pengurusan acara pesta regatta lepa di ... - … acara pesta regatta lepa di...sarawak (unimas),...
TRANSCRIPT
PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI SEMPORNA SABAH
Noor Fazrina Binti Hamzar
(28907)
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)
2013
t'usat Khidlllat Maldumat Akademlk UNIVlRS!TI 1't1ALAYSJA S.\N.AWAK.
P . KHIDIIAT IIAKLUIIAT AKADEIIIK
UNIIIAS
1111111111111111~ 111111 1000273088
PENGURUSAN ACARA PEST A REGATTA LEPA DI SEMPORNA SABAH
NOOR FAZRINA SINTI HAMZAR
(28907)
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
2013
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUOUL: PENGURUSAN ACARA PESTA REGAlTA LEPA 01 SEMPORNA SABAH
SESI PENGAJIAN : 2012/2013
Saya, NOOR FAZRINA BINTI HAMZAR (28907)
mengaku membenarkan tesis* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,
Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis / Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis / laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengajian tinggi
5. * sila tandakan 0 1
~_---JI SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(mengandungi maklumat Terhad yang
telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
L-.__.....JI TERHAO
/ IT'OAK TERHAO
Disahkan oleh
(Tandatangan Penulis) (Tandatangan Penyelia)
Alamat tetap: TB6526, Taman Ria 11, Jalan Utara Baru, 91000 Tawau,Sabah.
Tarikh:Tarikh : lI) (T(~t; Catatan: *Tesis / laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjan Muda
• Jika Tesis / laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis / laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
ii
PENGESAHAN
Projek bertajuk Pengurusan Acara Pesta Regatta Lepa Di Sempoma Sabah telah
disediakan oleh Noor Fazrina Binti Harnzar dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni
Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan
dengan Kepujian (Pengurusan Seni).
Diterima untuk diperiksa oleh:
(DR. INDRA UT AMA)
Tarikh:
iii
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa bahagian dalam penye1idikan ini hanya digunakan sebagai bahan
sokongan untuk sesuatu ijazah dan setiap ringkasan te1ah sayajelaskan sumbemya.
Noor Fazrina Binti Hamzar
(28907)
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Syukur Alhamdulillah diucapkan ke hadrat ALLAH s.w.t kerana limpah kumia-Nya
Projek Tahun Akhir seSI 2011/2012 telah terlaksana pada masa yang ditetapkan.
Berdasarkan kenyataan itu, dengan setulus hati di sampaikan penghargaan kepada
pensyarah labatan Seni Liberal, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia
Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang
banyak meluangkan masa, memberi bimbingan, panduan dan cadangan yang membina
dalarn menyiapkan kajian ini.
Penghargaan juga dikhususkan kepada informan-informan yang terlibat dalam
kajian ini, terutarna kepada Pejabat Daerah Sempoma selaku penganjur dan Syarikat F&R
Exhibition and Conference selaku pengurus acara. Tanpa mereka kajian ini mungkin tidak
dapat disiapkan.
Pengkaji juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada bonda luwoh
binti Patipai serta adinda Noor Izrinda binti Harnzar yang telah memberi dorongan dan
semangat tidak terhingga. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan
seperjuangan atas sokongan dan galakkan yang diberikan bagi menyiapkan kajian ini.
Terima Kasih
Noor Fazrina Binti Harnzar
v
ABSTRAK
Acara Pesta Regatta Lepa Sempoma, Sabah, dianjurkan oleh Pejabat Daerah
Sempoma dengan kerjasama daripada Syarikat F&R Exhibition And Conference. Acara ini
berkonsepkan kesenian dan kebudayaan masyarakat Bajau. Me1alui usaha ini, Pejabat
Daerah Sempoma telah berj aya mengangkat acara ini sebagai "Pesta Air Malaysia."
Pelaksanaan acara tersebut melibatkan beberapa agensi kerajaan dan swasta di sekitar
Negeri Sabah.
Pesta Regatta Lepa yang didominasikan oleh masyarakat Bajau telah dikekalkan
sebagai sebuah pesta warisan yang unggul di Malaysia dan berpotensi ke peringkat
Pengajian Tinggi Antarabangsa. Hal demikian kerana pesta ini merupakan lambang kepada
identiti budaya masyarakat Bajau. Melalui pesta tersebut, masyarakat Bajau dapat
memartabatkan kesenian dan kebudayan kaum yang menj adi kebanggaan mereka.
Kajian ini ingin menjelaskan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan acara Pesta
Regatta Lepa oleh pihak Pejabat Daerah Semporna dan kerjasama daripada Syarikat F&R
Exhibitions And Conference dari sudut pandang ilmu pengurusan acara kesenian.
Kata kunci: Acara Pesta Regatta Lepa di Daerah Sempoma Sabah dan Pengurusan Acara
Kesenian.
vi
I
r
,.. l'D"t Khillmat M.ldumat Akadl'mik VNlVERSln MALAVSIA SAAAWAK
lsi Kandungan
Perkara
Tajuk
Borang Pengesahan Status Tesis
Pengesahan
Perakuan
Penghargaan
Abstrak
lsi kandungan
BABSATV:PENGENALAN
l.l Latar Belakang
1.2 Objektif Kajian
1.3 Hipotesis
1.4 Skop Kajian
1.5 Perrnasalahan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
BAB DVA: SOROTAN KESVSASTERAAN
2.1 Pengenalan
2.2 Bacaan Berkaitan Objek Penyelidikan
2.2.1 Regatta Lepa Pelihara Budaya Baj au
2.2.2 Martabat Warisan Pembuatan Lepa
2.2.3 Pekan Sempoma Kena Serang
vii
I
MIS
II
III
IV
V
VI
Vll
17
18
19
20
21
22
23
24
25
2.2.4 Pusat Seni dan Budaya Bakal dibina di Sempoma
2.2.5 Regatta Lepa-Pesta Air Tahunan, Sempoma Sabah
2.2.6 Pejabat F&R Exhibition and Conference
2.2.7 Regatta Lepa Sempoma
2.2.8 Sempoma di Kaki Langit
2.3 Bacaan Berkaitan Pembangunan Kerangka Teori
2.3.1 Special Events Best Practices in Modem Event Management
2.3.2 Pengurusan
2.3.3 Event Management For Tourism, Cultural, Business And
Sporting Events, Second Edition
2.3.4 Pengurusan Organisasi Perspektif Pemikiran
BAB TIGA: METODOLOGI KAJlAN
3.l Pengenalan
3.2 Lokasi Kajian
3.3 Data
3.3.2 Data Primer
3.3.1 Data Sekunder
3.4 Instrumen Kajian
3.5 Rumusan
BAB EMPAT: ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.l Pengenalan
4.2 Analisis SWOT
26
26
28
29
30
31
33
36
38
40
41
41
43
46
48
49
50
50
viii
4.3 FungsiPengurusan
4.3.1 Masa
4.3.1.1 Perancangan
4.3.2 Kewangan
4.3 .3 Tekno1ogi
4.3.4 Sumber Tenaga (Pengorganisasian)
4.3.4.1 Kepimpinan
4.3.4.2 Pengawa1an
BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Rumusan
5.2 Cadangan kepada Pejabat Daerah Sempoma
5.3 Cadangan Kajian akan Datang
5.4 Kesimpu1an
RUJUKAN
LAMPIRAN
Lampiran A
LA. 1 : Takwim Mesyuarat lawatankuasa Regatta Lepa Sempoma
Ka1i Ke-20/2013
LA.2: Aturcara Penuh Pe1aksanaan Acara-Acara Dan Persembahan Pesta Air
Regatta Lepa Ke-20 Sempoma 2013
LA.3: Zon Gerak KeIja Pesta Regatta Lepa 2013
56
57
57
65
71
73
110
112
114
115
116
117
118
121
121
126
ix
Lampiran B
LB. 1: Rekabentuk (Design) Mempromosikan Acara Pesta Regatta Lepa
Risalah Pelancongan Tahun 2012 132
LB. 2: Risalah Pelancongan Tahun 2013 Mengandungi Pelbagai lenis Bahasa 134
Lampiran C
Le. I: Senarai Informan 145
SENARAI GAMBAR
Gambar I: Pakaian Tradisional Masyarakat Bajau 8
Gambar 2: Masyarakat Bajau Memperagakan Pakaian Tradisional
ketika Menari Tarian Igal di atas Perahu Lepa 9
Gambar 3: Sambulayang dan Tipas 16
Gambar 4: Lepa, Sambulayang Dan Panji-Panji Pesta Regatta Lepa 16
Gambar 5: Malam Kemuncak Pesta Regatta Lepa 55
Gambar 6: Pengenalan Lepa 61
Gambar 7: Bunting Acara 66
Gambar 8: Baju Acara Ahli lawatankuasa dan Peserta 67
Gambar 9: Pelan Kedudukan Acara 2012 76
Gambar 10: Kawalan Pihak Polis Menggunakan Anjing Pengesan Sebelum Acara 95
Gambar II : Kawalan Pihak Polis Semasa Acara 95
Gambar 12: Penyampaian Arahan daripada Pengerusi kepada Pasukan Rela 96
Gambar 13: Kawalan Pihak Bomba 96
Gambar 14: Latihan Persembahan daripada PETRAS di Pentas Budaya 98
Gambar 15: Mesyuarat Diketuai oleh Tn. A.M Ibnu Hj. A.K Baba Selaku
x
Pengerusi lawatankuasa Pelaksana Regatta Lepa III
Gambar 16: Kolokium Budaya Regatta Lepa Sempoma 2012 142
Gambar 17: Backdrop Size 16x8 Tahun 2012 143
Gambar 18: Banner Size 14x3 Tahun 2012 143
Gambar 19: Sijil Penghargaan Tahun 2012 144
SENARAIPETA
Peta I : Negeri Sabah
Peta 2: Daerah Sempoma 2
Peta 3: Bandar Sempoma 52
SENARAI RAJAH
Rajah 1: Logo Regatta Lepa 11
Rajah 2: Tapak Pameran 2012 77
Rajah 3: Carta Organisasi 79
xi
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang
Negeri Sabah terkenal dengan gelaran ' negeri di bawah bayu'. Selain itu, Negeri
Sabah pemah dikenali dengan nama"Api-api." Pada asalnya nama Negeri Sabah diambil
daripada sejenis pisang yang dipanggil pisang saba'. Panggilan itu menjadi selari dengan
ramainya masyarakat pantai Barat Sabah menanam pisang saba' untuk bahan makanan
penduduk setempat. 1
Kebanyakkan masyarakat di negeri Sabah bidup berkelompok mengikut suku
kaum. Antaranya ialah Kaum Bajau yang merupakan etnik kedua terbesar di Negeri Sabah
selepas Kaum Kadazan.
_ ... c-. .... ' . ...... DI-ri••
Cl
_.... he .....i8__
......1
Peta 1 Negeri Sabah2
1 Zakiah Hanum. 1989. Asal- usul negeri-negeri di Malaysia. Kuala Lumpur: Times Book International.
2 https://www.google.com/search?q=peta+negeri+sabah&client=fi refox
1
Pcta Oaerah Scmporna, Sabah
P . ... I ~PwaIrIII,....
,-",-",-",_,,0_ •.•_0"-
Peta 2 Daerah Sernporna3
Merujuk penulisan rnelalui larnan web yang berkaitan dengan rnasyarakat Bajau.
United Sabah Bajau Organization (USBO) rnencatatkan bahawa rumpun Bajau Sabah
terdiri daripada 12 sub-etnik di Malaysia. Antaranya ialah Irranun, Sarna, S uluk, Binadan
(Bannaran), Ubian, Sarna Delaut, Sibutu, Sikubung, Simunul, Sarnal, Yakan dan lama
Masyarakat Bajau Sarna terbahagi kepada beberapa kurnpulan yang tertumpu di
sekitar Pantai Barat Sabah dan Pantai Tirnur Sabah. Kumpulan rnasyarakat di Pantai Barat
3 http://www.google.com.my/search?q=peta+daerah+semporn&hI=en&client=firefox 4 Sarinah Abdul Ghani (USM). Isnin 15 November 2010, Bajau Sabah Vs Bajau Filipina,
http://penpasksgb.blogspot,com/2010/11/bajau-sabah-vs-bajau-filipina,ht m I
2
Sabah lebih tertumpu kepada suku kaum Bajau Sarna. Masyarakat Bajau Sarna ini terkenal
mem1liki kegiatan harian seperti menunggang kuda, petani dan nelayan di Persisiran Pantai
Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belud dan Papar.
Manakala kumpulan masyarakat di Pantai Timur Sabah pula terlibat dengan pekerjaan
seperti nelayan dan penyelam mahir yang tertumpu kepada aktiviti laut. Masyarakat Bajau
yang berasal dari Daerah Sempoma terkenal dengan gelaran seperti Sea Gypiest, Pang lima
Dilaut, Pelaut Dan Pelayar Terunggul. Gelaran tersebut diperolehi kerana kemahiran
mereka ketika berada di laut. Pantai Timur yang menetap di sekitar Kudat, Sandakan,
Lahad Datu, Kunak, Sempoma dan Tawau. Masyarakat Bajau Pantai Barat dan Pantai
Timur memiliki perbezaan dari segi pertuturan, pakaian, pemakanan, adat resam dan
budaya hidup seperti mana dapat dilihat di dalam Wikipedia Bahasa Melayu.5
Suku kaum Bajau di Daerah Sempoma merupakan kumpulan Bajau Pala'u (Pel aut)
yang terkenal dalam menggunakan perahu lepa. Pada masa dahulu, lepa dijadikan sebagai
tempat tinggal masyarakat Bajau. Hal ini bermakna bahawa masyarakat Bajau hidup diatas
air menggunakan perahu. Ketika mereka turun ke daratan untuk mendapatkan makanan dan
air atau mengebumikan kaum keluarga yang meninggal dunia, maka mereka menggunakan
perahu lepa. Kini, cara hidup sebegini tidak lagi diamalkan kerana rarnai masyarakat Bajau
telah bermastautin di daratan dan usaha menangkap ikan telah diubah secara perlahan-Iahan
dengan melakukan aktiviti pertanian. Namun sebahagiannya masih menjalankan aktiviti
menangkap ikan. Perubahan masa dan teknologi telah menyebabkan penggunaan lepa
semakin berkurang. Keadaan ini telah berganti dengan perahu yang menggunakan enjin bot
sehingga tidak lagi bergantung kepada keadaan angin dan layar. Sebelum lebih jauh
5 Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (2013)."Bajau".
3
mengkaji kebudayaan tentang kaum Bajau, terlebih dahulu perlu dikenali persekitaran
Daerah Semporna sebagai daerah temp at bermukim Kaum Bajau.
Daerah Sempoma umumnya dihuni oleh Kaum Bajau. Daerah ini terbahagi kepada
dua kawasan iaitu Tanah Besar Sempoma dan kawasan pulau-pulau di sekitamya yang
dikenali sebagai Pulau Bum-bum, Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Pulau Kapalai dan lain-lain
pulau. Daerah ini terletak berhampiran dengan sempadan perairan antarabangsa iaitu
Indonesia dan Filipina. Kawasan ini mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 113 412
hektar (282 880 ekar). Memandangkan Daerah Sempoma terletak pada lokasi yang strategi
di pinggiran laut, maka daerah ini terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang
dikelilingi dengan terumbu karang. Keindahan alam terse but menjadikan daerah Sempoma
sebagai daerah yang menarik perhatian pelancong untuk berkunjung di Negeri Sabah.
Seperti sedia maklum, daerah Semporna sentiasa merupakan zon industri pelancongan.
Terdapat lima buah pulau peranginan yang sentiasa mendapat tarikan pelancong, antaranya
ialah Pulau Sipadan, Mataking, Pulau Mabul, Kapalai dan Sibuan. Hal ini merupakan aset
terpenting dimana pesta Regatta Lepa dilakukan di kawasan pelancongan.
Nama asal Daerah Sempoma ialah "Tong Talun" yang bermaksud "Hujung hutan."
Nama tersebut diilhamkan daripada istilah masyarakat Bajau iaitu Panglima Sakti daripada
keturunan Bajau Kubang merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menamakan
Tong Talun. Nama Tong Talun dipilih kerana daerah Sempoma diliputi oleh hutan
belantara di awal penemuannya. Seterusnya, nama Tong Talun ditukar kepada nama
Semporna yang membawa pengertian tempat yang aman atau damai sehingga dikekalkan
sampai hari ini.
4
t'usat Khidmat MakJumat Akademik UNlVERSm MALAYSIA SAKAWA](
Menurut bancian penduduk dan perumahan Malaysia tahun 2000, daerah Sempoma
mempunyai bilangan penduduk seramai 114,989 orang. Suku kaum Bajau merupakan suku
kaum terbesar iaitu 63,008 diikuti oleh Suku Kaum Melayu 3 562, eina 1049, Kadazan
604, Murut 43, Bumiputera lain 7237, bukan Bumiputera 2 725 dan lain-lain 35761.
Ekonomi daerah Sempoma bergantung kepada tiga sumber utama iaitu pertanian
65%, nelayan 30% dan pemiagaan 5%. Perusahaan pertanian melalui tanaman kelapa sawit
merupakan sumber pendapatan yang utama bagi penduduk daerah Sempoma dan
sebahagian dari ladang-Iadang yang diusahakan dimiliki oleh orang-orang perseorangan
dan syarikat-syarikat tertentu. Nelayan dan perniagaan merupakan sumber kedua
pendapatan masyarakat Daerah Sempoma di samping pelancongan. Daerah Sempoma
mempunyai 11 kawasan mukim dan 117 buah kampung, 115 Badan lawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Dalam Bandar (JKDB).6
Penyelidikan hanya dilakukan di Daerah Sempoma sesuai dengan tajuk kajian iaitu
memfokuskan kepada Acara Pesta Regatta Lepa. Dengan adanya penganjuran Pesta
Regatta Lepa di Sempoma maka telah membuka peluang kepada pengkaji untuk membuat
kajian akademik terutamanya dari aspek pengurusan. Pengkaji memilih Acara Pesta
Regatta Lepa kerana acara ini merupakan salah satu acara terbesar di Negeri Sabah. Selain
daripada itu, acara ini hanya disambut oleh masyarakat Bajau di Daerah Sempoma sahaja.
Kajian ini dilakukan untuk memartabatkan identiti kaum Bajau melalui penganjuran dan
pelaksanaan acara yang dilaksanakan. Pesta Regatta Lepa merupakan perayaan rasmi bagi
masyarakat Bajau di daerah Sempoma Sabah. Setiap tahun perayaan ini disambut bagi
merealisasikan kebudayaan tanah air hasil daripada budaya turun-temurun agar tidak pupus
6 Temubual dengan Pn. Samsiah Sabdan berusia 41 tahun. Urusetia dalam Jawatankuasa Induk Regatta Lepa Semporna di Pejabat Daerah Semporna, pada 12 April 2013.
5
ditelan zaman. Pendapatan yang lumayan mampu dijana oleh usahawan di daerah ini
dengan menyambut kehadiran pengunjung. Selain daripada itu, lokasi ini dipilih kerana
pengkaji berminat dengan kebudayaan suku kawn Bajau dan tertarik dengan pengurusan
acara yang melibatkan bilangan yang besar serta mampu dikawal dengan baik. Pengurusan
acara yang dikaji bermula dari aspek perancangan, pelaksanaan dan cara menyelesaikan
acara tersebut.
Sebenarnya sehingga kini terdapat pelbagai konsep pengurusan yang dikemukakan
oleh tokoh-tokoh pengurusan yang saling melengkapkan dan memperkayakan maklwnat
mengenai konsep pengurusan. Pengkaji melihat konsep pengurusan seperti yang dijelaskan
oleh Saskin dan Morris (1987) lebih tertwnpu kepada pencapaian yang dilakukan
terutamnya para pen gurus kerana bertanggungjawab memastikan semua keIja dilaksanakan
dengan berkesan tanpa melakukan sendiri. Pihak pengurus perlu mengawasi dan
menyelaras aktiviti-aktiviti pihak lain. Seterusnya pengurus mencapai hasil kerja melalui
orang lain dengan membuat perancangan, pengelolaan, pengarahan, penstafan,
penyelarasan, pelaporan dan bajet (PODSCROB).7
Daerah Semporna sememangnya terkenal dengan identiti kawn Bajau. Melalui
Acara Pesta Regatta Lepa, identiti kawn Bajau dapat disebarkan kepada masyarakat umwn.
Nam1.U1 penyebaran identiti kawn Bajau masih tidak berkesan. Keadaan ini dapat dilihat
apabila masih ramai penduduk Malaysia tidak mengetahui akan tradisi kawn Bajau dengan
lebih lanjut. Oleh itu, pengkaji mencuba mengambil topik kajian berkait acara Regatta Lepa
1.U1tuk mempromosikan acara ini di Institut Pengajian Tinggi iaitu Universiti Malaysia
Sarawak (UNIMAS).
7 Md Zuki Bin Hashim, 2008, Mengurus Acara Rasmi Sekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Halaman 1.
6
Sambutan Acara Pesta Regatta Lepa diraikan oleh beberapa buah kampung di
sekitar Daerah Semporna. Penglibatan beberapa buah kampung tersebut mampu
memeriahkan acara yang dianjurkan.
Pada tahun 1951, Pesta Regatta Lepa dikenal mesra Tamu Besar menjadi Daerah
Semporna. Pada masa itu, Y.A.B Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Bin Dandai
menjadi peneraju kepada acara ini. Acara Regatta Lepa diadakan untuk menghidupkan
warisan dan budaya masyarakat Bajau. Seterusnya pada tahun 1994, nama Tamu Besar
ditukarkan kepada Regatta Lepa. S Penggunaan nama Regatta Lepa dikekalkan sehingga
kini.
Perayaan ini telah menjadi naungan kepada Pejabat Daerah Semporna sejak tahun
1995 dan menjadi acara tahunan. Perayaan ini diadakan semasa cuti umum selama tiga hari
berturut-turut pada bulan April dalam takwim kalender Negeri Sabah. Pada asalnya,
perayaan ini tidak disambut secara rasmi sebelum campur tangan pihak kerajaan. Pada
tahun 2003, perayaan ini hanya direkodkan sebagai 'Pesta Air Malaysia' sahaja.
Sehubungan dengan itu, pihak penganjur turut mengadakan pelbagai aktiviti, antaranya
ialah Acara Laut, Acara Darat dan Pentas Budaya. Acara Laut hanya memfokuskan kepada
aktiviti laut yang diadakan di tepi pantai dan persembahan kebudayaan hanya melibatkan
pentas budaya. Acara darat yang mendapat sambutan ialah pertunjukan tarian tradisional,
pertandingan Ratu Cantik Lepa, promosi makanan tradisional kaum Bajau, pameran
barangan kraf tangan dan pelbagai aktiviti tradisional yang dianjurkan bagi mengenali
budaya masyarakat Bajau. Semasa acara tersebut, masyarakat Bajau turut menonjolkan
pakaian tradisional mereka. (Lihat Gambar 1 dan 2).
B Temubual dengan En. Norsih bin Nusuri. Timbalan Pengerusi II dalam Jawatankuasa Induk Regatta Lepa Semporna di Pejabat Oaerah Semporna, pada 12 April 2013.
7
Gambar 1 Pakaian Tradisional Masyarakat 8ajau
(Foto Dokumentasi: Noor Fazrina binti Harnzar. 2013)
8
Gambar2 Masyarakat Bajau Memperagakan Pakaian Tradisional ketika Menari Tarian Igal di atas
Perahu Lepa (Foto Dokumentasi: Noor Fazrina binti Hamzar. 2013)
Pada umumnya, masyarakat Bajau selalu mengayakan pakaian tradisional mereka
semasa menyambut majlis keramaian seperti perayaan Regatta Lepa. Pakaian lelaki
diperbuat daripada kain satin yang dihias dengan kain renda. Seterusnya pakaian
perempuan pula turut diperbuat daripada kain satin yang dilengkapi dengan mandapan, tali
pinggang dan perhiasan kuku. Pembuatan perhiasan kuku tersebut adalah diperbuat
daripada bahan logam. Pada asalnya, pemilihan warna pakaian tradisional masyarakat
Bajau adalah berwarna gelap. Kini, pakaian tradisional ini tidak lagi terikat dengan
pemilihan warna. Keadaan ini dapat dilihat apabila terdapat penggunaan warna cerah pada
kain satin. 9
Logo, lagu dan tema acara Regatta Lepa dicipta bagi memberi imej yang tersendiri
terhadap Pesta Regatta Lepa. Penggunaan simbol dan wama pada logo melambangkan
maksud tertentu. Wama kuning di belakang logo melambangkan negeri pertama menerima
pancaran matahari jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain. Selain itu, kuning
juga melambangkan kedaulatan negara. Wama biru melambangkan perpaduan kaum Bajau.
Seterusnya simbol kocakan air laut merupakan kepayahan yang dilalui oleh kaum Bajau
dalam mengharungi laut sebagai sumber pencarian rezeki mereka. Sambulayang merah
pada logo pula melambangkan keberanian kaum dalam menempuhi cabaran masa akan
datang. Semibulatan berwama kelabu pula bermaksud global iaitu budaya Bajau masih
dikekalkan walaupun terdapat pelbagai pengaruh yang mampu menghakis budaya ini.
Manakala Lagu 'Lepa Sampulna' diputarkan semasa acara ini berlangsung. Lirik pada lagu
perayaan ini dicipta berdasarkan bahasa Bajau yang sememangnya menjadikan Pesta
Regatta Lepa sebagai perayaan hari besar etnik ini. (Lihat Rajah 1).
10
Rajah 1 Logo Regatta Lepa9
9 http://www.sabah .gov.my/pd.sprn/regatta.html 11
"Lagu Lepa Sampulna"
Alami isab REGATIA LEPA Malahat ta malahat Sampulna
Hinang tahunan ba aheya Panimpunan banan lepa
Aheka rusab ginisan lepa Bulih pinasil maka biasa Sappit itu sab ba aheya
Aheka va tarua'na
C/O: TIP AS-TIP AS panon panji aheya SAMBULA YANG maka SALINGGURUH
Saluvang sangkil ninna' mapangah I yana pakakas lepa
Suli ta sab ba nionan lepa Iti bayanan saga manoa
Suvaiva ni kallogan heh ta MANJARI PUSAKA BANGSA
Lirik: Abd. Garang A wang Lagu: PETRAS/ Jasni Yakub'o
Terjemahan Lagu Bahasa Melayu
Meriah REGATA LEPA Tempat kita di Sempoma
KeIja tahunan besar-besaran Perhimpunan semua perahu
Banyak juga jenis perahu Hiasannya cantik menarik
Banyak bah saingan Banyak taruhannya atau saingannya
Bendera-bendera kecil diikuti bendera besar Bendera hiasan SALINGGURUH
Bujak @ tombak, kain disimpan di dalamnya ltulah alatan perahu
10 http://www.sabah.gov.my/pd.sprn/regatta .html 12