penulisan · web viewsoalan 2 bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini. cadangan...
TRANSCRIPT
Soalan 1Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.
Cadangan Jawaban:
1 Gambar ini menunjukkan kegiatan buruk murid-murid yang melepak di pasar raya.
2 Mereka berpakaian sekolah tetapi aksi mereka menunjukkan bahawa mereka tidak berdisplin.
3 Mereka tidak menghiraukan orang ramai yang memerhatikan gelagat nakal mereka.
4 Sambil berbual-bual kosong di tepi tangga pasar raya itu, mereka menghisap rokok
5 Selain menghisap rokok , mereka mungkin juga terlibat dengan kegiatan ponteng sekolah.
Soalan 2Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.
Cadangan Jawaban:
1 Seorang anggota polis trafik yang menunggang motosikal sedang mengejar seorang pemuda yang menunggang motosikal.
2 Pemuda itu menunggang motosikalnya dengan laju dan telah melanggar undang-undang jalan raya.
3 Perbuatan pemuda itu bukan sahaja membahayakan dirinya tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.
4 Polis trafik itu bertindak dengan cekap dan akhirnya berjaya menahan pemuda tersebut.
5 Polis trafik itu mengeluarkan saman kepada pemuda itu atas kesalahan yang dilakukannya.
Soalan 3Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.
Cadangan Jawaban:
1 Cikgu Ramli dan murid-muridnya berada di makmal sains.
2 Pelajaran yang diajarkan beliau ialah fotosintesis oleh tumbuhan hijau.
3 Beliau sedang menerangkan proses daun tumbuhan membuat makanan dengan bantuan cahaya matahari.
4 Selepas penerangan, beliau akan meminta murid-murid membuat uji kaji tentang perkara yang diajarkan.
5 Beliau telah meminta murid-murid membawa daun tumbuhan untuk membuat uji kaji tersebut.
Soalan 4Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.
Cadangan Jawaban:
1 Masyarakat Melayu kaya dengan pelbagai warisan termasuklah permainan tradisonal.
2 Permainan gasing menguji kemahiran pemainnya untuk memutarkan gasing paling lama.
3 Permainan wau menjadi pilihan kaum lelaki di Pantai Timur untuk mengisi masa lapang .
4 Permainan sepak raga sudah dikesan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
5 Permainan tradisonal Melayu melambangkan kehalusan seni budaya masyarakat Melayu.
Soalan 5
Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.
Cadangan Jawaban:
1 Bergotong- royong ialah amalan mulia yang masih diteruskan oleh masyarakat kita.
2 Kegiatan gotong-royong memudahkan sesuatu pekerjaan kerana pekerjaan itu dilakukan secara beramai-ramai.
3 Selain meringankan kerja, gotong-royong dapat mengeratkan hubungan sesama anggota masyarakat juga.
4 Kerja-kerja membersihkan kawasan seperti menebas rumput, mencuci longkang, dan membuang sampah sarap, jika dilakukan selalu, dapat menjamin kebersihan dan keselesaan penduduk.
5 Amalan gotong-royong perlu diteruskan kerana amalan ini banyak memberikan kebaikan kepada semua anggota masyarakat.