penggunaan internet di kalangan pelajar tahun 4 … · penggunaan internet di kalangan pelajar...
TRANSCRIPT
PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 PENDIDIKAN
TEKNIK DAN VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA.
FAIRUS BIN ROHINI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
I
PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 PENDIDIKAN
TEKNIK DAN VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA.
FAIRUS BIN ROHINI
Tesis ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan ( Mekanikal )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mac 2004
II
III
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah dan lagi maha menyayangi,
bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnianya dalam memberi kekuatan
dan ketabahan serta kesihatan luar dan dalam bagi insan yang lemah ini
sehingga dapat menyempurnakan laporan projek ini dengan jayanya.
Untuk ayahanda dan ibunda tersayang:
Rohini Bin Bamol dan Asiah Binti Abdul Hamid
Ahli keluargaku:
Kekandaku Norazizah sekeluarga, Kekandaku Noraniza sekeluarga,
Kekandaku Norliza sekeluarga dan Kekandaku Rahmat sekeluarga.
Serta:
Rakan-rakan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Bahru.
Sokongan dan dorongan yang telah kalian berikan selama ini adalah
amat bermakna buatku, dan kejayaanku adalah dari berkat doa dan restu dari
kalian.
Semoga Allah yang maha kuasa memberkati dan membalas segala budi
dan jasa baik kalian.
IV
PENGHARGAAN
Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah, rahmat dan
keizinannya maka kajian ini dapat disempurnakan.
Di sini saya merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada Encik Johari Bin Hassan, selaku penyelia bagi kajian ini yang telah banyak
mengorbankan masa beliau dalam memberi bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan galakan
kepada saya dalam menjayakan kajian ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah meluangkan
masa mereka bagi memberikan kerjasama dalam menjayakan kajian ini. Terima kasih di
atas sumbangan.
Terima kasih juga kepada pihak-pihak yang telah sama-sama terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini. Terima kasih
semua.
V
ABSTRAK
Semenjak penubuhan MSC di Malaysia, perkembangan teknologi berasaskan
Teknologi Maklumat telah membangun dengan pesatnya. Pihak kerajaan juga telah
memperkenalkan teknologi ke seluruh pusat-pusat pengajian supaya ia dapat
dimanfaatkan sepenuhnya. Internet memberikan perantauan tanpa batasan bagi setiap
penggunanya untuk mencari maklumat. Setiap rakyat di Malaysia bahkan di dunia
mampu menerokai internet pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada selagi
mereka mempunyai modem dan talian internet. Penyelidik telah menjalankan satu kajian
mengenai penggunaan internet di kalangan pelajar tahun empat pendidikan teknik dan
vokasional, fakulti pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Objektif kajian ini
adalah untuk melihat kekerapan penggunaan internet, bentuk penggunaan internet serta
sejauh mana pelajar-pelajar mengetahui etika dan undang-undang penggunaan internet
dan adakah mereka mematuhi etika dan undang-undang penggunaan internet. Populasi
bagi kajian adalah seramai 114 orang pelajar. Pengkaji memilih 80 peratus bilangan
pelajar dari setiap kursus sebagai responden. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak
mudah. Data diperoleh menggunakan soal selidik dan temu ramah berstruktur. Program
SPSS telah digunakan untuk membuat analisis data bagi mendapatkan nilai frekuensi dan
peratusan. Hasil kajian ini menunjukkan pelajar kerap menggunakan internet dan
menggunakan internet untuk mencari maklumat tetapi ramai pelajar yang belum lagi
mengetahui mengenai etika dan undang-undang penggunaan internet. Terdapat segelintir
pelajar yang melanggar etika dan undang-undang penggunaan internet. Masalah utama
yang dihadapi oleh pelajar adalah kurang pendedahan mengenai etika dan undang-undang
penggunaan internet.
VI
ABSTRAK
Since the establishment of MSC in Malaysia, the growth of Information
Technology had developed rapidly. Malaysian government had introduced the technology
through all education centers so it could be fully beneficial. Internet had given the user
unlimited surfing to search for information. Not only Malaysian citizen, but people all
over the world were able to connect to the internet when ever and where ever they wanted
to as long as they have the modem and internet connection. This research was about the
internet usage among the 4th year technique and vocational education students, faculty of
education in Universiti Teknologi Malaysia. The objectives of this research were to
determine the frequency of the internet usage and the different formed of the internet
usage. The researcher was also keen to know the level of the user’s knowledge about the
internet’s usage ethics and law and whether the users really follow the ethics and laws of
the internet usage. The population of this research was 114 students and 80 percent of
them were selected as respondent from every course. The sampling was done randomly
while the collection of the data acquired by using questionnaires and structure interviews.
SPSS programmed was used to analyze the data and presented in the form of frequencies
and percentages. The results showed that the students were using the internet quiet
frequently to search for information while most of them were still blur about the ethics
and laws of internet usage. Unfortunately, the research also found out that there were a
number of students who break the ethics and laws of internet usage. The main point that
causes the problem was lack of exposure about the ethics and laws of internet usage
among the students.
VII
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Tesis
Pengesahan Penyelia
Judul I
Pengakuan II
Dedikasi III
Penghargaan IV
Abstrak V
Abstract VI
Kandungan VII
Senarai Jadual XI
Senarai Lampiran XII
BAB 1 PENDAHULUAN.
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah. 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Penyelidikan. 9
1.6.1 Kepentingan Kepada UTM 10
1.6.2 Kepentingan Kepada FP 10
VIII
1.6.3 Kepentingan Kepada Pensyarah 10
1.6.4 Kepentingan Kepada Pelajar 11
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Definisi Istilah 12
1.8.1 Penggunaan 12
1.8.2 Internet. 12
1.8.3 Pelajar Tahun 4 Pendidikan 12
Teknik Dan Vokasional.
BAB 2 SOROTAN PENULIS
2.1 Pengenalan 13
2.2 Internet 14
2.2.1 World Wide Web (WWW) 15
2.2.2 Elektronik mail (e-mail) 16
2.2.3 File Transfer Protocol (FTP) 16
2.2.4 Telnet 17
2.2.5 Usenet News 17
2.2.6 Internet Relay Chat (IRC) 18
2.3 Etika Penggunaan Internet 18
2.4 Undang-undang Internet 21
2.4.1 Akta Jenayah Komputer 25
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Reka Bentuk Kajian 30
3.3 Responden Kajian 30
3.4 Instrumen Kajian 31
3.4.1 Bahagian A 32
3.4.2 Bahagian B 32
IX
3.5 Kajian Rintis 33
3.6 Penganalisa Kajian 33
3.7 Andaian Kajian 34
BAB 4 KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 35
4.2 Analisa Latar Belakang Responden 36
4.2.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan 37
Mengikut Jantina
4.2.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan 37
Responden Mengikut Kaum
4.2.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan 38
Responden Mengikut Kursus
4.2.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan 38
Responden Mengikut Umur
4.2.5 Tempat Mendapatkan Perkhidmatan 39
Internet
4.2.6 Komputer Peribadi 40
4.2.7 Laman Web yang sering di lawati 40
4.3 Analisa Mengikut Persoalan Kajian 42
4.3.1 Kekerapan Menggunakan 42
Perkhidmatan Internet
4.3.2 Tempoh Masa Menggunakan 43
Internet
4.3.3 Bentuk Penggunaan Internet 44
(item 1 hingga 12)
4.3.4 Pengetahuan Tentang Kod Etika 48
Dan Undang-Undang Internet
X
4.3.5 Etika Penggunaan Internet 49
(item 13 hingga 29)
4.3.5 Undang-Undang Internet 55
(item 30 hingga 39)
4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59
Undang-Undang Internet Di Malaysia
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 60
5.2 Ringkasan Kajian 61
5.3 Perbincangan 62
5.3.1 Kekerapan Penggunaan Internet 63
di Kalangan Pelajar Pendidikan
Teknik dan Vokasional di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia
5.3.2 Bentuk Penggunaan Internet 64
di Kalangan Pelajar Pendidikan Teknik
dan Vokasional di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia
5.3.3 Pengetahuan Mengenai Etika dan 65
Undang-Undang Penggunaan Internet
5.3.4 Kepatuhan Responden Mengenai 66
Etika dan Undang-Undang Penggunaan
Internet
5.4 Rumusan Kajian 69
5.5 Cadangan 70
5.5.1 Kepada Universiti Teknologi Malaysia 70
5.5.2 Kepada Fakulti Pendidikan 70
5.5.3 Kepada Pensyarah 70
XI
5.5.4 Kepada Pelajar 71
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 71
Rujukan
Lampiran
XII
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.2.1 Jadual Taburan Bilangan dan Peratusan 43
Responden Mengikut Jantina
4.2.2 Jadual Taburan Bilangan dan Peratusan 43
Mengikut Kaum.
4.2.3 Jadual Taburan Bilangan dan Peratusan 44
Mengikut Kursus
4.2.4 Jadual Taburan Bilangan dan Peratusan 45
Mengikut Umur
4.2.5 Jadual Mendapatkan Perkhidmatan Internet 45
4.2.6 Jadual Komputer Peribadi 46
4.2.7 Jadual Laman Web Yang Sering Di Lawati 47
4.3.1 Jadual Kekerapan Menggunakan Internet 49
4.3.2 Jadual kekerapan Menggunakan Internet 49
4.3.3 Jadual Tempoh Masa Menggunakan Internet 50
4.3.4 Jadual Bentuk Penggunaan Internet 53
4.3.5 Jadual Pengetahuan Mengenai Kod Etika 54
Penggunaan Internet.
4.3.6 Jadual Pengetahuan Mengenai Undang-Undang 55
Internet.
4.3.7 Jadual Etika Penggunaan Internet 59
4.3.8 Jadual Undang-Undang Internet 63
XIII
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik
B Keputusan Kajian Rintis
Undang-Undang Internet.
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam era Informasi dan Teknologi Maklumat (ICT), kini berlaku beberapa
perubahan dan inovasi dalam sektor pendidikan. Paradigma pembelajaran yang sedia
wujud akibat inovasi- inovasi ini telah mengorak langkah bagi institusi- institusi utama
untuk melihat kembali proses mengakses maklumat dan penyampaiannya di sekolah,
kolej, maktab dan universiti. Institusi- institusi pendidikan bukan lagi merupakan
pengedar tunggal pengetahuan dan proses pembelajaran tidak lagi di batas oleh ruang dan
masa. Persekitaran pembelajaran elektronik yang sedemikian ini adalah berlandaskan
kepada penggunaan Internet. Selaras dengan trend ini juga maka persekitaran
pembelajaran elektronik lebih merupakan penyampaian latihan dan atau pendidikan
melalui Internet. Ini akan membolehkan sesuatu organisasi menggunakan kesempatan ini
sepenuhnya untuk menggunakan kemudahan sedia ada seperti teknologi desktop atau PC
dan rangkaian komputer. Pembelajaran elektronik ini boleh sampai secara terus kepada
komputer pelajar apabila dan di mana diperlukan.
Dalam era Internet penggunaannya semakin tersebar dan kini sebahagian besar
golongan pendidik menggunakan Internet untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat.
Internet bermakna “International networking”. Internet merupakan satu rangkaian
antarabangsa yang merangkaikan beribu-ribu sistem komputer sama ada di rumah,
pejabat, organisasi atau institusi, dengan menggunakan bahasa komputer.
Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh di pecahkan kepada rangkaian
yang lebih kecil. Jaringan elektronik ini menghubungkan manusia dengan manusia lain di
seluruh dunia. Maka Internet merupakan salah satu komponen yang penting di dalam era
ledakan maklumat secara global dan maklumat yang diperoleh adalah tanpa sempadan
kerana Internet menyediakan kemudahan mel elektronik, berita dan perkhidmatan
maklumat pada kos yang rendah. Memandangkan penggunaan Internet kian bertambah
maka dirasakan para golongan pendidik harus peka kepada keperluan ini dan
melengkapkan diri mereka dengan kemahiran ini. Kepentingan Internet tidak dapat
dinafikan dalam era ledakan maklumat ini. Tambahan lagi Internet dapat membolehkan
seseorang individu memperoleh sumber maklumat di hujung jari mereka. Lynch (1998)
menyatakan bahawa kadar kemajuan internet telah merubah kegerhanaan teknologi
sebelum ini. Radio wujud selama 38 tahun sebelum ia dapat mencapai bilangan 50 juta
pendengar dan televisyen mengambil masa 13 tahun untuk mencapai sasaran tersebut.
Tetapi internet melangkau paras tersebut dalam masa 4 tahun sahaja. Dalam tahun 1994,
3 juta orang menggunakan internet dan pada Mac 1998, jumlahnya meningkat kepada
119
juta. Penggunaan internet meningkat 2 kali ganda setiap seratus hari. Drs. Hardjito. M. Si
menyatakan dalam jurnalnya IDC memperkirakan ada 196 juta pengguna Internet di
seluruh dunia sampai akhir tahun 1999, dan diramalkan akan menjadi 502 juta pengguna
pada tahun 2003. Kegiatan berinternet akan bertambah dua kali lipat setiap 100 hari, dan
diperkirakan pada tahun 2005 sebanyak 1 milliar penduduk dunia akan tergabung dan
terhubung satu sama lain melalui jaringan Internet.
Seperti yang kita ketahui, pada masa ini Malaysia mula meningkatkan kemahiran
dalam pengkomputeran dan membangunkan Multimedia Super Corridor(MSC) bagi
merealisasikan ide perdana menteri kita iaitu Y. A. B Dato Seri Dr. Mahathir bin
Mohamad selaras dengan pembangunan pesat teknologi maklumat (IT) di dunia. Ini
adalah supaya Malaysia negara yang sedang membangun tidak jauh ketinggalan dengan
negara maju. Seperti dalam ucapan Perdana Menteri di Majlis Pelancaran Kempen
Kesedaran Teknologi Maklumat(IT) pada 11hb Oktober 1997 yang menyatakan bahawa
dunia sekarang dilanda oleh Revolusi Maklumat. Teknologi Maklumat adalah peneraju
bagi revolusi ini. Oleh itu kerajaan telah menjayakan projek Koridor Raya Multimedia
(MSC) bagi mengikuti perkembangan revolusi dunia. Rakyat Malaysia digesa
mempelajari teknologi ini supaya dapat mencapai tujuan utama penubuhan Koridor Raya
Multimedia (MSC) ini.
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab terhadap negara, marilah kita bersama-
sama memikul tanggungjawab ini. Dengan adanya kerjasama dari semua pihak nama
Malaysia akan dapat membuka mata penduduk dunia walaupun hanya satu negara kecil
tetapi mampu untuk menjadi negara yang membangun setanding dengan negara maju.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kerajaan telah menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 29 Ogos 1995
dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia mengandungi projek Bandar Teknologi,
Pusat Ilmu dan Cyberjaya. Dengan tertubuhnya Koridor Raya Multimedia (MSC) di
Malaysia telah mencepatkan perkembangan teknologi maklumat (IT) di kalangan
penduduknya. Kerajaan telah menyarankan bahawa setiap rumah seharusnya mempunyai
sebuah komputer bagi menjayakan rancangan negara untuk mencapai Wawasan 2020.
kerajaan juga telah menghantar komputer ke setiap sekolah rendah bagi memudahkan
pelajar mempelajari komputer. Setiap IPT tidak kiralah awam atau swasta telah mula
memperkembangkan teknologi ini kepada pelajarnya.
Pihak Universiti Teknologi Malaysia(UTM) telah menyediakan 1500 buah
komputer dan internet kepada setiap pensyarah. Rangkaian komputer dan internet yang
disediakan berkeupayaan menghubungkan semua bilik pensyarah, bilik kuliah, dewan
kuliah, makmal komputer dan pejabat fakulti. Teknologi yang menghubungkan rangkaian
antara bangunan menggunakan teknologi switched ethernet berkelajuan 10Mbps. Pihak
Universiti Teknologi Malaysia(UTM) juga telah menyediakan 1000 buah rangkaian
komputer dan internet untuk kegunaan pelajar. Seramai 7200 orang pelajar kampus
Skudai yang sering menggunakan jaringan dan internet. Justeru itu setiap kolej dimuatkan
dengan 350 buah komputer dan sebanyak 105 buah komputer dan jaringan internet bagi
kolej luar.( Sabri Ahmad,2001)
Dari tinjauan kebanyakan bilik kuliah terdapat Over Head Projektor (OHP) dan
LCD Projektor bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini pengajaran dapat
dijalankan dengan lebih berkesan. Pelajar yang dahulunya menggunakan Over Head
Projektor (OHP) untuk pembentangan kerja khusus telah mula mengubah arah kepada
penggunaan LCD Projektor supaya persembahan pembentangan lebih menarik. Bagi
pembelajaran mata pelajaran seperti literasi komputer (SPT 1002), teknologi pendidikan
(SPT 2252), teknologi maklumat dalam pendidikan (SPT 1112) dan multimedia dalam
pendidikan (SPT 4102) ia tidak lagi tertumpu pada bilik kuliah Multimedia dan amali
bagi subjek ini dijalankan di dalam makmal komputer yang mengandungi kemudahan
komputer bagi setiap pelajar. Pengajaran menggunakan rangkaian komputer dan internet
telah dijalankan sepenuhnya di makmal-makmal komputer kerana ianya mempunyai
kelengkapan yang sepatutnya.
Dengan kemudahan internet yang di sediakan di dalam dan luar kampus telah
memudahkan pelajar meluncuri internet pada bila-bila masa sahaja. Bagi warga luar
kampus pula terdapat kedai siber (cyber cafe ) yang beroperasi hampir 24 jam yang
memberi kemudahan meluncuri internet. Pelajar dapat mengunjungi cyber cafe tersebut
pada bila-bila masa kerana tiada penjaga yang mengawal mereka yang duduk menyewa
di rumah sewa. Tiada sempadan dalam internet telah memudahkan pelajar mencari
maklumat yang dikehendaki bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
Pelajar juga boleh mengunjungi laman web pembelajaran atau hiburan bagi mengisi masa
lapang mereka. Terdapat juga pelajar yang mengunjungi laman-laman web yang tidak
sewajarnya seperti laman web yang berunsur lucah kerana tiada halangan semasa
meluncuri internet di cyber cafe. Kajian oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) mendapati
bahawa terlalu banyak pengguna internet terutamanya golongan remaja membuang masa
berjam-jam di kedai siber (cyber cafe) untuk bersembang menerusi laman perbualan
berunsur lucah dan memberahikan. (Dewan Masyarakat, Julai 99) Terdapat juga pelajar
yang mengunjungi laman borak dan leka berborak sehingga ke awal pagi. Menurut
pengurus Siber Lounge, Universiti Islam Antarabangsa(UIA) gombak, Muhammad
Dahlan Hj Berhan, terdapat segelintir pelajar tempatan di Universiti Islam
Antarabangsa(UIA) lebih suka menggunakan kemudahan internet untuk memasuki laman
borak dan leka berkenalan dengan rakan-rakan siber.
Sekiranya perkara ini tidak di bendung, masalah ketagihan internet akan melanda
pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Jalal (1999) mengkategorikan ketagihan internet
kepada 5 kategori iaitu;
i. Ketagihan terhadap seks siber.
Melibatkan ketagihan terhadap ruangan berborak(chat) dan laman web berunsur
lucah.
ii. Ketagihan terhadap perhubungan siber.
Melibatkan hubungan persahabatan dalam talian yang terjalin menerusi ruangan
‘chat’ dan kumpulan berita(news group). Persahabatan ini mampu mengganti
hubungan sesama rakan dan anggota keluarga dalam dunia sebenar.
iii. Ketagihan terhadap kegiatan internet.
Merujuk kepada keinginan yang tinggi terhadap pelbagai kegiatan internet yang
meliputi perjudian, beli-belah, lelongan dan sebagainya.
iv. Ketagihan terhadap maklumat.
Melibatkan aktiviti pelayaran web secara berlebihan di mana ‘web portal’ @ enjin
carian sering digunakan.
v. Ketagihan terhadap komputer.
Melibatkan aktiviti permainan komputer (games) @ pengaturcaraan komputer
secara berlebihan sehingga melupakan kehidupan seharian.
1.3 Penyataan Masalah.
Melalui penyataan-penyataan di atas kita dapat melihat sejauh mana penggunaan
internet di kalangan remaja masa kini. Terdapat kekurangan dan kelebihan semasa
menggunakan internet. Ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk meninjau
sejauh mana penggunaan internet khususnya bakal guru dalam bidang Pendidikan Teknik
dan Vokasional di Fakulti Pendidikan. Perkembangan pesat teknologi maklumat(IT) di
Malaysia telah membawa satu corak perubahan dalam sistem pendidikannya.
Kebanyakan mata pelajaran sekarang telah menggunakan komputer sebagai bahan bantu
mengajar dan sekolah bestari yang menggunakan komputer sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran tela h ditubuhkan bagi mengikut revolusi maklumat ini.
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat sejauh mana penggunaan internet di
kalangan pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan. Melalui
pengalaman dan pemerhatian terdapat ramai pelajar Universiti Teknologi
Malaysia(UTM) yang menghabiskan masa mereka di cyber cafe. Kebanyakan kedai siber
(cyber cafe) pada hari ini menawarkan perkhidmatan permainan komputer(games)
berbanding meluncuri internet. Terdapat juga pengunjung cyber cafe tersebut
mengunjungi laman web yang berunsur lucah secara berleluasa. Keadaan ini mungkin
akan mempengaruhi penggunaan internet di kalangan pelajar Pendidikan Teknik dan
Vokasional. Dengan ini perkembangan teknologi maklumat yang seharusnya digunakan
untuk mencari maklumat telah disalahgunakan.
Dengan adanya penyalahgunaan internet ini, beberapa etika penggunaan internet
telah di buat. Menurut National ICT Security and Emergency Response
Center(NISER)(1999) kod etika pengguna internet adalah di larang;
Ø menyalurkan bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut,menghina,
memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat;
Ø menggalakkan perilaku yang menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam
dan di luar negara serta pelanggaran undang -undang Malaysia dan antarabangsa;
Ø menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau
masyarakat keseluruhannya;
Ø menghantar iklan tidak dikehendaki dan amalan perdagangan yang mengelirukan;
Ø menggalak, membangun dan menjalankan kegiatan haram seperti skim cepat
kaya, skim piramid dan surat berantai;
Ø melakukan pengeboman mel kepada e-mel; menghantar mesej yang sama kepada
banyak kumpulan berita;
Ø memalsukan kepala e-mel;
Ø melakukan kegiatan haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar
harta intelek, rahsia dan perdagangan barangan yang dilindungi hak cipta;
Ø mencerobohi peralatan yang dimiliki individu, kumpulan atau organisasi;
Ø menyebabkan gangguan perkhidmatan;
Ø memberi maklumat salah kepada sebarang borang atau kontrak;
Ø melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian bagi mencuri data;
Ø membatalkan penghantaran yang dibuat kepada orang lain kecuali pengendali.
Dengan adanya kod etika ini kita dapat lihat sejauh mana pelajar Pendidikan Teknik dan
Vokasional ini mengikut kod etika yang disediakan ini.
Nasihat dan pencegahan seharusnya dilakukan agar perbuatan seperti
penyalahgunaan internet tidak berlaku. Ini adalah untuk membersihkan hati dan
mengubah perangai yang kurang elok bagi sesiapa yang melakukannya. Dengan ini
menimbulkan minat pengkaji untuk menjalankan satu kajian tentang penggunaan internet
di kalangan pelajar. Pengkaji telah memilih pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana pengguna internet di kalangan
bakal guru ini dapat menggambarkan penggunaan internet secara umumnya bagi
keseluruhan Fakulti Pendidikan.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penggunaan internet di kalangan pelajar
Pendidikan Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Antara objektif kajian ialah ;
1) Mengenal pasti kadar penggunaan internet di kalangan pelajar tahun 4 Pendidikan
Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
2) Mengenal pasti bentuk penggunaan internet di kalangan pelajar tahun 4
Pendidikan Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.
3) Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar tahun 4 Pendidikan Teknik dan
Vokasional di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia mengenai kod
etika dan undang-undang penggunaan internet.
4) Mengenal pasti tahap kepatuhan pelajar tahun 4 pendidikan teknikal dan
vokasional di fakulti pendidikan, universiti teknologi Malaysia pada etika dan
penggunaan internet.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah berkaitan dengan
1) Sejauh manakah kekerapan penggunaan internet di kalangan pelajar Pendidikan
Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia?
2) Bagaimanakah bentuk penggunaan internet di kalangan pelajar Pendidikan Teknik
dan Vokasional di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia?
3) Sejauh manakah mana pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia mengetahui kod etika dan undang-
undang penggunaan internet?
4) Sejauh manakah kod etika dan undang-undang penggunaan internet di patuhi oleh
pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia?