhidayah wan Mohamed Noor &
Siti Rosminah Md. Derus … 575
ARDL BouND TEST APPRoACH foR Co-INTEGRATIoN BETwEEN fDI AND
INNovATIoN ACTIvITIES IN MALAYSIA
Ricky Jores & Siong Hook Law … 581
INDIGENouS KNowLEDGE TRANSfER of METAL CRAfTS IN
PENINSuLAR MALAYSIA: A fRAMEwoRK
Mazlan Che Soh, Siti Korotaaini omar & Ramlah Adam … 590
PEMBELAJARAN BERASASKAN PRoJEK: TAKRIfAN, TEoRI DAN
PERBANDINGANNYA DENGAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
Nitce Isa Medina Machmudi Isa & Mai Shihah Hj Abdulla … 598
IMEJ MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCoNGAN DAN KEPuASAN
LAwATAN DALAM KALANGAN PELANCoNG ANTARABANGSA
Abdul Razak Kamaruddin & Ahmad Ramli Mahmood … 606
PRofIL KETIDAKuPAYAAN PELBAGAI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
Manisah Mohd. Ali Rosadah Abdul Majid, Rokiah omar, Norshidah Mohamad Salleh,
Aliza Alias & Zalizan Mohd. Jelas … 617
ANALISIS PERuBAHAN ELEMEN GAMBAR DAN TuLISAN DALAM GRAfIK PEGuN
BAGI MENINGKATKAN INGATAN PELAJAR BERPENCAPAIAN RENDAH
wan Ali Akbar wan Abdullah & Mohd Isa Hamzah … 622
PENERIMAAN GENERASI MuDA TERHADAP MESEJ TENTANG KoNSEP 1MALAYSIA
Mohd Yusof Abdullah & Ali Salman … 629
REDuCING uNCERTAINTIES NEw PRoDuCT DEvELoPMENT PRoCESS:
THE MARKET PuLL fACToR
Nusaibah Mansor, Siti Norbaya Yahaya, Nurul Zarirah Nizam, &
Ganagambegai Laxamanan … 638
ACADEMIC DISHoNESTY AND ITS INfLuENCE oN fuTuRE woRKPLACE
ETHICAL BEHAvIoR
Suriani Ismail & Zoharah omar … 643
xi
Seminar Hasil
prakata
Jawatankuasa Penganjur telah memilih tema ‘Penyelidikan Memacu Transformasi’ kerana tema
ini amat kena pada masanya iaitu, ketika negara sedang menggerakkan seluruh tenaga untuk
berubah menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Hasil penyelidikan yang sedang giat
berjalan di semua universiti boleh dimanfaatkan oleh negara untuk bergerak ke arah perubahan
yang dapat meningkatkan kemajuan negara ini.
Buku ini adalah jilid pertama daripada tiga jilid mengandungi himpunan makalah dan
kertas kerja dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan yang dibentangkan dalam Seminar Hasil
Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi ke-2. Seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) dan universiti Kebangsaan Malaysia (uKM) ini berlangsung pada 8 dan 9 November
2012 di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT). Himpunan makalah ini datangnya
daripada para penyelidik di pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan yang telah mendapat
geran penyelidikan daripada KPT. Makalah yang terpilih untuk masuk dalam jilid ini meliputi
bidang dan subbidang berikut;
Antropologi, Psikologi, Sosiologi, Sains Politik, Pengurusan dan Perniagaan, Geografi,
Ekonomi, Ekologi Manusia, Komunikasi;
Bahasa dan Linguistik, Kesusasteraan, Agama, falsafah,Tamadun, Sejarah, Seni, Budaya,
Pendidikan, Dasar dan undang-undang, Alam Bina (Aspek Kemanusiaan), Alam Sekitar
(Aspek Kemanusiaan); dan
Alam Sekitar, Perhutanan, Pertanian, Marin, Arkeologi, Geologi, Etnografi, Budaya, Alam
Bina (Aspek warisan) Kepelbagaian Biologi.
Makalah yang masuk dalam prosiding ini adalah yang terpilih daripada sejumlah makalah
yang dikirim untuk pembentangan. Selepas ini, Sidang Editor CREAM – Current Research in
Malaysia akan menyaring makalah yang berpotensi untuk diterbitkan dalam jurnal yang baru
diterbitkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi itu. Makalah yang terpilih akan diwasit oleh pakar
dalam bidang yang berkenaan.
Kami berharap, seminar ini akan menjadi wadah yang sesuai bagi para penyelidik
membentangkan hasil penyelidikan masing-masing dan mendapat input daripada rakan-rakan
penyelidik daripada seluruh negara.
Kami berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menyiapkan penerbitan prosiding
ini khususnya para pegawai Bahagian Penyelidikan dan Perencangan, Kementerian Pengajian
Tinggi dan juga Ahli Jawatankuasa Seminar.
ABDUL GHAFAR ISMAIL
ROOSFA HASHIM
xii
xiii
Seminar Hasil
28
Pemindahan Leksis antara Bahasa Malaysia dengan
Bahasa Inggeris dalam Bidang undang-undang
ong ShYi niAn
fakulti Bahasa dan Linguistik, universiti Malaya, Kuala Lumpur
PENGENALAN
Kertas ini adalah berkenaan dengan pemindahan leksis dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia dalam bidang
undang-undang, khususnya dalam penulisan akta. Terdapat lima bahagian dalam kertas ini. Bahagian 1 memberi
sedikit latar belakang mengenai pertembungan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Perkara-perkara yang
menjadi tumpuan utama pula dinyatakan dalam bahagian penghuraian masalah iaitu Bahagian 2. Kepentingan
kajian ini pula diterangkan dalam Bahagian 3. Seterusnya, Bahagian 4 akan membincangkan metodologi
kajian ini dengan memuatkan rangka kerja konsep-konsep yang terlibat dan kaedah yang digunakan dalam
menjalankan penyelidikan. Dapatan dikemukakan dalam bahagian 5 dan kertas ini diakhiri dengan beberapa
rumusan.
LATAR BELAKANG SEJARAH
Bahasa Inggeris mula diperkenalkan di Nusantara Melayu pada akhir abad keenam belas. walau
bagaimanapun, sehingga abad kesembilan belas, pengaruh bahasa Inggeris terhadap bahasa
Melayu hampir tiada dan pengaruh bahasa Portugis adalah lebih penting. Keadaan ini dapat
dilihat melalui pernyataan Barbara watson Andaya dan Leonard Y.Andaya (2001:161),
Improved communication between Europe and Malaya, and between outlying areas and capitals,
facilitated the transmission of the vast amount of information on which the colonial enterprise
relied.
Pada akhir abad kelapan belas dan awal abad kesembilan belas, pengaruh bahasa Inggeris
mula berkembang di kawasan ini. Pada tahun 1786, orang Inggeris menubuhkan sebuah pusat
perdagangan di Pulau Pinang dan sebuah lagi di Singapura pada tahun 1819. Menjelang
pertengahan abad kesembilan belas, orang Inggeris tidak lagi membataskan penglibatan mereka
dalam hal-hal perdagangan tetapi mula campur tangan dalam hal-hal politik negeri-negeri Melayu.
Menurut Barbara watson Andaya dan Leonard Y.Andaya (2001:162),
By the beginning of 1875, the first steps (to the extension of British control) had thus been taken in
the development of what came to be called the resident system.
Dengan beberapa perjanjian, pihak British mula memegang pentadbiran negeri-negeri Melayu
dan bahasa yang digunakan dalam pentadbiran sememangnya adalah bahasa Inggeris.
Sebelum orang Inggeris mula bertapak di Nusantara ini, Tanah Melayu sudah bertebung
dengan berbagai-bagai kebudayaan yang lain, termasuk Arab, India dan Bugis sebagaimana yang
digambarkan oleh Barbara watson Andaya dan Leonard Y.Andaya (2001:11),
By the time Melaka was fonded, around 1400, the Malay archipelago had for hundreds of years
been part of a complex trading network threading through the entire Southeast Asian region and
stretching from Africa to China.
xiv
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi
Pada ketika itu, undang-undang sudah wujud tetapi dalam bentuk undang-undang Syariah
dan istilah-istilah perundangan berasal dari bahasa Arab.
walau bagaimanapun, setelah pertembungan dengan pihak British dan penerapan sistem
perundangan Inggeris, terutamanya setelah negara kita mencapai kemerdekaan pada 31hb. ogos
1957, bahasa Inggeris mula digunakan dengan banyak. Sebagai orang yang menjajah kita selama
lebih kurang seratus tahun, bantuan pighak British dalam usaha menggubal perlembangaan
persekutuan adalah amat besar sekali. Sebagai sebuah negara dengan sebahagian besar
penduduknya yang terdiri daripada orang Melayu, perlembagaan telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Melayu tetapi mengikuti Perkara 152(3) Perlembangaan Pesekutuan:
… naskah yang sahih –
(a) bagi segala Rang undang-undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan
mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen, dan’
(b) bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh Kerajaan
Persekutuan,
hendaklah dalam bahasa Inggeris.
fasal ini memperlihatkan betapa pentingnya bahasa Inggeris dalam hal perundangan. Kita
hanya perlu membaca sebarang perjanjian atau akta untuk menyedari bahawa laras bahasa
undang-undang agak berbeza dengan bahasa biasa yang digunakan dalam bidang-bidang
saintifik-teknikal yang lain. Peminjaman butir-butir leksis yang berlaku dalam penulisan yang
berkaitan dengan hal undang-undang tidak terbatas kepada perkataan tunggal semata-mata
tetapi juga melibatkan ungkapan yang digunakan dalam bentuk khususnya hanya dalam
bidang undang-undang.
PENGHuRAIAN MASALAH
Ada pendapat yang mengatakan bahawa butir dalam sesuatu teks atau wacana yang berbentuk
saintifik-teknikal lebih cenderung untuk dipinjam sekiranya terdapat keperluan untuk
menamakan benda dan konsep yang baru bagi kebudayaan yang terdedah kepada pembaharuan
tersebut (Heah, 1989:160, 163; weinreich, 1953:56). Sehubungan dengan ini, kajian ini bertujuan
untuk melihat sama ada ini benar bagi teks undang-undang, khususnya bagi akta dan butir-butir
dalam Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, kajian ini juga ingin mengetahui jenis-jenis butir
yang dipinjam.
Kajian ini juga memberi perhatian kepada ungkapan-ungkapan yang selalu dikaitkan dengan
laras bahasa undang-undang. Dalam hal ini, yang ingin diselidiki ialah sama ada ungkapan
tersebut merupakan terjemahan harafiah dan mengikut bentuk bahasa Inggeris. faktor-faktor
yang menjadi punca peminjaman juga dilihat secara umum.
Sebagai rumusan, perkara-perkara berikut dijadikan asas bagi keseluruhan kajian ini:
a. Apakah jenis peminjaman yang dilakukan dalam teks undang-undang?
b. Adakah ungkapan-ungkapan dalam teks undang-undang juga dipinjam dan mengikut laras
bahasa undang-undang?
c. Mengapakah peminjaman dilakukan?
xv
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi
KEPENTINGAN KAJIAN
Pertamanya, kajian yang ringkas ini dapat digunakan oleh pengkaji masa depan yang berminat
dalam bentuk penyelidikan begini kerana ia menyediakan asas contoh bagi bentuk kajian yang
lebih meluas dan mendalam. Dalam penyelidikan ini, hanya 72 butir peminjaman terkandung
dalam korpus dan sememangnya, kajian ini tidak terhad kepada satu ‘karya’ undang-undang
sahaja. walau bagaimanapun, ia masih memberi wawasan dan sedikit pengetahuan mengenai
peminjaman dalam bidang undang-undang. Dengan pengetahuan ini, ada kemungkinan
bahawa penterjemah dan penulis akta masa depan akan lebih teliti tentang laras bahasa undang-
undang.
Rangka kerja konsep
METoDoLoGI
Menurut Asmah Hj. omar (2011), bentuk leksikal (lexical form) adalah bentuk linguistik yang
tidak dituturkan, dan dengan itu tidak mempunyai ciri modulasi akhir ujaran. Dalam rangka kerja
konsep kajian ini, terdapat beberapa aspek bentuk leksikal yang akan dilihat seperti berikut:
Peminjaman
Menurut Haugen (1953), peminjaman merupakan penghasilan semula pola-pola satu bahasa yang
asalnya ditemui dalam bahasa lain. Peminjaman mungkin disebabkan oleh faktor-faktor struktur
seperti keserbasamaan bahasa, kekerapan perkataan dan kekurangan perbezaan semantik, dan
juga oleh faktor-faktor bukan struktur atau faktor sosiobudaya seperti taraf relative kedua-dua
bahasa, keadaan sejarah pertembungan dan sikap terhadap peminjaman.
Pemindahan leksis sebenarnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian besar, iaitu,
pengimportan dan penukargantian. Butir-butir yang diimport dinamakan kata pinjaman dan
seterusnya dapat dibahagi dua: kata pinjaman tulen yang tidak menunjukkan penggantian
morfem, dan kata pinjam campur, yang memperlihatkan sebahagian penggantian morfem.
Penukargantian pula adalah peminjaman dari segi penyesuaian bahasa kepada sesuatu keadaan.
Di sini, butir budaya dipindahkan ke dalam bahasa Malaysia daripada bahasa Inggeris tetapi
bentuk linguistik butir tersebut pula tidak dipinjam sekaligus. Secara keseluruhan butir-butir
yang ditukargantikan dinamakan pinjam ubah dan golongan butir-butir ini dapat dibahagikan
kepada pinjam terjemah dan perluasan semantik.
Ungkapan
Yang dimaksudkan dengan ungkapan di sini ialah urutan perkataan yang wujud bersama dalam
sebuah frasa dan yang merupakan pernyataan yang tetap, iaitu sentiasa digunakan dalam bentuk
itu sahaja. ungkapan-ungkapan ini mungkin frasa kata sendi, pernyataan gaya bahasa (stailistik)
atau yang berbentuk idiom. Pernyataan seperti ini digunakan dengan meluas dalam surat-
menyurat rasmi dan juga dalam penulisan yang berbentuk akademik atau kewartawanan.
Sebab-sebab peminjaman
Peminjaman disebabkan oleh faktor-faktor struktur dan bukan struktur. faktor struktur
sebenarnya adalah berkaitan dengan ciri-ciri lingusitk dan melibatkan enam keadaan. Ini
termasuk keserbasamaan struktur, bahasa yang bertembung, tingkat ikatan (mengikut weinrich
(1953), kemungkinan untuk meminjam adalah kurang sekiranya morfem disesuaikan dengan
lebih banyak), kekerapan perkataan homonimi, ketinggalan zaman perkataan dan kekurangan
perbezaan semantik.
xvi
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi
faktor-faktor bukan struktur pula melibatkan perkara-perkara di luar bidang linguistik dan
mengambil kira keadaan sosiobudaya bahasa-bahasa yang terlibat. faktor-faktor ini termasuk taraf
reaktif atau prestij kedua-dua bahasa, kecukupan perkataan yang menamakan atau kekurangan
perbendaharaan kata, keadaan sejarah pertembungan (sama ada melalui keadaan-keadaan
seperti peperangan, penaklukan, penjajahan dan penghijrahan), sikap terhadap peminjaman
dan persesuaian kebudayaan.
Pengumpulan butir-butir
KAEDAH
Sumber data adalah Perlembagaan Persekutuan. Buku ini dijadikan sumber bagi mendapatkan
butir pinjaman kerana ia menggabungkan akta-kata daripada berbagai-bagai bidang termasuk
politik, pelajaran, kewangan dan ekonomi, kuasa Raja-Raja, agama serta pentadbiran. Dari sini,
kita mendapat satu gambaran menyeluruh mengenai bahasa yang digunakan dalam wacana
undang-undang.
Pengenalan butir yang dipindah
Pendekatan sinkronik digunakan untuk mengenalpasti butir-butir yang dipindahlan. Pendekatan
ini telah digunakan oleh Aasta Stene dalam kajiannya bertajuk English Loanwords in Modern
Norwegian pada tahun 1945. Menurut Asmah Hj. omar (2011),
Dalam istilah de Saussure, linguistik sinkronik atau lingusitik semasa adalah static linguistics,
sedangkan linguistik diakronik disebutnya evolutionary linguistics. Perbezaan ini penting kerana
bahasa boleh dianalisis dengan lebih baik kerana memungkinkan kita mengenalpasti nilai dalam
bahasa tanpa diganggu oleh sejarah pertumbuhan nilai yang berkenaan.(p.57)
Asmah Hj. omar (2011) juga telah mempamerkan idea sinkronik dan diakronik de Saussure
melalui paksi sinkronik dan diakronik seperti berikut (p.58):
Paksi diokronik
Paksi sinkronik
Rajah 1
Dalam kajian ini, yang diteliti ialah bentuk butir leksis yang dpinjam dan hanya keadaan
semasa bahasa diambilkira dalam uasaha mengenalpasti butir. unsur-unsur ‘asing’ dibezakan
daripada unsur-unsur asli dalam sesuatu butir dengan menentukan dalam keadaan apa unsur-
unsur asing itu tidak selaras dengan pola-pola asli. Ini dilakukan dengan menganalisa konstitusi
dan taburan unsur asing tersebut serta pola morfologi dan sintaksnya.
Pendekatan sinkronik digunakan dalam kajian ini kerana yang ingin dikaji adalah bentuk butir
yang dipinjam dalam teks undang-undang yang boleh dikatakan suatu pengetahuan serta jenis
penulisan yang baru dalam bahasa Malaysia. Sehubungan dengan ini, cara pendekatan diakronik,
iaitu pendekatan yang membandingkan peringkat awal dan peringkat kemudian sesuatu bahasa,
tidak digunakan dalam kajian ini kerana perkara yang dititikberatkan merupakan keadaan semasa
bahasa. oleh yang demikian, kaedah berbentuk sejarah tidak begitu besar faedahnya di sini.
xvii
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi
walaupun pendekatan sinkronik ada kebaikannya, ia kadang-kala tidak dapat dipercayai
sepenuhnya kerana struktur fonologi beberapa kata pinjaman sememangnya sepadan dengan
struktur dalam bahasa yang meminjam atau terlalu serupa hinggakan penyelidik mendapati
sukar untuk mengenalpasti kata pinjaman tersebut. Ini kerana penyesuaian kata-kata itu begitu
lengkap dan dengan itu, pengenalan kata-kata pinjaman seperti ini agak sukar dilakukan sekiranya
penyelidik tidak mempunyai pengetahuan tentang peringkat-peringkat awal perkeambangan
bahasa serta bahasa-bahasa yang terlibat dalam pertembungan dengan bahasa sasaran itu.
Penggolongan butir yang dipindah
Butir-butir yang dipinjam dibahagikan kepada empat golongan kata (kata nama, kata kerja,
kata sendi, kata/frasa sifat) dan ungkapan. Di bawah tiap-tiap gologan pengimportan dan
penukargantian, terdapat pembahagian yang lebih kecil. Subgolongan-subgolongan ini termasuk
kata pinjam tulen, pinjam campur, pinjam terjemah dan pinjam semantik.
Kata pinjam tulen merupakan pinjaman langsung dari bahasa Inggeris dan bentuk morfemnya
secara keseluruhannya dapat dikenalpasti dengan mudah sebagai bentuk bahasa Inggeris. walau
bagaimanapun, mungkin terdapat sedikit penggantian fonem. Sehubungan dengan ini, terdapat
kata pinjam tulen yang tidak diasimilasi, yang separuh diasimilasi dan yang penuh diasimilasi.
Kata pinjam tulen yang lain termasuk kata pinjam yang diasimilasi secara ortografi, kata majmuk
bergabung, kata majmuk yang dianalisa dan kata pinjam yang disingkatkan.
Pinjam campur pula merupakan hasil daripada suatu proses yang menggabungkan
pengimportan dan penukargantian morfem dalam satu butiran. Penggabingan struktur ini
berlaku apabila suatu bentuk berlapis atau majmuk dipinjam dari bahasa Inggeris dan satu
daripada komponennya di[indahkan sementara yang satu lagi ditukargantikan dengan butir
bahasa Malaysia. Antara jenis pinjam campur termasuk pinjam campur pinggiran, pinjam campur
nuclear, pinjam campur majmuk dan pinjam campur bertautologi.
Di bawah kumpulan butir pinjaman yang ditukarganti, terdapat dua jenis peminjaman tidak
langsung iaitu pinjam terjemah dan pinjam semantik. Secara keseluruhannya, golongan-golongan
ini dinamakan pinjam ubah.
Dalam pinjam terjemah, hanya makna perkataan bahasa Inggeris dipindahkan ke perkataan
asli dalam bahasa Malaysia dan susunan struktur model bahasa Inggeris digunakan. walau
bagaimanapun, peraturan bahasa Malaysia tetap digunakan. Pinjam terjemah dapat dibahagikan
kepada pinjam terjemah harafiah, pinjam terjemah berhampir dan pinjam sintaks.
Dalam pinjam semantik pula, medan semantik morfem asli mengalami perubahan. Di sini,
perkataan bahasa Malaysia memperoleh makna baru tetapi makna asalnya tetap ada. Dengan itu
medan semantik perkataan tersebut menjadi semakin luas. Syarat yang perlu bagi peminjaman
jenis ini adalah sedikit keserbasamaan semantik antara butir bahasa Malaysia dengan butir bahasa
Inggeris yang menjadi model. Jenis-jenis pinjam semantik termasuk peluasan makan kata nama,
peluasan makan kata kerja dan peluasan kata sifat.
Satu jenis pemindahan leksis yang juga terlibat dalam kajian pertembungan bahasa tetapi
bukan sepenuhnya peminjaman seperti yang ditakrifkan adalah rekaan asli. Golongan ini terbahagi
kepada rekaan hybrid dan rekaan terangsang. Rekaan hybrid adalah suatu bentuk leksis yang
menggabungkan unsur-unsur asli dan yang diimport. Morfem yang dipinjam digunakan untuk
menggantikan model asli. Pembentukan seperti ini biasanya disamakan dengan pinjam campur
kerana kedua-duanya mempunyai bahan yang dipinjam dan bahan asli. walau bagaimanapun,
rekaan hibrid adalah berbeza kerana tidak menjadi sebahagian daripada proses peminjaman.
Rekaan terenagsang pula terbentuk sepenuhnya daripada bahan perkataan asli dan ini
dilakukan melalui proses-proses pengimbuhan, pemajmukan, peleburan, pengulangan dan
sirkumlokasi.
xviii
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi
Penyesuaian butir
Terdapat dua jenis penyesuaian: dari segi linguistik, dan dari segi sosiolinguitik. Penyesuaian
linguistik merupakan penyesuaian bahan pinjam kepada struktur fonologi, tatabahasa dan
leksis-semantik bahasa yang meminjam. Penyesuaian fonologi yang paling biasa adalah apabila
penutur menggantikan bunyi-bunyi asing dengan fonem dari bahasa asli mereka sendiri. walau
bahagimanapun, ada kalanya bunyi asing itu dikekalkan untuk menandakan pendidikan atau
status penutur.
Dalam penyesuaian tatabahasa, sesuatu perkataan yang dipinjam dari satu bahasa ke bahasa
yang lain disesuaikan dengan struktur morfologi dan sistem bahasa yang meminjam.
Jika diteliti penyesuaian dari segi leksis-semantik pula, ramai pengkaji bersetuju bahawa
butir-butir leksis jarang dipinjam sekaligus dengan semua makana yang dipunyai dalam bahasa
sumber. Selalunya, hanya satu daripada makna-makna ini akan dipinjam tetapi jika perkataan
tersebut dipinjam dalam lebih daripada satu makna dalam bahasa sasaran. Perkataan-perkataan
yang dipinjam juga mungkin mengubahsuai maknanya melalui pembatasan, peluasan atau
perubahan makna.
Penyesuaian sosiolinguistik pula mengambilkira tanda-tanda yang dapat menunjukkan
bahawa suatu butir itu dipinjamkan daipada bahasa lain. Antara tanda-tanda ini adalah tekanan
dan nada suara, perubahantempo pertuturan atau tulisan condong dan tanda kutip. Terdapat
beberapa ujian untuk menetukan darjah penyesuaian sosial bahan-bahan pinjaman. Ini termasuk
“ujian ketaksediaan” yang dicadangkan oleh Mackey dan digunakan bagi menentukan “indeks
ketaksediaan” yang berkaitan dengan butir-butir yang dipinjam. walau bagaiamanapun, kajian
ini tidak mengambil kira bilangan butir leksis yang sama (token) kerana apa yang dititikberatkan
ialah jenis peminjaman.
Analisis data
Bagi memudahkan analisis, butir-butir leksis yang dipindahkan dipersembahkan dalam bentuk
jadual seperti di bawah. Pembahagian umum adalah dari segi golongan kata (kata nama, kata
kerja, kata sifat/ frasa kata sifat, kata sendi), dan ungkapan-ungkapan yang biasanya terdapat
dalam teks yang berbentk undang-undang. ungkapan ini mungkin mengandungi kata nama,
kata kerja, kata sifat atau kata sendi tetapi ia digolongkan sebagai butir pinjaman yang lain kerana
perkataan-perkataan dalam ungkapan tersebut tidak dilihat secara berasingan. Butir-butir dalam
setiap golongan disusun mengikut abjad. Singkatan yang digunakan dalam jadual di bawah
adalah seperti berikut:
KP: kata pinjaman
PT: pinjam terjemah
ta: tidak diasimiliasi
PC: pinjam campur
sa: separuh diasimiliasi
PS: pinjam semantik
pa: penuh diasimiliasi
RA: rekaan asli
xix
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi
Jadual 1
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi
294
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi
295
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi
Jumlah butir: 72
Jadual 2
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi
Jadual 3
DAPATAN KAJIAN
Dapatan dilihat dari segi empat golongan kata dan ungkapan.
Kata nama
Butir yang paling banyak dipinjam dalam kajian ini merupakan kata nama, iaitu 42 daripada
72 butir (58.33%). Ini sememangnya dapat dijangkakan kerana bahasa Malaysia bertembung
dengan konsep-konsep baru dalam bidang undang-undang. Daripada jumlah kata nama yang
dipinjam , 20 adalah kata pinjam tulen (47.62%). Ini terdiri daripada 5 kata pinjam tulen tidak
diasimiliasi, 8 kata pinjam tulen separuh diasimilasi dan 7 kata pinjam tulen penuh diasimilasi.
Dari sini, kita dapat memperhatikan bahawa kebanyakkan kata pinjam tulen tidak ditinggalkan
dalam bentuk asalnya. usaha dilakukan untuk sekurang-kurangnya menyesuaikan butir-butir
tersebut dengan bentuk bahasa Malaysianya dan ini menunjukkan satu usaha yang baik. Ejaan
dua daripada kata-kata jenis ini , quorum dan quota sudah diseseuaikan dengan ejaan bahasa
Malaysia sekarang dengan menukarkan q kepada k tetapi ini hanya dilakukan dalam teks yang
tidak berkenaan dengan undang-undang. Dengan itu, kedua-dua kata ini nampaknya dipinjam
dengan tidak diasimilasikan dalam keadaan yang khusus sahaja.
Kata nama yang diimport juga terdapat dalam bentuk pinjam campur. 5 atau 11.09% daripada
semua kata nama adalah butir pinjam campur. Daripada jumlah ini pula, 4 meruapakn butir
pinjam campur majmuk (3 pingguran, 1 nuklear) dan 1 adalah butir pinjam campur nuklear.
Jika diteliti butir-butir pinjam campur majmuk pinggiran, nampaknya bahawa morfem yang
kerap dipinjam ialah kata sifat atau ‘modifier’ seperti yang dapat dilihat dalam kata-kata nama
jawatan diplomat dan negeri Komanwel. Bagi kedua-dua contoh ini, penyesuaian linguistik dari
segi tatabahasa dilakukan.
Butir pinjam campur nuklear ialah perezaban. Dalam keadaan ini, apa yang sebenarnya
dipinjam ialah kata kerja reserve dan untuk menjadikannya kata nama, imbuhan ditambah.
Perkataan rezab disesuaikan dari segi fonologi dan ortografi dan boleh dikatakan penuh
diasimilasi kerana tidak nampak ciri bahasa Inggeris.
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi
Dalam golongan pinjam ubah, terkendung 17 butir leksis yang dipindah (40.48%); 12 butir
kata nama merupakan butir pinjam terjemah (7 butir pinjam terjemah harafiah dan 5 butir
pinjam terjemah berhampir). Antara contoh-contoh pinjam terjemah harafiah adalah kebebasan
bergerak, perbicaraan berulang dan pengamal undang-undang. Contoh pinjam terjemah
berhampir pula adalah perundangan kecil dan surat perjalanan. Pinjaman seperti ini adalah
berhampir sahaja kerana penterjemahan harafiah bagi legislation tetapi kecil bukannya padanan
bagi subsidiary. Begitu juga dengan surat yang merupakan letter dan bukannya document seperti
dalam modelnya travel document.
Bagi pinjam semantik pula, kelima-lima butir merupakan peluasan kata nama. Perkataan
penyata misalnya merupakan peluasan kepada kata dan ditambah dengan imbuhan untuk
dijadikan padanan bagi perkataan statement. Perkataan hak juga merupakan pinjaman semantik
dengan peluasan kata nama kerana perkataan ini pada asalnya bermakna ’kebenaran’ tetapi
ia telah dipinjam ke dalam bahasa undang-undang dan diberi makna yang dikhususkan untuk
bidang tersebut. Penyesuaian yang berlaku di sini adalah dari segi leksis-semantik kerana makna
perkataan yang dipinjam diperluaskan. Satu perkara yang dapat diperhatikan ialah perkataan
pengerusi merupakan suatu peluasan kata nama tetapi timbalan pengerusi adalah pinjam
terjemah harafiah.
Terdapat hanya satu butir rekaan asli (1.39 %) dan ini terdiri daripadqa rekaan hybrid.
Butir ini adalah pejabat konsul. Inin sebenarnya bukan peminjaman daripada model consul’s
office tetapi hanya menggantikan perkataan yang sudah merangkumi konsep ‘pejabat’ iaitu
consulate. Dapat dilihat disini bahawa apa yang dipinjam sebenarnya adalah perkataan consul
dan ia digunakan bersama dengan pejabat.
KATA KERJA
Dalam bahagian kata kerja yang dipinjam, hampir kesemua 7 (9.72%) butir leksis yang dipinjam
merupakan pinjam semantik. Terdapat hanya 1 butir kata pinjam tulen yang separuh diasimilasi
dan 1 butir pinjam terjemah harafiah. Yang selebihnya merupakan peluasan kata kerja. Ini
menunjukkan bahawa medan semantik kata kerja dalam bahasa Malaysia adalah lebih sempit
jika dibandingkan dengan medan semantik modelnya dalam bahasa Inggeris dan oleh yang
demikian, peluasan makna kata berlaku apabila sesuatu butir itu dipinjam. Antara contoh-contoh
pinjam semantik ialah dipakai bagi model applied dan mengangkat yang digunakan bersama-
sama dengan perkataan sumpah (modelnya:take the oath). Dalam contoh pertama, ‘pakai’
diperluaskan maknanya supaya tidak hanya terhad kepada ‘mengenakan pakaian’ dan ‘angkat’
pula sekarang mempunyai makna ‘isytihar’ atau ‘lafaz’. Perkataan ini mungkin digunakan dalam
ungkapan mengangkat sumpah kerana cara sumpah dilafazkan ialah dengan mengangkat tangan
kanan mengikut cara Barat.
KATA SIfAT DAN fRASA KATA SIfAT
Pinjaman dalam bentuk kata sifat/ frasa kata sifat berjumlah 7 semuanya (9.72%). 2 daripadanya
merupakan pinjam terjemah (1 butir pinjam terjemah harafiah, 1 butir pinjam terjemah
berhampir) manakala 2 butir dalam golongan kata pinjam tulen dan pinjam semantik masing-
masing, dan 1 butir pinjam campur nuklear. Kata pinjam tulen adalah bankrupt dan integral.
Yang pertama mengalami penyesuaian pada sebahagian perkataan tersebut: t pada kedudukan
terakhir dalam model bahasa Inggeris digugurkan, tetapi gugusan konsonan kr dikekalkan. walau
bagaimanapun, perkataan ini tidak mengalami penyesuaian dari segi fonologi kerana sebutannya
masih sama dengan sebutan perkataan asalnya dalam bahasa Inggeris.
Jika diteliti frasa pengetahuan mudah, kita dapat melihat bahawa perkataan mudah itu sduah
mengalami peluasan makna dan kini merangkumi makna yang terkandung dalam elementary.
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi
frasa sifat dengan jalan sebenarnya adalah padanan kepada ‘road’ atau ‘way’ dalam bahasa
Inggeris. Perkataan terakru pula meminjam perkataan bahasa Inggeris accrue, menyesuaikannya
dari segi ortografi dan kemudian menambahkan imbuhan ‘ter-’ untuk menjadikannya bentuk
kata sifat.
KATA SENDI
Terdapat hanya 2 butir pinjaman yang berkaitan dengan kata sendi (2.87%). Kata sendi yang
terlibat ialah atas dan hadapan, dan kedua-duanya mengalami peluaan makna dan konteks
kegunaan. Sebelum ini, kata-kata sendi ini hanya digunakan untuk menunjukkan kedudukan
sesuatu banda atau arah pergerakkan. Sekarang, perkataan-perkataan tersebut sudah mempunyai
makna abstrak selain makna asalnya. Ini kerana makna sedemikikan dipindahkan ke dalam
bahasa Malaysua setelah penterjemahan dilakukan. Penyesuaian yang berlaku dalam kedua-dua
keadaan ini adalah dari segi leksis-semantik.
uNGKAPAN
Kesemua 14 butir pinjaman yang berbentuk ungkapan (19.45%) merupakan pinjam terjemah
sintaks. Penukargantian ini adalah terjemahan langsung ungkapan-ungkapan bahasa Inggeris
yang sudah mantap dalam bidang undang-undang. Dalam sesetangah keadaan, beberapa
ungkapan merupakan terjemahan harafiah seperti dalam erti, kecuali sebagaimana dibenarkan
dengan nyata dan seberapa segera yang boleh. Tetapi ada kalanya, hanya makna dipindahkan
tetapi penyesuaiannya adalah mengikut gaya bahasa Malaysia. Ini dapat diperhatikan dalm
ungkapan-ungkapan seperti hendaklah ditafsirkan sebagai, kesalahan di sisi undang-undang
dan tertakluk kepada.
RuMuSAN
Secara keseluruhan kita dapat merumuskan bahawa terdapat agak banyak peminjaman dalam
Perlembagaan Persekutuan. walaupun korpus dalam kajian ini hanya mengandungi 72 butir
pinjaman, namun begitu, butir-butir ini kerap kali berulang. Bilangan ‘token’ tidak diambil
dalam kajian ini kerana apa yang ingin diketahui hanyalah jenis butir leksis yang dipindahkan
dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia dalam teks undang-undang.
Daripada korpus ini, kita dapat melihat bahwa butir-butir yang banyak dipinjam adalah
kata nama. Ini sememangnya suatu yang dapat diduga kerana perkataan daripada kelas terbuka
seperti kata nama adalah kelas kata yang paling mudah dipinjam. Banyak konsep baru juga
diperkenalkan dan memerlukan perkataan untuk menamakannya. Hampir separuh (47.62%)
daripada kata-kata nama ini adalah kata pinjam tulen.
Jika diteliti dari segi peminjaman dalam korpus ini pula, golongan terbesar merupakan
pinjam terjemah. Jumlah butir ini adalah 29 atau 40.28% dairpada semua butir yang dipindah.
walaupun terdapat banyak juga kata pinjam tulen (23 butir atau 31.94%), bilangan kata pinjam
terjemah yang lebih menunjukkan bahawa penterjemah Perlembagaan Persekutuan cuba
menggunakan perkataan-perkataan bahasa Malaysia yang sedia ada sebanyak yang boleh. Ada
kemungkinan bahawa terjemahan tersebut tidak selalunya mematuhi tatabahasa bahasa Malaysia,
misalnya dalam frasa kata sifat, sempurna akal dan timbalan pengerusi yang meletakkan kata sifat
sebelum kata nama. wakau bagaimanapun, dalam keadaan lain pula, makna sesuatu perkataan itu
diperluaskan dan kini merangkumi medan semantik yang lebih besar. Contoh keadaan ini adalah
dalam penggunaan kata-kata sendi seperti dalam ungkapan-ungkapan ke hadapan Mahkamah
dan dalam erti.
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi
Terdapat 14 butir pinjam semantik (19.45%) dalam korpus ini dan 5 butir pinjam campur
(6.96%). Hanya terdapat satu butir rekaan asli (1.39%).
Kita dapat merumuskan bahawa pinjaman memang wujud dengan banyak dalam
Perlembangaan Persekutuan dan kita mungkin dapat menjangkakan bahawa ini juga berlaku
dalam semua Akta dan teks undang-undang yang lain. Peminjaman sebenarnya membantu dalam
usaha memperkenalkan konsep-konsep baru kerana penulisan undang-undang boleh dikatakan
suatu kegiatan yang agak baru bagi negara kita, lebih-lebih lagi dalam bahasa Malaysia. walau
bagaimanapun, kita tidak seharusnya lupa bahawa bahasa kebangsaan kita memang kaya dari
segi perbendaharaan kata. Dengan itu, kita tidak semestinya meminjam setiap masa kerana jika
diteliti secara halus,beberapa butir kata pinjam tulen yang termasuk dalam korpus kajian ini
sebenarnya mempunyai padanan bahasa Malaysia. Perkataan minit dan sivilan misalnya, dapat
digantikan dengan ‘perkara’ dan ‘orang awam’. Ini mungkin tidak dilakukan kerana bebrapa
faktor seperti bentuknya kurang bersifat undang-undang dalam bentuk aslinya, atau prestij bhasa
Inggeris yang dipandang lebih tinggi.
Sekiranya dilihat pada sebab peminjaman dalam teks undang-undang, lebih besar
kemungkinannya bahawa proses ini berlaku kerana faktor-faktor sosiobudaya. Seperti yang
dapat dilihat dalan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, bahasa Inggeris diberi kedudukan
lebih tinggi dan dianggap sebagai bahasa yang lebih berilmu dalam mentakrifkan sebarang
penulisan berbentuk undang-undang. Dari segi konsep-konsep pula, bahasa Malaysai munkin
tidak mempunyai perbendaharaan kata untuk menamakan konsep baru dan dengan ini
perkataan-perkataan bahasa Inggeris dipinjam. Ini adalah untuk mengisi jurang dalam bahasa
yang meminjam.
Keadaan sejarah pertembungan antara bahasa Malaysia dengan bahasa Inggeris juga
memainkan peranan dalam menggalakkan proses peminjaman. Negara kita telah dijajah oleh
pihak Birtish dahulu dan bentuk pentadbiran dan undang-undang yang mula-mula dudeahkan
kepada kita adalah yang berbentuk British. Sudah tentulah bahasa yang digunakan adalah bahasa
Inggeris.
Satu perkara yang mendapat perhatian saya dalam Perlembagaan Perlembagaan adalah
penggunaan perkataan siasah bagi menggantikan perkataan politik yang sememangnya lebih
kerap digunakan. Nampaknya dalam keadaan ini, pulis akta telah menggunakan suatu perkataan
yang boleh dianggap ketinggalan zaman tetapi memberi makna yang sama seperti perkataan
yang dipinjam itu.
Banyak yang sudah diperkatakan mengenai usaha pihak berkuasa untuk menterjemah teks-
teks undang-undang ke dalam bahasa Malaysia dan juga peraturan yang dikenakan sekarang
iaitu bahasa kebangsaan harus digunakan di Mahkamah. Ada pihak-pihak yang menyokong dan
ada pula yang membangkang usaha dan peraturan ini. Sebenarnya, sekiranya kita menggunakan
perkataan yang sudah sedia ada dalam bahasa Malaysia, ini bukan sahaja akan memperkayakan
bahasa undang-undang malah ia juga menampakkan kemampuan bahasa Malaysia sebagai suatu
bahasa ilmu.
Sebaliknya, ada kalanya perkataan-perkataan dalam bahasa Malaysia tidak mempunyai status
antarabangsa dan demi pengiktirafan sedunia, perkataan-perkataan terpaksa dipinjam daripada
bahasa yang lebih tinggi tarafnya. Tambahan pula, laras bahasa undang-undang merupakan
sesuatu yang agak berbeza dengan laras bahasa bidang-bidang lain dan apa yang diutamakan
adalah kejituan dan ketepatan. Dengan peminjaman, bahasa Malaysia dapat dianggap mampu
menjadi bahasa ilmu.
Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi
Rujukan Berkaitan
Andaya B.w. dan Andaya L.Y. 2001. A History of Malaysia (Second Edition). London: PALGRAvE Asmah Hj.
omar. 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Hj. omar. 2008.
Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asmah Hj. omar. 2011. Teori dan Kaedah Nahu Sejarah Pertumbuhan Aliran Pemikiran. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka. 1990. Daftar Istilah Undang-Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka. 1986. Istilah Undang-Undang. Kuala Lumpu: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Federal Constitution, edisi 1986.
Hassan Ahmad. 1982. Perancangan dan Perlaksanaan undang-undang di dalam Bahasa Malaysia. Kertas
kerja dalam Bengkel Penerbitan Undang-Undang Di Dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur.
Haugen, E. 1953. The Norwegian Language in America (Jilid 2). Philedelphia: university of Pennsylvania
Press.
Heah, C.L.H. 1989. The Influence of English on the Lexical Expansion of Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Perlembagaan Persekutuan, edisi 1988.
Perlembagaan Persekutuan, edisi 2009.
Puteri Roslina Abdul wahid. 2005. Peminjaman Kata Bahasa Inggeris dalam Peristilahan Undang-undang.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Puteri Roslina Abdul wahid. 2012. Menelusuri Peristilahan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit universiti
Malaya.
Teuku Iskandar. 1986. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tham Seong Chee. 1970. English Loanwords in Modern Malay dalam Journal of South Sea Society Jilid 25 (1).
Weinreich, u. 1953. Language in Contact, Findings and Problems. The Hague: