pentaksiran pusat bahasa melayu
TRANSCRIPT
PENTAKSIRAN PUSAT
PERINGKAT MENENGAH RENDAH
www.moe.gov.my/lp
BAHASA MELAYU
2014
Matlamat kurikulum bersepadu Bahasa Melayu
sekolah menengah adalah untuk melengkapkan
murid dengan keterampilan berbahasa dan
berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri
dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan
harian.
www.moe.gov.my/lp
www.moe.gov.my/lp
Bil Perkara Ujian Bertulis Ujian Lisan
Kertas 1 Kertas 2 Kertas 3
1 Jenis Instrumen Ujian Subjektif dan Objektif
Ujian Bertutur Ujian Mendengar
2 Jenis Item (a) Objektif Pelbagai Bentuk
(b) Respons Terhad
(c) Respons Terbuka
Respons Terbuka (a) Objektif Pelbagai
Bentuk
(b) Respons Terhad
3 Bentuk tugasan Individu Kumpulan Individu
4 Bilangan Soalan Bahagian A
(1) Tatabahasa
- Morfologi
- Sintaksis
- Peribahasa
(1) Bertutur
- Perbincangan
berdasarkan
tema atau tajuk
(1) Mendengar dan
memahami
- Petikan umum /
prosa / ilustrasi
- Mendengar
petikan daripada
audio
www.moe.gov.my/lp
Bil Perkara Ujian Bertulis Ujian Lisan
Kertas 1 Kertas 2 Kertas 3
Bilangan Soalan (2) Pemahaman Teks
- Prosa / Umum
- Puisi
(3) Pemindahan Maklumat
- Ulasan
Bahagian B
(1)Penulisan Karangan
Sebuah karangan berdasarkan
bahan rangsangan
ATAU
Sebuah karangan respons
terbuka
www.moe.gov.my/lp
Bil Perkara Ujian Bertulis Ujian Lisan
Kertas 1 Kertas 2 Kertas 3
Bilangan Soalan
Jumlah : 4 soalan
Jawab semua soalan Bahagian A
dan 1 soalan Bahagian B.
5 Jumlah Markah Bahagian A: 60 markah
Bahagian B: 40 markah
Markah: 30 markah Markah: 20 markah
Jumlah : 100 markah Jumlah : 50 markah
6 Tempoh Ujian 2 jam 12 – 15 minit
setiap kumpulan
mengikut jadual
yang ditetapkan
30 minit
www.moe.gov.my/lp
Bil Perkara Ujian Bertulis Ujian Lisan
Kertas 1 Kertas 2 Kertas 3
7 Konstruk 1. Pengetahuan sistem bahasa
2. Kemahiran aplikasi
maklumat (membaca dan
memahami)
3. Kemahiran aplikasi bahasa
(menulis)
4. Kemahiran kreatif dan
apresiasi bahasa (membaca
dan menulis)
1 Kemahiran lisan
– Perbincangan
1.1 Tatabahasa
dan kosa kata
1.2 Sebutan,
intonasi dan
nada
1.3 Kefasihan
1.4 Bermakna
1. Kemahiran
bahasa dan
kemahiran
aplikasi
maklumat –
mendengar dan
memahami
8 Kaedah
penskoran
Analitik dan holistik Holistik Analitik
GRED PENERANGAN
A
Cemerlang
Amat cemerlang dalam aspek sistem bahasa iaitu penggunaan
kata(morfologi),binaan ayat (sintaksis) dan penggunaan peribahasa. Amat
berkemahiran tinggi dalam memahami dan menaakul pelbagai bahan. Amat
kreatif dalam kemahiran menulis dengan mengemukakan idea yang berkaitan
dengan ilmu atau pengalaman peribadi, menggunakan ayat yang gramatis serta
pengolahan yang amat menarik dan berkesan.
B
Kepujian
Sangat baik dalam aspek sistem bahasa iaitu penggunaan kata(morfologi),binaan
ayat ( sintaksis) dan penggunaan peribahasa. Berkemahiran tinggi dalam
memahami dan menaakul pelbagai bahan. Kreatif dalam kemahiran menulis
dengan mengemukakan idea yang berkaitan dengan ilmu atau pengalaman
peribadi, menggunakan ayat yang gramatis serta pengolahan yang menarik dan
berkesan.
C
Baik
Baik dalam aspek sistem bahasa iaitu penggunaan kata(morfologi),binaan ayat (
sintaksis) dan penggunaan peribahasa. Mempunyai kemahiran memahami dan
menaakul pelbagai bahan. Baik dalam kemahiran menulis dengan mengemukakan
idea yang masih relevan, menggunakan ayat yang masih gramatis serta pengolahan
yang masih menarik.
www.moe.gov.my/lp
GRED PENERANGAN
D
Memuaskan
Masih baik dalam aspek sistem bahasa iaitu penggunaan kata(morfologi),binaan
ayat ( sintaksis) dan penggunaan peribahasa. Masih mempunyai kemahiran
memahami dan menaakul pelbagai bahan. Mempunyai kemahiran menulis pada
peringkat memuaskan dengan mengemukakan idea yang masih relevan, ayat yang
masih gramatis serta pengolahan yang masih menarik.
E
Mencapai Tahap
Minimum
Kurang memuaskan dalam aspek sistem bahasa iaitu penggunaan
kata(morfologi),binaan ayat (sintaksis) dan penggunaan peribahasa. Kurang
memuaskan dalam kemahiran memahami dan menaakul pelbagai bahan.
Menghasilkan penulisan yang kurang relevan, ayat kurang gramatis serta
pengolahan yang kurang menarik.
F
Belum Mencapai
Tahap Minimum
Tidak mencapai tahap minimum perkara yang ditaksir.
www.moe.gov.my/lp
GRED PENERANGAN
A
Cemerlang
Sangat petah berkomunikasi. Berupaya menggunakan bahasa yang gramatis dan
penggunaan kosa kata yang luas dan tepat. Sebutan yang betul dan jelas. Intonasi
dan nada betul seperti penutur jati. Keseluruhan pengucapan mencapai maksud,
bertatasusila dan idea yang matang. Memberikan respons yang tepat secara spontan.
Mempunyai kemahiran mendengar yang sangat berkesan dan dapat menjawab semua
soalan dengan betul.
B
Kepujian
Petah berkomunikasi. Berupaya menggunakan bahasa yang gramatis dan
penggunaan kosa kata yang luas. Sebutan yang betul . Kebanyakan intonasi dan nada
betul seperti penutur jati. Keseluruhan pengucapan mencapai maksud, bertatasusila
dan idea yang logik. Memberikan respons yang baik secara spontan. Mempunyai
kemahiran mendengar yang berkesan dan dapat menjawab hampir keseluruhan
soalan dengan betul.
C
Baik
Masih petah berkomunikasi. Berupaya menggunakan bahasa yang masih gramatis
dan penggunaan kosa kata yang masih luas. Sebutan yang masih betul. Kebanyakan
intonasi dan nada masih betul dan masih seperti penutur jati. Keseluruhan
pengucapan masih mencapai maksud, masih bertatasusila dan idea yang masih sesuai.
Masih dapat memberikan respons secara spontan. Mempunyai kemahiran mendengar
yang masih berkesan dan dapat menjawab sebahagian besar soalan dengan betul.
www.moe.gov.my/lp
GRED PENERANGAN
D
Memuaskan
Kurang petah berkomunikasi. Penggunaan bahasa yang kurang gramatis dan kosa
kata yang kurang luas. Sebutan yang kurang betul. Kebanyakan intonasi dan nada
kurang betul. Pengucapan yang kurang mencapai maksud, kurang tepat dan kurang
bertatasusila. Kurang memberikan respons. Mempunyai kemahiran mendengar yang
kurang berkesan dan hanya dapat menjawab kurang daripada separuh soalan dengan
betul.
E
Mencapai Tahap
Minimum
Tidak petah berkomunikasi. Penggunaan bahasa yang tidak gramatis dan kosa kata
yang terhad. Sebutan yang tidak betul. Kebanyakan intonasi dan nada tidak betul.
Pengucapan yang tidak mencapai maksud, tidak tepat dan tidak bertatasusila.
Kemahiran mendengar yang tidak berkesan.
F
Belum Mencapai
Tahap Minimum
Tidak mencapai tahap minimum perkara yang ditaksir.
www.moe.gov.my/lp
www.moe.gov.my/lp