penyediaan bahan tanaman keratan lada lakaran 4 - mpb… · penyemaian di dalam polythene bag. lot...
TRANSCRIPT
PENYEDIAAN BAHAN
TANAMAN–KERATAN LADA
KAEDAH PENYEMAIAN KERATAN LADA DI TAPAK SEMAIAN
1) Tujuan penyemaian keratan lada di tapak
semaian adalah untuk menggalakkan
pengakaran pada buku sebelum dipindah ke
ladang.
2) Sebelum disemai di dalam “sand bin”, adalah
digalakkan keratan direndam di dalam air
campuran carbofuran dan benomyl dalam
masa 10 minit untuk mengelakkan serangan
kulat dan serangga perosak.
MALAYSIAN PEPPER BOARD
(LEMBAGA LADA MALAYSIA)
3) Digalakkan juga menggunakan Seradix (hormon
pengakaran) untuk mempercepatkan pengakaran
pada buku keratan.
4) Untuk keratan 5 buku, 3 buku ditanam di dalam
tanah manakala buku yang ke-4 berada di paras
permukaan tanah seperti dalam Lakaran 4 di
bawah.
5) Keratan disiram dengan air mengikut keperluan.
6) 8 minggu adalah merupakan had maksimum
penyemaian di dalam polythene bag.
Lot 1115, Jalan Utama, Tanah Putih, 93450 Kuching, Sarawak
Tel: 082-331811 Fax: 082-336877 Email: [email protected]
Homepage: www.mpb.gov.my
Terbitan Bahagian Pembangunan Pengeluaran & Usahawan Tani
dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak
7) Selepas 4 – 8 minggu, keratan bolehlah
ditanam di kebun. Jika tidak sempat ditanam
di kebun, keratan perlu dipindah ke polythene
beg dengan menggunakan medium tanah
campuran (2:1:1 campuran top soil, pasir dan
kompos).
CIRI-CIRI TAPAK SEMAIAN YANG DISYOR
KAN (Rujuk Lakaran 6)
1) Bahan perlindungan menggunakan shading
net.
2) Tinggi perlindungan adalah 2.5m – 3m
dihadapan dan 1.5m-2m di belakang.
3) Tinggi ‘Sand Bin’ adalah 30cm, lebar adalah
120cm.
4) Kecondongan keratan adalah 45 – 60 darjah. KERATAN LADA
Cadangan jarak penyemaian keratan di Sand Bin.
Lakaran 4
Lakaran 5
Lakaran 6
Keratan lada dalam polythene bag
DEFINISI BAHAN TANAMAN Bahan tanaman bagi lada adalah dari bahagian keratan. Keratan lada adalah diambil dari bahagi-an pokok lada yang sesuai yang dipotong dan kemudiannya dijadikan sebagai anak benih. Ia dicadangkan disemai di tapak semaian sebelum dipindah ke kebun.
CIRI – CIRI PEMILIHAN KERATAN 1) Diambil daripada pokok muda berusia 1 – 2
tahun 2) Pokok induk yang berusia lebih daripada 2
tahun akan melambatkan pertumbuhan mata tunas aksil.
3) Keratan mesti diperolehi daripada pokok induk yang sihat dan subur serta mempunyai akar yang banyak dan mencengkam supaya pertumbuhannya lebih cepat dan baik.
4) Bebas daripada serangan serangga perosak, penyakit dan kekurangan nutrient
5) Keratan mestilah daripada varieti yang disy-orkan iaitu Kuching, Semongok Emas dan Semongok Aman
LANGKAH – LANGKAH PENGAMBILAN KERATAN
1) Keratan lada mesti diambil daripada batang uta-
ma.
2) Pemotongan keratan boleh dijalankan dengan
menggunakan pisau.
3) Pisau atau sekateur hendaklah dibersihkan
sebelum digunakan bagi mengelakkan penyeba-
ran penyakit berjangkit.
4) Elakkan daripada mengambil pucuk muda yang
terdapat di hujung pokok (tiga buku dari atas).
Rujuk Lakaran 1.
5) Keratan mesti mempunyai 4 – 5 buku. Rujuk
Lakaran 1.
6) Pastikan 2 dahan cabang dikekalkan pada kedua
-dua buku yang paling atas sekali. Cabang dari 3
buku di bawah perlu dibuang. Rujuk Lakaran 2.
7) Keratan boleh dipotong 10-14 hari kemudian
apabila mata tunas baru tumbuh daripada aksil
daun Rujuk Lakaran 3.
Keratan lada
8) Keratan dipotong dan dipindah berhati-hati dari
tuat menggunakan bahagian belakang pisau tut
supaya keratan tidak rosak. Keratan ini sudah
boleh disemai di tapak semaian atau terus
ditanam di kebun pada musim landas (hujan)
Lakaran 1
Lakaran 2
Lakaran 3
Pemotongan keratan lada dengan menggunakan pisau