pengurusan bilik darjah dan tingkah laku (edu 3104)
DESCRIPTION
Catatan deskriptif kesTRANSCRIPT
2
Aldbean (bukan nama sebenar) merupakan salah seorang pelajar lelaki di
sekolah menengah di Sarawak. Dia berada dalam Tingkatan 5 aliran Sains dan
merupakan seorang pelajar yang kelihatan pemalu dan pasif. Pengalaman ini kami
alami sepanjang tahun 2007 di sekolah terbabit.
Dalam keluarganya, dia merupakan anak yang menghormati ibu bapa dan
patuh kepada ibu bapanya. Keluarganya boleh dikatakan sebagai keluarga yang
sederhana. Dia sering menolong ibu bapa dan juga adik-adiknya dalam segala rutin
harian mahupun kerja sekolah. Di samping itu, dia juga merupakan seorang anak
yang baik hati dan juga sopan santun dalam pelakuan dan percakapannya di rumah.
Dia merupakan seorang individu yang bersifat sensitif dan juga penyabar.
Namun begitu, tingkah lakunya di rumah amatlah berbeza dengan tingkah
lakunya di sekolah. Tempat duduknya di sekolah adalah terletak di bahagian kiri
kelas dan terletak di bahagian belakang kelas. Dia merupakan murid yang biasa
sahaja di dalam kelas iaitu tidak memegang apa-apa jawatan pun di dalam kelas
mahupun di luar kelas untuk sebarang organisasi ataupun jawatankuasa sekolah.
Dia merupakan seorang yang mempunyai fikiran yang kreatif, suka melakukan
aktiviti-aktiviti yang berbentuk amali berbanding teori, suka mencuba sesuatu benda
yang baru tidak kira apa pun risikonya namun mudah tersinggung apabila dikritik dan
juga dimarahi.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, dia kurang
menumpukan perhatian di dalam bilik darjah bergantung kepada guru yang
mengajarnya pada masa itu. Kesannya, dia tidak akan dapat memahami isi
pelajaran yang disampaikan oleh gurunya dan dia tidak mengambil berat pun
tentang pekara tersebut. Masalah akan menjadi lebih teruk sekiranya dia akan
mengganggu rakan sekelasnya yang lain semasa dia hilang fokus terhadap
pengajaran guru. Hal ini adalah kerana jika dia tidak memahami apa yang guru
sampaikan di dalam kelas, dia akan mudah merasa bosan dan mula untuk hilang
tumpuan. Justeru itu, dia akan mula mencari sesuatu yang boleh dia lakukan untuk
menghilangkan perasaan bosannya itu dengan bermain ataupun mengganggu rakan
sekelasnya yang lain. Kesan daripada tingkah lakunya itu akan menjejaskan
perhatian dan juga tumpuan rakan-rakannya yang lain dalam sesi pengajaran yang
berlangsung.
3
Di samping itu juga, dia juga mempunyai sifat yang begitu pasif di dalam
kelas. Hal ini bermaksud, dia sering mengelakkan diri untuk melibatkan diri dalam
segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dia akan cuba untuk menyembunyikan
dan berdiam diri apabila guru meyoal pelajar-pelajarnya. Selain daripada
penglibatan kelas, dia juga kurang melibatkan diri dalam segala aktiviti luar bilik
darjah seperti aktiviti kokurikulum. Dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dia hadiri,
dia akan hanya sekadar menghadirinya dan memegang jawatan ahli biasa sahaja
serta kurang memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Hal ini
akan menjejaskan pemerolehan ilmu, kemahiran dan juga nilai yang disampaikan
dalam setiap aktiviti kokurikulum.
Dalam bilik darjah, dia juga suka dibiarkan keseorangan dalam setiap pekara
yang dia lakukan namun dia bukanlah seorang yang jenis pendiam. Dia tidaklah
dipinggirkan oleh rakan-rakan sekelasnya yang lain kerana dia merupakan seorang
yang mudah didampingi iaitu mesra dan juga suka berlawak jenaka. Dia hanya
bergaul dengan rakan-rakan rapatnya sahaja iaitu rakan-rakan yang agak nakal juga
di dalam kelas. Dia jarang bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya yang
berkelakuan baik dan juga yang mempunyai pencapaian yang baik di dalam bilik
darjah. Dia berkelakuan sombong dan ego terhadap rakan-rakan sekelasnya yang
sebegini dan sering mengejek dan juga mengganggu mereka dalam segala pekara
yang mereka lakukan. Sifat sebegini akan menjejaskan hubungan, komunikasi dan
juga pertukaran pengetahuan sesama mereka.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, dia sering
menimbulkan masalah-masalah yang kadang-kalanya tidak disedari oleh guru yang
mengajar pada masa itu. Dalam sesi pengajaran guru-guru atau beberapa mata
pelajaran yang dia kurang minati, dia akan kerap menimbulkan masalah. Sebagai
contoh, dia akan mengajuk sebahagian daripada percakapan guru semasa mengajar
dan rakan-rakannya yang lain akan mula mengetawakan guru tersebut. Namun
begitu, perbuatannya itu sering kali tidak disedari oleh guru yang mengajarnya
ataupun tidak dipedulikan kerana dia melakukannya secara senyap dan juga
terlindung. Secara tidak langsung, perbuatannya itu akan mengganggu rakan
sekelas yang sedang menumpukan perhatian dan mahu belajar. Perbuatannya ini
dianggapnya sebagai bahan hiburannya semasa dia bosan dengan pengajaran
guru.
4
Masalah-masalah Aldbean seperti yang dinyatakan tersebut adalah
disebabkan oleh faktor baka dan juga persekitaran. Sejak lahir, dia mengalami
proses pertumbuhan dan perkembangan yang berbeza dengan orang lain dan juga
tidak seperti yang ibu bapa dan guru harapkan.
Faktor baka adalah merupakan salah satu faktor kepada masalah ini iaitu dia
lebih mudah untuk faham apabila dia mencuba sesuatu yang dialaminya sendiri
berbanding dengan pekara yang disampaikan kepadanya secara lisan mahupun
teori semata-mata. Ada kemungkinan bahawa dia lebih terdorong kepada
pengaktifan kelima-lima deria manusia semasa proses pembelajaran berlaku.
Justeru itu, dia akan mudah berasa bosan apabila guru sentiasa mengajar isi
pelajaran secara terus tanpa mengambil kira aspek pembelajaran yang berbentuk
praktikal dan juga abstrak. Aldbean juga berkemungkinan mempunyai sifat semula
jadinya yang merendah diri dan juga malu apabila berada di hadapan khalayak
ramai. Hal ini menerangkan mengapa dia bersikap pasif dan juga kurang
memberikan kerjasama semasa di dalam dan luar bilik darjah.
Faktor persekitaran juga terlibat dalam menyumbang kepada perlakuan
bermasalahnya ini. Ada kemungkinan bahawa Aldbean pernah tersinggung ataupun
mengalami perasaan malu yang terlampau semasa di dalam bilik darjah ataupun di
luar bilik darjah. Ada kemungkinan bahawa dia tidak merasakan yang dia dihargai di
dalam bilik darjah dan juga diejek oleh rakan-rakannya. Hal ini boleh menyebabkan
dia mula bersifat pasif dan suka dibiarkan keseorangan akibat daripada
personalitinya yang sensitif seperti yang telah dinyatakan tersebut. Selain itu juga,
dia juga dikatakan suka bergaul dengan rakan-rakannya yang nakal. Dia akan mula
terdedah kepada perlakuan-perlakuan yang negatif akibat daripada pengaruh rakan-
rakannya yang nakal tersebut. Akhirnya, sifat dirinya yang pasif kemudiannya
menyumbang kepada perlakuan yang disruptif seperti yang dinyatakan tersebut.
Faktor guru itu sendiri merupakan fokus utama dalam kajian ini dan merupakan
penyumbang terbesar kepada permasalahan Aldbean ini yang tidak disedari oleh
kebanyakan pihak. Guru yang mengajar Aldbean ini berkemungkinan mempamerkan
contoh teladan yang tidak baik kepada Aldbean dan ianya akan menjadi ikut-ikutan
kepadanya. Kaedah dan teknik pengajaran guru tersebut juga akan mempengaruhi
maklum balas Aldbean terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung.
6
1.0 PENYATAAN KES
Seperti yang dinyatakan dalam catatan deskriptif kes, masalah Aldbean
dikategorikan sebagai tingkah laku yang mengganggu ataupun digelar sebagai
disruptif. Masalah ini menjejaskan dirinya sendiri dari segi tingkah laku serta
pencapaiannya dan juga orang lain dari segi keselesaan dan juga keselamatan.
Secara ringkasnya, Aldbean kurang memberikan perhatian semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Akhirnya, dia akan mengganggu rakan-
rakan sekelasnya yang lain dan juga mengajuk percakapan gurunya di samping
mengejek gurunya semasa dia tidak menumpukan perhatian di dalam kelas. Pada
masa yang sama, sesi pengajaran guru juga akan terjejas akibat daripada
perbuatannya itu.
Dia juga suka dibiarkan keseorangan dan sentiasa bersifat pasif di dalam bilik
darjah. Pekara ini bermaksud dia tidak akan berkerjasama dengan guru dan juga
murid-murid lain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini
akan seterusnya menjejaskan pencapaiannya di dalam bilik darjah.
Selain itu, dia juga tidak mahu memegang sebarang jawatan di dalam
peringkat kelas mahupun sekolah. Dia akan cuba untuk mengelakkan daripada
terlibat dalam segala aktiviti akademik mahupun kurikulum. Perlakuannya yang
sebegini akan mendatangkan masalah kepada pengurusan kelas dan juga kepada
pentadbiran sekolah tersebut.
7
2.0 ANALISIS KES
2.1 Definisi Kes
Tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh Aldbean ini adalah
bertentangan norma-norma yang diterima oleh sesebuah masyarakat ataupun dalam
sesebuah organisasi sekolah. Menurut Mok Soon Sang (2011: 163), Tingkah laku
bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal ataupun ‘abnormal
behaviour’ dalam bahasa Inggeris dan ianya bertentangan dengan nilai dan norma
sosial masyarakat dan juga sekolah. Justeru itu, nyatalah bahawa perlakuan-
perlakuan Aldbean tersebut melanggar peraturan, undang-undang, etika atau
kepercayaan agama sesuatu masyarakat ataupun organisasi sekolah.
Perlakuan Aldbean ini boleh menyebabkan rakan-rakanya berasa tidak selesa
dan tidak selamat akan kehadirannya. Justeru itu, tingkah laku bermasalahnya ini
adalah berunsur negatif dan dikategorikan sebagai tingkah laku yang disruptif.
Menurut Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009: 118), jika salah seorang
daripada murid mempunyai masalah disruptif, murid lain akan mengalami kesukaran
untuk menumpukan perhatian di dalam bilik darjah dan juga dia mungkin akan
merosakkan harta benda atau mengganggu rakan sekelasnya. Pekara ini akan
seterusnya memberikan tekanan emosi dan juga menjejaskan perkembangan
kognitif kanak-kanak tersebut.
Dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary (2006: 423) ada menyatakan
bahawa ‘Disruptive’ bermaksud “causing problems, noise, etc. so that something
cannot continue normally”. Justeru itu, tingkah laku bermasalah ini yang bersifat
disruptif ini akan menimbulkan pelbagai masalah yang akan mengganggu sesuatu
sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Menurut kajian Tan & Cheng (1999) dalam Goh Swee Chiew (2005: 147),
tingkah laku disruptif ini merupakan masalah disiplin yang sering berlaku di sekolah
dan berada dalam kedudukan tiga teratas bagi semua jenis masalah bagi kedua-dua
jenis sekolah iaitu sekolah rendah dan menengah. Justeru itu, perbuatan Aldbean
seperti tidak menumpukan perhatian, mengganggu murid lain serta guru dan juga
pasif di dalam kelas boleh dikategorikan sebagai tingkah laku bermasalah disruptif.
8
2.2 Punca Masalah
Menurut Myint Swe Khine ... [et al.]. (2005: 202 – 204), terdapat lima punca
utama kepada tingkah laku bermasalah iaitu berkait dengan rumah, berkait dengan
rakan, berkait dengan sekolah, berkait dengan pembelajaran dan juga berkait
dengan guru. Dalam kajian ini, guru merupakan punca utama kepada tingkah laku
bermasalah yang ditunjukkan oleh Aldbean ini.
Dalam hal ini, guru-guru yang mengajar kelas Aldbean ini tidak mengambil
berat tentang minat dan kebolehan murid-murinya. Menurut Myint Swe Khine ... [et
al.]. (2005: 204), murid yang tidak diuji kebolehannya dan tidak dikekalkan minatnya
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran akan menyebabkan mereka untuk
berusaha untuk mencipta suatu bentuk “hiburan” di dalam bilik darjah. Buktinya,
Aldbean akan mengganggap bahawa setiap gangguan diberikan kepada rakan
sekelasnya, setiap kata yang diajuknya dan juga ejekan yang diberikan merupakan
suatu bentuk “hiburan” bagi dirinya.
Faktor utama kepada kehilangan tumpuan Aldbean dalam bilik darjah ialah
perancangan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran guru-gurunya
adalah membosankan dan kurang berpusatkan murid. Menurut Myint Swe Khine ...
[et al.]. (2005: 203 & 204), guru haruslah merancang proses pengajaran dan
pembelajaran dengan baik berserta bahan-bahan dan resos-resos pengajarannya
bagi mewujudkan pelaksanaan sesi pengajaran yang baik dan berkesan tanpa
sebarang gangguan. Tambahnya lagi, terdapat juga guru yang tidak bermotivasi dan
terdorong untuk merancang pengajaran yang menyeronokkan dan merangsang
murid atas sebab kekurangan masa atau bahan mahupun wujudnya masalah
komunikasi dengan murid.
Disebabkan Aldbean tidak dapat memahami segala isi pelajaran yang
disampaikan oleh gurunya itu, dia akan mula kehilangan fokus dan akan berasa
bosan dan tidak senang. Ada kemungkinan bahawa strategi, kaedah dan
pendekatan yang digunakan guru-guru Aldbean adalah tidak berkesan dan juga
penyampaian isi pelajarannya adalah berbentuk terus dan sukar untuk difahami.
Dalam Myint Swe Khine ... [et al.]. (2005: 204) ada menyatakan bahawa guru harus
9
mampu dalam menyalurkan atau menyampaikan isi pengajaran dengan jelas dan
berkesan agar pembelajaran dapat berkembang secara maksimum.
Selain itu, guru-guru yang mengajar Aldbean ini juga tidak peka dengan
kewujudan murid yang berkelakuan sebegini di dalam bilik darjah semasa
pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Clifford H. Edwards (1993:
163), keupayaan yang tidak dapat diterangkan ini yang dipunyai oleh seseorang
guru iaitu mengesan apa pekara pun termasuklah murid yang cuba untuk
berselindung semasa melakukan apa pun jua aktiviti ataupun pergerakan di dalam
bilik darjah. Pekara ini akan meningkatkan lagi keberkesanan guru dalam mencegah
tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah.
Di samping itu juga, guru-guru Aldbean juga tidak mampu mengenal pasti
punca kepada tingkah laku bermasalah ataupun motifnya dan seterusnya akibat
daripada tingkah laku bermasalahnya itu. Dalam Choong Lean Keow (2011: 92) ada
menyatakan bahawa pertamanya guru haruslah mengenal pasti motif murid
berkenaan, keduanya guru harus bantu dia memahami motifnya, ketiganya guru
harus tukarkan matlamat yang salah kepada matlamat yang bermanfaat,
keempatnya guru harus tanamkan semangat komited terhadap matlamat barunya
dan akhirnya, bantu dia agar dia menyedari kesan daripada akibat tingkah laku
bermasalahnya itu. Sekiranya guru mempunyai keupayaan seperti ini, matlamat
murid yang salah seperti menunjukkan tingkah laku mencuri perhatian, menunjukkan
kuasa, membalas dendam dan menunjukkan kekurangan dalam usahanya untuk
mendapatkan rasa kepunyaan di dalam bilik darjah dapat dikesan dan diperbetulkan.
Tingkah laku bermasalah Aldbean tidak mampu dikawal sekiranya tiada
penguatkuasaan peraturan bilik darjah yang berkesan. Menurut Dreikurs dalam
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009: 91), guru-guru seharusnya
melibatkan murid bekerjasama dalam merancang dan melaksanakan rutin serta
peraturan bilik darjah yang berkesan. Tambahnya lagi, perbincangan turut berkaitan
tentang akibat yang akan diterima seandainya murid melanggar rutin dan peraturan
yang telah ditetapkan. Oleh itu, masalah disiplin dalam bilik darjah akan timbul
sekiranya tiada pelaksanaan rutin dan peraturan bilik darjah yang berkesan dan
dipersetujui oleh semua pihak.
10
Di samping itu juga, guru-guru Aldbean juga tidak memberikan peluang dan
kebebasan yang sepadan dengan keupayaan murid untuk memilih aktiviti atau
tugasan-tugasan tertentu sama ada secara berkumpulan ataupun individu. Pekara
ini disokong dengan kenyataan dalam Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel
(2009: 98) bahawa kebebasan murid untuk mementukan matlamat hidup dan
bertanggugjawab atas tingkah laku mereka sendiri dengan pengawalan dan
pemantauan ibu bapa dan guru-guru. Tambahnya lagi, kebebasan diberikan
haruslah bersesuaian dengan peringkat umur dan keupayaan mereka. Dengan
hanya itulah murid-murid akan merasakan sendiri perasaan bertanggungjawab
terhadap pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran atas pilihan mereka
sendiri.
Akibat daripada tidak memberikan perhatian, tidak menghormati haknya dan
meminggirkannya, Aldbean akan berasa kecewa dan seterusnya, hilang sifat
penghargaan kendiri dan juga rasa kepunyaan di dalam bilik darjah semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran terutamanya. Menurut Haliza Hamzah & Joy
Nesamalar Samuel (2009: 86), rasa kepunaan terhadap bilik darjah merupakan
matlamat utama dalam pembentukan tingkah laku murid dan mereka akan
menggunakan cara yang salah untuk memenuhi keperluan mereka sekiranya
mereka gagal untuk mendapatkan rasa kepunyaan tersebut. Hal ini akan
menyebabkan Aldbean menunjukkan tingkah laku bermasalah seperti menganggu
rakan-rakan dan juga meminggirkan diri untuk mendapatkan perhatian dengan
menunjukkan kekurangan dan kelemahan diri.
Tambahan lagi, kurangnya interaksi guru sesama mereka dan juga dengan
murid dalam mengenal pasti masalah yang murid ini hadapai serta cara untuk
mengatasinya juga menyumbang kepada kegagalan guru untuk mengawal tingkah
laku bermasalah Aldbean ini. Goh Swee Chiew (2005: 9) ada menyatakan bahawa
guru akan hanya mengalami sedikit masalah dalam mengawal fokus dan tumpuan
murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran sekiranya terdapat suatu
hubungan yang baik dan saling faham-memahami di antara guru dan pelajar.
Tambahnya lagi, guru haruslah mengenalpasti cara yang berkesan untuk
berinteraksi dengan muridnya, mengambil kira aspek kepercayaan mereka terhadap
pengajaran dan juga disiplin, dan juga menyesuaikan diri dengan peredaran masa
dan juga pengharapan. Interaksi yang lemah ini akan menyumbang kepada salah
11
faham, tidak menghormati hak setiap pihak dan juga akan mewujudkan suasanan
yang tengang dalam bilik darjah.
3.0 CADANGAN PENYELESAIAN
Berdasarkan analisis kes yang telah dikemukan seperti di atas, beberapa
langkah penyelesaian telah kami cadangkan yang disokong oleh beberapa model
pengurusan disiplin dan juga teori-teori pembelajaran dalam usaha untuk mengawal
dan juga menyelesaikan tingkah laku bermasalah Aldbean ini. Antara cadangan
penyelesaiannya adalah seperti yang dinyatakan berikut:
3.1 Teknik “With-itness” (Model Pengurusan Kelompok Kounin)
Model Pengurusan Kelompok Kounin ini dipelopori oleh Jacob Kounin,
seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah. Matlamat teorinya ialah
integrasi pengajaran dengan disiplin dalam bilik darjah. Menurut Kounin dalam Mok
Soon Sang (2011: 149), guru haruslah menggunakan teknik withitness, bertindih,
momentum, kelancaran, peka berwaspada kumpulan, menggalakkan akauntabiliti,
format penyertaan tinggi dan peralihan dalam usaha untuk menguruskan bilik darjah
dengan lebih berkesan. Dalam kes ini, teknik “With-itness” dicadangkan untuk
menyelesaikan tingkah laku bermasalah Aldbean ini.
Dalam Clifford H. Edwards (1993: 163) ada menyatakan bahawa teknik “With-
itness” merupakan suatu kebolehan guru mengetahui segala pekara yang sedang
dilakukan oleh setiap murid pada setiap masa. Hal ini membawa maksud guru-guru
Aldbean akan sentiasa peka dengan segala pekara yang berlaku dalam bilik darjah
dan memperbetulkan tingkah laku Aldbean seperti tidak menumpukan perhatian,
mengganggu rakannya dan bermain sebelum ianya menjadi tidak terkawal dan
mengundang kepada masalah yang lebih teruk lagi.
Sekiranya guru-guru Aldbean mengamalkan teknik ini dia akan lebih peka
terhadap setiap bunyi dalam bilik darjah dan tidak membelakangi murid lain apabila
memberikan bimbingan peribadi agar murid lain dapat memerhatikan dan
menjadikan pekara tersebut sebagai iktibar kepada dirinya. Selain itu, guru-guru ini
juga akan mementingkan susun atur bilik darjah yang baik agar tiada murid yang
akan terselindung seperti dalam kes Aldbean yang suka mengelakkan diri untuk
terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga, guru-guru
12
Aldbean juga akan memaklumkan dengan segera apabila mereka mengesan salah
laku yang Aldbean lakukan di dalam bilik darjah sebelum ianya bertambah serius.
Sekiranya teknik ini diaplikasikan sebaik-baiknya di dalam bilik darjah oleh
guru-guru Aldbean, ianya akan memberikan impak yang mendalam terhadap
kelakuan dan juga personaliti diri Aldbean. Pertamanya, tindakan Aldbean dalam
mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran akan dapat dielakan dengan
secara langsung akibat daripada kepekaan guru-gurunya yang mengajar pada masa
itu. Justeru itu, fokusnya terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa itu
akan dikembalikan setiap kali dia ditegur. Pada masa yang sama, guru yang
mengajar Aldbean akan memberikan tumpuan yang lebih terhadap dirinya
berbanding orang lain akibat daripada tingkah laku bermasalah yang ditunjukkannya
itu semasa di dalam bilik darjah. Hal ini akan membuat Aldbean merasai yang dia
diperhatikan dan dipedulikan di dalam bilik darjah. Akhirnya, sifat kepunyaan dalam
bilik darjah dan juga penghargaan diri juga akan terbentuk secara berterusan dalam
dirinya.
3.2 Pendekatan Model Akibat Logikal Dreikurs
Model Akibat Logikal Dreikurs ini diasaskan oleh Rudolf Dreikurs yang
merupakan seorang psikiatris dan juga pendidik yang polular di Amerika Syarikat.
Model ini menekankan kepentingan guru dalam memberikan kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik
darjah dan juga berkerjasama dalam menguatkuasakan peraturan dalam bilik darjah.
Menurut Clifford H. Edwards (1993: 76), model ini menyarankan agar murid harus
diberikan pilihan berbanding dipaksa untuk berkelakuan seperti yang diingini.
Dreikurs menyatakan bahawa terdapat tiga jenis guru iaitu autokratik, permisif dan
demokratik. Dreikurs menyatakan dalam Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel
(2009: 85) bahawa disiplin kendiri mampu dicapai di dalam suasana bilik darjah yang
demokratik.
Menurut Goh Swee Chiew (2005: 31), Dreikurs percaya bahawa murid
menunjukkan tingkah laku bermasalah atas sebab keperluan mereka tidak dipenuhi
dan keperluan-keperluan ini digelar sebagai matlamat murid yang salah iaitu
mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam dan mempamerkan
13
kekurangan. Berpandukan cirri-ciri bagi setiap motif ini, adalah dikenalpasti bahawa
Aldbean mempunyai motif utamanya iaitu menunjukkan kekurangan.
Ciri-ciri murid yang mempunyai motif seperti ini adalah agak sukar untuk
dikenalpasti kerana ianya lahir daripada sifat peribadi yang mendalam. Menurut
Myint Swe Khine ... [et al.]. (2005: 180), murid-murid yang mempunyai motif sebegini
sering berputus asa dan memencilkan diri akibat gagal mendapat penghargaan diri,
merasakan bahawa mereka tidak berkemampuan seperti orang lain, mengelakkan
diri daripada aktiviti kumpulan serta sebarang paparan umum dan juga tidak bergaul
dengan rakan sekelas lain dan sengaja menggagalkan segala perbuatan dan
perlakuannya.
Aldbean mempunyai sebab-sebab tertentu atas paparan motifnya itu di dalam
bilik darjah. Dalam Clifford H. Edwards (1993: 90) ada menyatakan bahawa murid
yang mempunyai motif ‘menunjukkan kekurangan’ ini mempunyai perasaan saingan
terlampau sesama rakan di dalam bilik darjahnya. Aldbean merasakan bahawa dia
tidak cukup hebat untuk berjaya menyaingi rakan-rakannya dan akhirnya dia
berputus asa. Tambahnya lagi, murid ini mempunyai cita-cita yang terlalu tinggi dan
juga terlampau sensitive kepada sebarnag paksaan. Aldbean merasakan bahawa
dia tidak mampu melakukan sebaik mungkin seperti yang guru dan dirinya harapkan.
Berpandukan kepada motif diri Aldbean ini iaitu ‘menunjukkan kekurangan’,
langkah-langkah untuk mengatasi tingkah laku bermasalahnya ini adalah seperti
berikut. Menurut Clifford H. Edwards (1993: 90), guru tidak harus berputus asa
dalam memberikan dorongan dan galakan yang positif secara berterusan
terutamanya dalam situasi mereka kerap membuat kesalahan. Aldbean memerlukan
perasaan bahawa mereka berjaya dan juga diterima seadanya. Tambahnya lagi,
guru tidak harus merendah-rendahkan Aldbean dengan membuat perbandingan
dengan seseorang ataupun sesuatu pekara yang boleh melemahkan semangatnya
untuk berusaha. Menurutnya juga, guru haruslah mengurangkan sedikit tekanan
ataupun paksaan kepada diri Aldbean dan juga menyediakannya suatu suasana
yang mempunyai kurang persaingan sesama murid. Menurut Haliza Hamzah & Joy
Nesamalar Samuel (2009: 89) pula, berikan peluang kepada murid untuk
menunjukkan keupayaan dan hargai setiap usahanya dan kenal pasti minat dan
kebolehan mereka ini tanpa meminggirkan murid-murid lain. Tambhanya lagi, guru
14
harus meminta kerjasama murid dan juga guru-guru lain yang mengajarnya dan guru
itu sendiri haruslah mempelajari cara untuk mengenal pasti matlamat-matlamat yang
salah pada murid ini dan cara untuk mengatasinya.
Seandainya pendekatan model ini dipalikasikan dalam menyelesaikan
masalah Aldbean, ianya akan membuat Aldbean merasakan bahawa dia dihargai
dalam dirinya dan mempunyai perasaan kepunyaan dalam bilik darjahnya. Dia juga
diberikan peluang untuk mengembangkan potensi dirinya secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Secara tidak
langsung juga, pendekatan ini akan membina keyakinan dirinya untuk terlibat
dengan lebih aktif di dalam dan luar bilik darjah dalam segala apa pun aktiviti
mahupun badan organisasi sekolah.
3.3 Keseronokkan (Model Terapi Realiti)
Model Terapi Realiti ini diasaskan oleh William Glasser yang merupakan
seorang Psikiatari dan Konsultan Pendidikan. Dalam Choong Lean Keow (2011: 98
& 99), beliau mengemukakan tiga prinsip utama model ini iaitu setiap individu
bertanggungjawab terhadap tingkah laku masing-masing, setiap individu berupaya
untuk berubah dan hidup secara berkesan seandainya diberi bimbingan dan
sokongan serta setiap individu bertingkah laku mengikut cara tertentu agar dapat
membentuk persekitaran mengikut kehendak masing-masing. Justeru itu,
pengajaran haruslah dilaksanakan dengan lebih ke arah membimbing, tidak
mengunakan paksaan dan tidak bersifat memerintah.
Menurut Goh Swee Chiew (2005: 32), keperluan yang tidak dipenuhi akan
mengundang tingkah laku bermasalah dan juga perselisihan faham. Tambahnya
lagi, setiap individu ingin dipenuhi keperluan-keperluannya iaitu kasih sayang,
mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan juga keseronokkan. Kanak-kanak
lebih terdorong untuk memenuhi keperluannya untuk mendapat keseronokkan, lebih
daripada ibu bapa dan juga guru mampu penuhi. Menurut Glasser (1984) dalam
Clifford H. Edwards (1993: 131), keseronokkan adalah sama pentingnya dengan
keperluan lain.
Berdasarkan kepada asas keperluan untuk keseronokkan, beberapa langkah
penyelesaian telah kami cadangkan. Pertama sekali, guru haruslah merangka dan
15
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik di samping
meningkatkan tahap pembelajarannya. Huraian ini disokong dengan penyataan
dalam Clifford H. Edwards (1993: 131) iaitu terdapat suatu hubungan wujud di antara
pembelajaran dengan sifat genetik kita untuk mendapatkan keseronokkan. Justeru
itu juga, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran juga harus dipelbagaikan
dengan melibatkan semua murid terutamanya yang berbentuk berpusatkan pelajar.
Aldbean tidak berpeluang untuk menunjukkan bakat dan kebolehannya sekiranya
guru lebih bersifat autokratik. Selain itu, guru haruslah mengelakkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta persekitaran bilik darjah yang berulang-ulang.
Aldbean akan mudah berasa bosan dengan setiap aktviti pengajaran dan
pembelajaran yang sama sahaja.
Implikasi pendekatan model ini terhadap diri Aldbean adalah dia akan
meminati pengajaran gurunya dan mata pelajaran yang diajarnya secara perlahan-
lahan serta bersemangat dan sentiasa bersedia di dalam bilik darjah. Tekanan yang
Aldbean alami seperti tidak dapat memahami apa yang diajar gurunya akan
berkurangan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Di samping
itu juga, tumpuan dan juga fikirannya akan lebih tertumpu kepada sesi pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Apabila Aldbean berminat dan sentiasa
bersemangat di dalam bilik darjah, dia akan berusaha untuk mengembangkan ilmu,
kemahiran serta potensinya atas minat sendiri.
3.4 Pendekatan Bimbingan Dan Kaunseling (Terapi Realiti)
Pendekatan kaunseling merupakan salah satu cara intervensi yang berkesan
dalam membantu murid yang menghadapi masalah dan kesulitan peribadi. Guru
bukan sahaja berperanan sebagai pendidik dan seperti yang dinyatakan dalam
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009: 99), guru juga perlu bertindak
sebagai pembimbing dan kaunselor yang mendengar masalah murid, membantu
murid membuat pilihan dan melaksanakan pilihan tersebut. Tambahnya lagi,
bimbingan merupakan suatu proses yang dirancang dan dilaksanakan oleh guru
untuk membantu murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan
kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian dengan persekitaran
manakala kaunseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu
murid memahami dirinya yang sebenar. Pendekatan ini adalah amat penting kerana
16
kebanyakan individu yang memerlukannya merupakan individu yang memilih tingkah
laku desruktif diri dengan tujuan untuk memperoleh semula kawalan hidupnya.
Seperti yang dinyatakan dalam Mok Soon Sang (2011: 154 & 155),
pendekatan kaunseling berdasarkan Teori Realiti dengan Teori Kawalan adalah
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat untuk menyelesaikan tingkah laku
bermasalah Aldbean ini. Pada peringkat pertama adalah membina hubungan
kauselor dengan murid melalui teknik penerimaan, keilkhlasan dan empati sesama
mereka dan pada peringkat yang kedua, pendedahan kepada Teori Kawalan agar
Aldbean diberi harapan bahawa mereka akan dapar belajar pilihan yang lebih
berkesan dan boleh membantu kawalan hidup mengikut keperluan-keperluannya.
Pada peringkat yang ketiga pula, penilaian tingkah laku menyeluruh dilaksanakan
yang mana ianya bertujuan untuk membantu Aldbean dan kaunselor memahami apa
yang Aldbean lakukan serta membuktikan kepada mereka bahawa tingkah lakunya
tidak akan mendatang hasil seperti yang diharapkan. Pada peringkat yang
seterusnya, perancangan dan perubahan tingkah laku menyeluruh dilaksanakan
dimana Aldbean akan diajar mengubah diri sendiri tingkah laku yang paling
berkesan untuk mengawalnya dan persekitaran, demi memenuhi keperluan asas
yang dipilihnya. Peringkat yang terakhir sekali ialah pelaksanan tindakan susulan
dimana rancangan perubahan tingkah laku menyeluruh adalah dilaksanakan
sebagai kerja rumah yang diuruskan oleh Aldbean itu sendiri manakala tugas
kaunselor dalah memantau kemajuan Aldbean dan membimbingnya setiap kali
mengalami masalah atau halangan.
Hasil daripada pendedahan pendekatan ini terhadap diri Aldbean adalah dia
akan berkemampuan untuk membentuk suatu rangka kerja berdasarkan teori
kawalan bagi pemahaman tingkah laku dirinya sendiri. Akan berlaku juga
peningkatan dalam kesedaran tingkah laku pilihannya serta dia juga akan berasa
bertanggungjawab atas tingkah lakunya sendiri. Secara tidak langsung juga, dia
mampu mengenal pasti dan memahami setiap keperluannya. Selain itu, dia juga
tidak akan mudah terpengaruh dengan segala hasutan ataupun desakan di
sekitarnya dan juga akan mengelakkan pengaruh negatifnya dikenakan terhadap
orang lain.
3.5 Teknik “Pastoral Care”
17
Menurut Hornby, Hall dan hall (2003) dalam Choong Lean Keow (2011: 132),
“Pastoral Care” merujuk kepada proses pendidikan yang berkaitan dengan
hubungan bantuan yang disalurkan kepada murid dari segi peribadi, perkembangan
sosial dan moral, bimbingan akademik dan vokasional. Teknik ini merupakan teknik
yang paling berkesan sebagai intervensi dan pencegahan masalah disiplin yang
berlaku dalam bilik darjah. Justeru itu, guru hendaklah berperanan sebagai mentor
dan juga pembimbing untuk mencegah berlakunya tingkah laku bermasalah dalam
kalangan murid. Di samping itu juga, ianya juga merupakan suatu bentuk bimbingan
yang diberikan untuk menjaga kebajikan murid.
Dalam usaha untuk menangani tingkah laku bermasalah Aldbean ini,
pendidikan secara menyeluruh diberikan dengan mengambil kira aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosialnya agar dia kesemua aspek ini dapat berkembang
dengan baik dan juga bersepadu. Selain itu, keyakinan diri dan disiplin diri Aldbean
juga haruslah dibina dalam dirinya agar dia mampu menyesuaikan diri dalam bilik
darjah sama seperti murid lain. Di samping itu juga, penekanan kepada pendekatan
berpusatkan murid juga harus ditekankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
agar Aldbean berpeluang untuk mempamerkan bakat dan keupayaannya dalam
setiap aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan. Aldbean juga haruslah dimotivasikan
agar dia mempunyai daya insiatif diri dan inovasi yang tinggi dalam dirinya.
Tambahan lagi, dia juga haruslah didedahkan dengan ciri-ciri kepimpinan secara
perlahan-lahan seperti Badan Pengawas Sekolah agar dia akan berkeyakinan tinggi
dalam melibatkan diri dalam segala ahli jawatankuasa sekolah yang dia pilih.
Penerapan nilai-nilai murni, moral dan juga agama juga harus diteguhkan dalam diri
Aldbean seperti penglibatan dalam sebarang aktiviti-aktiviti keagamaan.
Sekiranya teknik ini dilaksanakan terhadap diri Aldbean, dia akan mampu
memperkembangkan elemen-elemen jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial
selaras dengan pertumbuhan dan juga perkembangannya. Keyakinan dalam dirinya
juga akan meningkat secara perlahan-lahan dengan melibatkan diri dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan juga penyertaan dalam beberapa
aktiviti kokurikulum secara proaktif. Selain itu, Aldbean juga akan mampu mengawal
disiplin kendiri melalui penyerapan nilai-nilai agama dalam dirinya. Aldbean juga
akan lebih berminat dalam setiap sesi pembelajaran dalam bilik darjah apabila dia
18
mempunyai inisiatif dan juga sifat inovasi dalam dirinya. Hal ini seterusnya akan
menggalakkan pembelajarannya secara kontruktivisme atas usahanya sendiri.
3.6 Pendekatan Humanistik Maslow
Menurut Choong Lean Keow (2011: 161), Abraham Harold Maslow telah
mengemukakan Hirarki Keperluan Maslow dimana keperluan setiap individu boleh
disusun dalam satu hirarki yang bermula dengan keperluan fisiologi, diikuti dengan
keselamatan, kasih sayang, harga diri dan berakhir dengan penyempurnaan kendiri.
Maslow berpendapat bahawa motivasi dalaman hasil daripada pemunuhan
keperluan akan mendorong manusia untuk berusaha mengejar pencapaian
cemerlang secara spontan. Hal ini bermaksud apabila individu telah mendapat
kepuasan dalam sesuatu hirarki, keperluan hirarki yang lebih tinggi akan berlaku
secara semula jadi. Oleh itu, jika hirarki yang lebih rendah masih belum dipenuhi,
keperluan dalam hirarki yang lebih tinggi tidak dapat dikembangkan dengan baik dan
berkesan.
Seperti yang dinyatakan dalam Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed
Mustapa (2011: 119 & 120), beberapa aspek –aspek yang perlu dipertimbangkan
oleh guru-guru Aldbean bagi mengatasi masalahnya ini. Pertama sekali, guru
haruslah membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dimana persekitaran
sedemikian mewujudkan suasana yang seronok, gembira dan juga harmonis. Yang
kedua, guru haruslah memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan murid.
Sebagai contoh, guru-guru Aldbean hendaklah kerap memberikannya motivasi dan
juga peneguhan yang sesuai. Yang ketiga, guru juga harus merancang aktiviti
pengajaran selaras dengan kebolehan murid. Setiap aktiviti yang guru-guru Aldbean
laksanakan boleh disesuaikan mengikut keadaan, minat dan juga tahap keupayaan
diri Aldbean melalui pemilihan strategi dan teknik pengajaran yang sesuai. Dalam
Choong Lean Keow (2011: 163) ada menyatakan bahawa guru harusalah
berperanan sebagai fasilitator yang melibatkan murid-murid secara aktif dalam
proses pembelajaran. Setiap kali Aldbean menghadapi masalah dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran, gurunya haruslah memberinya motivasi,
19
dorongan dan juga kata-kata semangat untuk mengalakkan dirinya agar terus
berusaha.
Implikasi pendekatan ini terhadap diri Aldbean akan dapat dilihat dari segi
penglibatannya dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Aldbean akan
berasa lebih selesa dan juga tidak bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung oleh kerana aktiviti pembelajaran yang dikasanakan telah mengambil
kira minat dan juga keupayaan dirinya. Dia juga akan merasakan bahawa dirinya
dihargai dan diperlukan di dalam bilik darjah dengan cara tidak mengabaikannya
dalam sebarang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung,
keyakinan dirinya dapat ditingkatkan dalam mengembangkan potensinya secara
menyeluruh tanpa merasa rendah diri, kecewa, putus asa dan sebagainya.
20
4.0 RUMUSAN
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah yang berkesan haruslah mempunyai asas
pengurusan disiplin yang kukuh dan berkesan bagi membentuk suatu iklim bilik
darjah yang kondusif agar keberkesanan sesi pengajaran dan pembelaajran dapat
ditingkatkan. Justeru itu, guru haruslah merancang satu bentuk pengurusan disiplin
bilik darjah yang berkesan, iaitu sesuai dengan persekitaran bilik darjah masing-
masing.
Berdasarkan kepada cadangan-cadangan penyelesaian yang telah pun
dinyatakan, adalah jelas menunjukkan bahawa guru merupakan punca utama dalam
masalah tingkah laku Aldbean ini. Justeru itu, guru merupakan penggerak utama
dalam usaha untuk mengatasi tingkah laku bermasalahnya ini dengan berpandukan
beberapa model pengurusan disiplin dan juga teori-teori pembelajaran yang telah
pun dinyatakan tersebut. Guru-guru yang mengajar Aldbean ini haruslah menjadi
pembimbing yang konsisten, pemerhati yang peka, pengasuh yang mengambil
berat, pemudahcara yang berkesan dan juga perunding yang prihatin kepada
Aldbean.
Sepertimana yang telah dinyatakan, isu disiplin dan kawalan murid haruslah
ditangani secara berkesan oleh guru. Guru haruslah menerangkan kepada setiap
muridnya bahawa setiap tingkah laku yang mereka lakukan mempunyai akibat yang
positif dan juga negatif. Murid-murid ini haruslah jelas dan faham akan akibat-akibat
yang akan diterima bagi setiap tingkah laku yang dilakukan oeleh mereka. Tindakan
disiplin yang berkesan ditentukan oleh keupayaan huru untuk mengawal tingkah laku
murid dengan mengekalkan tingkah laku yang wajar dan sebaliknya, kurangkan
tingkah laku yang tidak wajar. Justeru itu, guru yang bijak akan mengajar dan
membimbing muridnya dengan berpandukan model-model dan juga teori-teori,
selaras dengan ciri-ciri, personaliti, tingkah laku, keupayaan dan juga minat murid
yang berada di bawah jagaan dan tanggungannya. Model-model dan juga teori-teori
yang telah dibincangkan tersebut boleh menjadi panduan asas kepada guru untuk
21
merangka satu bentuk pengurusan yang sesuai dengan situasi guru dalam bilik
darjah masing-masing.
REFLEKSI
22
REFLEKSI INDIVIDU
ABDUL SYUKUR BIN HAMZAH
Pertamanya saya bersyukur kepada Tuhan kerana kumpulan saya dapat
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-
tinggi terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Puan Suhailah binti Shariff yang
banyak memberi bimbingan sepanjang kumpulan kami menjalankan kumpulan ini.
Kerja kursus ini bermula pada bulan Februatri 2013. Saya sedar kerja kursus
semester ini agak sukar kerana kita dikehendaki menghasilkan satu catatan yang
berkaitan masalah pengurusan bilik darjah atau masalah tingkah laku. Apabila
kumpulan saya mendapat tugasan projek, kami mula mencari kes-kes masalah
tingkah laku yang berlaku. Akhirnya, kami menghasilkan satu masalah tingkah laku
yang berkaitan dengan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Semasa mengkaji kes ini, saya mendapati masalah utama murid-murid jenis
ini adalah kesukaran dalam mengekalkan perhatian, tingkah laku yang hiperaktif dan
impulsif. Memang tidak dapat dinafikan bahawa murid-murid normal juga mengalami
masalah mengekalkan perhatian sewaktu kelas kerana mereka berasa bosan
terhadap pengajaran guru yang tidak kreatif. Tetapi, murid-murid yang mempunyai
ADHD juga kerap mengalihkan perhatian kerana mereka menghadapi kesukaran
dalam memberikan tumpuan kepada satu perkara. Saya juga merujuk kepada buku-
buku yang lain untuk menyesuaikan kes yang kumpulan saya kajikan. Saya juga
mencari kamus dewan dan buku-buku lain untuk mencari definisi bagi masalah
hiperaktif ini supaya saya dapat memahami kes ini dengan lebih mendalam lagi.
Saya juga sedar bahawa ADHD ini agak sukar dikesan jika ibubapa atau guru tidak
sedar anak mereka atau murid berkenaan mempunyai tingkah laku yang berbeza
daripada murid-murid normal. Kita sebagai guru tidak boleh mengesahkan murid
berkenaan menghadapi masalah ADHD kerana kita bukan pakar perubatan dan kita
hanya berbincang dengan ibu bapa murid berkenaan. Ibubapa murid berkenaan
23
akan membawa anak mereka berjumpa dengan doktor pakar untuk mengesahkan
anak mereka menghadapi masalah ADHD.
Malah, saya mendapati kebanyakan lelaki akan menghadapi masalah ADHD
ini berbanding perempuan. Murid berkenaan hanya boleh disahkan menghadapi
ADHD apabila mereka menunjukkan enam atau lebih simptom, simptom ini
berterusan sekurang-kurang dalam masa enam bulan dan simpton ini akan muncul
sendiri sebelum kanak-kanak ini berumur tujuh tahun.
Punca –punca yang dikenalpastikan dalam kes ini adalah persekitaran
keluarga dan pengaruh genetik. Dalam kes ini, saya sedar persekitaran keluarga
dan pengaruh genetik yang menyumbangkan kepada punca ADHD ini. Dalam kes
ini, Ahmad iaitu kanak-kanak dalam kes ini, mempunyai persekitaran yang tidak
baik. Ibubapa mempunyai masalah dan abang sebagai role model yang tidak bagus
kepada adiknya, Ahmad. Jika terdapat saudara-mara kepada kanak-kanak
berkenaan yang menghadapi masalah ADHD ini, berkemungkinan kanak-kanak
berkenaan mempunyai peluang yang tinggi menghadapi masalah ini. Terdapat
ibubapa yang hairan bahawa mereka sendiri tidak menghadapi masalah ADHD
tetapi anak mereka mempunyai masalah ADHD. Sesetengah ibubapa tidak dapat
menerima hakikat bahawa anak mereka menghadapi ADHD. Tetapi dalam kes ini,
ibu Ahmad membawa Ahmad berjumpa dengan doktor pakar dan Ahmad disahkan
menghidapi masalah ADHD.
Merujuk kepada ini, terdapat beberapa cadangan penyelesaian yang logik
telah kami cadangkan untuk menyelesaikan kes ini. Cadangan-cadangan tersebut
ialah berikan arahan yang ringkas, tepat dan jelas. Arahan yang diberikan dapat
memastikan Ahmad faham tentang perkara yang dia hendak buat. Saya tahu arahan
yang diberikan kepada setiap kanak-kanak tidak mengira kanak-kanak berkeperluan
khas atau biasa mestilah ringkas dan jelas. Jika murid-murid tidak faham arahan
yang diberi, maka mereka akan membuat kerja dengan sesuka hati kerana cikgu
tidak menerangkan arahan dengan jelas. Sewaktu mengajar guru mengajar kanak-
kanak menghadapi masalah ADHD ini mestilah sabar kerana kita sebagai guru mesti
menolong mereka dengan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian.
Malah, guru mestilah mengasingkan murid ADHD ini daripada murid-murid
biasa. Mereka hendaklah duduk sebelah guru supaya mereka tidak berpeluang
24
mengacau murid-murid lain dan guru dapat mengawal tingkah laku murid ADHD.
Dalam kes ini, Cikgu Eriesya juga mengaplikasikan penyelesaian ini. Malah, murid-
murid yang nakal juga boleh menggunakan langkah-langkah ini supaya mereka
dapat tumpukan perhatian semasa pengajaran.
Terdapat beberapa atau model telah digunakan untuk menyelesaikan
masalah seperti teori Abraham Maslow dan Teori Konstruktivtisme Sosial. Banyak
model boleh digunakan sebagai cadangan penyelesaian. Kebanyakan cadangan
tidak boleh digunakan banyak kali kerana murid akan berasa bosan. Guru hendaklah
menggunakan banyak kaedah pengajaran atau memberikan peneguhan kepada
murid ADHD supaya mereka dapat menumpukan perhatian untuk jangka masa yang
panjang.
Kesimpulannya, ADHD ialah satu sindrom tingkah laku yang melibatkan kekurangan
perhatian, hiperaktif dan kawalan impuls yang lemah. Umumnya, ciri-ciri ini
menghalang proses pembelajaran dan seterusnya menyebabkan kepada salah laku.
25
ALVIN BALAN SEM
Saya berasa amat bersyukur kerana kerja kursus projek yang bertajuk
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDU 3104) bagi program PISMP
Semester 3 ini berjaya disiapkan dengan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan
saya tujukan kepada pensyarah pembimbing kami, Puan Hajah Suhailah binti Shariff
atas tunjuk ajar, bimbingan dan juga dorongan beliau sepanjang pelaksanaan kerja
kursus projek ini.
Sepanjang pelaksanaan kerja kursus projek ini, kami telahpun mengkaji dan
memahami latar belakang kes yang telah pun kami pilih ini. Segala isu dan
maklumat serta data yang releven dengan kes telah pun kami teliti dengan sebaik-
baik untuk digunakan dalam kajian kami ini. Kami sekumpulan juga telah pun
membuat perbincangan secara kolaboratif bersama dalam menganalisis dan
menghuraikan kes ini kepada catatan deskriptif kes, penyataan kes, definisi kes,
punca kes, cadangan penyelesaian dan juga rumusan bagi kes yang telah kami pilih
ini. Suatu penerangan yang jelas dan terperinci juga telah kami lakukan agar setiap
daripada kami mendapat suatu kefahaman yang jitu dan mendalam tentang kes
yang dianalisis ini. Dengan hanya itulah strategi penyelesian boleh difikirkan agar
bersesuaian dengan situasi murid yang dikaji ini dalam menangani isu dalam kes ini.
Sebelum laporan kerja kursus projek ini disiapkan, persembahan power point
berkenaan dengan kes ini telah pun dihasilkan dan dibentangkan sebagai satu hasil
hasil. Selepas itu, laporan kerja kursus projek berkenaan dengan kes yang dikaji
dimana kes tersebut dihuraikan secara menyeluruh, teliti dan juga bermutu. Semua
pekara-pekara yang telah dinyatakan berikut adalah selaras dengan objektif kerja
kursus ini.
Hasil daripada pelaksanaan kerja kurus projek ini, pelbagai pengetahuan dan
juga kemahiran telah pun saya perolehi. Sebagai seorang bakal guru, saya telah pun
belajar untuk memahami tingkah laku, personaliti dan juga tabiat murid-murid yang
pelbagai hasil daripada pembacaan dan juga pemahaman mengenai kursus ini serta
26
hasil daripada pemerhatian dan juga pengalaman semasa menjalani pengalaman
berasaskan sekolah yang sebelumnya. Saya sedar bahawa pengalaman merupakan
asas utama sebagai seorang guru dalam pengawalan tingkah laku murid berserta
persekitaran pembelajarannnya. Hasil daripada kajian kes ini juga, saya telah
mempelajari cara untuk mengenal pasti punca-punca utama kepada masalah disiplin
tertentu murid-murid yang berlaku dalam bilik darjah. Saya juga sedar akan
kepentingan model-model pengurusan disiplin dan juga teori-teori humanistik
terutamanya sebagai panduan asas untuk diri saya kelak dalam menguruskan bilik
darjah dengan lebih berkesan. Saya turut belajar cara untuk membina hubungan
yang baik dengan murid dan juga sesama murid agar suatu kerjasama dan juga
kepercayaan dapat dibentuk dalam hubungan tersebut. Saya sedar bahawa dengan
wujudnya satu hubungan baik sesama mereka ini, perjalanan rutin bilik darjah serta
sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang dan dilaksanakan dengan
mudah, baik dan juga berkesan.
Semasa kami mendapat tugasan ini, kami telah pun membahagikan tugas
untuk dilaksanakan mengikut aspek-aspek kajian namun ianya tidak dilakukan
secara berasingan. Kami sering berbincang sesama kami seandainya timbul
sebarang masalah yang dihadapai dan saya sedar bahawa gambaran idea bagi
setiap daripada kami dalam penghasilan kerja kursus ini haruslah seragam dan juga
sealiran. Sekiranya kami menghadapi sebarang masalah yang tidak dapat kami
selesaikan sendiri, kami berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing kami bagi
kursus ini dan juga dengan beberapa kumpulan lain. Semangat kerjasama dan juga
toleransi telah pun saya perolehi sepanjang penghasilan kerja kursus projek ini
semasa bersama rakan-rakan seahli kumpulan saya.
Kami telah pun merujuk pelbagai sumber rujukan dari pusat sumber
terutamanya agar pelbagai pendapatan dan juga pengetahuan dapat dikumpulkan
dan digabungkan menjadi satu idea dan juga huraian yang bersesuaian dengan
kajian kes kami ini. Saya telah pun berjaya merancang masa saya dengan baik
sepanjang pelaksanaan kerja kursus projek ini walaupun terdapat banyak lagi
pekara-pekara lain yang perlu dilakukan pada waktu itu.
Pada mulanya, saya berasa sangat terbeban semasa mendapat tugasan
kerja kursus projek ini namun saya cuba untuk berfikiran secara optimis dan juga
27
postif agar fikiran saya tidak merasa ianya membebankan saya. Saya berasa amat
lega dan juga berpuas hati dengan hasil karya kerja kursus projek yang berjaya kami
sempurnakan ini dengan lengkap. Di samping itu juga, saya berasa amat gembira
kerana mempunyai ahli-ahli kumpulan yang bertolak ansur dan berkerjasama.
MOHD DZULFIKHA ZULKANAIN ALVARADO
Alhamduillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurniaNya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan dengan
sempurna. Dalam semester ini melalui subjek EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah
dan Tingkah Laku. Dalam tugasan kali ini kami dikehendaki mengkaji satu kes yang
berlaku dikalangan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan kami
memilih untuk mengkaji tentang pelajar yang mempunyai masalah displin yang
bersifat disruptif. Menurut Oxford Advanced Learner’s Dictionary, masalah disruptif
adalah sebarang perlakuan negatif murid yang akan menganggu pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran.
Setelah saya mengkaji kes ini bersama rakan-rakan, saya dapat
mengetahui bahawa masalah ini sukar dikesan oleh guru kerana sifat-sifat murid
yang mempunyai masalah ini tidak akan ditunjukkan leh murid tersebut. Antara sifat-
sifat itu ialah kurang memberikan perhatian semasa proses P&P, sentiasa bersifat
pasif, sering mengelak daripada aktiviti akademik mahupun kokurikulum dan juga
sering mengajuk percakapan guru semasa P&P.
Guru memainkan peranan yang amat penting dalam mengesan masalah
murid yang mempunyai masalah ini. Guru harus sentiasa berinteraksi dengan murid-
murid supaya dapat mengenal pasti dan mencari penyelesaian pada peringkat awal.
Guru juga harus sentiasa peka dengan kewujudan murid yang berkelakuan sebegini.
Kemahiran untuk membezakan murid-murid ini akan membantu guru memilih
penyelesaian yang lebih efektif untuk membantu murid-murid.
Antara penyelesaian yang kami temui dalam kajian kes ini, saya mendapati
yang amat berkesan. Teknik ini merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan
untuk menjaga kebajikan murid. Menurut Hornby, Hall dan Hall (2003) bantuan yang
diberikan kepada murid ialah dari segi peribadi, perkembangan sisal dan mral,
bimbingan akademik dan vokasional. Dengan teknik ini, guru boleh membangunkan
28
keyakinan diri dan displin kendiri. Hal ini kerana murid yang mempunyai masalah ini
mempunyai tahap keyakinan yang amat rendah. Contohnya, murid tidak ingin terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung dengan semua aktivti akademik dan
kokurikulum. Selain itu, pendekatan berpusatkan murid amat membantu murid untuk
menumpukan perhatian semasa prses P&P.
Kesan teknik ini pula ialah murid dapat memperkembangkan elemen-
elemen JERIS dalam dirinya dan meningkatkan minat pembelajarannya dan
seterusnya menggalakkan pembelajaran secara konstruktivisme. Akhir sekali, saya
amat bersyukur dapat menyelesaikan tugasan ini dengan rakan-rakan kumpulan.
Tugasan sebegini amat membantu kami sebagai bakal-bakal guru untuk
mempersiapkan diri kami bagi menempuh alam pekerjaan sebagai guru dengan
jayanya. Sekian.