pengisahan fakulti pendidikan 1972-2011
DESCRIPTION
Buku ini mengisahkan tertubuhnya Fakulti Pendidikan pada 1972 sehingga 2011TRANSCRIPT
PENGISAHAN FAKULTI PENDIDIKAN UKM
1972 – 2011
ZURIA MAHMUD
NORSHIDAH MOHAMAD SALLEH ZAMRI MAHAMOD SAEMAH RAHMAN
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, 2011
Diterbitkan di Malaysia Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-89216245/6458 Fax: 03-89254372 E-mel: [email protected] FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Cetakan Pertama, 2011 ISBN: 978-983-2267-33-1 Hak Cipta Terpelihara Semua hak terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia. PENGISAHAN FAKULTI PENDIDIKAN 1972-2011 Zuria Mahmud, Norshidah Mohamad Salleh, Zamri Mahamod & Saemah Rahman Susun Atur Huruf: Zamri Mahamod Reka Bentuk: Natrah Huruf: Cambria, Calibri 9, 10, 11, 14, 16 Dicetak di Malaysia oleh AWAL HIJRAH ENTERPRISE (001297243-W) No 12, Jalan 3/69, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor darul Ehsan. Tel: 012-3111844, Faks: 03-89258780, E-mel: [email protected]
ii
KATA ALUAN
DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pengarang dan Jawatankuasa
Seminar Alumni Fakulti Pendidikan UKM atas usaha menerbitkan buku
‘Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011’. Saya berbangga dengan
kegigihan pengarang mendokumenkan segala peristiwa yang berlaku di
Fakulti Pendidikan sejak penubuhannya sebagai Pusat Pendidikan pada
tahun 1972. Kini Fakulti Pendidikan berdiri megah dengan bangunannya
sendiri. Semoga buku ini akan menjadi rujukan kepada semua pihak.
Selama 39 tahun penubuhan Fakulti, pelbagai peristiwa telah berlaku
dalam usaha memperjuangkan ilmu pendidikan dan meneraju profesion
pendidikan. Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli Fakulti dahulu
dan sekarang telah membuahkan kejayaan yang cemerlang di mana Fakulti
Pendidikan telah berdiri seiring dengan fakulti-fakulti lain di UKM. Fakulti
Pendidikan kini menjadi rujukan oleh fakulti-fakulti yang lain dan
universiti dalam mengendalikan program-program pemantapan
pengajaran dan pembelajaran untuk para pelajar dan pensyarah di UKM.
Fakulti Pendidikan mempunyai peranan yang sangat penting dalam Sistem
Pendidikan Negara bagi melahirkan tenaga manusia yang berpengetahuan
dan berkemahiran dengan ilmu pendidikan. Pelbagai usaha telah dilakukan
oleh Fakulti dari dahulu hingga sekarang dalam melaksana dan
memantapkan program-program pengajian akademik untuk pelajar
iii
prasiswazah dan pascasiswazah. Fakulti Pendidikan terus berusaha
melonjak lebih jauh menjadikannya sebuah institusi pendidikan yang
terkehadapan.
Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
pengarang dan semua pihak yang terlibat dalam menerbitkan buku ini.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan di masa hadapan dalam
menghasilkan buku-buku lain berkaitan Fakulti Pendidikan.
Sekian dan terima kasih.
PROFESOR DR. LILIA HALIM
iv
KATA ALUAN PENGARANG
Buku ‘Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011’ merupakan buku
pertama yang mengkisahkan perkembangan Fakulti Pendidikan UKM
semenjak ia ditubuhkan pada tahun 1972. Buku ini bertujuan
mendokumenkan perkembangan dan cabaran yang telah dilalui untuk
mewujudkan sebuah Fakulti Pendidikan yang amat disegani kini.
Dokumentasi ini juga amat penting untuk menjadi rujukan kepada
transformasi yang akan berlaku di masa depan.
Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian menjelaskan
fasa perkembangan di Fakulti Pendidikan. Bahagian 1 menceritakan proses
menubuhkan Fakulti Pendidikan dari tahun 1972 hinggalah 1986, dan
seterusnya usaha mendapatkan bangunan sendiri hinggalah tahun 1996.
Bahagian 2 pula mengisahkan keaktifan dan semangat ahli Fakulti dalam
memperkasa ilmu pendidikan, sehinggalah Fakulti berjaya menjadi
peneraju profesion pendidikan di negara ini. Bahagian 3 merupakan
penjelasan bagaimana Fakulti terus mengambil bahagian dengan gigih
dalam proses transformasi pendidikan. Pada bahagian akhir ini,
dipaparkan juga pelan strategik yang dirancang untuk memastikan
kecemerlangan Fakulti di masa depan.
Maklumat dalam buku ini adalah hasil kajian penulis berdasarkan sumber-
sumber yang sahih, termasuklah penerbitan panduan program Pusat dan
Fakulti Pendidikan, Jurnal terawal, laporan MQA, laporan tahunan, buku-
buku yang ditulis berkenaan kegiatan pengajaran dan pembelajaran di
v
Fakulti serta penerbitan tentang tokoh-tokoh di Fakulti. Maklumat ini telah
disahkan oleh sekumpulan bekas pentadbir dan pensyarah Fakulti dalam
temu bual yang dirakam.
Penulis berharap buku ini dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang
termasuklah pendidik, bakal-bakal pendidik, serta pembuat polisi
pendidikan dan pendidikan tinggi. Fakulti Pendidikan telah berjaya
berfungsi sebagai sebuah institusi yang memartabatkan ilmu pendidikan.
Generasi seterusnya perlu bersedia untuk berhadapan dengan cabaran
masa depan agar ilmu pendidikan terus kekal relevan dan menjadi tunjang
kehidupan manusia beradab.
Buku ‘Pengisahan Fakulti Pendidikan 1972-2011’ ini ditujukan khas kepada
warga Fakulti dahulu dan kini. Pensyarah dan kakitangan sokongan dahulu
adalah perintis kepada penubuhan Fakulti Pendidikan. Perjuangan warga
Fakulti Pendidikan UKM yang bersemangat kental, bijaksana dan tadbir
urus yang baik, telah merealisasikan impian dari sebuah Jabatan ke Pusat
akhirnya menjadi Fakulti pada tahun 1986. Bagi mereka yang sudah
kembali ke Rahmatullah, semoga jasa dan budi Tuan/Puan dirahmati Allah
S.W.T dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Warga Fakulti
yang sudah bersara, Tuan/Puan tetap dihati kami. Jasa dan budi Tuan/
Puan tidak akan kami lupakan. Bagi pensyarah-pensyarah dan kakitangan
sokongan baru, anda adalah pewaris dan peneraju yang akan membawa
Fakulti Pendidikan UKM untuk terus menerajui pendidikan berkualiti dan
menjanjikan harapan yang realistik.
vi
Penulis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah
menyumbang dalam membuahkan buku ini. Penghargaan tidak terhingga
kepada Prof. Datuk Dr. T. Subahan M. Meerah, Prof. Datin Dr. Amla Mohd.
Salleh, Prof. Puan Sri Dr. Rohaty Majzub, Prof Dato’ Dr. Zalizan Mohd. Jelas,
Dr. Mohd Amir Shariffudin, dan Prof. Dr. Abd. Razak Habib yang telah sudi
meluangkan masa untuk mengimbau kembali peristiwa penubuhan dan
pemerkasaan Fakulti ini. Penghargaan juga ditujukan kepada Dekan, Prof.
Dr. Lilia Halim dan Timbalan Dekan, Prof. Madya Dr. Saemah Rahman, Prof.
Madya Dr. Norazah Mohd Nordin, dan Prof. Madya Dr. Effandi Zakaria yang
memberikan data terkini serta pelan perancangan masa depan.
Terima kasih kepada Dr. Mohd. Arif Ismail kerana membantu dalam
membuat rakaman temu bual dan kumpulan sokongan Pn. Rahimah,
Mahani, Umi, Mariam, Azizah, Edlina, Azmin, Rais, Aizat, serta Mashitoh
yang telah membantu mencari fail-fail, dokumen, serta gambar-gambar
yang diperlukan. Tidak ketinggalan terima kasih kepada saudari Maziah
Tharim yang setia membantu kerja-kerja penyelenggaran buku ini.
Sekian dan terima kasih.
ZURIA MAHMUD
NORSHIDAH MOHAMAD SALLEH
ZAMRI MAHAMOD
SAEMAH RAHMAN
vii
ISI KANDUNGAN
Kata Aluan Dekan Fakulti Pendidikan
ii
Kata Aluan Pengarang
iv
Bahagian 1 Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan
3
Bahagian 2 Peneraju Pendidikan Berkualiti
26
Bahagian 3 Lonjakan Ilmu Pendidikan
62
Rujukan 76
Bahagian 1
PERJUANGAN MEMARTABATKAN
ILMU PENDIDIKAN
2 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011
Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 3
Pengenalan
UKM telah ditubuhkan pada tahun 1970. Dua tahun selepas itu, bermulalah
sejarah penubuhan Fakulti Pendidikan, iaitu pada tahun 1972 dengan bermula
sebagai Jabatan Pendidikan di Fakulti Sastera. Pada tahun 1978, universiti
bersetuju supaya Jabatan Pendidikan berfungsi sebagai pusat yang berasingan
(Pelunjuran Perancangan dan Perkembangan Akademik Universiti Kebangsaan
Malaysia 1978-1987). Oleh itu, Jabatan Pendidikan telah bertukar taraf kepada
sebuah Pusat Pendidikan pada 1 Mac 1982, dan seterusnya membentuk sebuah
Fakulti pada tanggal 16 Oktober 1986.
Kampus sementara UKM di Lembah Pantai pada tahun 1971
4 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011
Jabatan Pendidikan
Pada 18 Mei 1970, UKM secara rasmi ditubuhkan atas usaha dan aspirasi rakyat
untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bertempat di
Lembah Pantai sebagai kampus sementara, UKM memulakan sesi pengajian di
tiga fakulti, iaitu Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sastera, dan Fakulti Sains. Usaha
memartabat dan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi negara telah membuka mata dan menyedarkan banyak pihak
tentang peranan sekolah dan keperluan mempunyai guru-guru yang
berkemahiran untuk mengajar dalam Bahasa Melayu. Menyedari hakikat itu,
sebuah Jabatan Pendidikan telah ditubuhkan di bawah Fakulti Sastera (yang kini
dikenali sebagai Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan) pada tahun 1972.
Pada awal penubuhannya, Jabatan Pendidikan telah menawarkan kursus-kursus
pendidikan dalam Program Pengajian Ijazah bergabung dengan Fakulti Sains.
Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan guru-guru terlatih bukan
sahaja untuk mengajar mata pelajaran Sains Tulin dan Matematik dengan baik,
malah dapat menghasilkan guru-guru yang mampu mengajar mata pelajaran
Sains untuk sekolah menengah aliran Sastera dari tingkatan 4 hingga 6. Program
pengajian ini ditawarkan mengarah kepada pengurniaan Ijazah Sarjana Muda
Sains dengan Pendidikan (Kepujian) (Panduan Pusat Pendidikan, 1986/87).
Ketiadaan insfrastruktur tidak membataskan semangat ahli jabatan untuk
memartabatkan ilmu pendidikan. Jabatan Pendidikan terus menawarkan kursus-
kursus dengan menumpang kemudahan makmal di Sekolah Menengah Alam
Shah, Cheras untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pada masa yang
Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 5
sama, Jabatan Pendidikan juga menawarkan Program Sarjana Pendidikan dan
Doktor Falsafah bermula tahun 1978. Peranan Jabatan menjadi terserlah
sehingga berjaya membentuk sebuah Pusat Pendidikan pada tahun 1982.
Pusat Pendidikan
Pusat Pendidikan yang ditubuhkan pada tahun 1982 telah bergiat cergas
menawarkan kursus di peringkat Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, Sarjana
Muda, Sarjana Pendidikan dan Doktor Falsafah. Diploma Pendidikan Lepasan
Ijazah merupakan kursus ikhtisas dalam bidang perguruan yang mengambil masa
satu tahun. Ia bertujuan menyediakan bakal-bakal guru dengan latihan dan ilmu
pengetahuan yang sesuai supaya dapat menjadi guru-guru yang berkesan bagi
aliran Sains atau Sastera di peringkat sekolah menengah. Program ini mula
diperkenalkan pada sesi pengajian 1980/81 dengan pengambilan pelajar seramai
85 orang. Sejak diperkenalkan hingga ke sesi pengajian 1988/89, seramai 1,754
graduan Diploma Pendidikan telah dikeluarkan (Panduan Pusat Pendidikan,
1989).
Penubuhan Fakulti Pendidikan
Fakulti Pendidikan telah berjaya ditubuhkan pada tahun 1986. Selepas 10 tahun
ditubuhkan, Fakulti Pendidikan masih menumpang di bangunan Fakulti
Pengurusan dan Perniagaan. Walaupun begitu, Fakulti Pendidikan tetap bergiat
cergas memenuhi peranannya dalam pembangunan negara dengan
mengembangkan ilmu pendidikan dan meningkatkan taraf profesion keguruan.
Aktiviti yang berjalan termasuklah penawaran kursus-kursus, memberi khidmat
6 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011
kepada Fakulti lain, menjadi perunding kepada masyarakat dalam menyelesaikan
masalah pendidikan, serta menjalankan penyelidikan dalam pelbagai aspek
pendidikan, serta menjadi lebih responsif terhadap kehendak semasa yang
berkaitan dengan ilmu pendidikan dan profesion perguruan.
Fakulti Pendidikan dalam proses pembinaan pada tahun 1985
Pada tahun 1994, dua jabatan telah ditubuhkan di Fakulti Pendidikan, iaitu
Jabatan Asas Pendidikan serta Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan.
Jabatan Asas diwakili pensyarah-pensyarah dalam bidang-bidang asas
pendidikan seperti Psikologi, Falsafah, Bimbingan dan Kaunseling, dan
Pendidikan Khas. Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan pula diwakili
pensyarah-pensyarah dalam ilmu-ilmu subjek yang diajar di sekolah seperti
Sains, Matematik, Bahasa Inggeris, Sukan, Pendidikan Islam dan Pendidikan
Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 7
Bahasa Arab. Pada waktu itu, Jabatan berfungsi membantu pensyarah-
pensyarah memahami dan menangani pelbagai isu termasuklah hal-hal
akademik, beban tugas, hubungan dengan pelajar serta perkembangan
profesionalisma mereka.
Fakulti Pendidikan yang hampir siap dibina pada tahun 1986
Falsafah Pendidikan Negara
Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan Falsafah Pendidikan
Negara pada tahun 1988 dengan tujuan untuk memantapkan sistem pendidikan
negara ke arah pembangunan sumber manusia secara holistik. Falsafah
Pendidikan Negara merupakan tunjang kepada sistem pendidikan negara.
Tokoh-tokoh pendidikan di Fakulti Pendidikan telah terlibat secara lansung
dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, antaranya Prof. Dr. Hassan
8 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011
Langgulung dan Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Nordin. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan telah menjadi latar dan pegangan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran di Fakulti Pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan berbunyi:
Falsafah Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggung-jawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Ahli Akademik
Fakulti Pendidikan telah bergerak secara agresif dengan menambah bilangan
pensyarah dalam pelbagai bidang kepakaran pendidikan. Pensyarah-pensyarah
ini telah dihantar menyambung pelajaran sehingga keperingkat Doktor Falsafah,
sama ada di dalam ataupun luar negara. Bilangan pensyarah pada awal
penubuhan Fakulti Pendidikan itu telah bertambah daripada 38 orang pada
tahun 1986 kepada 68 orang pada tahun 1997, 76 orang pada tahun 2006 dan
pada tahun 2011, terdapat seramai 91 orang pensyarah dalam pelbagai bidang
kepakaran. Kakitangan bukan akademik pula telah bertambah daripada 28
orang pada 2006 kepada 56 orang pada 2011.
Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 9
Senarai Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti Pendidikan Sehingga 2011
10 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011
Senarai Nama Pensyarah Fakulti Pendidikan 1972-2011
• Abd Razak Habib
• Abd. Halim Tamuri
• Abd. Rashid Johar
• Abdul Ghafar Ibrahim
• Abdul Mutalib Rani
• Abdul Raof Dalip
• Abdul Razak Ahmad
• Abdullah Mohd. Noor
• Abu Bakar Nordin
• Aminah Mohd. Salleh
• Amla Mohd. Salleh
• Adnan @ Nan Kamis
• Ahmad Basri Yussof
• Ahmad Jaffni H.M Hassan
• Ahmad Latif Idris
• Aida Hafitah Mohd Tahir
• Aida Hanim A. Hamid
• Aidah Abd Karim
• Alias Baba
• Aliza Alias
• Anuar Ahmad
• Azlina Abdul Aziz
• Azhar Abd. Halim
• Denise Koh Choon Lian
Pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan yang menghadiri Kolokium pada tahun 2009
Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 11
• Dharattun Nisa Fuad Mohd Karim
• Effandi Zakaria
• Faridah Abdul Manaff
• Faridah Mydin Kutty
• Faridah Karim
• Faridah Serajul Haq
• Faridah Yunus
• Fariza Khalid
• Halimah Harun
• Halimah Badioze Zaman
• Hamdan Mohd Ali
• Hamidah Yamat
• Harun Baharudin
• Hasnah Toran
• Hassan Langgulung
• Ibrahim Saad
• Intan Shafinaz
• Jainabee L.S. Md. Kassim
• Jamaluddin Badusah
• Jamaludin Ishak
• Jamalul Lail Abdul Wahab
• Jamil Ahmad
• Juriah Long
• Kamisah Osman
• Kamarulzaman Abd. Ghani
• Khadijah Abdul Razak
• Khalid Abdullah
• Ku Suhaila Ku Johari
• Lilia Halim
• Maimun Aqsha Lubis
• Manisah Mohd Ali
• Mazalah Ahmad
• Md. Yusof Daud
• Md. Arif Ismail
• Melor Md Yunus
• Mohamed Amin Embi
• Mohammed Sani Ibrahim
• Mohar Kassim
• Mohd Aderi Che Noh
• Mohd Hanafi Mohd Yasin
• Mohd Yazid Abu Bakar
• Mohd Isa Hamzah
• Mohd Izwan Mahmud
• Mohd Izham Mohd Hamzah
• Mohd Jasmy Abd Rahman
• Mohd Jonit Mohd Johari
• Mohd Khalid Mohamad Nasir
• Mohd Khairi Zawi
• Mohd Mahzan Awang
• Mohd Mokhtar Tahar
• Mohd Radzani Abdul Razak
• Mohd Salleh Hussein
• Mohd Taib Harun
• Mohd Sarip Abd. Manap
• Mohd. Amir Sharifuddin Hashim
• Mowafak Abdulla Ahmed Al-Kusairy
12 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011
• Muhammad Hussin
• Musa Daia
• Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff
• Nooreiny Maarof
• Noraini Mohd Salleh
• Norizan Razali
• Norazizah Mohd Salleh
• Nor Aishah Buang
• Norasmah Othman
• Noriah Mohd Ishak
• Norlena Salamuddin
• Nor Sakinah Mohammad
• Norzaini Azman
• Noor Keifli Sulong
• Nor Hafizah Adnan
• Nur Ehsan Mohd Said
• Omar Ibrahim
• Parilah Mohd Shah
• Razali Aroff
• Ramlee Mustapha
• Raja Mohd Fauzi Raja Musa
• Rashidi Azizan
• Roslinda Rosli
• Rosseni Din
• Rozlina Tan Abdullah
• Rudin Salinger
• Ruhizan M. Yassin
• Robiah Sidin
• Rohaty Mohd Majzub
• Ruslin Amir
• Saat Md. Yassin
• Saemah Rahman
• Safani Bari
• Salbiah Ismail
• Salleh Amat
• Shahrin Awaluddin
• Sharifah Nor Puteh
• Siti Fatimah Mohd Yassin
• Siti Kamariah Abdul Latiff Lai
• Siti Nur Diyana Mahmud
• Siti Rahayah Ariffin
• Tajul Ariffin Noordin
• Tajul Arifin Muhamad
• Tamby Subahan Mohd Meerah
• Tuan Ismail Tuan Soh
• Warnoh Katiman
• Yusoff Ismail
• Zahara Aziz
• Zainal Abidin Ahmad
• Zainal Abu Zarim
• Zalizan Mohd Jelas
• Zamri Mahamod
• Zanaton Iksan
• Zarin Ismail
• Zolkepli Haron
• Zuria Mahmud
Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 13
Senarai Kakitangan Fakulti Pendidikan 1972-2011
• Abu Bakar Abdullah
• Abd. Aziz Abd. Latif
• Abd. Rahman Abd Aziz
• Abdul Halim Mohd Nasir
• Abdullah Keling
• Ahmad Hafez Yashak
• Ahmad Zubir Shariff
• Ahmad Zaki Abd. Ghafar
• Aida Nurahmi Ismail
• Ainon Maznah Salleh
• Ayub Saffar
• Azliah Osman
• Azizan Hamzah
• Azmah Abu Bakar
• Azman Bustamam
• Azman Idris
• Che Cha Ibrahim
• Edlina Norbir
• Faridah Ali Zin
• Faridah Abd Rahman
• Halig Md Som
• Hamidah Ahmad
• Hafdzam Hj. Sudin
• Hasmah M. Saman
• Ibrahim Yaakob
• Johari Dolmat
• Junaidah Harun
• Juriah Bahrim
• Kiftiah Abd Razak
• Kalsom Abd Wahab
• Khalizah Ghazali
• Khairani Abas
• Liyana Roseli
• Lokman L. Sudin
• Mahani Ahmad
• Mahat Osman
• Mansor Ab. Samad
• Masithoh Zakaria
• Mazlan Nordin
• Md. Din Bachik
• Md Ali Md Daud
• Meriam Kadir
• Minhat Budin
• Mohd Isa Khamis
• Mohd Khalid Sabran
• Mohd Rafie Lim Mohd Ros Lim
• Mohd Rais Salimi M. Yusuf
• Muhammad Harun
• Muhammad Azmin Jamrus
• Muhammad Zainuddin Ismail
• Muhd Nur Aizat Abd. Rahim
• Muslim Yahya
14 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011
• Midin Yaakub
• Nazariah Marzukhi
• Norhayati Zainal
• Nora Hassan
• Norfadilah Khairudin
• Norliana Nasral
• Nori Mat Ming
• Normah Dollah
• Normah Habib
• Normah Sapuan
• Noraini Nasir
• Norasrul Aswar Yahaya
• Nor Eloni Nor Azmi
• Nasri Salehuddin
• Norzurah Suboh
• Razali Md. Sahlan
• Razali Ali
• Razali Zainal
• Rusiati Kasim
• Rohana Tan
• Rohaizat Abdul Majid
• Rosmah Mohamad Noor
• Rahmah Barun
• Roshayati Elon
• Rahimah Md. Yusof
• Rahimah Said
• Sanipsah Ibrahim
• Sahara Ibrahim
• Sahariah Abdul Halim
• Saparuddin Zainuddin
• Saidah Mahsri
• Sakinah Jamlus
• Siti Muslihah Mohd Ridhuan
• Selamah Nikman
• Shahnizam Mohd Shariff
• Shamsul Dollah
• Siti Hani Fatimah Abu Bakar
• Siti Jawiah Dolah
• Siti Mariam Alias
• Siti Mariam Shafie
• Siti Syuhaily Mohd Mustafa
• Siti Rohana Abd. Aziz
• Sulaiman Ismail
• Suriani Suhatdi
• Talaha Awang
• Wan Noor Kamariah Sy. Yusof
• Wan Maisarah Ridzuan
• Yusni Zainuddin
• Zainal Abu Zarim
• Zahari Daud
• Zaleha Jam
• Zizah Abu Bakar
Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 15
Kakitangan sokongan dan keluarga dalam aktiviti bowling pada tahun 2010
Senarai Kakitangan Tunas Permata Fakulti Pendidikan 1990-2011 • Aminah Chin
• Habibah Yeop Hashim
• Hafifah Imam Mustain
• Hasruniwana Hashim
• Hazlinah Mohd Haris
• Hamidah Zulkifli
• Hafidah Umar
• Intan Nur Ain Isewan
• Intan Noorihan Md Rasip
• Jariah Ahmad
• Latifah Ahmad
• Maznah Ali Hassan
• Marsinah Ahmad
• Normadiah Abd Rahman
• Norfarhana Suib
• Noraida Tajudin
• Norhazlina Jahid
• Noratikaa Anne Abdulah
• Norhayati Datau
• Noraini Pakeh
• Norhashima Hashim
• Merlina Mustanir
• Norsiah Hanapiah
• Norhayati Samberi
• Norijah Kadiman
• Rajeswarie a/p Murugaiyah
16 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011
• Rosmarizan Hashim
• Roszita Md Darus
• Siti Zaleha Sudin
• Salmah Ahmad
• Sabariah Misdi
• Siti Aishah Misdi
• Suzana Shariff
• Siti Rohani Mohd
• Zainab Majid
Infrastruktur Fakulti Pendidikan
Pada tahun 1996 Fakulti Pendidikan berjaya mendapat bangunan sendiri yang
terletak di Lingkungan Kedua, Kampus Bangi. Terdapat 12 bilik tutorial, 14
makmal (Makmal Sains, Makmal Komputer, Makmal Kaunseling, Makmal
Autism, Maklmal Masalah Penglihatan, Makmal Masalah Pembelajaran, Makmal
Sukan), satu studio, ruang-ruang pelajar prasiswazah dan siswazah, sebuah pusat
sumber, satu pusat sokongan pembelajaran. Kemudahan untuk pensyarah yang
terdapat di Fakulti Pendidikan ini adalah seperti bilik bekerja dan bilik rehat.
Selain itu, terdapat dua bilik mesyuarat yang dinamakan Gerbang Minda dan
Cambah Minda. Dewan Kuliah yang dinamakan Dewan Budiman dapat
memuatkan kira-kira 300 orang. Ini diikuti dengan penyediaan Bilik Telesidang
pada tahun 2010. Bilik Telesidang ini digunakan untuk berhubung secara maya
dengan pelbagai pihak seperti pelajar serta rakan-rakan sepakaran dari dalam
dan luar negara.
Untuk memberikan keselesaan kepada pelajar siswazah yang semakin
bertambah, Fakulti telah menyediakan Bilik Siswazah pada tahun 2006. Bilik ini
dilengkapi dengan komputer dan talian Internet untuk memudahkan pencarian
maklumat bagi bahan pembelajaran dan penyelidikan, bilik perbincangan dan
mesyuarat.
Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 17
Dengan adanya bilik kuliah, bilik pensyarah, serta makmal-makmal
pembelajaran, ahli Fakulti bertambah bermotivasi untuk menyemarakkan ilmu
pendidikan. Kalau dahulu Fakulti Pendidikan menumpang di makmal dan dewan
kuliah Fakulti lain, kini kegiatan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan di
kawasan Fakulti sendiri. Malah, Fakulti dapat membantu pihak-pihak lain yang
memerlukan ruang untuk program-program mereka. Contohnya, program Pusat
Perkembangan Akademik UKM seringkali menggunakan makmal pengajaran
mikro dalam latihan kepada pensyarah seluruh universiti. Begitu juga dengan
Dewan Budiman yang sering digunakan untuk pelbagai program di dalam dan
luar UKM.
Laluan kerusi roda di Fakulti
tahun 2010
Dewan Budiman tahun 2002
18 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011
Bangunan Bilik Kuliah dan Bilik Siswazah tahun 2006
Pondok Belajar tahun 2010 Bilik Siswazah tahun 2010
Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 19
Cabaran Memperkasa Fakulti Pendidikan
Selepas perjuangan membina sebuah Fakulti dan kejayaan mendapatkan
bangunan sendiri, Fakulti berhadapan dengan beberapa cabaran yang
meletakkan kewujudan Fakulti dalam keadaan kritikal. Antara cabaran tersebut
ialah penstrukturan semula Fakutli-Fakulti di UKM, dan penubuhan Institut
Pendidikan Guru (IPG) seluruh Malaysia. Penstrukturan semula Fakulti di UKM
pada tahun 2003 telah melihat penggabungan beberapa Fakulti yang
mempunyai kesamaan dalam peranan akademik. Tidak terkecuali Fakulti
Pendidikan yang telah disarankan bergabung dengan Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan. Bagaimanapun, ahli dan kepimpinan Fakulti telah berjaya
mempertahankan bahawa Fakulti Pendidikan mempunyai peranan tersendiri
dalam menjaga kepentingan pendidikan negara.
Fakulti Pendidikan pada tahun 2010
20 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011
Seterusnya pada tahun 2007, maktab-maktab perguruan dinaik taraf kepada
Institut Pengajian Guru (IPG) dan mula menawarkan program-program peringkat
ijazah pertama. Semua Fakulti Pendidikan di Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) tercabar kerana latihan-latihan di peringkat Sarjana Muda diambil alih
oleh IPG. Majlis Kedekananan Fakulti-Fakulti Pendidikan seluruh negara telah
mengadakan perbincangan dan membuat cadangan bahawa IPG berperanan dan
memberi fokus kepada latihan guru peringkat sekolah rendah, manakala Fakulti
Pendidikan IPT melatih guru sekolah menengah. Impak daripada perbincangan
ini, Fakulti Pendidikan mula mengurangkan pengambilan pelajar peringkat Ijazah
Sarjana Muda. Fakulti Pendidikan UKM berjaya mengekalkan beberapa kursus
sarjana muda, iaitu Pendidikan Khas, Pendidikan Sukan dan Rekreasi, serta TESL.
Pemuafakatan Ahli
Fakulti Pendidikan telah bergerak maju atas komitmen dan kerjasama yang gigih
ahli-ahlinya, sama ada kakitangan akademik mahupun sokongan. Setiap
perubahan dibincangkan dalam mesyuarat bersama ahli sebelum sesuatu
keputusan dilakukan. Mesyuarat Fakulti, Mesyuarat Jabatan, Mesyuarat
Jawatankuasa, bengkel-bengkel khas serta kolokium memberi peluang kepada
ahli berbincang secara terbuka sebelum sesuatu kertas kerja dibawa ke
peringkat universiti seperti Mesyuarat Senat mahupun Majlis Pengurusan
Universiti (MPU). Sehingga 2010, Fakulti telah mengadakan sebanyak 13
kolokium, iaitu setiap dua kali setahun. Selain itu, Bengkel Pelan Strategik telah
diatur untuk membincangkan Pelan Perkembangan Fakulti secara menyeluruh.
Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 21
Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran II pada tahun 1983
Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran III pada tahun 1984
22 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011
Kolokium Pendidikan Ke-6, Puri Pujangga 17-18 April 1998
Kolokium Pendidikan ke-8, Reviera Bay Resort Melaka 14-16 Julai 2000
Perjuangan Memartabatkan Ilmu Pendidikan 23
Kesimpulan Bahagian ini membincangkan sejarah penubuhan Fakulti Pendidikan dari 1972
sehingga tahun 2011. Pelbagai peristiwa dan maklumat penting dipaparkan
dalam Bahagian 1 ini. Dari sebuah Jabatan pada tahun 1972 sehingga menjadi
Fakulti pada tahun 1986, sejarah Fakulti Pendidikan ini wajar diketahui dan
dihayati oleh warga Fakulti, terutamanya kepada pensyarah-pensyarah muda
yang akan meneruskan kelangsungan Fakulti Pendidikan sebagai sebuah Fakulti
yang menjadi peneraju pendidikan berkualiti di Malaysia. Daripada Dekan
pertama sehinggalah ke Dekan hari ini (2011), semua mereka telah berjaya
membawa Fakulti Pendidikan untuk terus menjadi sebuah Fakulti yang relevan
dengan tuntutan semasa. Dengan dibantu pensyarah dan kakitangan sokongan,
perjuangan memartabatkan ilmu pendidikan ini terus bersemarak sehingga ke
hari ini.
Kolokium Pendidikan ke-10, Reviera bay Resort Melaka 23-25 Mei 2003
Bahagian 2
PENERAJU PENDIDIKAN
BERKUALITI
25 Peneraju Pendidikan Berkualiti
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 26
Pengenalan
Penubuhan Fakulti Pendidikan yang menjangkau usia hampir 40 tahun, telah
mencapai perkembangan yang sangat pesat dan membanggakan. Kejayaan
melahirkan guru-guru bukan sahaja dari segi kuantiti tetapi juga dari segi kualiti.
Fakulti yang berperanan membangunkan sumber tenaga manusia, bergerak selari
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Pembangunan
Pendidikan 2001 -2010 yang memberi penekanan kepada pembangunan
pendidikan tertiari bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan
dan berkemahiran. Penegasan aspek Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010 oleh
KPM adalah dari segi aksesibiliti, ekuiti, kualiti dan kecekapan serta keberkesanan
pengurusan pendidikan (KPM 2001). Menyedari hakikat ini, Fakulti Pendidikan telah
mempergiatkan usaha memantapkan program pengajian yang sedia ada di samping
memperluaskan program-program pengajian yang baru. Langkah ini telah
meningkatkan peluang pendidikan kepada pelajar di peringkat ijazah pertama dan
ijazah lanjutan.
Ahli akademik Fakulti Pendidikan dalam diskusi ilmiah pada tahun 2010
27 Peneraju Pendidikan Berkualiti
Program Akademik Prasiswazah
Pada tahun 1991, Fakulti Pendidikan telah menawarkan lima jenis program, iaitu
Sijil Perguruan Lanjutan, Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Kepujian), Sarjana
Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) UKM-
ITM, Program Diploma Pendidikan, Ijazah Lanjutan (Panduan Fakulti Pendidikan,
1991/92).
Program Suai Kenal pelajar Diploma Pendidikan pada tahun 1995
Dari segi penawaran program-program Sarjana Muda, program yang mula-mula
ditawarkan ialah program TESL. Pada peringkat awal, penawaran program Sarjana
Muda dengan Kepujian (TESL) adalah dengan kerjasama ITM, dengan pengambilan
pertama pada tahun kemasukan 1989/1990. Graduan sulung bagi program ini
adalah seramai 22 orang yang menamatkan pengajian pada sesi 1992/93.
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 28
Seminar Mengenai Akta dan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada tahun 1988
Selain ITM, Fakulti juga bekerjasama dengan Institut Perguruan Ilmu Khas- IPIK
(dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Ilmu Khas –MPIK) pada tahun
2004/2005 dan menjalankan program berkembar dengan Maktab Perguruan Batu
Lintang (MPBL). Program berkembar dengan MPBL ini berlangsung selama lima
kohort dengan pengambilan terakhir pada tahun kemasukan 2008/2009. Mod
program berkembar ini disambung semula dengan kerjasama bersama dua buah
Institut Pendidikan Guru (IPG), iaitu IPG kampus Sarawak, Miri dan IPG Kampus
Razali Ismail, Kuala Terengganu. Pelajar bagi program ini memulakan pengajian di
kdua-dua IPG tersebut mulai Januari 2011. Program TESL ini juga melakar sejarah
dengan menawarkan program kepada pelajar dari Negara China dengan kerjasama
Pusat Kembangan Pendidikan pada tahun 2006/2007.
29 Peneraju Pendidikan Berkualiti
Selepas penawaran program Ijazah Sarjana Muda TESL tersebut, Fakulti mula
menawarkan program Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan (Pendidikan Khas)
pada sesi kemasukan tahun 1993/1994 dan graduan sulungnya seramai 73 orang
menamatkan pengajian pada sesi 1996/97. Pada tahun 1994, Fakulti juga
membantu penawaran program Sarjana Muda Pendidikan Khas bersama-sama
dengan Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) bagi membantu meningkatkan
bilangan guru-guru Pendidikan Khas di seluruh negara. Program pendidikan khas
pada waktu itu bertujuan untuk melatih bakal-bakal guru dalam bidang kerencatan
akal, cacat pendengaran, penglihatan, fizikal, tingkah laku, pembelajaran, serta
kepintaran dan kegeligaan (Panduan Fakulti Pendidikan, 1994/1995).
Program Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Kepujian) mula ditawarkan pada
sesi kemasukan 1994/95 dengan pengambilan sulung seramai 53 orang. Program
untuk melatih guru-guru mengajar mata pelajaran Sains mengalami perubahan
yang mana mulai tahun pengambilan 2000/2001, program diubah menjadi Program
Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Biologi/Kimia/Fizik/Matematik).
Pada tahun 1997/98, Fakulti banyak menjalankan kerjasama dengan pelbagai
institusi lain antaranya untuk menawarkan program Sarjana Muda Pendidikan
dengan pengkhususan Bahasa Melayu, Bimbingan dan Kaunseling, Kesusasteraan
Melayu, dan Teknologi Maklumat. Pada tahun 1998 pula, Fakulti bekerjasama
dengan Maktab Perguruan Islam menawarkan Program Sarjana Muda Pendidikan
dengan Kepujian (Pendidikan Islam).
Penawaran program-program di peringkat Sarjana Muda terus berkembang. Pada
tahun kemasukan 1998/1999, program Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 30
(Sukan dan Rekreasi) pula ditawarkan diikuti dengan penawaran program Sarjana
Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Islam) dan Sarjana Muda
Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Al-Quran) pada tahun 2004.
Program Pensiswazahan Guru
Program pensiswazahan merupakan program kerjasama dengan KPM yang
bertujuan untuk memberi peluang pembelajaran di peringkat Sarjana Muda kepada
guru-guru sekolah rendah yang sebelum ini hanya mempunyai Sijil Perguruan dan
Diploma Pendidikan. Program yang bermula pada 1996 ini menawarkan kursus-
kursus Pendidikan Khas dan TESL. Pada tahun-tahun berikutnya, program
Pensiswazahan Guru dijalankan untuk guru besar sekolah rendah yang mengarah
kepada penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian
(Pengurusan Pendidikan) (Laporan Tahunan 2009). Kepelbagaian program dan
pelajar di Fakulti, telah memperkayakan ahli Fakulti dengan pengalaman dan
pengetahuan yang membolehkannya berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Jadual 2.1 memaparkan program-program pengajian yang ditawarkan oleh Fakulti
Pendidikan. Program pengajian mula-mula ditawarkan ialah Sarjana Muda
Pendidikan TESL pada 1989/90, manakala program kerjasama UKM-IPG bagi
Pendidikan TESL ialah program terkini yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan.
31 Peneraju Pendidikan Berkualiti
Jadual 2.1. Sejarah penawaran Program Prasiswazah di Fakulti Pendidikan
Kepelbagaian kepakaran yang dimiliki oleh pensyarah memberi kelebihan kepada
Fakulti Pendidikan dalam melatih guru-guru dalam pelbagai bidang mengikut
Nama Ijazah Sesi Kemasukan
Pengambilan Sulung
Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) 1989/1990 24 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas) 1993/1994 73 Sarjanamuda Pendidikan (Pendidikan Khas UKM-MPIK) 1994/1995 27 Sarjanamuda Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) 1994/1995 53 Sarjanamuda Pendidikan (Bahasa Melayu) 1997/1998 38 Sarjanamuda Pendidikan (Bimbingan dengan Kaunseling) 1997/1998 38 Sarjanamuda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) 1997/1998 38 Sarjanamuda Pendidikan (Teknologi Maklumat) 1997/1998 38 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Islam UKM-MPI) 1998/1999 48 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Sukan dan Rekreasi) 1998/1999 50 Sarjanamuda Pendidikan (PPLD-Teknologi Maklumat) 2000/2001 30 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Biologi) 2000/2001 93 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Kimia) 2000/2001 32 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Fizik) 2000/2001 39 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Matematik) 2000/2001 24 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua UKM-IPIK) 2002/2003 84 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Al-Quran) 2004/2005 29 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Islam) 2004/2005 66 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua UKM-MPBL) 2004/2005 25 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengurusan Pendidikan IAB-UKM) 2005/2006 39 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua UKM-PKP) 2006/2007 25 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua UKM -IPG Miri) 2010/2011 20 Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua UKM-IPG Terengganu) 2010/2011 20
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 32
keperluan negara. Fakulti Pendidikan UKM merupakan Fakulti pertama di Malaysia
yang menawarkan program Pendidikan Khas di peringkat Sarjana Muda serta
program Pengsiswazahan Guru-guru Pendidikan Khas yang telah sekian lama
berbakti tanpa kelulusan Ijazah Sarjana Muda. Antara tokoh yang dikenali di
peringkat kebangsaan atas usaha mengembangkan ilmu Pendidikan Khas ialah
Prof. Dato’ Dr. Zalizan Mohd Jelas dan rakan-rakan sebidang. Kesungguhan Fakulti
meningkatkan bidang Pendidikan khas tampak melalui infrastruktur di Fakulti
Pendidikan. Keprihatinan terhadap pelajar kurang upaya terbinanya ‘ramp’ untuk
kemudahan pergerakan pelajar yang berkerusi roda di Fakulti.
Amali Pengajaran
Walaupun dalam pengkhususan yang berbeza, semua pelajar Sarjana Muda dan
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah menjalani amali Latihan Mengajar. Amali
terbahagi kepada dua bahagian, iaitu pengajaran mikro dan Latihan Mengajar di
sekolah. Di dalam kelas Pengajaran mikro pelajar-pelajar ini didedahkan dengan
Aktiviti luar bilik kuliah pelajar
33 Peneraju Pendidikan Berkualiti
suasana bilik darjah di hadapan murid-murid. Setiap pelajar mengambil giliran
memain peranan sebagai guru, murid, dan penilai. Mereka berpeluang melihat
kembali proses pengajaran melalui rakaman pita video dan seterusnya
membincangkan kekuatan, kelemahan serta langkah-langkah penambahbaikan.
Seterusnya pelajar melalui Latihan Mengajar di sekolah-sekolah. Tujuan Latihan
Mengajar ialah memberi pengalaman sebenar kepada bakal guru sebelum
menceburi bidang pendidikan. Ini termasuklah memahirkan guru dalam mengurus
tingkah laku pelajar, berhadapan dengan suasana sekolah, mengikuti kandungan
kurikulum, serta melaksana pengajaran dengan berkesan (Zamri, Jamil dan Saemah
2010). Pada masa yang sama, pelajar juga bertanggungjawab menjaga nama baik
universiti sepanjang mereka berada di sekolah tersebut, dengan bertingkah laku
secara beretika, dan bekerjasama dengan pihak sekolah.
Pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan menjalankan Latihan Mengajar di seluruh pelusuk
negara. Bagaimanapun, KPM telah membahagikan tempat-tempat Latihan
Mengajar mengikut lokasi zon dan universiti tertentu. Ini disebabkan oleh
pertambahan pelajar jurusan pendidikan di seluruh negara yang perlu menjalani
latihan yang sama. Hubungan baik antara pihak Fakulti dengan KPM serta sekolah-
sekolah membolehkan Latihan Mengajar berjalan lancar. Kesanggupan pihak
sekolah menerima guru-guru pelatih, memberi waktu pengajaran dan seterusnya
membimbing bakal-bakal guru ini juga telah menyumbang kepada kejayaan proses
Latihan Mengajar.
Penyelaras Latihan Industri (dulunya Penyelaras Latihan Mengajar) memain
peranan penting dalam meyediakan perancangan rapi sebelum sesuatu sesi latihan
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 34
mengajar berlangsung. Senarai nama sekolah, nama pelajar mengikut
pengkhususan, serta nama pensyarah disediakan dan dibincang dalam mesyuarat
pentadbiran Fakulti. Selepas itu, penyelaras memberi taklimat kepada pensyarah
dan juga pelajar tentang proses penyeliaan dan borang-borang berkaitan untuk
tujuan bimbingan dan penyeliaan. Telah menjadi amalan setiap ahli Fakulti
mengambil peranan menyelia, termasuklah profesor dan pensyarah baru. Mereka
bertanggungjawab mengunjungi sekolah-sekolah yang diselia di mana sahaja. Bagi
membantu pensyarah-pensyarah baru, mereka dibimbing oleh pensyarah yang
lebih senior dalam proses penyeliaan ini.
Beberapa perubahan telah berlaku apabila KPM menaik tarafkan maktab perguruan
kepada Institusi Pendidikan Guru. Maktab perguruan yang selama ini menawarkan
program pengajian di peringkat Sijil dan Diploma Pendidikan telah mula
menawarkan kursus peringkat pengajian Sarjana Muda. Perubahan ini memberi
kesan pengurangan pengambilan pelajar peringkat Sarjana Muda di universiti awam
termasuklah di Fakulki Pendidikan UKM. Walau bagaimanapun, Fakulti telah
melihat perubahan ini sebagai peluang untuk menumpukan perhatian kepada
program siswazah.
Statistik Graduan Sarjana Muda Pendidikan
Sejak dinaik taraf menjadi sebuah Fakulti pada tahun 1986, Fakulti Pendidikan telah
berjaya mengeluarkan pelbagai graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Sehingga
tahun 2011, Fakulti telah menghasilkan 6057 graduan. Jadual 2.2 menunjukkan
graduan yang dikeluarkan oleh Fakulti mengikut sesi dan program pengajian.
35 Peneraju Pendidikan Berkualiti
Jadual 2.2. Graduan Fakulti Pendidikan (1992/1993 – 2010/2011)
Sesi/ Program
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Jum-lah
1992/1993 22 22
1993/1994 133 133
1994/1995 143 143
1995/1996 133 133
1996/1997 104 104
1997/1998 91 106 197
1998/1999 194 160 139 37 37 38 38 643
1999/2000 81 48 115 145 1 1 38 36 465
2000/2001 78 67 51 119 315
2001/2002 93 133 82 182 490
2002/2003 14 139 58 155 32 398
2003/2004 19 91 6 38 154
2004/2005 49 137 60 175 421
2005/2006 32 123 56 164 375
2006/2007 20 95 51 170 336
2007/2008 53 29 63 105 39 155 444
2008/2009 46 119 54 128 35 93 73 548
2009/2010 37 96 57 47 36 101 26 400
2010/2011 34 37 37 50 12 82 336
Jumlah 1376 281 281 1496 486 1718 99 38 38 76 106 6057
1. TESL 4. Pendidikan Khas 7. Pengurusan Pendidikan 10. Pend. Kaunselin 2. Pendidikan Al-Quran 5. Pendidikan Sukan 8. Pend. Kesusast. Melayu 11. Pend. Tek. Maklumat 3. Pendidikan Islam 6. Pendidikan Sains 9. Pend. Bah. Melayu
Sumber: Sistem Maklumat Pelajar, Pusat Teknologi Maklumat UKM
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 36
Persatuan Pendidik
Fakulti Pendidikan menggalakkan perkembangan kepimpinan pelajar dengan
merestui penubuhan Persatuan Pelajar Sarjana Muda yang diberi nama 'PENDIDIK'.
PENDIDIK telah menjalankan pelbagai aktiviti yang bertujuan meningkatkan
pembangunan insan pelajar serta menyediakan sokongan sosial. Antara aktiviti
PENDIDIK, termasuklah menjadi Jawatankuasa Minggu Mesra Pelajar bagi
membantu pelajar tahun satu menyesuaikan diri dengan suasana kampus,
mengadakan kumpulan-kumpulan pelajaran, Info Pendidik dan menganjurkan
lawatan sambil belajar ke universiti terkemuka.
Lawatan Integrasi Pendidik Ke Bandung, Indonesia
18-20 Januari 2008
37 Peneraju Pendidikan Berkualiti
Program Akademik Siswazah
Program siswazah yang telah dimulakan pada tahun 1977 terus berkembang.
Tujuan utama program siswazah pada ketika itu adalah untuk meningkatkan tahap
pendidikan dalam kalangan guru, pensyarah serta pegawai-pegawai KPM supaya
mereka dapat mengaplikasi ilmu pendidikan dalam tugas harian. Permintaan untuk
mengikuti program siswazah telah meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun
1989/89, bilangan pelajar siswazah Sarjana dan Doktor Falsafah telah meningkat
kepada 99 orang (Program Pengajian Siswazah 1989). Pada tahun 2001, Fakulti
Pendidikan telah mengraduatkan 58 orang graduan peringkat Sarjana dan 11 orang
graduan Doktor Falsafah. Angka ini terus meningkat pada tahun 2009 dengan
bilangan graduan Sarjana seramai 289 dan dan 39 orang graduan Doktor Falsafah
(Laporan Tahunan 2009). Pertambahan pelajar dan graduan yang ramai ini
menandakan Fakulti Pendidikan berjaya menarik ramai pelajar dalam dan luar
negara serta mendapat kepercayaan tentang program dan kursus yang ditawarkan
di Fakulti.
Antara modul-modul terawal Program Siswazah Pendidikan pada tahun 1990-1995
ialah Kurikulum, Psikologi Pendidikan, Falsafah dan Pentadbiran Pendidikan,
Sosiologi Pendidikan, Pedagogi, dan Pendidikan Jasmani/Kokurikulum (kini dikenali
dengan Pengurusan Sukan) (Panduan Siswazah 1990/1991). Ini diikuti oleh modul-
modul lainnya pada tahun 1996-2006 (Buku Panduan Fakulti Pendidikan, 1996/97,
Panduan Pengajian Siswazah, 2006/2007). Sehingga kini, terdapat 24 modul Doktor
Falsafah dan 22 modul Sarjana Pendidikan. Program Doktor Falsafah dijalankan
secara penyelidikan, manakala program Sarjana secara pengajaran dengan tesis,
projek penyelidikan ataupun praktikum.
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 38
Pelajar Pascasiswazah
Kebanyakan pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah sebelum ini merupakan guru-guru
sekolah menengah. Mereka mengikuti kursus-kursus ini secara sepenuh masa
ataupun separuh masa. Bagaimanapun, keadaan ini semakin berubah apabila
terdapat pelajar-pelajar Sarjana daripada Badan Bukan Kerajaan, Badan-badan
Berkanun, Jabatan Penjara, Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Agama,
dan lain-lain yang menyertai program Sarjana Pendidikan. Manakala pelajar-pelajar
Doktor Falsafah pula sekarang ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah dan
pegawai dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
Fakulti Pendidikan bukan sahaja menjadi pilihan kepada pelajar dari dalam negara,
tetapi juga pelajar dari luar negara. Kemasukan pelajar asing ke Fakulti Pendidikan
terus bertambah dari tahun ke tahun, terutamanya dari negara Indonesia. Selain
itu, pelajar dari negara Brunei, Bangladesh, Pakistan, China serta pelajar-pelajar dari
negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Mesir, Iran, Yemen, Jordan dan negara-
negara lain yang telah memilih Fakulti Pendidikan untuk melanjutkan pengajian
mereka, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.
Pertambahan pelajar asing di Fakulti Pendidikan adalah atas usaha
mempromosikan pengajaran di Fakulti melalui lawatan akademik ke luar negara,
penganjuran seminar di peringkat antarabangsa dan hasil lawatan universiti luar ke
Fakulti Pendidikan. Ini dapat memenuhi aspirasi Universiti dan Fakulti dalam
mengantarabangsakan program pengajian di UKM.
39 Peneraju Pendidikan Berkualiti
Jadual 2.3. Senarai Program Pengajian Siswazah Terkini
No. Program
1 Kurikulum dan Pedagogi
2 Pentadbiran Pendidikan
3 Pengurusan Sukan
4 Pendidikan Bahasa Melayu
5 Pendidikan Islam
6 Teaching English as a Second Language (TESL)
7 Pendidikan Matematik
8 Pendidikan Komputer
9 Pendidikan Sains
10 Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan
11 Pengukuran dan Penilaian
12 Sumber dan Teknologi Maklumat
13 Bimbingan dan Kaunseling
14 Psikologi Pendidikan
15 Psikologi Sosial dalam Pendidikan
16 Sosiologi Pendidikan
17 Pendidikan Prasekolah
18 Pendidikan Khas
19 Pendidikan Sastera
20 Pendidikan Sejarah
21 Pendidikan Ekonomi
22 Pendidikan Bahasa Arab
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 40
Statistik Graduan Siswazah
Fakulti Pendidikan merupakan antara Fakulti yang mengeluarkan bilangan graduan
siswazah yang teramai di UKM.
Rajah 2.1 Statistik Graduan Siswazah dari Tahun 2001 – 2010
Graduan Pasca Siswazah 2009 Bersama Dekan dan Pensyarah
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
50
2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010
Graduan Doktor Falsafah Tahun 2001-2010
41 Peneraju Pendidikan Berkualiti
Kelab Siswazah
Kelab Siswazah di bawah naungan Timbalan Dekan Siswazah, bergerak aktif dengan
mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kesarjanaan dan memberi
sokongan sosial kepada pelajar. Kelab Siswazah sentiasa menganjurkan bengkel-
bengkel penyelidikan dengan menjemput pensyarah-pensyarah dari dalam dan luar
Fakulti serta dari universiti lain. Kelab Siswazah juga mengadakan aktiviti lawatan
sambil belajar ke luar negara seperti ke National Institute of Education Nanyang
Technological University of Singapore (Laporan Tahunan 2007).
Penerbitan Siswazah
Fakulti Pendidikan sentiasa menggalakkan penerbitan dalam kalangan pelajar
siswazah. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah yang pertama telah diterbitkan
pada tahun 2009. Prosiding ini terdiri daripada himpunan kertas penyelidikan
pelajar yang dibentang semasa Seminar Penyelidikan Pendidikan Siswazah.
Penerbitan Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Siswazah di peringkat Fakulti
merupakan langkah menggalakkan pelajar menulis secara ilmiah serta menerbitkan
bahan penyelidikan mereka bersama dengan pensyarah penyelia. Untuk
membantu pelajar pascasiswazah menulis artikel jurnal dan juga tesis mereka,
Fakulti pada tahun 2009 telah menyediakan kursus Penulisan Akademik di
peringkat Sarjana.
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 42
Bantuan Kewangan kepada Pelajar Siswazah
UKM banyak memberi kemudahan bantuan kewangan kepada pelajar siswazah.
Skim Zamalah disediakan kepada pelajar sepenuh masa yang menjalankan
pengajian pascasiswazah. Selain itu, pelajar pascasiswazah juga terlibat sebagai
pembantu penyelidik di Fakulti. Kebanyakan projek penyelidikan yang dijalankan
oleh pensyarah Fakulti perlu menghasilkan pelajar di peringkat Sarjana atau Doktor
Falsafah berkaitan projek tersebut. Pusat Penyelidikan UKM menyalurkan bantuan
kewangan kepada pelajar pascasiswazah yang layak. Pusat Pengajian Siswazah pula
membiayai pelajar pascasiswazah yang membentang kertas kerja di seminar luar
negara.
Program Eksekutif
Fakulti Pendidikan terus berkembang, terutamanya selepas tahun 2000. Selain
penawaran kursus menerusi program di peringkat dalaman, Fakulti Pendidikan juga
telah bekerjasama dengan Pusat Kembangan Pendidikan menawarkan program
secara eksekutif. Antara program eksekutif yang dikendalikan oleh Fakulti
Pendidikan ialah program Sarjana Muda Pendidikan (TESL) - China, Sarjana
Pendidikan (Kurikulum dan Pedagogi), Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan
Pentadbiran), Sarjana Pendidikan (Sumber dan Teknologi Maklumat), Doktor
Falsafah yang antaranya melibatkan pelajar dari Universitas Riau (UNRI),
Pekanbaru, Indonesia.
Bertambahnya bilangan program secara eksekutif yang ditawarkan di Fakulti
membuktikan kepercayaan dan pengiktirafan pihak luar terhadap kepakaran ahli-
43 Peneraju Pendidikan Berkualiti
ahli akademik Fakulti Pendidikan. Pada tahun 2007, Fakulti Pendidikan telah diberi
kepercayaan oleh KPM menjalankan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah.
Program ini bertujuan melatih calon guru lepasan ijazah untuk ditempatkan di
sekolah-sekolah dan kolej matrikulasi dan telah berlangsung selama tiga tahun.
Program Mobiliti Pelajar
Untuk memantapkan program pengajian yang ditawarkan, Fakulti Pendidikan telah
merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk pelajar, sama ada di peringkat
Fakulti mahupun di luar Fakulti. Aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan dengan tujuan
untuk memperkasakan nilai-nilai insaniah pelajar. Salah satunya ialah Program
Mobiliti Pelajar yang dilaksanakan pada tahun 2009. Program mobiliti ini
merupakan usaha Fakulti dan Universiti mengantarabangsakan program pengajian
akademik. Buat pertama kalinya, seramai 20 orang pelajar peringkat Ijazah Sarjana
Muda telah dihantar ke luar negara, iaitu ke Indonesia untuk menjalani Latihan
Mengajar menerusi program Outbound peringkat universiti, iaitu UKM-Global
Student Mobility Partnership Program.
Universiti-universiti luar negara yang terlibat dengan Program Mobiliti Pelajar
Fakulti Pendidikan UKM seperti Universitas Riau (UNRI), Universitas Pendidikan
Indonesia (UPI) dan Institut Studi Islam Darussalam (ISID). Negara-negara yang
bersetuju bekerjasama dengan Fakulti untuk Program Mobiliti Pelajar ini
termasuklah negara Indonesia, China dan Yemen yang mempunyai perjanjian
persefahaman (MoU/MoA/LoI) dengan UKM amnya dan Fakulti Pendidikan
khasnya. Menerusi program ini, pelajar tahun tiga yang terpilih menjalani Latihan
Mengajar selama sebulan di sekolah-sekolah di beberapa buah negara. Pelajar yang
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 44
dipilih untuk menyertai Program Mobiliti ini terdiri daripada mereka yang
mempunyai pencapaian cemerlang dengan minimum PNGK 3.00 ke atas.
Salah satu matlamat Program Mobiliti Pelajar adalah bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada pelajar berkaitan isu yang merentas sempadan dan global bagi
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran insaniah mereka (Zamri, Jamil dan
Saemah 2010). Selain mendapat bimbingan daripada pensyarah Fakulti Pendidikan
UKM, pelajar yang menjalani Latihan Mengajar di luar negara juga akan diselia oleh
pensyarah-pensyarah yang dilantik dari universiti luar negara yang terlibat dengan
Program Mobiliti Pelajar tersebut. Pengalaman pelajar yang menyertai Program
Mobiliti Pelajar dikongsi bersama pelajar yang lain menerusi seminar yang
dijalankan di Fakulti. Menerusi seminar ini, pelajar-pelajar ini menceritakan
pengalaman dan pembelajaran yang diperoleh semasa menjalani Latihan Mengajar
di luar negara. Selain program mobiliti dalam bentuk latihan mengajar, program
mobiliti juga melibatkan Program Sangkutan dan juga kursus atau latihan pendek di
luar negara. Antaranya ialah Program Sangkutan pelajar Program Sukan dan
Reksreasi di Sport University, Beijing pada tahun 2009 dan juga kursus Bahasa Arab
di Timur Tengah iaitu di Mesir yang melibatkan pelajar program Pendidikan Islam
dan Al Quran.
Program Mobiliti Pelajar ke luar negara juga terbuka kepada pelajar peringkat
Sarjana dan Doktor Falsafah. Pelajar pascasiswazah yang terpilih untuk mengikuti
Program Mobiliti Pelajar ke luar negara diberi peluang untuk menjalani program
sangkutan penyelidikan. Setiap pelajar dibiayai oleh Universiti sebanyak
RM10,000.00 seorang maksimum. Fakulti juga menyumbang sebanyak RM5,000
kepada setiap pelajar yang berjaya mengikuti program ini. Pembiayaan tersebut
45 Peneraju Pendidikan Berkualiti
bertujuan membantu kos sara hidup pelajar di negara tersebut dan kos tambang.
Pada tahun 2009, seorang pelajar siswazah telah terpilih untuk menjalani Program
Sangkutan di New Zealand selama sebulan. Peluang ini dapat memperluaskan
pengetahuan dan pengalaman pelajar terhadap penyelidikan yang dijalankan
dengan kerjasama daripada pensyarah universiti berkenaan.
Pendidikan Berkualiti
Sebagai peneraju pendidikan negara, Fakulti Pendidikan sentiasa bersedia
berhadapan dengan pelbagai ujian di mana setiap pengalaman dimanfaatkan untuk
penambahbaikkan. Dua pengalaman yang menarik ialah proses jaminan kualiti ISO
dan akreditasi MQA. Untuk menentukan pencapaian kualiti, proses jaminan kualiti
telah dilaksanakan di peringkat Universiti dan Fakulti. Pelbagai mekanisme seperti
Sistem Aduan Pelanggan (SAD) digunakan dalam Sistem Kualiti ISO 9001:2000.
Fakulti telah mengaplikasikan Sistem Aduan Dalaman Pelajar (SADP), SAD dan
Sistem Aduan Kerosakan (SAK) seperti yang disarankan oleh pihak Universiti. Pelajar
merupakan pelanggan yang penting dan diberi keutamaan di Fakulti Pendidikan.
Menerusi SAD, pelajar boleh menyuarakan sebarang ketidakpuasan mereka. Aduan
yang diterima membolehkan pihak Fakulti dan Universiti membuat penambah-
baikan serta mempertingkatkan perkhidmatan yang disediakan. Ini merupakan
petanda positif ke arah kecemerlangan pendidikan dan meningkatkan martabat
pendidikan di Fakulti Pendidikan dan UKM di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
MQA atau Malaysia Quality Assurance telah diperkenalkan pada tahun 2010. MQA
menyediakan garis panduan kelayakan (Malaysian Qualification Framework - MQF)
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 46
kepada institusi pendidikan dalam menawarkan pendidikan berkualiti. Sembilan
bidang yang dinilai oleh MQA ialah maklumat Fakulti, maklumat program, standad
program (matlamat dan hasilan pembelajaran), reka bentuk kurikulum dan
penyampaian, penilaian pelajar, pemilihan pelajar dan khidmat sokongan, staf
akademik, sumber pendidikan, semakan dan pemantauan program, kepimpinan
governans dan pentadbiran serta penambaikan kualiti berterusan (Agensi
Kelayakan Malaysia, 2010). Sebagai sebuah universiti penyelidikan, UKM telah
mengambil bahagian dalam penilaian MQA pada tahun 2010. Fakulti Pendidikan
merupakan salah sebuah fakulti yang dipilih untuk mewakili UKM mendapatkan
swa-akreditasi. Ahli Fakulti telah membuat persediaan rapi sehingga memuaskan
pihak MQA, dan UKM telah mendapat status swa-akreditasi pada tahun 2010.
Jurnal Pendidikan Malaysia
Jurnal Pendidikan diterbitkan pertama kalinya pada 1974 semasa Fakulti Pendidikan
masih lagi sebagai sebuah jabatan. Sidang pengarang terawal termasuklah Hassan
Langgulung, Abd. Rashid Johar, Mohd Amir Sharifuddin, Faridah Karim, dan Ibrahim
Saad. Jurnal ini memuatkan hasil penulisan penyelidik dalam bidang pendidikan
oleh pensyarah dan pelajar Fakulti sendiri dan fakulti-fakulti lain, ahli akademik
universiti lain, serta juga penyelidik dari luar negara. Rencana-rencana dalam jurnal
ini ditulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Terbitan yang terkini ialah Jilid
34 serta mempunyai sidang editor dari luar negara. Kini jurnal pendidikan dikenali
sebagai Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), dan berindeks
DOAJ, CABBELL, ULRICH. Jurnal ini juga boleh diakses dilaman web
http://www.ukm.my/jurfpend/indexbm.html.
47 Peneraju Pendidikan Berkualiti
Persidangan
Fakulti Pendidikan merupakan sebuah Fakulti yang aktif dalam penganjuran
seminar dan persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dengan
kerjasama antara pensyarah dan kakitangan sokongan, Fakulti berjaya
menganjurkan seminar dan persidangan setiap tahun sejak sekian lama. Pihak
Fakulti menyokong penganjuran seminar dengan menyediakan peruntukan
kewangan. Jadual 2.4 berikut adalah antara seminar yang telah dianjurkan oleh
Fakulti.
Jadual 2.4. Seminar yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan
Bil Nama Seminar Tahun
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
Technology and Vocational Technical Education
International Conference on Education for All
Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan
Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-1
Wacana Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-2 dan Ke-3
Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas
National Seminar on English Language Teaching
Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-4
Seminar Pendidikan Serantau Ke-2
Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-5
Transnational Symposium on Technical and Vocational Education
and Training
2001
2002
2002
2003
2003
2003
2004
2004
2005
2005
2006
2006
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 48
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains, Matematik dan Teknologi
Seminar Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Negara Kali Ke-3
International Conference on Lifelong Learning
Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-6
Seminar Pendidikan Khas; Pintar Cerdas dan Berbakat
International Conference on Education of Learner Diversity
Seminar Serantau Pendidikan Sains dan Matematik
Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-7
Seminar Pendidikan Serantau Ke-4
Persidangan Kebangsaan Pembangunan Keusahawanan
Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-
kanak Berkeperluan Khas
Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-4
International Conference on Education of Learner Diversity
Wacana Pendidikan Islam Siri Ke 8
2006
2007
2007
2007
2008
2008
2009
2009
2009
2009
2010
2010
2010
2011
Penganjuran seminar oleh Fakulti Pendidikan membolehkan pensyarah dan pelajar
berkongsi kepakaran dan hasil penyelidikan mereka dengan peserta seminar dari
dalam dan luar negara. Persidangan dan seminar yang dianjurkan juga merupakan
platform kepada perbincangan ilmiah tentang isu-isu semasa berkaitan amalan
pendidikan. Fakulti Pendidikan telah membina jaringan dan kerjasama dengan
pelbagai pihak dalam penganjuran seminar seperti Kementerian Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, UNESCO, UNICEF, JAKIM, Jabatan dan Majlis Agama Negeri, Pusat
Zakat dan lain-lain lagi. Kerjasama yang diberi kepada Fakulti telah melancarkan
49 Peneraju Pendidikan Berkualiti
penganjuran persidangan dan seminar yang diadakan.Fakulti Pendidikan telah
mengorak langkah menganjurkan persidangan di luar negara dengan kerjasama
daripada institusi pendidikan dan universiti luar negara. Wacana Pendidikan Islam
Kali Ke-7 dan Ke-8 telah berjaya dijalankan di Gontor, Indonesia dan Lampeter,
Wales. Seminar Pendidikan Serantau juga telah diadakan di Universitas Riau
Indonesia. Selain menjadi penganjur, Fakulti Pendidikan juga dijemput untuk
bekerjasama dengan universiti dan pihak-pihak yang lain dalam penganjuran
seminar. Ini merupakan pengiktirafan terhadap kemampuan ahli Fakulti dalam
menganjur seminar, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat
antarabangsa.
Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan
Kanak-kanak Berkeperluan Khas 2009
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 50
Khidmat Masyarakat dan Konsultansi
Kecemerlangan Fakulti terserlah bukan sahaja dengan penawaran program
prasiswazah dan pascasiswazah di peringkat Fakulti, tetapi melalui kerjasama
dengan fakulti-fakulti lain dan institusi luar dalam mengendalikan kursus-kursus di
peringkat universiti dan luar universiti. Sejak penubuhan Fakulti, ahli akademik
telah berkongsi kepakaran mereka dengan memberi khidmat nasihat dan bertindak
sebagai pakar runding. Mereka bekerjasama memberikan khidmat masyarakat
kepada pelbagai pertubuhan dan agensi. Beberapa buah institusi yang mempunyai
jaringan dengan Fakulti melalui konsultasi sejak tahun 1990 lagi ialah Kementerian
Pertahanan Malaysia melalui TLDM, FELDA, PETRONAS, Kementerian Sains dan
Teknologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain lagi. Misalnya program
bersama Petronas dan syarikat GLC yang lain, iaitu "Leadership Development",
penilaian perisian pembelajaran oleh Multimedia Development Corporation (MDEC)
yang digunakan oleh KPM, Environmental Citizenship: Emerging Perpective in
Malaysia dan perlantikan seorang pensyarah Fakulti sebagai Felo di Petrosains,
Petronas.
Fakulti Pendidikan juga telah menjalankan aktiviti khidmat masyarakat yang
melibatkan kerjasama daripada pensyarah-pensyarah dan pelajar Fakulti
Pendidikan seperti Projek Menara Gading Yayasan Istana Abdul Aziz, Program
Briged Bencana Alam UKM (Kampung Angkat Kundang Hulu, Pagoh, Johor) dan Kem
Eksplorasi Sains. Program ini telah berjaya menggerakkan kolaborasi antara Fakulti
dengan masyarakat luar di samping memberi peluang kepada pensyarah dan
pelajar Fakulti Pendidikan menabur bakti kepada masyarakat.
51 Peneraju Pendidikan Berkualiti
Melalui program Menara Gading, Yayasan Istana Abdul Aziz Pahang telah
menganugerahkan Dana Endowmen Tengku Ampuan Afzan (DETAA) sebanyak RM1
juta untuk aktiviti khidmat masyarakat (Laporan Tahunan 2007). Penganugerahan
Dana Endownmen ini membolehkan Fakulti menjalankan berbagai-bagai aktiviti
kemasyarakatan seperti penganjuran seminar dan bengkel untuk pelajar dan guru.
Beberapa orang felo dari luar negara telah di bawah ke Fakulti menggunakan dana
endowmen. Mereka membantu mengendalikan beberapa bengkel seperti Bengkel
Pendidikan Inklusif dan Bengkel Pendidikan untuk Pelajar Pelbagai Kecacatan.
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Majlis Pelancaran Buku, RCISEN 2009
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 52
Projek OPKIM di Pos Betau, 2011
Kerjasama antara Fakulti Pendidikan dengan KPM dan Kementerian Pengajian
Tinggi sentiasa terjalin erat sejak sekian lama. Pensyarah-pensyarah daripada
Fakulti Pendidikan telah dilantik sebagai penasihat dan pakar runding dengan
menganggotai jawatankuasa di peringkat Kementerian, Jabatan, negeri dan daerah.
Antaranya ialah Jawatankuasa Penggubalan Kurikulum, Pelaksanaan Penilaian
Berasaskan Sekolah, Pelan Stategik Pendidikan Negara dan lain-lain lagi. Selain
berkongsi kepakaran, penglibatan pensyarah Fakulti membolehkan mereka
membina jaringan dengan pertubuhan dan institusi lain. Pendedahan kepada
institusi lain dapat memberikan maklumat kepada Fakulti tentang pengaplikasian
ilmu pendidikan dalam pelbagai aspek kehidupan secara multidisiplin.
Pensyarah Fakulti Pendidikan juga bergiat aktif dengan menganggotai pelbagai jenis
pertubuhan dan persatuan masyarakat dan profesional di dalam dan luar negara.
53 Peneraju Pendidikan Berkualiti
Antaranya ialah Persatuan Kaunseling Malaysia (PEKAMA), Persatuan Pendidik
Pendidikan Khas Malaysia, National Association of Gifted Children Malaysia
(NAGCM), Persatuan Linguistik Malaysia, Persatuan Pendidikan Malaysia, Persatuan
Sokongan Keluarga Sumber Autisma, US Council of Exceptional Children dan lain-
lain lagi. Mereka juga turut dilantik memegang jawatan esekutif dalam persatuan
dan pertubuhan yang dianggotai.
Fakulti Pendidikan mempunyai beberapa tokoh yang bergiat cergas di peringkat
kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa. Antaranya ialah Prof. Dato’ Dr.
Zalizan Mohd. Jelas yang merupakan tokoh dalam mengembangkan ilmu
Pendidikan Khas di Malaysia telah dilantik sebagai ‘International Consultant’ untuk
pendidikan khas ke Mongolia dan Pakistan. Prof. Datin Dr. Amla Mohd Salleh pula
telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia yang pertama pada tahun
1998-2000. Perjuangan menubuhkan Akta Kaunselor telah berjaya menghasilkan
piawai Latihan Kaunselor Malaysia yang kini diguna pakai dan menjadi panduan
kepada semua Program Pengajian Profesional Kaunselor di Malaysia. Akta ini telah
digazet pada tahun 2000 di mana Lembaga Kaunselor Malaysia diberi kuasa
mengawal selia standard amalan dan latihan kaunseling di Malaysia.
Selain terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan, pensyarah Fakulti juga bergiat aktif
dalam bidang keagamaan. Prof. Madya Dato’ Dr. Abd. Halim Tamuri merupakan
Presiden Persatuan Intelektual Muslim Malaysia, Ahli Majlis Agama Islam Selangor,
Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, dan pemegang Amanah dan senior fellowship,
The Islamic Academic Cambridge, United Kingdom. Kepakaran yang dimiliki oleh
pensyarah Fakulti telah mendapat perhatian masyarakat dan khidmat mereka
diperlukan untuk terus berbakti.
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 54
Di peringkat Universiti, ahli Fakulti Pendidikan diberi kepercayaan memegang
pelbagai jawatan pentadbiran, terutamanya berkaitan dengan perkembangan
pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh
pensyarah Fakulti menarik perhatian pihak pengurusan universiti untuk melantik
ramai pensyarah Fakulti Pendidikan memegang jawatan pentadbiran di luar Fakulti.
Jadual 2.5 berikut ialah senarai pensyarah yang pernah dan sedang memegang
beberapa jawatan pentadbiran di peringkat Universiti.
Jadual 2.5. Senarai pensyarah yang pernah dan sedang memegang beberapa jawatan di peringkat universiti
Nama Jawatan Dari Hingga
En. Anuar Ahmad • Pengetua Unit Perumahan Pelajar • Timbalan Pengarah: Pusat
Akreditasi Kokurikulum • Pengetua: Unit Perumahan
Pelajar • Pengarah: Pusat Pelajar
Antarabangsa
01/02/2005 15/09/2009 01/01/2011 01/03/2011
31/12/2010 31/12/2010 28/02/2014 28/02/2014
Dr. Jamaluddin Hj. Badusah
• Pengetua: Unit Perumahan Pelajar
• Ketua:Pusat Kokurikulum • Pengarah: Pusat Ko-Kurikulum • Ketua Pengurusan Kualiti: Pusat
Akreditasi Kokurikulum
27/05/2003 01/07/2005 01/01/2006 01/08/2007
31/08/2005 31/12/2005 10/05/2007 22/01/2009
Prof. Madya Dr. Kamisah Osman
• Timbalan Pengarah: Pusat Pembangunan Akademik
01/01/2011 31/12/2013
Dr. Kamarulzaman Abdul Ghani
• Felo Bersekutu: Institut Kajian Rantau Asia Barat
07/02/2010 06/02/2013
Prof. Madya Dr. Effandi Zakaria
• Penyelaras Program: Pusat Kembangan Pendidikan
01/05/2005 31/10/2007
55 Peneraju Pendidikan Berkualiti
Dr. Hamidah Yamat • Penyelaras Program: Pusat Permata Pintar Negara
01/10/2009 31/12/2010
Prof. Dr. Lilia Halim • Timbalan Pengarah: Pusat Pembangunan Akademik
21/12/2009 31/12/2010
Dr. Maimun Aqsha Lubis
• Timbalan Pengetua: Unit Perumahan Pelajar
01/11/2008 08/05/2011
Dr. Melor Md Yunus • Penyelaras Program: Pusat Kembangan Pendidikan
• Penyelaras Program: Pusat Permata Pintar Negara
• Timbalan Pengarah: Pusat Permata Pintar Negara
01/04/2008 01/10/2009 01/01/2011
30/09/2009 31/12/2010 31/12/2013
Prof. Dr. Mohamed Amin Embi
• Timbalan Pengarah: Pusat Pembangunan Akademik
01/06/2007 31/05/2012
Prof. Datin Dr. Siti Rahayah Ariffin
• Ketua Bahagian: Pusat Pembangunan Akademik
• Timbalan Pengarah: Pusat Pembangunan Akademik
• Felo Utama Bersekutu : Pusat Pembangunan Akademik
01/11/2001 01/02/2005 12/10/2010
31/01/2005 30/09/2007 11/10/2013
Dr. Rosadah Abd Majid
• Timbalan Pengarah: Pusat Pembangunan Akademik
• Penyelaras Program: Pusat Permata Pintar Negara
• Timbalan Ketua: Pusat Permata Pintar Negara
15/03/2008 15/08/2009 01/10/2009
14/08/2009 30/09/2009 30/12/2010
Dr. Salleh Amat
• Timbalan Pengarah: Pusat Pembangunan Akademik
01/03/2008 28/02/2013
Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin
• Penyelaras Program: Pusat Permata Pintar Negara
• Ketua: Pusat Permata Pintar Negara
01/10/2009 01/01/2011
31/12/2010 31/12/2013
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 56
En. Safani Bari
• Pengetua: Unit Perumahan Pelajar
01/01/2006 31/12/2007
Prof. Madya Dr. Saemah Rahmah
• Penyelaras Program: Pusat Pembangunan Mahasiswa
01/04/2006 30/09/2006
Prof. Madya Dr. Noriah Mohd Ishak
• Timbalan Pengarah: Pusat Akreditasi Kurikulum
• Ketua : Pusat Permata Pintar Negara
• Pengarah : Pusat Permata Pintar Negara
01/08/2007 22/06/2009 01/01/2010
30/09/2006 31/12/2009 31/12/2012
Dr. Mohd Arif Ismail • Penyelaras Program : Pusat Ko-Kurikulum
• Penyelaras Program : Pusat Akreditasi Ko-Kurikulum
• Timbalan Pengarah : Pusat Akreditasi Ko-Kurikulum
• Ketua : Pusat Permata Pintar Negara
15/06/2005 01/04/2008 15/09/2009 01/04/2011
30/06/2006 14/09/2009 28/02/2011 31/03/2014
Prof. Madya Dr. Muhammad Hussin
• Pengetua : Unit Perumahan Pelajar
01/01/2001 31/08/2008
Prof. Madya Dr. Nooreiny Maarof
• Penyelaras : Pusat Pengajian Siswazah
01/11/1999 31/10/2002
Prof. Madya Dr. Norasmah Othman
• Penyelaras Program : Pusat Pembangunan Mahasiswa
01/04/2006 31/08/2007
Pn. Rozlina Tan Abdullah
• Penyelaras Program : Pusat Akreditasi Kokurikulum
• Penyelaras : Pusat Permata Pintar Negara
01/07/2006 01/01/2011
30/06/2010 31/12/2013
Dr. Tajul Arifin Muhamad
• Timbalan Pengetua : Unit Perumahan Pelajar
• Pengetua : Unit Perumahan Pelajar
• Pengarah : Pusat Sukan
01/03/2005 01/09/2008 15/12/2010
31/08/2008 31/01/2011 14/12/2013
57 Peneraju Pendidikan Berkualiti
En. Mohd Jasmy Abd. Rahman
• Penyelaras Program : Pusat Ko-Kurikulum
• Penyelaras Program : Pusat Akreditasi Kokurikulum
• Webmaster : Pusat Akreditasi Kokurikulum
01/07/2004 01/02/2010 01/08/2011
30/06/2006 30/6/2011 31/07/2014
Dr. Ruslin Amir
• Pengetua : Unit Perumahan Pelajar
01/01/2005 19/02/2013
Anugerah dan Penghargaan
Ahli Fakulti bukan sahaja aktif menjalankan penyelidikan, tetapi juga berperanan
menyebar dan berkongsi hasil penyelidikan dengan ahli masyarakat yang lain.
Selain penyebaran melalui bengkel, seminar dan penerbitan, penyelidik daripada
fakulti juga menyertai beberapa pertandingan penyelidikan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Antara hasil penyelidikan ahli Fakulti ialah
ExplorasiTM , WEBEASRTM, MyGSITM, METAKUTM, e-SuaraTM, e-MilesTM, e-MyMicaTM
.
Produk-produk tersebut telah dipamerkan dan dipertandingkan di pelbagai
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara pameran penyelidikan yang
disertai oleh penyelidik daripada Fakulti ialah International Invention, Innovation
and Technology Exhibition (ITEX), Malaysian Technological Exhibition (MTE),
Pertandingan Penyelidikan Serantau 2009, Pameran Reka Cipta Antarabangsa Seoul
(SIIF) 2004, 34th International Exhibition of Invention New Techniques and Products,
Geneva, 2006 dan Ekspo Penyelidikan dan Inovasi UKM. Penyertaan penyelidik dari
Fakulti Pendidikan telah membuahkan kejayaan yang cemerlang dan telah
melonjakkan nama Fakulti dan Universiti di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 58
Ekspo Pemacuan Kegemilangan Warisan Ilmu (DECTAR), 2011
Prof. Dr. Mohamed Amin Embi antara pensyarah Fakulti Pendidikan yang aktif
menjalankan pelbagai penyelidikan berkaitan pembangunan program e-
Pembelajaran untuk kemudahan pelajar dan pensyarah UKM. Prof Dr. Mohamed
Amin Embi telah dianugerahkan Anugerah Tokoh Akademik Negara oleh Perdana
Menteri Malaysia pada tahun 2009. Anugerah yang diterima merupakan
pengiktirafan terhadap usaha penyelidikan yang beliau jalankan dan menjadi
kebanggaan kepada Fakulti Pendidikan khasnya dan Universiti amnya.
Kepakaran dan minat pensyarah Fakulti dalam memberikan khidmat dan
sumbangan dalam masyarakat telah mendapat penghargaan dan pengiktirafan
daripada pelbagai pihak. Beberapa orang pensyarah Fakulti telah dianugerahkan
bintang kebesaran yang membawa gelaran Dato’ seperti Prof. Dr. Zalizan Mohd.
Jelas, Prof. Dr. T. Subahan Merah, Prof. Madya Dr. Norzaini Azman dan Prof. Madya
59 Peneraju Pendidikan Berkualiti
Dr. Abd. Halim Tamuri. Penganugerahan bintang dan darjah kebesaran daripada
beberapa buah kerajaan negeri merupakan satu pengiktirafan terhadap ketokohan
ahli Fakulti khasnya dan Universiti amnya.
Kesimpulan
Fakulti Pendidikan telah berjaya mencapai visi dan misi serta matlamat akan
kewujudannya sebagai sebuah Fakulti yang menerajui pendidikan berkualiti di
Malaysia. Kemampuan dan kebolehan para pensyarah Fakulti Pendidikan dalam
pelbagai bidang kepakaran diakui rakan sepakaran daripada pelbagai institusi
pendidikan di Malaysia. Malahan, kredibiliti, kepakaran, kemahiran dan ilmu
pengetahuan pensyarah Fakulti Pendidikan ini dapat dilihat pada peratusan pelajar
pascasiswazah yang semakin ramai mendaftar melanjutkan pelajaran di Fakulti
Pendidikan UKM. Hal ini membuktikan bahawa Fakulti Pendidikan UKM ialah
sebuah institusi pendidikan yang menjadi peneraju pendidikan berkualiti dalam
bidang pendidikan di Malaysia.
Bahagian 3
LONJAKAN ILMU PENDIDIKAN
61 Lonjakan Ilmu Pendidikan
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 62
Pengenalan
Peranan Fakulti Pendidikan telah berkembang daripada memartabatkan ilmu
pendidikan kepada memperkasakan profesion perguruan dan terakhir sebagai
peneraju pendidikan berkualiti. Fakulti kini terus bergerak ke hadapan untuk
menjamin pendidikan sebagai agenda utama negara. Usaha-usaha kini berfokus ke
arah penerokaan aspek-aspek pendidikan tanpa sempadan. Penyelidikan dan
jaringan merupakan dua kegiatan penting yang diberi perhatian oleh Fakulti dalam
menjangkau ilmu-ilmu baru. Pelan Strategik Fakulti Pendidikan telah dibina sebagai
garis panduan kepada perkembangan masa depan.
Perkembangan Bidang Pendidikan
Bidang pendidikan merupakan antara bidang yang pesat berkembang di Malaysia.
Pelbagai polisi pendidikan telah diwujudkan sejak kemerdekaan negara untuk
menjamin kesejahteraan rakyat. Sehubungan itu Fakulti Pendidikan berperanan
bergerak seiring dengan pelbagai perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan
maupun aspek kehidupan yang lain.
NKRA (National Key Results Index) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara yang
diumumkan pada 2009 menyatakan bahawa salah satu matlamat pencapaian negara
ialah kebolehan mengakses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
63 Lonjakan Ilmu Pendidikan
Matlamat ini menjanjikan peluang pendidikan kepada semua, di mana aspek
kepelbagaian pelajar diberi penekanan dalam arena pendidikan. Fakulti Pendidikan
menyambut baik saranan ini kerana usaha-usaha memperkasa kepelbagaian telah
dibangunkan di Fakulti Pendidikan dengan adanya Pusat Pendidikan Kepelbagaian
Pelajar. Dengan peluang ini, Pusat Kepelbagaian Pelajar dilihat dapat memainkan
peranan yang lebih jitu dalam mengenengahkan isu-isu kepelbagaian pelajar
menerusi penyelidikan dan jangkauan kepada komuniti.
Jangkauan dan Jaringan Penyelidikan
Pemilihan UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan pada tahun 2006, telah
berubah tumpuan dimana aspek penyelidikan di peringkat universiti menjadi agenda
yang sangat penting. Universiti telah meletakkan sistem pengurusan penyelidikan
sebagai amalan berkualiti bertaraf dunia dan berlandaskan piawai yang diiktiraf di
peringkat antarabangsa. Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM
berperanan besar dalam menentukan matlamat ini dicapai. Fakulti Pendidikan
mendokong matlamat tersebut dengan mempergiatkan aktiviti penyelidikan melalui
geran-geran penyelidikan yang dijana dari dalam dan luar Universiti.
Pada tahun 2007, Fakulti Pendidikan berjaya memperolehi sebanyak 27 geran
penyelidikan dengan pembiayaan berjumlah RM2.2 juta (Laporan Tahunan 2007).
Ahli Fakulti mengetuai pelbagai geran penyelidikan seperti penyelidikan sciencefund,
penyelidikan fundamental (FRGS), penyelidikan eksploratori (ERGS), FELDA,
PETRONAS, Eu-Asia Link dan lain-lain lagi. Fakulti Pendidikan merupakan salah
sebuah Fakulti di UKM yang tertinggi dalam bidang Sains Sosial dengan bilangan dan
pembiayaan geran penyelidikan. Penyelidikan yang dijalankan bukan sahaja di
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 64
peringkat Fakulti dan Universiti, tetapi juga dengan kerjasama dari universiti dan
institusi dalam dan luar negara.
Penyelidikan di Fakulti Pendidikan kebanyakannya berada di bawah kelompok
Penyelidikan Transformasi Pendidikan di bawah Nic Cabaran Negara Bangsa. Tujuh
bidang kumpulan penyelidikan yang diterajui dan dianggotai oleh ahli Fakulti ialah:
1. Pembudayaan Sains dan Pembinaan Jati Diri Kebangsaan
2. Pembentukan Identiti Nasional dan Inovasi Pedagogi
3. Polisi dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
4. Kepelbagaian dan Pendidikan Inklusif
5. Komuniti dan Pemupukan Nilai Murni
6. Kelestarian Pendidikan Globalisasi
7. E-Pembelajaran dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Peruntukan yang diperoleh sebagai universiti penyelidikan telah merancakkan lagi
kegiatan penyelidikan dalam kalangan ahli akademik menerusi Geran Universiti
Penyelidikan (GUP) dan Projek Penyelidikan Tindakan Strategik. Pada tahun 2007,
Fakulti Pendidikan telah menerima peruntukan Dana Operasi (OUP) sebanyak
RM1,100,000 bagi memperkasakan tujuh tujahan di Fakulti (Laporan Tahunan 2007,
2009).
Dana Operasi (OUP) yang diterima oleh Fakulti membolehkan ahli Fakulti membina
lebih banyak jaringan penyelidikan di peringkat antarabangsa. Kerjasama dengan
universiti dan institusi pendidikan luar negara terbentuk melalui lawatan dan
perjanjian MoU, MoA dan LoI. Antaranya adalah dengan Universiti John Hopkins,
65 Lonjakan Ilmu Pendidikan
Amerika Syarikat serta beberapa buah univeristi di Indonesia seperti Universiti
Dwidejendra, Universiti Negeri Surabaya, Universitas Riau, Universitas Pendidikan
Indonesia dan lain-lain lagi. Kerjasama yang terjalin ini membolehkan Fakulti
mengadakan pelbagai aktiviti seperti pertukaran pensyarah dan pelajar,
menganjurkan seminar dan persidangan bersama serta menjalani latihan yang
dianjurkan di universiti berkenaan. Misalnya Program Mobiliti Pelajar ke luar negara
dan penganjuran Seminar Serantau UKM-UNRI. Seminar Serantau UKM-UNRI telah
berjaya diadakan setiap dua tahun sekali dengan penglibatan pensyarah dan pelajar
daripada kedua-dua universiti ini.
Pusat-Pusat Kecemerlangan
Pusat kecemerlangan bertujuan mengenengahkan kepakaran yang ada dalam
sesebuah fakulti yang diketengahkan melalui kegiatan penyelidikan. Pada waktu ini,
terdapat dua pusat kecemerlangan di Fakulti Pendidikan, iaitu Pusat Kepelbagaian
Pelajar dan Pusat Penilaian.
Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar
Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar ditubuhkan pada tahun 2003 bertujuan
memahami dan mengadvokasikan isu-isu kepelbagaian pelajar. Kepelbagaian yang
dimaksudkan ialah ciri-ciri psikososial, fizikal, dan kebolehan pelajar yang memberi
impak kepada proses pengjaran dan pembelajaran. Prof. Dr. Zuria Mahmud telah
dilantik sebagai Ketua Pusat yang pertama, diikuti oleh Prof. Puan Sri Dr. Rohaty
Mohd Majzub, Prof. Dr. Ramlee Mustapha dan kini diketuai oleh Prof. Datin Dr. Amla
Mohd Salleh. Dengan mempunyai bangunannya sendiri, kini Pusat Pendidikan
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 66
Kepelbagaian Pelajar dilengkapi kemudahan sebuah bilik mesyuarat, bilik-bilik
pensyarah dan felo pelawat, bilik pembelajaran kendiri dan ruang pejabat.
Kemudahan ini digunakan oleh pensyarah dan pelajar mengadakan perbincangan,
mesyuarat dan penganjuran bengkel.
Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar telah memainkan peranan yang penting
untuk menyokong aktiviti Fakulti dengan menjalankan pelbagai kegiatan keilmuan.
Antaranya ialah menjana kewangan untuk menjalankan penyelidikan, mengadakan
kursus, bengkel dan seminar serta aktiviti penerbitan. Geran penyelidikan telah
diperoleh dari FELDA, PETRONAS, dan UNICEF, serta Negara Jepun. Beberapa orang
professor dan felo pelawat telah dibawa oleh pusat seperti Dr. Margerat Wu dari
Universiti Melbourne, Australia; Prof. Madya Emeritus Miriam Skjorten dari
Universiti Oslo, Norway; Prof Dr. Jack Keating dari Universiti Melbourne, Australia
dan Prof. Madya Dr. Mina Hattori dari Universiti Nagoya, Jepun. Kehadiran felo
pelawat ini menyemarakkan lagi aktiviti Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar di
mana mereka telah mengadakan beberapa siri syarahan, bengkel, kursus serta
perbincangan dengan pensyarah dan pelajar di Fakulti (Laporan Tahunan Fakulti
Pendidikan 2009).
Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar telah berjaya melancarkan penerbitan
International Journal for Learner Diversity dan sebuah buku Education for Diverse
Learners. Selain itu penganjuran International Conference on Education of Learner
Diversity (ICELD) yang diadakan dua tahun sekali, iaitu bermula pada tahun 2008,
telah berjaya membawa peserta dan pembentang kertas kerja untuk
membincangkan isu-isu berkaitan kepelbagaian pelajar. Kertas kerja yang
dibentangkan dalam seminar tersebut telah diterbitkan dalam bentuk prosiding.
67 Lonjakan Ilmu Pendidikan
Penerbitan prosiding, jurnal dan buku di Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar telah
menaikkan key performance indexs (KPI) Fakulti khususnya dan UKM amnya.
Makmal Pembelajaran Autisma
Makmal Pembelajaran Autisma telah ditubuhkan di Fakulti melalui dana daripada
Geran Universiti Penyelidikan (GUP) yang diketuai oleh Dr. Hasnah Toran berjumlah
RM310,240.00. Makmal ini mula beroperasi pada Januari 2009, dengan fokus utama
penyelidikan bertajuk ‘Mereka bentuk dan membangunkan modul untuk mendidik
kanak-kanak autis’. Makmal ini telah ditempatkan di bangunan kantin Fakulti yang
tidak lagi beroperasi dengan bilangan pelajar autisma seramai 18 orang. Pelajar ini
dikendalikan oleh lima orang guru (pembantu penyelidik) dan empat orang
pembantu guru.
Tumpuan penyelidikan adalah untuk mengkaji kaedah-kaedah terkini dan efektif
dalam mendidik kanak-kanak autis. Selain itu, pihak makmal juga membuka peluang
kepada pelajar-pelajar program Pendidikan Khas (Fakulti Pendidikan) untuk
menjalani Latihan Mengajar secara mingguan. Oleh kerana dana GUP yang diterima
telah pun tamat tempoh penyelidikkannya pada tahun 2010, Tabung Amanah
Makmal Penyelidikan dan Latihan Kanak-Kanak Istimewa UKM telah dilancarkan
untuk mengumpul sumbangan dan derma daripada orang ramai bagi menjayakan
aktiviti penyelidikan, latihan dan perkhidmatan untuk kanak-kanak istimewa.
Selain menjalankan penyelidikan, Makmal Pembelajaran Austisma yang diketui Dr.
Hasnah Toran juga menjalankan beberapa aktiviti berkaitan seperti penganjuran
bengkel berkaitan autisma seperti Bengkel Bulan Kesedaran Autisma: Menangani Isu
Tingkah Laku di Kalangan Kanak-Kanak Autis telah diadakan pada 25 Februari 2009
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 68
dan Bengkel Kesedaran Autisma: Structured Teaching “A practical Approach to Teach
Children with Autism in a Classroom Setting” pada 2 Ogos 2009. Bersesuaian dengan
status sebagai entiti berasaskan penyelidikan, sehingga kini pihak makmal telah
berjaya menghasilkan satu naskah buku, satu artikel dan tujuh prosiding. Selain itu,
pada tahun 2011, guru-guru makmal telah diberi tanggungjawab untuk melatih
penyelia-penyelia Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) melalui Program Latihan
Penyelia-Penyelia PDK seluruh Malaysia. Pihak makmal juga sering menerima
lawatan daripada Unit-Unit Pendidikan Khas, yang ingin melihat dengan lebih dekat
bagaimana proses pembelajaran di makmal dijalankan.
Majlis Makan Malam Amal Autisma pada tahun 2011
Tadika Tunas Permata
69 Lonjakan Ilmu Pendidikan
Tunas Permata UKM (asalnya Taman Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak UKM) diletak
dibawah pengurusan Fakulti Pendidikan pada tahun 2009. Visi Tunas Permata ialah
untuk menjadi pusat rujukan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Tunas
Permata menyediakan program pendidikan awal yang menyeluruh dan bersepadu
supaya setiap kanak-kanak mempunyai asas yang kukuh untuk perkembangan dan
pembelajaran seterusnya. Kakitangan Tunas Permata adalah seramai 20 orang
diketuai oleh Pn. Hazlina Mohd. Haris. Ahli jawatankuasa Tunas Permata terdiri
daripada professor dan pensyarah Fakulti Pendidikan dan Pengerusi yang pertama
ialah Prof Madya Dr Saemah Rahman.
Aktiviti murid-murid Tunas PERMATA pada tahun 2011
Pusat PERMATApintar Negara
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 70
UKM telah dipilih untuk menjadi pelaksana kepada program PERMATApintar Negara.
Program di bawah nauangan YAB Datin Sri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri
telah diletakkan di bawah pengurusan Fakulti Pendidikan pada peringkat awal
penubuhannya. Pusat ini merupakan perintis kepada pendidikan kanak-kanak pintar
cerdas di Malaysia. Bermula di Fakulti Pendidikan, pusat ini diketuai Prof. Madya Dr.
Noriah Mohd Ishak dengan kerjasama dan bantuan daripada penyarah pakar bidang
pendidikan pintar cerdas seperti Dr. Rosadah dan pensyarah-pensyarah yang lain
serta kakitangan sokongan Fakulti Pendidikan, pusat ini telah dilancarkan secara
rasmi pada 2 Mac 2009 oleh YAB Datin Sri Rosmah Mansor. Pusat PERMATApintar
Negara yang asalnya bertempat di Fakulti kini telah menjadi pusat tersendiri dan
berpindah ke bangunan sendiri di Sekolah PERMATApintar. Sekolah ini telah
memulakan sesi persekolahan pada tahun 2011 dengan kemudahan infrastruktur
yang lengkap dan terkini.
Pendidikan Multidisiplin
Sistem pendidikan negara kini bermatlamat melahirkan generasi muda Malaysia
yang berilmu, kreatif, berinovasi, berciri nilai murni seta mampu bersaing di persada
internasional dan berhadapan cabaran mendatang. Fakulti Pendidikan berperanan
besar sebagai ‘gate keeper’ yang menyediakan pendidik yang beriltizam, anjal dan
berinovasi. Pada tahun-tahun sebelum ini, tumpuan hanya diberikan kepada latihan
guru di peringkat sistem persekolahan, iaitu prasekolah, sekolah rendah dan sekolah
menengah. Fakulti Pendidikan telah mula meneroka pelbagai latar (setting) yang
amat memerlukan input pendidikan. Fakulti Pendidikan berkemampuan
mengendalikan program-program berbentuk multidisiplin. Misalnya, Program
Pendidikan Perubatan dengan Fakulti Perubatan. Pada masa hadapan, Fakulti
71 Lonjakan Ilmu Pendidikan
Pendidikan akan terus bergerak kepada penawaran lebih banyak kursus multidisiplin
dan program-program ‘training of trainers’ kepada industri.
Pendidikan Sepanjang Hayat
Selain penawaran program-program akademik di Fakulti Pendidikan sendiri, Fakulti
bersedia ke arah menawarkan program-program pembelajaran sepanjang hayat
seperti program Diploma, Sarjana, dan Doktor Falsafah Pengajaran dan
Pembelajaran, dengan kerjasama Pusat Pembangunan Akademik UKM. Program ini
dirancang agar dapat diikuti oleh semua individu yang ingin memperoleh kemahiran
ilmu pendidik di peringkat pengajian tinggi.
Pelan Strategik Fakulti Pendidikan
Pelan Strategik UKM 2000-2020 yang dilancarkan oleh universiti merupakan pelan
tindakan yang memandu UKM dan Fakulti dalam menghadapi perkembangan baru
dan perubahan semasa. Antara lain Pelan Strategik ini bertujuan untuk memudah
cara dan menyokong pembangunan perancangan dan pengurusan strategik dalaman
UKM termasuk menggubal KPI bagi membantu pihak pengurusan tertinggi Universiti
dalam pemantauan, membuat keputusan, perancangan bagi jangka pendek dan
jangka panjang. Selain itu, pelan strategik UKM juga memberi penekanan kepada
aspek penyelidikan dan penyelarasan sistem maklumat di peringkat universiti.
Fakulti Pendidikan telah mengadakan beberapa siri perbincangan pelan strategik
dan yang terakhir diadakan pada bulan Februari 2011. Perbincangan ini dijalankan
di peringkat pengurusan dan ahli Fakulti dalam membuat perancangan untuk
memenuhi KPI yang ditetapkan oleh universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 72
Fakulti Pendidikan telah memenuhi beberapa aspek-aspek yang dicadangkan bagi
sebuah Fakulti di universiti penyelidikan. Bagaimanapun, masih terdapat ruang
untuk penambahbaikan dan peningkatan. Oleh itu, penetapan telah dibuat ke atas
beberapa objektif yang perlu dicapai oleh Fakulti.
Bengkel Pelan Strategik Fakulti Pendidikan pada tahun 2011
Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, Fakulti akan memastikan hasilan
pembelajaran yang seimbang dan menyeluruh daripada program pengajian yang
ditawarkan. Selain itu, Fakulti perlu terus melaksanakan penandaarasan dengan
universiti terkemuka untuk memantapkan progam akademik yang ditawarkan dan
penyelidikan yang dijalankan. Pada masa yang sama, Fakulti perlu memastikan
pelajar antarabangsa yang diterima ke Fakulti ialah pelajar yang berkualiti kerana
73 Lonjakan Ilmu Pendidikan
pada masa ini kemasukan pelajar antarabangsa semakin meningkat bilangannya.
Oleh kerana pertambahan pelajar siswazah yang bertambah dan pengurangan
pelajar prasiswazah, fokus Fakulti pada masa-masa akan datang adalah kepada
pelajar siswazah. Fakulti perlu meningkatkan keupayaan pelajar siswazah dalam
aspek penyelidikan, penerbitan, kemahiran insaniah dan profesional.
Selaras dengan penerapan budaya penyelidikan dan penerbitan yang telah
diasaskan, Fakulti Pendidikan sentiasa berusaha menambah kuantiti dan kualiti
penyelidikan. Penyelidik di Fakulti perlu berusaha mendapatkan pengiktirafan di
peringkat antarabangsa, serta mendapatkan pendaftaran harta intelek bagi hasil
penyelidikan mereka. Selain itu, ahli-ahli Fakulti perlu berusaha keras untuk
meningkatkan penerbitan dalam jurnal terindeks.
Pelunjuran pengambilan pelajar yang diadakan menunjukkan Fakulti Pendidikan
sentiasa meningkatkan bilangan pelajar, terutamanya pelajar siswazah. Oleh itu,
Fakulti perlu memberi perhatian kepada nisbah pensyarah dan pelajar yang
bersesuaian agar mengekalkan proses interaksi pembelajaran yang berkesan.
Pengambilan pensyarah dalam pelbagai bidang dapat memperkukuhkan bidang
pengajaran dan penyelidikan di Fakulti. Fakulti juga perlu berupaya menarik minat
kepakaran luar dengan meningkatkan bilangan professor pelawat dan felo pasca
doktoral. Peranan malim sarjana perlu dimantapkan agar dapat membawa Fakulti
ke tahap yang gemilang. Pada masa yang sama Fakulti akan meningkatkan
pengetahuan etika dan amalan cemerlang dalam kalangan ahli akademik. Perhatian
juga perlu diberi kepada usaha meningkatkan kepuasan kerja dan kehidupan
personal tenaga akademik.
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 74
Untuk memacu Fakulti kepada tahap yang diinginkan, amatlah penting kepimpinan
Fakulti diterajui oleh mereka yang berwibawa. Semoga Fakulti dapat mengekalkan
kepimpinan yang mampu mengadakan percambahan daya kreatif dan inovatif.
Selain itu, kepimpinan Fakulti perlulah sentiasa memahami situasi dan kehendak
serta responsif kepada keperluan masakini dan masa depan. Kepimpinan perlu
sentiasa mensejajarkan misi, visi dan tindakan Fakulti dengan dasar-dasar universiti.
Selain itu, tindakan perlu dilakukan untuk menyediakan pemimpin pelapis yang akan
memastikan kesinambungan dinamik Fakulti Pendidikan pada masa akan datang.
Bengkel Penstrukturan Semula Fakulti Pendidikan, 2011
Penutup
Perkembangan dan evolusi Fakulti Pendidikan telah dikisahkan dalam tiga bahagian.
Bahagian 1 ialah fasa perjuangan memertabatkan ilmu pendidikan, diikuti oleh
75 Lonjakan Ilmu Pendidikan
Bahagian 2 tentang fasa peneraju profesion pendidikan, dan Bahagian 3 tentang
fasa lonjakan ilmu pendidikan. Dalam setiap fasa, Fakulti telah melalui berbagai-
bagai onak dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran yang perlu ditangani
dengan bijak. Setelah hampir 40 tahun kewujudannya, segala usaha Fakulti telah
membuahkan hasil apabila Fakulti Pendidikan dapat bersama-sama menyumbang
dengan fakulti lain dalam melonjakkan UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan.
Sebagai persediaan untuk melonjok lebih jauh pada masa depan, komitmen yang jitu
amatlah diperlukan daripada ahli Fakulti. Dalam memastikan Fakulti Pendidikan
menjadi institusi yang disegani dalam dunia pendidikan di peringkat kebangsaan dan
global.
Memartabatkan profesion perguruan langkah dimula
Meneraju pendidikan berkualiti aspirasi warga
Tekad, usaha dan keyakinan warga baru dan lama
Mendokong agenda perjuangan pendidikan negara.
Pengisahan Fakulti lama dirancang
Bahan pembuktian kewujudan Fakulti
Semoga Fakulti Pendidikan terus cemerlang
Merealisasikan harapan citra dan visi Universiti.
Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011 76
RUJUKAN
Abdullah Mohd Noor, Jamaluddin Badushah & Mohd Jasmy Abd Rahman (pnyt).
1999. Buku Panduan Pascasiswazah Sesi 1999-2001. Bangi: Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dokumen Pangkalan Data Program Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian
(Pengurusan Pendidikan). 2011. Audit Penilaian Program Pengajian Mengikut
Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) Agensi Kelayakan Malaysia. Bangi:
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fakulti Pendidikan: Laporan Tahunan 2007. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fakulti Pendidikan: Laporan Tahunan 2008. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fakulti Pendidikan: Laporan Tahunan 2009. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fakulti Pendidikan: Program Pengajian Siswazah. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Hassan Langgulung, Abd. Rasid Johar, Mohd Amir Sharifuddin Hashim & Faridah
Karim (pnyt). 1977. Jurnal Pendidikan. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Panduan Fakulti Pendidikan Sesi 1990/1991. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Panduan Fakulti Pendidikan Sesi 1991/1992. Bangi; Universiti Kebangsaan Malaysia.
Panduan Fakulti Pendidikan Sesi 1992/93. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Panduan Fakulti Pendidikan Sesi 1994/95. Bangi; Universiti Kebangsaan Malaysia.
Panduan Fakulti Pendidikan Sesi 97/98. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Panduan Pengajian Siswazah Sesi Akademik 2006-2007. Bangi: Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
77 Pengisahan Fakulti Pendidikan UKM 1972-2011
Panduan Pengajian Siswazah Sesi Akademik 2009-2010. Bangi: Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2003-2004. Bangi: Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2005-2006. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Panduan Pusat Pendidikan Sesi 1986/87. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Panduan Siswazah Fakulti Pendidikan 1990/1991. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Panduan Siswazah Sesi Akademik 2005-2006. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Panduan Siswazah Sesi Akademik 2007-2008. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Panduan Siswazah Sesi Akademik 2009-2010. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Panduan Siswazah Sesi Akademik 2010-2011. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Pembangunan Pendidikan 2001-2010: Perancangan Bersepadu Penjana
kecemerlangan Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Wajah-Wajah Gemilang. 2010. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Zamri Mohamod, Jamil Ahmad & Saemah Rahman (pnyt). 2010. Program Mobiliti
Latihan Mengajar Di Luar Negara: Satu Perkongsian. Bangi: Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.