penghargaan

2

Click here to load reader

Upload: miz-aelyfha

Post on 25-Jul-2015

36 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Selawat serta salam ke atas

junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya yang suci serta para

sahabat baginda yang terpilih. Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat

Ilahi kerana keizinan, rahmat dan hidayat-Nya membolehkan saya menamatkan program

Latihan Mengajar di Politeknik Melaka, Melaka ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pn Rashidah Binti Mustapa,

Pengarah Politeknik Melaka atas kesudian beliau menerima saya sebagai pensyarah pelatih.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Ketua Jabatan

Kejuruteraan Elektrik, En Sulaiman Bin Subari atas kerjasama yang diberikan sepanjang

latihan mengajar ini. Pembimbing yang dihormati Pn Afrezayu Binti Johari yang banyak

membantu dan bersabar dalam memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menguruskan kelas

untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah dan pelajar yang telah memberi

kerjasama yang baik dengan saya sepanjang tempoh latihan.

Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Hj Ashari Bin Sikor, Penyelaras

Latihan Mengajar Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) yang telah bertungkus-lumus

membantu menjayakan program Latihan Mengajar ini bagi memastikan kelancaran sepanjang

program, dan tidak lupa juga kepada Pn Yusmarwati Binti Yusof , penyelia latihan mengajar

atas nasihat yang telah diberikan.

Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada semua ahli keluarga

saya terutamanya kepada ayah dan ibu saya, Saring Bin Wongso dan Siti Binti Hj Ismail yang

telah banyak memberi galakan dan dorongan. Demikian juga kepada rakan-rakan

seperjuangan terutamanya pelatih Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang telah sama-sama

mengharungi pelbagai cabaran semasa mengikuti latihan mengajar ini. Kepada semua yang

terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya sepanjang

Page 2: PENGHARGAAN

tempoh latihan mengajar, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga sumbangan

mereka mendapat ganjaran daripada Allah SWT.