penilaian strategik pulau christmas - regional.gov.au · penilaian strategik pulau christmas...

5
Penilaian Strategik Pulau Christmas Kerajaan Australia sedang menyiapkan Penilaian Strategik seluruh pulau di bawah Akta Perlindungan Alam Sekitar Dan Pemuliharaan Biokepelbagaian 1999 (Akta EPBC) untuk melindungi persekitaran yang unik di Pulau Christmas dan menyokong pembangunan ekonominya. Apa maksudnya Penilaian Strategik? Pembangunan yang akan meninggalkan kesan yang ketara terhadap hal-hal yang terlindung oleh undang- undang alam sekitar negara mesti dinilai di bawah Akta EPBC. Penilaian Strategik di bawah Bahagian 10 Akta EPBC membuka peluang mempertimbangkan dan mungkin meluluskan beberapa usul atau pembangunan baharu (disebut sebagai ‘tindakan’) pada skala yang jauh lebih besar dan bagi jangka masa yang jauh lebih panjang (walaupun pemajunya belum lagi diketahui). Penilaian Strategik Pulau Christmas akan menghasilkan dua dokumen: Rancangan penggunaan tanah dan peluang pembangunan masa depan di Pulau Christmas. Rancangan ini juga akan membentangkan strategi menguruskan kesan yang mungkin ditinggalkan oleh kegiatan pembangunan terhadap persekitaran aslinya. Laporan tentang kesan terhadap hal-hal terlindung akibat kegiatan pembangunan yang dicadangkan serta keberkesanan langkah-langkah pemuliharaan yang dicadangkan. Mengapa Penilaian Strategik ini dilakukan? Pulau Christmas adalah suatu keajaiban semula jadi. Di sini terdapat tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang jarang-jarang ditemui, dan ada antaranya yang tidak dijumpai di mana-mana tempat lain di dunia. Kepentingan dan nilai ekologi Pulau Christmas diiktiraf pada peringkat antarabangsa dan diberi tahap perlindungan yang tinggi di bawah Akta EPBC. Penilaian Strategik ini akan menyokong kegiatan ekonomi di Pulau Christmas melalui pertimbangan tentang penggunaan tanah dan peluang pembangunan masa depan secara terbuka dan telus, dengan itu memberi pihak-pihak yang terjejas kepastian dan menjamin kejelasan tentang aturan kelulusan alam sekitar sehingga 50 tahun yang seterusnya. Pada masa yang sama, Penilaian Strategik ini juga akan melindungi persekitaran pulau, termasuklah hutan hujan, burung-burung, dan ketam yang unik di sini.

Upload: hoangkhanh

Post on 28-Apr-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Penilaian Strategik Pulau Christmas

Kerajaan Australia sedang menyiapkan Penilaian Strategik seluruh pulau di bawah Akta Perlindungan Alam Sekitar Dan Pemuliharaan Biokepelbagaian 1999 (Akta EPBC) untuk melindungi persekitaran yang unik di Pulau Christmas dan menyokong pembangunan ekonominya.

Apa maksudnya Penilaian Strategik?

Pembangunan yang akan meninggalkan kesan yang

ketara terhadap hal-hal yang terlindung oleh undang-

undang alam sekitar negara mesti dinilai di bawah Akta

EPBC. Penilaian Strategik di bawah Bahagian 10 Akta

EPBC membuka peluang mempertimbangkan dan

mungkin meluluskan beberapa usul atau pembangunan

baharu (disebut sebagai ‘tindakan’) pada skala yang jauh

lebih besar dan bagi jangka masa yang jauh lebih

panjang (walaupun pemajunya belum lagi diketahui).

Penilaian Strategik Pulau Christmas akan menghasilkan dua dokumen:

Rancangan penggunaan tanah dan peluang pembangunan masa depan di Pulau Christmas.

Rancangan ini juga akan membentangkan strategi menguruskan kesan yang mungkin ditinggalkan

oleh kegiatan pembangunan terhadap persekitaran aslinya.

Laporan tentang kesan terhadap hal-hal terlindung akibat kegiatan pembangunan yang dicadangkan

serta keberkesanan langkah-langkah pemuliharaan yang dicadangkan.

Mengapa Penilaian Strategik ini dilakukan?

Pulau Christmas adalah suatu keajaiban semula jadi. Di sini terdapat tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang

jarang-jarang ditemui, dan ada antaranya yang tidak dijumpai di mana-mana tempat lain di dunia. Kepentingan

dan nilai ekologi Pulau Christmas diiktiraf pada peringkat antarabangsa dan diberi tahap perlindungan yang

tinggi di bawah Akta EPBC.

Penilaian Strategik ini akan menyokong kegiatan ekonomi di Pulau Christmas melalui pertimbangan tentang

penggunaan tanah dan peluang pembangunan masa depan secara terbuka dan telus, dengan itu memberi

pihak-pihak yang terjejas kepastian dan menjamin kejelasan tentang aturan kelulusan alam sekitar sehingga 50

tahun yang seterusnya. Pada masa yang sama, Penilaian Strategik ini juga akan melindungi persekitaran

pulau, termasuklah hutan hujan, burung-burung, dan ketam yang unik di sini.

Penilaian Strategik menawarkan peluang menangani kesan terkumpul terhadap hal-hal yang terlindung oleh

undang-undang alam sekitar negara dan mencapai hasil pemuliharaan dan perancangan pada skala yang jauh

lebih besar daripada apa yang mungkin dicapai melalui penilaian projek demi projek. Setelah Rancangan

Penilaian Strategik ini diluluskan, penilaian yang berasingan di bawah Akta EPBC tidak lagi perlu dilakukan jika

projek yang dicadangkan itu sejajar dengan Rancangan dan terlingkung oleh kelas tindakan yang diluluskan.

Bagaimana cara saya mengemukakan pendapat atau mengetahui lebih lanjut?

Jabatan Infrastruktur, Pembangunan Regional dan

Bandar Raya mengendalikan beberapa rundingan

dengan orang ramai tentang draf Syarat-syarat

Rujukan antara 15 Februari 2019 hingga 29 Mac 2019.

Peluang juga akan diberikan kepada pihak-pihak yang

terjejas untuk mengemukakan komen tentang draf

Rancangan dan draf Laporan setelah disusun kelak.

Kerajaan Australia akan bekerja rapat dengan pihak-

pihak yang terjejas sepanjang tempoh pelaksanaan

Penilaian Strategik ini. Jabatan ini mempelawa orang

ramai yang berminat agar mengemukakan komen

masing-masing.

Maklumat selanjutnya tentang Penilaian Strategik Pulau Christmas serta butir-butir tentang cara menyerahkan

komen sepanjang tempoh perundingan boleh didapati pada laman sesawang Jabatan ini, iaitu di

www.regional.gov.au/territories/Christmas/strategic-assessment/.

Maklumat am tentang penilaian strategik, termasuklah Penilaian Strategik Pulau Christmas, boleh didapati

pada laman sesawang Jabatan Alam Sekitar dan Tenaga, iaitu di

www.environment.gov.au/protection/assessments/strategic.

Soal Jawab

Saya tinggal di Pulau Christmas. Apakah ertinya bagi saya?

Penilaian Strategik ini akan membuka peluang pembangunan yang boleh dilanjutkan di samping menyokong

kegiatan ekonomi di Pulau Christmas. Penilaian Strategik ini juga akan melindungi persekitaran Pulau

Christmas, termasuklah hutan hujan, burung-burung dan ketam yang unik di sini.

Orang ramai boleh menyerahkan komen semasa proses perundingan dengan orang awam melalui laman

sesawang Jabatan ini, iaitu di www.regional.gov.au/territories/Christmas/strategic-assessment/. Ruangan ini

akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa untuk mencerminkan kemajuan Penilaian Strategik ini.

Kawasan manakah yang diliputi oleh Penilaian Strategik ini?

Penilaian Strategik ini akan mempertimbangkan semua tanah di Pulau Christmas semasa Rancangan dan

Laporan disediakan. Walau bagaimanapun, Penilaian Strategik ini tidak akan meluluskan pembangunan di

Taman Negara Pulau Christmas, yang akan terus memerlukan kelulusan yang berasingan di bawah undang-

undang alam sekitar negara dan perlu memenuhi keperluan Rancangan Pengurusan Taman Negara Pulau

Christmas. Selain itu, Penilaian strategik ini tidak akan menjejaskan kelulusan yang telah diberikan di bawah

Akta EPBC.

Apakah ertinya bagi persekitaran di Pulau Christmas?

Penilaian Strategik ini akan mempertimbangkan kesan yang ditinggalkan terhadap persekitaran oleh

pembangunan yang dicadangkan selaras dengan keperluan Akta EPBC, termasuklah prinsip-prinsip

pembangunan yang boleh dilanjutkan dari segi ekologi. Rancangan yang diluluskan akan merangkumi langkah-

langkah pemuliharaan yang berpatutan.

Apakah yang dilindungi oleh Akta EPBC?

Akta EPBC menyediakan rangka kerja perundangan yang melindungi dan menguruskan tumbuh-tumbuhan,

haiwan, komuniti ekologi dan tempat-tempat warisan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Hal-hal yang terlindung di bawah Akta EPBC (‘hal-hal terlindung’) ialah

sembilan hal yang penting dari segi persekitaran negara, iaitu harta warisan dunia; tempat warisan

negara; tanah lembap yang penting pada peringkat antarabangsa (selalunya disebut tanah lembap

‘Ramsar’); spesies dan komuniti ekologi yang terancam pada peringkat kebangsaan; spesies berhijrah

yang terlindung oleh perjanjian antarabangsa; kawasan laut Komanwel; Taman Laut Terumbu Sawar

Besar; tindakan nuklear (termasuklah perlombongan uranium); dan sumber-sumber air, sehubungan

dengan penghasilan gas lipit batu arang dan pembangunan perlombongan batu arang secara besar-

besaran;

persekitaran di tempat tindakan yang dicadangkan atau yang terjejas olehnya, tanah Komanwel dan

alam sekitar; dan

persekitaran yang dicadangkan oleh agensi-agensi Kerajaan Australia untuk diambil tindakan.

Oleh sebab Pulau Christmas dianggap sebagai tanah Komanwel di bawah Akta EPBC, Penilaian Strategik ini

akan mempertimbangkan kesan-kesan yang mungkin ditinggalkan terhadap hal-hal yang penting dari segi

persekitaran negara dan terhadap alam sekitar.

Apakah jenis pembangunan yang dicadangkan dalam Penilaian Strategik ini?

Antara kegiatan pembangunan yang mungkin dijalankan ialah pembangunan kediaman, perindustrian dan

komersial, ekopelancongan, perlombongan dan pertanian. Jabatan ini ingin mendengar pandangan anda

tentang kegiatan pembangunan lain yang boleh dijalankan.

Saya sedang berfikir hendak memajukan tanah di Pulau Christmas. Apakah ertinya

bagi saya?

Penilaian Strategik ini akan mempertimbangkan dan menyusun Rancangan penggunaan tanah masa depan

secara terbuka dan telus, dan akan membuka peluang pembangunan yang boleh dilanjutkan di Pulau

Christmas di luar kawasan Taman Negara Pulau Christmas. Pada masa yang sama, Penilaian Strategik ini

akan melindungi persekitaran, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang unik di Pulau Christmas, serta hutan hujan,

burung-burung dan ketam di sini yang terkemuka di dunia.

Proses kelulusan yang kemas di bawah Rancangan ini akan memberikan kepastian untuk pemaju, pemilik

tanah, perancang, industri dan komuniti tentang pelaburan di Pulau Christmas pada masa hadapan. Dengan

adanya Rancangan Penilaian Strategik ini, penilaian yang berasingan di bawah Akta EPBC tidak lagi perlu

dilakukan jika projek yang dicadangkan itu sejajar dengan Rancangan dan terlingkung oleh kelas tindakan

yang diluluskan.

Bagaimanakah kesan Penilaian Strategik ini terhadap program pelepasan tanah

kerajaan?

Kerajaan Australia mengutamakan pelepasan tanah kerajaan. Penilaian Strategik ini akan dilaksanakan seiring

dengannya sebagai pelengkap usaha pelepasan tanah kerajaan dengan cara memberikan kepastian tentang

peluang pembangunan masa depan. Dengan adanya Rancangan Penilaian Strategik ini, penilaian yang

berasingan di bawah Akta EPBC tidak lagi perlu dilakukan jika projek yang dicadangkan itu sejajar dengan

jenis dan syarat pembangunan yang ditetapkan oleh sesuatu Penilaian Strategik yang diluluskan.

Pembeli mungkin elok memulakan pembangunan setelah selesainya Penilaian Strategik tersebut. Penilaian

Strategik tidak akan menghalang sesiapa sahaja yang berjaya membeli tanah kerajaan daripada menyerahkan

rujukan untuk dipertimbangkan di bawah Akta EPBC bagi setiap tapak yang berasingan. Maklumat selanjutnya

tentang cara merujukkan tindakan di bawah Akta EPBC yang juga terangkum oleh proses penilaian strategik

boleh didapati pada laman sesawang Jabatan Alam Sekitar dan Tenaga, iaitu di

www.environment.gov.au/epbc/publications/epbc-act-referrals-policy.

Apakah ertinya bagi pelancongan di Pulau Christmas?

Rancangan yang terhasil daripada Penilaian Strategik ini akan mempertimbangkan pembangunan industri

pelancongan di luar kawasan Taman Negara Pulau Christmas. Rancangan ini juga akan menyokong industri

ekopelancongan Pulau Christmas dengan cara melindungi persekitarannya. Pembangunan yang dicadangkan

di kawasan Taman Negara Pulau Christmas akan terus memerlukan kelulusan yang berasingan di bawah

undang-undang alam sekitar negara dan perlu memenuhi keperluan Rancangan Pengurusan Taman Negara

Pulau Christmas.

Apakah ertinya bagi warisan di Pulau Christmas?

Walaupun terdapat keperluan yang berasingan bagi warisan di bawah Akta EPBC, namun pengurusan warisan

juga akan dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada Penilaian Strategik ini. Penilaian Strategik ini akan

merangkumi keterangan nilai-nilai warisan kawasan Penilaian Strategik dan pengenalpastian kawasan-

kawasan warisan yang sensitif. Penilaian Strategik ini akan melindungi tempat-tempat warisan yang penting

serta warisan kebudayaan dan warisan asli Pulau Christmas yang lebih luas.

Bagaimanakah hasil rundingan dengan orang ramai ditangani?

Selaras dengan Perjanjian Penilaian Strategik berkanun, Jabatan ini akan memberi Menteri Alam Sekitar

sesalinan semua komen orang ramai yang diterima serta ringkasan cara dan sama ada komen orang ramai

diambil kira apabila dokumen diserahkan untuk dipertimbangkan ataupun diluluskan.

Jabatan ini juga akan menerbitkan ringkasan pandangan orang ramai selepas penghujung setiap tempoh

perundingan pada laman sesawangnya. Nama pemberi komen tidak akan disertakan dengan ringkasan ini.