penyakit kanak-kanak
DESCRIPTION
penyakit yang biasa dialami oleh kanak-kanak prasekolahTRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN – DEFINISI PENYAKIT
Penyakit adalah keadaan yang tidak normal pada badan atau minda yang
menyebabkan ketidakselesaan , disfungsi atau tekanan / stress kepada orang terbabit
atau berhubung rapat dengannya. Kamus Dewan ( 2010 ) mendefinisikan penyakit
sebagai sesuatu yang menyebabkan badan menjadi sakit atau yang mengganggu
kesihatan.
Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia. Penyakit ini boleh
disebabkan oleh kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi dan juga oleh
penyakit baka atau keturunan. Salah satu kategori penyakit ialah penyakit berjangkit yang
disebarkan oleh agen jangkitan atau vektor seperti bakteria, fungi, parasit, virus dan piron.
Di antara jenis-jenis penyakit berjangkit yang biasanya menyerang kanak-kanak
ialah seperti demam panas, demam campak, selesema, cirit-birit, penyakit mata, penyakit
kuku dan mulut, taun, meningitis, rubella, beguk, denggi, taun dan sebagainya.
2.0 CIRIT-BIRIT
Cirit-birit merupakan keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan keupayaan
membuang najis secara normal menyebabkan ia sentiasa perlu membuang najis pada
setiap masa.Cirit-birit juga disebut sebagai diarea iaitu peningkatan berat najis melebihi
200 gram dalam tempoh 24 jam. Pembuangan najis berlaku apabila najis yang dikeluarkan
dari dubur yang kebiasaannya dalam bentuk pepejal menjadi lembut, berair atau sangat
berair.Keadaan ini sekiranya berlarutan akan menyebabkan kekeringan air atau
dehidrasi.Sekiranya penyakit berterusan tanpa mendapatkan rawatan boleh
membahayakan pesakit seterusnya membawa maut.
1 Penyakit berjangkit
Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir semua kanak-
kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus
menyebabkan gastroenteritis, iaitu satu infeksi usus.Infeksi ini menjejaskan lapisan
dalaman usus. Cirit-birit di kalangan bayi berpunca daripada susu formula yang tidak
disediakan dengan sempurna , selesema,antibiotik, keracunan makanan,arlegi atau
kekurangan enzim tertentu
Cirit –birit boleh disebabkan oleh bakteria atau parasit yang terdapat dalam makanan atau air.
2 Penyakit berjangkit
Virus : Rotavirus bacteria : E-coli
2.1 TANDA-TANDA AWAL
3 Penyakit berjangkit
Kebiasaannya pesakit akan mengalami rasa kurang selesa dibahagian perut, sakit
di bahagian ulu hati. Pesakit pada permulaannya mula rasa gelisah, berpeluh dan
seram sejuk di seluruh badan. Dalam kes yang lebih teruk, ia mengakibatkan
pesakit tersebut mula berasa loya, muntah-muntah dan juga demam.
2.2 GEJALA CIRIT-BIRIT
Di antara gejala cirit-birit adalah :
a. Ketidaknormalan kerap berlaku dalam pergerakan usus.
b. Kehilangan banyak air dan najis yang tidak dicerna sepenuhnya.
c. Terasa kejang di bahagian perut, berasa sakit menyengat di bahagian ulu hati.
d. Kembung perut (flatulence ), kentut berpanjangan ( pembuangan gas metana asli
dari usus yang lebih busuk dari kebiasaan dan kerap)
e. Bunyi air dapat didengar dengan jelas apabila bahagian abdomen dipicit dan
diurut.
f. Pembuangan najis cair dan berair berterusan serta loya, rasa ingin muntah atau
mengalami kemuntahan.
2.3 TEMPOH BERLAKU
4 Penyakit berjangkit
Dalam kebanyakan kes, cirit-birit berlaku dan berlarutan dalam tempoh 2 hingga 3
hari. Namun ia juga boleh berlaku pada kadar lebih lama dari itu, tetapi selalunya ia
boleh berhenti sendiri. Sekiranya berlarutan begitu, eloklah ibu bapa membawa
kanak-kanak berjumpa dengan doktor. Misalnya taun, cirit-birit serius boleh berlaku
sehingga seminggu dengan kehilangan setengah liter air dalam badan kira-kira
sejam.
Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan. Tanda-tanda
penyahidratan adalah seperti berikut :
Kulit atau bibir kering
Lemah lesu
Menangis tanpa air mata,ubun-ubun yang menurun
Tangan dan kaki pucat.
Air kencing kuning pekat atau pertukaran lampin kurang daripada biasa.
Demam panas
Kerap tidur, tidak aktif dan cepat marah
Perut , mata dan pipi yang cengkung.
2.4 PUNCA CIRIT-BIRIT
Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti menyebabkan cirit-birit ;
a. Minum air yang tercemar.
b. Minum air yang tidak dimasak sempurna atau ditapis bersih.
c. Makan makanan yang dicemari oleh bakteria berbahaya contohnya
campylobacter, salmonella,shigella,Escherichia coli (E.coli).
d. Makan makanan tidak dibersih dan dimasak dengan betul dan menyeluruh
seperti makan daging dan telur yang mentah atau kurang dimasak.
5 Penyakit berjangkit
e. Jangkitan virus ( kuman ).
Virus yang menyebabkan cirit-birit seperti rotavirus, norovirus, cytomegalovirus,
herpes simplex virus dan viral hepatitis. Jangkitan dengan rotavirus adalah
penyebab biasa yang menyebabkan cirit-birit kepada kanak-kanak. Rotavirus
diarrhea biasanya dapat dilangsaikan dalam 3 hingga 7 hari tetapi dapat
menyebabkan masalah pencernaan laktosa melebihi sebulan atau lebih.
f. Parasit.
Parasit juga terdapat di dalam makanan dan minuman tercemar . Parasit juga dapat
berlindung atau menetap dalam system pencernaan manusia. Contoh parasit
seperti Giardia, Entamoeba histolytica dan Cryptosporidium.
Parasit Giardia
Parasit Cryptosporidium.
g. Penyakit usus.
Luka atau kesan melecet di antara dinding usus juga dapat menggalakkan jangkitan
kuman dan penyakit pada usus, sindrom iritasi usus (IBS), ulcerative olitis, penyakit
Crohn’s dan penyakit celiac sering kali menjadi penyebab cirit-birit.
6 Penyakit berjangkit
h. Alahan kepada makanan.
Makanan seperti lemak seperti lauk bersantan, daging yang tidak dibuang lemak,
durian, alahan kepada gula laktosa (susu dan produk hasil tenusu) pada kadar yang
berlebihan akan menyebabkan cirit-birit. Makan makanan yang tinggi serat secara
berlebihan dan bijirin yang banyak juga menyebabkan cirit-birit.
i. Alahan kepada ubat-ubatan.
Tindakbalas terhadap ubat-ubatan seperti antibiotik, ubat anti-kanser, antacid
yang mengandungi magnesium juga boleh menyebab cirit-birit.
j. Kegagalan fungsi sistem usus dan pencernaan.
Cirit-birit yang berlaku kepada beberapa orang melebihi tempoh 24 jam selepas
memakan makanan yang sama berkemungkinan disebabkan oleh keracunan
makanan.
2.5 CARA RAWATAN
i. Kanak-kanak boleh diberikan air atau air garam rehidrasi ( oral rehydration
salt solution atau ORS ) yang boleh didapati dari farmasi atau klinik bagi
menggantikan cecair yang keluar dari badan. Bagi bayi , teruskan penyusuan
susu ibu kerana susu ibu mengandungi elemen tertentu yang boleh
mencegah pembiakan mikro-organisma yang menyebabkan cirit-birit.
Jumlah cecair ORS (garam rehidrasi) yang perlu diberikan : ( Gunakan sudu atau
picagari kecil)
Umur bayi 6 bulan ke bawah - 30 hingga 90ml setiap jam
7 Penyakit berjangkit
Umur 6 bulan hingga 1 tahun - 90 hingga 120ml setiap jam
Umur 1 tahun ke atas - 120 hingga 240 ml setiap jam
ii. Kanak-kanak juga boleh diberi jus buah-buahan yang betul-betul cair ( satu
bahagian jus untuk 10 bahagian air ).
iii. Ais krim batang adalah sesuai jika kanak-kanak tidak mahu minum. Elakkan
minuman glukosa,minuman bergas dan jus yang tidak dicairkan ( gula yang
tidak dapat menyerap dapat menarik air ke dalam usus dan menjadikan cirit-
birit menjadi lebih teruk ).
iv. Jangan berikan ubat anti cirit-birit kepada kanak-kanak di bawah umur 12
tahun sebab ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius.
v. Berikan kanak-kanak makanan yang lembut bubur, bisket kraker atau roti
bakar, epal atau pisang yang dimasak.
vi. Elakkan makanan berlemak, daging atau sayur-sayuran mentah, yang lebih
susah dihadam.
2.6 CARA PENCEGAHAN
Kebersihan yang sempurna boleh membantu mengurangkan kemungkinan
berlakunya cirit-birit sebab mikro organism yang menyebabkannya boleh berpindah
dengan senang dari tangan ke mulut. Oleh itu, cucilah tangan dengan sebersih-
8 Penyakit berjangkit
bersihnya selama 15 saat dengan sabun anti-bakteria selepas ke tandas atau
sebelum makan.
Menjaga kebersihan dapur terutamanya bahan yang digunakan untuk
memasak seperti pisau dan papan pemotong. Pisau dan papan pemotong
digunakan secara berasingan untuk memotong sayur dan ayam. Ini kerana bagi
mengelakkan bakteria bersilang dalam makanan. Pastikan papan pemotong dan
pisau sentiasa dibasuh dengan sabun dan dijemur dipanas terik matahari. Cara ini
dapat membunuh bakteria daripada terus merebak.
Bagi mengelakkan keracunan dalam makanan atau makan makanan yang
tercemar , masaklah makanan tersebut dengan sempurna seperti daging dan telur.
Makanan yang dimasak hendaklah dimakan segera.. Makanan boleh disimpan di
dalam peti sejuk dengan suhu 4 C dan ditutup dengan sempurna. Makanan yang
telah dikeluarkan dari peti sejuk dan dicairkan tidak boleh disimpan lagi di dalam
peti sejuk.
Elakkan daripada makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang belum
dibasuh. Basuh sayur-sayuran di bawah air yang mengalir dan kupaslah buah-
buahan yang ingin dimakan. Elakkan beri makanan yang anak-anak alah dan
ubatan yang menyebabkan cirit-birit. Selain itu minumlah air yang telah dimasak ,
air dari bekalan yang bersih atau dibotolkan.Elakkan minuman berkafein kerana
cirit-birit boleh bertambah teruk.Pastikan juga anak-anak sentiasa berada di rumah
semasa mengalami jangkitan cirit-birit.
3.0 DEMAM CAMPAK
Demam campak merupakan penyakit yang terjadi di seluruh dunia dengan
mangsa utamanya adalah kanak-kanak. Ia amat senang dijangkiti, mempunyai
tempoh inkubasi selama 10 hari . Demam campak ialah penyakit berjangkit yang
disebarkan oleh virus, khususnya morbillivirus daripada keluarga paramiksovirus
9 Penyakit berjangkit
yang menyerang sistem pernafasan melalui titisan lembapan bersin atau batuk dan
sangat mudah berjangkit. Demam ini boleh mengancam nyawa terutamanya
kepada bayi dan kanak-kanak yang tidak sihat seperti kurang imun dan kurang zat
makanan.
morbillivirus
Malah, sekitar tahun 1960-an, iaitu ketika vaksin campak masih belum
ditemui, ia menjadi ancaman utama kepada ibu bapa kerana komplikasinya yang
boleh mengakibatkan kematian. Sejak itu juga, berlaku penurunan kes-kes campak
yang dilaporkan di negara ini berikutan kempen imunisasi campak yang
dilaksanakan oleh kerajaan. Namun begitu, jumlah kematian akibat campak masih
tinggi di dunia setiap tahun terutamanya di negara-negara sedang membangun.
Menurut World Health Organization (WHO ) ,jumlah kematian akibat demam
campak ialah 197 000 orang (2007) berbanding 750 000 orang (2000).
3.1 PUNCA DEMAM
Virus demam campak hidup di dalam mukus yang terdapat di dalam hidung
dan tekak kanak-kanak atau orang dewasa yang telah dijangkiti iaitu dari 4 hari
sebelum timbulnya ruam sehingga 4 hari selepasnya.Apabila pesakit batuk, bersin
atau bercakap titisan kecil atau air liur dan titisan hidung yang telah terjangkit atau
terpercik dan virus mampu bertahan selama 2 jam di udara sebelum dihirup oleh
orang lain yang berada di sekelilingnya.
10 Penyakit berjangkit
Perlu menutup mulut dengan sapu tangan atau tisu apabila bersin
Titisan kecil yang terjangkit itu juga mungkin akan mendarat di atas permukaan
tubuh mangsa lain di mana ia kekal aktif dan akan berjangkit dalam masa beberapa jam.
Seseorang itu boleh dijangkiti oleh virus berkenaan dengan meletakkan jari di dalam
mulut atau hidung selepas menyentuh permukaan yang telah dijangkiti, atau berkongsi
gelas yang sama.
3.2 TANDA – TANDA DEMAM CAMPAK
Sebaik sahaja virus masuk ke dalam tubuh, ia akan hidup di dalam sel-sel
yang melepasi belakang tekak dan paru-paru. Jangkitan seterusnya akan merebak ke
seluruh badan termasuklah sistem pernafasan dan kulit. Menurut Dr. Azam Mohd Nor
( Pensyarah Pediatrik Klinikal, Universiti Putra Malaysia ), lazimnya terdapat 4 tahap bagi
demam campak iaitu :
3.2.1 Tahap pengeraman
Tahap pengeraman berlaku sekitar 10 hingga 14 hari selepas dijangkiti di mana
pesakit tidak mengalami sebarang gejala.
3.2.2 Tahap prodromal
Tahap ini berlangsung selama lebih kurang 5 hari. Pada saat ini , kanak-kanak
mula menunjukkan gejala seperti demam selesema, hidung berair, batuk ringan,
mata merah berair ( konjunktivitis ), photofobia ( mata mudah silau kepada cahaya)
11 Penyakit berjangkit
dan kesukaran menelan. Badan akan mula menjadi lemah dan kepala pula sakit
kerana panas badan semakin meningkat. Tompokan kecil berwarna putih di dalam
mulut ( koplik’s spot ) berupa garam yang ditaburkan di atas permaidani merah,
selalunya dikesan selepas 2 atau 3 hari pesakit mendapati batuk selesema.
Koplik’s ini dinamakan sempena nama Hendry Koplik iaitu pakar pediatrik di
Amerika Syarikat yang mula mengesan bintik ini.
Koplik’s spot
3.2.3 Tahap pembentukan ruam
Apabila pembentukan ruam bermula, badan mula berasa sedikit miang dan
demam menjadi bertambah tinggi sehingga mencapai 40 darjah Celsius. Batuk
pula menjadi semakin teruk. Sebahagian ruam muncul dalam bentuk perubahan
warna (makula) manakala sebahagian lagi timbul pada permukaan kulit (papula ).
Ruam ini akan bermula dari belakang telinga, leher , muka, dada dan merebak ke
seluruh badan, tangan, punggung, perut dan lengan sebelum menjalar ke bahagian
kaki. Keseluruhan proses ini akan mengambil masa selama dua hingga tiga hari,
kemudian beransur-ansur hilang manakala suhu badan mulai menurun, demam
kebah dan koplik’s spot turut lenyap. Sebab itulah, kita biasa mendengar orang
tua-tua selalu sebut apabila ruam sudah sampai ke kaki , tandanya campak
semakin sembuh.
12 Penyakit berjangkit
Ruam merah yang terjadi di seluruh badan
Kesan yang lebih teruk , iaitu bintik-bintik
merah yang akan meninggalkan parut.
3.2.4 Tahap penyembuhan.
Gejala batuk akan mengambil masa untuk pulih manakala ruam semakin hilang.
Lapisan kulit mula mengelupas dan konjunktivitis juga semakin pulih.Sekiranya
seseorang itu dijangkiti campak sewaktu kecil, tubuh badannya telah membina
sistem kekebalan untuk menetang jangkitan dan tidak akan menghadapinya lagi
setelah dewasa.
3.3 KOMPLIKASI DEMAM CAMPAK
1. Cirit-birit dan muntah.
Komplikasi ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang masih kecil.
2. Jangkitan telinga
13 Penyakit berjangkit
Antara tujuh hingga sembilan peratus pesakit campak mengalami komplikasi
jangkitan telinga yang boleh menyebabkan pekak.
3. Konjunktivitis / keratitis
Konjunktivitis di mana mata menjadi merah jambu dan bengkak serta
menghasilkan lelehan air atau mengandungi nanah manakala keratitis ialah
inflamasi selaput mata . Jika tidak dirawat boleh menjejaskan penglihatan dan
menyebabkan buta.
4. Masalah Kehamilan.
Wanita yang mengandung perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi
mengellakn campak kerana penyakit tersebut boleh mengakibatkan keguguran,
kelahiran pramatang dan bayi dilahirkan kurang berat badan.
5. Pneumonia.
Satu hingga enam peratus kanak-kanak yang dijangkiti campak akan mendapat
pneumonia ( radang paru-paru ) yang boleh menyebabkan kematian.
6. Bronkitis, laryngitis atau krup.
Campak juga boleh mendorong kepada radang pada kotak suara / larinks ata
radang pada dinding dalaman yang melapik laluan udara utama paru-paru atau
tiub bronkial.
7. Ensafilitis.
Kira-kira satu hingga dua orang daripada 1000 pesakit campak menghadapi
ensafilitis ( radang otak ) yang disebabkan oleh jangkitan virus yang boleh
mengakibatkan muntah, konvulsi ( pengecutan tidak sengaja otot-otot yang
menghasilkan peliukan tubuh dan anggota) dan boleh menyebabkan koma.
Ensafilitis boleh muncul selepas campak dan ia terjadi setelah beberapa tahun
kemudian, iaitu apabila individu terbabit meningkat dewasa disebabkan oleh
jangkitan virus yang perlahan. Pesakit mungkin mengalami sawan atau
gangguan percakapan.
14 Penyakit berjangkit
8. Bilangan platelet yang rendah / trombositopenia.
Campak boleh menyebabkan platelet iaitu jenis sel darah merah yang penting
untuk pembekuan darah, menjadi berkurangan.
9. Bayi yang berumur kurang setahun, bayi yang tidak mendapai imunisasi serta
remaja dan orang dewasa yang belum mendapat imunisasi kedua ataupun
sesiapa sahaja yang belum pernah mendapat campak dan belum menerima
vaksin ini, merupakan antara golongan yang lebih mudah diserang campak.
Individu yang mengalami kekurangan vitamin A, sebahagian daripada masalah
malnutrisi( kekurangan zat makanan ) akan mendapat kesan yang lebih teruk
dan boleh membawa maut. Kekurangan zat makanan berkait rapat dengan daya
tahan badan yang lemah serta masalah immunoefficiency disebabkan oleh
rawatan kanser atau HIV boleh memburukkan lagi komplikasi demam campak.
3.4 RAWATAN
Rawatan yang biasa diberikan ialah banyakkan minum air , jus buah-buahan
dan the herba bagi mengelakkan dehidrasi akibat demam dan berpeluh.
Paracetamol dan sirap panadol bagi melegakan demam, antibiotik sekiranya
terdapat kuman dalam paru-paru dan jangkitan pada telinga . Sirap tahan gatal
dan ubat sapu bagi ruam akan diberikan oleh doktor bagi mengurangkan
kegatalan, vitamin A pula bagi mengurangkan komplikasi demam campak.
15 Penyakit berjangkit
Sirap panadol untuk kanak-kanak sirap antibiotik
Doktor selalunya mendiagnosis campak berasaskan ciri-ciri unik penyakit
ruam dan bintik koplik. Pemeriksaan lain yang dilakukan ialah dengan menjalani
pemeriksaan darah.Kuarantin juga merupakan salah satu daripada rawatan
yang dijalankan di hospital. Dapatkan bantuan bagi melegakan pernafasan.
Gunakan pelembab bagi melegakan batuk dan sakit tekak.
Rehatkan mata. Jika rasa terganggu oleh lampu yang terang , cuba pakai
cermin mata, sekalipun pada waktu tidur. Elakkan membaca atau menonton
televisyen kerana cahaya daripada lampu bacaan atau televisyen boleh
mengganggu.
Cara tradisional yang dilakukan oleh orang tua-tua dahulu bagi
mempercepatkan ruam keluar pada badan ialah dengan kerap meminum air
kelapa muda segar. Bagi kanak-kanak yang tidak gemarkan air kelapa, ibu bapa
patut memujuk kanak-kanak dengan meletakkan air kelapa di dalam botol susu.
Selain itu , sup ayam juga dapat membantu ruam keluar dengan lebih cepat dan
membantu memberi tenaga kepada tubuh.
Air kelapa muda selain dapat menghilangkan dahaga digunakan dalam
pengubatan demam campak.
Daun mambu digunakan secara tradisional sebagai air mandian kepada
setiap pesakit campak bagi menghilangkan gatal dan miang badan. Syampu
badan iaitu Eubos Cream Bath Oil dicampurkan kedalam aar mandian daun
mambu yang direndamkan dalam baldi atau kolah dan digunakan untuk mandi
setiap hari bagi mengurangkan rasa gatal dan miang.
16 Penyakit berjangkit
Selain itu daun mambu juga digunakan sebagai pelapik tidur dan diletakkan
dibawah cadar atau bantal sebagai alas.
Pokok mambu Eubos cream bath oil
Cara kanak-kanak dimandikan
3.5 PENCEGAHAN
Sifat campak yang mudah berjangkit menyebabkan pesakit tidak digalakkan
terbabit dalam kegiatan yang memerlukan mereka berinteraksi dengan orang lain
dalam tempoh ini. Ibu bapa perlu mengkuarantinkan anak-anak mereka daripada
bergaul dengan dengan rakan-rakan buat sementara waktu. Kanak-kanak juga
17 Penyakit berjangkit
tidak perlu di hantar ke pusat asuhan agar penyakit ini tidak berjangkit kepada
orang lain. Sekiranya penyakit bertambah serius, pesakit akan ditahan di hospital.
Campak tergolong dalam kategori penyakit yang dapat dicegah dan
pencegahan paling berkesan adalah melalui suntikan vaksin. Program Imunisasi
Campak Kebangsaan ( PICK ) dimulakan pada tahun 1982, insiden jangkitan
campak menurun dari 65.6 per 100,000 populasi kepada 2.7 per 100,000 pada
tahun 2002. Vaksin campak terdiri daripada virus campak hidup yang dilemahkan
dan dikulturkan di dalam embrio anak ayam untuk meransang tubuh menghasilkan
antibodi sendiri. Cara penghasilan tersebut sebenarnya bertujuan menyukarkan
pembiakan virus di dalam tubuh manusia.
Vaksinasi campak didatangkan dalam bentuk gabungan dengan vaksin
beguk ( mumps) dan rubella dan secara ringkasnya ialah MMR ( mumps, measles
dan rubella) mulai tahun 2004. Sebanyak dua dos diberikan iaitu dos pertama
ketika kanak-kanak berusia 1 tahun dan dos kedua akan diberikan ketika berusia 7
tahun . Usia 1 tahun dipilih kerana jika diberikan terlalu awal, vaksin mungkin tidak
akan bertindak balas dengan berkesan kerana bayi masih membawa kekebalan si
ibu semasa hamil. Penyusuan ibu sangat digalakkan kerana dapat memanjangkan
lagi tahap dan tempoh daya kanak-kanak.
Suntikan MMR jika diabaikan, hanya mendedahkan kanak-kanak kepada
ancaman yang lebih besar pada masa akan datang. Suntikan MMR diberikan sama
ada pada bahagian peha atau lengan. Ia akan meninggalkan kesan sampingan
yang ringan seperti sakit dan bengkak pada bahagian yang dicucuk, mengantuk,
demam, ruam dan bengkak kalenjar air liur di leher.Suntikan MMR di negeri Sabah
diberikan seawal 9 bulan kerana banyak kes campak yang dilaporkan di sana.
Jangkitan yang tidak membahayakan ini membina kekebalan terhadap
jangkitan virus di kalangan 95 % kanak-kanak seumur hayat mereka.Pengambilan
dos kedua vaksin adalah digalakkan bagi melindungi 5 % lagi kanak-kanak yang
gagal membina ketahanan tubuh selepas menerima dos pertama. Kebanyakan
18 Penyakit berjangkit
kanak-kanak tidak mengalami kesan sampingan yang teruk kecuali demam dan
ruam ringan manakala kurang satu daripada sejuta dos menyebabkan alahan yang
serius.
Jadual Imunisasi Yang Disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia
VAKSIN
UMUR(BULAN) UMUR(TAHUN)
Ketika
Lahir1 2 3 4 5 6 12 18 7 12 15
BCG (Tibi) xtiada
parut
Hep (Hepatitis B) x x x x
DTP (Difteria, tetanus,
pertussis) x x x x
Hib (Haemophilus influenza
type B) x x x
OPV (Polio) x x x x x
MMR (Measles, mumps,
rubella) x x
Measles (Campak) x
DT (Difteria) x
T (Tetanus) x
PETUNJUK
x Imunisasi Primer
x Dos Tambahan
x Sabah Sahaja
Komplikasi penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi
Penyakit Komplikasi
Tibi (batuk
kering)
Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru
19 Penyakit berjangkit
(pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak
kepada organ lain.
Difteria Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran
pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).
Pertusis (batuk
kokol)
Plumbum akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan
oksigen
ke otak.
Tetanus
(Kancing gigi)
Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot
badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).
Haemophilus
influenzae jenis
(Hib)
Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru
(pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak
(meningitis).
Hepatitis B Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati
dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa
depan.
Polio Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan
kekal pada otot kaki.
Campak Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis)
and paru-paru (pneumonia).
Beguk Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan
testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.
Rubella Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya
kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan
bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan
penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus
arteriosus hyperli)
Nota – Semua penyakit di atas sangat berbahaya dan boleh membawa kematian.
3.6 PENUTUP
20 Penyakit berjangkit
Campak bukan sejenis penyakit yang boleh di pandang ringan. Kesedaran
mengenainya terutama sekali di kalangan ibu bapa adalah penting. Pastikan anak-anak
mendapat imunisasi campak seperti yang telah ditetapkan bagi mengelakkan komplikasi
yang boleh mengancam nyawa. Makan makanan yang bersih dapat mengelakkan
berlakunya penyakit berjangkit yang amat ditakuti oleh manusia. Walau bagaimanapun
sikap yang mementingkan kebersihan yang paling utama dalam menghindari penyakit
yang tidak diingini.
RUJUKAN:
Author admin ( 2011 .Jun 5 ) Cirit-birit . Dicapai daripada
http://isihat.adisurya.com/category/cirit-birit
Farmasi USJ sdn Bhd (2001 ) Cirit- birit . Dicapai daripada
http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcrb=Cirit-Birit.htm
Kristina ( 2012. Jan. 20 ) Imunisasi Kanak-kanak. Di capai daripada
http://mindasasterabahasa.com/2012/01/imunisasi-kanak-kanak.html
Puteri Kayangan (2011. Jun 12 ) Sembilan hari campak mengancam nyawa .
Dicapai daripada http://paramedik.bbfr.net/t8243-demam-campak-measles
Shafinaz Sheikh Maznan (2009. Ogos 7 ) , Demam campak boleh membawa
maut.dicapai daripada http://abimuslih.wordpress.com/2007/08/07/demam-
campak-boleh-bawa-maut/
Wikipedia Ensiklopedia Bebas (2012, Ogos 13 ) Penyakit. Dicapai daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Diarea
21 Penyakit berjangkit
Wikipedia Ensiklopedia Bebas ( 2012 . Julain 26 ) Penyakit Campak . Dicapai
daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Campak
22 Penyakit berjangkit