penggunaan facebook dalam organisasi pendidikan

12
Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044) PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN DI SEKOLAH PENDAHULUAN Facebook menjadi fenomena di Malaysia pada hari ini yang mana hampir setiap individu pastinya mempunyai akaun Facebook tanpa mengira peringkat usia sama ada remaja mahupun dewasa. Malah, penggunaan Facebook ini melangkaui status ekonomi tanpa mengira petani, pelajar, golongan profesional mahupun korporat. Bahkan, faktor geografi juga tidak menjadi penghalang asal dengan syarat individu tersebut mempunyai kemudahan komputer dan internet. Hal ini membuktikan pernyataan umum bahawa teknologi maklumat dan komunikasi telah mewujudkan dunia tanpa sempadan dalam kehidupan manusia hari ini. Laman SocialBakers.com telah melaporkan statistik yang menyenaraikan kedudukan Malaysia sebagai negara ke-17 tertinggi dalam penggunaan Facebook di dunia. Jumlah pengguna Facebook di Malaysia telah mencecah 12 juta orang iaitu 45.17% populasi negara dengan kadar penembusan 69.91% pengguna internet. Angka yang besar ini dilihat sebagai suatu pencapaian atau tahap literasi internet yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia, sebuah negara yang sedang membangun. Hakikat ini seharusnya diambil peluang yang sihat secara berhemah oleh semua pihak dalam memajukan sesuatu bidang atau sektor menerusi teknologi internet secara maya. Rangkaian sosial seperti Facebook ini pada awal penggunaannya berfungsi sebagai alat perhubungan, komunikasi dan sosial sesama manusia. Namun, kepelbagaian aplikasi yang ditawarkan dalam laman sosial ini mampu memberi impak yang besar kepada sesuatu perkara seperti halnya yang berlaku di Mesir. Facebook telah menjadi medium interaksi dengan komuniti untuk melancarkan gerakan revolusi bagi menggulingkan kerajaan yang memerintah Mesir ketika itu. Kemampuan rangkaian sosial ini bertindak tidak seharusnya dipandang enteng dan kelebihan ini sewajarnya disalurkan oleh sesebuah organisasi komuniti ke 1 | Page

Upload: nurul-huda

Post on 05-Dec-2014

1.703 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan facebook dalam organisasi pendidikan

Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044)

PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN

DI SEKOLAH

PENDAHULUAN

Facebook menjadi fenomena di Malaysia pada hari ini yang mana hampir setiap

individu pastinya mempunyai akaun Facebook tanpa mengira peringkat usia sama ada remaja

mahupun dewasa. Malah, penggunaan Facebook ini melangkaui status ekonomi tanpa

mengira petani, pelajar, golongan profesional mahupun korporat. Bahkan, faktor geografi

juga tidak menjadi penghalang asal dengan syarat individu tersebut mempunyai kemudahan

komputer dan internet. Hal ini membuktikan pernyataan umum bahawa teknologi maklumat

dan komunikasi telah mewujudkan dunia tanpa sempadan dalam kehidupan manusia hari ini.

Laman SocialBakers.com telah melaporkan statistik yang menyenaraikan kedudukan

Malaysia sebagai negara ke-17 tertinggi dalam penggunaan Facebook di dunia. Jumlah

pengguna Facebook di Malaysia telah mencecah 12 juta orang iaitu 45.17% populasi negara

dengan kadar penembusan 69.91% pengguna internet. Angka yang besar ini dilihat sebagai

suatu pencapaian atau tahap literasi internet yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia,

sebuah negara yang sedang membangun. Hakikat ini seharusnya diambil peluang yang sihat

secara berhemah oleh semua pihak dalam memajukan sesuatu bidang atau sektor menerusi

teknologi internet secara maya.

Rangkaian sosial seperti Facebook ini pada awal penggunaannya berfungsi sebagai

alat perhubungan, komunikasi dan sosial sesama manusia. Namun, kepelbagaian aplikasi

yang ditawarkan dalam laman sosial ini mampu memberi impak yang besar kepada sesuatu

perkara seperti halnya yang berlaku di Mesir. Facebook telah menjadi medium interaksi

dengan komuniti untuk melancarkan gerakan revolusi bagi menggulingkan kerajaan yang

memerintah Mesir ketika itu. Kemampuan rangkaian sosial ini bertindak tidak seharusnya

dipandang enteng dan kelebihan ini sewajarnya disalurkan oleh sesebuah organisasi komuniti

ke arah kebaikan serta mendatangkan manfaat kepada masyarakat umumnya seperti institusi

pendidikan sekolah.

1 | P a g e

Page 2: Penggunaan facebook dalam organisasi pendidikan

Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044)

FACEBOOK

Sumber Wikipedia memperkatakan bahawa rangkaian sosial seperti Facebook

merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian

sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada

mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain. Kebanyakan

perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara

interaksi antara pengguna.

Menurut sumber yang sama lagi, menyelusuri sejarah awalnya pada tahun 2004,

Facebook mula diasaskan oleh Mark Zuckerberg dan tiga rakan-rakannya ( Eduardo Saverin,

Dustin Moskovitz dan Chris Hughes) iaitu penuntut kursus sains komputer di Universiti

Harvard. Pembinaan Facebook pada mulanya hanyalah untuk rangkaian sosial dalam

kalangan penuntut Universiti Harvard sahaja. Namun, perluasannya berterusan dengan

pembukaan ke seluruh maktab pengajian tinggi bertaraf Liga Ivy dan di kawasan Boston,

diikuti hampir semua universiti di Kanada dan Amerika Syarikat. Dalam masa yang singkat

iaitu beberapa bulan, Facebook telah menawan hati setiap penggunanya.

Walaupun pengasasnya berdepan dengan pelbagai tuduhan yang melibatkan

penganiayaan, pencabulan keselamatan, hak cipta dan privasi serta berhadapan dengan

tuntutan mahkamah dan hampir dibuang daripada universiti, hakikatnya Facebook membawa

era baru dalam dunia maya. Penggunaan asalnya sebagai buku panduan pelajar yang diisi

dengan maklumat asas di Universiti Harvard, kini berkembang sebagai alat pembelajaran

sosial dalam dunia pendidikan menerusi pelbagai aplikasi yang sering diperbaharui dan

ditambahbaik dari semasa ke semasa.

Era 2012, Facebook telah melakukan pembaharuan dengan adanya timeline pada

setiap akaun yang membuka dimensi baru pada laman profil individu. Timeline merekodkan

aktiviti Facebook individu dari mula akaun dibuka. Malah, Facebook kini membolehkan

penggunanya membina Group sendiri yang mengehadkan perbincangan dan perkongsian

kepada ahli-ahli Groupnya sahaja. Perkara ini memberikan privasi kepada mana-mana

organisasi seperti organisasi pendidikan di sekolah untuk menggunakannya dengan bebas

tanpa bimbang tentang pendedahan maklumat kepada orang umum.

2 | P a g e

Page 3: Penggunaan facebook dalam organisasi pendidikan

Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044)

ORGANISASI PENDIDIKAN DI SEKOLAH & GROUP FACEBOOK

Griffiths (1959) dalam buku bertajuk Administration Theory, menyatakan bahawa

pentadbiran adalah satu corak tingkah laku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia

merupakan proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Drucker (1945)

dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas

dan sumber yang paling berharga. Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses

merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan

menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.

Dalam konteks pentadbiran, pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu

masyarakat. Sekolah sebagai institusi pendidikan tidak terlepas daripada mewujudkan

pentadbiran yang sihat. Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep

tersebut. Sebagaimana yang kita fahami, pendidikan sebagai agen sosialisasi dan penyampai

warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu

menikmati kehidupan yang baik.

Oleh hal yang demikian, perkembangan Facebook hari ini dengan kewujudan aplikasi

Group Facebook menjadi satu alternatif yang menarik untuk dinikmati oleh organisasi

sekolah. Facebook dilihat mampu memberikan kelebihan yang berganda kepada

penggunanya sekiranya digunakan secara bijak dan berhemah. Malah, aplikasi ini turut

membantu dalam proses pentadbiran dan pengurusan organisasi sekolah secara formal

mahupun tidak. Pembudayaan dalam pentadbiran yang sihat mampu merangsang kecekapan

dalam pengurusan organisasi yang melibatkan tenaga kerja manusia pelbagai ragam.

Faktor kerahsiaan dalam penggunaan aplikasi ini daripada pengunjung awam juga

tidak perlu dipertikaikan apabila privasi Group Facebook ini boleh ditetapkan. Aplikasi ini

boleh mengehad kelompok individu yang berkepentingan dalam organisasi sahaja, terlibat

dalam ruangannya. Oleh itu, maklumat-maklumat dan sebarang perkongsian dalam organisasi

dapat dipelihara daripada penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

3 | P a g e

Page 4: Penggunaan facebook dalam organisasi pendidikan

Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044)

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk melihat gelagat penggunaan Group

Facebook: Staf SMK LKTP Tersang dalam kalangan guru dan kakitangan sokongan di

sekolah. Gelagat yang dirujuk melihat pada penglibatan ahli-ahlinya, tujuan penggunaan,

maklumat yang disampaikan menerusi medium ini dan impak yang terhasil daripada

penubuhannya.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah berbentuk tinjauan. Kajian dijalankan

ke atas Group Facebook: Staf SMK LKTP Tersang yang ahlinya terdiri daripada 65 orang

guru. Kajian yang dijalankan melihat kepada gelagat pengguna Group Facebook tersebut

sepanjang kewujudannya.

HASIL TINJAUAN

Menerusi pemerhatian dan penglibatan secara langsung dengan Group Facebook yang

telah dibangunkan, mendapati aplikasi ini banyak digunakan untuk tujuan hebahan maklumat

kepada semua komuniti sekolah tersebut. Hebahan maklumat yang dilakukan adalah tidak

berpusat kepada seseorang, malah semua ahli melibatkan diri secara aktif dalam

memaklumkan pelbagai perkara yang telah berlaku dan bakal berlaku di sekolah mahupun di

luar sekolah. Hal ini kerana setiap guru dan kakitangan sekolah pastinya memikul tugas rasmi

masing-masing sama ada dalam bidang pengurusan, kurikulum, hal ehwal murid mahupun

kokurikulum. Malah, kakitangan ini juga terlibat dengan pertubuhan komuniti seperti

Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG), dan Kelab Guru & Kakitangan (KGKT).

4 | P a g e

Page 5: Penggunaan facebook dalam organisasi pendidikan

Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044)

Hebahan maklumat melibatkan perkongsian fail, gambar, video rakaman dan aktiviti

yang berlangsung di sekolah mahupun di luar sekolah. Hebahan maklumat di Group

Facebook ini dilakukan apabila jarak dan waktu menghalang guru-guru untuk bersemuka di

sekolah. Waktu bekerja rasmi di sekolah adalah sekitar 7.30 pagi sehingga 2.50 petang iaitu

kira-kira 7 jam 20 minit setiap hari. Manakala waktu mengajar maksimum setiap guru

bersama pelajar adalah selama 4 jam. Waktu yang selebihnya pula, dipenuhi dengan pelbagai

tugas di luar bilik darjah seperti hal-hal pengurusan fail PBS, pengurusan kelas, jadual waktu

ganti, guru bertugas mingguan, pengurusan unit-unit Kokurikulum, HEM & Kokurikulum,

pemeriksaan buku latihan pelajar dan sebagainya. Malah, waktu cuti sekolah yang panjang

juga menyukarkan hebahan maklumat secara bersemuka. Oleh hal yang demikian, Group

Facebook ini dilihat sangat membantu dalam aktiviti hebahan maklumat penting sekolah.

Perkongsian fail melibatkan pelbagai bentuk Microsoft Office seperti Word,

Powerpoint dan Excel. Pelbagai dokumen telah dikongsi untuk panduan, rujukan dan

tindakan guru-guru di sekolah ini. Antara fail yang telah dimuat turun ke Group Facebook ini

ialah jadual waktu bertugas SPM. Fail tersebut merupakan jadual bertugas guru-guru subjek

sewaktu peperiksaan SPM berlangsung ketika cuti akhir tahun persekolahan. Guru-guru juga

dimaklumkan tentang skop tugas yang perlu dilakukan semasa menguruskan calon-calon

SPM sekolah. Skop tugasnya seperti memastikan kehadiran semua calon SPM, tindakan

lanjutan sekiranya ada calon yang tidak hadir, dan tiada/tertinggal slip serta kad pengenalan.

Malah, laporan bertugas juga perlu ditulis dan soalan peperiksaan perlu diminta daripada

ketua pengawas peperiksaan. Dengan adanya maklumat seperti ini, guru-guru jelas tentang

perjalanan tugas yang perlu dilakukan walaupun tidak berada di sekolah ketika itu.

Bukan itu sahaja, masalah ketidakjelasan guru-guru dengan Penilaian Berasaskan

Sekolah (PBS) juga dapat diselesaikan dengan muat turun fail-fail yang berguna. Dalam hal

ini, setiausaha PBS sekolah akan memainkan peranan dalam memberikan maklumat terkini

tentang pelaksanaan PBS yang pastinya menjadi tumpuan kepada guru-guru hari ini. Malah,

setiausaha PBS sekolah akan bertindak sebagai panduan dan pemudahcara kepada guru-guru

terhadap pelaksanaan PBS yang masih baru ini. Sebarang kesulitan mengenainya tidak hanya

diselesaikan di sekolah malah tidak mengira lokasi dan waktu guru itu berada. Tarikh-tarikh

penting PBS juga turut dimaklumkan untuk pengetahuan dan tindakan guru-guru yang

5 | P a g e

Page 6: Penggunaan facebook dalam organisasi pendidikan

Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044)

terlibat. Begitu jugalah yang sama berlaku kepada unit-unit lain dalam sekolah, turut

menggunakan medium ini semaksimum mungkin.

Perkongsian aktiviti, gambar dan video rakaman juga tidak ketinggalan dalam

mewarnai Group Facebook ini. Umum sedia maklum bahawa sekolah pastinya menjalankan

pelbagai aktiviti untuk merangsang pengajaran guru dan pembelajaran pelajar di sekolah.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Temasya Sukan Sekolah, Program Motivasi, Sambutan

Kemerdekaan, Ceramah Keagamaan, Hari Keluarga dan sebagainya. Group Facebook ini

juga dijadikan seperti laporan aktiviti yang berlangsung di samping gambar-gambar sebagai

bukti dan kenangan kepada warga kakitangan sekolah. Langkah ini dilihat menjadi rutin

kepada setiap ahli apabila apa-apa aktiviti berlangsung di sekolah mahupun di luar sekolah

yang melibatkan komuniti sekolah tersebut.

Selain menjadi sebagai hebahan maklumat, Group Facebook ini juga menjadi

landasan sosial antara kakitangan sekolah yang masih berkhidmat di situ mahupun berpindah

ke sekolah lain. Dengan kewujudannya, hubungan silaturahim antara kakitangan tidak

terputus walaupun jarak dan tugas telah memisahkan. Malah, hubungan yang erat telah

terjalin antara kakitangan sekolah seperti sebuah keluarga yang saling menyokong antara satu

sama lain. Keakraban ini memberi impak yang besar pada perjalanan tugas di sekolah apabila

situasi ini merangsang produktiviti dan keseronokan dalam memberi perkhidmatan yang

efektif. Dengan cara ini juga, bekas kakitangan sekolah tidak terlepas dengan setiap perkara

yang berlaku di sekolah.

Landasan sosial yang terbina ini turut tidak mengabaikan kebajikan semua kakitangan

sekolah ini. Semua perihal mengenai berita gembira dan duka kakitangan sekolah tidak

terlepas daripada dipaparkan termasuklah berita kelahiran anak, tahap kesihatan yang tidak

memuaskan, berita kematian kakitangan mahupun ahli keluarganya, kemalangan dan

sebagainya. Dengan berita-berita sebegini, pastinya kebajikan ahli terjaga dengan menjadikan

Group Facebook ini sebagai saluran bantuan, nasihat, berita perkembangan dan ucapan

tahniah mahupun takziah. Langkah mudah ini mampu memberi sinar kegembiraan kepada

setiap kakitangannya. Justeru, pembinaan Group Facebook ini juga dapat menyokong aktiviti

Kelab Guru & Kakitangan (KGKT) sekolah.

6 | P a g e

Page 7: Penggunaan facebook dalam organisasi pendidikan

Pembelajaran Web & Elektronik (KPT 6044)

KESIMPULAN

Seiring dengan perubahan teknologi hari ini, corak pentadbiran dan pengurusan

sesebuah organisasi seharusnya berubah ke arah yang lebih maju. Organisasi pendidikan di

sekolah dilihat tidak ketinggalan dalam mengejar pengaplikasian teknologi hari ini. Komuniti

pendidik yang mempunyai literasi komputer dan internet yang tinggi seharusnya tidak

menghadapi masalah dalam penggunaan Group Facebook yang diutarakan dalam tinjauan ini.

Pelbagai tujuan Group Facebook digunakan oleh kelompok organisasi pendidikan bagi

kelancaran pengurusan dan pentadbiran di sekolah melalui hebahan maklumat, perkongsian

dokumen, memelihara kebajikan dan bersosial sesama ahli dalam organisasi. Malahan,

aplikasi ini dilihat melibatkan peringkat atasan organisasi sehingga peringkat bawahan. Hasil

daripadanya, mewujudkan peningkatan dalam produktiviti perkhidmatan pengurusan

organisasi pendidikan.

RUJUKAN

Facebook Statistics by Country. URL: www.SocialBakers.com

Facebook. URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Facebook

Staf SMK LKTP TERSANG. URL: https://www.facebook.com/groups/189109157832953/

Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah.

URL:https://docs.google.com/viewer?

a=v&q=cache:NMzoHYDK5qEJ:ilmu.edublogs.org/files/2011/11/Definisi-

Pentadbiran-dan-Pengurusan-Sekolah-2dhc8gv.docx+Definisi-Pentadbiran-dan-

Pengurusan-Sekolah-

2dhc8gv&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESjNQTrbU52YOIWvYuMpzY4q67X

kqKUq8qC2WbtDnyNHgtpj2iTtSjlX_ywGY426BLnijkAPpbOCs9eQ4OgPNof1Rc3St

7 | P a g e