penyata rasmi parlimen dewan rakyat · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi...

100
Bil. 53 Selasa 24 Oktober 2000 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA

Upload: others

Post on 22-Aug-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

Bil. 53 Selasa 24 Oktober 2000

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN RAKYAT

PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KEDUA

MESYUARAT KETIGA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

..

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERT ANY AAN

USUL MENANGGUHKAN MESYUARA T DI BA WAH PERATURAN MESYUARAT 18:

• Ugutan Jenayah Terhadap Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah - Y.B. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong)

RANG UNDANG-UNDANG DIBA WA KE DALAM MESYUARAT

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2000) (No.2) 2000 Jawatankuasa : Jadual­

Maksud B.3 Maksud B.14, B.15 dan Bl6 Maksud B.17 Maksud B.18

USUL:

Usu} Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.2) 2000 J awatankuasa:

MaksudP.7 Maksud P.17 Maksud P.18

D11erb1tkan Oleh CAWA~GA1' DOKL!MENTASI PARLIMEN MALAYSIA ~000

(Halaman 1)

(Halaman 17)

(Halaman 18)

(Halaman 18)

(Halaman 39) (Halaman 52) (Halaman 69) (Halaman 86)

(Halaman 18)

(Halaman 39) (Halaman 69) (Halaman 86)

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. DR.24.10.2000

AHLI-AHLI DEW AN RAKYAT

Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N. .

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu)

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas)

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Dr. Ling Liong Sile, S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P. D.P.M.S. (Labis)

Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput)

Menteri Perusahaan Utama, Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik, S.P.M.P., D.G.P.N, D.P.C.M. (Bernas)

Menteri Tugas-tugas Khas dan Menteri Kewangan, Tun Dato' Daim Zainuddin, D.G.S.M., S.S.M., S.P.M.S., D.H.M.S., S.S.A.P. (Merbok)

Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie anak Irok, D.A., P.N.B.S. (Kanowit)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri, Dato' Seri Rafidah Aziz, S.P.M.P., S.P.M.T., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar)

Menteri Pertahanan, Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.S., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan)

Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato' Law Hieng Ding, P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei)

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna , Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P .l.S., B.S.I., S.M.J., P.S.M., S.P.M.J. (Pagoh)

Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, D.I.M.P., S.l.M.P, S.M.J, P.l.S (Bakri)

Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato' Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman, D.S.A.P., D.I.M.P. (Paya Besar)

Menteri Penerangan, Tan Sri Dato' Seri Mohd. Khalil bin Yaakob, P.S.M., S.S.A.P., S.l.M.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P. (Kuantan)

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, P.G.D.K., D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar Baham)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

ii

Yang Berhormat

"

"

"

.. DR.24.10.2000

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn, D.M.S.M. (Selandar)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri.Ong Ka Ting, D.P.M.P. (Pontian) .

Menteri Pembangunan Usahawan, Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh)

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Haji Azrni bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. <P:1dang Besar)

Menteri Belia dan Sukan, Dato' Hishammuddin bin Tun Hussein, D.S.A.P., D.P.M.J. (Tenggara)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Kinabalu)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr. Rais bin Yatim, D.S.N.S. (Jelebu)

Menteri Pertanian, Datuk Effendi Norwawi (Kuala Rajang)

Timbalan Yang di-Pertua, Dato' Haji Muhamad bin Abdullah, D.l.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran)

Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, P.l.S. (Senai)

Timbalan Menteri Penerangan Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus, D.S.N.S. (Jempol)

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. Leo Michael Toyad, P.G.D.K., J.B.S. (Mukah)

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Ors. Suleiman bin Mohamed D:P.M.S., S.S.S.A(Titiwangsa)

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K. (Miri)

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Kerk Choo Ting, D.P.M.P. (Taiping)

Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Chan Kong Choy, D.S.A.P., D.P.M.S. (Selayang)

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' S. Subramaniam, D.P.M.J., D.S.N.S., S.M.J. (Segamat)

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, P.G.D.K. (Sempoma)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Douglas Uggah Embas, P.G.B .. K., P.B.S., A.B.S., A.M.N. (Betong)

Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat)

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Chor Chee Heung, D.S.D.K., A.M.N., J.P. (Alor Setar)

Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak)

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000

Yang Berhormat

"

..

iii

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Rajah Shahrizat binti Abdul Jalil, D.l.M.P. (Lembah Pantai)

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, . Dato' G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Rulu Selangor)

Tirnbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Ampang Jaya)

Tirnbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib, P.<:;.M., S.P.C.M., A.M.N., J.P. (Pasir Salak) ·

Timbalan Menteri Pertanian, Dato' Seri Mohd. Shariff bin Raji Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor)

Tirnbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato' Zainal bin Dahaian, P.J.K., K.M.N., J.S.M., D.P.M.S. (Sabak Bemam)

Tirnbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai)

Mulia Tirnbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut)

Tirnbalan Menteri Kerja Raya, Tuan Mohamed Khaled bin Raji Nordin P.l.S. (Johor Bahru)

Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Anifah Aman (Beaufort)

Tirnbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong (Segambut)

Tirnbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading)

Tirnbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato' Dr. Ng Yen Yen (Raub)

Tirnbalan Menteri Sumber Manusia, Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing)

Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Hon Choon Kirn, D.S.N.S. (Seremban)

Setiausaha Parlirnen Kementerian Pertanian, Dato' Abu Bakar bin Taib, D.S.D.K., S.D.K., B.C.K., K.M.N., P.J.K. (Langkawi)

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abu Zahar bin lsnin, D.G.S.M., D.M.S.M., A.M.N. (Jasin)

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Puan Rajah Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Gerik)

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Raji Noh bin Raji Omar, D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang)

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan, Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan)

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

iv

Yang Berhormat

"

"

.. DR.24.10.2000

Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin)

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Tuan Hashim bin Ismail, P.P.N., P.l.S. (Ledang) .

Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera)

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan ~ong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru) '

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Tuan S. G. Sothinathan (Telok Kemang)

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Robia binti Dato' Kosai (Muar)

Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato' S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah)

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Rizalman bin Abdullah, P.G.D.K., J.P. (Tenom)

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Puan Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, P.B.S., P.P.B., (Santubong)

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani)

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri, Tuan Fu Ah Kiow (Mentakab)

Drs. Haji Abu Bakar bin Othman (Jerlun)

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron, S.M.K. (Rantau Panjang)

Tun Abdul Ghafar bin Baba, S.S.M. (Batu Berendam)

Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (Marang)

Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman (Sungai Benut)

Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, P.S.M., S.P.M.P. (Kangar)

Dato' Haji Abdul Kadir bin Annuar, S.P.M.J., K.M.N., P.1.S., B.S.l., A.M.N. (Pulai)

Tuan Abd. Rahman bin Yusof (Kemaman)

Tan Sri Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud, S.P.M.J., S.P.M.T., S.S.S.A, S.S.A.P., S.S.D.K., P.S.M., S.P.M.B., D.G.S.M., P.K.C, D.P. (Kota Samarahan)

Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit Gantang)

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, B.K.T., J.P., D.M.S.M., K.M.N., D.C.S.M. (Alor Gajah)

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun)

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000

Yang Berhormat

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

v

Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datoh)

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar.(Larut)

Tuan Alexander Nanta Linggi, A.B.S. (Kapit)

Tuan Alwi bin Jusoh (Pasir Puteh)

Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (Lipis)

Datu Amirkahar bin Tun D!ltu Haji Mustapha (Marudu)

Tuan Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz, A.S.A. (Hulu Langat)

Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang)

Tuan Chang See Ten, P.l.S. (Gelang Patah)

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak, P.J.K. (Setiu)

Puan Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara)

Puan Chong Eng (Bukit Mertajam)

Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong)

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor, D.S.D.K. (Pendang)

Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah)

Tuan Goh Kheng Huat (Nibong Tebal)

Dato Goh Siow Huat (Rasah)

Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali, D.l.M.P., S.M.S. (Parit Buntar)

Tuan Hassan bin Mohamed (Besut)

Tuan Henry Sum Agong, A.K. (Bukit Mas)

Dato' Hew See Tong, D.P.M.P., J.P. (Kampar)

Dato' Ho Cheong Sing, P.M.P., A.M.N. (lpoh Barat)

Tuan Hoo Seong Chang (Kluang)

Tuan Husam bin Haji Musa (Kubang Kerian)

Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas)

Tuan Jacob Dungau Sagan, J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Baram)

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis, D.l.M.P., (Rompin)

Dr. James Dawos Mamit, P.P.B., P.P.S. (Mambong)

Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu)

Tuan Jimmy Lim Donald (Sri Aman)

Tuan Joseph Mauh anak Ikeh (Selangau)

Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, P.G.D.K., P.N.B.S., S.S.A.P., S.P.D.K. (Keningau)

Tuan Joseph Salang anak Gandum (Julau)

Tuan Juslie bin Ajirol, A.S.D.K. (Libaran)

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

vi

Yang Berhonnat

ti

DR.24.10.2000

Dato' Kamarudin biri Jaffar, B.C.M, D.S.N.S. (Tumpat)

Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka)

Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar, P.S.M., S.P.M.J., J.M.N. (Subang)

Tuan Kong Cho Ha (Lumut)

Datuk Lau Ngan Siew, A.D.K., K.M.N., P.G.D.K. (Sandakan)

Tuan Lee Kah Choon (Jelutong) .

Puan Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K. (Padang Serai)

Tuan Lim Hock Seng (Bagan)

Tuan Liow Tiong Lai, S.M.P. (Bentong)

Dato' Loke Yuen Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong Malim)

Tuan Mah Siew Keong (Teluk Intan)

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena)

Puan Rajah Mastika Junaidah binti Rusin (Arau)

Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat (Parit)

Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Bandau)

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, P.N.J., S.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Sri Gading)

Tuan Mohamad bin Sabu (Kuala Kedah)

Tuan Mohamed Nasir bin Che Daud (Kuala Krai)

Tuan Mohamed Sayuti bin Said, P.P.T., P.J.K., P.P.N. (Kuala Selangor)

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan, P.J.N., S.M.J., K.M.N., P.l.S., A.M.N., P.P.N. (Tebrau)

Tuan Mohd. Amar bin Abdullah (Pengkalan Chepa)

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad (Jeli)

Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Md. Said Keruak, P.G.D.K. (Kota Belud)

Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh)

Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor, P.P.N., J.M.N. (Machang)

Dato' Mohd. Zain bin Omar, D.S.P.N., K.M.N., P.J.K, P.J.M., (Balik Pulau)

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Shah Alam)

Tuan Moktar bin Radin, A.D.K., A.S.D.K. (Kinabatangan)

Tuan M. Shukrimun bin Shamsudin (Kuala Nerus)

Tuan Muhamad bin Mustafa (Peringat)

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid (Hulu Terengganu)

Tuan Mustafa bin Ali (Dungun)

Datuk Napsiah binti Omar (Kuala Pilah)

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000

Yang Berhonnat

"

"

..

Tuan Nasharudin bin Mat Isa (Yan)

Tuan Ng Lip Yong (Batu)

vii

Datuk Osu bin Sukam, S.P.D.K., P.G.D.K., D.A. (Papar)

Datuk Peter Tinggom anak Kamarau, P.P.B., P.P.C., K.M.N., P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., P.B.S. (Saratok)

Tuan Philip Benedict Lasimbang, A.S.D.K. (Penampang)

Puan P. Komala Devi, P.P.J..(Kapar)

Datuk Railey bin Raji Jeffrey, P.G.D.K., J.M.N. (Silam)

Tuan Ramli bin Ibrahim (Kota Bharu)

Muha Tengku Tan Sri Razaleigh Ramzah, D.K., P.S.M.,

S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang)

Tuan Richard Riot anak Jaem (Serian)

Tuan Robert Lau Roi Chew, J.B.S., (Sibu)

Tuan Ronald Kiandee, A.S.D.K. (Beluran)

Datuk Ruhanie bin Raji Ahmad, D.M.S.M., P.I.S. (Parit Sulong)

Tuan Saupi bin Daud (Tanah Merah)

Datin Paduka Rajah Seripah Noli binti Syed Russin, D.S.S.A (Sepang)

Dato' Shahnon bin Ahmad, D.S.D.K., K.M.N. (Sik)

Tuan Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin)

Tuan Shim Paw Fatt, J.P. (Tawau)

Tuan Raji Siam bin Raji Kasrin, K.M.N., P.l.S. (Batu Pahat)

Datuk Song Swee Guan, P.G.B.S. (Bandar Kuching)

Dato' Suhaili bin Abdul Rahman, D.l.M.P., A.S.D.K. (Labuan)

Puan Sukinam Domo (Batang Sadong)

Datuk Seri Amar Dr. Raji Sulaiman bin Raji Daud, S.l.M.P., D.A., D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya)

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (Kuala Terengganu)

Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling)

Tuan Tan Kok Wai (Cheras)

Dr. Tan Seng Giaw (Kepong)

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, D.S.S.A (Kelang)

Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

Tuan Thong Fah Chong (lpoh Timur)

Dato' Dr. Ting Chew Peh, D.P.M.S., D.P.M.P. (Gopeng)

Dato' Seri Tiong King Sing, D.S.S.A., J.P. (Bintulu)

Dato' Tiong Thai King, (Lanang)

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

viii

Yang Berhormat

..

DR.24.10.2000

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh)

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, J.B.S., P.B.S. (Batang Lupar)

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof (Bachok)

Tuan Wilfred Madius Tangau, J.P., A.D.K. (Tuaran)

Dato' Yap Pian Hon, D.P.M.S., A.M.N., P.J.K. (Serdang)

Dr. Yee Moh Chai (Tanjong Aru) · ·

Datuk Yong Teck Lee, P.G.D.K., P.J.N. (Gaya)

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, P.G.D.K., A.D.K. (Sipitang)

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail, D.P.M.S., S.M.S, K.M.N (Gombak)

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad (Padang Terap)

Dato' Zulhasnan bin Rafique, D.I.M.P., A.M.N. (Wangsa Maju)

MENTERl/TIMBALAN MENTER! (SENATOR)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman, S.P.D.K., D.H.M.S., S.l.M.P., D.S.D.K., J.S.M., K.M.N., P.P.T

Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia

Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamad, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M.

Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S.

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24. l 0.2000 ..

DEW AN RAKYAT

PEGA W Al-PEGA W Al KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan

Ketua Penolong Setiausaha Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Sal~t Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha Haji Mustafa bin Abdul Rahman

Ruhana binti Abdullah Riduan bin Rahmat

JURUBAHASASERENTAK Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman

Mazidah binti Mohamed Paizah binti Sallehudin

BENT ARA MESYUARAT Mejar (B) Abdul Halim bin Haji Ali

Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS CAW ANGAN DOKUMENT ASI Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd. Hassan Rajah Shamsiah binti Mohd. Yusop

Mohd Saleh bin Mohd. Yusop Mohamed bin Osman

Rajah Norishah binti Mohd. Thani Shamsina binti Janor

Ramlat binti Mohd. Yusuff Jarnilah Intan binti Haji Bohari

Nurziana binti Ismail Noor Effarizan binti Mat Satib

Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat

Mashitah binti Kamaruddin Abu Bakar bin Hasan

PETUGAS-PETUGAS CAW ANGAN KOMPUTER Mohd. Azmi bin Embong

Sulaiman bin Sirad Azzahar bin Hashim

PETUGAS-PETUGAS CAW ANGAN MESIN CET AK Kamal bin Oyub

Haji Latif bin Ismail Kamaroddin bin Mohd. Yusof

ix

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24. l 0.2000

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Selasa, 24 Oktober 2000

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah) mempengerusikan MeSY,~aratj

JAW APAN-JAW APAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1

l. Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin [Batu Pahat] minta Menteri Pertanian menyatakan, apakah langkah-langkah jangka masa panjang dan jangka masa pendek yang dilakukan bagi memantapkan harga kelapa yang begitu merosot pada masa ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Dato' Abu Bakar Taib]: Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah jangka masa pendek dan jangka masa panjang sedang diambil oleb kementerian bagi menangani masalah harga kelapa negara ini adalah seperti berikut;

Langkah jangka masa pendek -

(i) Pengawasan bersepadu - Bagi jangka masa pendek pihak FAMA dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) akan meningkatkan pembelian kelapa daripada pekebun kecil di Pusat Pertubuhan Peladang. FAMA juga sedang membantu buat matching pekebun kecil dengan pengilang pemprosesan kelapa bagi membolehkan pekebun-pekebun menjual kelapa secara terus kepada pengilang. Sebagai contoh, satu kontrak telah diwujudkan oleh FAMA di Bagan Datoh pada harga 18 sen hingga 20 sen sebiji dikupas;

(ii) Mengurangkan import kelapa - Selain daripada itu, kementerian juga memantau pengimportan kelapa oleh pihak swasta untuk memastikan tiada lebihan kelapa import dalam negara. Sebagai contoh, dalam tahun 1999 sejumlah 2, 114 permit import telah dikeluarkan untuk mengimport 100.4 juta biji kelapa. Dalam tujuh bulan pertama tahun 2000 hanya 315 permit import telah dikeluarkan bagi mengimport 19.7 juta biji kelapa dengan masa lebih panjang.

Langkah jangka masa panjang -

(iii) Meningkatkan pe:·1dapatan petani dengan meningkatkan produktiviti kebun - Sebagai langkah jangka masa panjang untuk mengurangkan impak kemerosotan harga kelapa, pihak kementerian sedang berusaha meningkatkan produktiviti industri kelapa. Jabatan Pertanian sekarang menjalankan program tanam semula dengan membantu pekebun kecil menanam semula kebun yang tidak produktif dengan jenis basil yang tinggi seperti Matak dan Mawar. Dengan program ini basil pekebun kelapa akan dapat meningkat 4,000 hingga 5,000 biji se bektar setahun kepada 20,000 biji se hektar setabun. Program pemulihan ini juga berdasarkan bagi menggantikan pokok kelapa yang tidak produktif.

Di bawab Rancangan Malaysia Kelapan, program tanaman semula dan pemulihan kawasan kelapa akan

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

2 DR.24.10.2000

dipertingkatkan dalam lisaha menambahkan pendapatan pekebun kecil kelapa.

(iv) Meningkatkan pendapatan petani dengan tanaman selingan . buah kelapa - Jabatan Pertanian juga sedang melaksanakan program bagi menggalakkan petani menanam tanaman selingan seperti pisang dan nanas dalam kawasan kelapa. Usaha ini dijangka dapat meningkatkan pendapat petani dan mengurangkan impak kemerosotan harga kelapa juga.

(v) Menggalakkan pemprosesan kelapa · untuk dieksport -Kementerian Pertanian menggalakkan syarikat swasta melabur dalam pemprosesan produk kelapa seperti santan, kerisik, nata de coco dan lain-lain lagi untuk dieksport. Peningkatan permintaan kelapa untuk pemprosesan dijangka dapat mengurangkan penurunan harga kelapa. Terima kasih.

Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen kerana telah menjawab

· pertanyaan yang dikemukakan oleh saya sebentar tadi. Soalan tambahan saya, adakah kementerian masih mengimport kelapa biji daripada negara jiran pada masa ini? Terima kasih.

Dato' Abu Bakar Taib: Tuan Yang di-Pertua, kita telah membenarkan mereka yang kontrak dengan pihak tertentu untuk mengimport tetapi ini telah dikurangkan sehingga ca ta tan setakat ini lebih kurang - dahulunya I 00 juta biji lebih import, sekarang sudah kurang kepada 90 juta biji kelapa. Terima kasih.

Tuan Saupi dan Daud: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar laporan daripada Setiausaha Parlimen tadi mengatakan bahawa tindakan segera di antaranya untuk mengambil tindakan penjualan terns kepada kilang dan juga mengurangkan import kelapa tetapi hari ini kalau kita lihat harga RM15.00 - untuk 100 biji bagi penduduk sekitar pantai. RM5.00 kita sudah tahu harga untuk menurunkan kelapa dengan menggunakan beruk subsidi. Yang kedua, mengupas kelapa sudah RM5.00. Jadi, pendapatan hasil kelapa sebenarnya RM5.00 bagi 100 biji. Ini pun hendak beli tembikai sebiji pun tak boleh, nasi sepinggan pun tak boleh.

Jadi, saya hendak tanya kalau kita adakan bahawa cadangan daripada kementerian untuk menanam pisang dan nanas umpamanya tadi, keadaan ini tidak sesuai kerana kelapa banyak terdapat di tepi-tepi laut, umpamanya kawasan Yang Berhormat bagi Bachok, kalau kita hendak tanam pisang dengan nanas memang tidak sesuai dan harga-harga inilah yang kita rasa kepada petani-petani ataupun penanam kelapa yang berada di pinggiran laut yang khusus kepada pendapatan yang begitu teruk sekali.

Dato' Abu Bakar Taib: Tuan Yang di-Pertua, penanaman kelapa kebanyakan di kawasan Bagan Datoh, Sabak Bernam dan juga kawasan Muar. Di sebelah Terengganu dan Kelantan itu tidak begitu produktif. Jadi, kalaulah penurunan harga kelapa disebabkan ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan, dan juga permintaan telah kurang. Jadi ini menyebabkan kejatuhan harga minyak kelapa. Jadi, ini yang menyebabkan. Memandangkan kelapa ini kebanyakan digunakan oleh pihak pengilang maka sudah tentulah mereka tidak hendak beli lagi, sebab itulah harga kelapa turun. Jadi, berbalik kepada soalan tadi memang pihak kementerian tahu masalah ini akan berterusan dan kita harap pemulihan ekonomi dari segi permintaan minyak kelapa dan seterusnya dan minyak lain, maka akan bertambahlah permintaan dari segi kelapa. Terima kasih.

2. Tuan Robert Lau Hoi Chew (Sibu) minta Menteri Kewangan menyatakan:-

(a) sebab-sebab pasaran saham lemah di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL); dan

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 3

(b) kemasukan pelaburan asing sebenar bagi tahun 1997, 1998, 1999 dan bagi tempoh 6 bulan berakhir pada 30 Jun 2000 dan langkah-langkah yang akan diambil oleh Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) untuk memperkukuh pasaran saham. ·

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan ini bersama-sama dengan pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Bandau dan Tanjong masing-masing dijawab pada hari ini 24 Oktober 2000 serta soalan-soalan Ahli Yang Berhormat bagi Alor Gajah yang dijadualkan pada 21 Oktober 2000, Nibong Tebal - 8 November 2000, Kapar - 30 November 2000, Tumpat - 11 Disember 2000 dan Dungun - 18 Disember 200 kerana menyentuh isu yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Baiklah.

Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Prestasi pasaran yang meningkat atau menurun merupakan fenomena biasa kerana pasaran dipengaruhi oleh sentimen dan faktor semasa sama ada faktor dalam negara ataupun luar negara. Secara keseluruhannya prestasi pasaran saham Malaysia adalah lebih baik berbanding dengan prestasi pasaran saham di negara serantau yang lain seperti Thailand, Indonesia, Korea dan Jepun. Jika berbanding dengan prestasi pada tahun 1998 pula, prestasi tahun 2000 telah meningkat daripada terendah 292.7 mata pada 1998 kepada tertinggi tahun 2000 sebanyak 1,103.27 mata. Walau bagaimanapun, ianyajatuh kepada paras 783.50 mata pada 23 Oktober 2000 iaitu semalam.

Kelembapan pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dipengaruhi oleh faktor luaran dan dalaman. Kalau kita lihat faktor luaran:

(i) kenaikan mendadak harga minyak mentah di pasaran dunia yang memberikan kesan ke atas prestasi ekonomi dunia secara keseluruhannya;

(ii) ketidaktentuan pasaran menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat yang bennula pada 7 November 2000;

(iii) kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat;

(iv) kemungkinan keuntungan korporat yang berkurangan terutamanya yang melibatkan syarikat-syarikat gergasi komputer di Amerika Syarikat;

(v) ketidakstabilan politik di Timur Tengah; dan

(vi) keadaan Dow Jones dan National Association of Securities Dealers Automated Quotation (NASDAQ) yang naik turun mempengaruhi pasaran dunia termasuk Tenggara Asia dan Malaysia juga terlibat.

F aktor dalaman,

(i) proses penstrukturan semula aktiviti korporat yang belum selesai;

(ii) minat pelabur ke atas pasaran adalah berdasarkan kepada khabar angin, bukan berasaskan kepada faktor fundamental; dan

(iii) hari-hari kita lihat pada surat khabar ialah minat pelabur tertumpu kepada pengisytiharan Belanjawan 2001 pada hari Jumaat ini.

Nilai dagangan oleh pelabur asing di BSKL adalah dalam lingkungan 30% daripada keseluruhan belian dan jualan kecuali dalam masa kegawatan ekonomi, dan usaha-usaha untuk memperkukuh pasaran saham BSKL adalah seperti berikut;

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

4

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

DR.24.10.2000

memastikan kedudukan ekonomi Malaysia yang mantap dan berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, harmoni dan politik yang stabil;

meningkatkan piawaian tadbir urus korporat (corporate governance) dengan bersetujuan untuk mengukuhkan rangka kerja pengawalseliaan tadbir urus korporat, meningkatkan mekanisme kawal selia sendiri serta latihan dan juga pendidikan;

meningkatkan kelulusan penzahiran dan -perlindungan kepada pelabur melalui peralihan secara beransur-ansur kepada pengawalseliaan berteraskan penzahiran ataupun disclosure based regulation, dengan izin;

meningkatkan keupayaan pengawasan dan penguatkuasaan dengan meminda un.dang-undang berkaitan supaya Suruhanjaya Sekuriti dan BSKL mempunyai kuasa yang lebih luas untuk membuat penyiasatan dan pemeriksaan terutamanya berkaitan dengan perdagangan dalaman serta urus niaga yang melibatkan pegawai-pegawai syarikat;

mengukuhkan institusi perantaraan pasaran dengan meningkatkan piawaian berhemat selaras dengan amalan terbaik antarabangsa serta memperkenalkan nisbah kecukupan modal bagi syarikat broker yang menggubal rangka kerja komprehensif untuk melindungi aset pelanggan; dan

memperkenalkan pelan induk pasaran modal bertujuan untuk meletakkan pasaran modal Malaysia kepada kedudukan yang lebih strategik. Terima kasih.

Tuan Robert Lau Hoi Chew: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu Dewan yang mulia ini peratusan nilai dagangan pelabur asing di BSKL dari tahun 1997 hingga sekarang. Sekian.

Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, untuk peratus nilai dagangan oleh pelabur asing di BSKL bagi tahun 1997, 1998 dan 1999 adalah seperti berikut:

Tahon

1997

1998

1999

Nilai Dagangan (%)

23.74

27.41

16.3

Kalau kita lihat Januari dan Jun 2000 peratus nilai dagangan;

Bulan Nilai Dagangan(%)

Januari 18.35

Februari 14.67

Mac 14.78

April lS'.95

Mei 34.78

Jun 39.81

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 5

Seperti mana saya katakan tadi, kemuncak pencapaian BSKL pada tahun ini pada 18 Februari 2000 dengan catatan sebanyak 1,013.27 mata sebelumjatuh sebanyak 30.4% kepada 704.99 mata pada 19 Oktober 2000 dan saya katakan tadi pada semalam

. ataupun kelmarin ke paras 783.50. ·

Sungguhpun begitu pencapaian Indeks Komposit Kuala Lumpur, dalam bulan-bulan yang lepas adalah selaras dengan pencapaian bursa serantau lain yang kesemuanya mencatatkan kerugian semenjak awal tahun 2000. Indeks KOSPI Korea Selatan dan indeks Straits Times Singapura masing-masing susut 42.7% dan 23.9% sejak 3 Januari 2000 berbanding dengan susutan s~banyak 13.2% dalam IKKL bagi jangka waktu yang sama. Terima kasih. ·

Tuan Fong Kui Luo: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berbormat Timbalan Menteri sentimen pasaran biasanya ditentukan oleb tindak-tanduk para pemimpin utama negara. Sejauh mana faktor ini telah memberi kesan kepada turun nailc pasaran saham seperti mana Yang Amat Berhormat melawat luar negara Indeks Komposit BSKL merosot, bila beliau pulang Indeks Komposit nailc. Adakab ini satu trend atau salah satu faktor sentimen pasaran. Terima kasih.

Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana saya katakan tadi kalau kita lihat dari segi fakta menunjukkan dari segi persepsi, kalau kita lihat indeks ekuiti pada 31 Disember 1999 bingga 20 Oktober 2000, the latest, Indeks Komposit turun pada 4.12%. Tetapi kalau kita tengok NASDAQ ia turun lebih daripada itu, 8.22%; Han Seng Hong Kong turun pada 11.58%; Dow Jones US turun 11.785; United Kingdom turun 18.92%.

Jadi, tempat-tempat lain turun lebih teruk daripada kita. Jadi, telahan Yang Berbormat itu tidaklab benar. Terima kasih.

3. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah (Tambun] minta Menteri Kewangan menyatakan butiran kedudukan terkini operasi dan kewangan Malaysian Airlines. Apakab langkab-langkab yang dilakukan untuk memperkukuh semula MAS. Mengapa MAS mengambil masa lama untuk mendapatkan strategic partner.

Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun kewangan berakbir 13 Mac 2000, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telab mencatat kerugian selepas cukai sebanyak RM255.70 juta. Pelbagai tindakan untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos telab dan sedang diusahakan oleh MAS dan barus diambil maklum babawa MAS mengbadapi masalab kenailcan kos terutamanya disebabkan oleh harga bahan api dan kesan pertukaran asing.

Menyentuh kepada persoalan strategic partner, saya difahamkan pihak MAS sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa buah syarikat penerbangan berhubung dengan perkara tersebut. Terima kasih.

Tuan Nasharudin bin Mat Isa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambaban. Saya ingin bertanya, adakah sebabagian daripada business strategy MAS ini untuk menarik pelanggan, kbasnya dari luar negeri, MAS akan terus mengekalkan polisi menawarkan minuman keras kepada pelanggan-pelanggannya. Saya ingin mengambil contob, dalam penerbangan MH 004 KL-London, MH 001 London-KL bir ditawarkan kepada penumpang tanpa perlu diminta - tanpa perlu diminta daripada pelanggan, bir ditawarkan. Terima kasih.

Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berbormat. Kalau kita tengok KL-London, London-KL, dia bersama dengan Virgin Airlines. Jadi, di situ .... , dan saya ingin membuka perkara ini lebih luas lagi. Pertamanya tentang alliance yang diperkatakan tadi di antara Kuala Lumpur-London, London-Kuala Lumpur dengan Virgin Airlines. Kita sekarang ada lima global airlines alliances. Pertamanya, apa yang dilcatakan Star Alliance, kedua One-World Alliance, Wings Qualifier Sky Team. Jadi, kalau kita tengok Star Alliance yang paling ramai dan banyak sekali iaitu United Airlines, Lufthansa, SAS Groups, Air Canada, Scandinavian Airlines System, Thai Airways International, VARIG Brazilian Airlines, Air New

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

6 DR.24.10.2000

Zealand, Ansett Australia, All Nipon Airways, Austrian Airlines Group, Singapore Airlines, British Midland Airways, Mexicana Airlines dan sebagainya. Malaysia juga akan mengadakan strategic alliance ini. Terima kasih.

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Soalan tambahan. Tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa strategic alliance sedang dalam perbincangan. Saya ingin mendapat makluman, berapa lamakah lagi strategic alliance ini boleh diselesaikan kerana kewitungan daripada strategic alliance ini ialah kita berkongsi dari segi 'traffic overhead' kemudahan dan sebagainya kerana saya lihat banyak airlines yang menawarkan harga yang lebih murah. Kadang-kaqang di dalam satu sektor sampai RM500 lebih murah mendapat keuntungan maiiakala kita menghadapi kerugian.

Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Mengenai keuntungan dan kerugian, pertamanya macam Malaysia sebelum mengadakan strategic alliance ini, kita lihat bahawa tambang domestik, ini sudah selalu diminta oleh MAS daripada dahulu lagi supaya dinaikkan kerana kita rasakan tambang domestik ini terutamanya Semenanjung Malaysia sahaja puratanya 1 sen satu batu dan kalau kita lihat dari segi economy class tambangnya, keluar daripada Kuala Lumpur lebih kurang 52 sen dan ini paling murah dibandingkan dengan kapal terbang-kapal terbang yang lain yang beroperasi di rantau ini dan juga di dunia.

Sehingga kini kita ada 114 destinasi melangkaui 6 benua dan 33 dalam Malaysia dan 81 di antaranya ialah intemasional dan daripada situ 63 Malaysian Airlines kita ada dengan sendiri dan lainnya yang dikatakan dengan Virgin Airline tadi 'code share' dan sebagainya. Jadi, kita berharapkan strategic airlines yang akan dibincangkan ini sedang dalam proses dan seperti mana Yang Berhormat sedia maklum bahawa proses strategik pembangunan airlines ini pertamanya boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara seperti penyelarasan jadual penerbangan, pengurusan bagasi, penyediaan makanan, penyelenggaraan, ground service, program berapa kali kita terbang dan sebagainya.

Kadangkala alliances ini juga termasuk perjanjian pegangan ekuiti yang mana akan membantu mempereratkan lagi kerjasama di antara syarikat-syarikat penerbangan dan pada masa ini syarikat penerbangan juga mulai mengamalkan code sharing di mana syarikat penerbangan terbabit akan menjual tempat duduk dalam penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan yang lain. Dalam setengah kes, alliances seperti ini juga turut melibatkan penetapan harga dan penjualan kapasiti secara usaha sama. Jadi, pertanyaan Yang Berhormat mengenai strategic airlines ini, dalam proses. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Puan Chong Eng.

Puan Chong Eng: Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 4 tetapi sebelum itu saya ingin memohon memperbetulkan soalan dengan menggantikan Ordinan Imigresen 1959 dengan Akta Imigresen 1963. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

4. Puan Chong Eng (Bukit Mertajam] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan akan mengambil inisiatif untuk meminda undang-undang yang mendiskriminasikan wanita seperti Akta Imigresen 1963 dan Akta Cukai Pendapatan

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua terima kasihlah, Yang Berhormat sudah betulkan soalan itu sebelum saya betulkan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sememangnya sentiasa mengkaji semua undang-undang dari masa ke semasa u!!tuk memastikan keberkesanannya dan menentukan kesesuaiannya dalam konteks masyarakat masa kini termasuklah Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Cukai Pendapatan 1967 yang dijadikan contoh oleh

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. DR.24.10.2000 7

Ahli Yang Berhonnat sebagai undang-undang yang mempunyai unsur diskriminasi terhadap kaum wanita di negara ini. Sekadar mengulangi apa yang pemah disebut di dalam Dewan yang mulia ini, kerajaan bersedia pada bila-bila rnasa untuk meminda atau mernansubkan mana-mana undang-undang jika kajian yang dibuat IIlenunjukkan bahawa undang-undang tersebut perlu dipinda atau dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu.

Dalam bal Akta Imigresen 1959/1963 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerajaan tidak bercadang untuk meminda akta dan peraturan-peraturan tersebut dan juga Akta Pasport 1996 kerana kajian yang t~lah dijalankan oleh Kementerian Dalam Negeri menunjukkan bahawa tidak wujud apa-apa unsur diskriminasi terhadap kaum wanita dalam undang-undang itu. Walau bagaimanapun, kerajaan mengambil maklum tentang rungutan kaum wanita tentang peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 yang dikatakan mendiskriminasikan mereka dan sedang mengkaji kesesuaian untuk membuat pindaan yang perlu kepada akta itu. Terirna kasih.

Puan Fong Po Kuan: Terirna kasih Tuan Yang di-Pertua. Terirna kasih jawapan daripada Yang Berhorrnat tetapi saya nampak Yang Berhormat kurang peka dan sensitif kepada isu-isu wanita [Sorak] Saya sangat hairan mengapa Yang Berhonnat boleh kata Akta Imigrescn tiada diskriminasi. Jika Yang Berhonnat rujuk kepada Seksyen 12 menyatakan bahawa lelaki boleh bawa masuk- guna entry permit dan dependent pass walaupun dia orang asing, membawa isterinya masuk ke Malaysia tetapi tidak sebaliknya kepada wanita tidak kira dari luar negeri atau dalam negeri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalannya Yang Berhonnat, ya soalannya?

Puan Fong Po Kuan: Jadi, soalannya Tuan Yang di-Pertua ..... .

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Janganlah emosi sangat! [Ketawa]

Puan Fong Po Kuan: Bukan emosi, ini saya sangat aneh mengapa tidak sensitif ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Soalan, soalannya ya.[Sorak]

Soalan.

Puan Fong Po Kuan: Kerajaan Malaysia .....

Beberapa Ahli: Soalan, soalan.

Pu an Fong Po Kuan: ..... ini bagi soalanlah ....

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya.

Puan Fong Po Kuan: Saya harap wanita sana juga [Menunjuk ke arah Back Bene hers] akan bangkitkan isu ini. [Sorak] Kerajaan Malaysia telah, dari segi dasar berjanji akan memberi kesaksamaan kepada wanita dan lelaki dengan melalui Rancangan Malaysia Keenarn, Dasar Wanita Kebangsaan 1980, Rancangan Tindakan Wanita dan Pembangunan, Ratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ...... .{Beberapa Ahli bersorak dan menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Puan Fong Po Kuan: Ini, ini soalan ya ....... Untuk Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada tahun 1995 ..... .

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Ya, soalan Yang Berhormat.

Puan Fong Po Kuan: ..... penerimaan Pengisytiharan Beijing atas persidangan .....

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. 8 DR.24.10.2000

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Soalanlah Yang Berhormat, itu semua orang tahu.

Puan Fong Po Kuan: Tetapi Yang Berhormat sana tidak tahu, dia kata. tjdak ada diskriminasi.

Beberapa Ahli: [ Tepukj [Sorakj

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Tahu, tahu.

Puan Fong Po Kuan: Dia kata kerajaan sentiasa bila-bila masa sedia untuk meminda undang-undang tetapi undang-undang Akta Imigresen, Cukai Pendapatan, Perlembagaan Malaysia Artikel 14 telahjelas menunjukkan diskriminasi.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Soalanlah Yang Berhormat.

Puan Fong Po Kuan: Ini soalan, hendak sampailah ini soalan. [Ketawaj

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Takkan panjang sangat!

Puan Fong Po Kuan: Yang Berhormat kata Kerajaan Malaysia, Barisan Nasional peka bila-bila masa tetapi saya hendak tahu, bilakah kesemua ini akan dihapuskan - undang-undang bercorak diskriminasi ini?

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Aha, cukup.

Puan Fong Po Kuan: Pertama kalau mengatakan bahawa .....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Cukuplah, Yang Berhormat.

Puan Fong Po Kuan: Ini hendak tanyalah! [Ketawaj[Sorakj Kalau mengatakan menurut kajian tiada undang-undang yang mendiskriminasikan wanita .....

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Ha, cukuplah.

Puan Fong Po Kuan: ...... saya hendak tahu komposisi kumpulan yang membuat kajian tersebut ....

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Ha, cukuplah Yang Berhormat.

Puan Fong Po Kuan: Apakah tiada wanita di dalam kumpulan tersebut?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, cukup, cukup, cukup.

Puan Fong Po Kuan: Itu soalannya, itu soalannya. Saya hendak tahu bila semua .....

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Ya, ya. Cukup.

Beberapa Ahli: [Menyampuk][Ketawaj

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya sudah nyatakan tadi kita biasa peka dan kita kaji, kalau mana perlu kita pinda, kita pinda. Seperti Akta Cukai Pendapatan yang saya katakan tadi, mengenai Seksyen 12 kena baca baik-baik, itu bukan automatik. Yang mana-mana ... saya pun ada akta ini [Menunjukkan senaskhah akta]. ...

Puan Fong Po Kuan: Saya pun ada.

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 9

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Ia bukan automatik. Mana-mana isteri, mana-mana suami warganegara Malaysia memang boleh rnembawa isteri datang ke Malaysia dan diberi taraf PR tetapi ia bukan autornatik. Ia di atas budi bicara Ketua Pengarah. Itu pun setelah Ketua Pengarah berpuas hati, duduk lebih 5 · tahun dan sebagainya. Begitu juga sebaliknya Yang Berhorrnat kena faham. Kita telah rneluluskan juga kepada suarni-suarni yang isterinya warganegara Malaysia pun ada kita berikan kelulusan PR tetapi ini di atas budi bicara .....

Puan Fong Po Kuan: Ha, itulah masalahnya. {Sorak]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: {Ketawa] Yang Berhorrnat ....

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Ini di atas budi bicara Menteri Dalam Negeri seperti rnana yang tennaktub di bawah Seksyen 4. Ertinya sekarang ini kedua­duanya menurut budi bicara. Kalau suamilisteri hendak dibawa rnasuk rnendapat PR itu budi bicara Ketua Pengarah. Kalau isteri hendak bawa suami pun boleh tetapi itu budi bicara Menteri Dalam Negeri. Ertinya kedua-duanya merupakan budi bicara. Waiau bagaimanapun, pihak kerajaan telah mengatur spouse programme, kita ada spouse programme, ertinya kalau suarninya seorang profesional, ada kelulusan dan sebagainya, dia boleh bekerja di sini. Kita ada spouse programme, kita boleh beri kelulusan selagi perkahwinannya rnerupakan perkahwinan yang sah dengan warganegara Malaysia tetapi kalau kita rnemberikan ruang yang begitu luas, adakah Yang Berhorrnat bersetuju hari ini berapa ribu wanita/lelaki-lelaki pendatang asing ada di negara kita. Kalau kita memberikan kelonggaran ini akan menyebabkan ..... .

Tan Sri Dato Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat.

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Ya?

Tan Sri Dato Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh: Peraturan Mesyuarat, Yang Berhorrnat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada apa?

Tan Sri Dato Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh: Yang Berhorrnat, Peraturan Mesyuarat Dewan yang mulia ini jelas mernperuntukkan satu jam yang pertarna rnasa Dewan khusus untuk soaljawab .....

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya.

Tan Sri Dato Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh: .... clan bukan dijadikan helah untuk berbahas. {Sorak} Saya membangkitkan prinsip di bawah Peraturan Mesyuarat ini kerana tidak rnahu ada ahli-ahli mengarnbil kesernpatan daripada rnasa soal jawab untuk rnenarik perhatian daripada galeri. Terima kasih. [Sorak]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: {Ketawa] Teruskanjawapan, rninta perhatianlah ya.

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Terirna kasih Yang Berhorrnat. Dia kadang-kadang dia tidak faham soal jawab dengan perbahasan, ini memang trend pernbangkanglah. Jadi, kita sudah faharn resamnya.

Jadi, ini menunjukkan bahawa budi bicara ini kita beri kepada Menteri Dalam Negeri. Kalau kita terlalu longgar akan rnenyebabkan nanti dan kita tidak mahu ada pendatang-pendatang tanpa izin, terutamanya yang ramai daripada kaum lelaki, kemungkinan kalau undang-undang ini longgar, rnereka akan rnencari pasangan dan berkahwin dengan wanita tempatan dengan tujuan untuk mendapatkan warganegara. Jadi, saya rasa keadaan dan undang-undang untuk rnemperketatkan, rnemberikan status PR ataupun warganegara kepada warganegara asing yang kita arnalkan di negara kita adalah merupakan undang-undang yang paling baik, kalau kita bandingkan dengan negara-negara lain, waima di United Kingdom, walaupun mereka ada Sex

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

10 DR.24.10.2000

Discrimination Act tetapi peraturan imigresennya masih lagi ada yang menyekat suami mengikuti isteri terutamanya kalau kita hendak dapat entry clearance.

Ini menunjukkan bahawa undang-undang kita jelas bahawa kita . tidak membezakan di antara lelaki dan perempuan. Dan baru-baru ini kita sedia maklum selama ini hanya bapa sahaja dibenarkan untuk memohon pasport bagi anak-anak di bawah 18 tahun. Menyedari hakikat ini, maka Kabinet telah membuat peraturan di mana membenarkan isteri ataupun ibu memohon permohonan pasport untuk anak-anak di bawah 18 tahun dan Pekeliling ini telah dikeluarkan oleh pihak Imigresen pada 26 September 2000 dan telah pun berkuat kuasa. Terima kasiq.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Ketawa] Tidak ada apa masalahnya tentang Akta Imigresen ini kerana sudah betullah siisteri mengikut suami. 'Suami kena ikut oleh isteri', kalau akta ini [Disampuk o/eh beberapa Ahli Yang Berhonnat di sebelahnya} Yalah, maknanya suami bawa isteri. Kalau akta ini dilonggarkan mungkin agaknya isteri boleh senang meninggalkan suami, ini akan menimbulkan masalah. Jadi, saya ..... [Ketawa}[Disampuk] Jadi, soal boyfriend tidak adalah, tidak ada masalah boyfriend di sini. [Disorak] [Disampuk}

Puan Chong Eng: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Yang Berhormat berdiri buat apa Yang Berhormat? Saya tahulah.[Ketawaj

Puan Chong Eng: Apa soalannya? Dia tidak ada soalan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Saya tahulah, saya tahulah. Saya boleh membuat keputusan, saya tahulah. [Ketawa}

Puan Chong Eng: Kalau tidak ada soalan, saya hendak tanya.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Saya pengerusi, Yang Berhormat. Saya pengerusi. [Ketawa] Perlu jawabkah ataupun tidak, terpulang kepada Menterilah.

Puan Chong Eng: Tidak ada soalan, tidak ada soalan.

Beberapa Ahli: Tidak ada soalan macam mana hendak menjawab.

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Itu juga merupakan soalan sebenamya. [Disorak] [Ketawa} Saya faham maksud Yang Berhormat. Yang mana patut diberi kuasa lebih, suami ataupun isteri, itu soalannya. Jadi sudah menjadi lumrah kita bahawa suamilah yang patutnya menjaga isteri, bukannya isteri yang menjaga suami. Jadi, sebab itu saya lihat yang saya nyatakan tadi budi bicara yang ada pada Menteri Dalam Negeri untuk memberikan kebenaran ini kepada suami-suami ini memang adil dan sememangnya patut kerana kalau kelonggaran ini diberi, maka saya percaya juga kaum lelaki juga tidak suka dia kena queen control ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Ha, panjang jawapannya, Yang Berhormat. [Disampuk}

5. Tuan Mah Siew Keong (Teluk Intan) minta Menteri Pengangkutan menyatakan, adakah Lapangan Terbang Subang akan dikekalkan untuk jangka masa panjang dan adakah cadangan untuk menambah bilangan penerbangan dalam negara di Subang.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib]: Tuan Yang di-Pertua, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang akan diteruskan sebagai lapangan terbang untuk buat beberapa ketika walaupun kemudahan-kemudahan tertentu telah dan akan diubah suai untuk mendirikan kemudahan-kemudahan seperti Pusat Pameran Perdagangan Nasional dan Pusat Lelong Serantau. Selain daripada itu satu kawasan tanah telah dikenal pasti untuk mendirikan industri-industri Aeroangkasa.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 11

Kesemua ini memerlukan perkhidmatan udara dan dengan itu landasan terbang akan terus dikekalkan untuk menampung keperluan khas ini. Keperluan mengadakan penerbangan tambahan dalam negeri di Subang dengan bergantung kepada beberapa faktor khasnya pemtintaan penumpang, perancangan opetasi syarikat­syarikat penerbangan serta strategi kerajaan untuk menjadikan KLIA sebagai hub ataupun pusat penerbangan serantau.

Tuan Chang See Ten: Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menghuraikan tentang perkembangan terkini rancangan pembinaan Pusat Perdagangan. dan Pameran Antarabangsa yang dibina di Lapangan T erbang Subang dan adakah bila ini disiapkan ia akan dapat menambah bilangan penerbangan dalam negara dan penerbangan daripada negara asing dengan ada charter flight membawa pelabur-pelabur untuk mengadakan industri dan pameran di Lapangan Terbang Subang. Sekian, terima kasih.

Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib: Tuan Yang di­Pertua,kerja-kerja untuk mengubahsuai Lapangan Terbang Subang supaya ia menjadi sebagai satu, antara lain, satu pusat eksposisi dan Pusat Lelong Serantau sedang dijalankan dan akan siap dalam jangka masa dua tahun. Dengan adanya ubabsuai ini dibuat maka sudah tentulah ia akan meningkatkan lagi kapasiti dan kapabiliti lapangan terbang ini dan juga negara untuk mengadakan eksposisi-eksposisi serantau yang besar, malah eksposisi antarabangsa dan juga sebagai pusat lelong antarabangsa. Yang aneh sekali ialah pusat eksposisi ini nanti akan ada kemudahan lapangan terbang. Sepengetahuan saya tidak ada pusat eksposisi di dunia ini yang mempunyai lapangan terbang tersendiri.

Tuan Mah Siew Keong: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Surat khabar Business Times pagi ini telah membuat laporan bahawa tambang penerbangan domestik akan dinaikkan 50%. Soalan saya, adakah kenaikan yang begitu tinggi sudah diluluskan seperti yang dilaporkan dan adakah ini meliputi sektor antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Ya, itu terpulanglab.

Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini sebenamya tidak tennasuk dalam soalan asal dan mungkin esok juga akan disentuh soalan yang berkaitan dengan soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Teluk Intan tadi.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Ya, Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad. [Disampuk] Dia demam katanya. [Ketawa] Tuan Lim Hock Seng.

Tuan Lim Hock Seng: Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor tujuh.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Ya, ada surat dia beri dekat saya. Soalan yang ke tujuh.

7. Tuan Lim Hock Seng (Bagan) minta Menteri Luar Negeri menyatakan sejak penubuhan SUHAKAM, apakah aduan yang telah diterima, dari siapa serta langkah­langkah siasatan dan susulan yang telah dijalankan.

Menteri Luar Negeri (Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar): Tuan Yang di-Pertua, SUHAKAM yang ditubuhkan di bawah Akta 597, 1999 adalah sebuah suruhanjaya yang berfungsi secara bebas mengikut kuasa dan mandat yang diberikan kepadanya. Semenjak bulan April 2000 hingga 20 Oktober 2000, SUHAKAM telah menerima sebanyak 268 aduan. Aduan ini datang daripada individu dan badan-badan bukan kerajaan dalam dan di luar negara. Aduan ini adalah pelbagai termasuk perkara-perkara menyebabkan perbicaraan kes di mahkamah, penyalahgunaan kuasa, bantahan terhadap Akta ISA dan penggunaannya, hak dan

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

12 DR.24. l 0.2000

kebebasan bersuara, pelarian dan masalah irnigresen, kebebasan kehakirnan dan lain­lain.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang telah ditetapkan di bawah Perkar~ 12, Akta ini Suruhanjaya boleh menyiasat apa-apa juga laporan yang dibuat ataupun kompelin, aduan mengenai perlanggaran hak asasi manusia terhadap apa-apa perkara sekalipun. SUHAKAM setelah menerima aduan ini akan memaklumkan kepada agensi kerajaan yang berkenaan mengenai perkara berbangkit untuk tindakan, jawapan dan sebagainya atau meminta maklumat tambahan daripada pengadu ataupun meminta penjelasan daripada pihak-pihak yang berkaitan dengan a~uan, melawat tempat-tempat tertentu, memanggil pihak-pihak terlibat untuk siasatan seklranya perlu dan membuat syor-syor dan cadangan kepada pihak yang terlibat.

Sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 21, Akta 597, SUHAKAM akan membentangkan laporan tahunan kepada Parlimen pada sesi tahun 2001. Terima kasih.

Tuan Lim Hock Seng: Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh pengharaman surat khabar Eksklusif dan Al-Wasilah di mana juga antara satu function atau tugas SUHAKAM ialah mempertahankan hak kebebasan bersuara. Adakah Yang Berhormat menerima satu pengaduan berkenaan dengan masalah Eksklusif dan Al-Wasilah dengan spesifiknya dan apakah tindakan yang diambil?

Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita baca akta ini jelas sekali untuk apa-apa aduan ia pergi kepada SUHAKAM dan bukan tugas saya untuk mengawal selia SUHAKAM. Saya menjawab bagi soal SUHAKAM, kalau saya jaga pula SUHAKAM, nanti kata tidak bebas. Jadi, masalah.

Jadi, sebab itu sama ada mereka membuat atau tidak adalah terpulang kepada mereka untuk berbuat demikian. Dan soal yang saudara kemukakan apa juga kebebasan kita adalah bukan kebebasan mutlak tetapi tertakluk kepada peraturan dan undang-undang. Terima kasih.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Adakah menyedari bahawa SUHAKAM perlu mempunyai pejabatnya sendiri, tidak lagi bemaung di bawah Kementerian Luar Negeri di Wisma Putra dan adakan kerajaan menyedari bahawa SUHAKAM tidak dibekalkan dengan tenaga kerja atau staf yang sepatutnya. Dan jika kerajaan menyedari keadaan itu, apakah dan bilakah kerajaan akan memindahkan pusat pentadbiran dan pengurusan SUHAKAM kepada sebuah bangunan yang sendiri, yang berasingan daripada Wisma Putra dan bilakah kerajaan bercadang untuk melengkapkan kakitangan SUHAKAM seperti yang diperlukan oleh pihak SUHAKAM sendiri. Terima kasih.

Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua, sebenamya soalan ini tidak tepat daripada soalan asal ya, tetapi walau bagaimanapun saya ingin memberitahu Yang Berhormat daripada mula SUHAKAM ditubuhkan kita telah meminta SUHAKAM untuk mencari tempat yang sesuai supaya mereka tidak perlu menggunakan kemudahan pejabat di Kementerian Luar Negeri untuk mengadakan mesyuarat. Tindakan sedang diambil oleh SUHAKAM sendiri dan kerajaan memberikan peruntukan untuk tujuan tersebut. Apa juga kekurangan kakitangan jika mereka mengemukakan kepada pihak kerajaan, kita akan mengambil tindakan dan menimbangkan mengikut keperluan mereka. Terima kasih.

8. Tuan Liow Tiong Lai (Bentong] minta Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia menyatakan jumlah caruman yang telah dibuat oleh syarikat-syarikat telekomunikasi ke dalam tabung khas untuk memberi perkhidmatan telefon di kawasan luar bandar dan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mempertingkatkan keberkesanan tabung tersebut agar perkhidmatan telekomunikasi di kawasan luar bandar dapat diperbaiki.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (Tuan Chia Kwang Chye]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 13

pada masa ini peruntukan Program Perkhidmatan Sejagat atau Universal Service Provision, dengan izin, adalah dijalankan oleh Telekom Malaysia Berhad sebagai pembekal utarna perkhidmatan sejagat yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sementara syarikat-syarikat komunikasi lain menyertai program ini dengan memberi sumbangan kewangan masing-masing. ·

Jumlah perbelanjaan USP ini adalah dianggarkan dalam lingkungan RM300 juta setahun. Untuk meningkatkan lagi 'berkesangan' [Disampuk] 'keberkesanan' -terirna kasih, pelaksanaan USP kerajaan telah mengambil beberapa langkah termasuklah pelaksanaan Tabung USP denga? mekanisme baru yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Mu1timedia. Skim baru ini dijangka dapat dilaksanakan pada tahun 2001. Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Ini ada kaitan dengan ucapan saya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan semalam.

Daripada keuntungan Telekom Malaysia yang berjuta ringgit itu berapa peratuskah yang diperuntukkan ke dalam tabung ini dan berapa peratuskah daripada jumlah itu pula yang diperuntukkan untuk pembangunan Telekom luar-luar bandar? Terirna kasih.

Tuan Chia Kwang Chye: Kalau tidak silap saya tentang pertanyaan itu -daripada peruntukan lebih kurang RM300 juta itu semua akan digunakan untuk perkhidmatan luar bandar melalui projek-projek seperti Wireless in Local Loop (WILL) dan sebagainya.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terirna kasih, Tuan Yang di­Pertua. Sebelum undang-undang ini diluluskan di Parlimen dahulu, pihak Telekom telah menyediakan 1,710 biji telefon di luar bandar.

Jadi, semenjak dana ini diwujudkan berapakah peningkatan yang telah dibuat dan apakah perkembangan sekarang. Terima kasih.

Tuan Chia Kwang Chye: Tolong ulangkan the first sentence.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Sebelum undang-undang yang mewujudkan dana untuk universal fund ini dibuat, 1,710 biji telefon dibuat di luar bandar tetapi pada masa sekarang selepas dana ini diwujudkan berapa ribukah telefon yang boleh dihantar ke luar bandar. Terima kasih.

Tuan Chia Kwang Chye: Saya tidak ada maklumat atas pertanyaan yang begitu spesifik tetapi kalau ikut kadar peningkatan perkhidmatan telefon yang asas berbanding bandar dengan luar bandar. Kalau pada tahun 1999, penetrasi atau bilangan telefon asas 100 penduduk bagi bandar ialah 21.6% dan bagi luar bandar ialah 10.6%. Tetapi untuk tahun ini dijangka bahawa peningkatan untuk bandar ialah cuma 23.2%, manakala di luar bandar telah meningkat 11.7%. Jadi, daripada peningkatan itu nampaknya luar bandar lebih ada pertambahan. Terima kasih.

9. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar} rninta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) apakah langkah kementerian untuk mengelakkan insiden serangan ke atas pejabat perwakilan kita di Indonesia; dan

(b) sejauh manakah tindakan pelajar di Pontianak itu merupakan hasutan pihak-pihak tertentu dalam serangan tersebut.

Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua, kementerian prihatin di atas keselamatan pejabat-pejabat perwakilan kita di seberang laut dan dalam hubungan ini peraturan-peraturan keselamatan telah dikeluarkan kepada perwakilan-perwakilan kita sekiranya berlaku sesuatu ancaman.

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. 14 DR.24.10.2000

Bagi mengelakkan insiden serangan ke atas pejabat perwakilan kita khasnya di Indonesia, kementerian telah mengarahkan pihak perwakilan meningkatkan kawalan keselamatan yang sedia ada.

Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan memandang berat tentang peristiwa yang berlaku di perwakilan Malaysia di Pontianak dan Jakarta dan Kementerian Luar Negeri akan mengkaji kesesuaian kedudukan bangunan-bangunan perwakilan, kediaman-kediaman pegawai dari masa ke semasa bagi memastikan keselainatan sentiasa terpelihara.

Mengikut laporan polis Indonesia Jang diterima, tindakan liar yang dilakukan oleh segelintir pelajar tidak mempunyai perhubungan dengan pihak-pihak yang lain.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih, Tuan Yang di­Pertua. Saya pemah membangkitkan soalan menyewa dan membeli rumah untuk wakil kita di luar negara. Tetapi di Pontianak kita masih menyewa daripada orang sendiri dan orang itu jadi driver kita.

Jadi, keadaan keselamatan untuk rumah Konsul kita di Pontianak adalah tidak selamat dan apakah tindakan khusus untuk Pontianak ini, untuk mengadakan tempat yang lebih selamat kerana keadaan politik yang tidak menentu di Indonesia. Adakah cadangan membinakan rumah ataupun menutupkan Konsul kita di Pontianak supaya lebih baik orang pergi ke Kuala Lumpur sahaja. Terima kasih.

Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Batang Lupar. Jika kita menganggap bahawa kedudukan keselamatan pejabat perwakilan kita tidak selamat, kita akan mengambil langkah untuk memindahkan dan langkah untuk menutup mana­mana pejabat perwakilan adalah satu langkah yang terakhir sekali.

Kita tidak akan menutup melainkau keadaannya tidak mengizinkan kita untuk meneruskan kerja-kerja perwakilan kita di. sana.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

Saya ingin mendapat penjelasan apakah punca sebenamya, kenapa sejak akhir-akhir ini kita dapati bahawa keselamatan kedutaan-kedutaan kita dan pelbagai insiden di luar negara termasuklah tunjuk perasaan terhadap lawatan Perdana Menteri kita ke Amerika dan ke England berlaku, apakah punca sebenarnya? Terima kasih.

Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan keadaan dunia sekarang tidak menentu, bukan sahaja kedutaan kita yang sering diancam, keadaan-keadaan lain, kedutaan-kedutaan lain juga menghadapi dan kerja-kerja diplomat pun dari masa ke semasa menjadi lebih susah dan seringkali terancam. Tetapi ini tidak bermakna yang kita tidak mengambil langkah yang sesuai untuk menentukan keselamatan mereka akan sentiasa terjamin.

Berkenaan tunjuk perasaan ini yang dikatakan diadakan, ini selalunya pihak pembangkang telah menghasut orang-orang ini [Disampuk] dan ada NGO-NGO tertentu untuk mengadakan [Ketawa] - ini tunjuk perasaan, satu dua orang dipanggil tunjuk perasaan dan ada perkara-perkara ya;.;g dilakukan, kita mempunyai bukti-bukti yang jelas untuk menunjukkan ada sebelum itu mereka sudah pergi dahulu, cakap macam-macam, bercerita macam-macam, menghasut dan membawa keadaan yang tidak seharusnya berlaku di luar negara.

10. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kriteria pengambilan guru-guru takmir dan agensi rnanakah yang diberi tanggungjawab memantau perjalanan kelas-kelas agama tersebut.

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, kriteria pengambilan guru-guru takmir adalah seperti berikut:

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. DR.24.10.2000 15

(i) mempunyai kelulusan agama sama ada ijazah empat senawi atau kelulusan pondok;

(ii) dapat menyampaikan pengajaran agama dengan baik mengikut kurikulum yang disedia, yang ditetapkan oleh JAKIM;

(iii) berumur tidak kurang daripada 25 tahun;

(iv) tiada had umur bersara kecuali uzur; dan

(v) mempunyai tauliah mengajar agama daripada Jabatan Agama Islam. ·

Agensi yang bertanggungja·Nab memantau kelas-kelas takmir:

(i) JAKIM, yang mana telah menempatkan Pegawai Penyelaras Takmir Masjid di setiap negeri dan Pegawai Penyelaras Pentadbir Masjid peringkat daerah seluruh negara bagi menyelaras dan memantau perjalanan kelas takmir; dan

(ii) Jabatan Agama Islam negeri-negeri melalui Pegawai Tadbir Agama Daerah dan dibantu oleh Pegawai Penyelaras Pentadbir Masjid peringkat daerah yang ditempatkan di setiap pejabat agama Islam daerah.

Terima kasih.

Tuan Haji Abdul Fatab bin Haji Baron: Soalan tambahan. Seperti mana yang kita telah mengetahui iaitu dasar rancangan asal, rancangan awal takmir ini ialah untuk mendapatkan khidmat daripada guru-guru yang 'mokhtaram' dalam sebuah masyarakat seperti mana yang disebutkan tadi guru-guru yang bersara, bekas-bekas kadi yang bersara dan sebagainya. Adakah pihak Menteri sedar di akhir-akhir ini ternampak jauh sangat perbezaan ataupun dasar yang sebenar itu telah pun lari, seolah­olah sekarang ini guru-guru takmir ini berjalan seolah-olah guru KEMAS sahaja.

Datuk Haji Nob bin Haji Omar: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya telah nyatakan tadi bahawa setiap Program Guru Takmir ini kita pantau, ada pegawai peringkat negeri, ada pegawai peringkat daerah dan kurikulumnya kita sudah sediakan.

Jadi, sudah tentu guru-guru takmir ini akan memberikan ceramah-ceramah agama seperti mana yang kita tetapkan. Jadi, saya tidak nampak yang mengatakan peranan guru takmir ini seperti bukan lagi berperanan sebagai yang kita harapkan kerana mungkin juga Yang Berhormat bermaksud apabila guru-guru takmir ini memberi ceramah agama yang betul, mungkin Yang Berhormat kurang senang, melainkan guru ceramah takmir ada memasukkan unsur-unsur politik, menyokong pembangkang, baru itulah guru takmir yang betul.

Jadi, ini kita harap Yang Berhormat jangan salah tafsir bahawa tujuan kerajaan ialah untuk memastikan guru takmir menyampaikan ajaran agama yang sebenamya tanpa dicampur-aduk dengan politik. Terima kasih.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan ringkas, sama ada kerajaan telah pun mengenal pasti guru-guru takmir yang menentang kerajaan dan apakah tindakan kita ke atas guru-guru tersebut. Adakah bilangai. guru takmir ini sudah cukup dengan pelantikan yang dibuat pada rnasa ini. Terima kasih.

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih, Yang Berhormat. Seperti yang saya nyatakan tadi kita rnernantau guru takmir ini bukannya dikira sokong kerajaan, kita juga tidak mahu guru takmir ini berceramah rnenyokong kerajaan. Kita mahu guru takmir ini berceramah, rnemberi ajaran agama yang sebenamya. [Tepuk} Ini matlamat kita.

Jadi, kalau mengenai guru takmir yang menentang kerajaan setakat ini kita sedang memantau dan kalau kita dapati guru takmir ini telah rnenyalahgunakan

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

16 DR.24.10.2000

peluang yang diberi kepada mereka selain daripada menyampaikan ceramah agama, dia juga lebih banyak menyampaikan ceramah politik, guru-guru takmir sedemikian, kita akan mengambil tindakan. Mengenai kakitangan guru takmir ini kita rnasih lagi menerima jika ada permohonan-permohonan daripada mana-mana masjid Untuk menambahkan bilangan guru takmir di tempat masing~masing. Terima kasih.

11. Tuan Haji Abdul Hamid bin Abd. Rahman (Sungai Benut] minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilangan pelabuhan kecil negara yang menggunakan sistem tukar barang (barter trade) dan sejauh manakah sumbangan pelabuhan-pelabuhan ini untuk ekonomi negara. Adakah kerajaan membuat kajian bagi membuka lebih banyak pelabuhan-pelabuhan kecil ini contohnya bandar Benut ~tituk meningkatkan urusan dagangan tukar barang dan muhibah dengan negara-negara jiran.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Pengangkutan. [Ketawa} Ha, ada, ada ya.

Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib: Mengikut rekod yang ada bilangan pelabuhan-pelabuhan kecil yang menawarkan aktiviti sistem tukar barang (barter trade), dengan izin, ialah sebanyak lapan buah. Aktiviti sistem tukar barang di pelabuhan-pelabuhan tersebut melibatkan kos transaksi yang lebih rendah disebabkan oleh kos infrastruktur yang jauh lebih murah daripada kos infrastruktur daripada pelabuhan-pelabuhan besar. Dengan yang demikian, selain daripada penjirnatan kos ianya juga menjadikan harga barangan Malaysia dan barangan yang dibawa rnasuk menjadi lebih murah dan kompetitif. Dalam pada itu aktiviti tukar barang menyumbang sebanyak RMS,208 juta pada tahun 1998 kepada perdagangan luar Malaysia dan melibatkan negara-negara terdekat iaitu Indonesia, Thailand dan Filipina.

Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Laut Semenanjung Malaysia menjalankan tugas-tugas penyelarasan di antara semua agensi Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri untuk menilai kewajaran penggunaan pelabuhan-pelabuhan kecil termasuk tempat-tempat pendaratan di muara sungai-sungai bagi keperluan perdagangan mengikut sistem ini. Kerja-kerja ini dilaksanakan lanjutan daripada permohonan pihak negeri ataupun pihak swasta untuk pengwujudan kawasan perairan yang sesuai untuk pelaksanaan sistem tersebut.

Pada rnasa ini Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Laut belum menerima sebarang cadangan yang baru dari mana-mana pihak bagi pembangunan pelabuhan kecil di bandar Benut bagi tujuan sistem tukar barang itu. Adalah dirnaklurnkan bahawa kerajaan berpandangan bahawa aktiviti sistem tukar barang sepatutnya menjadi inisiatif selain daripada tanggungjawab pihak kerajaan untuk menyelidik tentang keperluan sesuatu tempat sebagai pusat yang tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Sungei Benut.

Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman: Terima kasih, Tuan Yang di­Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin tahu, minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung dengan sistem tukar barang. Adakah kajian telah dibuat berhubung dengan keuntungan antara negeri-negeri yang terbabit seperti mana Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan tadi antara Filipina, Indonesia dan juga Thailand. Jadi, yang manakah untung antara pertukaran dengan ketiga-tiga rakan perdagangan ini dan apakah kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan untuk mewujudkan sesuatu pelabuhan kecil selain daripada Yang Berhormat nyatakan tadi. Sekian, terima kasih.

Tan Sri Ramli bin Ngah Talib: Tuan Yang di-Pertua, kriteria sama ada sesuatu pusat atau pelabuhan itu dijadikan sebagai pusat tukar barang bergantung kepada kehendak dan bergantung kepada tradisi perdagangan tukar barang kerana sesetengah tempat tradisi ini telah berjalan beratus-ratus tahun. Dan juga, tentang permintaan jikalau ada perwujudan dan kalau ada kehendak baru - tentang sistem tukar barang ini dengan negara-negara yang lain ataupun negara yang sama kalau ada

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. DR.24.10.2000 17

kehendak maka kita akan selidik dan beri kemudahan-kemudahan yang tertentu untuk menyenangkan sistem tukar barang ini dijalankan atau barter trade ini dijalankan.

Yang keduanya, sudah pasti bahawa dengan adanya sistem tukar. barang ini akan menyenangkan lagi dan melicinkan lagi p.erjalanan perdagangan di antara negara­negara terutama sekali negara-negara jiran Indonesia dan Thailand dengan negara kita. Dan, ianya untung, pasti keuntungan dari segi volume, jumlah barter trade ataupun perdagangan tukar barang ini, seperti yang saya katakan tadi adalah berjumlah RM5,208 juta. Dan, ini melicinkan lagi perdagangan, meningkatkan lagi pertukaran, meningkatkan lagi prestasi perdagangan dan juga. pertukaran di antara satu negara dengan negara yang lain terutama sekali ketiga-tiga negara tadi. Dan juga, oleh kerana ia akan melicinkan perdagangan, sudah tentulah ianya merupakan sesuatu yang kompetitif. Ia tidak berkehendakkan infrastruktur yang berharga tinggi. la memadai jikalau adajeti-jeti yang tertentu sah:ija.

Dan juga yang keduanya, keuntungan adalah kerana ianya akan menyekat inflasi kerana barang-barang boleh ditukar dengan price ataupun harga yang tertentu maka boleh ditukar dengan barang yang ada dalam negara kita dan sistem tukar barang ini, mengikut tradisi adalah di antara sistem yang tertua sekali dalam perhubungan perdagangan di antara negara-negara dalam dunia ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Ahli­ahli Yang Berhormat, masa untuk pertanyaan bagi Jawab Lisan telah pun selesai.

[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Lisan telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 12 hingga 26 adalah dijilid dalam buku berasingan]

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BA WAH PERATURAN MESYUARAT 18 (1)

Ugutan Jenayah Terbadap Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah

11.05 pagi.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya Chow Kon Yeow, Ahli Dewan Rakyat kawasan Tanjong ingin meminta izin mencadangkan supaya Majlis Mesyuarat ditangguhkan dengan tujuan merundingkan perkara tertentu, berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan.

Pada 20 Oktober 2000, akhbar China, Nan Yang Siang Pau telah memaparkan berita utama bahawa Ketua Pengarah, Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Ahmad Zaki telah diugut. Beliau berkata, sejak mengambil alih jawatannya dan mengambil tindakan keras membanteras rasuah termasuk menyiasat kes-kes besar, telah menyebabkan orang-orang tertentu merasa tidak puas hati dan mereka ini telah menekan pihak berkenaan untuk menukar jawatannya. Badan Pencegah Rasuah telah menyiasat rasuah di PUSP AKOM, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan akan menyiasat dakwaan ada pegawai kerajaan terlibat dalam kegiatan mesin kuda. Beliau berkata, Badan Pencegah Rasuah akan menyiasat golongan kambing hitam di kalangan kerajaan yang disyaki bersubahat dengan sindiket mesin kuda haram ini.

Tuan Yang di-Pertua, beliau berkata ugutan-ugutan ini tidak datang dari orang ramai yang memahami tujuan beliau menyiasat setiap kes rasuah. Ugutan-ugutan ini, jelasnya, dibuat oleh anggota pentadbiran dan penguat kuasa kerajaan sendiri yang tidak ingin kegiatan haram mereka it..i dibongkarkan dan disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah dan seterusnya didakwa ke mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, pendedahan ini amat serius kerana ugutan-ugutan ini berunsur jenayah kerana bemiat mencegah Badan Pencegah Rasuah dari menjalankan tugasnya secara bebas dan adil. Kerajaan dan Perdana Menteri harus memandang serius terhadap ugutan jenayah, terhadap Badan Pencegah Rasuah dan Datuk Ahmad

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. 18 DR.24.10.2000

Zaki dan memberi perlindungan segera dan memastikan keselamatannya terjamin dari diancam. Kerajaan harus mengambil pendirian tegas supaya usaha Badan Pencegah Rasuah membanteras masalah rasuah ini dapat dijalankan tanpa diganggu-gugat oleh kuasa-kuasa hitam. Masalah ini haruslah ditangani demi mempertahimkan kewibawaan dan keutuhan Badan Pencegah Rasuah dan memastikan rakyat jelata dan pelabur asing masih yakin pada sistem penguatkuasaan undang-undang di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, inilah suatu perkara yang tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendakkan disegerakan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu U sul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) daripada Ahli Yang Berhormat kawasan Tanjong pada 20 Oktober 2000. Teks Usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Ahli Yang Berhonnat itu sebentar tadi.

Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat hari ini, saya sebagai Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat:

( i) bahawa perkara itu tertentu;

(ii) ia adalah bagi kepentingan orang ramai; dan

(iii) ia berkehendak disegerakan.

Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa (a) tertentu - perkara m1 adalah perkara yang tertentu; (b) kepentingan orang ramai - ia adalah bagi kepentingan orang ramai; ( c) berkehendak disegerakan - pada fikiran saya perkara ini tidak perlu disegerakan. la boleh dibincangkan pada bila-bila masa pun, istimewanya dalam perbahasan peruntukan tahun 2001 ini.

Yang Berhormat bagi Tanjong itu telah pun membuat satu laporan polis berkenaan dengan perkara yang sama pada 20 Oktober 2000 di Pulau Pinang. Saya difaharnkan satu siasatan telah pun dijalankan oleh pihak polis untuk mengenal pasti sesiapa yang membuat ugutan itu dan jika didapati cukup bukti untuk membabitkan kesalahan, mereka yang terlibat akan didakwa di mahkamah.

Oleh yang demikian, saya menolak Usul ini. [Tepuk]

RANG UNDANG-PNDANG DIBA WA KE DALAM MESYUARAT

RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PENDAP ATAN (PINDAAN) 2000

Bacaan Kali Yang Pertama Rang Undang-undang bemama Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai

Pendapatan 1997; dibawa ke dalam mesyuarat oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan; dibacakan kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada mesyuarat kali ini.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN T AMBAHAN (2000) (NO. 2) 2000

Bacaan Kali Yang Kedua

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN (T AMB.) (BIL.2) 2000

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 19

yang kedua sekarang" dan "Usul Anggaran pembangunan (Tamb.){Bil.2) 2000 dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:

Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak sembilan ratus tiga puluh lapan juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus dua puluh tiga ringgit (RM938,598,623) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2000, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yal}g dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2000 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 Tahun 2000 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut hendaklah disahkan". {23 Oktober 2000]

Tuan Yang di-Pertua: Minta Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan menyambung jawapan semalam. Sila.

11.13 pagi

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Tuan Hashim bin Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menyambung penggulungan perbahasan tentang peruntukan tambahan ini yang telah saya mulakan semalam.

Tuan Yang di-Pertua, isu keselamatan negara khususnya di sempadan Thailand dan di perairan Sabah, telah disentuh oleh Yang Berhormat bagi Kuala Kedah, Pokok Sena, Yang Berhormat bagi Kinabatangan dan Yang Berhormat bagi Batang Lupar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, kerajaan telah dan akan terus meningkatkan dan memperhebatkan rondaan di perairan kita melalui agensi­agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Perikanan, Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia. Mereka akan dilengkapkan dengan senjata api bagi mengawal perairan kita dan sekali gus melindungi para nelayan kita daripada ancaman nelayan-nelayan asing yang membawa senjata api ketika keluar ke laut. Di samping itu, perbincangan juga sering diadakan di antara kedua-dua Kerajaan Malaysia dan Thailand mengenai sempadan perairan terutamanya dalam aktiviti perikanan.

Di samping langkah tersebut, kita juga sering mengadakan penerangan kepada nelayan tempatan tentang langkah-langkah keselamatan dari ancaman dan pencerobohan nelayan-nelayan asing. Dan, tindakan seterusnya ialah dari masa ke semasa kita mengambil tindakan terhadap nelayan-nelayan asing yang menceroboh perairan kita.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: {Ban gun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada yang berdiri Yang Berhormat. Sri Gading.

[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng] mempengerusikan Mesyuarat]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan. Ada seorang bekas Perdana Menteri sebuah negara yang umumya hampir 80 tahun, sekarang berjawatan Menteri Kanan. {Disampuk] Ekoran pembelian 100 peluru berpandu oleh Singapura, si tua bangka ini sudah cakap besar, cakap takbur, membuat ungkapan yang mencabar siapa saja dan negara mana untuk menyerang Singapura. Lee Kuan Yew [Ketawa] sebenamya ketinggalan zaman, seluruh pemimpin negara-negara terutama rantau ASEAN ini bercakap tentang keamanan, tentang bagaimana kita mahu hidup bersama tetapi pemimpin ini ....

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. 20 DR.24.10.2000

Timbalan Yang di-Pertua rnatuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sudah masuk ke soalankah ini?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Soalan akan sampai.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sudah lama.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ini dia punya latar belakang. [Ketawa]

Seorang ahli: Introduction.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tetapi peinimpin ini bercakap yang sebaliknya. Saya merasai orang tua ini agaknya sakit jiwa. [Ketawa] Beliau di dunia ini sudah rasa semua kecuali dua perkara. Pertama ..... .

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat ....

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ya, ini masuk. [Ketawa] Yang pertama, dia belum berperang, yang kedua dia belum mati. ltu dua perkara dia belum rasa. Saya tidak tahu sama ada dia mati dulu baru berperang atau berperang dulu baru mati, saya tidak tahu. Jadi, soalannya, apa tindakan kerajaan kita, Kementerian Luar Negeri misalnya atau Kementerian Pertahanan tentang cabaran yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin yang bertanggungjawab dalam konteks untuk hidup bersama dalam wilayah yang memerlukan keamanan bercakap tentang nada yang mencabar seperti ini. Terima kasih. Soalan itulah. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ambil masa panjang.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih, sahabat saya Yang Berhormat bagi Sri Gading. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa rantau ini bercakap tentang keamanan dan perdamaian. Kita mahu rantau ini dibangunkan secara hannoni dan supaya ekonominya berkembang dan rakyat jelata rantau ini akan dapat nikmat dapat pembangunan itu. Dan, apabila ada seorang tokoh, Yang Berhormat kata sudah 80 tahun usianya dan saya rasa kerajaan tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap kenyataan itu kerana kita rasa sebagai seorang tua mungkin beliau sudah hilang pertimbangan ataupun ... [Disampuk] [Ketawa] ... jadi kerana itu kita tidak akan mengambil apa-apa tindakan.

Bagi kita, kita akan terus hidup dalam suasana aman dan damai. Kita mahu antara jiran dengan jiran hidup dalam suasana aman dan damai kerana kita saling bergantungan di antara satu dengan yang lain. Mana-mana negara tidak boleh hidup secara sendirian. Kita mesti saling bantu-membantu, bekerjasama, lebih-lebih lagi sebagai sebuah negara jiran yang paling hampir dengan kita .....

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Trengganu]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu bangun.

Tuan Hashim bin Ismail: Ya, saya hendak habiskan dahululah, sekejap yang Berhormat. Kita akan terus hidup dalam suasana aman dan damai dan kita mahu rakyat negara di rantau ini dapat hidup dalam suasana aman dan damai dan kita ingin mengelakkan sebarang sengketa, peperangan dan persengketaan. Jadi, kerana itu kita tidak ambil kira pandangan beliau itu, mungkin beliau sebagai orang tua, kita maafkanlah.

Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh: Yang Berhormat, penjelasan. Saya mohon penjelasan.

Tuan Hashim bin Ismail: Ya.

Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh: Ekoran daripada Yang Berhormat ....

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 21

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Saya yang minta laluan clahulu.

Tuan Hashim bin Ismail: Kita just ignore kenyataan itu clan ki~ anggap ia sebagai kenyataan orang tua dan kita maafkanlah beliau clan kita tidak akan ambil apa­apa tindakan.

Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh: Yang Berhormat, penjelasan. Saya mohon penjelasan.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawa~i: Siapa dahulu?

Tuan Hashim bin Ismail: Orang yang senior clahulu.

Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh: Yang Berhormat, saya mohon penjelasan, ekoran daripacla penerangan yang diberi oleh Yang Berhormat tadi, oleh kerana saya berpandangan bahawa saya tidak boleh percaya seorang tokoh mungkin bodoh atau ticlak siuman, jauli lagi tokoh yang begitu tinggi kedudukannya. Aclakah kemungkinan kenyataan yang disebutkan itu dibuat untuk menghantar sesuatu mesej dan aclakah pada pandangan Yang Berhormat, walau apa jua mesej yang dihantarkan, kerajaan kita tetap dengan dasar-clasar yang berhemah clan pendekatan­pendekatan yang berhati-hati demi kepentingan Malaysia semata-mata walau apa jua mesej yang cuba dihantarkan. Terima kasih.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Memang benar kalau aclapun mesej di sebalik kenyataan itu, saya rasa kita masih bersikap waras, rasional clan kita tidak akan melatah dengan mesej ataupun kenyataan­kenyataan kebudak-budakan seperti itu.

Kita terus steady clan waras clalam menangani isu ini, jadi kerana itu, saya rasa dengan adanya kewarasan ini tidak mungkin kita akan bertinclak sesuatu di luar claripacla kewarasan itu.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Penjelasan.

Tuan Hashim bin Ismail: Cukuplah Yang Berhormat, sudah panjang sangat masil ini. Sudah banyak sangat saya sentuh perkara ini.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Pendek sahaja.

Tuan Hashim bin Ismail: Ya.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, clan Yang Berhormat. Sekadar saya ingin melemparkan soalan kepacla Yang Berhormat tentang apa yang disebut tadi tentang Lee Kuan Yew. Tetapi apakah Yang Berhormat sedar di tengah-tengah Senior Minister Lee Kuan Yew bercakap mengenai cabaran yang dikatakan terhadap negara kita itu, Pemuda UMNO dan Pemucla PAP menanclatangani satu perjanjian kerjasama dan persefahaman clalam konteks antara Singapura dan Malaysia.

Jadi, ini dilihat oleh rakyat sebagai satu lagi sandiwara antara BN dengan Singapura dan perkara-perkara ini seolah-olah mahu ditunjukkan UMNO ini sebagai jaguh clalam mempertahankan negara seperti mana yang berlaku kepada Pemuda UMNO yang sentiasa seolah-olah menyerang Singapura, langkah mayat Pemuda UMNO dahulu sebelum Singapura ataupun dalam konteks Singapura ini. Tetapi perjanjian demi perjanjian, kerjasama demi kerjasama yang dilakukan ini akan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap apa yang dikatakan sebagai keangkuhan Singapura, pemimpin yang tua dan sebagainya. Kita kena ingat di negara kita juga ada pemimpin yang tua yang perlu turun segera. Terima kasih. [Tepuk] [Ketawaj

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenamya apa yang berlaku mesej yang hendak disampaikan oleh Menteri Kanan Singapura tidak menggambarkan the undercurrent, Yang Berhormat. Apa yang berlaku di peringkat grassroots, di peringkat bawahan, kita mahukan perdamaian. Di peringbt bawahan di

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

22 DR.24.10.2000

antara rakyat dengan rakyat, kita mahukan perdamaian kerana kita menghargai perdamaian itu. Jadi, kerana itulah mesej yang disampaikan oleh Menteri Kanan ini, bukan menggambarkan kehendak keseluruhan rakyat sama ada di Singapura ataupun di Malaysia. Kerana itulah maka Pemuda UMNO terus menjalinkan perhubringan silaturahim dengan orang Singapura, dengan Pemuda · Singapura kerana kita tahu, kita perlu hidup dalam suasana aman dan damai, maka ini satu indikator bahawa rakyat keseluruhannya mahukan perdamaian dan kenyataan Lee Kuan Yew tidak menggambarkan apa-apa dan tidak memberikan apa-apa pengaruh terhadap kehendak kita, kehendak majoriti rakyat ini.

Tadi, Yang Berhormat sebut, tidak semua yang tua itu tidak bagus Yang Berhormat malah ada yang tua lagi baik, semakin baik, semakin matang, semakin rasional, bukan semua orang tua tidak baik dan hilang pertimbangan, ada orang-orang tua yang semakin tua, semakin matang, sernakin matured dan semakin bijaksana. [Tepukj

Tuan Shaziman bin Abu Mansor: Yang Berhormat, sedikit sahaja.

Tuan Hashim bin Ismail: Cukuplah dalam rnasalah ini. Tuan Yang di­Pertua, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng]: Ini terpulang kepada Yang Berhormat.

Tuan Shaziman bin Abu Mansor: Terirna kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sa ya ingin memberi sedikit gambaran berhubung dengan Pemuda PAP dengan Pemuda UMNO. Sebenamya dalam keadaan ini, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menerirna undangan daripada Pergerakan Pemuda PAP di Singapura yang mana mereka mengatakan bahawa Pemuda di Singapura pada hari ini memerlukan satu jalinan hubungan yang begitu baik di antara Pemuda Singapura dengan Malaysia kerana mereka yakin untuk menjayakan rantau Asia Tenggara ini apa yang paling penting adalah keamanan dan hubungan harmoni yang perlu diwujudkan antara Singapura dan Malaysia, bukannya satu· dua kenyataan yang mungkin boleh mengelirukan pandangan orang ramai. Itu sahaja yang hendak saya maklumkan. Saya hendak bertanya sama ada Yang Berhormat bersetuju bahawa sebenamya bukan kita hendak mengetepikan pandangan-pandangan dahulu, cuma kita menerirna undangan daripada Pemuda Singapura kerana mereka menghormati Pemuda UMNO dalam kerjaya perdamaian di antara kedua negara. Terirna kasih.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih, Yang Berhormat ....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada banyak lagi?

Tuan Hashim bin Ismail: Ya, banyak lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau banyak lagi, saya cadangkanlah, tumpukan kepada jawapanlah.

Tuan Hashim bin Ismail: Tak apa, saya sentuh sedikit sahaja, nanti kecewa pula kawan saya nanti, kalau saya biar begitu sahaja. Sebenamya, memang benarlah, ini bukan satu sandiwara Yang Berhormat, bukan satu sandiwara, malah satu kenyataan bahawa rakyat Singapura dan rakyat Malaysia mahu hidup dalam suasana aman dan damai. Oleh kerana itu mereka mengundang kita untuk menjalinkan hubungan ini dan saya rasa terirna kasih di atas penjelasan Yang Berhormat dan itulah kehendak rakyat kedua-dua negara ....

Tuan Kerk Kim Hock: Minta jalan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kota Melaka bangun.

Tuan Hashim bin Ismail: Cukuplah Yang Berhormat, ada banyak sangat lagi. Cukuplah!

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. DR.24.10.2000 23

Tuan Kerk Kim Hock: Ringkas sahaja. Bolehkah saya cadangkan, boleh berijalan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng]: Minta penjelasan.

Tuan Kerk Kim Hock: Ya, adakah kerajaan sedia menyampaikan satu memorandum kepada Duta Singapura untuk mencerminkan bahawa memang kerajaan atau rakyat Malaysia kalau betul-betul marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhonnat Lee Kuan Yew dan saya rasa tidak warasnya kalau kita dalam Parlimen itu mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan, seperti dia sudah tidak siuman dan sebagainya. Kalau betul-betul ada sesiapa kata dia tidak siuman dan pergi adakan satu debate dengan dia. Jangan kita menjatuhkan imej Parlimen di sini. Kalau betul-betul marah, hantar memorandum, Sri Gading pun belum berperang, dia ingat senangkah hendak perang saja, ini untuk apa ini, untuk capital politik sahaja.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhonnat di atas pandangan itu. Dan sebenamya kita tidak mengatakan beliau sebagai tidak rasional, nyanyuk dan sebagainya. Kita cuma mengatakan bahawa pandangan beliau tidak menggambarkan kehendak rakyat kedua-dua negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan jawapan saya ini, banyak yang tersangkut ini. Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan juga sedang memperhebatkan kawalan keselamatan terhadap tempat-tempat strategik negara supaya peristiwa rampasan senjata oleh golongan Al-Ma'unah di Gerik tidak akan berulang lagi.

Angkatan tentera kita memang mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk menghadapi sebarang ancaman luar ataupun dalaman bila-bila masa sahaja. Oleh yang demikian, rakyat tidak perlu bimbang mengenai kemampuan Angkatan Tentera Malaysia untuk mempertahankan setiap inci kedaulatan negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai keselamatan perairan Sabah pula, yang disentuh oleh Ahli Yang Berhormat bagi Batang Lupar dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain, selaras dengan keputusan Jemaah Menteri, A TM telah melancarkan Ops Pasir pada 18 September 2000 bagi mencegah pencerobohan kumpulan bersenjata ke wilayah Malaysia di timur Sabah. Pendekatan yang dipraktikkan oleh A TM dalam melaksanakan amanah ini adalah meliputi:-

(i) Penguasaan pesawat pengawasan udara maritim untuk rnengesan kehadiran bot yang disyaki rnernasuki perairan negara.

(ii) Penguasaan kapal-kapal Tentera Laut Diraja (TLDM) untuk rnengesan dan menjejak pergerakan bot yang dicurigai. Mengenal pasti dan menangkap atau mengusir kumpulan penjenayah dari perairan negara.

(iii) Menempatkan troop tentera darat di pulau-pulau yang strategik untuk menangkap mereka yang rnenghampiri atau mendarat di pulau di samping menjamin keselamatan penduduk ternpatan.

(iv) Pembabitan pesawat pejuang TUDM untuk menunjukkan kehadiran atau show of cause dan sehingga kini kita telah menempatkan lebih 600 anggotanya di 18 buah pulau dan di lima lokasi di pesisiran pantai bagi tujuan pengawasan dan 12 buah kapal dan tiga buah bot telah terlibat dalarn rnembuat rondaan. Tempoh tamat operasi belum diketahui dan sehingga keselamatan negara kita terjamin dari pencerobohan asing.

Datuk Dr. Haji Yusofbin Haji Yacob: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat, Sipitang berdiri.

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

24 DR.24.10.2000

Tuan Hashim bin Ismail: Ya.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan daripada Yang Berhonnat Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan yang memegang peruntukan ini. Pada masa yang lalu keutamaan kita dari segi pertahanan ini adalah untuk mempertahankan negara kita daripada hasutan komunis dan juga agensi-agensi subversif iaitu aktiviti-aktiviti kita ialah mempertahankan di atis daratan seperti adik-adik {memandang ke public gallery] semua membaca dalam sejarah.

Tetapi pada hari ini, ancaman kita adalah daripada laut sama ada di sekitar Kedah, Perlis, di sebelah Kelantan, Terengganu dan juga di sebelah pantai timur Sabah dan Sarawak. Jadi, ini yang menjadi masalah kepada negara kita sekarang ini.

Melihat kepada masalah ini, apakah Kementerian Kewangan akan memberi peruntukan ataupun sasaran kita mengubah tuju hala pertahanan kita, memberi keutamaan kepada pertahanan laut supaya ancaman-ancaman yang ada di pantai timur Sabah, di Kedah, Perlis dan juga di Kelantan, Terengganu itu diselesaikan berterusan, bukan seperti sekarang ini bila ada serangan lanun, kita hantar tentera. Tentera balik, lanun datang semula.

Jadi, kita minta cadangkan supaya penyelesaian secara permanent, dengan izin, supaya ada pertahanan yang begitu strategik di sebelah utara Semenanjung dan juga di pantai timur Sabah dan juga di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pembolosan penceroboh seperti pendatang asing tanpa izin yang masuk ke negara kita. Kita minta penyelesaian permanent, kekai bukan bila ada penculikan hantar tentera 600 orang, lepas itu balik semula. Jadi, ini yang akan menjamin keselamatan. Apakah Kementerian Kewangan berusaha ke arah itu untuk masa depan negara kita. Terima kasih.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenamya memang kerajaan menyedari hakikat bahawa perairan kita di Sabah dan di utara agak terdedah kepada pencerobohan musuh, jadi kerana itu kerajaan akan memberikan tumpuan kepada pertahanan kedua-dua wilayah ini supaya kedaulatan negara tidak dicerobohi dan saya harap jikalau ada cadangan dari Kementerian Pertahanan, maka insya-Allah, Kementerian Kewangan akan mempertimbangkannya demi untuk menjaga keselamatan perairan kita dan juga keselamatan sempadan kita di timur Malaysia ataupun di utara daripada pencerobohan dan ancaman daripada mana-mana pihak.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Kedah dan Yang Berhormat Pendang menyentuh tentang kenaikan harga minyak baru-baru ini. Untuk makluman kedua-dua Ahli Yang Berhormat, kenaikan harga runcit petrol kira-kira 10% yang berkuat kuasa pada 1 Oktober 2000 baru-bi:lru ini hanya untuk tujuan mengurangkan subsidi kerajaan dan dijangka hanya akan meningkatkan kadar inflasi keseluruhannya pada tahun 2000 ini sebanyak 0.1 % sahaja kepada 1.9%.

Sebelum kenaikan harga, jumlah subsidi ialah RM362,819,616 sebulan, selepas kenaikan harga, jumlah subsidi ialah RM263, 151, 799 sebulan. Jumlah penjimatan di antara Oktober hingga Disember 2000 ialah RM299,003,451. Kenaikan harga petrol ini adalah untuk mengurangkan sedikit bebanan kerajaan membayar subsidi yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga barangan petroleum yang berterusan.

Dan justifikasi seterusnya ialah untuk mengurangkan jurang harga dengan negara-negara jiran seperti Thailand dan Singapura supaya dapat mengurangkan aktiviti pengaliran keluar barangan petroleum sama ada melalui penyeludupan dan lain-lain aktiviti kerana kerajaan tidak berhasrat untuk memberi subsidi pengguna kepada rakyat daripada negara-negara jiran.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Batang Lupar menyentuh tentang adakah pinjaman kenderaan ....

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 25

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Hashim bin Ismail: Tentang apa Yang Berhormat?

Tuan Haji Mahfuz bin H111ji Omar: · Fasal minyak tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun penjelasan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tadi bahawa kenaikan harga minyak dalam pasaran dalam negara kita ini ekoran daripada kenaikan di pasaran antarabangsa dan tujuan kenaikan tersebut ialah untuk mengurangkan bebanan subsidi yang terpaksa ditampung oleh kerajaan. Tetapi mahu tidak mahu bahawa implikasinya ialah rakyat terpaksa menanggung bebanan kenaikan kos hidup kita iaitu daripada kenaikan harga minyak itu menyebabkan berlaku kenaikan harga barang yang melambung tinggi sekarang ini, malah bagi saya bahawa kenaikan harga minyak itu sendiri telah pun menjadikan satu bebanan kepada masyarakat Malaysia dan rakyat sama ada pekerja ataupun orang kampung, rakyat biasa. Sebab bagi saya bahawa pendapatan kita tidak bertambah tetapi perbelanjaan kita sudah bertambah.

Jadi, apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi masalah bebanan yang terpaksa ditanggung akibat daripada kenaikan harga minyak yang membawa kepada kenaikan harga barang. Dan bagi saya bahawa sewajamya seperti yang disebutkan oleh Menteri Kewangan dalam akhbar bahawa kenaikan ini sementara iaitu sampai kepada habisnya musim sejuk, bermakna bahawa dalam tempoh enarn bulan. Apakah tidak boleh kerajaan dalam tempoh enam bulan berkorban untuk rakyat setelah rakyat beberapa tahun yang lalu, apabila krisis ekonomi memuncak dalam negara kita, telah berkorban untuk masa depan negara, pegawai-pegawai kerajaan terpaksa memotong gaji sebanyak 10% dan sebagainya.

Jadi., sebab itu saya kira bahawa sepatutnya kerajaan memikirkan langkah­langkah bagi mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat dan rakyat dalam negara kita.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Seperti yang saya sebutkan tadi, ada dua justifikasi mengapa harga minyak dinaikkan. Yang pertama, untuk mengurangkan bebanan kerajaan kerana subsidi yang begitu tinggi ekoran daripada kenaikan harga minyak yang berterusan.

Yang kedua, untuk mengurangkan jurang harga di antara negara jiran Thailand, Singapura. ltu dua justifikasi. Dan sebenarnya, tadi Yang Berhormat sebut tentang kenaikan harga barang-barang lain, ekoran daripada kenaikan petrol. Sebenamya dengan kenaikan 10 sen kerajaan tidak menjangka kenaikan harga barang begitu mendadak. Kerana seperti yang telah saya sebutkan tadi, kerajaan telah menjangka bahawa kenaikan harga minyak hanya menyebabkan inflasi 0.1 % sahaja. Tetapi jikalau berlaku kenaikan harga, memang tidak dinafikan ada peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan daripada keadaan ini, maka pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang mengambil satu langkah enforcement yang benar-benar serius untuk memastikan peniaga-peniaga tidak mengambil kesempatan daripada kenaikan ini kerana kenaikan harga yang mendadak itu tidak munasabah dan tidak boleh diterima oleh akal.

Tadi, Yang Berhormat juga ada menyebut tentang pengorbanan kerajaan. Saya ingatkan Yang Berhormat bahawa rakyat hanya berkorban 10 sen sahaja lebih dan impaknya, kesannya kepada penjimatan duit kerajaan begitu banyak dan wang penjimatan ini boleh kita gunakan untuk tujuan pembangunan yang lain dan saya rasa rakyat boleh menerima kenyataan ini.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: {Bangun]

Tuan Hashim bin Ismail: Cukuplah Yang Berhormat. Ada panjang lagi jawapan saya ini.

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. 26 DR.24.10.2000

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Sedikit, sedikit lagi. Ini fasal masalah kepentingan orang ramai ini.

Tuan Hashim bin Ismail: Kerana sudah banyak sangat.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Terima'kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Hashim bin Ismail: Saya belum beri izin lagi. Fasal apa ... .[Ketawa]

. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: lngatkan izin dab! {Ketawa] Sedikit sahaja, fasal ini yang lastlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Che~g]: Yang Berhormat, dia kata last. Jadi, .....

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Oak, dak, last dalam isu minyak. Dalam isu minyak ini. Dalam isu lain ada lagilah.

Tuan Hashim bin Ismail: Yang Berhonnat, saya hendak .....

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Sedikit lagi, sedikit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya pun mintalah ....

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Ya, sedikit sahaja Datuk. Dok panjang lagi, saya ada sedikit sahaja lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): .... kita terpaksa jimatkan masa kerana nanti di peringkat Jawatankuasa tentu ramai yang akan mengemukakan masalah yang sama.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Sikit, sikit lagi. Okay, Setiausaha Parlimen tadi mengatakan bahawa kerajaan hanya minta rakyat berkorban sepuluh sen. Betullah nampak satu liter sepuluh sen tetapi kalau satu gelen sudah berapa. Mana ada orang pi bubuh minyak kereta pergi stesen Petronas, "Berapa encik?" "Satu liter" Mana ada. Sekurang-kurangnya RMlO. Kalau orang kampung dia bubuh RMlO ataupun penuh tangki dan sebagainya. Memanglah kalau kita lihat satu liter memang sepuluh sen. Tetapi kesan daripada kenaikan sepuluh sen itu menyebabkan kenaikan harga barang bukan sahaja rakyat telah berkorban untuk sepuluh sen tetapi sebenarnya rakyat telah berkorban dengan begitu besar umpamanya dalam gas. Gas satu tong sekarang naik RMI hingga RMl.40. Dia bergantung kepada kawasan itu dekat bandar ataupun kawasan pedalaman iaitu kos penghantaran gas sekarang ini.

Saya difahamkan oleh wakil daripada Rompin selaku Pengerusi Tenaga Nasional bahawa kemungkinan tidak dapat ditolak pada tahun akan datang tarif elektrik akan dinaikkan kerana akibat kenaikan harga gas. Sekarang tidak dinaikkan kerana bekalan gas yang dibekalkan oleh Petronas kepada Tenaga Nasional berdasarkan kepada perjanjian yang ada, yang akan berakhir pada bulan Disember. Dan perjanjian baru akan dibuat pada bulan Januari akan datang. Dan ini sudah pasti akan membebankan rakyat. Jadi sebab itu bagi saya kemungkinan ada digembar­gemburkan bahawa belanjawan akan datang, belanjawan mesra rakyat. Mungkinlah ada mesra rakyat tetapi kita telah dibebani dengan bebanan yang begitu besar yang berterusan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat. Dan sebenarnya sebelum kenaikan harga sebanyak sepuluh sen itu dikuatkuasakan, kerajaan telah mengkaji dari semua aspek supaya tidak begitu mendatangkan bebanan kepada rakyat. Dan kalau berlaku seperti yang Yang Berhormat sebut kenaikan harga barang-barang maka saya rasa pihak enforcement Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memantau isu ini dan Insya-Allah saya rasa ianya akan dapat dikawal dan supaya kenaikan sepuluh sen itu tidak mendatangkan beban kepada rakyat. Memang itulah yang diambil kira oleh kerajaan sebelum kenaikan itu berlaku kerana kita jangka sepuluh sen itu tidak mendatangkan beban kesan yang begitu serius kepada

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 27

rakyat. Tetapi kalau ini berlaku maka kerajaan sedang memantau kes ini supaya bebanan rakyat dapat dikurangkan dan ....

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: {Bangun}

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya ingat sebelum saya membenarkan Yang Berhormat, saya sukalah ingin memaklumkan kalau ikut peraturan yang ada masa untuk Perbekalan Tambahan

. pada peringkat dasar memang sudah lebih daripada masa yang dihadkan. Ya, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen saya ingin memintalah supaya gunakan budi bicara Yang Berhormatlah untuk melanjutkan ucapan Yang :Berhormat.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat Datuk saya akan teruskan penggulungan ini. Sorry Yang Berhormat.

Yang Berhormat bagi Batang Lupar ada menyentuh adakah pinjaman kenderaan kepada guru-guru meliputi juga pinjaman untuk membeli bot untuk guru­guru yang bertugas di kawasan yang tidak mempunyai jalan raya seperti di Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat, pinjaman bot termasuk dalam tabung kenderaan sebanyak RM200 juta. Berdasarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 7 /96, kelayakan membeli bot ialah RM4000 bagi motobot berenjin, RM3500 untuk enjin bot sahaja dan RM700 untuk tujuan membeli bot. Kelayakan ini bagi semua kakitangan terutama di Sabah dan Sarawak. Sejak empat tahun lepas, 10 permohonan telah diluluskan untuk tujuan membeli bot ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kepong tentang persoalan beliau, apakah virus yang menyebabkan kejadian penyakit HFM yang berlaku sekarang ini. Untuk makluman Yang Berhormat, HFM biasanya disebabkan oleh enterovirus dari pemantauan yang dibuat dari semasa ke semasa jenis virus yang menyebabkan HFM adalah kebanyakannya oleh enterovirus 71 (EV71). Bagi kejadian penyakit HFM kali ini, pihak Kementerian Kesihatan masih belum dapat mengetahuijenis virus yang menyebabkan kematian di kalangan kanak-kanak.

lsu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat yang kedua ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Kepong bangun.

Dr. Tan Seng Giaw: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, macam ini. Saya ada tengok semua butir-butiran ..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat belum beri kebenaran.

Dr. Tan Seng Giaw: Saya hendak tolong ini. Saya hendak tolong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Hendak tolong, tolong apa Yang Berhormat?

Tuan Hashim bin Ismail: Tidak apa Yang Berhormat nanti boleh bangkitkan di Peringkat Jawatankuasa Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Tidak apa, tidak apa. Saya ada maklumat. Saya ada maklumat. Saya akan bantu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya ingat tidak payah Yang Berhormat Kepong. Bantu tidak payahlah. Saya ingat Setiausaha Parlimen cukup pandai, tidak payah dibantu dalam perkara ini.

Dr. Tan Seng Giaw: Macam mana pula kalau teguran daripada Tuan Yang di-Pertua tadi, kata kita tidak ada masa dan sebagainya tetapi kita boleh tengok maksud-maksud kita boleh tahu semua gaji dan ITP sahaja. Tidak banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng): Nanti peringkat Jawatankuasa yang boleh cadangkan.

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

28 DR.24.10.2000

Dr. Tan Seng Giaw: Ini bolehjawablah. Satujam lagi tidak apa.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bersetujukah?

Tuan Hashim bin Ismail: Saya rasa tidak payah Yang Berhormat. Nanti di peringkat Jawatankuasa nanti boleh secara detail ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim. Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Ini begitu biasalah dengan peraturannya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat Kepong. Teruskan Setiausaha Parlimen.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kepong. Isu kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kepong ialah setakat manakah langkah-langkah kawalan kejadian HFM telah dilaksanakan.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat ini langkah-langkah kawalan yang diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan adalah selaras dan menepati langkah­langkah kawalan yang dicadangkan oleh pihak WHO. Pihak kementerian telah menjalankan pendidikan kesihatan kepada semua rakyat tentang penyakit HFM melalui semua media massa. Kumpulan-kumpulan berisiko tinggi iaitu kanak-kanak di bawah empat tahun dinasihatkan untuk menjauhi kawasan-kawasan awam yang sesak yang boleh meningkatkan risiko jangkitan, menutup taska di negeri Johor yang dilakukan bersama oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perpaduan Negara yang menepati keadaan kebersihan di taska tersebut tidak memuaskan.

Semua aktiviti-aktiviti kawalan diselaraskan di peringkat negeri oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Exco kesihatan negeri-negeri.

Yang Berhormat bagi Kepong dan Yang Berhormat bagi Pendang ada membangkitkan isu CDC patut ditubuhkan di Malaysia. Pihak Kementerian Kesihatan telah menubuhkan Infectious Disease Research Center yang berpusat di IMR (Institute Medical Research) yang disokong juga oleh makmal-makmal di beberapa buah universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia bagi menjalankan kajian dan pemantauan penyakit-penyakit berjangkit di negara itu.

Sementara itu, di kementerian sendiri terdapat Bahagian Kawalan Penyakit (Disease Control Division) yang sentiasa memantau laporan dan notiftkasi penyakit berjangkit daripada hospital, klinik kerajaan dan swasta. Pihak kementerian juga sentiasa bekerjasama dengan pihak WHO dalam memastikan isu-isu global kesihatan dapat ditangani.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Sipitang mencadangkan penguatkuasaan undang-undang perlu diperketatkan dan pegawai-pegawai tidak leka dalam menjalankan tugas. Sebagai contoh :

(i) kawasan nelayan pesisir pantai telah dicerobohi oleh nelayan asing dan nelayan pukat tunda tempatan telah menyebabkan kerugian nelayan pesisir pantai. Ini juga ada kaitan dengan soalan Yang Berhormat bagi Kuala Kedah semalam.

(ii) Beliau menyentuh tentang pengusaha pukat tunda telah mengecilkan saiz jaringan pukat tunda daripada 1 inci kepada 1 'll inci sahaja.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan melalui Jabatan Perikanan dan polis marin akan meningkatkan rondaan dari semasa ke semasa di perairan negara bagi memastikan pencerobohan oleh nelayan pukat tunda ke kawasan nelayan tradisional dapati dibanteras.

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. DR.24.10.2000 29

Sejak clari tahun 1995 hingga 1999 sebanyak 3135 kes telah berjaya ditahan kerana kesalahan tersebut clan disabitkan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985. Tentang mengecilkan saiz jaringan pukat tuncla pula, di bawah Peraturan Kelautan 1967, saiz keroncong ma ta pukat tunda yang dibenarkan hendaklah tidak kurang dari 38 milimeter ataupun 1 Yz inci. Mana-mana 'nelayan yang didapati tidak mematuhi peraturan tersebut aclalah bersalah dan boleh dikenakan dencla di bawah Akta Perikanan 1985. Kementerian Pertanian melalui Jabatan Perikanan akan melakukan pemeriksaan dari masa ke semasa sama acla di pangkalan ataupun di laut untuk membanteras kegiatan tersebut.

Yang Berhormat bagi Sipitang juga t~liih membangkitkan isu kerajaan menggalakkan penternakan ikan clalam kolam tetapi bila sampai masanya untuk mengutip basil harga telah turun kerana pengeluaran melebihi permintaan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan akan cuba membaiki keaclaan tersebut dengan menggalakkan pentemak melakukan penjadualan yang rapi ketika mereka ingin memasarkan basil temakan mereka. Kementerian juga melalui FAMA clan Jabatan Perikanan akan melakukan penyelidikan untuk mempelbagaikan produk perikanan tennasuk dalam bentuk pemprosesan bagi mengurangkan masalah pemasaran ikan air tawar tempatan.

Yang Berhormat bagi Sipitang juga membangkitkan berkenaan import 's bill bahan-bahan makanan yang berjumlah RMlO bilion. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan memang sedar bahawa negara masih memerlukan pertanian walaupun Malaysia telah berubah kepacla negara perindustrian clan kerajaan juga sedar tentang bil import bahan makanan adalah tinggi. Oleh itu Dasar Pertanian Negara Ketiga telah diwujudkan dan penekanannya aclalah untuk meningkatkan produktiviti sektor pertanian.

Kementerian Pertanian seclang berusaha meningkatkan pengeluaran makanan supaya eksport makanan boleh ditingkatkan dan defisit perclagangan bahan makanan dapat dikurangkan. Selaras dengan usaha untuk meningkatkan pengeluaran makanan, kementerian juga sedang · meningkatkan usaha pemasaran. Dalam peringkat perancangan projek, FAMA diberi tanggungjawab untuk menentukan jenis tanaman dan kuantiti barangan diperlukan. FAMA juga berusaha untuk mewujudkan kontrak farming bagi menentukan basil tanaman petani clapat dijual secara terus kepada pengilang pemprosesan makanan atau pembeli yang lain apabila pihak FAMA dan pertubuhan Pelaclang Kawasan (PPK) juga terlibat clalam pembelian basil pertanian di luar bandar. Sebagai contoh FAMA clan PPK · sedang mengujudkan pusat pengumpulan ladang untuk meningkatkan belian kelapa daripada pekebun-pekebun kecil.

Yang Berhormat bagi Rantau Panjang telah membangkitkan isu pemakanan sumber protein rakyat Malaysia lebih tertumpu kepacla ikan. Rakyat Malaysia telah mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dari segi kesihatan di mana terdapat kecenderungan masyarakat tempatan untuk memakan lebih banyak ikan berbanding dengan daging sebagai sumber protein. lni aclalah kerana ikan dipercayai mengandungi kolesterol yang rendah jika dibandingkan dengan sumber protein haiwan yang lain. Pada tahun 1995, penggunaan per kapita ikan aclalah sebanyak 39 .1 kilogram bagi setiap orang setiap tahun dan angka ini telah meningkat kepada 49.0 kilogram bagi tahun 2000. Dijangkakan pada tahun 2010, rakyat tempatan akan menggunakan ikan sebanyak 56 kilogram setiap orang bagi setahun. Justeru itu Kementerian Pertanian melalui Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPNK) seclang berusaha untuk meningkatkan pengeluaran ikan negara dari 1.42 juta tan metrik pada tahun 1999 kepada 1.933 juta tan metrik menjelang tahun 2010.

Yang Berhormat bagi Rantau Panjang juga meminta supaya tangkapan ikan dibenarkan masuk melalui Jambatan Rantau Panjang. Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan Rantau Panjang telah pun digazet sebagai pintu masuk untuk membawa ataupun mendaratkan ikan. Namun demikian, akibat tiada tapak tanah yang sesuai, LKIM belum dapat menyediakan kemudahan yang lengkap bagi

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

30 DR.24.10.2000

mengendalikannya. Sebagai langkah sementara, LKIM menggunakan tanah lapang di Rantau Panjang untuk menguruskan operasi membawa rnasuk ikan.

Mengenai lesen charter pula yang dibangkitkan oleh Yang Berhorrnat, le~en charter yang dikeluarkan memang mensyaratkan basil ikan didaratkan di pangkalan negara. Di Kelantan terdapat basil ikan didaratkan di negara Thailand. Sebagai mengatasi rnasalah ini, Jabatan Perikanan akan mensyaratkan semua vessel tangkapan ikan, lesen charter dilengkapkan dengan vessel tracking system yang dapat mernaklumkan destinasi vessel itu.

Yang Berhorrnat bagi Rantau Panjang juga menyenRlh tentang kawasan bebas cukai Rantau Panjang belum lagi beroperasi hingga kini. Untuk makluman Yang Berhorrnat, pembinaan kawasan bebas cukai Rantau Panjang telah siap sepenuhnya dan dalam proses untuk diwartakan sebagai zon bebas di bawah Seksyen 3(1), Akta Zon Bebas 1990. Berhubung dengan pelantikan pihak berkuasa zon, Kementerian Kewangan sedang menimbang usaha sama antara Majlis Daerah Pasir Mas dengan pihak swasta yang belum ditentukan lagi.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Minta jalan, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhorrnat, Rantau Panjang.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Satu sahaja. Terirna kasih berkenaan dengan zon bebas cukai yang akan digazet pada bila-bila masa sahaja. Cuma saya minta penjelasan sekali lagi, bolehkah Yang Berhorrnat terangkan dengan secara jelas, siapakah pihak swasta yang akan bekerjasarna dengan Majlis Daerah bagi melantik pihak berkuasa dalam zon bebas cukai tersebut?

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya sebutkan tadi bahawa kita belum lagi mer.entukan siapakah pihak swasta yang akan dilantik untuk bekerjasama dengan Majlis Daerah Rantau Panjang itu dan insya-Allah apabila perkara ini selesai dirundingkan, maka, zon bebas cukai ini akan dapat diimplementasikan dan akan menjadi kenyataan. Setakat ini belum ada lagi pelantikan dibuat.

Yang Berhorrnat bagi Arau menyentuh tentang mengapakah publisiti Larian Rakyat 2006 tidak hebat, sedangkan larian itu hanya tinggal dua minggu sahaja lagi? Untuk makluman Yang Berhorrnat, publisiti telah dikeluarkan dalam akhbar-akhbar utama setiap hari melalui iklan countdown dan mingguan iklan separuh muka, RTM juga telah menyiarkan publisiti kempen melalui radio dan sebagainya. Isu kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhorrnat, beliau mencadangkan agar pelajar sekolah dan universiti diwajibkan menyertai Larian Rakyat 2006 itu.

Kementerian Belia dan Sukan telah mengambil tindakan dengan semua IPT A dan IPTS untuk penyertaan di kalangan mereka. Kementerian Pendidikan juga telah bersetuju mengenai penyertaan murid-murid sekolah. Kita harap dengan penyertaan yang menyeluruh ini, larian itu akan menjadi lebih meriah dan lebih berjaya. Beliau juga mencadangkan agar lain-lain kementerian seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia dan sebagainya, dilibatkan dalam Larian Rakyat 2006.

Untuk makluman Yang Berhormat, semua kakitangan awam dan sektor swasta telah dimaklurnkan untuk penyertaan Larian Rakyat 2006 melalui edaran kepada ketua-ketua jabatan. Jawatankuasa peringkat negeri dan daerah telah mengambil tindakan untuk penyertaan dalam larian ini dan sektor swasta juga dijemput untuk menyertainya supaya menjadikan larian ini lebih berjaya dan lebih meriah lagi.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan. Larian Rakyat 2006 ini yang disertai oleh seluruh lapisan rakyat, termasuk tidak parti-parti pembangkang?

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 31

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat bagi Sri Gading. Kita sentiasa mengalu-alukan penyertaan saudara-saudara di sebelah sana supaya dengan kehadiran itu menunjukkan bahawa seluruh rakyat Malaysia menyokong kempen ini dan mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya dalam semua bidang - ekonominya, sukan dan sebagainya. Jadi, untuk menjawab soalan Yang Berhormat, maka, kita mempelawa saudara-saudara kita untuk sama-sama menyertai Larian Rakyat 2006 ini supaya keadaan akan menjadi lebih meriah, lebih ceria dan lebih berjaya lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga akan meneruskan penggulungan ini. Yang Berhormat bagi Pendang ada menyentuh tentang isu IWK. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kewangan diperbadankan pada 23 Jun 2000, telah mengambil-alih 100% milikan saham IWK daripada Prime Utilities Berhad pada harga RM 192.54 ju ta. Maknanya kerajaan memiliki 100% ekuitinya Yang Berhormat Dato'. Jumlah pinjaman mudah kerajaan kepada IWK adalah sebanyak RM925 juta, walau bagaimanapun hanya sebanyak RM545.391 juta telah dikeluarkan setakat 30 Mac 2000. Peruntukan sebanyak RM225 juta telah disediakan dalam bentuk geran untuk menampung defisit kos operasi IWK pada tahun ini tetapi jumlah ini belum dikeluarkan lagi kerana masih belum diperlukan oleh IWK.

Yang Berhormat bagi Pendang juga membangkitkan subsidi baja yang lambat diterima di MADA. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan juga MADA mengesahkan tiada kejadian di mana baja lambat dihantar seperti yang dibangkitkan dan perbekalan baja telah pun dihantar mengikut jadualnya.

Yang Berhormat bagi Batu Gajah, Dungun, Kepong dan Pendang ....

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat, Yang Berhormat Pendang sudah bangun.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Yang Berhormat. Banyak lagi soalan-soalan saya yang tidak dijawab, termasuk juga mengenai IWK di mana peruntukan bayaran kepada kontraktor sebanyak lebih daripada RMlOO juta. Saya ingin mendapat penjelasan dalam ucapan saya semalam, kontraktor itu kepunyaan siapa dan syarikat konsultan mana yang memperoleh projek untuk membuat penilaian tentang IWK? Nampaknya Yang Berhormat Setiausaha Parlimen telah berpindah untuk menjawab ucapan wakil-wakil yang lain, jadi saya ingin mendapat penjelasan dalam banyak perkara yang telah saya bangkitkan dalam ucapan saya kelmarin. Terima kasih.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat Dato'. Sebenamya, saya pun sedar tentang banyak perkara yang belum disentuh dan saya harap perkara ini dapat dibangkitkan dalam peringkat Jawatankuasa dan untuk RMI 77 juta itu, sebenamya ialah bayaran IWK kepada konsultan yang dilantik. Jadi, itu merupakan bayaran kepada konsultan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, saya ingin ganggu sedikit. Sekejap sebab tengah hari ini kita ada Yang Berhormat Speaker Parlimen daripada Republik Namibia dan rombongannya ada di Dewan ini [Tepuk] Bagi pihak Dewan yang mulia ini, saya mengucapkan Selamat Datang kepada mereka. Teruskan Yang Berhormat.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat Datuk. Saya rasa yang lain-lain nanti Yang Berhormat Datuk, kita akan jelaskan kalau ada persoalan di peringkat Jawatankuasa nanti. Terima kasih Yang Berhormat.

Masalah kekurangan doktor yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah, Dungun, Kepong dan Pendang, di antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan doktor di negara ini ialah pada setiap tahun terdapat Pegawai Perubatan yang dilepaskan kerana mengikuti pengajian di peringkat Sarjana ...

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. 32 DR.24.10.2000

Tuan Hashim bin Ismail: ... sama ada di dalam ataupun di luar negeri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Larut bangun.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja· Haji Omar: Boleh? Sedikit sahaja. Terima kasihlah. Saya ingin membangkitkan berhubung dengan bantuan projek peruntukan yang disediakan oleh kerajaan. Memang kita amat berterima kasihlah. Tetapi dalam hubungan ini, kita mungkin tidak sedar peruntukan-peruntukan yang bertindih yang diagih-a&ihkan kepada agensi, jabatan kerajaan. Sebagai contoh, Jabatan Perparitan dan Saliran menjalankan kerja yang tidak sepatutnya dilakukan oleh jabatan berkenaan. Apa salahnya di masa yang akan datang, dalam pengagihan peruntukan ini, diserahkan kepada mereka yang berhubung rapat terus, umpamanya dengan Lembaga Pertubuhan Peladang yang berdarnping rapat dengan peladang­peladang kerana kebanyakan peruntukan yang telah dilakukan sebelum ini, banyak yang bertindih.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)

Jadi, saya berharap dalam kita membincangkan berhubungan Belanjawan Tambahan ini supaya di masa akan datang, kita pastikan hanya agensi-agensi yang terlibat supaya peruntukan tersebut dapat diagihkan sama rata kepada jabatan-jabatan yang berkenaan supaya tidak bertindih. Umpamanya, macam yang saya sebutkan tadi - JPS melakukan kerja-kerja yang bertindih dengan Jabatan Pertanian, sedangkan apa salah peruntukan tersebut kalau Jabatan Pertanian tidak boleh melakukan, dia serah terus umpamanya kepada agensi yang berkaitan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang yang ada kaitan terus dengan peladang-peladang di kawasan-kawasan tertentu. Saya minta sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat Dato'. Memang kerajaan sedar bahawa terdapat pertindihan tugas ini dan Kementerian Kewangan sekarang ini sedang memantau kes-kes seperti ini dan memastikan supaya peruntukan hanya diberikan kepada agensi yang berkenaan sahaja dan yang tidak berkenaan mereka tidak seharusnya terlibat dalam perkara-perkara seperti itu dan ini untuk mengurangkan dan menjimatkan perbelanjaan dan sekali gus mengelakkan pembaziran dan sebagainya.

Terima kasih Yang Berhormat Dato'.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun]

Tuan Hashim bin Ismail: Sa ya akan sentuh .....

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Pokok Sena bangun Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Pasal baja Yang Berhormat.

Tuan Hashim bin Ismail: Apa?

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Pasal baja tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhonnat. Tadi Yang Berhormat menjelaskan bahawa apa yang dibangkitkan oleh kami semalam tentang kelewatan bekalan baja yang tidak ada, Yang Berhormat mengatakan bahawa bekalan dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab mengikut keperluan dan mengikut kepada waktu. Saya baru telefon sebentar tadi di luar - MADA Pengkalan Kundur, MADA Titi Haji Deris, MADA Alor Senibong, MADA Hutan Kampung, itulah empat MADA yang sempat saya telefon. Sehingga sekarang, di stor bajanya, belum ada baja, sama ada baja debu ataupun baja urea. Terima kasih.

Tuan Hashim bin Ismail: Oleh kerana Yang Berhormat ada contoh-contoh yang spesifik, maka saya rasa Yang Berhormat boleh melaporkan perkara ini kepada pihak kementerian supaya tindakan diambil dan penghantaran baja-baja itu dapat dihantar mengikut jadualnya.

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. DR.24.10.2000 33

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Memang kita hendak lapor kepada kementerian tetapi apabila kita hendak jumpa dengan MADA, ada campur tangan politik. Ha, ini masalah dia. Apabila kita hendak bertemu dengan MADA, kami wakil-wakil rakyat daripada pembangkang, daripada PAS di negeri Kedah; buat surat, sudah ada temu janji, persetujuan daripada pihak MADA untuk bertemu dengan kami tetapi di saat akhir, pembatalan dibuat. Disebut kepada kami bahawa akibat daripada campur tangan politik. Ini masalahnya yang berlaku kerenah birokrasi dalam jabatan dan agensi kerajaan.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak pasti tentang kesahihan dakwaan itu, khususnya dari segi penglibatan ataupun campur tangan politik tetapi yang itu saya rasa tidak perlu saya sentuh banyak, cuma jikalau ada kelambatan atau kelewatan seperti Yang Berhormat sebut tadi, maka saya rasa Yang Berhormat boleh secara khusus membuat laporan dan ini dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini, bukan suatu yang sandiwara dan sebagainya, tidak. Serius, kita laporkan dan tindakan sewajamya akan diambil.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat panjang lagikah. Pasal kita hanya dua hari sahaja ada dalam Jawatankuasa, ya.

Tuan Hashim bin Ismail: Saya cuba, Tuan Yang di-Pertua. Saya secepat mungkin.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Tuan Hashim bin Ismail: Saya hendak sambung tadi, sudah jauh. Sebagai galakan kita memberi peluang kepada para doktor untuk belajar di peringkat sarjana sebagai galakan untuk mereka meningkatkan mutu profesionalisme mereka. Dianggarkan di antara 350 hingga 400 orang pegawai perubatan yang mengikut kursus latihan sarjana di mana semasa mengikut kursus ini mereka tidak dapat memberikan khidmat sepenuhnya kepada pesakit kerana pada masa tertentu mereka akan dikehendaki hadir di universiti untuk memenuhi keperluan kursusnya.

Untuk makluman Yang B-::rhormat sekalian, jumlah pelajar perubatan di universiti-universiti tempatan bagi sesi akademi 1998/1999 adalah seramai 5,360 orang. Selain dari itu terdapat 459 pelajar perubatan di bawah tajaan agensi-agensi kerajaan yang sedang menuntut di luar negara. Adalah dijangkakan keluaran graduan perubatan di IPT A dan IPTS tempatan dan luar negeri adalah mencukupi untuk mencapai sasaran nisbah doktor iaitu satu bagi seribu penduduk (1:1,000) pada tahun 2010. Di samping itu, pengambilan doktor dalam bidang kepakaran tertentu yang diperlukan dari luar negara secara kontrak juga masih diteruskan untuk mengatasi masalah kekurangan para doktor ini.

Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, sebagai insentif untuk menggalakkan para doktor kita untuk terus berkhidmat di hospital kerajaan pihak kerajaan sekarang sedang mengkaji untuk memberi insentif yang lebih kepada doktor misalannya dari segi kenaikan gaji sebab .....

doktor.

Drs. Haji Abu Dakar bin Othman (Jerlun): [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang bangun, Yang Berhormat.

Drs. Haji Abu Dakar bin Othman: Minta penjelasan tentang pengambilan

Tuan Hashim bin Ismail: Apa?

Drs. Haji Abu Dakar bin Othman: Pengambilan doktor tadi, minta jalan.

Tuan Yang di-Pertua: Bagijalan ke tidak?

Tuan Hashim bin Ismail: Masa tidak cukup Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

34 DR.24.10.2000

Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Bolch, Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Hashim bin Ismail: Saya boleh, tetapi masa agak cemburu, Yang Berhormat.

Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Sedikit,·sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, jikalau kata boleh, kena bagi bolehlah. Jikalau kata tidak ada masa, kena kata tidak boleh, ya. [Ketawa].

Seorang Ahli: Sekupang sahaja.

Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Bolch.

Seorang Ahli: 10 sen satu liter, bagilah.

Tuan Hashim bin Ismail: Tidal< apalah Yang Berhormat, nanti mungkin boleh .... perkara lain ....

Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Bolch.

Tuan Hashim bin Ismail: Okeylah, satu sahaja.

Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Terima kasih kepada Tuan Yang di­Pertua dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan.

Minggu lepas saya ada kemukakan persoalan kepada Timbalan Menteri Kesihatan tentang program pengambilan doktor daripada Indonesia dan juga daripada India, katanya dalam proses. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan yang lebih lanjut apakah memang betul dalam proses ataupun hanya merupakan gimik politik sahaja? Daripada penjelasan yang diberikan tadi nampaknya tidak jelas juga tentang persoalan pegawai perubatan untuk rakyat terutama sekali di luar bandar. Terima kasih.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenamya itu bukan gimik politik. Kita serius untuk menangani isu kekurangan para doktor. Misalannya pada masa ini terdapat seramai 329 pegawai perubatan daripada luar negara seperti daripada India, Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan lain-lain yang bersedia berkhidmat ke negara kita. Jadi, hukan gimik, bukan sandiwara, kita serius dalam usaha menangani isu ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhonnat bagi Dungun, menyentuh tentang kelembapan pasaran saham dan kelembapan kemasukan FDI sebagai punca kurangnya keyakinan pelabur terhadap ekonomi dan politik negara ini.

Untuk menjawab isu Yang Berhormat bagi Dungun, saya rasa tidak tepat untuk mengatakan bahawa para pelabur asing khususnya Foreign Direct Investment (FDI) ini tidak yakin kepada negara kita. Mereka terus menaruhkan keyakinan kepada negara kita. Sebagai contoh, data terkini oleh MIDA Yang Berhormat, menunjukkan bahawa pelabur jangka panjang terus mempunyai keyakinan ke atas prospek ekonomi Malaysia misalannya, nilai pelaburan asing yang diluluskan oleh MIDA meningkat sebanyak 7 peratus kepada RM8 bilion untuk tempoh lapan bulan pertama tahun 2000 ini berbanding dengan lapan bulan tahun yang lepas. Ertinya ada peningkatan. Jikalau kita bandingkan bulan pertama tahun ini, peningkatannya jelas berbanding dengan lapan bulan pertama tahun 1999.

Contoh kedua, jumlah permohonan pelabur asing yang diterima dalam tempoh terse but juga meningkat sebanyak 86 peratus kepada RM 13 .6 bilion berbanding RM7 .3 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepa~. ertinya ada peningkatan. Mereka yakin dengan ekonomi dan politik kita, ertinya ada peningkatan.

Seterusnya, saya hendak sebut juga tentang pengambilalihan kepentingan sebanyak 30 peratus dalam dua pelabuhan utama iaitu, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Hutchinson Ford Holdings. Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Barat oleh 'Mercesea Land· dan Hutchinson Ford Holdings baru-baru ini dengan memindahkan keseluruhan operasi perkapalan mereka di Singapura ke Tanjung Pelepas ini

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 35

merupakan satu rekod dunia bagi mana-mana pelabuhan yang usianya belum sampai satu tahun lagi dan ini menunjukkan bahawa pelabur asing cukup yakin dan merasa cukup selamat berada dan melabur di negara ini. Jadi, kalau Yang Berhormat kata, kelembapan itu sebagai - mereka tidak yakin kepada ekonomi dan politik negara kita, saya rasa tidak tepat dan tidak benar. ·

Contoh seterusnya Yang Berhormat ialah ASEAN Development Bank (ADB) meramalkan pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 8.6 peratus, MIER meramalkan 7.8 peratus. Walaupun kerajaan terus bersifat konservatif dalam perkara ini, kerajaan terus meramalkan pertumbuhan KDNK hanya 5.8 p~~atus sahaja.

Saya rujuk kepada ADB ini kerana apa, kalau saya katakan sumber daripada dalam negeri nanti Yang Berhormat kata, "kita masuk bakul angkat sendiri". lni tidak, saya petik sumber daripada luar. Yang yakin terhadap negara kita, pertumbuhan KDNK yang begitu menarik dan menggalakkan maka saya rasa semua pihak ini masih menaruh keyakinan kepada negara kita. Walaupun pasaran saham lembap tetapi ini adalah merupakan aliran semasa dunia dan rantau ini. Malah ADB mengatakan prestasi pasaran kita adalah di antara yang terbaik.

ADB menunjukkan harga pasaran saham bagi Indonesia, Korea Selatan, Philippine dan Thailand untuk tahun 2000 ini telah jatuh di antara 35-40 peratus. Di Thailand, Philippine, South Korea, Indonesia jatuh di antara 35-40 peratus, manakala Malaysia hanya mengalami 11 peratus sahaja kejatuhan harga sahamnya akibat daripada faktor luaran serantau dan faktor dalaman. Jadi, ini ialah untuk menjawab isu yang dibangkitkan bahawa pelabur asing tidak punya keyakinan kepada negara kita. Apa yang saya bentangkan tadi menunjukkan bahawa mereka cukup yakin dengan negara kita dan bersedia untuk melaburkan wang mereka di sini kerana prospek kita begitu baik dan potensi pelaburan pun begitu baik. Jadi, saya merasakan tidak timbul soal tidak yakin para pelabur terhadap ekonomi, politik di negara kita.

Yang Berhormat bagi Bagan ada menyentuh beberapa isu Tuan Yang di­Pertua, yang pertama ialah kes siasatan terhadap bekas Ketua Pengarah EPU yang telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara. Namun begitu, Jabatan Peguam Negara memutuskan supaya kes tersebut ditutup kerana ketiadaan bukti yang kukuh untuk meneruskan pendakwaan.

Untuk makluman Yang Berhormat, kes tersebut boleh dibuka semula sekiranya terdapat perkembangan-perkembangan terbaru dan keterangan-keterangan yang mencukupi untuk berbuat demikian.

lsu yang kedua yang disentuh oleh Yang Berhormat bagi Bagan tentang siasatan terhadap penyelewengan pengurusan Perwaja Steel di bawah Tan Sri Eric Chia telah dijalankan oleh Badan Pencegah Rasuah dan pihak Polis Diraja Malaysia. Siasatan BPR dalam siasatan ini masih diteruskan. Jabatan Peguam Negara telah meminta BPR mengambil beberapa tindakan lanjut berkaitan dengan laporan awal siasatan yang telah dikemukakan terhadap Tan Sri Eric Chia berhubung dengan penyelewengan yang dikatakan berlaku di dalam Perwaja Steel.

Tindakan-tindakan tersebut di antaranya melibatkan rakaman, percakapan saksi dari luar negara yang perlu diambil sebelum Jabatan Peguam Negara dapat membuat sebarang keputusan muktamad mengenai siasatan berkenaan. Tindakan merakamkan percakapan saksi-saksi dari luar negara menghadapi masalah kerana sehingga kini mereka tidak memberikan kerjasama yang sewajamya. BPR sedang berusaha mendapatkan kerjasama beberapa kedutaan asing yang berkaitan bagi membantu badan ini menyelesaikan siasatan kerana ianya melibatkan proses perundangan negara berkenaan yang perlu kita patuhi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Kluang menyentuh tentang Kementerian Belia dan Sukan diminta mewujudkan lebih banyak program-program peningkatan kemahiran di kalangan belia.

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

36 DR.24.10.2000

Untuk menjawab soalan Yang Berhonnat, program latihan kemahiran merupakan antara program teras pembangunan selaras dengan strategi pelaksanaan dasar pembangunan belia negara. Latihan kemahiran yang dijalankan di IKBN telah banyak melabirkan tenaga separuh mabir dan mahir dalam pelbagai bidang kemahiran selaras dengan keperluan industri negara.

Pada masa ini tujub IKBN sedia ada dapat menampung 3,000 pelatih dalam RMK-7 program latihan kemahiran di IKBN dikembangkan lagi dengan membina lapan buah IKBN baru, purata (capacity) pelatih setiap IKBN baru ialah 900 orang.

Dalam RMK-8, kementerian juga bercadang untuk meningkatkan tahap latihan daripada tahap Sijil Kemahiran Satu dan Dua kepada Sijil Kemahiran Tahap Tiga bagi bidang tertentu.

Yang Berhonnat Pokok Sena - tid3k tersusun, ikut susunan mengikut susunan isu yang dibangkitkan. Menyentuh tentang tragedi kem di Oran, Perlis dan tragedi rompakan senjata di Sauk, saya rasa saya sudah sentuh tadi dalam isu keselamatan negara dan untuk isu ini kerajaan sedar dan perkara-perkara di luar jangkaan ini akan diambil perhatian dalam dasar pertahanan oleh Kementerian Pertahanan.

Yang Berhonnat Sibu mencadangkan supaya penubuhan pasukan bomba sukarela diwujudkan di kawasan luar bandar dan pedalaman khususnya perkampungan rumah panjang Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat, jabatan ini amat menggalakkan penubuhan bomba sukarela di seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar dan juga kawasan pedalaman di seluruh negara, di mana salah satu langkah menggalakkan penububan pasukan ini jabatan ini telah memohon kerjasama Yang Berhormat Ahli Parlimen, ADUN untuk menubuhkan pasukan ini di setiap kawasan Parlimen dan kawasan DUN masing-masing. Jabatan ini akan membantu dari segi nasihat, penubuhan latihan kebombaan manakala kemudahan peralatan akan dibekalkan kepada pasukan ini berdasarkan kepada peruntukan pembangunan sedia ada.

Yang Berhormat Gelang Patah telah membangkitkan beberapa isu. Yang pertama, beliau telah memuji usaha KPKT ke atas Program Millenium Planting. Terima kasih Yang Berhormat atas pujian tersebut dan beliau telah juga meminta supaya digerakkan Rukun Tetangga, JKKK dan peraturan komuniti dalam menghijaukan kawasan tarnan perumahan di kawasan masing-masing.

Untuk menjawab soalan ini Yang Berhonnat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil maklum dan berterima kasih di atas cadangan Ahli Yang Berhormat. Usaha mengindahkan negara melalui penanaman pokok adalah sebahagian daripada usaha kementerian melalui program lanskap negara untuk menjadikan Malaysia Negara Taman menjelang tahun 2005. Baru-baru ini kempen menanam pokok sebanyak 100,000 adalah menjurus ke arah matlamat tersebut. Badan-badan beruniform bagi aktiviti kokurikulum sekolah perlu mempergiatkan usaha penghijauan dalam program masing-masing. Usaha ini walau bagaimanapun tidak akan terlaksana tanpa penglibatan dan komitmen semua pihak. Oleh itu Rukun Tetangga, JKK, persatuan komuniti dan badan beruniform di peringkat sekolah sememangnya digalakkan untuk melaksanakan aktiviti ini.

Kementerian juga peka dengan tahap kualiti lanskap di kawasan perumahan dan industri selain mengenakan syarat 10% kawasan lapang kepada setiap pemajuan. Pihak pemaju juga disyaratkan untuk mengemukakan cadangan plan lanskap sebagai sebahagian daripada kelulusan perancang:an dan kelulusan plan pembangunan. Pengeluaran CF juga tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat tersebut. Malahan usaha melanskapkan seluruh negara secara berkualiti dan menyeluruh telah pun dimulakan pada tahun 1996 lagi dengan tertubuhnya Jabatan Lanskap Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Antara program yang dilaksanakan ialah pembangunan taman awam baru, mengindahkan bandar, mengadakan pertandingan lanskap setiap tahun, penghijauan

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 37

negara dan pembangunan tapak semaian negara. Kerajaan serius dan kornited untuk menjadikan Malaysia negara taman menjelang tahun 2005.

Yang Berhormat Pendang, ini saya ada maklurnat sikit Yang . Berhormat Pendang, membangkitkan penanaman padi di kawasan MADA, beliau telah menyatakan bahawa pada ketika ini petani-petani di kawasan MADA telah pun menanam padi dan sudah sampai masa untuk membaja. Mengapakah baja belum sampai hingga sekarang tadi telah pun saya sentuh secara umum untuk menjawab isu­isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang lain. Untuk menjawab soalan ini, kelewatan disebabkan masalah menqapat bahan mentab, 'Moored of Portage' (MOP) untuk baja campuran oleh pihak pembekal. Pihak pembekal ialah pihak Nafas, ertinya kelewatan ini tidak disengajakan tetapi kerana kelewatan mendapatkan bahan-bahan mentah, bahan baja dan insya-Allah kita akan ambil tindakan supaya pihak pembekal bahan-bahan ini akan dapat membekalkan seperti jadual dan insya-Allah kelewatan ini tidak akan berlaku lagi.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah Bagan Datoh. Isu yang dibangkitkan oleh Bagan Datoh ialah apakah langkah-langkah Kementerian Pendidikan untuk memastikan bahawa universiti luar negara yang mempunyai francais di IPTS untuk memindahkan program ke universiti di luar negara akibat mewajibkan 10% pengajian dalam Bahasa Kebangsaan. Untuk menjawab soalan isu Yang Berhormat, perkara ini tidak sepatutnya timbul. Mengikut Akta Pendidikan 1996, Seksyen 41 dinyatakan, IPTS hendaklah mengendalikan kursus pengajian dalam Bahasa Kebangsaan. Namun demikian IPTS boleh mengendalikan suatu kursus pengajian atau sebahagian yang substantial sesuatu kursus, pengajian dalam Bahasa Inggeris dengan kelulusan pihak menteri. Jika mana-mana kursus pengajian atau sebahagian yang substantial, mana-mana kursus pengajian di IPTS dikendalikan dalam Bahasa lnggeris, Bahasa Kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib. Walaupun kelonggaran telah diberi untuk IPTS mengendalikan kursus dalam Bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan tidak berkomprorni dalam soal memartabatkan Bahasa Kebangsaan.

Isu yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Datoh, berapa banyak universiti berkembar yang ada telah diluluskan. Terdapat 3 buah universiti berkembar iaitu Universi Monash, Kampus Sunway Malaysia, Universiti Teknologi Curtain, Kampus Sarawak Malaysia, Universiti Nottingham Kampus Malaysia.

Isu seterusnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah berapa banyak kursus-kursus 2+ 1 dan 3+0 yang telah diluluskan oleh IPTS. Kursus 2+ 1 sebanyak 132 manakala kursus 3+0 sebanyak 160.

Isu seterusnya ialah berapa ramai pelajar luar negara di IPTS. Pelajar luar negara di IPTS ialah 10,886 orang.

Apakah langkah-langkah Kementerian Pendidikan untuk menggalakkan pelajar luar negara melanjutkan pengajian di negara ini. Langkah-langkah itu Yang Berhormat ialah satu, menyediakan prasarana yang mencukupi dan bermutu termasuk kemudahan asrama. Yang kedua, mengawal kualiti kursus di IPTS melalui Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Ketiga, menyediakan tenaga pelajar yang berpengalarnan dan berkelayakan dan yang keempat mengadakan lebih banyak promosi pendidikan bagi menarik pelajar asing belajar di negara ini.

Banyak isu Yang Berhormat timbulkan ini. Yang seterusnya penyalahgunaan visa pelajar-pelajar asing perlu diawasi. Pelajar-pelajar asing yang menuntut di negara ini adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan imigresen. Garis panduan telah dikeluarkan bagi mengawal pelajar tersebut daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan imigresen seperti bekerja atau melakukan aktiviti yang tidak bermoral. lnstitusi pengajian tinggi dipertanggungjawabkan untuk mengawal kegiatan pelajar dan dikehendaki menandatangani personal bond bagi menjamin pelajar asing berkenaan. Sekiranya berlakunya perlanggaran syarat, pas pelajar akan dibatalkan dan pelajar akan dihantar pulang.

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. 38 DR.24.10.2000

Yang seterusnya, berapa perbelanjaan yang dapat dijimatkan basil daripada menggalakkan pelajar meneruskan pengajian di dalam negara. Pelajar IPTS yang mengikuti kursus melalui twinning dapat menjimatkan kos perbelanjaan atau kos saving dalam lingkungan RM15,000 hingga RM20,000 dapat dijimatkan bagi setiap pelajar. Kursus-kursus di bawah program dengari universiti-universiti di Amerika Syarikat. Ini bermakna, jika kursus diadakan tiga tahun di IPTS tempatan sebelum mengbabiskan tempoh pengajian di luar negara maka penjimatan kos adalah di antara RM45,000 hingga RM60,000. Bagi kursus twinning dengan United Kingdom, penjimatan adalah sebanyak RM60,000 hingga RM90,000.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu maka saya ~tkan penggulungan ini dan saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhonnat yang telah mengambil bahagian secara langsung ataupun secara gangguan, minta penjelasan dan sebagainya, kesemuanya itu saya bagi pibak semua kementerian ini saya mengucapkan terima kasih dan mudah-mudahan perbincangan kita pada bari ini akan mendatangkan basil yang baik dan memanfaatk.an. Terima kasih Tun.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhonnat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang­undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang hendaklah disetujukan ..

Masalah dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kemukakan masalah babawa usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis hendaklah disetujukan.

Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan babawa jumlah wang tambahan sebanyak sembilan rat..is tiga puluh lapan juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus dua puluh tiga ringgit (RM938,598,623) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2000, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2000 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 Tahun 2000 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut hendaklah disahkan.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasaj

Tuan Pengerusi: Ya, sila.

Tuan Hashim bin Ismail: Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM4,934,986,518 bagi maksud-maksud bekalan B.3, B.14 hingga B.21, B.25, B.26, B.28 hingga B.32, B.34, B.36, B.40 dan B.46 hingga B.51 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan Jadual dan wang sejumlah tide.~< lebih daripada RM938,598,623 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Tambahan) (Bil.2) tahun 2000 bagi maksud-maksud pembangunan P.7, P.17, P.18, P.27, P.28, P.33, P.34, P.37, P.43, P.45, P.47 dan P.50 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. DR.24.10.2000 39

seperti yang ditunjuk.kan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 Tahun 2000 dijadikan anggaran perbelanjaan.

Tuan Pengerusi, saya telah pun menerangkan tentang keperluan bagi , mengadakan peruntukan-peruntukan tambahan dalam Anggaran Perbelanjaan

Mengurus tahun 2000 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan tahun 2000 kelmarin. Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran tambahan ini adalah juga diberi dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12A tahun 2000 bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 2000 dan Kertas Perin~h 13A tahun 2000 bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua tahun 1000. Oleh itu saya tidak berhajat hendak memberi apa-apa penerangan tambahan lagi. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.

Maksud B. 3 (Jadual) -

Maksud P. 7 (Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2000)-

Tuan Pengerusi: Ahli-ahE Yang Berhormat Kepala Bekalan B.3 dan Kepala Pembangunan P.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas. Ya, Tanjong.

12.39 tgh.

Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong): Terima kasih Tuan Pengerusi. Sukacita saya menyentuh tentang .....

Tuan Pengerusi: 10 minit Yang Berhormat, l 0 minit ya.

Tuan Chow Kon Yeow: Ya, P.7 Jabatan Perdana Menteri di bawah Butiran 11701 - Program Wanita HAW A dan 11702 - Pusat Khidmat Wanita. Tuan Pengerusi, dari anggaran ini nampaknya sejumlah RM2.29 juta telah diperuntuk.kan untuk dua program di bawah kedua-dua butiran yang saya sebutkan tadi. Memandangkan bahawa dalam tahun ini HAW A dipindahkan dari Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat kepada Jabatan Perdana Menteri, saya nampak ada timbulnya expectation yang tinggi dari kaum wanita terhadap apa yang akan dilaksanakan oleh HAW A ini dan saya rasa jumlah peruntukan ini walaupun untuk satu tempoh masa yang pendek, iaitu secara pengaliran sahaja, namun saya rasa peruntukan ini adalah sangat sedikit sahaja berbanding dengan tanggungjawab­tanggungjawab yang akan dipikul c!eh HAW A ini untuk membangunkan wanita di negara ini iaitu memandangkan bahawa kaum wanita di negara ini merupakan satu kuasa yang besar dari pelbagai segi khususnya dari segi politik di mana dari jumlah pengundi di negara ini hampir melebihi 50% adalah dari kaum wanita.

Jadi, peranan yang dirnainkan oleh wanita adalah penting dan selama ini mereka pun sudah memberi sumbangan yang penting kepada pembangunan negara dan pembangunan sosio-ekonomi negara. Jadi, saya berharap bahawa kementerian ataupun kerajaan akan mernikirkan bahawa sudah sampai masanya memandangkan peranan dan cabaran yang begitu penting yang dihadapi oleh kaum wanita, mungkin ada perlunya ditubuhkan satu kementerian khusus untuk pembangunan wanita dan bukan menjadi satu bahagian dalam Jabatan Perdana Menteri sahaja.

Di sini saya juga ingin di mana Timbalan Menteri yang hadir pada hari ini untuk memberitahu Dewan ini iaitu dari peruntukan RM2.29 juta ini Apakah yang akan dilaksanakan oleh HAW A, sama ada semua program atau rancangan hanya tertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang tradisional seperti menganjurkan kelas-kelas agama, kelas masak dan lain-lain.

Saya rasa ini tidak haruslah HAW A terkongkong dalam segi ini dan haruslah menyahut perubahan-perubahan ya:1g kian terjadi di negara ini supaya dapat meningkatkan peranan dan status wanita di dalam negara ini. Di samping ini saya ingin menyeru bahawa memang terdapat banyak pertubuhan bukan kerajaan yang memajukan peranan dan hak wanita. Itu adalah satu sumbangan yang sangat besar.

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. 40 DR.24.10.2000

Oleh itu saya berharap pihak kerajaan akan seilantiasa bekerjasama dan bekerja erat dengan NGOs untuk memajukan perjuangan wanita di negara ini.

Baru-baru ini saya rasa semua Ahli Parlimen pun ada menerirna surat rayuan daripada Pertubuhan Agenda Wanita Untuk Perobahan (Women Agenda for Change) di mana tersenarai banyak isu yang kritikal yang harus diberi keutamaan oleh pihak kerajaan. Misalnya wanita dan pembangunan, wanita dalam penyertaan demokrasi, agama, budaya, keganasan terhadap wanita, wanita dan tanah, wanita dan perkhidmatan kesihatan, wanita dan undang-undang, wanita dan kesihatan dan sociality, alam sekitar, AIDS dan kerja.

Baro pagi tadi Yang Berhormat bagi Batu Gajah juga menyebut beberapa dasar dan rancangan di peringkat negara dan antarabangsa di mana Malaysia dari segi dasar nya telah menjanjikan untuk memberi perhatian kepada kesaksamaan wanita. Saya berharap kerajaan akan peka terhadap apa yang dijanjikan dan juga mengambil berat tentang Women Agenda for Change ini dan menyerahkan unsur-unsur yang baik dalam pengubahan dasar-dasar untuk memajukan wanita di negara ini supaya dapat membawa mereka dari backwater of development kepada mainstream of development.

Jadi saya sendiri pun ada mener • .rna surat dari Women Agenda for Change dan juga memberi kornitmen terhadap diri saya terhadap Women Agenda for Change ini dan ini adalah sebagai satu kornitmen yang mana saya pun mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai isu-isu wanita sebagai satu tindak balas terhadap kornitmen ini dan menjadikan kornitmen ini sebagai satu kornitmen yang meaningful/ dan bukan lips service sahaja. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Ya Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam.

12.45 tgh.

Puan Chong Eng (Bukit Mertajam): Terima kasih Tuan Pengerosi, saya juga ingin mengambil bahagian dalam butiran yang sama. Saya ingin tahu Pusat Krisis Wanita yang baru ini berapa buahkah akan diadakan dan di tempat yang mana, kerana mengenai isu ini Pusat Khidmat Wanita ini bukan pertama kali dikatakan oleh kerajaan. Di Pulau Pinang, pengumumannya telah dibuat oleh bukan seorang Exco sahaja tetapi beberapa Exco mengambil giliran untuk membuat announcement bahawa kerajaan akan mengadakan Pusat Khidmat Wanita di semua daerah tetapi sampai sekarang belurn ada sebuah pun ditubuhkan.

Maka saya harap kali ini kita akan diberitahu bila ia akan ditubuhkan dan di mana. Saya juga berharap bahawa penubuhan Pusat Khidmat Wanita ini akan berdasarkan keperluan tempatan dan bukan berdasarkan politik. Saya berkata begitu kerana di Pulau Pinang tempat-tempat yang di identify bahawa akan mengadakan Pusat Khidmat Wanita ini adalah di kawasan-kawasan UMNO. Saya berpendapat bahawa Pusat Khidmat Wanita ini memang perlu tetapi kita mesti berdasarkan keperluan. Keperluan berdasarkan berapa aduan yang kita terima. Mungkin pihak kerajaan ada data seperti ini kalau disemak dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat ataupun menyemak dengan kurnpulan-kurnpulan wanita yang membekalkan perkhidmatan seperti ini, seperti kalau di Pulau Pinang Pusat Krisis Wanita, di Kuala Lumpur Woman Aids Organization.

Saya berpendapat mereka lebih peka dan lebih tahu dalam masalah ini. Kerajaan perlu mengambil nasihat daripada mereka. Pusat Khidmat Wanita ini saya cuma khuatir ia hanya ditubuhkan kerana kerajaan hendak menunjukkan bahawa kerajaan peka tentang isu wanita tetapi pada hakikatnya ia tidak boleh dijalankan dengan sempuma atau dengan efisien. Seperti di Pulau Pinang pun ada sebuah Pusat Khidmat Wanita tetapi tidak ada staffing. Dalam Pusat Krisis Wanita ini kita perlu ada counselor yang terlatih. Kita juga perlu ada few worker yang boleh keluar off dari office berjumpa dengan wanita-wanita yang dalam krisis.

Kita mungkin juga perlu ada tempat perlindungan untuk mereka yang menghadapi keganasan keluarga dan sekiranya kita hendak mengadakan Pusat

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. DR.24.10.2000 41

Khidmat Wanita, kita mesti memikirkan ada budget yang cukup untuk berlarutan dan bukan hanya sekarang. Mungkin kita sekarang ada budget, kita adakan pusat ini tetapi tahun hadapan tidak ada budget maka kita tidak dapat menjalankannya.

Saya berharap Pusat Khidmat Wanita ini perlu diadakan di setiap daerah ataupun di setiap kawasan. Pusat ini perlu bekerjasama dengan semua wakil rakyat, tidak kira dia datang dari pihak pembangkang atau kerajaan kerana wakil rakyat adalah yang terdekat dengan rakyat dan mereka tahu. Jangan seperti Rukun Tetangga, JK.KK. K.EMAS clan mereka ini tidak mahu bekerjasama, tidak rnahu pertolongan daripada wakil rakyat pihak pembangkang. Ini. kurang elok dan ia tidak akan membolehkan usaha untuk mencapai rnatlamat yang sepenuhnya.

Program wanita HAW A, sekarang kita dapat seorang Timbalan Menteri yang baru untuk menjaga HAW A maka kita pun ada program wanita HAW A yang baru. Saya mengucapkan syabas dan adalah baik kita mengadakan satu pendekatan yang baru tetapi ini mesti merupakan action oriented. Seperti Yang Berhorrnat bagi Kuala Kangsar pun pemah membuat komen bahawa wanita tidak perlu begitu ramai celebration tetapi action yang perlu kerana there are nothing much to celebrate about.

Mengenai program wanita HAW A ini saya tidak tahu apakah program ini dan saya berharap pihak kerajaan akan mengumumkan di Dewan ini apakah program wanita HAW A yang baru ini. Saya berpendapat bahawa kita perlu ada priority kerana memang ada banyak isu wanita yang urgent sekarang. Kita perlu priority dan saya rasa salah satu isu utamanya ialah keganasan terhadap wanita baik di dalam keluarga ataupun di dalam rnasyarakat.

Dua hari yang lalu ada satu kes seorang budak kecil berumur 5 tahun dirogol dan dibunuh. Saya rnasih menunggu reaksi semua pihak kerana apabila berlakunya kes yang sama terhadap seorang Computer Programmer yang begitu ramai orang membuat kenyataan terrnasuk juga isteri kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Besar Perlis yang dikatakan begitu peka, begitu simpati tetapi kes ini saya belum melihat apa reaksi lagi tetapi kes terhadap seorang budak yang berumur 5 tahun, ini bukan kes pertarna, sudah banyak kes yang berlaku.

Jadi, saya berharap kementerian yang bertanggungjawab untuk melindungi wanita daripada keganasan ini dapat mengadakan satu program iaitu mengadakan satu kempen media mengenai keganasan terhadap wanita kerana ini adalah penting. Keganasan ini adalah kerana attitude ataupun sikap yang tidak menghormati wanita. Oleh sebab itu kumpulan-kumpulan wanita mengatakan bahawa keganasan terhadap wanita merupakan kesalahan kuasa a crime of power. Maka kita jika hendak mengubah sikap ia memerlukan jangka masa yang panjang tetapi media adalah penting.

Kita ambil contoh kempen AIDS, ia begitu gigih di antarabangsa dan juga di negara ini. Sampai hari ini pengetahuan terhadap AIDS telah meningkat begitu cepat tetapi pengetahuan mengenai keganasan terhadap wanita progressnya amatlah lambat. Akta keganasan domestik ianya mengambil rnasa selama 10 tahun untuk diluluskan dan 2 tahun lagi untuk dilaksanakan. Kumpulan wanita telah memanggil banyak kali bahawa Akta Keganasan Wanita ini perlu dipinda lagi supaya boleh memberi perlindungan yang cepat kepada mangsa-mangsa dalam akta ini tetapi sampai hari ini belum nampak inisiatifkerajaan.

Sekarang kita sudah ada seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab khususnya untuk isu wanita. Maka saya harap ini akan menjadi keutarnaan dan saya harap pada sesi yang pertarna apabila Timbalan Menteri bertanggungjawab untuk isu wanita memberi ucapan dalam Dewan ini dan Yang Berhormat Timbalan Menteri ada mengatakan kita akan adakan general sensitize project untuk semua peringkat. Maka saya harap program ini dijalankan di Kabinet terlebih dahulu terrnasuklah tadi Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri kerana beliau tidak dapat melihat macam mana Akta lmigresen yang dikatakan oleh semua wanita.

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. 42 DR.24 .10.2000

Saya berpenclapat bahawa Timbalan Menteri pun bersetuju bahawa akta ini acla berunsur gender bias tetapi Setiausaha Parlimen tidak nampak. Maka aclalah perlu untuk diberi kesedaran di peringkat Kabinet clahulu dan kepacla semua Timbalan clan semua Setiausaha Parlimen dan semua jawatan Ketua Pengarah supaya mereka betul-betul semua sensitif dan .....

Tuan Pengerusi: Yang Berhonnat masa Yang Berhonnat sudah cukup, sudah 10 minit ya.

Puan Chong Eng: Tuan Pengerusi, kita di pihak sini sedia memberi kerjasama asalkan kita sama-sama membawa program-program yang berfaeclah kepacla semua rakyat khususnya wanita dan kami bersedia memberi perkhidmatan. Saya harap bahawa HAW A akan mengadakan program ataupun kalau perlu input juga boleh menjemput pihak pembangkang bukan setakat di Persekutuan tetapi juga di peringkat negeri. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Ya, Yang Berhormat bagi Parit Buntar.

12.SS tgh.

Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak membangkitkan Maksud B.3 Jabatan Audit. Sebagaimana yang kita ketahui clalam mana-mana negara pun, Jabatan Audit ini sangat penting untuk menentukan supaya garis panduan yang disediakan clalam pengurusan kewangan di ambil kira, dipertimbangkan dan betul-betul dipatuhi untuk menentukan sistem kewangan negara berjalan dengan sebaik-baiknya.

Apa yang saya lihat, Tuan Pengerusi, clalam hal ini Jabatan Audit telah pun menjalankan tugas dengan baik, kajian demi kajian dibuat, tahun demi tahun dibuat tetapi apa yang saya hendak sebut di sini ialah kalau kita melihat Jabatan Audit telah membuat banyak penemuan-penemuan sebenarnya tentang bencla-bencla yang tidak mengikut peraturan, tentang bencla-bencla yang tidak mengikut prosedur dan sebagainya yang dijalankan oleh kementerian, jabatan dan juga kerajaan negeri tennasuklah majlis tempatan, pihak berkuasa tempatan dan pentadbiran claerah dan sampailah kepada peringkat yang paling rendah sekali.

Apa yang saya clapati Tuan Pengerusi, saya hendak beri satu misalan, misalnya tentang audit yang dibuat kepacla kerajaan pengurusan kewangan negeri Selangor. Kesirnpulan yang dibuat oleh Jabatan Audit ialah penyediaan Penyata Akaun Awam Kerajaan Negeri Selangor b,1gi tahun 1998 masih tidak menunjukkan kemajuan yang ketara. Kesilapan dan ketinggalan masih terdapat kepacla Penyata Akaun A warn. Justeru itu, baki beberapa akaun ticlak clapat disahkan.

Apa yang saya hendak sebutkan di sini, saya sudah baca penyata pacla tahun 1996, baca penyata tahun 1997 dan baca penyata tahun 1998. Yang pertama, kesilapan itu terns berulang dan berulang dan berulang dan tidak dibaiki. Saya hendak sebutkan implikasinya:-

• Sebanyak 47 kumpulan wang dan akaun deposit dengan baki sebanyak RM193 juta ticlak dapat disahkan kerana tidak disokong dengan dokumen sokongan.

• Lima akaun telah lebih dinyatakan sementara sepuluh butiran pula kurang dinyatakan disebabkan kesilapan perakaunan urus niaga.

• Prosedur kewangan mengenai pengurusan basil dan perbelanjaan, pelaburan, pendahuluan dan penyelenggaraan rekod-rekod kewangan tidak dipatuhi meski pun kelemahan-kelemahan ini telah dibangkitkan di dalam laporan-laporan yang lalu.

• Kelemahan pengurusan cukai t::.ksiran clan ketidakpatuhan undang­undang umpamanya dan prosedur menyebabkan cukai taksiran berjurnlah RM44 juta tidak dikutip.

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 43

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat minta sambung semula sebelah petang ya.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhonnat, mesyuarat ditanggubkan sehingga jam 2.30 petang. ·

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1. 00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Mesyuarat]

Maj/is bersidang dalam Jawatankuasa.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Parit Buntar sambung.

2.30 ptg.

Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Tuan Pengerusi yang dimuliakan. Tadi saya menyebutkan sebelum kita berehat tentang perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan perkara ini berlaku berterusan daripada tahun kc tahun, yang saya katakan laporan audit yang saya baca tahun 1996, 1997 dan 1998 bagi Kcrajaan Ncgeri Selangor membayangkan tentang kelemahan-kclcmahan yang scbahagian daripada kelcmahan ini sangat mendukacitakan dan mendaifkan.

Tuan Pcngerusi, apa yang jelas kepada kita ialah inilah merupakan sistcm yang ada di mana sistem keamanahan, sistem responsibility, sistem accountability sebahagiannya di ncgara kita ini berada di tahap yang sang at sakit, nazak ....

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri, Yang Berhormat.

Raja Dato' Ahm.ad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Bolch minta penjelasan.

Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Sila.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih. Saya amat tertarik dengan hujah Yang Berhormat. Cuma bezanya duduk di sebclah sana sahajalah. Saya tahu Yang Berhormat amat bcrtuah kerana dapat mewakili dua kerusi -satu di Parlimen dan satu lagi Dewan Undangan Ncgeri Selangor. Tadi Yang Berhormat ada membangkitkan masalah audit dalaman di Selangor tidak begitu baik dari pandangan Yang Berhormat. Jadi, saya hcndak tanya sama ada Yang Berhormat bawa perkara ini di persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor atau Yang Berhormat mungkin tak sempat hadir ke persidangan Dewan Undangan Ncgeri Selangor dan dibawa ke Parlimen. Tcrima kasih.

Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Terima kasih teman saya bagi Larut. Kalau Larut bcrcakap, di hujung ada dikait sahaja itu. Teman saya bagi Larut, sebenamya hal-hal mengenai audit ini, hendak mencari kcsilapan orang tak mahu dengar, kerajaan tak mahu dengar. Bahkan ada sebahagiannya rasa saya pegawai­pegawai kerajaan pun tak berapa seronok hendak dengar. Sebab itu saya telah bangkitkan sebenamya, dan insya-Allah, pada 13, 14, 15 dan 16 ini akan berlaku lagi persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor dan sebagai Ketua Pembangkang kita akan bangkitkan perkara ini dan membincangkan kepada mereka. Tetapi apa yang saya bangkitkan di sini ialah kerana ini menyentuh terus Jabatan Audit Negara, dan dalam bidang Jabatan Audit Negara antara yang diaudit ialah kerajaan-kerajaan negeri. Agaknya Larut tidak ada pada pembukaan ucapan saya tadi, jadi dia intervene pun saya rasa out of context sedikit.

Tuan Pengerusi, apa yang saya hendak sebutkan ialah tentang sistem keamanahan ini. Saya hendak menyeru kepada diri saya hendak panjangkan seruan ini

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

44 DR.24.10.2000

kepada teman-teman seluruhnya. Mari kita terapkan sistem keamanahan ini melalui posedur-prosedur, dan kita sudah ada mekanismenya. Antara mekanismenya ialah sistem pengauditan yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara. Sebab itu saya ingin mencadangkan supaya kalau dapat sistem audit negara ini bukan hanya melakukan audit-audit konvensional begitu sahaja, mencari di mana kelemahannya dan serahkan kepada sama ada kementerian, sama ada jabatan, sama ada kerajaan negeri, sama ada pihak berkuasa tempatan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Audit Negara.

Sebab itu kita hendak sistem auditnya mestilah bercorak investigative, task oriented, problem solving auditing yang kalau dapat kita hendakkan supaya Jabatan Audit Negara diberikan lagi tugas dan tanggungjawab diperluaskan supaya merangkumi tugas-tugas yang dapat membantu selia seterusnya kepada jabatan­jabatan, kementerian dan kerajaan negeri yang didapati telah keluar daripada garis­garis auditan ini supaya mereka dapat kembali semula untuk menggunakan sistem yang telah ditetapkan itu.

Kedua, Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan supaya ada peruntukan penguatkuasaan di Jabatan Audit Negara. Penguatkuasaan dalam pengertian seperti penguatkuasaan yang lain diberikan, sebenamya memang sudah ada. Dalam hal ini sudah diberikan kepada Jabatan Audit Negara tetapi sebagaimana biasa saya rasa yang paling lemah ini ialah penguatkuasaan. Kalau saya hendak sebutkan daripada kajian audit bila mereka membuat auditan di negeri Selangor, misalnya di Stadium Melawati, di Shah Alam, ada bahan-bahan, barang-barangan yang bemilai ratus ribu yang sudah dipesan, waktu audit dibuat barang itu pun tak ada. Bayangkan sistem keamanahan kita, bayangkan korupnya sistem responsibility dan accountability yang nazak, sakit dan tenatnya sistem perakaunan dan perauditan negara ini.

Tuan Pengerusi, saya hendak mencadangkan yang akhimya supaya perlu ada satu consultancy division unit di Jabatan Audit Negara. Dengan consultancy unit ini kita dengan secara yang mesra client antara Jabatan Audit Negara dengan kementerian, dengan jabatan, kerajaan negeri dan di mana-mana juga peringkat yang paling rendah supaya ditubuhkan some kind of a joint force, joint task force untuk menentukan. Sebab daripada tinjauan saya kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam audit ini di peringkat kementerian, di peringkat jabatan dan juga peringkat negeri kadang-kadang mereka tak tahu hendak memulakan bagaimana caranya untuk membaiki sistem mengikut yang telah ditunjuk oleh Jabatan Audit Negara. Sebab kadang-kadang kakitangan dan pegawai yang ditugaskan itu terlalu muda, tidak ada pengalaman sebenamya untuk memperbaiki kerja-kerja yang perlu pembaikan yang telah dicetuskan oleh Jabatan Audit Negara.

Akhirnya, Tuan Pengerusi, dalam hal ini saya hendak menyentuh satu perkara kecil juga yang berkaitan dengan Jabatan Audit Negara. Setiap tahun hampir RM200 juta diperuntukkan kepada Jabatan Audit Negara untuk tujuan-tujuan membuat pengauditan ini. Saya hairan kenapa dalam RM200 juta itu pengaudit-pengaudit yang besar-besar ini diberikan tanggungjawab 70% daripada duit RM200 juta itu diberikan kepada pengaudit-pengaudit the big five, siapa dia - Price Waterhouse, Eng Seng Yang, KPMG, Arthur Andersen dan Cooper. Mana perginya kita hendak bantu pengaudit­pengaudit tempatan. Anak-anak muda yang mengambil accounting sampai botak­botak kepala be la jar di universiti, apa hendak jadi kepada mereka.

Tuan Pengerusi, inilah kalau dapat kita lihat mudah-mudahan ada pembaikan dibuat. Saya pun tidak bercadang untuk memanjangkan masa yang diberi, 10 minit sahaja. Kita akan berjumpa nanti dalam jabatan-jabatan yang lain bila kita bincang bersama. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Tambun.

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 45

2.37 ptg.

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya juga ingin menyentuh di bawah Butiran B.3 - Jab!ltan Audit Negara. Apa yang ingin saya nyatakan di ·Sini adalah kita perlu memperkukuhkan jabatan audit ini. Kalau kita masih ingat mengenai dengan 100,000 lesen terbang, ia bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya, malahan ia menjejaskan imej clan kredibiliti negara. Saya tidak tahu sama ada mahu mengkaitkan dengan Transparency

· International analysis, tetapi saya kaji dari segi methodology yang digunakan oleh Tansparency International dalam merangka indeks untuk rasuah, kita di peringkat sederhana. Dari segi methodologynya pihak berkenaan akan menghantar questionnaire kepada pengurus-pengurus asing yang bekerja dalam sesebuah negara, kemudian mereka akan menjawab. Jawapannya biasanya berasaskan kepada persepsi apabila berlaku kes semacam 100,000 lesen terbang, ini memberi persepsi kepada pengurus­pengurus luar yang sesuatu tidak baik berlaku dalam negara ini, clan apabila mereka menjawab questionnaire ini ia meletakkan imej yang rendah kepada negara kita.

Saya dapati Jabatan Audit ini mempunyai peranan yang besar, terutama dari segi menentukan sisterri amaran awal bagi sesebuah agensi kerajaan. Saya ambil balik contoh macam lesen terbang, ia tidak berlaku serta merta, ia berlaku bertahun-tahun lamanya. Apa yang saya nampak yang harus Jabatan Audit lakukan adalab untuk memperluaskan skop audit. Sekarang ini Jabatan Audit lebih kepada melakukan financial auditing. Mengapa tidak diperluaskan dalam bentuk full auditing ataupun management auditing. Sekiranya Jabatan Audit tidak mempunyai sumber yang mencukupi, saya berpendapat bahawa Jabatan Audit harus mengenal pasti agensi­agensi atau kementerian yang dianggap sebagai berisiko tinggi, berisiko dalam erti kata agensi yang terlibat dengan orang ramai melibatkan prosedur kewangan, mengambil wang, kelulusan clan sebagainya, ini diletakkan dalam satu tempat berapa banyak agensi-agensi tersebut dalam negara kita. Agensi-agensi ini harus dilakukan pengauditan secara full auditing ataupun management auditing supaya kita dapat mencium sekiranya terdapat penyelewengan yang berlaku agar supaya negara kita tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh menjejaskan imej negara.

Saya juga dapat maklum bahawa Jabatan Audit kita tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang saiz kakitangan Jabatan Audit clan bagaimana pula dari segi sama ada ia mencukupi atau tidak untuk menjalankan tanggungjawab yang begitu besar yang terletak di atas Jabatan Audit terutama dalam suasana sekarang ini transaction sudah menjadi begitu kompleks. Dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar kita dapati orang yang sakit jiwa pun banyak dalam masyarakat mahupun dalam jabatan-jabatan. Di sinilah pl~rlunya Jabatan Audit memainkan peranan untuk mengenal pasti ataupun scrutinize agensi-agensi supaya tidak berlaku masalah-masalah kepada negara pada masa akan datang.

Saya tadi mengatakan bahawa transaction lebih kompleks sekarang ini. Kita dalam proses menggunakan IT, ada agensi-agensi telah menggunakan IT. Saya berpendapat kakitangan Jabatan Audit ini perlu diperlengkapkan dengan kepakaran yang lebih tinggi melakukan upgrading kepada skill clan kepakaran pegawai-pegawai di Jabatan Audit supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan baik. Saya dapati sekarang ini dari segi Jabatan Audit lebih cepat daripada dahulu. Kalau pada masa lalu kita biasa melihat akaun yang diaudit kelewatan dalam tiga tahun, empat tahun, tetapi sekarang ini lebih cepat lagi. Malahan saya difahamkan bahawa Jabatan Audit akan juga mengeluarkan kenyataan ataupun nota ke atas perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam akaun audit pada tahun sebelumnya. Ini satu langkah yang begitu baik.

Apa yang saya harapkan supaya agensi kerajaan lebih serius lagi bila Jabatan Audit mengeluarkan kenyataan-kenyataan ataupun mendapati transactions yang tidak betul, tidak mengikut kepada prosedur-prosedur, tindakan-tindakan tegas perlu diambil untuk kita mengembalikan ataupun menjaga imej kerajaan kita yang bukan sahaja dari segi kaca mata rakyat ataupun orang ramai yang menjalankan tugas berasaskan kepada

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

46 DR.24.10.2000

prinsip-prinsip yang betul, tetapi ia juga dapat memberi kemanfaatan kepada rakyat kita sekiranya kerja-kerja dijalankan tidak mengikut prosedur berlaku kerugian. Ini cukup merugikan.

Saya menggunakan contoh balik yang 100,000 lesen terbang. Ini mungkin tips of the iceberg, mungkin banyak lagi yang berlaku. Jika tidak dalam bentuk penyelewengan, mungkin dari segi transactional expenditurenya yang tidak menepati kepada kehendak prosedur kewangan.

Jadi, apa yang ingin saya syorkan sekali lagi saya ingin minta kepada kerajaan agar memperkukuhkan to strengthen the Audit Department supaya kita mempunyai sebuah Jabatan Audit yang begitu kuat dan kukuh. ltu sahaja, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Kinabatangan. Selepas ini Bachok dan selepas itu nampaknya menteri boleh menjawab.

2.44 ptg.

Tuan Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Sa ya ingin menyentuh Maksud B. 7 iaitu Kementerian Belia dan Sukan.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Ini Jabatan Perdana Menteri.

Tuan Moktar bin Radin: B.17.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Belum lagi.

Tuan Moktar bin Radin: Oh.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Kemudian, Yang Berhormat. Bachok, selepas itu menteri menjawab.

2.45 ptg.

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Merujuk kepada Maksud P.7, Jabatan Perdana Menteri, Butiran Projek 11701 dan 11702 mengenai Program Kewanitaan. Peruntukan sebanyak RM2,229,523 dikehendaki untuk mewujudkan butiran projek baru yang dipindahkan dari Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Jadi, dalam butiran ini sukacita saya untuk mendapat penjelasan dan juga untuk membuat sedikit cadangan. Penjelasan yang suka saya dapat yang pertama sekali benarkah dari sudut peruntukan yang dialihkan melalui HAW A ini ataupun program-program wanita kepada negeri­negeri, ia hanya disalur menerusi agensi-agensi Persekutuan sahaja dan tidak kepada agensi kerajaan negeri. Misalnya ia disalur kerajaan Jabatan Perpaduan Negara ataupun Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja.

Sukacita saya membangkitkan perkara ini untuk mendapat penjelasan kerana pengalaman yang dialami oleh negeri Kelantan kerana saya sendiri salah seorang yang menduduki Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita untuk program kerajaan negeri, tidak berbangkit langsung persoalan peruntukan ini dialih kepada portfolio hal ehwal wanita kerajaan negeri.

Yang kedua, penjelasan suka saya dapati dari sudut ataupun dari segi struktur organisasi HAW A negeri itu sendiri. Apa yang kita lalui dan alami di negeri Kelantan kenapakah jaringan Wanita UMNO dijadikan sebagai jaringan organisasi utama HAW A di peringkat negeri Kelantan itu sendiri dan saya yakin perkara ini juga berbangkit di negeri-negeri lain dan tidak digunakan saluran organisasi perkumpulan wanita NGO secara majoritinya bagi menggerakkan program-program kewanitaan.

Dalam hal ini, saya mengalami sedikit constrain ataupun masalah di Kelantan sendiri apabila program-program HAW A tidak melibatkan majoriti kepentingan wanita negeri Kelantan kerana dari sudut komitmen politik kita dapati kira-kira 40% sahaja penduduk Kelantan yang berkomitmen dengan program HAW A kerana jaringan politik

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. DR.24.10.2000 47

UMNO itu digunakan sepenuhnya. Jadi, walhasilnya kita dapati matlamat HAW A untuk menggerakkan wanita di seluruh negeri didapati tidak berkesan.

Penjelasan yang ketiga, suka saya dapati daripada pihak kementerian ialah mengenai program wanita itu se!idiri secara spesifik. Kerana kita dapati tiada penyelarasan yang dibuat di antara apa yang diuruskan oleh HAW A dengan yang diuruskan oleh pihak kerajaan negeri, spesifik saya ialah di Kelantan. Jadi, dalam hal ini pelbagai program wanita yang menampakkan arah tuju yang berbeza-beza, dari sudut matlamat HAW A untuk membangunkan wanita, untuk memulihkan wanita dari sudut dirinya ataupun jaya diri dan dari sudut kemahiran wanita dalam pembangunan sosioekonomi kita dapati tidak menjayakan suani inatlamat yang berkesan. Oleh kerana itu, apa salahnya sekiranya dari sudut perancangan dan pengaturan kerja dan program kebaikan wanita bersama ini boleh dibuat sedikit penyelarasan tanpa mengambil kira faktor politik.

Oleh kerana itu, saya mencadangkan dua asas untuk menyelesaikan persoalan yang saya bangkitkan, penjelasan-penjelasan yang saya inginkan daripada pihak kementerian. Yang pertama, HAW A di negeri khususnya di Kelantan yang sebelum ini bergerak menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan dapat membuat sedikit penyelarasan dengan pihak Pengerusi Portfolio Hal Ehwal Wanita Negeri yang dipengerusikan oleh ahli Exco kerajaan negeri supaya perkara ini dapat dilibatkan secara menyeluruh kepentingan-kepentingan wanita yang diuruskan oleh HAW A itu sendiri.

Yang kedua, berhubung dengan budget atau peruntukan kewangan bagi memanfaatkan program-program wanita ini sepatutnya boleh diguna sama di antara kerajaan negeri dengan HAW A yang diuruskan oleh pihak Kerajaan Pusat.

Jadi, dengan beberapa perkara yang dibangkitkan, saya mohon mengucapkan terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Sila menteri menjawab.

2.50 ptg.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil): Tuan Pengerusi, saya bagi pihak Jabatan Perdana Menteri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan sekejap tadi.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua terutama Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang yang bercakap tentang hal ehwal wanita. Saya khuatir tadi, takut bukan hanya mulut wanita dizip tetapi mulut Ahli Yang Berhormat lelaki pun dizip daripada bercakap tentang wanita kerana kalau kita mengambil kira ucapan-ucapan, daripada ceramah-ceramah dan lain-lain daripada pemimpin-pemimpin yang tertentu, betapa fitnah dan buruk sangka telah pun diturunkan kepada kaum hawa di Malaysia ini tetapi alhamdulillah, kerana dengan adanya Kerajaan Barisan Nasional yang mengambil berat tentang isu-isu wanita, maka setidak-tidaknya adalah juga Jabatan Hal Ehwal Wanita yang telah dinaiktarafkan di Jabatan Perdana Menteri.

Saya hendak jawab pertamanya Ahli Yang Berhormat bagi Bachok. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya ambil perhatian apa yang Ahli Yang Berhormat kata. Saya harap Ahli Yang Berhormat tidak akan rasa tanggung risiko daripada pemimpin Yang Berhormat, ya cakap fasal wanita, lepas itu hendak minta pula duit daripada Kerajaan Persekutuan supaya membantu kerajaan negeri. Sebenarnya Ahli Yang Berhormat bagi Bachok, Kerajaan Persekutuan kita menyalurkan peruntukan ke negeri-negeri melalui Jawatankuasa Perunding Hal Ehwal Wanita, jadi ia itu tidak adalah kena mengena dengan kerajaan negeri dan Jawatankuasa Perunding ini terdiri daripada pemimpin wanita secara sukarela sama ada mereka itu politik, NGO atau lain­lain. Tetapi itulah Ahli Yang Berhormat, di Kelantan ini maaf cakaplah, nampaknya

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

48 DR.24.10.2000

wanita UMNO sahaja yang bergerak untulc menentulcan bahawa kebajikan wanita, prestasi dan martabatnya diperjuangkan.

Jadi, kalaulah nampak di mata kasar itu ramai wanita UMNO yang menjadi pemimpin, jangan marahlah Kerajaan Persekutuan. . Kita takut kalau beri kepada pemimpin-pemimpin wanita parti Ahli Yang Berhormat, takut pula duit itu tidak boleh dipakai, manalah tahu ya. Jadi walau bagaimanapun, saya mengambil kira. Tadi saya tertarik dengan perkataim Yang Berhormat "komitmen politik". Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, mungkin di luar Dewan kita boleh berbincang ya. [Ketawa] Apa dia "komitmen politik" parti Yang Berhormat kep~da wanita yang tercinta di Kelantan itu. ·

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat bagi Tanjong ya. Pertama, bangun daripada pihak pembangkang tetapi berani lawan tauke pembangkang, kata, tanya bila hendak wujud kementerian untuk wanita. Syabas, Ahli Yang Berhonnat bagi Tanjong! Kita memang setuju tetapi Kerajaan Barisan Nasional, kita mengambil masa sedikit untulc mengkaji. Pertama, sama ada perlu adanya kementerian, jika didapati perlu, maka langkah­langkah yang sewajarnya akan diambil oleh Yang Amat Berhonnat Perdana Menteri. Saya rasa bahawa perkara ini di dalam perhatian yang serius oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, buat masa ini Jabatan Hal Ehwal Wanita akan menentukan bahawa koordinasi dan implementasi hal ehwal wanita dijalankan dengan sebaik mungkin.

Keduanya, Ahli Yang Berhorm:it bertanya tadi tentang ... , Ahli Yang Berhonnat bagi Bukit Merta jam, terima kasih Ahli Yang Berhonnat. Saya pun walau kita berlainan pendapat, ideologi politik kita tetapi sebagai wanita saya setuju kita mesti, dengan izin, Tuan Pengerusi, close ranks dan kita berjuang bersama-sama untulc kebaikan wanita. Untulc makluman Yang Berhormat, daripada sejak awal lagi HA WA, kita bekerjasama dengan pihak NGO. Saya telah menentulcan bahawa semua program, malah perancangan dibuat bersama-sama dengan NGO. Mungkin Yang Berhormat tidak tahu bahawa HAW A telah pUil" memberi peruntulcan, bukan RMl ,000, RM2,000, beratus ribu kepada NGOs wanita termasuk mereka yang begitu lantang menghentam kerajaan tetapi kita demokrasi, Yang Berhormat. Kita beri peluang kepada mereka, kerana apa? Kerana hal ehwal wanita. Jadi, kalau Yang Berhormat ada NGO ...... .

Puan Chong Eng: [Bangun]

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Minta maaf ya, saya tidak beri laluan sebab tidak ada masa, ya Yang Berhormat. Saya hendak jawab soalan Yang Berhormat. No, sorry ya.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Dia tidak beri, Yang Berhormat.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Jadi, saya ingin menyatakan, no laluan, sorry ya. Jadi Yang Berhormat, saya ingin menyatakan kepada Yang Berhormat bahawa insya-Allah ..... .

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: .... babawa insya-Allah ....

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Ha, dia berilah itu.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: ..... bahawa insya-Allah jalinan bijak ini akan kita teruskan. Tadi Yang Berhormat kata bahawa baru-baru ini kita ada menyambut, kita buat program secara besar-besaran. Sebenamya Yang Berhormat, untuk isu wanita, saya nampak ia ada dua cara. Pertama, melalui NGO bekerja bersama-sama sebagai advocacy group, dengan izin, violence against women dan lain­lain.

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 49

Yang keduanya, ialah cara menggerakkan persatuan-persatuan wanita. Jadi, program untuk Hari Wanita tempoh hari iaitu "Wanita 2000, Nur bermula dengan Mu" adalah dua strateginya ialah two prongs, dengan izin. Pertama, menggerakkan persatuan-persatuan wanita, kedua bekerjasama duduk merancang dengan NGO tentang isu-isu Wanita. Jadi, saya SCXali lagi mengucapkan terima kasib kepada ....

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangu.n]

Tuan Moktar bin Radin: [Bangu.n]I

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Ya, ada dua orang berdiri, Yang Berhormat. · ·

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Minta maafya. No laluan sebab masa ....

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Dia tidak beri, Yang Berhormat. ·

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: .... sebab masa begitu singkat. Minta maaf ya. Saya pun adil juga, semua sama ya. Ahli Yang Berhormat, tadi Ahli Yang Berhormat ada kata minta supaya saya dan HAW A, kita mengadakan program gender sensitization, dengan izin, kepada ahli-ahli Kabinet. Saya hendak kata dengan Yang Berhormat, hadimya wanita Malaysia hari ini, tingginya martabat, berdiri sama tinggi dengan kaum bapak kerana adanya kerajaan yang telah mengambil langkah­langkah positif untuk menentukan bahawa wanita itu maju. Ya, memang betul ada lagi isu yang belwn kita selesaikan. Daiam dunia ini tiap-tiap hari, hari ini isu ini, besok isu lain, kita sentiasa terkini dalam menangani isu-isu wanita. Cuma saya hendak mengingatkan Ahli Yang Berhormat, bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang telah mengambil langkah-langkah yang positif.

Saya hendak minta Ahli Yang Berhormat supaya wujud satu jawatankuasa gender sensitize pemimpin pembangkang yang ada kerana mereka inilah yang pada saya rasanya tidak peka tentang gender sensitiviti langsung. Saya tabik kepada Ahli Yang Berhormat, kalau berani pergi ke Kelantan, adakan jawatankuasa, mula gender sensitize pemimpin-pemimpin yang ada dan kirim salam kepada mereka semua menyatakan bahawa kalau mengikut dalam Islam .....

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: [Bangu.n]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Ya, ada yang berdiri, Yang Berhormat.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Islam meletakkan wanita di atas satu tahap yang begitu mulia sekali. Terima kasih Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat ....

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri, Yang Berhormat.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Minta maafya, no laluan.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Tidak Yang Berhormat, sebab fakta Yang Berhormat tidak betul.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Saya minta maaf ya, saya minta maaf ...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Dia tidak beri, Yang Berhormat.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Saya sudah buat keputusan tidak ada laluan sebab masa tidak cukup ya.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Fakta yang diberi adalah tidak betul. Saya hendak betulkan fakta sahaja.

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

50 DR.24.l 0.2000

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Minta maafTuan Pengerusi, ya.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Dia tidak beri, Yang Berhormat.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Fakta tidak betul, saya hendak betulkan fakta sahaja.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Kalau Yang Berhormat bagi Bukit Merta jam ....

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Yang Berhormat dia tidak beri, Yang Berhormat.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: ... memerlukan kepakaran ....

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Boleh bercakap dalam masa yang lain.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: .... untuk program gender sensitization ini, kami di HAW A, bila-bila masa sahaja Yang Berhormat, kita boleh bekerjasama ya. Bersama-samalah kita pergi ke Kelantan kah, ke Terengganu kah ....

Puan Chong Eng: Buat untuk pihak sana dahululah ya.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Macam mana?

Puan Chong Eng: Buat sana dahulu.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Ha, tak apa. Sebab apa kita .....

Puan Chong Eng: Kalau sini jadi kerajaan, saya akan buat. Sekarang sana yang jadi kerajaan ...

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Ya, ya, terima kasih banyak bagi pihak Wanita.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Yang Berhormat ....

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Tetapi saya ingin menyatakan bahawa insya-Allah Kabinet yang ada pada hari ini memang mereka· gender sensitive, cuma ada beberapa langkah yang hendak diambil perlu kajian, bukan mudah. Yang Berhormat sendiri sedia maklum, wanita diberi peluang tetapi kepada saya peluang itu harus dipertingkatkan dan kita semua bersetuju tetapi janganlah berucap seolah-olah wanita di Malaysia ini tertindas. Bukan di Malaysia, ia ada di satu, dua negeri sahaja di negara ini. Jadi, kita jangan hendak kelam-kabut ataupun hendak mengambil satu pendekatan bahawa hanya pembangkang ataupun WAC sahaja yang memperjuangkan hak-hak wanita.

Buat akhirnya, point Yang Berh·Jrmat, tadi tentang Women Agenda for Change, saya sendiri ada menerima surat komitmen itu. Saya ingin menyatakan di sini bahawa pertama, saya mengucapkan terima kasih kepada semua NGO wanita yang mengambil perhatian tentang isu wanita termasuklah Women Agenda for Change. Malah, saya telah turun berjumpa dengan mereka, pergi ke pejabat mereka tetapi cuma saya ingin mengingatkan semua bahawa, boleh kata 90% daripada isu yang dikemukakan di situ telah diambil perhatian oleh kerajaan. Kita ada Dasar Wanita Negara, kita ada Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Negara, semua isu yang dibangkitkan itu telah pun didahului oleh kerajaan.

Namun begitu Yang Berhormat, saya dan semua kakitangan di HA WA, kita meneliti dan insya-Allah kita akan bekerjasama, walau tidak tandatangani pun surat komitmen itu tidak bermakna bahawa kita mengetepikan isu-isu itu. Saya akan bekerjasama, sudah pun bekerjasama dengan NGO ya.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Point of Order.

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 51

Tuan Pengerusi rDato' Haji Muhamad bin Abdullah): Point yang keberapa ya?

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: 35(1), min~ pandang kepada Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Haaa, [Ketawa] Tidak apalah, dia kadang-kadang dia jemu memandang saya sahaja. Dia hendak pandang tempat lain.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil.: Bukan saya tidak mahu pandang Ahli Yang Berhormat, saya takut nanti ada datang fitriah pula.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Ya, ya. Saya pun takut juga kalau pandang kepada saya.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Bukan apa, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Ya, teruskan. Teruskan.

Puan Fong Po Kuan: [Bangun]

Puan Chong Eng: [Bangun]

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Okay, minta maaf ya. No laluan. Jadi Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada semua.

Okay, tentang Pusat Khidmat Wanita, terima kasih, saya akan ambil ingatan· tetapi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bahawa kerajaan akan menentukan bahawa tiap-tiap negeri, malah tiap-tiap Kawasan Parlimen, kalau boleh, akan diwujudkan Pusat Khidmat Wanita dan Pusat Khidmat Wanita ini ia memainkan macam-macam peranan dan di antaranya ialah untuk menggembleng tenaga NGO­NGO yang ada. Jadi, kalau di kawasan Ahli Yang Berhormat belum ada diwujudkan lagi dan jika Ahli Yang Berhormat perlu bantuan daripada HAWA, insya-Allah kita akan beri pertolongan kepada Ahli Yang Berhormat dan saya sendiri akan lihat bagaimana progress, kemajuan pusat-pusat khidmat yang ada di Pulau Pinang tetapi insya-Allah saya mengambil perhatian point-point Ahli Yang Berhormat tadi itu.

Tuan Pengerusi, bagi menjawab soalan audit pula yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Parit Buntar dan Tambun. Saya ingin memaklumkan bahawa Jabatan Audit Negara selain daripada menjalankan auditan kewangan, mereka juga menjalankan auditan prestasi (performance audit). Bagaimanapun, rnemandangkan kekurangan kakitangan yang mencukupi untuk rnenjalankan auditan, rnaka Jabatan Audit menumpukan kebanyakannya kepada auditan kewangan.

Pada masa kini kakitangan Jabatan Audit adalah lebih kurang 1,200 kakitangan untuk menjalankan auditan untuk seluruh akaun Kerajaan Persekutuan, negeri, badan berkanun Persekutuan dan negeri. Pejabat Audit Negara juga berkemampuan rnenjalankan auditan terhadap sistem-sistem komputer. Terdapat kakitangan yang dilatih menggunakan perisian komputer bagi membuat analisis terhadap fail-fail komputer di pejabat kerajaan.

ltulah Tuan Pengerusi .....

Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Ini tidak jawab langsung ini, kita punya soalan audit tadi.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Ya, sila, sila.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Tuan Pengerusi, saya bukan tidak mahu jawab soalan Ahli Yang Berhormat bagi Parit Buntar. Sebenamya ucapan Ahli Parlimen itu memang sedap didengar sebagai halwa telinga tetapi saya dapati bahawa seperti biasalah, semuanya retorik belaka. [Disampuk]

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

52 DR.24. l 0.2000

Jadi dengan itu, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian. ·

Seorang Ahli: Masya-Allah.

Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Tidak jawab sudah .. ... [Menggelengkan kepala}

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM3,594,300 untuk Maksud B.3 di bawah Jabatan Perdana Menteri jadi sebahagian paripada Jadual hendaklah disetujukan. '

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM3,594,300 untuk Maksud B.3 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM197,229,523 untuk Maksud P.7 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi Tahun 2000 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM197,229,523 untuk Maksud P.7 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2000.

Maksud B.14, B.15 dan B.16 [Jadual] -

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Kepala Bekalan B.14 hingga B.16 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terbuka untuk dibahas. Ya, Bagan.

3.06 ptg.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. [Disampuk] Ya, Pengerusi, tengok itu sudah letak. [Menunjuk ke arah kedudukan cokmar} [Ketawa}

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Ya, betul-betul. Teruskan.

Tuan Lim Hock Seng: Saya menyentuh Maksud B.14 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tuan Pengerusi, baru-baru ini iaitu pada hari minggu kerajaan telah melancarkan satu kempen 'Menanam Pokok Millennium' di seluruh negara dan dikatakan dalam satu saat, boleh tanam 100,000 pohon pokok .....

Beberapa Ahli: Satu minit.

Tuan Lim Hock Seng: Satu minit. [Disampuk} Ya, satu minit, tidak apalah. [Ketawa} 60 saatlah, 60 saat.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, 60 saat ya.

Tuan Lim Hock Seng: .... jadi say a dengar bahawa pihak kerajaan tempatan menenderkan tanam pokok ini kepada pihak swasta atau kepada kontraktor. Dengar­dengar mana ada gotong-royong di tempat saya, saya nampak pihak kontraktor menggali lubang, membawa benih-benih pokok dan tanam sebelum hari menanam pokok itu ...

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Oh, ada yang begitu Yang Berhormat?

Tuan Lim Hock Seng: .... ha, saya ....

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. DR.24.10.2000 53

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Tidak boleh kira hak itu.

Tuan Lim Hock Seng: Ya.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Muhaniad bin Abdullah]: ltu tidak boleh kira yang itu, tanam dahulu tidak boleh.

Puan Chong Eng: Kenapa tidak boleh kira pada hari ..... .

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Teruskan ya, teruskan.

Tuan Lim Hock Seng: Jadi, sudah tanam habis pada hari yang disebutkan tadi, orang penting datang, tanam satu pokok sahaja balik rumah. [Ketawa} Itu dikatakan dalam satu minit tanam 100,000 pohon pokok. ltu tidak penting Tuan Pengerusi, saya dengar satu pokok harga tanamnya RM200 [Disampuk} benarkah tidak saya tidak tahu. Saya dengar sahajalah.

Jadi, ini tertakluklah kepada menteri yang berkenaan memberi satu jawapan sama ada dakwaan menanam sepohon pokok itu memerlukan RM200, kalau memerlukan RM200, kayalah kontraktor itu, rakyatlah yang mati. [Disampuk] [Ketawa]

Saya juga ingin bertanya sama ada pokok-pokok yang ditanam itu, kontraktor itu gerenti hidupkah? ..... [Ketawa}

Tuan Lim Hock Seng: ... kalau gerenti hidup tidak apa, ..... .

Puan Chong Eng: Gerenti pokok itu hidup.

Tuan Lim Hock Seng: ..... nanti pokok sudah tanam, tidak ada orang siram air biar begitu sahaja RM200 pun habis.

Tuan Pengerusi, berkenaan juga dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selepas pokok-pokok ditanam, taman-taman kita sudah jadi banyak pokok dan kehijauan tetapi satu masalah pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak boleh mengabaikan ialah masalah 'burung kakak', 'burung kakak tua'. la ini sudah membawa sampai satu ....

Beberapa Ahli Pembangkang: Burung gagak.

Tuan Lim Hock Seng: ..... sudah sampai satu tahap yang sangat serius di mana 'burung gagak' ini [Ketawa] ia membawa banyak masalah kepada manusia. Tidak payah saya sebut satu demi satu. Oleh sebab burung gagak ini ia sangat garang dan ia boleh menghakiskan kehidupan burung-burung jenis lain, terutama jenis-jenis yang lebih kecil dari dia, ia pergi ke sarangnya, ia habiskan telumya, ia habiskan anak­anak burung itu.

Jadi, pada masa sekarang ini kita jarang nampak burung-burung jenis yang lebih kecil itu di kawasan perumahan kita semua sekarang ini. Saya berharap pihak kerajaan tempatan boleh mengambil langkah supaya menghalang pembiakan burung­burung gagak ini.

Tuan Pengerusi, saya juga menyentuh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP). JPP ditubuhkan di tiga wilayah di Wilayah Utara, Wilayah Tengah dan Wilayah Sela tan dan tu gas mereka ...... .

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya saya ingat menteri hendak bertanya ini ada kaitan tidak dengan apa yang ...... .

Tuan Lim Hock Seng: Ada, ada.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): .... dia cakap. Ya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Peter Chin Fah Kui): Tuan Pengerusi, kita di dalam peringkat Jawatankuasa dan maksud

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. 54 DR.24.10.2000

yang dibacakan oleh Tuan Pengerusi, tadi iaitu Maksud 14 sehingga Maksud 16. Semua perbelanjaan ini yang kita minta diluluskan ialah mengenai kenaikan gaji dan lain-lain tidak ada ..... ..

Tuan Lim Hock Seng: Gaji, tugaslah.

Datuk Peter Chin Fah Kui: .... kena-mengena dengan tanaman pokok dan sebagainya. {Disampuk] Oleh sebab itu saya rasa Tuan Pengerusi, kalaulah Yang Berhormat bagi Bagan ini hendak sentuh mengenai tidak boleh naikkan gaji atau apa, itu boleh dibincang.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abd'uiiah]: Ya, tidak apa, tidak apa, saya faham, tolong ...... .

Tuan Lim Hock Seng: Tuan Pengerusi, ..... .

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: ... tolong masuk kepada maksudnya.

Tuan Lim Hock Seng: Tuan Pengerusi, kalau ambil gaji tidak payah kerja, saya boleh ambil gaji, tidak payah kerja, saya duduk di sini. [Disampuk] Bila sentuh gaji, pengalaman dalam Dewan yang mulia ini - bila sentuh gaji segala-galanya boleh kata .....

ya.

Seorang Ahli: Kerja, kerja.

Tuan Lim Hock Seng: .... ambil gaji buat apa? Ambil gaji tidak payah kerja

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Yang Berhormat

Tuan Lim Hock Seng: ... kakitangan-kakitangan awam ambil gaji ..... .

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Yang Berhormat.

Tuan Lim Hock Seng: .... dia punya tugas tidak payah disoal.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, kita sekarang berada dalam Jawatankuasa, selalunya kita khusus. [Ketawa] Jadi, kalau hendak timbulkan perkara-perkara yang ada kaitanlah kecuali kalau kita hendak tanya kemungkinan-kemungkinan sedikit itu adalah tetapi kalau keseluruhannya luar daripada ini memang tidak baguslah.

Jadi, terus kepada maksud yang sebenarnya.

Tuan Lim Hock Seng: Tuan Pengerusi, Butiran B.14 ada berkata, "Kenaikan gaji 10% dan ITP 50% bagi kakitangan sokongan dan Pegawai Gred 3 serta bagi pengisian 52 jawatan teknikal di Jabatan Perumahan Negara dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan." Jawatan JPP, ada kenakah, ada tepatkah, boleh soalkah, [Disampuk} tidak boleh.

Kalau tidak boleh Tuan Pengerusi, buat satu ruling semua berkenaan dengan naik gaji, sama ada mahu naik atau tidak mahu naik sudah cukup. Sokong dan tidak sokong sudah cukup, lain jangan dipersoal [Ketawa} Mana boleh ambil gaji tugas mereka mesti disoal.

Jadi, merangkumkan segala-gala perkhidmatan mereka. JPP saya menyentuh, saya kata ada 3 JPP iaitu Wilayah Tengah, Wilayah Selatan dan Wilayah Utara dibentukkan dan tugas mereka ialah untuk meluluskan Pelan Pembetungan Projek Perumahan.

Tetapi Tuan Yang di-Pertua, terdapat juga percampuran antara JPP dengan Majlis Kerajaan Tempatan. Kadang-kadang berlakunya satu rnasalah berkenaan dengan sewerage atau pembetungan. Kadang-kadang kami pergi ke JPP, dia kata itu hal MPSP. Kalau pergi ke MPSP, dia kata itu tugas JPP.

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 55

Jadi, bolehkah Yang Berhormat menerangkan apa peranan JPP dan apa peranan kerajaan tempatan dalam hal meluluskan pelan projek perumahan atau berlakunya masalah-masalah apabila kerja-kerja dijalankan dan ada penduduk di persekitarannya membuat bantahan berkenaan dengan projek mengorek pembetungan.

Dengan kata-kata itu saya minta penjelasan. Thank you.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Ya, Sipitang.

3.16 ptg.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob· [Sipitang]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Di bawah Butiran Maksud B.14, B.15 dan juga B.16 untuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Mengenai dengan jawatan-jawatan yang diisi dan juga jawatan teknikal, saya minta penjelasan daripada Yang Berhonnat Menteri, apakah peranan jawatan yang diisi ini. Saya melihat bahawa di Kenienterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan khususnya di daerah, pegawai-pegawai begitu kekurangan khususnya yang bersangkut­paut dengan penguatkuasaan.

Kalau boleh perkara ini dilihat, saya memikirkan perkara ini penting kerana negara kita ke arah untuk melaksanakan kecantikan dan juga pengurusan pekan-pekan dan bandar yang kecil supaya lebih sempurna daripada keadaan yang sekarang ini. Kerana hala tuju negara kita ialah kepada negara maju dan juga kepada negara pelancongan, bukan lagi seperti dahulu. Oleh itu ada pentingnya pegawai-pegawai yang mencukupi khususnya penguatkuasaan.

Tuan Pengerusi, di kawasan saya memang kalau melihat Pekan Sipitang walaupun ia di bawah Kerajaan Negeri Sabah tetapi ada perkara-perkara yang di bawah Kementerian Pusat, contohnya dari segi pelaksanaan untuk kecantikan bandar iaitu di bawah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

Baru-baru ini ada peruntukan daripada kementerian yang mengatakan membuat satu taman untuk kecantikan di Pekan Sipitang, tanpa ada usul periksa peruntukan itu telah pun diberi dan dilaksanakan.

Tuan Pengerusi, kementerian boleh melihat apakah hasilnya taman itu dan saya tidak tahu bagaimana taman itu boleh diluluskan daripada ibu pejabat di Kuala Lumpur tanpa ada pegawai duduk di situ melihat sendiri bagaimanakah kesesuaian projek tersebut.

Sepatutnya pegawai daripada ibu pejabat pergi ke kawasan ataupun memberi peruntukan kepada kawasan supaya dibincangkan di Majlis Daerah setakat mana ataupun di mana tempat itu hendak dibuat. Tetapi yang peliknya ialah ibu pejabat sendiri menentukan jenis projek ini dan menentukan pula siapa yang melaksanakan projek tersebut dan telah dilantik kontraktomya.

Jadi, kita begitu terkejut. Saya tidak membantah projek ini tetapi asalkan perkara yang dilaksanakan itu dapat membantu mencantikkan pekan yang dimaksudkan.

Satu perkara lagi Tuan Pengerusi, mengenai perkara-perkara yang dibuat baik di Kuala Lumpur ataupun di bandar-bandar lain. Saya sekali lagi menyarankan kepada penguatkuasaan, kepada projek-projek yang dibuat itu dari segi finishing dengan izin, ataupun siapnya projek itu. Bila kita melihat projek-projek yang dibuat itu siapnya tidak sempuma, saya melihat kecacatan yang begitu banyak ataupun apakah kecacatan ini oleh kerana kelalaian daripada pegawai bertugas ataupun memang sudah spesifikasi yang dibuat itu memang sebegitu, ataupun kita ini tidak boleh membezakan yang mana cantik ataupun yang mana tidak cantik. Saya melihat tempat-tempat lain finishing ataupun pengakhimya begitu cantik dan masih menggunakan material yang sama.

Jadi, kalau boleh Tuan Pengerusi, kementerian ini melihatlah perkara ini. kadang-kadang benda yang tidak sepatutnya diletak di situ masih ada di situ.

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

56 DR.24.10.2000

Bagaimanakah pihak kuasa tempatan ataupun Kementerian Perumahan clan Kerajaan Tempatan ataupun pihak kerajaan tempatan - contohnya, satu lereng di tepi jalan masih acla satu tongkol batu besar di situ. Batu itu tidak sepatutnya di situ, bukan juga hiasan untuk lanskap tetapi memang batu yang tidak begitu sesuai, tidak sebarusnya berada di situ, maksud saya begitu.

Contohnya lagi satu di Kota Kinabalu, di pesisiran waterfront itu, di tepi laut itu, bencla yang tidak sepatutnya di situ beracla di situ. Contohnya, saki-baki batang­batang paip piling bergelimpangan di tepi laut. Sa ya tidak tahu ini kuasa siapa, kuasa Majlis Perbanclaran ataupun Kementerian Sains, Teknol~gi dan Alam Sekitar tetapi yang pastinya ialah di bawah kuasa kerajaan tempatan. ·

Perkara-perkara seperti inilah yang saya lihat kepincangan di sini dari segi membiarkan pihak-pihak tertentu, kontraktor-kontraktor meletakkan barang-barang yang tidak sepatutnya berada di situ untuk keuntungan mereka dan menyusahkan pihak orang lain. Saya mahu kementerian ini melihat pegawai-pegawai ini ditambah dan dikuatkan kuasa mereka supaya melaksanakan tanggungjawab sebagai penguatkuasaan agar keaclaan di seluruh negara ini teratur dan tersusun.

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Tebrau.

3.20 ptg.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan [Tebrau]: Terima kasih, Tuan Pengerusi untuk mengizinkan saya mengambil bahagian sedikit dalam membahaskan perbekalan tambahan kedua bagi jabatan-jabatan, kementerian yang berkenaan.

Saya ucapkan tahniah kepacla semua kakitangan kerajaan di sektor awam di atas bayaran 10% clan juga bayaran kenaikan ITP 50% kepacla semua kakitangan kerajaan dalam suasana sara hidup yang begitu tinggi pacla hari ini maka sudah tentulah kerajaan patut memberikan imbuhan dan kenaikan yang berpatutan. Kalau boleh bukan sahaja 10% bahkan sama ada 15 atau 20% kerana sara hidup sekarang tinggi lebih-lebih kalau hidup dalam bandar dengan menanggung perbelanjaan sekolah anak-anak dan sebagainya maka sudah tentulah sepatutnya ia lebih tinggi lagi.

Dalarn Maksud B.14 ini Kementerian Perumahan clan Kerajaan Ternpatan kalau ikut pernbangkang tadi, dia tidak setuju. Bermakna kalau dia tidak setuju, sernua kakitangan kerajaan ticlak dapat imbuhan sebab kebanyakan dibincang ini tarnbahan 10% dan juga 5%. Tadi, baru satu Jabatan Audit, kita kata setuju, dia jawab tidak setuju. Makna kalau tidak setuju tidak naik. Dan, kalau yang sudah arnbil duit kena pulang balik kalau sernuanya pernbangkang lebih suara. Tetapi nasib baik Barisan Nasional lebih suara dan kita pandang serius clalam kakitangan kerajaan. Ini bukan main-main, ini kenaikan. Kalau dia baca tajuk, membayar imbuhan kenaikan sebanyak RM3,594,000. Bersetuju atau tidak bersetuju. Kita bersetuju, suclah bayar, suclah terirna tetapi kalau ikut dia, dia tidak setuju.

Tuan Kerk Kim Hock: Boleh beri jalan ticlak?

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri, ya.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Nanti sekejap, saya ni pasal pendek. Tidak kasi dulu. Sernalam saya minta you tidak kasi. [Ketawa] Sorry, saya pun ya giliran pula. Lain kali ..... [Disampuk]

Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: Tuan Pengerusi, kalau ticlak mahu bagi jalan, cakap bagi betul, jangan cakap bohong. Kena faham apa orang cakap. [Disampuk]

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Cukuplah.

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. DR.24.l 0.2000 57

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Yang Berhormat ni Ketua Pembangkang yang saya honnat, jangan marah. [Ketawa} Saya tadi, Yang Berhormat saya dengar, bila kata setuju, kita kata setuju, suara sana tidak setuju. ltu saya katakan. Yang Berhormat sebagai orang tua saya hormat baik saja cakap macam saya, saya pun tidak kasar. Tidak ada fitnah orang, tidak kata ·orang. Cakap terus terang. Tidak boleh kah? Tadi saya kata ada dengar suara tidak setuju bermakna itu saja, saya tidak ada sentuh apa-apa. Kalau salah saya minta maaflah. Tetapi kalau sana salah, sana kena .minta maaf. ltu sahaja. Silap saya maaf, kalau sana salah, sana minta maaf. ltulah.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Ada yang berdiri . . . Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Sini, Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Ada dua berdiri Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Kasi genglah, partner. [Ketawaj

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Batang Lupar.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Macam itulah kawan, terima kasih, Yang Berhormat. Saya pun berminat betul soalan Yang Berhormat tu. Memang tepat dan baik sekali. Pasal apa kita dengar, saya dengar juga 'tidak setuju' tadi. Adakah ini bermakna pihak pembangkang hendak gaji-gaji yang diberi kepada pegawai-pegawai kerajaan itu dihantar balik. Inikah maknanya?

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Tadi, sebab itu perbahasan kena teliti apa penambahan yang dibuat oleh kerajaan. ltu saja saya tegur, saya tidak kata apa-apa. Sebab saya dengar itu sajalah. Kalau benar kata pembangkang, saya minta maaf tetapi kalau benda itu saya betul, dia kena minta maaflah. Saya tidak ada apa­apa cakap.

Yang kedua, Tuan Pengerusi, lagi satu pasal kenaikan harga rumah sederhana murah yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, saya tidak tahu sama ada kenaikan harga rumah tersebut itu kehendak pemaju atau kerajaan sahaja hendak menaikkan dengan alasan supaya beri insentif kepada pemaju-pemaju rumah. Kita kena kaji, dulu disyaratkan pemaju mesti buat rumah teres, maknanya rumah panjang, satu orang satu rumah, bukan bertingkat. Tetapi lepas itu kerajaan membenarkan membuat rumah 4 tingkat atau 5 tingkat. Bermakna kalau dulu tanah sekeping, satu ekar, dia boleh buat beberapa buah rumah sahaja tetapi dengan kerajaan membenarkan buat 5 tingkat, 6 tingkat, dia lagi dapat untung yang besar. Dan tidak payah hendak naikkan lagi rumah kerana makin naik walaupun dia kata ini sikit tetapi mungkin tidak ada kemampuan kepada mereka yang berpendapatan rendah. Itu saja.

Lain pemaju desak dia kata minta kerajaan benarkan buat rumah dinaikkan harga rumah tetapi saya tengok diumumkan saja. Saya tidak tahu sama ada pemaju yang minta atau tidak. Macam dulu rumah murah, buat teres sekarang harga RM25,000 atau RM30,000 tetapi sekarang sudah 8 tingkat, 5 tingkat, 6 tingkat dengan satu ekar atau berapa saja luas tanah tetapi dia dapat banyak buat rumah, dapat banyak keuntungan. Saya ingat ini pun pada saya tidak patut naik. Jadi,. ..

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]I

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sri Gading.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya mohon bertanya Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Oulu satu ekar 12 unit saja rumah murah, pangsa rumah panjang ataupun rumah teres. Maknanya sekarang apabila naik 5 tingkat bermakna 60, maknanya yang dengan sekeping tanah dia buat berganda. Jadi, maknanya Yang Berhormat tidak bersetujulah kerana rumah Jebih banyak dibina, makna tidak setuju dinaikkan harga.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Itulah kalau rakan yang ada pandangan luas, saya memang setujulah. Saya sudah kata tadi, lain kalau pemaju

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

58 DR.24.10.2000

.. mendesak, dia kata ini rugilah tetapi kita hendak. tengok betul tidak dia rugi. Saya nampak di Johor banyak rumah, ada yang belum dibeli pun ada lagi, tidak merasa masalah kekurangan rumah. Jadi, saya ingat perkara ini saya tidak tahu sama ada kementerian boleh mengenakan balik supaya jangan dinaikkan lagi harga yang telah diumumkan itu.

Jadi, Tuan Pengerusi, itu saja saya hendak sampaikan di dalam majlis ini. terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Ya, saya bagi Kota Melaka.

3.25 ptg.

Tuan Kerk Kim Hock: Tuan Pengerusi, saya' ingin mengambil bahagian membincangkan perkara Maksud B.14.

Tuan Pengerusi, saya menyokong permintaan kenaikan gaji, oleh kerana saya berpendapat pekerja-pekerja yang tidak berpuas hati [Disampuk] tidak akan menjalankan tugas dengan baik. Tetapi . walau bagaimanapun, dalam konteks demokrasi adalah tugas dan tanggungjawab kerajaan untuk memberi justifikasi yang baik, kenapa dia memohon kenaikan ini. Itulah sebabnya kita adakan debat walaupun dalam demokrasi. Satu kali lima tahun, kita menang pilihan raya kita adakan sesi Parlimen. Oleh kerana demokrasi bermakna menang satu kali S tahun kena datang sini untuk memberi justifikasi.

Jadi, tadi apabila Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tidak boleh memberi satu justifikasi yang baik, Jangsung tidak jawab hujah-hujah yang diberikan oleh Parit Buntar, kita bangkang atas konteks demokrasi, bukan kita tidak hendak sokong kenaikan gaji. Ini orang semua tidak faham, dia tahu setuju sokong sahaja. Inilah susah. Ini yang paling susah sekali kalau tidak faham maksud semangat prinsip demokrasi.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Boleh saya .....

Tuan Kerk Kim Hock: Saya tidak bagi Yang Berhormat, kalau standard -tidak ada saya bagi, tidak bagi. [Ketawa] Kalau Ketua Pembangkang, orang lemah lembut - mana steady, tengok apa dia.

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Dia tidak bagi.

Tuan Kerk Kim Hock: . . . tidak faham. Jadi, jangan kita putar belitkan perkara ini. Lagi satu Tuan Pengerusi, saya rasa untuk pegawai-pegawai menjalankan tu gas dengan baik ini saya rasa ...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Kota Melaka, kawanlah kita.

Tuan Kerk Kim Hock: Okaylah bagi, awak satu orang. [Ketawa]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Kota Melaka. Soalnya tadi, kita ramai-ramai berkata 'bersetuju ', ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau, daripada pihak pembangkang kata 'tidak bersetuju ·. Jadi, seolah-olah parti pembangkang tidak suka kenaikan 10%, ini yang kita bangkitkan oleh Tebrau. Jadi, bukan soal bohong ataupun kita menyalahi .... [Disampuk] . . . . kita membuat benda yang tidak betul. Pembangkang yang kata 'tidak setuju ·.

Tuan Kerk Kim Hock: Tidak dengar apa saya jelaskan tadi. ltu konteks demokrasi bukan kita kata tidak sokong kenaikan pegawai-pegawai kerajaan, ini semua kaki putar belit. [Ketawa] Saya juga berpendapat bahawa pegawai-pegawai kerajaan haruslah bersifat adil. Jadi, bukan saja kerajaan hendak menaikkan gaji mereka, juga hendaklah memberikan satu kursus kepada mereka, mengajar mereka apakah sebenamya maksud semangat dan prinsip demokrasi supaya mereka akan dapat jalankan tugas dengan baik dan tidak akan begitu takut kalau hendak berdamping dengan pembangkang.

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 59

Oleh kerana saya selalu tahu bahawa bila jemputan dibuat oleh wakil rakyat Barisan Nasional, pegawai-pegawai berani berkunjung tempat-tempat kawasan bersama dengan mereka tetapi apabila wakil rakyat pembangkang membuat permintaan yang sama, mereka takut. Bukan kerana mereka tidak faham .....

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Yang Berhormat cuba menghasut. ·

Tuan Kerk Kim Hock: Okay, bukan kerana mereka tidak faham demokrasi tetapi ancaman yang kuat daripada pihak kerajaan.

Okay, berkenaan dengan perkara Jabatan Perumahan Negara. Saya ingin mendapat satu jaminan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya dapat menjaminkan/memastikan bahawa pegawai-pegawai Jabatan Perumahan Negara akan dapat jalankan tugas dengan adil. Oleh kerana sejak kita merdeka seringkali kita dengar bahawa penyokong pembangkang susah mahu dapat rumah kos rendah oleh kerana kuota telah disediakan dan ada satu mekanisme di mana penyokong-penyokong parti Barisan Nasional akan diberi keutamaan atau parti-parti pembangkang langsung tidak akan diberi peluang.

[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng] mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Kerk Kim Hock: Saya bukan kata ini berlaku di semua tempat tetapi memang ia berlaku di banyak tempat. Dan saya tahu seorang pemaju telah dikeluarkan satu surat pekeliling atau satu surat di mana - tetapi bukan di Melaka - tetapi saya kata inilah ala demokrasi kita, semua orang takut dikenakan balas dendam, dia enggan berikan saya surat itu. Tetapi surat itu mengatakan bahawa rumah kos rendah itu semua hendaklah diberikan kepada ahli-ahli parti Barisan Nasional. Siapa boleh nafikan, tidak pemah berlaku di Malaysia. Ini kita tahu tetapi saya rasa ini adalah satu perkara yang tidak harus berlaku di Malaysia.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Haji Noh bin Haji Omar): Boleh beri penjelasan?

Tuan Kerk Kim Hock: Okay.

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih, Yang Berhonnat. Saya hendak minta penjelasan sahaja. Saya pemah terbaca dalam surat khabar bahawa Kerajaan Negeri Terengganu, dia pemah merombak balik keputusan-keputusan pembelian rumah murah yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum itu. Jadi, apakah muslihat di sebalik rombakan yang dibuat oleh Kerajaan Terengganu itu. Agak-agak pendapat Yang Berhormatlah. [Disampuk]

Tuan Kerk Kim Hock: ltu yang susah, tiap kali kita membawa satu perkara yang harus diambil pertimbangan oleh kerajaan, dia pula jadikan satu isu politik. Nanti boleh tanya PAS lab, jangan tanya sayalah. [Disampuk] Kalau kerajaan berani jawablah apa yang saya kata, bagi saya jaminan tidak pemah berlaku, itu bohonglah. Cakap tidak akan berlaku, saya kata baik. Beri satu jaminan. Mana Bagan Datoh, dia jadi Pengerusi Jabatan Perumahan Negara, beri satu jaminan bahawa tidak akan berlaku diskriminasi yang sedemikian.

Tuan Pengerusi, saya juga berharaplah bahawa pegawai-pegawai yang mendapat kenaikan gaji dapat bekerja dengan baik kerana walaupun pegawai-pegawai kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan polisi tetapi kuasa yang paling kuat sekali pada pegawai-pegawai kerajaan adalah the power to delay. Apabila sesuatu permintaan boleh dilengahkan maka rakyat akan menderita. Dan, saya pemah mendapat aduan daripada pemaju yang mengatakan apabila permintaan mereka dilambatkan ....

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak (SetiuJ: [Bangun]

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

60 DR.24. l 0.2000

Tuan Pengerusi (Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhonnat, ada ahli Yang Berhonnat bangun.

Tuan Kerk Kim Hock: Walaupun ISO itu hendak dilaksanakan, jawapan daripada pegawai ialah bahawa ISO itu, ini susahkan orang. Dan ini telah lambatkan CF dikeluarkan.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Tuan Pengerusi, terima kasih kepada rakan saya daripada Barisan Altematif - Kota Melaka. Adakah Yang Berhonnat sedar bahawa di Terengganu terdapat pembahagian tanah-tanah lot sebelum ini dan pembukaan tanah-tanah lot dan rumah kos rendah sebelum ini yang mana apabila pihak Barisan Altematif ambil alih, kita dapati bahawa semua borang pennohonan diberikan kepada parti UMNO sahaja. Dap apabila itu berlaku apabila kita ambil alih, kita telah proses semula dan kita bagi kepada semua orang, mana-mana yang layak berhak mendapat borang. Sedangkan dulu, borang pun tidak bagi, adakah Yang Berhonnat sedar itu? Terima kasih.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya beri peluang sana jawab {menunjuk Ice arah Datuk Haji Noh bin Haji Omar]

Tuan Pengerusi (Datuk Lim Si Cheng): Sudah habis Yang Berhonnat?

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Beri sayajawab.

Tuan Kerk Kim Hock: Tak apa, saya beri jalan, minta jalan, tolong minta jalan, saya beri.

Tuan Pengerusi (Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhonnat, tak ada point yang lain lagi?

Tuan Kerk Kim Hock: Tak apa, yang lain saya tak mahu. Baik, yang akhir sekali, Tuan Pengerusi.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Tuan Pengerusi, ..

Tuan Kerk Kim Hock: Saya tak mahu beri, dia sudah kacau. Ha, okay.

Seorang Ahli Pembangkang: Ha, jawab.

Tuan Kerk Kim Hock: Ya, saya beri peluang.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Kemudianlah.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Kota Melaka, boleh beri?

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Tebrau boleh?

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Boleh, mengikut Peraturan, Tuan Pengerusi. Saya senang sahaja jawab. Kalau itu sahaja, jawapannya mudah sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhonnat! Atas Peraturan Yang Berhonnat, tidak, tidak, ..... .

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Ha, Tuan Pengerusi tidak beri, kalau tidak saya boleh jawab, ini politik. Saya mengikut Peraturan, saya boleh jawab.

Tuan Pengerusi (Datuk Lim Si Cheng): Okay. Kalau sudah habis, minta

Tuan Kerk Kim Hock: Belum, belum. Saya minta dia tolong minta jalan sahaja, dia tidak mahu, saya mahu teruskan.

Tuan Pengerusi (Datuk Lim Si Cheng): Bukan dia tidak mahu. Kerusi tidak benarkan beliau menjawab.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Kota Melaka, penjelasan.

Tuan Kerk Kim Hock: Ha, dia minta jalan, saya beri.

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24. l 0.2000 61

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Terima kasih Tuan Pengerusi, dan Yang Berhonnat Kota Melaka.

Saya ingat Yang Berhormat Kota Melaka ini terkebelakang sedikit daripada segi sistem pengagihan untuk rumah murah. Kalau Yang Berhormat maksudkan bahawa selama ini kerajaan yang didukung oleh Barisan Nasional tidak memberikan peluang yang terbuka luas kepada seluruh rakyat untuk mendapat · kemudahan perumahan, ini satu fitnah yang cukup dahsyat.

Kerana kalau Yang Berhormat sedia maklum, bahawasanya dalam meningkatkan prasarana penduduk, saya rasa daripada segi manfaat untuk mendapat

· rumah murah ini memang tanggungjawab kerajaan. Kerajaan Barisan Nasional tugas utama kita menyediakan perumahan untuk rakyat yang betul-betul memenuhi segala kriteria. Sebagai contoh di negeri Selangor, miingkin Yang Berhormat kebelakang. Sistem pendaftaran komputer yang terbuka sepanjang masa untuk sesiapa sahaja mendaftar untuk mendapatkan rumah murah mengikut kelayakan. Tidak adapun letak di situ prasyarat utama mesti jadi ahli UMNO. Kalau itu, saya ingat satu benda yang tidak betul, sila semak fakta Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Tadi, saya jelaskan saya tidak kata ia berlaku di setiap tempat. Tetapi sesiapa yang .....

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Yang Berhormat kata berlaku di banyak tempat.

Tuan Kerk Kim Hock: Ya, ban yak tempat, tetapi .....

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Ha, jadi saya sebut di negeri Selangor, kita ada sistem pendaftaran komputer yang terbuka. Banyak daripada segi penghijrahan orang, orang daripada Terengganu pun dapat rumah murah, orang daripada Kelantan pun dapat rumah murah, orang daripada Melaka pun dapat rumah murah. Tarik balik Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Kerk Kim Hock: Cukup, cukup. Ha, tidak tarik balik. Sebab apa yang saya kata itu, saya tahu benar. Walaupun tidak ada siapa yang begitu bodoh menulis sana prasyarat ialah hendak menjadi ahli UMNO, tetapi cara mekanisme kelulusan itu dibuat, semua orang tahu. Saya pemah mendapat satu aduan daripada seorang pemimpin Barisan Nasional yang mengatakan kepada saya, lagi baik jangan ada sistem seperti demikian, oleh kerana parti ia mempunyai begitu ramai ahli, setiap kali beri 2% atau 3%, yang lain tak dapat semua gaduh, ia pula sokongan merosot ....

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat!

Tuan Kerk Kim Hock: Ini you tak tahu, saya tak mahu sebut nama dia.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Kerk Kim Hock: Yang akhimya sekali, jangan kacau lagi ya.

Tuan Pengerusi, akhimya sekali ialah sebelum pegawai kerajaan melaksanakan sesuatu polisi atau langkah yang boleh menyebabkan kesusahan kepada orang ramai, saya harap satu proses demokrasi boleh diadakan di mana pendapat umum hendaklah dipungut sebelum langkah itu dijalankan dan saya beri satu misalan sebagai akhimya iaitu di Melaka, untuk mencantikkan bandar. Majlis Perbandaran Melaka Bandar Bersejarah (MPMBB) telah mengatakan bahawa pada I haribulan yang akan datang beberapa jalan di Melaka di mana tong sampah itu tidak boleh diletak di luar rumah atau belakang. Mereka hendaklah menyimpan tong sampah itu di dalam rumah, dan sekiranya langkah pertama ini berjaya, semua tempat sekali di Melaka akan dikenakan langkah yang sama di mana mereka tidak dibenarkan meletak tong sampah di luar atau di belakang rumah dan cuma boleh dikeluarkan bila kereta pembuang sampah itu sampai.

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

62 DR.24.10.2000

Jadi, kita telah membuat bantahan, cileh kerana ini tidak praktikal. Apabila orang membuat bantahan, jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka ialah mereka boleh minta jiran simpan sampah itu, bila mereka hendak keluaT. lni adalah tidak praktikal oleh kerana di Malaysia ini, lori datang cumil tiga kali satu minggu, kalau kita miss satu kali, beri jiran boleh, dua kali dia sudah marah.

Tuan Pengerusi (Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa sudah cukup.

Tuan Kerk Kim Hock: Jadi, saya harap ini adalah satu langkah yang tidak praktikal dan masalahnya ialah bila kita bangkang, kita bantah, MPMBB tidak sanggup mengadakan satu perundingan dengan rakyat yang lebih tahu apakah penderitaan mereka apabila langkah ini dijalankan. ltu sahaja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Lim Si Cheng]: Batang Lupar.

3.40 ptg.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Tuan Pengerusi, terima kasih. Kali ini saya bercakap pendek sahaja. Persoalan sahaja, saya hendak tanya soalan. Oleh kerana fasal gaji ini, memang gaji hendak dibayar dengan pegawai-pegawai kerajaan. Oleh kerana sudah dibayar, kita bukan sahaja bersetuju dengan 10%, kalau kerajaan bersetuju dengan lebih dari ini pun saya sokong juga naik gaji kepada pegawai-pegawai kerajaan ini. Dan kita memang menyokong penuh kenaikan 10% kepada kakitangan sektor awam dan kenaikan sebagainya itu kepada pegawai-pegawai perancang bandar dan desa. Tetapi saya hendak tanya satu, pegawai­pegawai yang dilantik ini kebanyakannya daripada pegawai sokongan dan pegawai gred 3. Adakah tidak, pegawai-pegawai teknikal, pegawai jurutera dan sebagainya dilantik dalam kementerian?

Pertanyaan saya, Tuan Pengerusi, ada kaitan dengan cadangan yang pernah saya sebut di Dewan ini, mungkin tidak terus kepada kementerian tetapi dituju dalam perbincangan-perbincangan yang lain. Y akni saya mencadangkan supaya kementerian ini mewujudkan satu dasar, dasar ini mesti dikuatkuasakan begitu rupa dan tidak boleh diubah. Maknanya setiap negeri, setiap kampung, bandar dan sebagainya dibuatkan satu master plan untuk pembangunan. Semua pembangunan mestilah mengikut master plan ini, pegawai kita, perancangan kita, arkitek kita dan jurutera kita hendaklah mematuhinya.

Saya menyebutkan perkara ini mengikut iktibar di Sarawak, Tuan Pengerusi, bukan saya hendak memuji negeri Sarawak. Sarawak salah satunya negeri yang mempunyai master plan di setiap bandar, di kampung saya, di kawasan saya, kawasan yang ada 5,000 orang sudah ada master plan yang tertentu. Kita tidak boleh buat kedai di sini, tidak boleh buat rumah di sini, tidak boleh buat kilang di sini, melainkan mengikut master plan yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan negeri.

Maknanya, soalan majlis-rnajlis itu hanya mengikut garis panduan dan master plan yang tertentu. Jadi, saya hendak bertanya, adakah master plan itu akan dibuat dan perancangan ini akan dibuat dan lantikan pegawai-pegawai ke dalam kementerian untuk menyediakan master plan ini.

Begitu juga, kalau soalan penanaman dan lanskap dan sebagainya. Dalam perumahan ini kadang-kadang kebanyakan masalah sosial berbangkit oleh kerana pembangunan yang tidak sesuai. Kita lihat sekarang, yang tadi kawan-kawan menyebut, kita telah bangunkan walk-up flat dan sebagainya kita hendak bangunkan, jadi apabila orang itu sudah berumur 50 tahun lebih, kalau dia bukan pelari pecut dan sebagainya, pelari pecut pun, Tuan Pengerusi, kalau sudah umur 55 tahun kaki sudah tidak boleh naik tingkat 4 lagi dab. Jadi, tingkat 4 walk-up flat adalah tidak memuaskan melainkan kita ada mempunyai lift, gunakan lift sahaja boleh. Tetapi kalau sudah tua dia cari, bahkan orang yang rumah dua tingkat pun dia hendak pergi ke bawah kalau umurnya sudah 60 tahun.

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. DR.24.10.2000 63

Jadi, fikirkan semula persoalan high density ini, dengan izin, dalam membina perumahan rumah murah. Jadi, saya mungkin berlainan pendapat, harga mungkin satu benda yang boleh kita bayar, tetapi persoalan masa depan masyarakat yang menghuni tempat yang high density ini, keselesaannya, kemasyarakatannya dan kebaikannya semua sekali mungkin negara yang akan menjadi akibatnya.

Tuan Pengerusi, jadi, itu sahaja persoalan saya, adakah kerajaan akan memikirkan semula supaya high density ini difikirkan semula, kita carilah tanah kerajaan negeri. Kita bukalah perkampungan dan bandar-bandar baru di tempat-tempat lain, kita wujudkan pekerjaan-pekerjaan yang boleh dibuatkan oleh masyarakat dan rakyat setempat dan orang akan diberi perumahan, rumah-rumah ini nanti akan berlandaskan di mana mereka bekerja, kalau orang kementerian duduk di Kajang, janganlah diberi dia bekerja di lpoh pula rumahnya. Kita carilah tempat yang berdekatan di mana dia biasa menghuni, walaupun ini mungkin tidak boleh dilaksanakan oleh kerana masalah mobiliti orang bekerja, dengan izin.

Tuan Pengerusi, jadi, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kemaman.

3.44 ptg.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof [Kemaman]: Tuan Pengerusi, terima kasih. Pertamanya, saya ingin bertanya mengenai kedudukan Majlis Daerah Kemaman kerana daerah Kemaman merupakan daerah yang paling rnaju di negeri Terengganu dan dalam daerah Kemaman ini ada lapangan terbang, ada pelabuhan dan merupakan kawasan perindustrian petroleum yang terbesar dalam negara.

Setahu saya, pendapatan tahunan daerah Kemaman ini mendapat lebih RM16 juta setahun yang melebihi daripada had untuk menjadi sebuah Majlis Perbandaran. Jadi, apa yang saya ketahui bahawa sebenamya Majlis Daerah Kemaman ini akan dinaikkan taraf menjadi Majlis Perbandaran sepatutnya dilancarkan pada bulan Jun 2000. Persiapan-persiapan sudah dibuat, tetapi saya hendak bertanya apakah kerajaan akan memberi status Kemaman ini ke status Majlis Perbandaran kerana apa yang berlaku dalam daerah Kemaman, kerana banyak pelabur-pelabur besar-besar yang datang, tetapi kita tidak mempunyai kapasiti untuk handle bahagian-bahagian teknikal, memberi nasihat-nasihat kepada pelabur-pelabur mengenai kemudahan-kemudahan yang ada di dalam daerah Kemaman ini.

Jadi, saya hendak tahu kerana segala syarat-syarat untuk menjadi sebuah . Majlis Perbaridaran bukan sahaja sudah cukup, tetapi jauh melebihi daripada syarat­syarat yang telah ditetapkan. Jadi, saya hendak tahu bila Majlis Daerah Kemaman ini akan dinaikkan ke taraf Majlis Perbandaran?

Yang keduanya, mengenai projek perumahan. Kita selalu dengar kerajaan bercakap bahawa mereka prihatin dari segi penyediaan rumah-rumah kos rendah kepada rakyat dan sebagainya. Tetapi baru-baru ini, 13 buah projek yang telah diberi geran kepada projek-projek yang akan dilaksanakan di Terengganu ditarik balik dan projek-projek ini melalui beberapa stages, kenapa berlaku sedemikian apabila rakyat memilih Barisan Altematif memerintah, geran yang sepatutnya diberi kepada pembinaan rumah-rurnah kos rendah untuk rakyat ini, terutamanya ia diperuntukkan kepada rakyat miskin ditarik balik atas sebab perubahan pemerintahan ini. Apakah kerajaan akan menimbang semula keputusan yang telah dibuat untuk menarik geran­geran yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Terengganu terhadap 13 projek yang telah dilaksanakan dalam beberapa stages ini.

Yang ketiganya, yang saya hendak tahu mengenai pelantikan pegawai­pegawai daerah yang report direct kepada Pusat yang akan dilantik untuk mentadbir negeri Terengganu, adalah difahamkan bahawa kerajaan akan melantik pegawai­pegawai daerah yang bereport kepada Pusat untuk mentadbir, setiap dua daerah seorang pegawai daerah. Apakah ini merupakan duplication daripada apa yang

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

64 DR.24.10.2000

dijalankan oleh pegawai-pegawai daerah yang ada sekarang ataupun sengaja Kerajaan Pusat tidak rnahu menghormati keputusan yang telah dibuat ...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, adakah ini perkara berkaitan dengan ....

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Ya, majlis tempatan, ini kerajaan tempatan, ini pegawai daerah ini.

Beberapa Ahli: Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Ada. Jadi; mengapa apabila negeri Terengganu menjadi sebuah kerajaan yang tidak seperti dengan Kerajaan Pusat, pegawai-pegawai daerah ini dilantik, kalaulah betul kerana kerajaan ingin menjalankan kegiatannya dengan lebih efisien sepatutnya negeri-negeri lain pun ada juga, maka kita tidak kompelinlah, tetapi hanya ada di negeri Terengganu sahaja.

Dan juga mengenai pelantikan JKK mi kerana Kerajaan Terengganu telah membuat keputusan untuk melantik Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) untuk mengendali segala permasalahan-permasalahan dalam rnasyarakat, tetapi Kerajaan Pusat ...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhorrnat, Yang Berhormat, saya yakin ini di luar bidang kuasa Kementerian Perurnahan dan Kerajaan Tempatan.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: JKK bukan di bawah kerajaan tempatan, ini di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini, ada ini, 040000 ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sekarang, sebab kita dalam peringkat Jawatankuasa.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Yalah, ini peruntukan perbelanjaan gaji, ini melibatkan peruntukan gaji kepada pegawai-pegawai kerajaan, yang tidak tentu fasal dia beri lantik pegawai-pegawai ini ataupun ahli-ahli JKK ini yang melibatkan kos kepada kerajaan. Ini tambahan. ·

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Bukan kerajaan tempatan, bukan Kerajaan Pusat.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Tidak, kerajaan tempatanlah. Ini terlibat daripada di bawah Kerajaan Pusat, JKK ini. Jabatan kerajaan tempatan.

Tuan Pengerusi (Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, itu memang tidak ada kena mengena dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Okaylah. Tetapi pegawai daerah.itu adalah, di bawah kerajaan tempatan, Kerajaan Pusat itu, itu merupakan .....

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Pegawai daerahjuga di luar bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kerajaan tempatan ini. Ini kerajaan tempatan, pegawai daerah bukan di bawah kerajaan tempatan?

Beberapa Ahli: Kerajaan Negeri.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Tak ada, ini di bawah Kementerian ......

Tuan Pengerusi (Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat!

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Walau bagaimanapun, saya ingin supaya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini menghormatilah prosedur dan protokol yang sudah diestablished di dalam Perlembagaan kita.

Itulah sahaja yang saya ingin kemukakan. Terima kasih.

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 65

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Tanjong. Selepas ini Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberi jawapan.

3.54 ptg.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong):' Sukacita saya menyentuh berkenaan dengan Maksud B.14 dan B.16 iaitu sungguhpun dalam kedua-dua ataupun semua butiran yang berkenaan dengan kementerian ini adalah untuk kenaikan gaji seperti mana yang disebutkan oleh rakan-rakan saya tadi ini memang menjadi satu tanggungjawab kepada ahli-ahli Dewan ini untuk selain daripada memberi sokongan kepada kenaikan gaji ini kepada kakitangan dan pegawai kerajaan tetapi juga mengambil kesempatan ini untuk memberi pandangan tentang tugas dan tanggungjawab mereka untuk memantau dan mengatasi masalah-masalah yang timbul akibat dari penggubalan dasar-dasar ataupun pelaksanaan dasar-dasar yang membawa impak yang besar kepada rakyat jelata.

Misalnya dalam beberapa bulan yang lalu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyatakan bahawa kementerian sedang membuat satu ulang kaji terhadap Akta Pemaju Perumahan dan juga konsep bina dan jual rumah dan juga Akta Pengurusan Corporation. Jadi, saya ingin tahu apakah kemajuan yang telah dicapai atas ulang kaji ini terhadap Akta Pemaju Perumahan dan juga Management Corporation Act kerana ini semua membawa impak kepada rakyat jelata yang membeli rumah. Jadi, saya rasa kenaikan gaji ini memang boleh difahami oleh rakyat tetapi kepada rakyat yang menjadi mangsa kepada sesetengah dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan misalnya pemansuhan Akta Kawalan Sewa ini telah membawa impak yang begitu besar kepada penyewa-penyewa khususnya di bandar raya Georgetown. Kepada mereka ini memang tidak memahami apa perlunya untuk menaikkan gaji kakitangan kerajaan dan juga gaji ahli Parlimen yang menyokong dasar-dasar yang menindas kepentingan mereka.

Misalnya baru-baru ini di negeri Pulau Pinang ada sebuah NGO telah mengadakan round table conference untuk menentang cadangan kenaikan gaji ahli Parlimen kerana pada pandangan mereka ahli-ahli Parlimen yang menyokong dasar­dasar yang menghakis kepentingan mereka misalnya dalam pemansuhan Akta Kawalan Sewa ini tidak layak untuk mendapat kenaikan gaji. Jadi saya berharaplah kenaikan gaji ini juga memberi kesempatan kepada kita untuk menilai prestasi dan sumbangan bukan sahaja pegawai kerajaan tetapi juga ahli Parlimen dalam menjalankan tugasnya. Jadi, saya ingin tahu dari kementerian sama ada selepas pemansuhan Akta Kawalan Sewa ini kementerian telah menjalankan satu kajian impak ...

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat saya yakin Yang Berhormat pun faham juga ...

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Tuan Pengerusi, boleh saya minta penjelasan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat saya sedang memberi sedikit pandangan saya. Jadi saya fikir Yang Berhormat sangat jauh daripada perkara yang sepatutnya kita bangkit di dalam peringkat Jawatankuasa ini.

Tuan Chow Kon Y eow: Sa ya ingat tidak jauh kalau ...

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Tuan Pengerusi saya ....

Tuan Chow Kon Yeow: ... pegawai yang menerima kenaikan gaji itu haruslah memantau kemajuan dan juga akibat dari pelaksanaan dasar. Menteri termasuk Timbalan Menteri juga kakitangan, pegawai kerajaan sama ada membuat kajian terhadap kesan ...

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed : Yang Berhormat penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Shah Alam bangun.

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

66 DR.24.10.2000

Tuan Chow Kon Yeow: Sebab tidak cukup masalah. Minta maaf.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Tolonglah bagi sekejap sahaja.

Tuan Chow Kon Yeow: Kajian terhadap Akta Kawalan Sewa ini misalnya juga dalam projek-projek yang terbengkalai adakah ... ·

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat memang banyak peluang untuk membawa perkara ini.

Tuan Chow Kon Yeow: Tidak tahu lagilah.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Jadi, tidak payah ambil kesernpatan ini untuk mengernukakan perkara tidak berkaitan.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Yang Berhormat saya hendak buat penjelasan sedikit bolehkah?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sudah habiskah Yang Berhormat?

Tuan Chow Kon Yeow: Belum. [Ketawa] Jadi, saya berharaplah kernenterian ini akan mengarahkan kakitangan-kakitangan yang sudah menikmati kenaikan gaji 10% ini untuk memantau projek-projek yang terbengkalai di negeri Pulau Pinang dan seluruh negara supaya projek-projek ini dapat dipulihkan dengan secepat mungkin.

Tuan Pengerusi, B.16 - Jabatan Bomba dan Penyelamat. Dalam tahun ini sahaja di negeri Pulau Pinang sudah berlaku beratus-ratus kes kebakaran dan harta yang rugi dalam kebakaran ini sampai beberapa ratus juta ringgit. Satu masalah yang berbangkit adalah dari segi pemantauan pili-pili bomba yang tidak berfungsi sebab di kebanyakan kebakaran ini misalnya kes di Kubang Ulu, Permatang Pauh baru-baru ini walaupun penduduk tempatan sudah buat pengaduan kepada pihak-pihak tertentu tetapi nampaknya tidak ada pemantauan dan tidak ada tindakan susulan untuk memasang pili-pili bomba. Dan yang anebnya selepas kebakaran barulah pihak-pihak berkenaan ingin memasang pili-pili bomba dekat tempat kejadian kebakaran. Jadi, saya berharaplah kementerian juga mernberi arahan kepada kakitangan dan pegawai yang sudah menikmati kenaikan gaji 10% ini untuk memantau dan memeriksa semua pili­pili bomba di selunih negara supaya memastikan mereka adalah di dalam kedudukan yang dapat berfungsi semasa diperlukan. Dan saya berharaplah termasuk Menteri dan Timbalan Menteri juga dapatlah sama-sama memantau masalah ini yang sungguh serius. Sekian.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri sila.

3.57 ptg.

Datuk Peter Chin Fah Kui [Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasihlah kerana nampaknya banyak Ahli Yang Berhormat yang berminat untuk berbahas tajuk yang sekarang kita bincangkan, iaitu Yang Berhormat bagi Bagan, Sipitang, Tebrau, Kota Melaka, Batang Lupar, Kernaman dan Tanjong.

Tuan Pengerusi, saya rasa kebanyakan yang dihuraikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah mengenai dasar-dasar kementerian saya dan saya rasa perkara­perkara ini saya boleh jawab dalarn masa kita rnenjawab perbahasan Belanjawan 2001 nanti. Sebab itu adalah mengenai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kementerian. Tetapi ada jug a yang berkaitan dengan rnaksud yang kita bincangkan pada hari ini dan saya inginlah jawab secara ringkas sahaja mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan. Terutamanya yang disentuh oleh Yang Berhormat bagi Bagan tuduhannya mengenai satu pokok bemilai RM200.00 apabila kita jalankan kempen penanaman pokok millennium itu. Saya rasa ini adalah satu tuduhan yang tidak ada asas. Saya pun tidak tahu RM200.00 angka ini dia dapat dari mana. Sebenamya untuk makluman Yang Berhormat kita membeli benih pokok atau pokok yang kecil itu

Page 78: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

--

.. DR.24.10.2000 67

bernilai RMI0.00 satu. Dan kita kena beli sebab pihak Jabatan Pertanian dan juga pihak Perhutanan tidak cukup benih-benih ini untuk disalurkan ke seluruh negara. Oleh sebab itu adalah kita menenderkan kepada pembekal-pembekal supaya kita boleh cukup benih ini untuk mencapai maksud kita iaitu 100,000 pokok. ·

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat bagi kawasan Sibu.

Tuan Robert Lau Hoi Chew: Terima kasih minta penjelasan. Tentang pokok yang terlalu kecil saya difahamkan Yang Berhormat Timbalan Menteri contohnya di Sibu, agriculturist kata survival rates terlalu rendah kalau kita tanam pokok yang terlalu kecil. Bolehkah kementerian kaji semula kerana di tahun depan berikan peruntukan cash langsung kepada agensi tempatan seperti Majlis Perbandaran tertentu supaya kami boleh cari kontraktor sendiri supaya saya fikir ini lebih berkesan. Ini kalau boleh kaji semula. Sekian terima kasih.

Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasihlah Yang Berhormat atas cadangan itu. Saya hendak jelaskan jugalah pokok yang kita beli itu RMl0.00 sekurang­kurangnya tingginya satu meter. Tidak boleh rendah daripada satu meter tingginya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga sebab kita hendak mencapai satu rekod dalam Malaysia Book of Records kita kena ada referee untuk usaha ini. Dan saya ingin hendak jelaskan di sini semua pokok yang ditanamkan oleh mana-mana pihak juga kalau diserapkan dalam pokok atau projek ini iaitu Projek Menanam Pokok Millennium ini pihak referee yang datang dari agensi yang menerbitkan Guiness Book Of Record itu mereka perlu memantau dan juga melihat sama ada pokok ini ditanamkan pada hari itu. Tidak boleh ditanamkan sebelum hari itu. Yang Berhormat, kalau ada pihak yang menanam pokok-pokok terlebih awal, ianya tidak masuk dalam rekod itu.

Tuan Lim Hock Seng: Penjelasan sedikit sahaja. Tuan Pengerusi, saya hendak mencabarlah Timbalan Menteri, kami sama-sama ambil satu cangkul. Kami sama-sama gali satu lubang supaya sepohon pokok yang satu meter tinggi itu yang dikatakan oleh Yang Berhormat sama ada dalam satu minit itu boleh gali lubang itu selepas tanam pokok itu tutup pokok itu dalam satu minit.

Datuk Peter Chin Fah Kui: Yang Berhormat you tidak faham. Saya baru sebut tadi kita ada syarat yang ditentukan bukan oleh Kementerian saya, ia ditentukan oleh pihak yang menerbit buku record itu. Adalah sebagai syarat cabaran rekod ini ialah lubang bagi pokok itu boleh disediakan. [Ketawa] Kita bukan ingin cuba bit around the bush untuk perkara ini. Kita ingin mencapai satu rekod sebenar-benamya. Sebenamya Yang Berhormat perlu rasa bangga sebab kita di Malaysia ini boleh capai satu rekod dunia. Patut rasa bangga, bukan kritik.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Batang Lupar ban gun.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya memang mengucap tahniahlah kepada kementerian kerana membuat satu inisiatif yang begitu baik sekali untuk penanaman pokok dan kita telah berjaya menanam pokok yang dirancang mungkin dalam masa lima tahun telah kita rancang dalam satu minit telah terlaksana apa yang dirancang untuk menanam beribu pokok dalam satu minit. Saya katakan tahniah. Tetapi Tuan Pengerusi, persoalan saya satu sahaja iaitu berbangkit daripada apa yang berlaku di Kuching tidak lama ini, iaitu pokok yang besar tumbang dan menimpa teksi dan orang teksi itu masuk hospital dan sekarang sudah hilang fikiran. Jadi, kebanyakan pokok-pokok yang diberi oleh pihak-pihak yang tertentu adalah pokok very fast growing tree, dengan izin. Jadi, pokok yang tumbuh dengan cepat ini juga brittle batangnya, dahan pokok itu brittle. Sekarang angin kencang banyak berlaku. Mungkin pihak pembangkang yang buat angin kencang ini. Jadi selalulah berlakunya pokok ini terjatuh. Jadi bagaimana kita hendak cari pokok ataupun klon pokok yang Jebih tahan lagi bila sudah besar sedikit ditanam

Page 79: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. 68 DR.24.l 0 .2000

di bandar-bandar supaya tidak mendatangkail bahaya kepada masyarakat umurn. Terima kasih.

Datuk Peter Chin Fah Kui: Ya, memang betullah Yang Berhormat. Itu satu cadangan yang baik. Sebenarnya sekarang pokok yang kita tanam dalam Projek Penanaman Millennium itu adalah pokok jenis yang lebih baik iaitu pokok kapur namanya. Okay, Tuan Pengerusi, dua sahaja, lain-lain perkara yang saya sentuh ...

. Tuan Pengerusi (Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhorrnat Batu Gajah.

Puan Fong Po Kuan: Saya minta penjela~an. Terima kasih Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa kementerian telah mengadakan satu Projek Menanam Pokok Millenium agar boleh masuk dalam rekod Malaysia Book Of Record. Saya kurang faham apakah rasional behind, dengan izin, di belakang kepentingan untuk masuk nama ke dalam rekod ini tetapi pada masa yang sama meluluskan projek perumahan di Bukit Kledang kawasan saya, projek perumahan di mana spesis-spesis pokok yang sangat elok, spesis-spesis terakhir pokok-pokok itu ditumbangkan, dimusnahkan. Pada masa yang sama kita tanam pokok tetapi di sebelah sana kita tumbangkan pokok dengan luluskan projek. Ini saya tidak fahamlah untuk masuk ke dalam rekod sahaja.

Datuk Peter Chin Fah Kui: Ya, ya, Yang Berhormat tidak faham tapi saya faham. [Ketawa] Tuan Pengerusi, begini ya. Kita memang ada undang-undang untuk berkaitan dengan pembangunan bukit tinggi dan sebagainya. Tetapi dalam masa yang sama, kita juga adakan gerakan untuk menanam lebih pokok di negara kita dan saya rasa tidak ada bercanggah. Kalau ada projek-projek yang diluluskan, semua projek itu memang ikut perancangan yang diadakan oleh pihak negerikah atau lain-lain pihak. Saya rasa tidak ada bercanggah.

Tuan Pengerusi, mengenai kenaikan harga rumah ini. Saya ingin hendak jelaskan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh ini, kita memang sudah mensasarkan lebih banyak lagi jenis rurnah low medium (sederahana rendah) tetapi sekarang sudah akhir dalam Rancangan Malaysia Ketujuh dan kita perhatikan pihak pemaju ini rasa tidak minat hendak memajukan rurnah low medium ini sebab low medium ini tidak ada di dalam syarat awalan kita. Kita hanya membuat satu sasaran dan buat masa sekarang, dalam dialog kita dengan pihak pemaju, mereka sudah memberitahu kementerian sebab projek low medium dia punya harga terlalu rendah. Oleh sebab terlalu rendah, mereka tidak mendapat pulangan modal. Oleh sebab itu, rnaka dia tidak buatlah rurnah low medium ini.

Tetapi rumah kos rendah ini pihak pemaju perlu buat sebab ada syarat pemajuan, 30%. Mereka tidak boleh lari untuk membina rumah kos rendah, tetapi low medium ini, dia boleh lari. Oleh sebab itu, maka kita rasa perlulah beri sedikit galakan kepada mereka, kementerian membenarkan mereka naikkan harga lebih tinggi sedikit supaya pihak pemaju rasa minat untuk mendapatkan sedikit keuntungan. Akhirnya mereka akan buat rumah low medium ini supaya market pun ada rumah low medium kepada golongan sasaran itu.

Yang terakhirnya, Tuan Pengerusi, saya hendak jawab iaitu mengenai pegawai-pegawai kita di dalam kementerian.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Bangun]

Tuan Pengerusi (Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Shah Alam.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih. Say a ingin penj elasan daripada Yang Berhormat, terutama saranan yang disampaikan oleh Yang Berhormat bagi Tanjong dalam perbahasan sebentar tadi mengandaikan dan membuat keputusan bahawasanya sebilangan besar Ahli-ahli Parlimen yang menjalankan tugas dalam Dewan ini tidak menjalankan tanggungjawab kita dengan baik oleh kerana kita menyokong Akta Kawalan Sewa yang berlaku di kawasan Pulau Pinang.

Page 80: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 69

Sa ya hendak bertanya kepada Yang Berhormat, setuju ataupun tidak bahawa ini merupakan satu pandangan yang cukup sempit, very close-minded dengan membuat itu sebagai satu asas pertimbangan utama bahawa kita ini semua tidak layak mendapat

. 10% kenaikan elaun. ·

Datuk Peter Chin Fah Kui: Ya, memang sokong. Itu pandangan atau tanggapan yang sangat betul. Saya rasa Tuan Pengerusi, mengenai pegawai-pegawai kerajaan yang kita ada di dalam kementerian, mereka diberi naik gaji sebab ada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8/2000 dan juga Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7/2000. Oleh sebab itu, maka, 654 kakitangan kementerian ini perlu dinaikkan gaji 10% dan imbuhan itu sebanyak 50%. Semua ini saya rasa ti&K ada apa-apa niat selain kerajaan mengikut satu keputusan untuk memberi layanan yang lebih kepada pegawai-pegawai perkhidmatan. Niatnya memang bagus. Kita tidak rasa kita ada motif yang lain, motif yang burukkah, apakah dan saya rasa pihak pembangkang pun hendak terima perkara ini dengan rela hati dan sokonglah. Daripada perkhidmatannya, memang kita rasa perlulah apabila kita berikan layanan yang lebih, kita harap juga pegawai-pegawai ini boleh lebih rajin dan prihatin tentang tugas-tugas mereka dan saya rasa dalam setiap kementerian, kita ada Jawatankuasa Keutuhan supaya tiap-tiap pegawai ini ada dia punya cara, tindakan dan sebagainya supaya performancenya akan sentiasa diawasi oleh pihak-pihak pegawai atasan.

Tuan Pengerusi, itu sahajalah yang ingin saya jawab. Lain-lain perkara saya sebut tadi, kita boleh sentuh dalam masa kita membabaskan Belanjawan 2001 nanti. Sekian.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RMl,403,500 untuk Maksud B.14; RM614,200 untuk Maksud B.15; dan RM2,745,000 untuk Maksud B.16 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RMl,403,500 untuk Maksud B.14; RM614,200 untuk Maksud B.15; dan RM2,745,000 untuk Maksud B.16 di diperintahkanjadi sebahagian daripada Jadual.

Maksud B.17 [Jadual] -Maksud P.17 (Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2000) -

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kepala Bekalan B.17 dan Kepala Pembangunan P.17 di bawah Kementerian Belia dan Sukan terbuka untuk dibahas. Sipitang.

4.12 ptg.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob (Sipitang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Baru tadi kita dengar tidak ada yang tidak setuju. [Ketawaj Apabila kena batang hidung kita, baru kita sedar. Pembangkang kata tadi, mula-mula dia kata kenaikan gaji 10%, dia tidak setuju. Sekarang sudah diam. Pegawai-pegawai kerajaan boleh tengok macam mana lakonan pembangkang. Apabila ditegur, barulah tahu di mana sepatutnya mereka menyokong. Se lama ini mereka mernbangkang for the sake o/membangkang sahaja tanpa usul periksa apa yang dibangkang. Jadi, sekarang kita jelas, kalau saya pegawai kerajaan, langsung saya tidak bagi pandangan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat, Kota Melaka berdiri.

Tuan Kerk Kim Hock: Bagilah.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Saya memang kawan.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya cuma hendak tanya, tadi saya buat penjelasan, Yang Berhormat tidurkah atau di luar Dewan buat apa itu?

Page 81: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. 70 DR.24.10.2000

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Tetapi yang Tuan Pengerusi minta sokong ialah gaji, bukan soal perdebatan. Bukan perkara yang didebat yang diputuskan untuk disokong. Pegawai-pegawai kerajaan ada di sini, tengok. Yang minta sokong lulus atau tidak lulus ialah duit RM3 .5 juta dan berikutnya, bukan: apa yang didebatkan. Jadi, yang Tuan Pengerusi beritahu itu jelas. Ini kerenah pembangkang. Jadi, kita balik kepada .....

Tuan Kerk Kim Hock: Bincang dengan baik-baik. Boleh ya?

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Boleh.

Tuan Kerk Kim Hock: Okay. Tadi saya jela~lCan apabila kita kata kita luluskan usul itu, itu tennasuk proses demokrasi di mana kerajaan harus memberikan justifikasi yang baik. Saya tidak katakan bahawa kita tidak bangkang kenaikan gaji, cuma cara Yang Berhonnat Setiausaha Parlimen tidak menjalankan tugas demokrasinya, itu yang kita bangkang. Jadi, kita tidak payah panjangkan perkara ini. Sa ya tahu dia ....

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhonnat.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Terima kasih. Kalau hendak yang percakapan itu perlu dibangkang, bangkang masa membahas, bukan membangkang masa kelulusan.

Tuan Kerk Kim Hock: ltu cara dia.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Kenapa sekarang bila kelulusan yang kedua, kenapa tidak bangkang? Yang mula-mula tadi dibangkang. Jadi, ini boleh jadi saksi kepada yang ada di depan. Pemberita kena beritahu. Kena tengok ini.

Tuan Kerk Kim Hock: Dia mahu pemberita buat cerita.

Datuk Dr. Haji Yusofbin Haji Yacob: Kepada B.17 ...

Tuan Kerk Kim Hock: Dia ulang-ulang, saya tahu itu taktik dia.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Ini betul. Kita mesti profesional.

Tuan Kerk Kim Hock: Itu taktik kita tahu.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: ltu bila kena batang hidung sendiri baru tahu. Ha, tengoklah. Saya cabar selep<.s ini bangkang, tidak sokong. Selepas ini.

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampukj

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Yalah, saya minta cabar. Selepas ini, bila Tuan Pengerusi tanya siapa setuju, cakap kuat-kuat tidak setuju supaya pegawai-pegawai kerajaan .....

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berbormat Sipitang, dua minit sudah habis. [Ketawaj

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Tidak. Ini kena jelas Tuan Pengerusi. Sistem kita ini demokrasi. Kita kena jelas apa yang perlu ada demokrasi, apa yang kata tidak demokrasi. Jangan rakyat keliru oleh kerana hujah-hujah pembangkang ini.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Kita minta kenaikan itu lebih daripada 10%, sebab itu kita tidak setuju 10%.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat ....

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Kalau hendak cakap, saya beri jalan. Apa yang perlu demokrasi, kita kena bincang cara profesional sebagai Ahli Parlimen tetapi rakan daripada .....

Seorang Ahli: Kemaman.

Page 82: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. DR.24.10.2000 71

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Tidak. Yang daripada perempuan ini. Daripada mana?

Seorang Ahli: Batu Gajah.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Batu Gajah.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Boleh minta penjelasan?

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Minta saya habis dahulu. Batu Gajah kata sana tanam pokok, sana tebang pokok, betul. Sana ditebang, kita tanamlah supaya ganti yang tebang itu. Ini rasionalnya. · ·

Puan Fong Po Kuan: Saya minta penjelasan.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Saya bagi Kemaman.

Puan Fong Po Kuan: Terima kasih, terima kasih Yang Berhonnat Sipitang.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhonnat. ...

Puan Fong Po Kuan: Dia bagi laluankah? Kepada sayakah? [Disampuk] Ini saya hendak ...

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Saya bagi Kemaman.

Puan Fong Po Kuan: Bagi Kemaman, okay, nanti. [Disampuk]

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Pertamanya yang mengenai kenaikan gaji, semua sokong. Malah kita bukan sokong kepada 100/o tetapi minta lebih lagi kepada pegawai kerajaan ini kerana kerja mereka risiko dia lebih teruk sekarang ini apabila diarahkan membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan profesionalisme mereka atas keputusan-keputusan politik yang dibuat oleh kerajaan sekarang.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Lepas ini saya cabar. Sama-sama kita cakap sokong. Boleh? ~epas ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhonnat, teruskan kepada tajuk Yang Berhonnat Sipitang. [Ketawa] Cukup.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan : Yang Berhonnat Tuan Pengerusi, minta maaf.

Puan Fong Po Kuan: Minta laluan.

Datuk Dr. Haji Yusofbin Haji Yacob: Saya bagi Tebrau.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan : Sahabat karib dulu.

Puan Fong Po Kuan: Dia berani kata saya kata tidak betul tetapi di sini you tidak berani bagi saya defend. [Disampuk] Ini sangat memalukan dalam Dewan yang mulia ini.

Datuk Dr. Haji Yusofbin Haji Yacob: Saya bagi Tebrau dulu.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhonnat Tebrau, hendak tanya apa?

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan : Ha, sikit sahaja. Saya honnatkan dia berdiri, tidak apalah. Saya tadi sudah cakap dalam ucapan awal tadi, saya menyentuh dalam masa peruntukan gaji bahaskan Jabatan Audit. Itu saya tegur tadi apabila buat keputusan, Ahli yang bersetuju, kata setuju, setuju. Ahli yang kata tidak setuju, tidak setuju. Sana bunyi tidak setuju. ltu yang saya timbulkan semasa hendak buat keputusan terima atau tidak terima tambahan. Selepas itu saya cadangkan, patut bukan 10%, 20% kah, 50% kah dalam tanggungjawab, saya menyentuh semasa saya bahas. Setuju kan, kita dulu tadi cakap.

Page 83: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

72 DR.24.10.2000

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Sipitang, say a hendak tanya, saya yakin Yang Berhormat mempunyai banyak cadangan sukan di Asia, betul? Tolong teruskan.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Ya, ya mukadirnah tadi. Ta"di, banyak pengacau juga Tuan Pengerusi. [Ketawa] Saya teruskanlah kepada Maksud B.17, Kementerian Belia dan Sukan ini. Saya menyokong peruntukan RM6.7 juta ini dikehendaki untuk membiayai penawaran Sukan Asia. 2006 bagi tahun 2000. Jumlah ini memang kalau kita lihat agak tinggi dan mudah-mudahan kita dapatlah Sukan Asia itu diadakan di Kuala Lumpur ini sebagai promosi negara kita tetapi saya merayu juga kepada Kementerian Belia dan Sukan, kita tengok juga negara kita ini. Sebelum kita dapat menawarkan sukan ini diadakan di negara kita, kita mestilah juga meneliti sukan jenis apa yang kita boleh dapat dalam Sukan Asia dalam tahun 2006 itu nanti.

Jangan kita cuma mengadakan sukan tetapi pingat kita kosong. Macam kita hantar ke Olimpik, kita dapat kosong. Orang datang ke Olimpik di Sydney, Australia kerana mereka ada ahli-ahli sukan handal yang akan menjadi saingan kepada pendatang. Contohnya, seperti Kathy Freeman, dengan izin, iaitu pelari 400 meter wanita. Ini menjadi tumpuan pertarungan yang hebat. Jadi, kita minta juga supaya sukan diadakan di Kuala Lumpur mesti ada juga ahli-ahli sukan kita akan menunggu untuk bertarung dengan hebat dengan pendatang-pendatang daripada luar.

Alhamdulillah, kita ada sukan yang popular, misalnya badminton tetapi kita boleh kecundang di Olimpik baru-baru ini sebelwn sampai ke pusingan yang akhir. Oleh itu, saya minta ....

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih. Boleh sedikit? Mungkin Yang Berhormat setuju dan mungkin Timbalan Menteri bersetuju. lktibar yang kita ambil daripada Sukan Olirnpik di Australia baru-baru ini, bagaimana kita lihat Sri Lanka, Ethiopia dan beberapa buah negara lain yang mungkin kalau bandingkan dengan negara kita, kita lebih hebat lagi. Jadi, saya rasa mungkin sudah tiba masanya kita tumpu ataupun keutamaan diberi kepada satu bidang yang kita rasa kita boleh dapat medal dan pingat. Tidak sahaja hanya kita mendapatkan hak menjadi tuan rumah Sukan Asia tahun 2006 kerana memandangkan kita sudah gagal untuk mendapatkan hak menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Tahun 2008. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Terima kasih Yang Berhormat bagi Larut. ltu yang saya maksudkan. Sebelum kita mengadakan kita mesti buat homework kita, dengan izin, kerja rumah kita. Kita mesti fokus ataupun melihat kc hadapan pada tahun 2006 sukan apa yang kita boleh menang, yang boleh bertarung dengan pendatang-pendatang ini. Kita mesti membuat perancangan daripada awal. Saya ingin minta penjelasan daripada kementerian apa jadi dengan ahli-ahli sukan muda kita yang dilatih daripada sekolah rendah, kemudian sekolah menengah, kemudian ke universiti supaya dapat bertarung iaitu, sekolah sukan negara. Bagaimana dengan peruntukan dan apakah ini telah diteruskan? Saya tidak mendapat gambaran yang sebenar kedudukan ahli-ahli sukan muda kita ini yang akan dapat menawan pingat-pingat di masa-masa akan datang.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sila gulung.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Jadi, itu sahajalah Tuan Pengerusi. Saya mintalah perkara ini dikaji supaya kita adakan sukan, sukan ini meriah kerana kita juga dapat pingat. Jangan nanti sukan dibuat di Malaysia senarai pingat kita kosong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Bentong.

4.22 ptg.

Tuan Liow Tiong Lai [Bentong]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya bangun turut menyokong tambahan sebanyak RM6,715,000 untuk membiayai penawaran Sukan Asia Tahun 2006 bagi tahun 2000 ini. Saya hendak mengucapkan

Page 84: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. DR.24.l 0.2000 73

syabas kepada Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan kerana telah bekerja bertungkus-lumus sejak awal tahun lagi untuk memastikan negara kita menjadi tuan rumah pada tahun 2006 ini.

Saya merasakan bahawa aktiviti berkempen untuk memastikan kita menjadi tuan rumah ini perlu diperhebatkan lagi. Bukan sahaja di peringkat Asia ini, di negara­negara lain bahkan di negara kita seperti aktiviti berjalan kaki perlu lagi terus dipertingkatkan.

Saya juga hendak dapatkan pandangan dan pertanyaan kepada Timbalan Menteri semasa Menteri dan Timbalan Menteri menjalankan tugas di luar negara untuk mendapatkan sokongan daripada Menteri-menteri Sukan negara-negara lain, saya rasa adakah Menteri kita berjumpa dengan pelajar-pelajar di negara tersebut dan juga persatuan-persatuan pemiagaan Malaysia di negara tersebut kerana saya rasa pelajar­pelajar kita di luar negara dan juga peniaga-peniaga kita juga memainkan peranan yang penting untuk melobi dan menunjukkan komitmen negara kita untuk menganjurkan Sukan Asia ini.

Satu lagi babawa tadi saya sokong betul apa yang dikatakan oleh Yang Berbormat bagi Sipitang tadi, memang kerajaan perlu menunjukkan komitmen yang lebih lagi untuk melahirkan ahli-ahli sukan yang cemerlang. Apabila kita melihat di mana kita dapat mencungkil bakat ahli-ahli sukan ini kita tengok ia daripada bangku sekolah lagi. Oleh itu, sasaran untuk melahirkan ahli-ahli sukan yang unggul perlu datang daripada sekolah. Tetapi apabila kita melihat kemudahan dan juga peruntukan yang diberi kepada sekolah-sekolah untuk mencungkil bakat-bakat sukan ini adalah amat menyedihkan kerana Kementerian Pendidikan kita faharn kebanyakan peruntukan ini adalah khas untuk pendidikan akademik.

Dari segi pendidikan sukan ini, saya rasa Kementerian Belia dan Sukan perlu memainkan peranan yang lebih penting dan lebih mengambil inisiatif, kalau boleh untuk membantu Kementerian Pendidikan, membantu sekolah-sekolah untuk memberikan peruntukan yang lebih banyak agar sekolah-sekolah dapat menganjurkan lebih banyak acara sukan. Kalau kita lihat sekolah-sekolab kita sekarang temasya sukan hanya setahun sekali. Ada sekolah dua tahun sekali, ada sekolah tiga tahun sekali. Saya rasa kalau kita anjurkan temasya sukannya tidak cukup. Kita perlu mempunyai kemudahan-kemudahan yang lebih di sekolah tidak kira apa jenis sukannya, kita perlu mempertingkatkan kemudahan-kemudahan sukan di sekolah dan juga peruntukan agar pihak-pihak sekolah dapat menganjurkan pelbagai sukan di sekolah.

Saya juga berharap Kement·~rian Belia dan Sukan clan mencadangkan kepada kementerian perlu mengadakan satu pelan strategi yang menyeluruh untuk melahirkan tokoh-tokoh sukan negara. Kalau kita lihat program sekarang kebanyakan beban ataupun tanggungjawab ini diberikan kepada persatuan-persatuan sukan sahaja untuk melahirkan jaguh-jaguh sukan negara kita. Oleh itu, kalau kita sangat bergantung kepada persatuan-persatuan sukan dan kementerian sendiri tidak mengawal selia dan mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas ini, saya rasa akhirnya seperti apa yang berlaku di Sukan Olimpik kita tidak mendapat apa-apa medal. Oleh itu, saya rasa untuk memastikan acara Sukan Asia Tahun 2006 ini kita berjaya bukan sahaja berjaya menjadi tuan rumah malah kita boleh mendapat medal yang lebih banyak dan memeriahkan lagi Sukan Asia Tahun 2006 ini. Dengan kata-kata itu, saya turut menyokong.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Tanah Merah.

4.28 ptg.

Tuan Saupi bin Daud [Tanah Merah]: Terima kasih kepada Tuan Pengerusi, saya ingin turut sama membincangkan Maksud B.17 dan P.17 di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Page 85: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. 74 DR.24. l 0.2000

Pertama sekali kita melihat bahawa kalau disebutkan sebagai penawaran tuan rumah untuk Sukan Asia Tahun 2006 harus kita melihat kepada keadaan dalaman kementerian sendiri di mana kalau kita lihat bahawa Kementerian Belia dan Sukan pada hari ini adalah tidak sama iaitu, rentaknya tidak sama mengikut stail menteri­menteri yang mengetuai kementerian tersebut. Umpamanya kalau dahulu kita lihat bahawa Sukan Komanwel Tahun 1998 seorang menteri telah berjaya membawa sukan ini untuk berlangsung di Malaysia, di Kuala Lumpur, maka adakah patut menteri lain yang menggantikan ataupun yang mengambil tempat tnenteri ini juga mesti mengikut cara dan langkah untuk membawa sukan tersebut ataupun sukan-sukan lain di peringkat antarabangsa ini ke Kuala Lumpur tanpa mengambil kira keadaan-keadaan dalaman dan juga prestasi sukan yang ada di negara ini terutama sekali dari segi faktor kewangan, dari segi faktor pencapaian, dari segi faktor persatuan-persatuan sukan sendiri.

Saya melihat perkara ini apabila kita lihat di akhir-akhir ini banyak program sukan yang tidak mengik:ut selera belia-belia kita tetapi mengik:ut selera menterinya sendiri. Umpamanya kalau kita ambil contoh bulan Oktober ini - kita masih di dalam bulan Oktober, menteri telah melancarkan bahawa bulan Oktober ini adalah sukan bermotor kerana menteri minat motor besar. Jadi, diisytibarkan pada bulan ini sukan bermotor sempena dengan Fl dan sebagainya maka seluruh belia terpaksa mengik:uti program sukan bermotor. Apakah matlamat sebenar di sebalik sukan bermotor ini? Kalau kita lihat bahawa sukan ini tidak menepati dan juga tidak mengik:uti kehendak­kehendak belia di peringkat bawah. Saya yakin dan percaya bahawa sukan bermotor ini mempunyai target group yang berlainan dan mempunyai kewangan yang besar untuk setiap warga belia menyertai sama di dalam sukan bermotor ini.

Yang kedua, kalau kita lihat kepada pemimpin-pemimpin belia sendiri. Saya berasa tertarik apabila kepimpinan MA YC yang baru berlangsung di mana seorang menteri yang memilih ataupun yang menerajui MA YC di peringkat Malaysia ini iaitu, Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid yang telah mencabar ataupun Yang Berhormat Tan Sri Sanusi tidak mengambil terµpat. Apabila kita lihat bahawa setelah Perdana Menteri membuat teguran bahawa pemimpin-pemimpin belia ini tidak seharusnya terdiri daripada mereka yang berumur lanjut ataupun berusia tua maka barulah terdapat reaksi daripada pemimpin-pemimpin belia yang lain yang turut sama menegur dan memberi komen. Tetapi kalau Perdana Menteri tidak memberi komen, tidak membuat teguran maka selagi itulah kepimpinan belia dipimpin oleh mereka yang mungkin tidak tahu arah tujunya lagi dan kita rasa adalah sukar kalaulah pemimpin di peringkat belia dan pertubuhan ini yang terdiri daripada mereka yang lebih tua dengan menterinya sendiri, kalau dibandingkan dari segi umur.

Satu lagi yang saya ingin melihat bahawa pencapaian yang kita semua tahu bahawa persediaan Olimpik dahulu di Sydney yang baru berlangsung, rakyat Malaysia merasa kecewa dengan mutu dan pencapaian yang diperolehi oleh atlet-atlet kita yang menyertai sukan di Sydney ini kerana kita yakin dan percaya sebelum keberangkatan mereka ini ke Sydney, mereka telah yakin dan meyakinkan rakyat Malaysia bahawa sekurang-k:urangnya mereka akan memperolehi pingat walaupun di peringkat mana ataupun jenis sukan yang mana tetapi akhimya sebarang pingat, sebutir pingat pun tidak dapat dibawa kembali dan perbelanjaannya yang begitu besar.

Adakah atlet-atlet kita di bawah persatuan sukan atau Majlis Sukan Negara hanya mampu bertanding di peringkat negeri kita sendiri ataupun menyertai - kalau kita lihat daripada SUKMA ataupun Sukan Malaysia yang hari ini mungkin sudah sampai ke Sukan Malaysia Kelima. Kalau kita lihat bahawa atlet-atlet kita begitu · beria-ia benar apabila menyertai SUKMA dan kita lihat yang terakhir dibuat di Pulau Pinang begitu besar sekali perbelanjaan yang telah berlangsung di Pulau Pinang untuk menjayakan sukan SUKMA ini. Setiap kali SUKMA kita lihat negeri-negeri berebut memberi tawaran kerana di samping dapat menjayakan SUKMA ini, mereka juga memperolehi peruntukan yang besar untuk menyediakan kemudahan-kemudahan sukan ini. Setakat menyediakan kemudahan sukan tetapi tidak mengambil kira pencapaian sebenar atlet-atlet kita. Begitu juga kalau kita lihat kepada badminton, kita

Page 86: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 75

merasa yakin dan percaya dengan pendapat ramai yang mengatakan bahawa jaguh­jaguh badminton kita adalah merupakan jaguh kampungan kerana bila kita bertanding di peringkat Malaysia, di peringkat dalam negeri, kita beria-ia benar tetapi di peringkat antarabangsa kita telah menunjukkan mutu dan kualiti yang begitu rendah. ·

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Saya minta di dalam hal ini supaya kerajaan ataupun Kementerian Belia dan Sukan sendiri mengkaji sebelum meneruskan tawaran untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia Tahun 2006 ini, adakah matlamat dan juga perbelanjaan-perbelanjaan yang akan melibatkan kewangan yang besar ini mencapai hasrat dan tujuan belia-belia negara kita arah memajukan sukan demi kecemerlangan belia-belia kita. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Kinabatangan, ya.

4.33 ptg.

Tuan Moktar bin Radin [Kinabatangan): Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil peluang untuk Maksud B.17 Kementerian Belia dan Sukan. Saya pertama sekali mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan dan kementerian ini kerana telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan penganjuran mendapat hak Sukan Asia Tahun 2006 ini di Malaysia. Dengan peruntukan-peruntukan yang banyal: semata-mata untuk melobi, saya ingin tahu .apa yang kementerian telah lakukan clan kalau boleh sejauh manakah harapan ataupun jaminan yang negara kita mempunyai peluang untuk mendapatkan hak penganjuran Sukan Asia Tahun 2006 ini? Kalau sudah tidak ada jaminan, kalau sudah tidak ada harapan, elok kita berhentikan perkara yang merugikan ini. Kalau masih ada harapan, berapa peratus harapan yang boleh kita nanti-nantikan? {Tepuk] Kita rakyat Malaysia menyedari kerajaan memang begitu menumpukan pembangunan sukan dalam negara kita walau bagaimanapun, kerenah persatuan-persatuan sukan dalam negara kita harus diberhentikan.

Justeru itu, akta persatuan-persatuan sukan ini harus diselarikan dengan kementerian ini mana-mana sukan, persatuan-persatuan sukan yang terlalu mengamalkan diskriminasi dan sebagainya persatuan sukan tersebut boleh diberhentikan aktivitinya serta-merta diganti dengan mereka - cadangan daripada kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan dengan mereka yang benar-benar ingin melihat sukan di negara kita sebagai satu industri, satu pelaburan yang boleh mendatangkan untung dan hasil kepada negara kita kerana saya dapat melihat pergolakan persatuan-persatuan sukan di negara kita pada hari ini sudah berlarutan begitu lama sekali memakan masa mungkin sepuluh, dua puluh tahun. Tidak ada campur tangan yang ketara daripadz pihak kementerian dengan alasan bahawa tidak mempunyai bidang kuasa. Jadi, perkara ini terbiar.

Baru-baru ini kita telah dengan sendirinya mungkin boleh mengiktiraf diri kita telah gagal dan tidak boleh lagi, bukan lagi 'Malaysia Bolch', boleh dikategorikan sebagai 'Malaysia sudah hampir-hampir tidak boleh' {Tepuk} pihak pembangkang senang hatilah tu [Ketawa} Waiau bagaimanapun, rasa saya, belum terlambat bagi kita untuk mengadakan perancangan yang baru ataupun pendekatan yang baru memastikan bahawa persatuan-persatuan sukan semua harus ada komitmen dan harus ada priority iaitu melahirkan atlet-atlet ataupun ahli-ahli sukan yang boleh berkelas dunia. Memang sudah ada, tetapi akibat daripada pergolakan dalam organisasi sukan itu sendiri maka hilanglah minat para atlet yang berkelas bertaraf dunia ini. Contoh­contoh banyak yang boleh kita gambarkan.

Justeru itu, pada saya adalah tidak munasabah untuk kerajaan berbelanja berjuta-juta ringgit dalam usaha yang tidak menentu kerana perkiraan harus diambil kira bahawa kualiti sukan sesebuah negara itu juga akan dikira sebagai salah satu kriteria untuk dia menganjur sukan yang berprestij ini. Jadi, kalau dikira dari segi mutu sukan negara kita, sudah dikatakan sudah tidak ada kerana sebarang medal untuk

Page 87: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. 76 DR.24.10.2000

Sukan Olimpik sudah tidak dapat kita perolehi, yang adapun sudah tidak boleh dipertahankan. Di mana silapnya? Perkara seumpama ini mesti ada silapnya.

Justeru itu, saya mencadangkan kementerian memanggil semua persatu~­persatuan sukan, jangan kira bulu, jangan kira siapa peneraju badan sukan tersebut. Kalau silap beri teguran, kalau tidak boleh beri teguran, beri amaran, kalau tidak boleh beri amaran, berhentikan. [Ketawa] Gubal satu peraturan di mana kementerian dan juga kerajaan boleh campur tangan kepada persatuan-persatuan sukan kerana negara kita rugi. Kerajaan membelanja wang berjuta-juta. Kalau kita banding dengan negara Australia, 18 juta penduduknya melahirkan ahli-ahli suk~ bukan lagi bertaraf dunia bahkan mendahului negara-negara yang lebih maju dalam sukan. Kita 23 juta mustahil kita tidak boleh melahirkan ahli-ahli sukan yang baik sekiranya pengurusan sukan dalam negara kita ini diurus dan diatur dengan baik.

Tuan Pengerusi, kalau boleh dengan seboleh-bolehnyalah, kita minta semua mereka yang terlibat ini ada keikhlasan, ada kesungguhan dan ada keinginan kerana mana boleh seorang imam dilantik menjadi ketua sukan bola sepak, akhirnya dia mengingatkan waktu sembahyang, sukan bola sepak tidak akan berjalan, itu contohnya. K.alau orang tidak arif dalam bidang sukan, mahu menjadi pemimpin sukan maka lenyaplah masa depan sukan negara kita.

Tuan Pengerusi, perkara ini seharusnya kalau boleh kita selesaikan pada hari ini juga kerana masa-masa akan datang, kalau ini berterusan begitu akhimya Dewan ini akan terus menjadi medan untuk menentukan hala cara sukan negara kita. Contoh­contoh yang telah diberikan oleh rakan-rakan saya harus kita ambit kira clan ambil tindakan. Jangan seumpama melepas batuk di tangga sahaja. Hari ini kita kritik, besok mereka memperbaiki, selepas itu retak semula hubungan dalam organisasi sukan-sukan yang kita amanahkan kerana mereka juga harus sedar bahawa mereka juga adalah pemimpin, pemimpin dalam sukan sama tanggungjawabnya dengan pemimpin politik ataupun persatuan-persatuan yang lain. Kalau mereka sudah hanya ingin memegang jawatan semata-mata untuk mengambil peluang dan kesempatan, rasa saya mereka ini harus digulingkan atau dijatuhkan. ··

Tidak ada jalan untuk kita bertolak ansur, tidak ada ruang untuk mereka yang tidak ada pertanggungjawaban ini untuk memimpin persatuan sukan harus menerima hakikat kalau mereka sudah tidak boleh, katakan tidak boleh, jangan kerana mereka seorang maka porak-perandalah semua bentuk sukan yang kita rasa boleh mendatangkan basil kepada kita. Saya sebetulnya sudah tidak mahu berbicara tentang sukan ini, tetapi oleh kerana salah seorang juga ahli sukan dan saya suka bersukan, jadi saya kena berbicara kerana ini adalah antara kehidupan kita. Bersukan dengan politik, dengan kesihatan tidak boleh dipisahkan, hampir serupa saja.

Datuk Anifah Aman: [Bangun]

Tuan Moktar bin Radin: Ya silakan.

Datuk Anifah Aman: Yang Berhormat, minta penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat telab pun mengatakan bahawa sekiranya Malaysia tidak mungkin memenangi apa-apa juga medal yang akan dianjurkan oleh Malaysia, apakah pendapat Yang Berhormat bahawa dalam Formula One juga kita tidak mungkin menang tetapi bagaimana dengan spin off yang telah kita perolebi itu?

Tuan Moktar bin Radin: Ya terima kasih, ini soalan yang baik. Sebetulnya negara kita kalau diberi peluang untuk menganjur, kita memang hebat, ada kelas bertaraf dunia. Tetapi masalah yang kita hadapi bukan penganjuran, masalah atlet kita tidak ada daya saing. Jadi punca-puncanya memang ada. ltu sebab kita minta kementerian dan persatuan-persatuan sukan itu mengenal pasti punca kelemahan dan kekalahan ini. Apakah disebabkan kerana pemakanan kita orang Malaysia salah ataupun barang-barang lain ataupun apakah tidak atlet kita mengamalkan dadah jenis Steroid dan sebagainya boleh menguatkan otot-otot. Kalau dalam bidang pengurusan

Page 88: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. DR.24.10.2000 77

sukan, kita diakui adalah bertaraf dunia pada hari ini seperti anjuran Formula One, Sukan Komanwel dan sebagainya.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat menyebut bahawa kegagaian kita di Sukan Olimpik khususnya dan juga kegagalan dalam sukan-sukan yang lain banyak diberatkan, dibebankan atas kelemahan-kelemahan ataupun kesalahan persatuan­persatuan sukan yang ada. Saya bersetuju bahawa salah satu daripada kelemahan itu ialah persatuan-persatuan sukan kerana tidak keprihatinan mereka dan tidak kebertanggungjawaban mereka dalam mengendal*an atlet-atlet dalam negara kita. Tetapi tidakkahjuga bahawa kesalahan itu harus diletakkanjuga kepada kementerian.

Pertama, saya hendak sebut bahawa kerana kementerian juga harus bertanggungjawab terhadap mutu sukan itu sendiri dalam hendak menyelaraskan kegiatan persatuan-persatuan sukan. Yang kedua juga, bahawa selepas daripada kita menyertai Olimpik baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan sendiri bersama dengan Majlis Sukan Negara telah membuat satu kenyataan bahawa berpuas hati dengan pencapaian atlet-atlet sukan dalam negara kita. Tidakkah ini menunjukkan bahawa kementerian sendiri khususnya melalui menteri memperakui bahawa pencapaian kita baik sedangkan Yang Berhormat mengatakan pencapaian kita ini lemah. Jadi, kalau Yang Berhormat mengatakan pencapaian kita lemah, adakah ini bermakna bahawa Yang Berhormat juga turut menyalahkan menteri di atas kelemahan pencapaian sukan dalam negara kita. Bagi saya adalah tidak wajar untuk sekadar kita menyalahkan persatuan-persatuan sukan. Saya bersetuju persatuan sukan ada kesalahan yang sangat besar tetapi kementerian juga harus dipertanggungjawab dibebankan dengan kelemahan-kelemahan ini.

Tuan Moktar bin Radin: Ya terima kasih Yang Berhormat. Memang kita memperakui bahawa kita sebetulnya tidak boleh menunding jari tetapi seperti yang saya katakan awal-awal tadi sudah tiba masanya kita mencari pendekatan yang baru kerana kita melihat strategi kementerian dan persatuan-persatuan sukan sudah tidak mengena dalam 10 hingga 20 tahun ini bererti ada kelemahan. Memang tidak boleh kita nafikan kalau kita ada kelemahan, kita perakui ada kelemahan. Justeru itu, kita mencadangkan agar kelemahan ini diperbaiki, tidak salah kita memperbetulkan perkara-perkara yang tidak betul. Tidak salah kita mengetepikan strategi yang terdahulu tetapi tidak mengena harus kita ubah strategi yang baru contohnya Pilihan Raya. Mungkin Pilihan Raya kali ini kawasan Pokok Sena oleh kerana strategi Pokok Sena mengena dia menjadi Ahli Parlimen, mungkin tahun akan datang, calon dia mengatur strategi yang lain mungkin Pokok Sena pun boleh kalah. Jadi ini sebagai satu cara.

Saya memang memperakui Kementerian Belia dan Sukan juga banyak kelemahan kerana mereka terlalu berlembut dengan persatuan-persatuan sukan. Tidak ada ketegasan yang diambil once and for all, dengan izin Tuan Pengerusi. Kalau ada, rasa saya karenah pegawai-pegawai persatuan-persatuan ini tidak boleh berlarutan. Mereka berkempen semata-mata menggunakan duit kerajaan untuk melobi Sukan Asia tetapi ada juga pegawai-pegawai ambil kesempatan, terbang tidak mahu business class, tidak mahu economy, semua first class. Jadi keutamaan di mana? Seharusnya keutamaan untuk Malaysia, untuk negara kita, keikhlasan kita. Kalau satu pegawai pergi menaiki first class, kalau economy class boleh tiga orang pegawai yang pergi. Mengapa tidak dirancang sebegini? Biar ramai yang tukang lobi supaya negara kita diambil perhatian. Jadi, pegawai-pegawai sukan juga harus diberi motivasi agar jangan mereka ambil kesempatan kerana mereka juga dibayar untuk bertugas seumpama ini. Jangan ingat ini hotel lima star, kalau dua star tidak mahu tinggal, ini tidak boleh. Banyak yang berlaku saya tengok.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah cukup, cukuplah, cukuplah, saya ingat perbahasan ....

Tuan Moktar bin Radin: Ya, terima kasih Tuan Pengerusi.

Page 89: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

78 DR.24.10.2000

Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita ada hanya besok sahaja hendak menghabiskan kesemua 21 kementerian. Sekarang ini kita hanya memasuki perkara yang ketiga Kementerian Belia dan Sukan. Oleh yang demikian, saya tidak boleh membenarkan perbahasan yang lebih panjang lagi. Saya nrinta kementerian menjawab. Sila. ·

4.47 ptg •

. Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Datuk Ong Tee Keat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkanlah saya merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhonnat yang menunjukkan keprihatinan mereka dengan menerusi teguran dan juga cadangan terhadap usaha yang sedang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan khususnya dalam bidang merebut hak penganjuran Sukan Asia 2006. Bersabit dengan soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Sipitang dan beberapa orang ahli yang lain khususnya berkisar dengan pencapaian atlet-atlet negara kita dalam Sukan Asia yang akan berlangsung pada tahun 2006. Ada yang menyarankan agar Kementerian Belia dan Sukan perlu membuat persediaan yang cukup, yang memadai dalam aspek ini sebelum menawarkan Kuala Lumpur sebagai bandaraya ataupun tuan rumah untuk Sukan Asia tahun 2006.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dalam usaha menawarkan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah bagi Sukan Asia 2006 ini bukan saja kelengkapan prasarana sukan saja yang pihak Kementerian Belia dan Sukan dan juga MOM tonjolkan kepada Olympic Council of Asia (OCA) Dalam hubungan ini, kedudukan penyediaan atlet negara kita juga merupakan satu-satunya unsur yang diberi keutamaan walaupun ianya tidak diwar-warkan kepada dunia luar.

Suka juga saya ambil kesempatan ini untuk menjawab kritikan-kritikan yang kebelakangan ini seringkali dibangkitkan di kalangan orang ramai dan juga di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat tentang pencapaian atlet-atlet negara kita dalam Sukan Olimpik Sydney baru-baru ini.

Apa yang kita nampak adalah pingat tidak dimenangai oleh pasukan kita. Itu satu fakta yang sahib saya mengakui. Tetapi saya ingin hendak mengingatkan Ahli­ahli Yang Berhormat bahawa dalam Sukan Olimpik Sydney 2000 ini terdapat juga acara-acara sukan yang kita pemah menunjukkan kehandalan kita tetapi ianya tidak terangkum dalatn pertandingan Sukan Olimpik kali ini. Umpamanya squash, wushu, dan juga bowling serta beberapa lagi. Tetapi biasanya apa yang kita tidak dapat ataupun tidak tercapai orang nampak. Apa yang pemah kita berjaya mencapaikannya jarang-jarang ada orang ingat dan suka hendak menyentuh tentangnya. Inilah satu human nature yang saya rasa memang biasa di kalangan insan.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Bolch minta penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: [Ketawa] Yang Berhormat bagi Larut yang bangun dahulu. Yang Berhormat bagi Yang Berhormat Larut dahulu sebab dia bangun dahulu.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Siapa dahulu, Yang Berhormat bagi Larutkah atau Sri Gading?

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat bagi Lanlt bangun dahulu, Yang Berhormat. Saya nampak dia bangun tadi.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenamya kita tidak terlalu mengkritik kepada Majlis Sukan ataupun Kementerian Belia dan Sukan. Tetapi ada baiknya kita jadikan iktibar dari segala persediaan dan persiapan kalau dibandingkan dengan negara yang lain. Sebagai contoh, kalau kita lihat di Sukan Olimpik. Kita tidak perlu sebut negara berkenaan kerana dibandingkan dengan atlet-atlet kita dengan kurus kering kalau kita bandingkan dengan zat tidak cukup, kakinya pun kalau kita hendak bandingkan dengan kita punya

Page 90: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 79

atlet jauh bezanya. Tetapi yang sediinya mereka ini boleh berjaya untuk mendapatkan medal sekurang-kurangnya gangsa, ada mungkin sampai pingat kilauan emas. ltu yang dimaksudkan.

Tidak pula bagi sayalah secara peribadi menganggapkan bahawa teguran, saya yang duduk di dalam persatuan bola sepak pun ditegur. Kita terima, kerana kita akui benih-benih pemain bola sepak yang ada di negara kita ini mungkin tidak berkualiti tinggi. Ini kita.akui, tetapi kalau kita jadikan iktibar, negara yang begitu kecil kalau kita bandingkan dengan olahraga-olahraga yang ada dalam negara kita jauh berbeza tetapi mengapa mereka boleh mendapat medal !!tau pingat, ini yang seringkali diperbandingkan. ·

Sebab itu saya terlanjur apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut tentang penawaran kita untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia Tahun 2006 dan secara tidak langsung kita gagal untuk mendapatkan hak tuan rumah Sukan Olimpik tahun 2008 kalau tidak silap saya. Saya di sini angkat topi tabik kepada Perdana Menteri kita kerana meletakkan negara kita di peta di peringkat dunia dalam perlumbaan Formula One. Sebab itu saya rasalah Yang Berhormat Perdana Menteri, saya ingin mencadangkan ealam kempen promosi yang diadakan. kita perlu menggunakan .....

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat minta penjelasan, kita tidak mempunyai masa yang panjang, Yang Berhormar minta maaf.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Hendak masuk penjelasan ini, Tuan Pengerusi, sedikit sahaja. Penjelasan saya Yang Berhormat, kenapa tidak digunakan setiap tenaga yang boleh kita promosikan hak untuk mendapat kempen Sukan Asia Tahun 2006. Contoh, sewaktu saya menghadiri mesyuarat FIFA di Zurich baru-baru ini, 204 buah negara yang hadir tetapi kami tidak diminta untuk berkempen sama-sama mendapatkan hak Sukan Asia yang disebutkan. Kami rasa dukacita, apa salahnya di persidangan yang begitu besar, 204 buah negara di seluruh dunia hadir. Dan kebanyakan badan-badan dan tokoh-tokoh sukan. Inilah saya rasa Yang Berhormat boleh dijadikan iktibar untuk persidangan kita yang akan datang. Terima kasih.

Dato' Ong Tee Keat: Tuan Pengerusi, saya menyambut baik apa yang disarankan tadi oleh Yang Berhormat bagi Larut. Sebenarnya saya belum habis lagi apa yang hendak dijawab itu. Sebab sebentar tadi bila Yang Berhormat bagi Tanah Merah seolah-olah menyarankan bahawa penawaran tidak perlu dibuat sekiranya pihak kita belum bersiap sedia lagi untuk memenangi sebarang pingat. ltu pun saya rasa merupakan satu pandangan yang tidak akan membawa manfaat kepada pembangunan sukan sekiranya ia diikuti. Sekiranya logik demikian boleh diterima pakai maka Formula One ataupun mana-mana acara lumba kereta yang tidak pemah kita menang itu pun tidak perlu dianjurkan di negara kita. Logik sedemikian saya rasa mungkin tidak serasi dengan zaman semasa.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat ini usaha-usaha untuk mendapatkan hak penganjuran Sukan Asia Tahun 2006 tengah rancak berlangsung, bukan sahaja Menteri dan Timbalan Menteri tetapi juga oleh MOM dan semua pihak yang terlibat termasuk juga rakyat dan NGO. ltulah sebabnya satu larian rakyat akan berlangsung pada 4 November ini.

ltu merupakan satu-satunya keramaian yang melibatkan rakyat untuk memberikan sokongan yang padu kepada usaha kerajaan dan usaha MOM untuk mendapatkan hak penganjuran Sukan Asia 2006.

Tuan Pengerusi: Ada yang bangun, Yang Berhormat bagi Gelang Patah bangun.

Tuan Chang See Ten: Tuan Pengerusi, ada minta penjelasan. Bolehkah Yang Berhormat Dato' Timbalan Menteri menghuraikan kepada Ahli Dewan Rakyat di sini selain daripada menganjurkan. macam tahun ini akan mengadakan sukan larian rakyat pada 4 November yang akan datang, selain daripada itu apa strategi-strategi

Page 91: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. 80 DR.24.10.2000

yang akan diadakan untuk kita mendapatkan atau berjaya dapat ditawarkan Sukan Asia 2006 bertempat di Kuala Lumpur.

Tadi Yang Berhormat ada menga•.akan bahawa pandangan Yang Berho~t bagi Tanah Merah bahawa kalau kita tiada keyakinan menang apa-apa pingat biarkan, kita jangan anjurkan sukan ini. Adakah ini satu pandangan yang sempit, bermakna tiada semangat sukan yang mana sama ada kita menang atau tidak menang, yang penting kita perlu mempunyai keyakin.an untuk mempertingkatkan prestasi sukan kita supaya kita dapat mengharumkan nama negara ini dengan anjuran sukan besar-besaran seperti Sukan Asia. Satu hari nanti kita berkemungkinan 4apat menganjurkan Sukan Olimpik pada masa akan datang. Saya minta penjelasan, teriIDa kasih.

Dato' Ong Tee Keat: Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Gelang Patah. Sebenarnya sejak awal tahun ini lagi usaha melobi yang dicurahkan oleh MOM dan pihak kementerian telah pun bermula. Saya selaku Timbalan Menteri serta Menteri saya dan rombongan dari MOM telah pun berpeluang mengunjungi negara-negara anggota OCA ataupun Olympic Council of Asia dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan usaha melobi kita sesungguhnya ditumpukan kepada NOC ataupun National Olympic Council bagi anggota-anggota OCA yang berkenaan sebab merekalah orangnya yang akan mengundi dalam satu mesyuarat yang akan berlangsung pada 12 November ini di Pusan, Korea Selatan.

Itulah sebabnya target ataupun sasaran kita adalah tertumpu kepada mereka yang berhak mengundi. Walaupun apa yang disarankan tadi oleh Yang Berhormat bagi Bentong adalah satu cadangan yang positif iaitu pelajar-pelajar dan peniaga-peniaga kita di seberang laut perlu juga dikerahkan untuk memberikan pengaruh mereka k.hususnya dalam usaha melobi, tetapi bagi kita mereka tidak mempunyai kuasa mengundi. Apa yang mereka boleh buat hanyalah sekadar mempromosikan nama baik Malaysia sahaja.

Tuan Pengerusi: Ya, Yang Berhormat bagi Sri Gading bangun.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih Timbalan Menteri.

Soal Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Asia 2006 ini semua orang sokong. Kita mendoakan mendapat kejayaan, yang menjadi masalah ini bukan kritikan - saya berbeza dengan Yang Berhormat bagi Larut. [Disampuk] Bukan kritikan tetapi luahan rasa kecewa, kecewa ..... .

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Menyampuk] Kecewa juga sudahnya.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: ... .[Ketawa] kecewa kerana penyertaan kita dalam Sydney 2000 tidak membuahkan apa-apa kejayaan. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Menteri sendiri dan siapa juga pun, jangan bela kita punya atlet dan juga pegawai-pegawai sukan yang kecundang dalam Sydney 2000, jangan dibela. Ini yang menyebabkan dia orang naik muka, naik tocang, sudah kalah lengit pun kita kata adalah sedikit pencapaian. Pencapaian apa, apa pingat yang kita bawa balik? [Ketawa] Jangan buat alasanlah.

Jadi, dengan sebab itu kita mahu apabila kita berjaya menjadi tuan rumah Sukan Asia 2006, kementerian harus menentukan badan-badan sukan ........

Seorang Ahli: Soalan.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: .... berusaha bersungguh-sungguh menentukan bahawa para atletnya ataupun para pemain-pemainnya menentukan negara kita mencapai kejayaan. Bukan sahaja kita berjaya dalam mengorganisasikan pertandingan sebagai tuan rumah tetapi sebagai rakyat Malaysia ini juga ingin melihat kilauan emas, perak, tembaga dan kalau ada kaca, kacalah [Ketawa] ...... .

Tuan Pengerusi: Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah.

Page 92: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 81

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Begitu maksudnya. Jadi, agaknya kementerian hams bertegas kepada badan-badan sukan dan pilih badan-badan sukan yang benar-benar berkemungkinan mendapat pingat. Badan-badan sukan yang

. memang tidak boleh, jangan beri mukalah, tidak payah sertailah, lengit sahaja buat apa. Dengan ...... ·

Tuan Pengerusi: Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: .... ya.

Tuan Pengerusi: Cukuplah, Yang Berho~t buat ucapan .....

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: ... jadi ini saya mintalah .....

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat buat ucapan itu. Ya, ya.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: ..... berucap ya, saya minta penjelasan.

Tuan Pengerusi: Ya, ya .....

Seorang Ahli: [Menyampuk] 3oalan.

Tuan Pengerusi: Yalah, .....

Datuk Ong Tee Keat: Tuan Pengerusi, ..... .

Tuan Pengerusi: ..... Timbalan Menteri ya.

Datuk Ong Tee Keat: .... kekecewaan yang dilafazkan tadi itu saya memang terirna dan juga saya boleh fahamlah [Ketawa] kenapa kekecewaan itu timbul. Namun demikian, .....

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, negara-negara yang tidak dapat pingat pun ada jugalah ya. [Ketawa]

Datuk Ong Tee Keat: Banyakjuga.

Tuan Pengerusi: Banyak. Ya, ya.

Datuk Ong Tee Keat: Banyakjuga.

Tuan Pengerusi: Bukan Malaysia sahaja.

Datuk Ong Tee Keat: Banyakjuga.

Tuan Pengerusi: Negara kuat pun ada lagi, lebih kuat lagi. [Ketawa]

Datuk Ong Tee Keat: ltu sebabnya Tuan Pengerusi, tadi saya kata kiranya mereka yang memenangi pingat sahaja yang diberikan peluang untuk menganjurkan Sukan Asia ataupun Sukan Olimpik, maka sampai bila pun kuasa-kuasa besar, kuasa­kuasa besar dalam bidang kesukanan sahaja yang akan dapat peluang dan bukannya negara-negara kecil seperti Malaysia.

Berbalik kepada soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Sipitang tadi itu, suka juga saya mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa sebagai tuan rumah Sukan Asia, biarpun kita boleh dapat peluang untuk menganjurkan Sukan Asia Tahun 2006, tetapi ianya tidak bermakna bahawa sebagai tuan rumah kita boleh mendominasikan segala-galanya khususnya dari segi pilihan acara sukan. Ini satu-satunya yang perlu kita prihatin.

Dalam hubungan ini Malaysia tetap mendahului beberapa pesaing yang lain umpamanya Hong Kong, Qatar dan India. ltu pun berkali-kali disebutkan bukan sahaja dalam akhbar tetapi ini merupakan satu pengiktirafan di kalangan negara-negara yang berkenaan khususnya negara-negara anggota OCA. Cuma satu ketidakpastian sahaja yang masih wujud iaitu belum lagi membuang undi dalam mesyuarat di Pusat. ltu kita belum tahu lagi setakat mana sokongan yang kita boleh dapat walaupun setakat ini

Page 93: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. 82 DR.24.10.2000

untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sokongan dari kalangan negara­negara ASEAN umpamanya adalah begitu lantang dan nyata.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ada yang bangun Yang Berhormat ya.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Sedikit sahaja. Saya ada dua soalan. Satu, sejauh mana peluang kita mengatasi India untuk mendapatkan hak tuan rumah Sukan Asia Tahun 2006 ini kerana kita tahu India pemah menjadi tuan rumah beberapa tahun yang lalu.

Kedua, sama ada kementerian akan mengkaji semula dasar pengambilan atlet daripada luar negara yang kita rasakan boleb memberi pingat dengan memberi bak warganegara tetapi akhimya mendukacitakan. Terima kasib.

Datuk Ong Tee Keat: Tuan Pengerusi, sebenamya India telah pun diberi peluang sebanyak dua kali untuk menganjurkan Sukan Asia pada masa yang lampau sedangkan Malaysia tidak pemah mendapat peluang sedemikian. Itulah sebabnya dengan adanya prasarana sukan yang sedia ada, dengan adanya komitrnen bukan sahaja dari kalangan DBKL dan juga kerajaan tetapi dari rakyat dan NGO, inilah satu-satunya kelebihan yang dapat kita menonjolkan kepada dunia luar, kepada negara-negara OCA yang akan mengundi kelak.

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya.

Datuk Ong Tee Keat: Tuan Pengerusi, ...

Tuan Pengerusi: Kepong bangun ya.

Datuk Ong Tee Keat: Biarlah saya teruskan dahulu, nanti saya akan beri peluang ya.

Beralib kepada soal pemupukan ataupun latihan untuk tunas-tunas muda di sekolah-sekolah sukan. lngin saya menjelaskan bahawa pemah berkali-kali saya memberi penjelasan yang sama dalam Dewan yang mulia ini bahawa ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan. Tetapi malangnya ianya sentiasa dicampur aduk rupanya, dicampur aduk dengan bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan.

W alaupun demikian, Kementerian Belia dan Sukan tetap sanggup memberikan Kementerian Pendidikan permuafakatan yang rapi dan jitu untuk membangunkan sukan di peringkat sekolah sebab ianya merupakan satu-satunya peringkat asas di mana kita akan dapat mencungkil bakat-bakat yang terpendam dan seterusnya memberikan mereka pemupukan yang sewajamya.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat bagi Bentong juga menyentuh soal Skim Memupuk Tokoh-Tokoh Sukan yang kononnya bergantung kepada badan-badan sukan semata-mata. Sesungguhnya ini hanya merupakan satu gambaran ataupun tanggapan di kalangan orang ramai sebab ia sepatutnya dilihat dalam perspektif total di mana Majlis Sukan Negara (MSN) selama ini yang memainkan peranan utama sebagai tulang belakang kepada skim yang berkenaan dan bukannya pihak Kementerian Belia dan Sukan menyerahkan tugas sedemikian kepada badan-badan sukan semata-mata. Itu satu tanggapan yang kurang tepat, Yang Berhormat.

Beralih kepada beberapa butir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Tanah Merah, antara lain termasuk acara sukan yang kononnya tidak serasi dengan selera belia, umpamanya sukan bermotor dan sebagainya. Sukalah saya mengingatkan Yang Berhormat bagi Tanah Merah bahawa ini telah pun terkeluar dari rangkuman debat pada petang ini sebab apa yang patut kita khususkan adalah bersabit dengan peruntukan bagi penawaran Kuala Lumpur sebagai tuan rumah Sukan Asia Tahun 2006.

Page 94: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

\,:;

.. DR.24.10.2000 83

Walaupun keprihatinan Yang Berhormat tetap saya hargai tetapi nampaknya ini bukan waktu yang tepat ...... .

Tuan Saupi bin Daud: [Bangun}

Datuk Ong Tee Keat: ..... Yang Berhormat bangkitkan perkara sedemikian. Nanti dahulu Yang Berhormat, saya akan beri peluang ya.

Tuan Saupi bin Daud: Ya.

Datuk Ong Tee Keat: Lagipun sama ada sukan bennotor ini serasi atau tidak dengan selera belia, saya rasa ini mengikut kat:a mata masing-masing. Yang Berhormat mungkin tidak setuju ~etapi apa yang dibuat oleh pihak kementerian bukanlah sesuatu yang tidak berasas.

Sebenarnya pihak kementerian telah pun menjalankan kajian yang menyeluruh tentang selera di kalangan kaum remaja dan itulah satu-satunya acara yang dikenalpastikan. Walaupun demikian, saya mengakui bahawa bukanlah semua acara . sukan yang dianjurkan oleh kementerian itu dapat memenuhi keperluan semua pihak. ltu mustahil tetapi apa yang penting itu adalah sama ada ianya dapat diterima oleh masyarakat umum atau tidak, itu yang penting.

Yang Berhormat juga menyentuh tentang pemilihan MA YC. ltu juga terkeluar dari skop debat pada petang ini tetapi saya sanggup menjawab soalan yang dibangkitkan pada masa yang wajar umpamanya dalam perbahasan Belanjawan nanti.

Beralih kepada Yang Berhormat bagi Kinabatangan.

Tuan Saupi bin Daud: [Bangun}

Tuan Pengerusi: Tanah Merah bangun.

Tuan Saupi bin Daud: Saya rasa mungkin Yang Berhormat tidak sempat mengikuti kesemua sekali ucapan saya tadi. Saya sebut pertama sekalinya mengenai sukan antarabangsa tetapi saya menyebut contoh-contoh kepada Menteri-Menteri dari segi kepimpinan itu. sendiri. Umpamanya, kalau mengikut selera Menteri, contohnya saya katakan kalau Menteri sekarang ini suka kepada sukan bennotor maka diisytiharkan Oktober ini sebagai sukan bennotor. Jadi, saya tanya apakah manfaat kepada belia-belia lain dari segi itu?

Dan, yang keduanya, saya rasa mungkin persoalan ini tidak terkeluar walaupun dari segi kepimpinan kerana kita juga menyentuh soal pentadbiran kementerian itu sendiri. Jadi, kepimpinan ini penting kerana itulah ke arah sebenar kita hendak bawa belia-belia kita.

Datuk Ong Tee Keat: Tuan Pengerusi, saya sememangnya tidak menyangkal apa yang Yang Berhormat cakap itu cukup penting demi kepentingan pembangunan sukan dan belia. Tetapi apa yang saya kata tadi, apa yang dibangkitkan itu sebenamya terkeluar daripada perangkuman perbahasan mengenai Sukan Asia ini. Inilah yang saya hendak tegaskan di sini.

Beralih kepada Yang Berhormat bagi Kinabatangan. Sukalah saya menyarankan kepada Yang Berhormat bahawa Kementerian Belia dan Sukan selama ini memang mempunyai perancangan dan hala tuju yang nyata dalam . usaha membangunkan sukan negara. Walaupun demikian, pihak kementerian tetap mempelawa cadangan dan pandangan dari semua pihak termasukjuga NGO-NGO dan badan-badan yang berkenaan dengan menerusi Majlis Perundingan Belia Negara dan juga Majlis Perundingan Sukan Negara. Itulah satu-satunya cara yang menunjukkan keterbukaan pihak kementerian dan bukannya pihak kementerian menyerahkan tugas untuk menentukan hala tuju pembangunan sukan dan belia ini kepada Parlimen. ltu saya rasa saya tidak dapat bersetuju.

Page 95: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

84 DR.24.10.2000

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat bagi Pokok Sena tadi juga menyentuh tentang tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan khususnya Yang Berhormat Menteri untuk memikul tanggungjawab atas ...... .

Tuan Moktar bin Radin: Penjelasan.

Datuk Ong Tee Keat: Nanti dulu, biar saya habiskan ayat saya - memikul tanggungjawab atas ketewasan nasional skuad kita dalam Sukan Olimpik Sydney baru-baru ini. Bagi saya ini merupakan pandangan Yang Berhormat. Sekiranya Yang Berhormat dapat menganalisakan punca-punca kelemahan pasukan kita, bukankah elok. Ini lebih membina dan bukannya mempersalahkan Menteri ataupun kementerian bulat-bulat. ltu bukan sesuatu yang membina.

Saya yakin, kiranya Yang Berhormat berpeluang menyandang jawatan yang sama pun, Yang Berhormat takkanlah Yang Berhormat dapat melayan logik yang sama sebab kadangkala dalam sebarang pertarungan atau pertandingan sukan memang ada yang menang, ada yang kalah. Tetapi apa yang kita hendak tegaskan di sini adalah setakat mana kita dapat memantau pembangunan sukan kita dan setakat mana kita dapat menggerakkan badan-badan NGO, badan-badan sukan yang berkenaan supaya dapat membantu dalam usaha membangunkan sukan negara.

Tuan Haji Mabfuz bin Haji Omar: [Bangun]

Datuk Ong Tee Keat: Ya, Pokok Sena.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Saya menyebut tadi adalah sebagai mohon penjelasan daripada Kinabatangan, apabila beliau terlalu banyak menyalahkan persatuan-persatuan. Saya mengatakan bahawa adalah tidak adil untuk kita menyalahkan hanya semata-mata untuk persatuan. Saya tidak nafikan bahawa persatuan ada tanggungjawab, persatuan ada kelemahan yang perlu dipertanggungjawab dan perlu dipersalahkan.

Di samping itu saya katakan bahawa apakah kementerian tidak punya kelemahan-kelemahan dan kesalahan-kesalahan. Sebab bagi saya, umpama contoh saya sebutkan tadi bahawa Menteri sendrr:i memuji sedangkan Ahli Parlimen Sri Gading kata, janganlah dok puji ahli-ahli sukan, pencapaian mereka yang lemah. Sedangkan Menteri sendiri mengatakan berpuas hati dengan pencapaian sedangkan boleh dikatakan sebahagian besar saya percaya bahawa rakan-rakan saya dari Barisan Nasional bersetuju bahawa pencapaiannya sangat-sangat lemah. Malah kita lihat bahawa komen-komen dari termasuk komen daripada Dekan Fakulti Sukan Universiti Malaya - dia buat satu komen mengatakan bahawa kelayakan untuk menghantar atlet kita khususnya dalam I 00 meter dan sebagainya tidak mencapai tahap ataupun pencapaian waktu masa yang terakhir di Sukan Olympik yang dahulu sedangkan kita tahu bahawa kita tidak akan mungkin mencapai masa dan waktu yang telah ditetapkan tetapi kita masih hantar juga.

Soal kita hantar, kita tahu bahawa kita akan menempah kekalahan. Ini mendatangkan kerugian. Sebab itu saya katakan bahawa sepatutnya persatuan melalui Majlis Sukan Negara dan sebagainya sehamsnya memantau secara sebaik-baiknya menentukan syarat kelayakan untuk kita menghantar atlet-atlet kita ke sana. Sebab itu saya katakan bahawa mahu tidak mahu kesalahan juga hams diletakkan - bukanlah bulat-bulat - tetapi kementerian hams menerima bahawa dia ada kelemahan dalam soal pengendalian untuk memastikan pencapaian mutu sukan negara kita khususnya dalam pertandingan-pertandingan sukan yang berprestij seperti mana Olimpik baru-baru ini.

Datuk Ong Tee Keat: Tuan Pengerusi, sesungguhnya prestasi seseorang atlet itu memanglah dipantau setiap masa. Itu termasuk juga pemantauan terhadap rekodnya dalam negeri dan juga sebelum bertolak ke Sydney. Tetapi Yang Berhormat kena ingat juga bahawa seseorang atlet itu prestasinya kadangkala ada turun naiknya juga. Dan itu banyak bergantung kepada keadaan semasa khususnya keadaan psikologi

Page 96: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

.. DR.24.10.2000 85

dan sebagainya, persekitarannya pada ketika pertandingan itu berlangsung. ltulah satu­satunya aspek yang Yang Berhormat patut ingat.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Cukuplah, sila Yang Berhormat.

Datuk Ong Tee Keat: Biarkan saya habiskan dulu.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Ini ada sedikit, pasal ..... .

Tuan Pengerusi: Minta habiskanlah. Kita ada 10 minit sahaja lagi untuk hendak bersidang. · '

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Kalau Yang Berhonnat hendak bagi kat saya tidak apalah, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Cukuplu, cukup.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Cukup.

Datuk Ong Tee Keat: Ada masa lagi dalam budget nanti.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Nak suruh Menteri mailah. [Ketawa]

Datuk Ong Tee Keat: Tuan Pengerusi, Yang Berhormat dari Kinabatangan juga memberi teguran tentang tingkah laku sesetengah kakitangan kerajaan, pegawai kerajaan dan kononnya mengambil kesempatan untuk mengambil layanan first class dalam penerbangan mereka ke seberang laut atas nama melobi untuk Sukan Asia tahun 2006.

Saya pun hendak mendapatkan juga bukti yang berkenaan. Tetapi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya selaku Timbalan Menteri, saya bukan hendak mengeluarkan keluhan saya, tetapi saya sukalah hendak memaklumkan Yang Berhonnat tentang apa yang saya pemah alami semasa saya melobi di luar, sedemikian juga dengan keadaan Yang Berhormat Menteri saya di mana sesetengah negara yang tertentu, tak usahlah sebut nama negara, sebab semua negara ini negara yang berhubungan baik dengan kita, kita bukan hendak menyinggung pcrasaan mereka, tetapi sedia maklumlah terdapat negara-negara anggota OCA yang tertentu yang masih dalam tahap kemajuan yang perlu dipertingkatkan lagi.

Di negara-negara yang tertentu, yang pernah saya pergi khususnya di central Asia ataupun Asia tengah itu, saya pemah mcndapat pcnginapan di hotel-hotel yang tidak berhawa dingin, walaupun dalam musim panas. Bagi saya, itu bukan satu­satunya yang perlu saya arnbil kira, sebab apa yang perlu diambil kira adalah setakat mana negara yang berkenaan Presiden NOCnya dapat memberikan kita sokongan dan bukannya setakat mana penginapan hotel ataupun penerbangan itu patut diarnbil kira.

Jadi, apa yang disarankan tadi oleh Yang Berhormat dari Kinabatangan itu, kiranya ada bukti yang kukuh, saya pun hendak tahu juga sebab itu bukan sesuatu yang patut kita arnalkan dan saya yakinlah setakat ini tidak ada sesiapa yang terlibat dalam keadaan yang sedemikian, sebab biasanya setiap rombongan, baik yang melibatkan pihak kementerian mahupun MOM dan sebagainya, memang mengikut menurut peraturan yang tertentu, termasuk saya sendiri tidak boleh mendapat layanan yang lebih daripada apa yang sewajamya diberikan kepada saya.

Tuan Pengerusi, dengan kata-kata ini sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhorrnat yang menunjuk minat dalam perkara ini khususnya yang bersabit dengan per awaran Kuala Lumpur sebagai tuan rumah bagi Sukan Asia tahun 2006. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM6,715,591 untuk Maksud B.17 di bawah Kementerian Belia dan Sukan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah di kemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Page 97: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

86 DR.24.10.2000

Wang sebanyak RM6,715.591 untuk Maksud B.17 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM20 untuk ·Maksud P .17 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2000 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM20 untuk Maksud P .17 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.2) 2000.

Maksud B.18 (Jadual] -Maksud P.18 (Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2000) -

Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, nampaknya pada malam besok, kita kena sambungkan mesyuarat, inilah saya beri notis kepada Yang-Yang Berhormat sekalian iaitu kita akan sambung sehingga selesai perbahasan di atas perbelanjaan tambahan ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.18 dan Kepala Pembangunan P.18 di bawah Kementerian Perusahaan Utama terbuka untuk dibahas. Teluk Intan.

5.25 ptg.

Tuan Mah Siew Keong [Teluk Intan]: Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada B.18 - Kementerian Perusahaan Utama - Butiran 00505 - Pembiayaan Tanaman Semula bagi Pekebun Kecil.

Dalam dua tahun sahaja, harga minyak kelapa sawit telah menjunam dari RM2,000 satu tan ke RM750 satu tan. Waiau bagaimanapun, saya ucapkan syabas kepada kementerian kerana telah berusaha sedaya upaya menolong pekebun kecil. Di sini saya ingin mendapat komen Yang Berhormat Timbalan Menteri terhadap langkah yang baru diambil oleh empat negara Afrika Barat untuk memusnahkan 400,000 tan koko untuk menaikkan harga koko. Bolehkah strategi ini digunakan untuk kelapa sawit kerana dari kajian untuk tanaman komoditi apabila ada keluaran lebihan (excess crop) 10%, ini akan menyebabkan harga turun 30% dan sebaliknya jika ada shortage 10%, harga akan naik 30%. Itu tidak seimbang. Oleh itu, its make economic sense, dengan izin, untuk menyekatkan keluaran. Oleh itu, saya harap kementerian akan mengambil langkah untuk bekerjasama dengan negara pengeluar yang lain terutamanya Indonesia.

Kita tidak sepatutnya bersaing antara satu sama lain tetapi cari jalan menaikkan harga kelapa sawit dan menyekat atau mengurangkan pengeluaran lebihan.

Tuan Pengerusi, yang kedua, saya rujuk kepada Butiran 010200 di bawah Kemajuan Komoditi dan Perhubungan Antarabangsa.

Saya bercadang peruntukan yang lebih diberikan untuk initiate satu publisiti atau propaganda mengutuk Amerika Sayrikat. Amerika Syarikat sentiasa menjalankan dasar free trade, tetapi Kerajaan Amerika memperuntukkan jumlah wang yang sebegitu besar untuk membayar subsidi kepada penanam soya mereka iaitu our biggest competitors for palm oil. Dalam aspek ini, Amerika Syarikat adalah begitu hipokrit memperjuangkan konsep free trade dan free market force tetapi Amerika Syarikat sendiri di stock market mekanisme dengan subsidi kepada soya oil. Oleh itu, kita mesti mempublicisekan isu ini di arena perdagangan antarabangsa di WTO supaya subsidi soya Amerika Syarikat dikurangkan atau dihapuskan untuk memastikan satu masa hadapan yang cerah untuk pekebun kecil kelapa sawit. Terima kasih.

Tuan Pengerusi: Ya, Kepong.

Page 98: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 87

5.27 ptg.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong): Tuan Pengerusi, B.18 mengenai pinjaman untuk menanam semula kelapa sawit. Di sini saya hendak menanya Yang. Berhonnat Timbalan Menteri apakah rasional untuk menanam semula ini dan apakah strategi bagi pihak kementerian untuk menyeimbangkan tanaman sama ada tanaman getah, tanaman kelapa sawit, koko dan sebagainya, kerana harga komoditi memang ada turun naik seperti mana yang telah pun disarankan oleh Yang Berhonnat tadi.

Mengenai kelapa sawit dua ·tahun yang lepas melambung ke atas harganya dan kemudian sekarang turun dengan begitu dahsyat- sehingga bagi penanam-penanam kelapa sawit sekarang tidak padan dengan modal dan kos untuk menyelenggarakan tanaman-tanaman di ladangnya.

Tuan Pengerusi, setakat ini kita ada ses ataupun di dalam Dewan yang mulia ini kita pemah ada meluluskan satu rang undang-undang, satu akta untuk mengutip ses daripada pihak pengeluar kelapa sawit, kalau harga yang meningkat kita boleh kutipkan ses ini dan sekarang dengan harga yang begitu rendah, apakah cadangan pihak kementerian sama ada akta seumpama ini akan dimansuhkan. Sebab saya tidak nampak apa rasional kerana barangan seperti ini turun naik harganya, kita adakan satu akta untuk menyekat pihak pengeluar, sekurang-kurangnya hendak mengadakan satu ses pada paras yang tertentu.

Saya berharap Yang Berhonnat dapat menerangkan setakat manakah dengan harga dua tahun yang lepas yang tinggi, kita dapatkan ses itu dan jumlah yang telah diperolehi oleh pihak kementerian daripada ses kelapa sawit ini dan adakah ini cukup untuk menampung pinjaman bagi menanam semula kelapa sawit.

Tuan Pengerusi, selain daripada itu, dengan pinjaman ini bolehkah Yang Berhormat menerangkan apakah jumlah yang diperuntukkan untuk maksud selain daripada yang tercatat dalam Perbekalan Tambahan ini hanya RMI 7 .5 juta dan apakah jumlah yang sebenamya yang diperuntukkan oleh pihak kementerian untuk maksud tersebut dan seterusnya, Tuan Pengerusi, mengenai pinjaman ini apakah kriteria yang digunakan oleh pihak kementerian untuk memberi pinjaman ini sebab, Tuan Pengerusi pun tahu bukan sahaja dengan kelapa sawit bahkan juga dengan tanaman semula getah.

Kadangkala berlaku penyelewengan, ada orang yang menanam, meminta pinjaman tetapi tidak ditanam getah ataupun kelapa sawit, apakah sistem pemantauan yang diadakan oleh pihak kementerian untuk menjaga supaya pinjaman ini tidak diberi kepada orang-orang yang tidak layak ataupun orang-orang yang menyeleweng. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Kementerian menjawab saya benar lanjutkan masa mesyuarat di bawah peraturan 12(3) sehingga 15 minit lagi. Ya, sila, silajawab.

5.30 ptg.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama [Datuk Anifah Aman): Terima kasih Tuan Pengerusi. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli­ahli Yang Berhormat yang telah pun mengikut perbahasan ini dan Yang Berhormat bagi Teluk Intan telah pun membangkit tentang kenapakah harga kelapa sawit yang begitu menurun sejak dua tahun kebelakangan ini. Dan Tuan Pengerusi saya telah pun menerangkan dalam Dewan yang mulia ini tentang sebab-sebab kenapa harga kelapa sawit yang menurun iaitu yang saya katakan dan terangkan bahawa pada masa kini bahawa pengeluaran kelapa sawit begitu tinggi dibandingkan dengan permintaan dan juga stok yang telah pun kita dapati daripada tahun-tahun yang lalu telah mengakibatkan antara-antara faktor yang harga kelapa sawit yang begitu menurun. Dan Yang Berhormat juga telah pun mengatakan apakah langkah-langkah yang baru yang telah diambil oleh kementerian untuk memastikan supaya harga ini akan terus meningkat.

Page 99: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

88 DR.24.10.2000

Tuan Pengerusi, Menteri Perusahaan Utama pada hari ini baru sahaja kembali dari beberapa buah negara iaitu Russia, Ukraine dan Hungary di mana kerajaan telah pun menawarkan kepada negara-negara tersebut di mana kita memberi satu keistimewaan bagi negara-negara ini iaitu kita rnenawarkan satu yang saya katakan POCP A (Palm Oil Credit Payment Arrangement di mana kita menawarkan kepada negara-negara tersebut kita bagi mereka kredit dan mereka boleh membayar pada dua tahun akan datang dan sekiranya mereka tidak mampu membayar kita akan menerima daripada segi counter trade di mana mereka akan menawarkan barangan-barangan mereka yang kita boleh ambil dan kita boleh pemiagakan. Dan tujuan kita Tuan Pengerusi ialah semata-mata untuk menurunkan stok kita 8an melalui ini bahawa kita mengharapkan kemungkinan harga itu mungkin akan naik.

Yang Berhormat bagi Teluk Intan juga mengatakan apakah kemungkinan di mana empat buah negara Afrika yang telah pun bersetuju untuk memusnahkan 400,000 tan metrik koko. Yang sebenamya mereka telah pun menawarkan bukan 400,000 tetapi 250,000 tan untuk dirnusnahkan semata-mata juga untuk melihat supaya stok ini dapat dikurangkan dan mengharapkan harga akan meningkat. Dan dalam mesyuarat yang baru lalu di mana negara-negara tersebut telah pun membuat keputusan bahawa mereka akan memusnahkan dan cara mekanismenya akan ditentukan dalam mesyuarat yang akan datang di Abuja, Nigeria kalau tidak silap bulan Oktober akan datang dan mereka juga mengharapkan bahawa langkah-langkah seperti ini adalah langkah yang jangka masa pendek di mana kita mengharapkan dan juga negara-negara pengeluar apabila langkah tersebut diambil maka kita dapat melihat harga itu akan meningkat.

Waiau bagaimanapun ini adalah langkah-langkah yang diambil dan tidak ada jaminannya yang bahawa apabila kita memusnahkan 250,000 metrik tan ini harga akan meningkat. Pada masa kini negara-negara pengeluar terutama sekali Malaysia belum mempunyai rancangan untuk memusnahkan pengeluar-pengeluar bekalan kita semata­mata untuk meningkatkan harga kelapa sawit. Walau bagairnanapun, langkah-langkah juga diambil di mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Kepong tadi yang mana kita telah pun mengadakan satu skim peminjaman mudah di mana kita menawarkan kepada pekebun-pekebun kecil supaya mereka menanam semula pokok­pokok yang sudah tua iaitu pokok-pokok melebihi 25 tahun ke atas. Dan satu daripada langkah yang kita ambil ini ialah semata-rnata untuk pertama sekalinya mengurangkan pengeluaran minyak kelapa sawit. Dan kedua oleh kerana harga yang menurun maka kita telah pun menggalakkan kepada pekebun-pekebun kecil yang pokok-pokok mereka melebihi 25 tahun ke atas itu supaya mereka mengambil peluang kemudahan yang diberi oleh kerajaan supaya mereka boleh menanam semula pokok-pokok yang tua ini, supaya mereka boleh meningkatkan pengeluaran mereka.

Jadi oleh itu, kita telah pun mengadakan satu skim ini di mana pinjaman yang begitu murah dengan mengenakan faedah 4%. Dan kita telah pun mengenakan beberapa syarat iaitu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kepong tentang kelayakan iaitu individu bermastautin dan warganegara Malaysia 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 55 tahun umumya dan mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun ketika pembiayaan selesai boleh dipertirnbangkan mengikut kes-kes tertentu tetapi mestilah tidak melebihi 60 tahun. Mereka boleh membuat permohonan atas dua nama iaitu sebagai pekebun kecil, pernilik tanah dan waris terdekat sebagai pemohon pelapis.

Syarat-syarat untuk tujuan tanaman semula pokok kelapa sawit telah pun melebihi tahap ekonomi iaitu umur pokok kelapa sawit 25 tahun ke atas atau lebih. Pokok-pokok kelapa sawit terlalu tinggi, bilangan kelapa sawit yang sedikit bagi satu hak milik, pulangan basil dari pokok kelapa sawit sedia ada tidak menguntungkan. Dan syarat-syarat pembiayaannya pula keluasan tanah maksimum kurang daripada 40.5 hektar ataupun 100 ekar ke bawah dan kelulusan minimum pula ialah 0.28 hektar ataupun 0.71 ekar. Hak milik tanah hak yang sah dari segi undang-undang untuk mengusahakannya bagi jangka tidak kurang dari tempoh pembiayaan.

Page 100: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · bil. 53 selasa 24 oktober 2000 malaysia penyata rasmi parlimen dewan rakyat parlimen kesepuluh penggal kedua mesyuarat ketiga

DR.24.10.2000 89

Dan syarat-syarat juga yang dikenakan iaitu had pembiayaan ialah tidak melebihi RM5,000 sehektar dan pekebun-pekebun kecil ini cuma dikehendak.i membayar pinjaman itu selepas kelapa sawit itu berbuah iaitu mempunyai hasil iaitu daripada 4 tahun ke atas. Dan oleh itu kita berpendapat bahawa dalam keadaan harga yang rendah dan apabila harga meningkat mak.a pekebun-pekebun kecil ini akan mendapat hasil yang tinggi dan kita mengharapkan juga harga akan meningkat. Dan satu juga cara-cara kita untuk meningkatkan harga ataupun untuk pekebun-pekebun kecil menghadapi masalah risiko harga yang rendah iaitu melalui penyelidikan pembangunan atau R&D yang telah dijalankan oleh MPOB di mana MPOB kita cuba mengurangkan dari segi tenaga buruh dan melebih menggunak.an form of mechanization supaya kita dapat mengurangkan harga kos pengeluaran.

Dan daripada segi ses pula kerajaan tidak. bercadang membatalkan kutipan ses walaupun harga CPO pada masa kini terlalu rendah. Ini adalah kerana tujuan kutipan dibuat adalah untuk tujuan membolehkan kerajaan melabur di dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang begitu penting sekali serta promosi minyak sawit terutama sekali ke luar-luar negara. Dengan kata lain, kutipan ses tidak menjejaskan harga minyak sawit yang kita keluarkan.

Dan tentang kerjasama dengan Indonesia, kita juga telah pun membuat satu rancangan di mana kita telah pun mengajak negara jiran kita supaya mengadakan satu perbincangan terhadap macam mana kita hendak mengatasi masalah harga yang turun dan kita mengakui bahawa Amerika Syarikat memberi subsidi yang begitu besar terhadap kacang soya. Walau bagaimanapun, pada masa kini kita belum lagi berjaya untuk mencapai satu kata sepakat dengan Indonesia dan kita mengharapkan usaha­usaha akan diteruskan supaya kita dapat mernantapkan lagi harga kelapa sawit ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RMl0,585,700 untuk Maksud B.18 di bawah Kementerian Perusahaan Utama jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RMl0,585,700 untuk Maksud B.18 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM 17 ,500,000 untuk Maksud P .18 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2000 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM17,500,000 untuk Maksud P.18 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.(Bil.2) 2000.

esok.

Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa sudah cuku~ ya.

Maj/is Mesyuarat bersidang semula.

Tuan Yang di-Pertua: Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi

Dewa11 ditangguhkan pada pukul 5.43 petang.